Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, August 20, 2009

Rakan Kongsi Calon BN Permatang Pasir Nafi Tuduhan BN

Nampaknya UMNO dalam keadaan telan mati mak luah mati bapak. Cuba menutup bangkai gajah dengan daun nyiru. Masakan tempur bersarang rendah, kalau tidak diada-adakan. Cuba berlagak seperti pahlawan tetapi hakikatnya kecut dan penakut. Cuba baling batu sembunyi tangan. Tapi, Allah maha Adil. Orang yang cuba dipersalahkan, melawan semula.

Dalam mempertahankan calon UMNO di Permatang Pasir, UMNO telah menuduh bahawa segala penipuan yang telah menyebabkan Rohaizat dibuang dari Bar Council adalah sebenarnya angkara rakan kongsi Rohaizat, saudara Yusri Ishak.

Antara contoh tuduhan UMNO boleh dibaca di

sini
.

Contoh:

"Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat.

Dalam hal itu, menurutnya, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Tambahnya, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Rohaizat, menurut Ahmad Maslan, tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu-menahu tentang perkara itu.

"Ingin dijelaskan di sini bahawa, tindakan yang diambil terhadap Rohaizat hanyalah sebagai rakan kongsi yang masih ada dalam firma itu mengikut Akta Perkongsian setelah Yusri tidak lagi menyertai syarikat guaman itu."



Namun, malang seribu kali malang buat UMNO apabila Yusri Ishak mengambil keputusan untuk mempertahankan diri beliau dan menafikan semua tuduhan UMNO terhadap beliau yang jelas berniat jahat. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini.

Yusri berkata:

"He also said some of the co-operative funds had been used to help another of Rohaizat's friends, a director in a housing development company, and also to manage the firm's branch in Ipoh.

The 38-year-old lost an appeal on Aug 12 against being struck off the rolls of the Malaysian Bar after he blamed his partner for the matter which the Bar Council said involved RM161,000 in client's money."


(Terjemahan: Sebahagian dari duit koperasi itu (Koperasi Pekebun Getah) digunakanuntuk menolong rakan Rohaizat yang satu lagi, seorang pengarah dalam sebuah syarikat perumahan serta (sebahagian lain) digunakan untuk mentadbir cawangan firma tersebut di Ipoh.

Rohaizat telah gagal di dalam rayuan beliau (di Mahkamah Tinggi) untuk membatalkan keputusan Bar Council (yang telah memecat beliau) yang mana di dalam rayuan itu Rohaizat telah meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas rakan kongsi beliau)


Nah, terbukti. Semakin UMNO cuba menutup bangkai gajah ini, semakin banyak penipuan yang telah dilakukan oleh UMNO. Kalau dulu, penipuan mereka tidak melibatkan pihak ketiga, sekarang ini pihak ketiga telah datang dan memalukan UMNO. Seperti tindakan Imam Ramlang yang telah mendedahkan konspirasi SAiful Bukhari sewaktu PRK Permatang Pauh tempohari.

Tulang Besi

17 comments:

TRULY MALAYSIAN said...

Rohaizat Othman,

You can fool some people sometimes, but you can't fool all the people all the time

alrawa said...

Rohaizat Othman,
You have been a fool all the time!

Half Truth said...

A fool who think he is wiseman, is really a fool indeed.

A leopard never change its spot.

Merry go around and time to play the musical chair again etc

Rakyat is sick of all these foolish games being played for the past 52 years.

Anonymous said...

Rohaizat othman,

You are a swindler and cannot be trusted

Ahmad maslan,

You Tong Taik!

Muhyiddin,

You Lori Taik!

Rozana said...

QUICKSAND !!

Amuraria said...

BLOODY FOOL !

zakwan said...

Mr Yusri Ishak, u better start 2 watch ur back
MACC will start investigating over false charges
Pejabat Cukai might drop by ur doorstep n harrass u n ur family
Hell,SBs might take u 2 a jungle n C4 u 2 smithereens

Remember Ramlang Porigi,the imam who witnessed that bogus oath swearing on the Quran stunt by Saiful al Liwati
He clarified on the matter during the Permatang Pauh campaign n JAKIM sacked him 4 that
Hope he got decent job somewhere n continues his services 2 Muslims

Yong said...

Memang ade lawyer yang rolling duit klien. Masalah timbul bila tak boleh bayor balik. Langsung tak amanah. Tindakan Bar Council amat patut. Tolong siasat lagi.

Anonymous said...

Syabas Rohaizat!!....for being a 101% pure UMNO..hkahkahkahkah

Fatimah said...

Bro,

Looks like the PAS/PR campaign is becoming MORE EMBARASSING. The latest :

1. PAS Cadidate for Permatang Pasir involved in RM60,000 DUIT HARAM.

2. Anwar involved in a $92,200 USD DUIT HARAM.

3. Husam Musa sacked his assistant because he was afraid his assistant will 'bocorkan' his secret of receiving RM 66,400 DUIT HARAM!

