Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 4, 2009

Kalau PAS Takut DAP, UMNO Pula Takut Tokeh Judi

HEHEHEHEHE. UMNO berhempas pulas cuba menyakinkan rakyat kononnya PAS takut kepada DAP. Dan PAS sudah terpaksa melonggarkan prinsip kerana takut kepada DAP.

Saya sempat berdebat dengan beberapa orang kuat UMNO dalam satu forum. Dan, seorang pemuda UMNO bernama X telah mencabar saya untuk mengadakan satu demonstrasi bagi pihak PAS membantah semua pusat maksiat di Selangor.


Saya menjawab saya sanggup tapi demonstrasi itu mesti di atas nama UMNO dan bukannya PAS. Namun, saya akan gunakan pengaruh saya yang tidak seberapa ini untuk membawa pemuda2 PAS di Selangor ke demo tersebut.

Tapi keseluruhan demo mesti diaadakan atas nama UMNO. Si X tadi menggelabah dan tak dapat jawab. Dia tak sanggup nak ”kommit” dan penghabisannya dia cuma mampu menuduh PAS tunduk kepada DAP. Itu sahaja.

Saya jawab balik, kalau PAS tunduk kepada DAP, maka UMNO tunduk pada tokeh2 Judi, Arak dan kaberet/night club. Saya kata lagi, di Selangor, kalau ada orang Selangor yang mahu pergi mabuk dan berbuat maksiat, mereka akan pergi ke Kuala Lumpur ( yang ditadbir oleh UMNO). Mereka jarang berbuat demikian di Selangor kerana di Selangor, terutama sekarang, ada JAIS yang semakin agresif.

Dahulu di bawah BN, kononnya diadakan undang2 yang menghalang orang Islam berjudi dan minum arak, tapi jarang dikuat kuasakan. Malahan, apabila ada penguatkuasaan, Mufti pula dipecat hanya kerana Marina Mahathir marah.

Mana mungkin UMNO mahu memastikan amalan haram ini berkurang kerana UMNO lah yang mengeluarkan lesen judi, arak dan pusat2 maksiat seluruh negara. UMNO dan kabaret/night club adalah ibarat isi dan kuku. Ibarat irama dan lagu, kalau dipisah lemah tanpa berjiwa, hampa. Begitulah juga UMNO dan Judi serta arak. Ibarat aur dengan tebing.

Dan hubungan intim UMNO dan maksiat ini wujud sejak sebelum merdeka lagi dan bukan baharu. Yang terbaru, Najib Tun Razak meluluskan 10 lesen ”Special Draw” yang baru TANPA PERMINTAAN dari mana-mana kaum di Malaysia. Hanyalah, tindakan Najib dan UMNO secara sukarela dan niat baik UMNO kepada tokeh2 judi di Malaysia.

Kalau PAS ikut sama tubuh kerajaan campuran dengan UMNO tempohari, terpaksalah ulama-ulama dalam PAS membaca doa selamat sewaktu pembukaan cawangan2 judi yang baru. Alhamdulillah, PAS tidak.

Dan sebab itulah si X terpaksa menarik diri dari menganjurkan perhimpunan tersebut kerana X pun tahu hubungan intim UMNO dengan maksiat. Ibarat dua sejoli yang tidak dapat dipisahkan.

Setakat ini, PAS di Selangor dan negeri2 Pakatan sedang berusaha giat menguat-kuasakan undang2 yang sedia ada terhadap orang Islam supaya mereka tidak terlibat dalam gejala maksiat. Itu yang mampu.

Cuba baca kenyataan Dr Shafiee yang terbaru:

"http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22026&Itemid=1"

Kalau nak harap UMNO, kucing tumbuh tanduk pun belum tentu lagi.

Tulang Besi

21 comments:

Tok Kiyai said...

Itulah pencacai umno...Berani di mulut sahaja. Mereka ni tiada isu sebenarnya. Jadi mereka kata PAS takut kat DAP....Melayu Islam apa macam ni. Islam munafik ke mereka ni????

Anonymous said...

Ali Rustam is a kaki mabok no1!!And there is one Royal Stoutist who loves todi,and Chevas..*hic*..hehehe

Anonymous said...

