Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 19, 2009

Sekali Lagi Saya Cabar UMNO untuk Mendakwa Tok Guru Nik Aziz di Mahkamah Syariah

Galak sungguh juak-juak UMNO menuduh Tok Guru Nik Aziz sesat dan menyeleweng Islam. Sehingga seorang blogger UMNO (yang jelas tak faham Islam) mencabar Tok Guru dengan berkata "PAS!Islam tu harta Mak Bapak Hang ka?"

Bagi saya mudah. Kalau benar Tok Guru Nik Aziz sesat, dakwa Tok Guru Nik Aziz di mahkamah syariah dan kita lihat siapa benar dan siapa salah. Itu pun ebokalau UMNO berani la. Biasanya UMNO ni penakut.

Semasa saya baru masuk PAS di akhir 80an, di kala itu heboh diperkatakan berkenaan "Amanat Haji Hadi". Kononnya, Amanat ini menyesatkan sehingga ke tahap Harussani pernah memfatwakan Haji Hadi sesat (mengikut maklumat seorang aktivis UMNO yang mencabar saya menelefon Pusat Islam untuk mendapatkan salinan fatwa tersebut).

Namun, setelah berpuluh tahun, tiada satu dakwaan pun yang dibuat ke atas Haji Hadi Awang di atas "amanat" beliau itu.

Bagi saya, kegagalan UMNO untuk mendakwa Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang menandakan kebenaran perkataan serta kenyataan2 yang kedua2 tok guru ini telah lakukan.

Saya dulu pernah membuat kenyataan menentang penahanan Raja Petra di bawah ISA. Saya sendiri pernah bercanggah dengan Raja Petra di dalam isu-isu berkaitan agama. Malahan, saya diberitahu sewaktu Raja Perta di soal siasat, artikel daribolg saya antiantihadeeth.blogspot.com digunakan untuk menyoal-siasat Raja Petra.

Bagi saya, ini menunjukkan bahawa pihak UMNO ketandusan hujjah. Mana bisa UMNO mempersoalkan akidah Raja Petra sedangkan akidah UMNO sendiri diragui?

Kalau benar UMNO yakin Raja Perta sesat, dakwa beliau di mahkamah syariah dan beri peluang Raja Petra berhujjah. Raja Petra yang saya kenal hanya akan tunduk dengan hujjah dan bukan dengan paksaan ataupun tahanan secara zalim seperti ISA.

Kalau ikhlas mahu membetulkan Raja Petra, haruslah menggunakan hujjah dan bukannya kekerasan. Itu yang UMNO tak faham atau sengaja tidak mahu faham.

Islam itu agama hujjah. Islam tidak perlu kekerasan dan Islam tidak perlu kepada ISA. Islam boleh berdiri atas kaki sendiri dan blog saya sendiri dibenci oleh ramai orang liberal kerana saya membawa hujjah Islam yang mematikan hujjah2 mereka.

Di bawah ini adalah kenyataan Tok Guru Nik Aziz berkenaan putar belit UMNO di dalam isu ini.



25 comments:

AyahDi said...

TB yang disayangi
Mukmin itu sentiasa berusaha menjauhi perkara yang tidak berkenaan dengannya (sia2).

contoh perkara yg sia2 ialah cabaran mu ini.

"kalau sudah tahu jawapannya, adalah termasuk perkara yang sia2 jika kita masih nak bertanya"

Tulang Besi said...

Bukan Nabi SAW pernah mencabar puak2 nasrani untuk bermubahalah?

Pegi ngaji dulu Ayahdi baru cerita pasal Islam

Anonymous said...

okay saya setuju dgn pendapat tuan pasal Tok guru tapi bukan Raja Petra sebab tahun lepas saya di beritahu beliau seorang peminum arak dari sumber yang dapat dipercayai jadi jangan mempertahankan dia

Anonymous said...

ISU CAWAT DI PRK BATANG AI..ADAKAH PANDANGAN ABANG HADI TU MEWAKILI PENDAPAT SLURUH WARGA PAS? JIKA YA..SEHINGGA KIAMAT, KAMI HARAMKAN PAS JENGUK KE BUMI KENYALANG..INI SUMPAH KAMI ANAK SARAWAL

Anonymous said...

If Tok Guru 's Islam is false then why so many non-muslims respect him and voted Pas; why umno's Islam most non-muslims disrespect except those taukeh2 waiting for contracts only.Think again umno!

Anonymous said...

SIMPLE ANSWER FOR THAT..U VOTED THEM IN ELECTION..THEN THEY WILL CALL U 'MY FRIEND'..BUT..IF WHEN U DONT VOTED FOR THEM..BEWARE..THEY WILL CALL U ANYTHING THEY WANT TO CALL U INCLUDES IGNORING RACES SENSITIVITY..AND ALSO THEY WILL FORGOT THEIR 'TOK GURU' TITLE..

Anonymous said...

U CAN STATE WHATEVER COMMENTS U WANT..WE JUZ DUN CARE..WE ARE SARAWAKIAN FOR SURE STILL HV HURTS FEELING WITH MR HADI AWANG STATEMENTS IN PRK BATANG AI..SARAWAK KUBU KUAT BN..SEDANGKAN UMNO BELUM LAYAK DI SARAWAK APAKAN LAGI PAS YANG SUMBANG LANGKAHNYA..

AyahDi said...

Bukan Nabi SAW pernah mencabar puak2 nasrani untuk bermubahalah?

