Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 18, 2009

Kalau Nik Aziz Menghina Islam, Dakwalah dia di Mahkamah Syariah

Setelah Tok Guru mengagalkan sama sekali usaha UMNO untuk membawa PAS ke pangkuan UMNO, maka usaha terbaru mereka adalah dengan mencuba menyebarkan was-was dan keraguan terhadap ketokohan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Artikel Utusan Terbaru bertajuk "Nik Aziz Liabiliti PAS" cuba sekali lagi untuk memutar belitkan kenyataan Tok Guru.

Mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk menghancurkan kredibiliti serta penghormatan rakyat MAlaysia dan ahli-ahli PAS kepada Tok Guru. Mereka perlukan ini demi untuk memastikan usaha mereka membawa PAS kepada UMNO berjaya.

Semua tokoh2 usaha membawa PAS kepada UMNO sekarang telah di "discredit" oleh Tok Guru. Mereka menghadapi jalan buntu. Tiada lagi usaha agresif untuk membawa PAS kepada UMNO.

Maka usaha terakhir adalah memburukkan Tok Guru Nik Aziz. Dan serangan terbaru mereka adalah seperti yang cuba digambarkan oleh Awang Selamat. Yakni, Tok Guru cuba digambarkan membawa Islam yang sesat dari landasan yang sebenar.

Bagi saya, kalau benar Tok Guru menyeleweng dari Islam, saya cabar UMNO mendakwa Tok Guru Nik Aziz di mahkamah Syariah.

Saya pernah mencabar UMNO untuk mendakwa Tuan Guru Haji Hadi atas tuduhan UMNO terhadap "Amanat Haji Hadi" di mahkamah syariah. Namun sehingga hari ini tiada apa2 dakwaan yang dibuat oleh mereka.

Saya cabar kamu semua, saya cabar. Jangan hanya pandai bercakap sahaja.

Tulang Besi

17 comments:

hj jamaludin said...

Bismilah hir rahman nir rahim
Saya rasa tak payah lah nak seret Tuan Guru Nik Aziz Ke Makamah Syariah di Malaysia . Kita akan dapat takwilkan keputusan Makamah Syariah Di Malaysia .Tunggulah sampai kuching bertanduk.

Apa susah sangat , suruh je Persatuan Ulamak Malaysia ,Para Mufti di Malaysia , JAKIM keluarkan Fakwa " DI MALAYSIA TIDAK WAJIB MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD DAN QIAS " Dan suruh mereka beri penjelaskan dengan berdalil Quran / Hadis .

Anonymous said...

x perlu nak cabar2.. kau tu yang takda telur.. baru kena sound sikit dah terus tarik balik artikel.. takut kena saman ke? kau ni memang tak patut cabar orang.. sebab kau tak layak..

kau tahu sebar fitnah saja, bila kena ugut saman, kau kecut, kau takut.. kau tarik balik artikel..

nak cabar konon.. piii raaa mabuk..

pria malaya said...

aku paham apa yg cuba disampaikan oleh bro tulang besi melalui artikel diatas ini...

rasional + positif + kritis

Anonymous said...

Betul apa yg awang selamat tulis tue...
cuba lah buka minda sikit...
jangan berfikiran sempit & fanatik

Rozana said...

Seperti TGNA kata, kita jangan serang orang atau peribadi, kita serang dasar atau institusi yg dah tercemar a.k.a ideologi yg tidak berpijak atas dasar ukhrawi.

Anoinimuz said...

HOY UMNO YANG BERFIKIRAN SEMPIT DAN FANATIK BANGSA !!!! KAU DENGAR SINI BAIK !!! TINGGALKAN KAPAL UMNO YG SESAT LAGI KURAFAT ITU !!! BUKA LAH MINDA KORANG !!! TIMBALAH ILMU BANYAK2 !!!

Anonymous said...

Kalau setuju cadangannya jadi kawan setia , kalau tak nak kerjasama baru tahu perangai yang sebenar kawan setia itu.

Anonymous said...

so cabaran kepada penyokong P.R pula ..

"Kalau BN Menghina Islam, Dakwalah PM di Mahkamah Syariah"

ada berani ?

tulang karat P.R

Tulang Besi said...

"Kalau BN Menghina Islam, Dakwalah PM di Mahkamah Syariah".

Ada berani, tapi kita tahu pendakwaraya di Mahkamah Syariah biasanya takut nak ambik tindakan.