Jamluddin Jarjis pulak terus raba-raba punggung si pelayan lepas minum-minum kat hotel. Sekarang dapat jadi Ambassador ke Washington. Lepas ni kita akan dengar pasal dia raba punggung Mat Salleh/Latino yang comel!! Ni lah cara Najib buat lantikan, berdasarkan kuat minum gang-gang dia!

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Soklan:

Saya sempat berdebat dengan beberapa orang kuat UMNO dalam satu forum. Dan, seorang pemuda UMNO bernama X telah mencabar saya untuk mengadakan satu demonstrasi bagi pihak PAS membantah semua pusat maksiat di Selangor.

Jawapan:

hek eleh..blog sendiri pun tak larat nak jaga, ini nak berforum kat tempat lain. Tgklah, kau tu hanya harap Nizam mahmud saja dok jaga komen.

kat chatbox harap umnobastard n apa ntah namanya lagi dgn politik$edap saja.

kata parti islam, jadi apabila kena keputusan Pakatan rakyat, kenapa nak guna nama UMNO?

Ini menunjukkan bahawa PAS kalau memerintah, akan jadi lebih teruk lagi.

Ada bukti UMNO takut dgn taukey judi?Aku suka kalau kau kata najib bapak judi dari kau kata dia takut, kalau takut, dia jadi macam khalid samad, lari dari defend peg MBSA dlm meeting psl serah balik arah tu.Itu baru dinamakan takut.

Soklan:

Saya jawab balik, kalau PAS tunduk kepada DAP, maka UMNO tunduk pada tokeh2 Judi, Arak dan kaberet/night club. Saya kata lagi, di Selangor, kalau ada orang Selangor yang mahu pergi mabuk dan berbuat maksiat, mereka akan pergi ke Kuala Lumpur ( yang ditadbir oleh UMNO). Mereka jarang berbuat demikian di Selangor kerana di Selangor, terutama sekarang, ada JAIS yang semakin agresif.

jawapan:

Kalau spa, etc sampai tumbuh kat Shah Alam, yg dulu haram takde tempat maksiat, sekarang bertambah, apa kejadahnya?

tulang besi, kau dah kepanasan kes Ronnie Liu. Sekarang, guna pulak isu judi pulak..

baik kau tulis artikel psl Ronnie Liu.Ko ni tulang besi ke tulang ****?

Tulang Besi said...


hek eleh..blog sendiri pun tak larat nak jaga, ini nak berforum kat tempat lain. Tgklah, kau tu hanya harap Nizam mahmud saja dok jaga komen.

kat chatbox harap umnobastard n apa ntah namanya lagi dgn politik$edap saja.
.

Errr sejak bila pulak aku tak jaga blog aku ni?

Kalau aku tak jaga, lama dah blog ni tak update.

Hehehehehe Orang ambik cuti sakit 2-3 minggu terus tuduh tak jaga blog. Inilah dia perangai orang UMNO yang cetek pemikiran.

Tulang Besi said...


Ada bukti UMNO takut dgn taukey judi?Aku suka kalau kau kata najib bapak judi dari kau kata dia takut, kalau takut, dia jadi macam khalid samad, lari dari defend peg MBSA dlm meeting psl serah balik arah tu.Itu baru dinamakan takut.
.

Skrg ni UMNO dah tak takut dah dgn tokeh judi. Skrg ni okeh2 judi dah jadi RAKAN SETIDUR dgn UMNO.

Sebab tu baru ni Najis luluskan 10 Special Draw dengan muka selamba je. Takda sapa mintak pun. Orang Cina tak mintak, orang India tak mintak.

Aleh2 Najib yang mengaku berjuang Islam luluskan 10 lesen judi.

Hahahaha UMNO ni kaki penipu #1.

Zouk tu kenapa UMNO tak tarik lesen diorang ye???

Tulang Besi said...


Kalau spa, etc sampai tumbuh kat Shah Alam, yg dulu haram takde tempat maksiat, sekarang bertambah, apa kejadahnya?

tulang besi, kau dah kepanasan kes Ronnie Liu. Sekarang, guna pulak isu judi pulak..

baik kau tulis artikel psl Ronnie Liu.Ko ni tulang besi ke tulang ****?
.