So is receiving DUIT HARAM part of the PAS/PR culture now? Is it a deposit to paradise? Maybe Nik Aziz punya paradise la kot...LOL

Kalau u all tak percaya gi la tanya MSO sendiri..I thought he's a PAS member kan? hehehe

Fisabilillah said...

To Fatimah,

Klau setakat cakap je takde bukti, jgn la main tuduh2, nanti you fitnah org pulak. Kan berdosa tu. MSO tu mmg ada problem dgn Husam, so tak heran la klau dia ckp cmtu. Wlaupun diaorg Pas, tapi rambut sama hitam, hati lain2.

Pasal isu duit haram pula, kenapa tak buat report kat polis ke or sprm? Ni dok tuduh2 ni ada bukti ke? Si Rohaizat tu dah terang2 mmg pecah amanah, tak kira la firma dia ke, kawan dia ke, dia salah seorg share-partner, takkan tak tau kot. Dok tipu pasai apa? Bar-Council takkan la suka2 hati dia nak bar org tak tentu pasai. Mesti cukup bukti baru diorg amik tindakan. saya nak minta jasa baik cik Fatimah pergi buat laporan kat polis/sprm ttg duit haram tu boleh? Klau betul salah, kita jangan undi dia. Ok setuju?

p/s: Jgn lupa bawa bukti & saksi ok. Nanti you kena charge fitnah org pulak.Gudluck!!

yes said...

Fatimah,
Tiap kali anda buka mulut, anda mengumpat. You must be a frustrated person yang nak melepaskan geram. Istighafar banyak banyak di bulan Ramadan ini, minta ALLAH berseh dan tenangkan hati.

If you keep on being like this, you will be the loser.

Betul kata fisabilillah, kalau ada bukti, pergi buat repot. Rakyat akan be berterima kasih. Perkara yang salah tak harus di biarkan tak kiralah parti mana. Yang pentingnya, jangan buat fitnah kerana nak lepaskan geram.

Anonymous said...

pasai pa hangpa ni tak dak modal ka nak hentam, jgn hentam peribadi la, aku akan bawa pembangunan kat permatang pasir laaaaaaaaaaaa

YB ROHAIZAT OSMAN

Anonymous said...

BUKTI PERBUALAN SAH ROHAIZAT MEMPUNYAI ISTERI KEDUA. KLIP BAWAH INI ADALAH PENGAKUAN BAPA KEPADA WANITA YANG DINIKAHI BERNAMA RAFIZAH.

http://nnora75reform.blogspot.com/2009/08/klip-nora-terima.html

*Sebelum ni si bangang Rohaizat buat jkeras2 berkata bahawa dia tidak mempunyai isteri kedua baca sini kenyataan bangang ni. http://www.malaysiakini.com/news/111061

Jeffry said...

Yusri Isahak, rakankongsi kepada calun Barisan Nasional di Permatang Pasir, Rohaizat Osman dalam firma Saif Ariff dan Rohaizat telah datang dari Pulau Pinang untuk memberi sidang akhbar di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi.

Dalam kenyataan beliau, Yusri menyatakan penyesalan ke atas pelbagai tomahan telah dilontarkan yang menyimpang dari tujuan asal kenyataan akhbar dibuat.

Beliau meluahkan rasa sedih diatas serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat. Disamping itu, beliau turut meluahkan penyesalan telah dibabitkan sama di dalam usaha memburukkan Rohaizat.

Baru Ogos 20hb hari Khamis lepas, beliau telah bercakap di atas pentas PKR kononnya membersihkan diri dari dikambinghitamkan berhubung dengan pembabitan bekas firma guamnya dengan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Sidang akhbar hari ini agak anih dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

Setelah disoal bertubi-tubi, terungkai beliau adalah peguam yang menguruskan segala urusan perundangan Koperasi. Mereka boleh dianggap sebagai klien peribadinya

KEHKEHKEH TAKEBEER!!!...TAKEBER!!...TAKEBEER!

Jeffry said...

Buat kenyataan kerana marah?

Kenyataan ini agak pelik dan anih kerana Yusri seolah-olah mahu melakarkan dirinya sebagai seorang yang naif akan akibat dari membuat sidang akhbar di pejabat parti pembangkang.

Apabila ditanya kenapa beliau perlu membuat sidang akhbar di pejabat PKR, beliau berkata kerana beliau tidak ada platform. Hairannya hari ini beliau boleh dengan sendiri mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel jauh dari Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.

Yusri menegaskan Rohaizat telah menyelesaikan masaalah dengan Koperasi dan pihak Koperasi telah menarikbalik tuntutan mereka. Perkara ini sepatutnya langsung tidak jadi isu. Apa yang terjadi sepatutnya, kata Yusri tidak jadi hukuman tetapi satu tauladan.

