Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, August 6, 2009

Isu Arak di Selangor: UMNO Jangan Jadi Munafik

UMNO Selangor cuba menangguk di air keruh. Cuba nak tunjuk hero dalam isu arak di Selangor

Khir Toyo diberitakan berkata:

“I am not suggesting that the sale of alcohol be banned everywhere. Alcohol can be sold, just not in areas where there is a Muslim majority,” said Khir.
He said when Selangor was under BN, beer was not sold in areas like Shah Alam and Bangi because of the large number of Muslims living in those areas.
Does that mean the former mentri besar agrees with PAS, particularly Datuk Hassan Ali, on the matter?
“Barisan has never had a problem like this in the past. If they (DAP) can respect Hindu rights, why not Muslim rights?” he replied.”

()

UMNO dan Khir Toyo jangan jadi munafik. Rekod menunjukkan sepanjang UMNO menganggotai Majlis MBSA, tidak pernah isu penjualan arak secara terbuka ini diperbincangkan.

Kedai yang dirampas arak oleh MBSA itu telah menjalankan operasi menjual arak sejak zaman BN memerintah lagi sehingga telah diprotes oleh penduduk setempat. Malangnya, protes penduduk setempat telah seperti mencurah air di daun keladi.
Semua wakil-wakil rakyat UMNO serta ahli Majlis mereka tidak pernah menaikkan isu penjualan arak di Shah Alam ini.

Mengapa saya gunakan perkataan Munafik


Senang sahaja. Yang bagi lesen arak ni UMNO. Yang bina kilang Calrsberg dan Anchor di Selangor ni UMNO. Yang benarkan arak dijual berleluasa di seluruh negara adalah UMNO.

Jadi, takkan kita nak harapkan UMNO untuk membenteras penjualan arak di Selangor sedangkan UMNO yang keluarkan lesen.

Masakan kita boleh harapkan perompak untuk membenteras amalan perompakan.

UMNO Benarkan Orang Melayu Islam Duduk di Lembaga Pengarah Calsberg
Saya nak tanya, mengapa UMNO boleh benarkan orang Melayu Islam duduk di Lembaga Pengarah Calrsberg? Mengapa tiada tindakan dan larangan dari UMNO? Apa tindakan yang UMNO telah ambil untuk menghalang beberapa individu Melayu Islam ini dari menjawat kedudukan di Lembaga Pengarah Calrsberg?

(Sila rujuk: http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf)

Sudahlah UMNO dengan penipuan kamu. Hakikatnya tokeh2 judi dan arak adalah kawan karib UMNO dan Barisan Nasional.



Pemuda UMNO seharusnya menubuhkan ”Briged Calrsberg” mereka dan Putri UMNO seharusnya menubuhkan ”Skuad MAGNUM” bagi menghargai sumbangan yang tidak terhingga industri arak dan judi kepada UMNO.

Malahan UMNO septatutnya mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawikh di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi menghargai sumbangan tokeh2 kabaret kepada UMNO.

Berhentilah bersandiwara. Berhentilah berlakon. Hakikatnya kamu lebih akrab persahabatan kamu dengan tokeh2 judi dan arak berbanding DAP. Ini adalah fakta.

Tak payahlah UMNO nak jadi jaguh kampung. Sibuk berkokok tapi ekor bergelumang taik. Memalukan agama, bangsa dan negara.

Tulang Besi

23 comments:

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Kalau kau kata munafiq, kau tu bila lagi nak jd "mukmin".

Ni Jeef Ooi kata org satu jamaah mcm Dr Dzulkefly Ahmad Saari Sungib ni extremist.

Jeff Ooi didesak letak jawatan isu JIM 'pelampau'

Bila nak buat artikel?kalau DAP buat onar, slow saja.

Lepas ni, keluar artikel UMNO bapak lain2 lg bila DAP buat hal.Org makin tgk hg merapu la.

Sedara hang DAP ka dlm kubur?

Anonymous said...

setuju sangat dengan kenyataan TB Umno memang munafiq! U = UMat, M = Munafiq, N = Number, O = one (UMNO!!!).....

Anonymous said...

Ala TB,
kau pun sama...Opportunist. Tgk apa kau tulis waktu ada org highlight isu tu dulu..



Tulang Besi said...


apa komen TB mengenai exco Ronnie Liu yang marah pasal MBSA angkut beer dr 7/11?.

Iye ke dia marah ataupun ini semua sandiwara?

TRULY MALAYSIAN said...

You are absolutely right Tulang Besi...

Anonymous said...

TB,

Itu dulu. Check sekarang.

http://www.reuters.com/finance/stocks/companyOfficers?symbol=CBMS.KL

Anonymous said...