Aku dengar jugak cerita Spa ni. Tapi yang herannya, tukang karut cerita ni berani buat cerita je.

Bila suruh buat laporan rasmi, semua kecut.

Sebab semua tahu, benda ni tipu.

Tulang Besi said...


tulang besi, kau dah kepanasan kes Ronnie Liu. Sekarang, guna pulak isu judi pulak..

baik kau tulis artikel psl Ronnie Liu.Ko ni tulang besi ke tulang ****?
.

Kahkahkah UMNO yang kepanasan sebab orang dah tahu Najis luluskan 10 lesen judi baru.

Lepas tu kat Manek Urai di ngaku berjuang Islam.

Half Truth said...

Tempat issue lesen untuk judi (Magnum, Sport Toto, Kuda etc), arak dan pusat2 SPA, Karaoke, kabaret/night club etc untuk seluruh negara adalah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia adalah agensi kerajaan pusat, yang dikuasai oleh kerajaan BN. Special Draw (Toto / Magnum / Kuda ) - siapa yang beri and siapa galakan rakyat malaysia berjudi lebih?????

Seperti yang di sebarkan berita kini dimana pusat2 tersebut telah berlipat ganda di Selangor adalah disebabkan oleh kerajaan PR. Ada logik tak? Inilah satu cara (menggunakan dan salah guna nama agama) untuk menjatuhkan kerajaan PR.

Anonymous said...

Sahabat kanan

Soklan:

Errr sejak bila pulak aku tak jaga blog aku ni?

Kalau aku tak jaga, lama dah blog ni tak update.

Hehehehehe Orang ambik cuti sakit 2-3 minggu terus tuduh tak jaga blog. Inilah dia perangai orang UMNO yang cetek pemikiran.

jawapan:

jaga tu bukan sekadar update. Jawap satu-satu macam hang buat sekarang ni. Aik..cuti sakit pulak..sempat kau berforum.

Kalau kau tu jaga blog kau..tu bahagian Harussani pelacur tu jawab la satu2..jgn harap tentera yg tak diupah tu settlekan.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Soklan:

Skrg ni UMNO dah tak takut dah dgn tokeh judi. Skrg ni okeh2 judi dah jadi RAKAN SETIDUR dgn UMNO.

Sebab tu baru ni Najis luluskan 10 Special Draw dengan muka selamba je. Takda sapa mintak pun. Orang Cina tak mintak, orang India tak mintak.

Aleh2 Najib yang mengaku berjuang Islam luluskan 10 lesen judi.

Hahahaha UMNO ni kaki penipu #1.

Zouk tu kenapa UMNO tak tarik lesen diorang ye???

Jawapan:

Cuba tgk apa tuntutan PAS semasa UG diwarwarkan.

Ada kata kurangkan judi?Kurangkan arak?Ada kata nak buat hudud kurang2 kat kelantan?

tarak..mana ada. Yg dituntut Nik Aziz, menteri kewangan, menteri pendidikan.

Bwh Pakatan Rakyat, ada sebut bab arak, bab judi, bab babi?Tarak?

jadi, apa perjuangan PAS?Sekadar nak jatuhkan UMNO?macam lawan bola, menang, sorak huery hurey?

masa Pak Lah ada, kau kata macam2,padahal dia tu bab2 judi, arak ni semua mana ada.

Soal judi, soal arak, dia bukan saja lulus 10, lulus 0.1 lesen judi pun HARAM.

Apa beza Zouk dgn kenyataan Shafie tu?Zouk pun penah kena raid dgn JAWI apa?Tanda org islam tak boleh masuk

Tulang Besi said...

Ada kata kurangkan judi?Kurangkan arak?Ada kata nak buat hudud kurang2 kat kelantan?

tarak..mana ada. Yg dituntut Nik Aziz, menteri kewangan, menteri pendidikan.
.

Errr memang kita tak mintak pun. Sebab untuk masa terdekat kita settlekan benda2 lain dulu.