Pegi ngaji dulu Ayahdi baru cerita pasal Islam


AyahDi Jawab:

TB yang disayangi,
Nabi Muhammad saw memang pernah lakukan itu.
Dan Tok Guru pun dah jenuh dah ajak puak nu muzakarah/ mubahalah/ debat.
Jawabannya, mu pun tahu.

Itu yang kawe maksudkan yang cabaran mu tu sio2.

kalu ajakan tok guru pun puak nu buat tak dengar, cabaran mu tu apalah sangat. Kan kojo tu ngabihkan boreh? Itu maksud kawe.

Tiap pagi jumaat tak miss parking kereta depan kedai jaafar rawas. Dulu tak sempat ngaji la TB.

Anonymous said...

Nik Aziz politik bangkrap.
Senentiasa cakap 'nonsense'
Dia bukan Tuhan yg nak tentukan siapa masuk syurga.

hjhlampam said...

AyahDi tu apa la yang dia tau. Mencekik taula dia. Kadang2 lepas mencekik pinggan pun dia tak nak basuh bukan sbb dia malas sebabnya dia tak tau. Ni ko nak cerita pasal Nabi Muhammad buat 'hang' kepala dia je. Kang besok dia meroyan anak bini dia siapa nak jaga? ko sanggup jaga Tulang Besi?Ko jangan pandai2 suruh dia mengaji, takde guru yang sanggup ngajo dia tu memang bebal kelas pertama tu.

hjhlampam said...

Hidup lagi si tolol ni ingatkan dah mamposs. Hei Anonymampous ko tak buat ke petua yang akak ajar tu? ha ha ha ha ha ha buatla mana tau kan ilang bengap ko tu...

hjhlampam said...
This comment has been removed by the author.
hjhlampam said...

la baik rupanya AyahDi ni. Kakak mintak maaf yo sebab cakap ekau lombab. Akak bukan apo akak takut ko jadi macam anonynakmampous tu. Bukan main bongap laie tak dapek akak nak ajarkan. Urat palo banyak putus tu pasal bongap sangat. Akak mintak ampun yo AyahDi. Akak tau ko ensem.

AyahDi said...

Kak lampam, manis namo.

Jika sebosa zarah dari amal, totap dihitung Allah.
Mako apo jadi eh dongan sopatah kato dari lidah atau sopatah kato hasil dari hujung2 jari.

Kan hujung jari itu mencerminkan hati.

hjhlampam said...

yolah2 akak insaf dah ni. Nak menitik air mato akak ekau mcm tu. AyahDi dah makan? lauk apo tadi? Akak tak lalu nak makan aa asyik terkonangkan AyahDi jo. Sodangkan nabi ampunkan umat AyahDi oiii. Kalau kito ampunkan orang maknonyo kito ni hampir dengan Allah sebab Allah tu sifat Dio maha pengampun... AyahDi kono ingat tu

Anonymous said...

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

AyahDi said...

kak lampan yg manis,

selamat berpuasa. bulan ni ialah bulan "berbengkel" - nak baiki mano yg tak kono dlm diri masing2 dlm masa 11 bulan yg lepas.

Mcm keto, 11 bulan dok pakai - tak ponah servis.

Den tak marah pun. Golak lae ado. Istri den pun golak sakan kak lampam.

Dah la tu. Kak lampan poi la makan. Baco doa, jgn lupo lak. Rezeki tu Tuhan bagi tu.

KHAS UTK TB:
BULAN RAMADHAN NI TOK SAH LAH DOK CABAR-MENCABAR NI. BANYAKKAN DOA. JAM 4 AM - SOLAT HAJAT NGAN TOK GURU.

Anonymous said...

"Islam plastik"..kahkahkah..kesian..sad sad sad..:-)

Anonymous said...

NIK AZIZ AKAN DIHUKUM DI MAHKAMAH ALLAH KERANA MEMECAH BELAHKAN UMAT UNTUK TUJUAN POLITIK. JAHAMAN NIK AZIZ.

Anonymous said...

Kalau seseorang itu ngaji ilmu mengenai islam mendalam sikit, apa yang tok guru cakap memang betul namun malang nye ramai yang tak ambil peduli ISLAM itu apa sebenarnya dan hanya main ikut-ikut belaka.

chegarMD said...

saya hairan kpd yg menentang tok guru tidak ada satu pon hujah dri
alquran atau hadis yg menyatakan tok guru salah, semua nya dari majlis fatwa sampai ke harusani tidak ada perkara yg kokrit buleh
menyalahkan tok guru.saya nak mereka tafsirkan terjemahan ayat ini. siapa yg tidak menghukum dgn apa yg di turun kan allah 1 zalim
2 fasik 3 kafir.tulung jelas kan wahai pencinta2 umno.

yes said...

Ini adalah bulan yang mulia, bulan untuk menambah saham akhirat. Jom kita ramai ramai pakat beribadat, pohon ampun dari Allah agar dosa kita di hapuskan, tak kira dari parti mana kita berada, kita pastikan kita bersama ALLAH dan Nabi Muhammad SAW

Anonymous said...

nik aziz dah takbur....apa hukumnya org takbur?

Anonymous said...

debat dengan org takbur tak guna....

Anonymous said...

Nampaknya kemaluan Ostat Azizan ternampak lagi apabila dipulas oleh Kapal Sinki. Eloklah MB Kedah digelar Menteri Bodoh, Menteri Bangang atau Menteri Bebal oleh Parti Angguk Saja.Nik Aziz??Wali Selipar Jamban Kit Siang la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.