Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 12, 2009

PAS Selangor Ini Sebahagian Dari Kerajaan Selangor atau Tidak?

Saya membaca kenyataan terbaru PAS Selangor yang disiarkan dalam Harakah baru-baru ini. Dan PAS Selangor telah mengutus banyak kenyataan akhbar sebelum ini diluar mesyuarat exco.

Misalnya, Haramkan jualan arak di kawasan penduduk Islam - Hasan Ali

Saya hairan. Kenapa PAS Selangor mengeluarkan kenyataan akhbar dalam isu yang dapat dibahas dan disuarakan oleh exco2 milik PAS di dalam Mesyuarat Mingguan Exco Selangor?

Apakah ini usaha awal untuk membawa PAS Selangor keluar dari kerajaan Selangor sekaligus menubuhkan Kerajaan Perpaduan Melayu yang diidamkan oleh beberapa orang yang saya kenali dalam PAS Selangor?

Kenapa galak sangat buat kenyataan akhbar secara terbuka? Adakah PAS Selangor yang mempunyai 3 orang exco tidak berkesempatan menyuarakan pendapat mereka melalui mesyuarat Exco Selangor yang diadakan seminggu sekali?

Inilah masaalahnya bila Roslan SMS menjadi Ketua Penerangan. Dia adalah ”engineer” cadangan kerajaan perpaduan Melayu di Selangor yang telah digagalkan oleh SU dan Presiden PAS.

Jadi, perangai ini terbawak-bawak sampai ke Perhubungan Negeri. Sehingga Perhubungan Negeri Selangor tidak ”mengiktiraf” yang mereka ini sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor

Kalau galak sangat nak buat kenyataan akhbar secara di luar sebegitu, maksudnya PAS Selangor sudah sebelah kaki diluar pintu Pakatan Rakyat Selangor?

Mana Akhlak Islami PAS Selangor

Apabila PAS Selangor mengeluarkan kenyataan akhbar begini bererti PAS Selangor tidak menghormati prinsip setiakawan serta kesetiaan di dalam kerajaan/persepakatan Pakatan Rakyat.

Dan apa keperluan PAS Selangor mengeluarkan kenyataan seperti ini sekiranya PAS mampu menyuarakan pendapat dan pandangan mereka dalam mesyuarat exco.

Walaupun BN sudah tidak dalam kerajaan tapi kita tidak dengar pimpinan2 parti komponen Barisan Nasional Selangor mengeluarkan kenyataan membidas serta memberi syarat kepada kepimpinan Barisan Nasional Selangor?

Ertinya PAS Selangor lebih buruk akhlak berbanding parti2 komponen Barisan Nasional di Selangor.

Adakah dengan sikap dan akhlak yang buruk ini dapat membantu PAS menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada rakyat Selangor tidak kira agama dan ras?

Apa objektif utama PAS Selangor sebenarnya? Bukankah menyampaikan risalah Islam lebih utama dari segala-galanya?

Saya terpaksa menulis dalam hal ini kerana tindakan2 PAS Selangor ini MEMBURUKKAN imej Islam dan politik Islam di kalangan rakyat Malaysia. Demi menyelematkan imej Islam dan PAS, saya mengambil sikap untuk menyatakan kritikan secara terbuka.

Saya yakin tindakan2 ini adalah lantaran kebodohan Ketua Penerangan PAS Selangor yang baru-baru ini telah dipecat jawatan beliau dari menjadi SU Akhbar Presiden PAS. Dan PJ Selangor menurut nasihat orang yang tidak cerdik ini.

Tulang Besi

26 comments:

Anonymous said...

Sybas bro..It's high time,PAS pusat tendang keluar all these slimy ejen2 BN in PAS..So TGHH..nak tunggu lagi ke?

Anonymous said...

I urge all visitors to this site just to read and not comment anymore regarding to beer ban in Selangor.

It is clear now, Tulang Besi has changed and wanted to instigate voters to swing back to BN.

He no longer the PR supporter. In previous article, he even apologized for be non-stop critical to PR, but today he still harping on beer ban issue.

Tulang Besi, stop sensationalizing this beer issue over blogs. I notice your poisonous-to-PR posting in other blogs as well.

Don't follow rockybru style.

dino_yp@yahoo.com said...

