Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, July 16, 2009

Manek Urai: Keputusan Ganjil TAPI Kemenangan Gemilang PAS


Saya macam tak boleh percaya keputusan Manek Urai yang terbaru ini. Tapi, secara ikhlas, saya menyatakan bahawa PAS sepatutnya kalah, tapi menang juga. Ini bererti kemenangan PAS ini adalah satu bentuk bantuan dari Tuhan yang sangat jelas

Ada beberapa perkara yang tidak berapa masuk akal yang telah berlaku:

1.0 Saya macam tidak boleh percaya bahawa peratus keluar mengundi adalah 87%, yakni hampir dengan 90%. Bukankah ini satu bentuk keganjilan? Ini bererti dari 10 pengundi Manek Urai, 9 orang keluar mengundi. Dan ingat, bahawa sekurang2nya 2000 pengundi diketahui tinggal di luar Manek Urai dan hari mengundi itu adalah hari bekerja.

Dalam Pilihanraya Umum, di mana hari tersebut adalah cuti umum seluruh Malaysia, pun peratus keluar mengundi tidak mencecah 85%?

2.0 Juga, sekiranya PAS benar2 sudah hilang pengaruh, mengapa undi PAS hanya turun sebanyak 400 undi? PAda tahun 2008, PAS mendapat 5748 dan pada tahun ini PAS mendapat 5346. Yakni, kejatuhan kadar undi sebanyak 400 undi?

Kiranya pengaruh PAS benar2 jatuh, undi PAS sepatutnya jatuh sebanyak 1000 ataupun lebih undi. Tapi undi PAS hanya jatuh 400 undi dan ianya bukan menghairankan kerana hari mengundi adalah hari bekerja dan ini adalah pilihanraya kecil.

3.0 Bagaimanakah undi BN naik secara mendadak, yakni dari 4394 pada tahun 2008 kepada 5283 pada tahun 2009. Ertinya berlaku kenaikan mendadak 889 undi.

889 undi adalah 9% dari keseluruhan undi yang telah dibuang (889/10631 = 9%). Ertinya, apa yang dikatakan sebagai "kejayaan BN" ini hanyalah kenaikan mendadak undi BN sebanyak 10% dari undi yang telah dibuang.

Jelas, PAS menang dalam keadaan PAS sepatutnya kalah. Bagi saya telah berlaku penipuan dalam pilihanraya kecil ini yang tidak dapat dibendung oleh PAS. Tapi, syukur, PAS masih menang dan saya yakin Najib dan UMNO semuanya dalam keadaan sedih dan tidak sangka.

Rasuah Politik Tahap Maksimum?

Laporan dari kawan2 yang berkempen menunjukkan berlaku pembelian undi yang sangat dahsyat kali ini.

a. Di satu rumah, pengundi yang dirayu telah menunjukkan kepada perayu-perayu undi PAS 10 kain pelikat dan 12 kain batik yang telah beliau dapat dari perayu-perayu undi UMNO sepanjang kempen. Beliau juga mengatakan bahawa beliau telah mendapat RM2000 setakat ini dari perayu-perayu undi UMNO.

b. Diberitakan askar-askar telah digunakan untuk merayu undi dalam bentuk membina kembali jamban yang rosak, reban ayam yang rosak, mengcat rumah dsbnya. Inilah kali pertama askar melayu diraja Malaysia digunakan untuk berkempen untuk Barisan Nasional.

c. MALAYSIAKINI juga telah menyiarkan "footage" pemberian wang kepada pengundi-pengundi secara terbuka oleh UMNO

dab banyak lagi kesah-kesah pembelian undi yang begitu dahsyat dan tidak bermoral dilakukan oleh UMNO/BN.

Tapi, PAS masih lagi memenangi pilihanraya tersebut. Ahli-ahli PAS juga jangan lupa betapa Khairy Jamaluddin telah mendedahkan betapa terdapat pimpinan2 PAS yang menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.

Dan isu ini juga digunakan oleh BN memburukan Tok Guru Nik Aziz. Kononnya Tok Guru lebih suka sokong DAP dari berkawan dengan UMNO yang beragama Islam.

PAS Defensif Dalam Keseluruhan Kempen atau Isu Yang Digunakan Tidak Efektif

Rata-rata PAS bersikap bertahan. Isu royalti minyak yang dibawa PAS juga amat masaalah bagi orang kampung untuk terus memahami.