Dan guna peluang itu untuk menerangkan Islam kepada orang bukan Islam.

UMNO, kalau sokong hudud, lama dah hudud jalan.

Anonymous said...

Soklan:

Errr memang kita tak mintak pun. Sebab untuk masa terdekat kita settlekan benda2 lain dulu.

Dan guna peluang itu untuk menerangkan Islam kepada orang bukan Islam.

UMNO, kalau sokong hudud, lama dah hudud jalan.

Jawapan;

Oo..tak mintak..apa yg benda lain tu..nak jawatan?bagi kukuh kem JIM/IRC dalam PAS?Itu ke tulang besi?

ronnie Liu tu ada rupa paham?Ada karpal singh tarik balik "langkah mayat' dulu?

Aku tak nampak pun Nik Aziz ajak Karpal singh masuk Islam..lim kit siang..yg ada, pegi jahanam je.

Khomeini tu terkenal dgn surat dakwah kat gorbchev.Aku xnampak pun Nik Aziz.

Tugas PAS adalah utk paksa UMNO buat hudud kalau nak UG.Hudud ke dakwah yg tak nampak2.

brp ramai yg masuk islam sebab PAS masuk Pakatan ni?Brp ramai dah lepas 8Mac 2008?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Soklan:

Kahkahkah UMNO yang kepanasan sebab orang dah tahu Najis luluskan 10 lesen judi baru.

Lepas tu kat Manek Urai di ngaku berjuang Islam.

jawapan:

Yg aku nampak Tulang basi yg kepanasan, sebab bila dah tak boleh jwb isu teoh, isu arak, isu ronnie liu, asyik2 tampal isu ni.

Isu ni mcm pemimpin pas la, kalau tak boleh jwb..kuar template biasa..wala'''

Tulang Besi said...


Oo..tak mintak..apa yg benda lain tu..nak jawatan?bagi kukuh kem JIM/IRC dalam PAS?Itu ke tulang besi?

ronnie Liu tu ada rupa paham?Ada karpal singh tarik balik "langkah mayat' dulu?

Aku tak nampak pun Nik Aziz ajak Karpal singh masuk Islam..lim kit siang..yg ada, pegi jahanam je.
.

Tak minta sebab undang2 yang sedia ada dah cukup untuk kawal judi dan arak serta kabaret.

PAS cuma kuat kuasa je.

Waktu UMNO dulu, buat undang2 untuk "show" je. Bukan untuk laksana pun.

Tak logik la. UMNO Pusat keluar lesen judi, UMNO Negeri nak kawal judi.

Tak masuk akal langsung

Tulang Besi said...



Yg aku nampak Tulang basi yg kepanasan, sebab bila dah tak boleh jwb isu teoh, isu arak, isu ronnie liu, asyik2 tampal isu ni.

Isu ni mcm pemimpin pas la, kalau tak boleh jwb..kuar template biasa..wala'''
.

Sejak bila pulak tak boleh jawab ni? Yang tak boleh jawab korang, UMNO oii.

Kitorang tgh menunggu jawapan siapa yang bunuh Teo ni?

Dan semua tuduhan kepada Ronnie Liu, tuduhan gangster etc semuanya FITNAH.

Nak jawab apa?

Anak Perelih said...

Kenapa dalam membicarakan tentang UG, PAS nakkan kementerian keewangan dan pertahanan... kerana ini kementerian penting...

Penting macam mana..
1. kem. keewangan... kementerian ni lah yang lulus lesen.. terutama yang berkaitan dengan wang... macam bila Najib jadi menteri keeeangan... terus dia lulus lesen 10 cabutan khas ekor tu.... lesen penjualan arak etc... Jadi kalau PAs control kem. ni, PAS dah boleh kontrol arak dan judi dah...

2. kem. pertahanan penting sebab ia kementerian besar melibatkan keselamatan negara... ditambah pula untuk mengelak orang pi letak bunga di tugu negara seperti yg dilakukan oleh Najib dan Pak Lah....

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Soklan:

Tak minta sebab undang2 yang sedia ada dah cukup untuk kawal judi dan arak serta kabaret.

PAS cuma kuat kuasa je.