Beliau juga mengakui bahawa beliau telah tampil ke hadapan sebelum ini kerana marah dan kecewa.

Semasa difitnah oleh pembangkang pada hari pertama penamaan calun, Rohaizat telah menjelaskan beliau adalah mangsa keadaan dan akaun ini adalah akaun rakankongsi. Rakankongsi telah meninggalkannya dan membiarkan beliau menyelesaikan sendiri.

Mengaku Koperasi pelanggannya

Apabila diminta untuk mengesahkan beliau adalah peguam yang menandatangani perjanjian jual beli sebagai saksi, beliau memperakui. Beliau juga mengakui bahawa beliau peguam yang menguruskan hal ehwal undang-undang Koperasi. (Sila lihat perjanjian di bawah.)

[Photo] [Photo] [Photo]
Bila ditanya adakah Koperasi tersebut 'fail' beliau, Yusri cuba menafikan dengan menyatakan Koperasi adalah akaun firma.

Apabila dikatakan amalan firma-firma guaman adalah membagi-bagi fail antara peguam dan hanya beliau sahaja yang tahu dan berurusan dengan Koperasi, beliau tidak memberi jawapan yang jelas. Penafian beliau tidak cukup untuk menafikan kenyataan bahawa Koperasi adalah 'fail' dan akaun beliau.

Baru menyesal kawan diburukkan?

Yusri menyatakan beliau tidak ditawarkan ganjaran untuk tampil memberi kenyataan. Beliau memohon kesemua pihak bermuhasabah dan hentikan sengketa.

Rayuan dan penyesalan Yusri agak lambat kerana beliau telah memberi peluru dan digunakan oleh pihak PAS untuk mengadakan kempen peribadi terhadap Rohaizat. Kempen peribadi telah mencapai tahap membabitkan perkahwinan Rohaizat.

Agak lambat bagi Yusri untuk baru mengatakan Rohaizat seorang kawan, mengenali hati budinya dan anak jati Permatang Pasir yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Nama Rohaizat telah diburuk-burukkan di dalam pilihanraya Permatang Pasir. Isu-isu telah lari dan kedua-dua belah pihak telah berbalas serangan peribadi dan melampau calun.

Adakah Yusri bertanggungjawab terhadap pembocoran perkara ini kepada pihak lain? Nampak sangat Majlis Peguam bersekongkol dengan Peguam Pro-Pakatan membantu menjadi perkara ini satu isu kempen.

Adakah Yusri ikhlas dengan penyesalan dan mata hampir mahu melinangkan air? Yusri masih seolah-olah masih mahu memutarbelit untuk tidak mengaku tanggungjawab dan kesalahan dirinya sendiri?

Mustahil Yusri tidak faham perkara peribadi dan tidak benar pun sanggup digunakan pembangkang untuk menjatuhkan lawan.

KEHKEHKEH TAKEBEER!!!...TAKEBEER!!...TAKEBEER!! hic!...hic!..hic!

mut said...

Alamak bodoh gila cut and paste puak UMNO ni. Bermula dengan Fatimah punya posting yang macam gila meroyan, mai pulak si Jeffry yang bawak cerita separuh-separuh.

Bila puak UMNO buat tuduhan terhadap Yusri nak cover si Rohaizat, tak pulak diaorang pk nak selidik mana pucuk pangkal bagaimana Rohaizat boleh kena tindakan tatatertib Majlis Peguam, sedangkan pembelaan diri dalam hal tersebut pun Rohaizat tak hadir !?

Lepas tu bila Yusri jawab balik nak membersihkan nama dia dari tohmahan UMNO, oh, itu politik? Hai, yang menuduh Yusri yang tidak ada kena mengena dengan masalah Rohaizat dengan Bar Council tu tak politik pulak? Ada si Rohaizat tu bawak nama si Yusri dalam tindakan Majlis Peguam? Hoi, dia TIDAK HADIR bila dipanggil untuk membela diri lah ! Lepas tu appeal di mahkamah tinggi pun ditolak. Apa lagi nak defend si Rohaizat tu?

Jangan nak auta, PC kali kedua tu si Yusri hanya baca kenyataan yang terlah tersedia berbanding dengan PC pertama (lihat laporan berita di TV). Media yang dipanggil pun heheheh media UMNO.

Biasa la, lagi dekat dengan hari pengundian lagi bagus, tak sempat pembangkang nak respon. Tahniah, tapi tetap kalah.

Ko punya sendaloka langsung tak meyakinkan la.... pasal LANGSUNG tak beri sebab kenapa sekarang baru mau tuduh si Yusri yang terlibat?

Cuba la UMNO suruh si Rohaizat tu cakap betul-betul, si Yusri tu yang curi duit Koperasi tu, bukan dia ! Dan siapa yang mendapat manafaat dari penggelapan duit tu !

Kan senang dari nak buat PC kat KL menegakkan benang yang basah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.