Saya terkejut mengapa isu Najib meluluskan 10 lesen judi baru tidak digunakan? Isu itu mudah difahami orang kampung dan mampu menghancurkan serangan mereka kononnya PAS ini mahu berkawan dengan DAP dan tidak UMNO?

Bagi saya, isu itu sudah cukup untuk orang kampung menolak UMNO secara total kerana mereka tidak mahu terlibat dalam aktiviti2 dosa besar.

BAnyak perkara yang mesti dimuhasabah dan dibetulkan oleh PAS. Perlu PAS memulakan projek2 pembangunan secara kecil-kecilan, janji ada.

Tapi tahniah kepada PAS. Dalam keadaan PAS sepatutnya kalah, mereka masih menang mengatasi rasuah politik dan penipuan Barisan Nasional dan UMNO

Tulang Besi


21 comments:

dino_yp@yahoo.com said...

Artikel saudara amat menarik dan cukup2 berisi, berhemah dan mempunyai kualiti akademik yang tinggi. Cumanya satu kemuskilan. Bila PAS menang bantuan dari ALLAH, tapi bila UMNO menang, bantuan dari rasuah, camna tuh ? Akidah mana yang dipakai?

Anonymous said...

Assalamualikum. Sya sebagai bekas pesara tentera RAMD(baru 1 minggu) amatx tidak setuju dengan penggunaan tentera dlm kempen BN. Saya juga sedar anggotax RAMD itu telah diarahkan membuat jiwa murni. Permasaalahannya kenapa semasa kempen PRK N 41. Kenapa tak buat masa lain. Wassalam

Anonymous said...

Inilah satu lagi penipuan BN. Fikirlah kawan-kawan negeri Kelantan My Friend dan Majoriti 70. Ini adalah satu lagi cara kaburkan mata rakyat Malaysia kononnya orang mula sudah percayahi BN. Mana ada kawan, mana mana saya pergi pun satu malaysia orang ludah ke BN, inikan pula mula sokong. wake up my friend.

Anonymous said...

Percayalah Pertolongan Allah pasti tiba... Itulah tunjang utama PAS yang berdasarkan Al Quran... Umno seperti Kristian yang membeli umat Islam yang kosong jiwa dengan wang.. Kamu fikirlah sejenak

Anonymous said...

UMNO Kelantan tidak berminat untuk menang. Petugas dan pemimpin UMNO dari kawasan luar Manik Urai lebh berminat supaya BN Kalah. Kekalahan bererti Tok Pa tewas selaku Pengerusi Perhubungan Negeri.Menang Bn bererti satu kredit kepada Tok Pa. Jadi lebih baik kalah kerana dua tiga orang ni di Kelantan memang kerjanya menukar Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan. Itulah UMNO Kelantan. Bila Ali Rurtam dan Muhyidin datang maka mereka ini lebih kedepan menonjolkan diri. Bila pemimpin ini balik, petugas pun goyang kaki di pos-pos BN.Orang kata, salah satu tanda akhir zaman adalah bilamana UMNO Kelantan bersatu. Tok Pa pun, tukar-tukarlah inner circle anda. Mereka ini yang jahanamkan dan selewengkan anda selama ni. Kalau dia orang tak faham juga, memanglah UMNO Kelantan ini bebal orangnya. Elok benarlah asyik kalah di Kelantan.

muhammad said...

dino_yp@yahoo.com,

"Akidah mana yang dipakai?"

Ini soalan retorik saja, kan?

Dalam pertarungan antara dua pihak,tak kiralah di medan perang ayau pilihanraya pihak yang benar tak selalunya menang. Kadangkala pihak yg batil mempunyai strategi yg lebih baik, sumber yg lebih banyak, dan kuasa untuk menyekat pihak yg benar.

Apa yg disebut dlm artikel ini adalah PAS tetap menang walaupun unsur2 yg disebut tadi digunakan BN:

-media (utusan, TV3, RTM dll)
-penggunaan sumber dan jentera kerajaan seolah2 ia sumber parti
-SPR

Jadi, walaupun nampaknya BN ada kekuatan, ia tetap kalah.

Ahmad Putra said...

Salam

Saya musykil kenapa tiada seorangpun pemimpin BN semasa penjumlahan undi sedangkan keputusan hampir 50:50?