Sdr. Tualng Besi

Yang hang marah sampai kata UMNO munafik ni pasal apa? Kami orang UMNO ni bukan lagi digelar munafik bahkan lebih teruk dari itu dan kami dah naik muak dan tak ambil pot lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati kami.

Kami menyokong Dr. Hassan Ali dalam teguranya terhadap Ronnie Liu atas dasar arak tak boleh dijual di kawasan Melayu seperti Shah Alam. Salah ke pandangan kami itu? Merepek pula kata kami UMNO yang buat itu dan ini pasal apa?

Banyak pandangan dari PAS yang kami kurang setuju tapi pandangan Dr. Hassan Ali mengenai hal arak ini saya amat bersetuju 100% dan memang tindakan Ronnie Liu memaksa arak yang dirampas dipulangkan dan kakitangan MPSA minta maaf ini dah melampau.

Bila agaknya kerajaan Selangor nak tutup kilang arak di Sungai way dan Shah Alam tu? Dah berkuasa dalam Selangor pun, masih nak tuduh kerajaan Barisan lama ke?. Kalau berani sila haramkan secepat mungkin.

Ramai dari kami ahli2 UMNO memamng pun berharap PAS akan melakukan apa yang diceramahkan sejak bertahun dahulu. Untung arak bukan dapat kat kami orang UMNO pun.

Lancang Biru

Anonymous said...

Ini semua wayang UMNO dalam menjatuhkan Pakatan Selangor. Si Hasan nak jadi MB Selangor, so kalau dia boleh buat kacau sampai DAP gaduh dengan PKR, sampailah hajat dia jadi MB kalau PAS berganding dengan UMNO di Selangor. Ingat UNity govt??

Cuba buka mata dan tengok hala tuju semau press conference yang diorang buat sekarang. Kalau memang ikhlas nak uruskan pentadbiran Selangor dengan baik, bincang saja kat meeting EXCO. Ketuk meja pun tak pa, asalkan dapat persetujuan. Ni buat press conference nak provoke DAP apasal?? Cuma bagi laluan Utusan Meloya buat cerita sampai orang PAS se Malaysia pun percaya.

Cubalah korang belajar sikit dari cerita DUN Perak! Apanama, si Mamak tu selalu berkata Melayu mudah lupa. Memang benar cakap dia. Kalau macam ni, memang takdir kita semua dipijak oleh UMNO selama-lamanya. Jangan lupa, director kat Genting tu ex-IGP Haniff Omar. Ada pulak ex-IGP jadi best friend dengan tokeh judi no 1 di Malaysia?? Ni lah UMNO, selalu bagi director kat semua ahli-nya yang dah bersara dari kerajaan. Jadi, mission dia ialah sentiasa bagi lesen arak dan judi supaya orang Melayu yang dah bersarsa dari kerajaan dapat jadi director kat company jual arak dan judi. Jangan lupa semua ni.

Jadi isu jual arak ni di Shah Alam bukan perkara yang mustahil diselesaikan secara baik. Senang saja nak heret Ronnie Liu dan geng ke meja perundingan. Biar Khalid uruskan.

Tapi jangan lupa, ini semua kerja UMNO untuk merampas balik Selangor. Jangan sampai jadi macam Perak!

donplayplay

Tulang Besi said...


Kami menyokong Dr. Hassan Ali dalam teguranya terhadap Ronnie Liu atas dasar arak tak boleh dijual di kawasan Melayu seperti Shah Alam. Salah ke pandangan kami itu? Merepek pula kata kami UMNO yang buat itu dan ini pasal apa?
.

Tapi bila Najib lulus 10 lesen judi baru, apasal korang senyap?

Sudahlah. SOkongan korang membawa rebah.

Tak ikhlas langsung

Anonymous said...

TULANG BESI -

APA BANGSA KAMU????

APA AGAMA KAMU????

Rozana said...

TB,
tolong jelaskan 'UMNO' merujuk dasar dan manhaj perjuangan semasa serta para decision makers, bukannya ahli teramai.
Peace

Hisham said...

BODOH....BODOH..BODOH.. ASIK BERGADUH SAMA2 SENDIRI.. AKU YG HARDCORE PAKATAN YANG TAK MUNGKIN UNDI BN PUN DAH NAIK MUAK. APATAH LAGI YG ATAS PAGAR... LU PIKIR LA SENDIRI.

khairul.. said...

Waah, sekarang baru dapat lihat gambaran sebenar... betul kata donplayplay ..!!!

Besar mugkin (UMNO + PAS)kerajaan campuran & Dr.Hassan jadi MB di Selangor. ...

Anonymous said...

if muslim want alcohol factory / glambing to be close. do you know how much tax being paid by these company to government anually?
and all these tax money more less being allocated to local university as well.

