Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, July 20, 2009

Manek Urai: Undi PAS Jatuh Kerana Jatuhnya Harga Getah

Benar. Tidak usahlah bersedih dan bergusar. Sewaktu PRU 2008, harga getah adalah 40% dari apa yang ada sekarang dan harga barang lebih rendah berbanding sekarang.

Apabila jatuhnya harga getah maka pendapatan rakyat Manek Urai juga jatuh. Dan apabila naik harga barang, maka kecil lagilah pendapatan rakyat Manek Urai.

Sewaktu 2008, kerajaan Kelantan mendapat laba yang besar dari harga getah yang melambung tinggi di pasaran dunia. Orang kampung yang menoreh merasakan bahawa ini adalah rahmat dari mengundi PAS dan bererti mereka mahu meneruskan lagi pemerintahan Tok Guru.

Bukan sahaja Kelantan yang mendapat laba dari kenaikan harga komoditi, UMNO juga mendapat keuntungan segera. Negeri Sembilan berjaya dipertahankan UMNO/BN dengan nyawa2 ikan hanya kerana harga getah (dan kelapa sawit) yang tinggi sewaktu 2008. Sekiranya harga getah serupa dengan sekarang, saya yakin UMNO/BN cuma mampu mendapat tidak lebih dari 10 kerusi.

Begitu juga dengan negeri Pahang yang begitu gemilang dipertahankan oleh UMNO/BN. Semuanya bukan kerana kehebatan UMNO tapi kerana harga komoditi yang tinggi pada masa itu.

Keputusan Manek Urai juga bererti kerajaan kelantan harus memikirkan jalan baru untuk mengurangkan beban ekonomi yang dihadapi oleh rakyat luar bandar akibat dari kejatuhan harga komoditi dan kenaikan harga barangan keperluan. Mungkin perkara inilah yang kerajaan Kelantan terlupa atau tidak sedar.

Tulang Besi

10 comments:

troubadour said...

Salam TB aka RC aka RT

I spoke on this subject & RPK publicised it. It is alarming that this oldest weapon can swing a great deal of voters.

One consolation though is that BN cheat great time as well but failed miserably.

After championing the cause of Tabligh at the Ijtimak, the PM went on another PR mission to Mecca. Allah swt will continue to give this chap a chance to test him further but he will take it as if the Almighty is happy with what he is doing!

"They plan and Allah also plans. His is the best of plan for He is the best of planners"

Anonymous said...

Hang bodohla rahman panjang (TB). Hang ingat teori hang yang Undi Pas jatuh kerana jatuhnya harga getah betul ker. Pirah mabuk. Berpijakla kat bumi yang nyata.Sebenarnya PAS kurang majoriti sebab sikap oragng PAS kelantan yang sombong dan ego. 65 undi majoriti tu sebab ust Nasa akhirnya dibenarkan kempen. Barulah boleh menang secara logiknya. Maksudnya gambar tok guru yang ada aura yang dikatakan oleh pemimpin PAS kelantan adalah satu andaian bodoh dan bangang. Orang sekarag melihat prestasi, kualiti pemimpin, akhlak dan jati diri pemimpin.
Lepas tu kenyataan bodoh Fatah harun jam 3 petang konon Pas mendahului 2000 undi penyebab kepada kurangnya majoriti PAS. Ini adalah kerana Umno terus melipatgandakan usaha mereka dan PAS pula mula di buai mimpi dan lupa utk terus menarik pengundi. Orang ramai mula melihat sifat ego PAS dan mereka mula mengundi BN. Sikap pimpinan PAS Kelantan tidak membenarkan pimpinan Pemuda PAS pusat untuk berceramah juga menyumbang kepada faktor turunnya majoriti PAS dalam PRK ini.
Oleh itu baik buang jer Cikgu rahim dan fatah harun yang bangang dan bengap tu. Dahtu Rahim (TB) pun patut dihambat keluar dari PAS supaya dia dapat berjuang bersama DAP. Apa Komen Hang Rahman panjang yang bahlol.
Sebenarnya majoriti 65 undi adalah perkara yang memalukan PAS. Apa yang gemilangnya Rahman Panjang yang bahlol.

Nizam Mahmud said...

Saudara Annoymous,

Apa yang lebih memalukan adalah PAS cuma dapat pegang Terengganu satu penggal saja.

Sejak itu dua pilihanraya umum telah berlalu dah PAS Terengganu tetap lingkup.

Alasanya sama saja - pengundi hantu.

Nak buang Fatah Harun dan Cikgu Rahim atas sebab menang cuma 65 undi (walaupun menang) memang boleh, tetapi dengan syarat jangan double standard.

Kalau mereka masih menang pun nak dibuang, maka yang kalah mesti la dicantas habis.

Jadi boleh saja nak buang Fatah Harun dan Cikgu Rahim, tapi sebelum itu buang yang kalah 2 penggal iaitu Hj Hadi, Tok Pa dan Harun Taib.