Woi!, mana ada setiakawan antara parti2 dalam PR? Semua org PR gila kuasa!

Anonymous said...

dino_yp@yahoo.com said...
Woi!, mana ada setiakawan antara parti2 dalam PR? Semua org PR gila kuasa!

August 12, 2009 2:35 PM

Bro aku setuju....semua giler kuasa pastu bengong... hancur habis 'Selangor Darul Khamar' - tambah2 ada org mcm Tulang Besi Buruk ni...tak releven langsung! muahahahaha

Anoinimuz said...

TGAH.Kasik buang sama bangsat2 UMNO dalam PAS nie....

Malaysian said...

Isu-isu seperti replika Najib, sikap Jeff Ooi yang enggan mohon maaf dan sebagainya dijangka bakal mengundang pertikaian yang tidak berakhir. Seandainya Utusan Malaysia dibaca hanya pada tajuknya, seperti "Negara dalam bahaya-Azlan", "DAP hina institusi raja Perak", "Pengkhianat Melayu perlu ditentang-Muhyiddin" dan sebagainya, kita akan memahami bahawa UMNO-BN telah mengheret persaingan politik ke alam media.

Cuma, apakah PR akan terus terperangkap, atau sengaja diperangkap?

Baca selebihnya ... Mewujudkan ADA dari TIADA, BN Serang, PR Terperangkap

int said...

This whole mess could have been avoided if right-thinking PAS people like Tulang Besi has been willing to adopt a more surgical approach to control of alcohol sale. If you want to step up enforcement of liquor sale limitations (specifically targetting sales to minors and Muslims) it could have been done, but to make up ad hoc rules about who can sell and who cannot sell, and even worse to go off the deep end and talk about a state monopoly etc... this is why this issue is now political dead stock, and the ball remains in UMNO's hands.

Monkey Code said...

Kaki arak,kaki perempuan,kaki sundal,kaki jalang, kaki pelacur,kaki judi,kaki dadah,kaki tumbuk dan segala jenis kaki2 ada lah lebih baik daripada kepala umarak dan kepala ulama yang nampak macam "pijak semut pun tak mati", tetapi kepala segala munafiq dan kepala segala fasiq.

Kau orang le (melayu umno & melayu pro-umno) yang punca segala bala di Malaysia ni....bukan nya cina, india ataupun orang putih, tapi hampa sendiri....Apa!! anak2 melayu 'skodeng' kat Felda..yang bersepah-sepah kat 'You Tube' tu...orang cina, india ataupun orang putih juga ke yang buat?

Ala..Hassan Ali..check tempat awak tu dulu, tak payah sibuk kat tempat orang lain. Ok sangat ke dengan Gombak tu! belambak-lambak anak2 Melayu laki perempuan kaki tongang beer dan buat makisat siang malam...AND ALL THIS GOT NOTHING TO DO WITH DAP.

FED-UP AKU..tak habis2 Melayu bersikap "DEFENSIVE"..SEPERTI "MALING MENJERIT..MALING, MALING, MALING"

Anonymous said...

WOI BANGANG PENCACAI UMNO ORG UMNO!!!!! JAWAB!!!!!! JANGAN TAK JAWAB!!!!!!! MANA MUFTI2 PENCACAI UMNO JAWAB JANGAN TAK JAWAB!!!!!! REPLICA NAJIB!!! JAWAB!!!!!!! BANGSAT!!!!

Anonymous said...

tulang besi sokong orang minum arak..
apa nie..

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

tulang besi sokong orang minum arak..
apa nie..
.

Arak haram untuk orang Islam, bukan orang bukan Islam.

Hapuskan BN said...

Ish.. nak nanggis ni,

sila lihat artikel ini,

http://art-harun.blogspot.com/2009/08/1malaysia-dalam-kenangan.html

insaflah TB, PAS, UMNO

int said...

Tulang Besi, have you heard the news? It seems there may have been RM10 mil bonus for a job well done cheating the rakyat.

It is our moral imperative to keep Pakatan Rakyat together. We have ideological battles to fight, and I hope one day we can fight these battles for the identity and soul of Malaysia, but our generation of Malaysians cannot indulge in this fight because that will be the death of the federation.

adimirza said...