Rozana said...

dino_yp,
Menang bantuan Allah, kalah pun dengan kuasa Allah. Menang adalah ujian atau nikmat, kalah juga ujian atau kifarat.Menang dan berkuasa tidak bererti benar spt US & Israel. Kemenangan itu dicita-citakan, tapi usaha/ikhtiar/jihad (walaupun tidak menang) itu membuka pintu rahmat. Rahmat itu kunci syurga, sebesar-besar dan sebenar-benar kemenangan.

PutraMerang said...

Assalamualaikum. Saya bersyukur sangat dengan perkhabaran dari manik urai, yang PAS menang dengan majoriti tipis 65, dan UMNO berjaya meningkatkan undi sokongan sebanyak 800. Yang pastinya,
1. PAS menang, UMNO kalah.
2. Pemimpin Pakatan Rakyat mendapat message jelas yang momentum sokongan rakyat dalam roda turunan, dan ini perlu difahami dan diperbaiki.
3. Pemimpin dan penyokong UMNO/BN sedang berseronok sakan atas "kemenangan" mereka dan pastinya akan percaya yang mereka sudah kembali kuat. PAS/PR mesti gunakan peluang ini untuk reposition dia orang punya composure.
4. Pemimpin PAS/PR beringat ynag kuasa ditangan rakyat. Kamu dipilih untuk memimpin, bukan syok sebagai pemimpin. Bila dipilih, itu dah jadi amanah. Jangan main-main.

Anonymous said...

aku rasa,analisis ko ni xbetulla TB.macamana ko kata,pas sepatutnya kalah tapi menang? ini adalah analisis untuk lari dari punca sebenar ni.pengarah pilihanraya abdul fataharon kata,pas menang 2000 lebih.jauhnya meleset..semua orang terkejut dengan statement tu.nak kata berstrategi supaya petugas pas bekerja kuat lagi ke masa PRK tu?xde orang berstrategi camtu.ni kira menipu intelek penyokong ni.buat malu je,pas mempunyai pengarah pilihanraya mcam ni.

setakat aku perhatikan perjalanan pilihanraya ni,suasana kempen amat kelam kabut.bila orang tanya kenapa pemimpin kanan pas xdatang.mursyidul am jawab,takut kena boo oleh orang ramai.padahal dia yang xbagi datang.selang 2minggu,diubah pula statement,mintak supaya datang supaya clear imej balik.abdul fataharon kata,ini adalah strategi mengejut pas untuk memenangi pilihanraya MU.strategi sebegini sebenarnya menampakkan kekalutan yang berlaku kepada pas sepanjang kempen PRK MU ni menyebabkan pengundi atas pagar tidak confident untuk pangkah pas.

-ahmad-

Zanie said...

Modus operandi inilah yang dipakai di negeri terengganu. Ingat pilihanraya 1999 ketika PAS memenangi pilihanraya dan memerintah terengganu? Pada pilihanraya berikutnya tahun 2004, PAS mendapat undi yang lebih banyak berbanding tahun 1999 tetapi yang pelik bin ajaibnya ialah PAS kalah! Mengapa? Sebabnya saudara-saudari, berlaku pertambahan undi sebanyak 5000 undi di setiap DUN. Dan hampir 99.9% dari 5000 pertambahan undi baru ini berpihak kepada BN! Ini diikuti dengan peratus keluar mengundi yang amat tinggi iaitu melebihi 85% sepertimana yang berlaku di manek Urai tuan-tuan.Begitulah mereka menipu tetapi bagaimana mahu dicari bukti penipiuan? Sangat sukar tuan-tuan..dan kerana itulah negeri Terengganu masih lagi diperintah oleh BN kerana walaupun hakikatnya PAS menang, Terengganu tetap di perintah BN dek penipuan yang tak dapat dihalang...sedihnya.

lempentalam said...

Setuju dengan penulis.BN dah guna sepenuh tenaga/kuasa tak kira walau melanggar undang-undang pun masih tak boleh menang.Memang BN dah tak releven.

Anonymous said...

kesimpulannya rakyat kelantan dah muak dan bosan dengan kepimpinan nik aziz.

Anonymous said...

fooh weeh..ATM dah masuk campur..end result,kena tibai jugak!!kahkahkah..6-1 scoreline..1 dunia dah tau,malaysia dah jadi negar kucing kurap pariah..satu dunia tau,umno/bn perlu korek lobang jubok urk hidupkan brain cell mereka..itupun all the time on a f*kin mode..umno/bn gelisah..despite all the intimidation and bribery,they still cant seem to turn over any buy election into their favour..habis pochee umno/bn..tunggu masa utk disembahyangkan!!kahkahkah

Anonymous said...