Apamacam, setuju?

roza said...

aku mewakili tuan punya blog dan ahli pas sentul kl kata hang pak hang mak hang tok hang nek hang semua bijak pandai dan tercerdik kat alam fana nie syok sendirila hang oooiiiiiiii hang buat karangan 1000pp pun aku dok geli geleman gan puak umnok hang pikir iooosatu mlm pun tak gunala macamana hang menyampah kat pas mcm tula aku lagi yampah,yampah,yampah akai tarak.....

Anonymous said...

ada jugak ahli pas yang suka pusing2 fakta ye.kelemahan sendiri buat2 xnampak tapi asyik duk bagi alasan yang bukan2.jatuh harga getahla,serangan pembangunan oleh umnola macam2.sedarla diri kita skit.tempat lain boleh menang,kenapa tempat kubu kuat pas xleh menang (statement yg dikeluarkan pemimpin pas kelantan SEBELUM pilihanraya)? bkt gantang,selambau dan k.trg boleh menang bergaya lagi tiba2 tempat kubu kuat di manek urai merosot.agaknya pemimpin pas yang ada kat kelantan tu buat apa ye.ternak kambing ke sampai rakyat bawahan dah mula tolak masih xsedar2 lagi. dengar kata tok guru pas yang amat hebat dah ada kat situ,siap pasang poster merata2 dijalan2 besar xmenarik perhatian lagi ke?hari tu kata,poster Tn.Guru Nik Aziz ada nilai komersial.apa dah jadi?.xkanlah penduduk manek urai xnampak kebaikan 20tahun kerajaan pas kelantan buat sampai hanya menang 65undi je.xboleh jadi ni.kene check elok2 tuan..buatla post mortem bebas,kaji apa yang menyebabkan pas sampai ditolak sebegitu rupa.muhasabah diri dulu sebelum bergerak untuk menuju kemenangan yang lebih besar.sebelum kejar pencuri sila check parang ditangan tumpul ke xtumpul.ada hulu ke x.cuba kaji kenapa trend mood rakyat di 3 tempat yang menang bergaya tu xsama dengan trend penolakan yang berlaku dimanek urai.cuba try check.

-Ahmad-

Tinta Hitam said...

Saya tak fikir harga getah puncanya sokong beralih pd BN.UNDI penyokong PAS tidaa merosot banyak.Cuma undi atas pagar shj yg lari pd UMNO.

Punca utama adalah wang RM500/pengundi dan janji projek pembangunan lain.Keduanya adalah kekeliruan disebabkan perselisihan isu Kerajaan Perpaduan.ketiganya disebabkan perbalahan antara parti komponen PR di Kedah,Selangor dan Pulau Pinang.

Anonymous said...

Sudahlah......
Orang semua dah menyampah dgn PR.
Di Selangor sarang pelacur dah bertambah mcm cendawan. Apa peranan PAS dalam hal ni?
Korang cubalah drive around kat Kota Dsara. Mcm kat Thailand rasanya. Pusat urut bersepah dan semakin byk sejak PAS ada kuasa di Selangor.
Islam apa ni? Engkorang solat pasang lilin ke?

http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/07/rumah-urut-aka-rumah-pelacuran-membiak.html

Tinta Hitam said...

Anonymous,

Pelacur pelacur ni terletak dibawah bidangkuasa polis.Jadi polis sapa yang pegang? Sap yg menguasai polis la yg tidak buat kerja.

Ini la org UMNo.Selalu hujah bodoh

Anonymous said...

Oi tinta hitam,

Siapa yang keluarkan lesen in the first place?
Majlis Pembandaran.... Siapa yang kuasai Majlis-majlis pembandaran di Selangor? ... Kerajaan Negeri aka PAKATAN RAKYAT!!!!

Polis kalau nak buat serbuan, kena ada lapuran dan biasanya melakukan serbuan bersama agensi / jabatan / majlis daerah atau bandar / imigresen dsbg.

Tapi biasanya underworld dah dapat tip dari pihak berkuasa majlis yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Kalau Polis dirasuah, siapa yang merasuah? Kumpulan underworld / triads lah.
Kumpulan underworld ni siapa yang dikaitkan?
Exco kerajaan negeri?
Siapa tu ? PAkatan Rakyat

Seronokan jadi pemerintah.
Banyak masalah yang timbul perlu diselesaikan....

Itulah, mengutuk BN macam nak rak. Bila kena batang hiding sendiri tak mau mengaku.

hahahahaha...

Faizal Kamran said...

Macam mana dulu nasha nak sembang ngan UMNO tak bleh skang ni Nik Aziz plak yang nak sembang ngan UMNO.

Kalau nasha kena kutuk nik aziz pun kena juga la. Tak bleh la fanatik kepada pemimpin, kalau pemimpin salah tetap kena kata salah...

http://www.faizalkamran.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.