Saya sokong tulisan TB ini...pengunjung perlu terbuka. Yang ditimbulkan TB bukannya sokong arak tapi pelaksanaan perlulah berhikmah. Exco PAs kan ada saluran melalui mesyuarat bukannya mewar2kan melalui media pegampu spt TV3, Utusan dan Berita Harian. Jagalah semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat kerana itulah pilihan rakyat semasa PRUmum lalu. Dr Hassan jangan terikut rentak tari UMNO BN yang sengaja memutarbelit isu.

Jamil Gulam said...

terlalu banyak politik budak sekolah, dalam PR.buat kerja skit,kecoh lebih.... sibuk dengan isu isu yg boleh bagi orang naik fed up.macam ini lebih masuk parti hijau zainal abidin.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Yang ditimbulkan TB bukannya sokong arak tapi pelaksanaan perlulah berhikmah.

Jawapan:

Tgklah proposal canggih tulang besi;

a. Disallow totally liquor to be sold for profits. It must be sold by government owned monopoly just like the “”Kedai Tuak” we use to have.

d. Anything above 2% must be sold by the government monopoly corporations

f. All profits generated by the liquor sales will be given back into the government coffers for development and not for the expansion of the liquor industry.

Inikah corak negara Islam yang hendak ditubuhkan oleh PAS?

kerajaan buat syarikat monopoli arak? Astaghfirullah.

Ya, Tulang besi dan kawan2 akan ckp..tu BN lagi teruk.

Kalau soal lagi teruk, baik tak payah sokong PAS.Org sokong PAS kerana hendak tubuh negara Islam yang syumul, yg sempurna, lengkap dengan perjalanan hukum Allah dan selamat dari perkara2 yang mebahayakan aqidah, iman dsb.

Tapi, proposal Tulang Besi hanya hendak mencari redha manusia semata-mata.

Jika inilah PAS yang dibawa oleh Tulang Besi khususnya dan puak2 Erdogan amnya, saya rasa, bubarkan sahaja PAS, masuk2 PKR.

Tulang Besi, kau patut malu dengan Zulkifli Noordin.Dia tak masuk jamaah, tapi suaranya lebih baik dr Tok guru kau tu.

Juallah agama kau dgn puji Ronnie Liu as sincere tu.

Anonymous said...

Nak menyatakan pandangan yang kritikal pasal penjualan arak di kawasan majoriti Melayu pun kena bincang dan dapat kebenaran Exco Selangor ke? Aduh, lemah sangatlah orang Islam di Selangor sejak pemerintahan PR ni. Semua mesti terlalu berhemah dalam berdakwah konon.

Yang hambur kata-kata kesat dan kotor sesama Islam tu pun hikmah dalam berdakwah ke?

Saya katakan disini sekali lagi bahawa saya bukan peminat Dr. Hassan Ali sejak dulu lagi semasa dia asyik membodek BN. Tapi saya sokong Dr. Hassan dengan pendirian terbaharu beliau. Stand your ground, Sir.

Apabila ADUN DAP (seorang je tu) kat Kedah buat hal pasal kandang babi, kerajaan PAS terpaksa akur dan kes selesai. Kenapa isu penjualan arak kat Selangor jadi huru hara berpanjangan? Ini pun sebab berhikmah dalam berdakwahlah tu.

Nak juga saya bertanya, berapa ramai agak nye orang bukan Islam yang dah masuk Islam sejak PRU12 lalu?

Lancang Biru

Anak Perelih said...

sila ke link ini untuk membaca balasan/komen Mahaguru58 dan jawapan saya terhadap komen dia...
http://anakperelihblog.blogspot.com/2009/08/isu-arak-di-selangorshah-alam-jawapan.html

Isu arak di Selangor/Shah alam - jawapan kepada Mahaguru58

Saya ada terbaca posting Mahaguru58 di blognya yang bertajuk "7 Eleven and other convenience stores are liquor stores!" dan merasakan beliau mensasarkan kata kata yang keras tersebut kepada orang yang salah.... ini balasan saya di ruangan komen beliau....

Mahaguru 58 menulis :
" We even have a Selangor Chief Minister who says that it's okay to sell beer in the state!

No worries Ronnie! You and all the Pakatan fellows can Yam Seng as you please because the YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, your favorite can do guy is all for beer to be sold and consumed at the people's own discretion!