Waktu UMNO dulu, buat undang2 untuk "show" je. Bukan untuk laksana pun.

Tak logik la. UMNO Pusat keluar lesen judi, UMNO Negeri nak kawal judi.

Tak masuk akal langsung

jawapan:

sekarang boleh pulak tak nak mintak hudud,cukup pulak hukuman yang ada sekarang.

Nyatalah, bila PAS berkuasa, takde perubahan pun.Kita lihat sudah jawapan sekarang, yg PAS tidak minat utk laksanakan hudud.

Lesen yang dikeluarkan PBT mcm mana?macam mana dgn kes ronnie liu hantar surat suruh biarkan cyber kafe etc beroperasi sampai 3 pagi?

Bwh PR bukan setakat tak laksana, bertambah teruk.

Kita ucap syabas kepada Hassan Ali krn tegas dgn DAP selangor dan mintak ronnie liu diremovekan dr exco.

Tulang besi, takkan syg roniie lebih dr Hassan?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Soklan:

Sejak bila pulak tak boleh jawab ni? Yang tak boleh jawab korang, UMNO oii.

Kitorang tgh menunggu jawapan siapa yang bunuh Teo ni?

Dan semua tuduhan kepada Ronnie Liu, tuduhan gangster etc semuanya FITNAH.

Nak jawab apa?

Jawapan:

Mmg tak jwab pun, aku tanya brp ramai cina DAP, hindu hindraf dah masuk Islam sejak 8hb mac 2008, tak dpt jawab.

Yg tuduh SPRM bunuh Teoh tu bukan fitnah pulak.

takat nak kata ituuuu fitnahhh, sapa2 pun boleh jwb.

knp sekarang ni seolah-olah, dislowkan kes Teoh ni?Dulu bukan main bukan.

Cuba tgk sapa 2 mangkuk yg melambat2kan bg DNA-Tan dan mamat yg lari ke china.

Semua peg SPRM dgn pantas beri DNA utk polis siasat.

Apa yg fitnah?

Bila jawapan tak kena dgn nafsu kau, mulalah kat fitnah.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Soklan:
Penting macam mana..
1. kem. keewangan... kementerian ni lah yang lulus lesen.. terutama yang berkaitan dengan wang... macam bila Najib jadi menteri keeeangan... terus dia lulus lesen 10 cabutan khas ekor tu.... lesen penjualan arak etc... Jadi kalau PAs control kem. ni, PAS dah boleh kontrol arak dan judi dah...

2. kem. pertahanan penting sebab ia kementerian besar melibatkan keselamatan negara... ditambah pula untuk mengelak orang pi letak bunga di tugu negara seperti yg dilakukan oleh Najib dan Pak Lah....

Jawapan:

Adakah lebih penting dari laksana hudud?Adakah mintak jawatan lagi penting dr bertegas minta UMNO laksana hukum ALlah?

Hudud di bwh kerajaan negeri, jadi sedikit perubahan perlembagaan, Hudud boleh dilaksanakan.

Konon judi, dan arak boleh control. Bang, masa Nizar jd MB pun takde perubahan spa, rumah urut, lesen kedai arak etc di Ipoh, dan di Klang pun nak larang arak macam Shah Alam pun tak boleh.

Alasan-alasan.

Bukaklah hati tu sikit.Aku tau hang anak perelih, hang tu dah dekat2 10 thn main di alam cyber.Bukaklah minda sikit, sampai bila nak main acilut dgn UMNO, padahal PAS dah makin lama, makin karut dan bacul.

tahun 80-an, 90-an,PAS tegas dan iltizam dgn hukum Islam,insha Allah berkat, sekarang ini?

hydraxy said...

"salam 1 malaysia"...kata pencacai2.
isu camni pun x phm ke???? kita semua kan muslim...kan dh jelas arak tu haram..klau cam ronnie tu lainla...dia x phm lg..lg pun bg dia x haram..nnti sat lg dia paham la tu..ini yg muslim pulak sibuk nk ckp pihak tu penakut la..ape la...kan elok sokong bersama...barula nmpak sikit kita ni betul pejuang bangsa dan agama...apalaaaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.