Bantuan dari Allah?

Kalau macam tu Allah dah bantu BN punya lah lama...

berpuluh tahun. tak heran pun.

Anonymous said...

Tidak lah kalau Tok Pa kata BN tidak terikat untuk laksanakan janji semasa pilihanraya Manik Urai bila BN tewas. Kalau menangpun belum tentu dia tunaikan janji. Itulah Tok Pa. Mana ada janji kepada orang kelantan yang dia tunaikan. Lainlah kalau pilihanraya kecil itu di Bachok pastinya di tunaikan. Janji di Jeli teurtama sekali di air lanas pun banyak tak tertunai walaupun dia sendiri yang menang. Apatah lagi janji untuk kawasan orang lain. Anda hanya bermimpi sekiranya ada dijanjikan oleh Tok Pa.

SEMUTAPIKINI.COM said...

tahniah la buat PAS kelantan kerana mengekalkan kemenangan walau pun ciput je,TAPI bagi aku baik kalah lagi bagus kerana PAS kelantan TERLAMPAU ego atau bongkak (dan ayat-ayat yang sewaktu dgnya)dengan kemenagan sehinggakan orang lain tidak di perlukan bagi membantu kemenagan Islam,
Kenapa DAP di sanjung dan di puja di M.U ?Berapa ribu pengundi cina berada di situ? Sehinggakan Prsiden sendiri di lupakan,Tim.Presiden di cerca serta Naib.Presiden tidak di beri tugasan dan Ketua Pemuda di halang dari berceramah…………..Sila Jawab JPN Kelantan
Isu U.G sudah di tutup buku kenapa ada lagi suara-suara dajal yang mengusik-ngusik lagi…..apa muslihat ini?

kia71 said...

Bantuan dari Allah?

Kalau macam tu Allah dah bantu BN punya lah lama...

berpuluh tahun. tak heran pun.
-------------------------------------salam...

perang uhud tentera kafir menang...

adakh ALLAH membantu tentera kafir..?

ingatan buat yg menulis..

gunakn iman dan akal ...

jgn menulis ikut sedap rasa sahaja..

Anonymous said...

Satu postmortem yang benar2 telus mestilah dibuat untuk mengenalpasti punca kemerosotan undi pas diMU. pimpinan mestilah menyenaraikan segala maklumat yang diperolehi oleh petugas2 diMU untuk dianalisis dengan bebas.sesiapa yang terlibat dengan politik berpuak-puak sehingga ada arahan menghalang pimpinan tertentu hadir diMU hendaklah tampil memberi penjelasan.ini penting supaya tidak akan berlaku lagi perkara malang ini dimasa PRK selepas ini bagi menjamin survival pas.

Anonymous said...

Hang ni sebenar nya bodoh rahman panjang (TB). Sebenarnya PAS kurang majoriti sebab sikap oragng PAS kelantan yang sombong dan ego. 65 undi majoriti tu sebab ust Nasa akhir ceramah. Barulah boleh menang secara logiknya. Maksudnya gambar tok guru yang ada aura yang dikatakan oleh pemimpin PAS kelantan adalah satu andaian bodoh dan bangang. Orang sekarag melihat prestasi, kualiti pemimpin, akhlak dan jati diri pemimpin. Lepas tu kenyataan bodoh Fatah harun jam 3 petang konon Pas mendahului 2000 undi penyebab kepada kurangnya majoriti PAS. Ini adalah kerana Umno terus melipatgandakan usaha mereka dan PAS pula mula di buai mimpi dan lupa utk terus menarik pengundi. Orang ramai mula melihat sifat ego PAS dan mereka mula mengundi BN. Sikap pimpinan PAS Kelantan tidak membenarkan pimpinan Pemuda PAS pusat untuk berceramah juga menyumbang kepada faktor turunnya majoriti PAS dalam PRK ini. Oleh itu baik buang jer Cikgu rahim dan fatah harun yang bangang dan bengap tu. Dahtu Rahim (TB) pun patut dihambat keluar dari PAS supaya dia dapat berjuang bersama DAP. Apa Komen Hang Rahman panjang yang bahlol.

Anonymous said...

sebenarnya majoriti 65 undi adalah perkara yang memalukan PAS. Apa yang gemilangnya Rahman Panjang yang bahlol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.