As long as Pakatan rules Selangor, you guys can hic hic your way as you please! :)"

Untuk pengetahuan Mahaguru58... masalah penjualan beer di 7-11 seksyen 8 tu sudah sedia ada sejak mula mula 7-11 dibuka di situ - 8 tahun dahulu...(saya tinggal di seksyen 8 selama 13 tahun)... iaitu sejak UMNO/BN memegang kuasa.. semasa itu AJK surau seksyen 8 (surau yang ditutup oleh Khir Toyu kerana aktif dengan ceramah dan kuliah)telah berkali kali komplen dan menulis surat kepada MBSA/ADUN/MP 7-11 dll tetapi semuanya tiada tindakan. MBSA/MP dan ADUN shah alam tak ambil pot langsung.. senyap sunyi... sampai dikatakan, surau yang ditutup, bukan penjual arak tu... Tapi bila PR perintah, ianya dibincang dan diperdebatkan jalan penyelesaiannya... ada tindakan positif dan ianya lebih baik (far better) dari zaman UMNO/BN....

Apabila pengerusi AJK surau menulis surat kepada MBSA baru baru ini, MBSA melakukan tindakan merampas beer itu... tetapi Ronnie Liu mengatakan ianya tidak sah kerana beer ditakrif sebagai bukan arak dibawah undang undang kastam dan eksais yang dibuat oleh UMNO/BN sendiri kerana kandungan alkohol adalah kurang dari 8%. Lesen arak ini adalah dibawah bidang kuasa kastam dan eksais... (selain dari ketidakfahaman Ronnie Liu tentang Islam, tapi yang Khir Toyo tu dah Islam tapi buat buat tak paham macam mana pula???)

jadi saya berpendapat, kata kata Mahaguru yang pemimpin PR "all the Pakatan fellows can Yam Seng as you please because the YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, your favorite can do guy is all for beer to be sold and consumed at the people's own discretion!" dan "As long as Pakatan rules Selangor, you guys can hic hic your way as you please! " haruslah dituju kepada Khir Toyo dan puak puak UMNO/BN kerana selama ini tak ambil peduli/pot akan penjualan beer serta kilang Carlsberg serta Guiness dibina dan dibenarkan beroperasi semasa zaman UMNO/BN perintah. Saya merasakan Mahaguru58 tersalah orang untuk menulis satu penghinaan seperti itu. Nampak sangat Mahaguru58 tidak meneliti isu ini dan apa yang berlaku selepas PR perintah dengan teliti... dan nampaknya sejak kebelakangan ini, Mahaguru dilihat telah "dibeli" oleh UMNO seperti apa yang dikatakan oleh Tulang Besi dari Malaysiawaves.

Tulang Besi said...

Mahaguru58 ni munafik. Konon nak berjuang Islam tapi sokong UMNO.

Sedangkan UMNO yang bagi lesen judi dgn arak.

Kalau tu tak munafik, tak tau la.

Anonymous said...

UMNO's tactics is to use the "power" of "ketuanan melayu islam" to frighten non malays..times are changing..slowly and surely people are realising(even amongst the secularist or materialits),"ketuanan melayu islam" is just like fahaman aparthaid..but UMNO will continue to use this tactics because they dont have anything positive to show..they need it to stay in power..they need it to plunder nations resources utk enjoy gila gila lah....nak jadi billionaire..nak bili bohsia,ferrari,penthouse,dan macam macam.

Anonymous said...

Salam,
Kepada Rahman talib @rahman panjang @ TB nampaknya anda takut apabila membuang komen balas dr saudara roslan. Perbuatan anda menanpakkan sifat bacul anda dalam menangani masalah dan sikap pro anda kepada DAP dan sifat munafik anda sebagai seorang Islam.

Pandangan saya anda adalah seorang munafik apabila menyebelahi DAP dalam isu arak ini. Anda cuba menyalahkan PAS Selangor terutama Hassan Ali dan Saudara Roslan. Apa untung anda apabila membangkitkan mereka adalah pro UG atau tidak. Sepatutnya anda mencari penyelesaian yang terbaik bukan menuduh pimpinan PAS Selangor perkara bukan-bukan. Apa yang saya nampak jiwa anda berkarat dan bersangka buruk sesama saudara Jemaah dan saudara Islam. Mengapa isu Rumah penyembelihan babi di Kedah anta tak hentam mereka? Mereka juga buat sidang akhbar malah menarik diri dari pakatan rakyat?