Anonymous said...

if today pas said the area is majority malay, they want ban on selling alcohol.
next time when they become federal government , would they say in malaysia majority is muslim, so ban all alcohol in the country.

Anonymous said...

malaysia is being independent 50 years.
and non muslim know also alcohol is prohibited to muslim. and they have act/law to againts those muslim drink if being catched or the ppl selling to them.
the problem have to solve is to catch the youngter and seller ., ban doesnt not stop them to buy from other area too !
those thinking of banned liqour, will solved problem. this is not a good governance.

Anonymous said...

PAS hassan cant be part government or representative for all malaysian.
he is putting religous 1st .
if he really care for future of young ppl. why never hightlight the underage smoker too ?
we know the underage smoker is raising time to time.

Gedong Lalang said...

Salam sejahtera pembaca budiman

Apa jua masalah yang timbul dalam urusan pentadbiran kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hendaklah dibawa berbincang dalam mesyuarat exco. Kini sudah menjadi trend jika tak berpuashati dalam satu satu isu diluahkan kepada media. Media milik Umno/BN telah bijak mempromosikan cerita membuat rakyat jelata mempercayainya.

Kekecohan dan perang mulut antara PAS DAP dan PKR diPulau Pinang dan Selangor tidak akan berlaku jika mereka yang terbabit tidak membuat sidang akhbar sebelum isu tersebut dibincang dalam mesyuarat exco.

Apa jua masalah hendaklah dibawa berbincang untuk mendapat keputusan yang boleh diterima oleh kedua belah pihak. Jika terdapat perpecahan dalam Pakatan Rakyat Umno/BN akan melonjak kegembiraan dan harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat akan jatuh merudum.

Anak Perelih said...

First of all.. What Hassan Ali mention was not a blanket ban but a restriction... and these restrictions only applies to kedai runcit, 7-11 and Muslim restaurants.... and in Muslim majority areas. In these kind of areas, those who manned the counter especially at 7-11 are Muslims. And based on the comments wrote in Malaysiakini Vox Populi, I found that nearly all the writers are ignorant about Islamic law concerning alcohol consumption. Muslim are not only forbidden to drink alcohol.. but all activities in producing it as well as in selling and serving it.. Thus, Muslim who manned the 7-11 felt their rights as a Muslim was violated when they have to sell alcohol....

The sensitivity of having a shop selling alcohol in Muslim majority area is akin to having a shop selling beef in a Hindu majority area... and this what makes the residents in Section 8 to protest for the selling of alcohol at Section 8 7-11 outlet. ... To have a unity between races and religions in this country, we should be more concern with others race or religion sensitivity. We should respect other believe and cultures. Without this sense of sensitivity, we will have racist and religious bigots around us....

BTW.. I felt that we should have more controls on outlets selling alcohol as being practiced in some states in the US where minors are not allowed to buy alcohols there.. and to apply it here.. minors and Muslims should not allowed to buy it... some procedure and checking should be implemented and I think the only outlets that can do this procedure/checking is the one licensed to sell alcohol as they need to maintained their license. Other outlets like what we currently have will not really implements this procedure/checking properly as what we can see with the selling of cigarette to minors - They still sells it to minors....

Anonymous said...

ala ko ni kata dulang paku serpih...ko pong sama gak munapik, kaki adu domba...rosak2

Anonymous said...

Ada orang kata........

"Tapi bila Najib lulus 10 lesen judi baru, apasal korang senyap?
Sudahlah. SOkongan korang membawa rebah.

Tak ikhlas langsung"

Saya percaya saudara yang menulis ini hatinya sentiasa kusyuk dalam sembahyang, tidak menaruh buruk sangka sesama Islam, tidak melenggahkan sembahyang, sentiasa meningati Allah selalu dan seribu macam baiknya lagi.

Betul ke? Cermin diri sendiri saudara sebelum mengata orang tak ikhlas. Saya sentiasa mendoakan saudara dan rakan-rakan sekelompok saudara sentiasa yang terbaik semoga Allah membuka hati saudara untuk melihat yang benar dari yang bathil.

Lancang Biru

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...
This comment has been removed by the author.
Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...
This comment has been removed by the author.
Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Menarik artikel ni.. Nampaknya, ramai yg x puas hati dengan latar belakang penulis blog.. Rasanya, sesuatu perlu dijelaskan wahai Tulang Besi..

Tapi, apa yg menarik ialah, gambar Oasis di bawah sekali blog.. Melalui pengamatan, itu adalah gambar yg diambil terus daripada digital kamera, senang ceritenye penulis mungkin memang pernah ke situ.. Dan, saya memang tahu di mana itu.. Itu bukankah Oasis di bumi Mesir yg terletak antara Semenanjung Sinai dan Kaherah? Adakah TB ini seorang mahasiswa Mesir?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.