So, kita biar je kerana nak selamatkan sistem mahkamah syariah Malaysia.

anwar wahab said...

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”

(Muslim)

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Ada berani, tapi kita tahu pendakwaraya di Mahkamah Syariah biasanya takut nak ambik tindakan.

So, kita biar je kerana nak selamatkan sistem mahkamah syariah Malaysia.


Ini jawapan TB?

Bukan ke boleh digunakan jgk oleh UMNO, kita tahu pendakwaraya dan mahkamah syariah takut amik tindakan almaklumlah, ramai org PAS dlm tu..

Kita biar je..sbb nanti malu sj mahkamah syariah di Msia.

Amacam jawapan aku??

Karat Biru said...

anony's umno, jawapanmu tu terlalu berkarat, pm di malaysia berkuasa penuh, boleh hancurkan macam-macam, itu pun buat-buat tak tau ka?

Anonymous said...

sahabat kanan(pencacai umngok)

Bukan ke boleh digunakan jgk oleh pencacai Umngok, kita tahu pendakwaraya dan mahkamah syariah takut amik tindakan almaklumlah, ramai org kuat umngok dlm tu..

Kita biar je..sbb nanti malu sj mahkamah syariah di Msia.
sb byk org boloh mcm umngokk

tebing tinggi said...

biarkanlah nik aziz dengan penyokong-penyokongnya dengan gelagat mereka kerana syurga telah confirm untok mereka.
keputusan mahkamah hanya hukom didunia , Allah maha mengahtawi kita serahkan kapada yang Maha Esa.

AyahDi said...

Hanya utk TB, org lain jgn baca.

TB, mu jgn lah dok angkat artikel dr UM ke dlm blog ni. jatuh martabat mu. Carilah bende lain.

TB, boleh tak jaga sikit hujung2 jari mu dari labelkan org lain bengap, munafik, pelacur dan seumpamanya. Hujung jarimu mencerminkan apa di hatimmu. Mukmin yang benar hatinya amat takut utk berkata begitu.

Kita pendakwah bukan penghukum.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

anony's umno, jawapanmu tu terlalu berkarat, pm di malaysia berkuasa penuh, boleh hancurkan macam-macam, itu pun buat-buat tak tau ka?

PM berkuasa penuh?

Bukan ke Allah yang Maha Berkuasa dan hanya Dia sahaja yang berkuasa penuh. Ini ajaran sapa ni.Ikut Tok Guru sesat mana ni?

Kalau boleh hancurkan sapa2 kononnya, kenapa masih ada Anwar,Nik aziz, etc.

Bukan ke boleh digunakan jgk oleh pencacai Umngok, kita tahu pendakwaraya dan mahkamah syariah takut amik tindakan almaklumlah, ramai org kuat umngok dlm tu..

Kita biar je..sbb nanti malu sj mahkamah syariah di Msia.
sb byk org boloh mcm umngokk


jawapan org PAS ni boleh dibaca macam ni:

hakim mahkamah syari'e dan pendakwa selalunya org belajar ugama, maka penyokong pas yang memaki hamun UMNO sebagai UMNGOK ni mengiktiraf org yang belajar ugama tinggi-tinggi menyokong UMNO.

Jika guna anonymous PAS ni, malulah org2 PAS dalam tu, asal kerja institusi kerajaan dipanggil umno padahal penat2 sokong PAS.

Mahkamah syariah terkenal menjadi lubuk org2 PAS tapi disebabkan nak tunjuk hero, diorg cuba katakan org2 mereka sebagai ngok.kasihan org PAS.

Lia Lawa said...

Beginilah anda semua, kerajaan dan orang2 UMNO tak pernah fitnah Nik Aziz, Nik Aziz tu menyeleweng terang-terangan di depan public, semua orang tahu dan dengar. macamana pulak tetiba nik aziz menafikan pulak, dia kata dia tak pernah sebut pasal perkataan palestin tpi bila dgr rakaman suara dia memang jelas dia sebut perkataan palestin, jadi skrg ni kita bukan fitnah dia sebab dia memang sebut palestin tu... agaknya nik aziz ni dah tak ingat kot sebab dia dah tua sgt. lagi satu dia nak saman kerana dia tidak pernah sebut "ahli umno" tpi sebut "pengikut umno" ada beza ke ahli dengan pengikut umno, memang dasar pembelit betul nik aziz nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.