Sikap dauble standard anda dan tuduhan anda kepada Pimpinan PAS Selangor dalam menangani isu ini adalah mengikut kata hati anda yang busuk.

Cubalah bersikap berbaik sangka, kerana orang PAS akan mendahulukan Hukum Allah dari segalanya.

Mengikut perlembagaan PAS Bab Muqaddimah: "BAHAWASANYA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Bab 3 fasal 5. Tujuan PAS ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Dalam isu ini PAS Selangor mengikut apa yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan PAS. Tapi anda hanya suka melagakan sesama ahli PAS. Anda nampaknya umpama gunting dalam lipatan dan liabliti kepada PAS. Suka melaga-lagakan sesama jemaah. ANDA UMPAMA ABDULLAH BIN UBAI...MUNAFIK YANG MEROSAKKAN AGAMA ALLAH DAN JEMAAH ISLAM DI MALAYSIA.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Salam,
Kepada Rahman talib @rahman panjang @ TB nampaknya anda takut apabila membuang komen balas dr saudara roslan. Perbuatan anda menanpakkan sifat bacul anda dalam menangani masalah dan sikap pro anda kepada DAP dan sifat munafik anda sebagai seorang Islam.
.

Kahkahkah kata orang bacul tapi identiti sendiri pun tak berani bagi

Anonymous said...

Kebanyakan perangai yg ada di sini tidak mencerminkan Islam, maki hamun tak memasal, malu, astaghfirullah.... ape ni? terutama Sdr Rahman @ TB, jgn ingat kami tak kenal anta. Kalau benar anta org Islam, faham al-quran, takde perangai mcm ini. Konon ahli PAS, sudahlah. Ingat sikit, kita hidup bukan menongkat langit!

Seorg Pemuda dari Gelang Patah.

Tulang Besi said...

Kalau benar anta org Islam, faham al-quran, takde perangai mcm ini. Konon ahli PAS, sudahlah. Ingat sikit, kita hidup bukan menongkat langit!

Seorg Pemuda dari Gelang Patah.
.

Saudara faham Alquran dari sumber apa?

Adakah saudara memahaminya dengan membuat tafsiran secara terus?

Ataupun saudara ini seorang mufassirin agung dapat mentafsir Al Quran secara terus?

Kalau tidak, apa kitab tafsir yang saudara pakai?

Boleh tolong explain?

Lann said...

Salam, wahai kwn2ku semua. Jgn lar kt bergaduh sesama sendiri. Jgn biarkn kaum lain mentertawakan kt. Ingat lar emosi yang keterlaluan dan perasaan marah tu datang drpd syaitan. jd tenangkn lar diri sebelum menyuarakan apa2. Kalo kt berdiri, duduklah, kalo kt duduk, berdirilah. Fikirkn lar yg terbaik utk agama kt, Islam dan bangsa kt, Melayu. Berbalah takkn membawa apa2 kebaikan.

Jgn lar biarkan diri tersepit dalam isu arak. Sememangnya ia haram, wajib utk kt elakkn. Namun bukan dgn tindakan melulu sehingga menjatuhkan diri sendiri dan akhirnya membantutkn perjuangan tu. Isu ni patut ditangani biarlah melalui landasanya yg betul melalui prosedur pentadbiran, undang2 dan permuafakatan agar tiada pihak yg kecil hati dan dapat dilaksanakan dgn jayanya. Tiada yg mustahil, ia pasti boleh dengan cara yg bijak. Biarpn ia susah, namun hasilnya lebih baik dan berpanjangan.

Elok lar kt kaji semula bgimana Nabi Muhammad SAW boleh memajukn Madinah dan dapat menyatukan dan mendapat sokongan Muhajirin dan Ansar. Belajar lar dr nabi kt dgn sabar da bukan melatah sehingga menyebabkan perbalahan sesama umat Islam sendiri. InsyaAllah satu hr nnt isu arak bleh di tangani dan diterima oleh smua bangsa dengan cara yg betul tanpa bertentangan dgn agama Islam.

LaNN said...

This comment has been added to follow-up any new comments.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.