Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, August 21, 2009

UMNO Sekarang Hanya Bergantung Kepada Agenda Perkauman

Sedar atau tidak, UMNO sekarang ini hanya mampu bergantung kepada isu-isu perkauman. Dan UMNO sekarang ini tidak putus-putus menyerang DAP. Dan mereka melakukannya dengan tiada belas kasihan.

Mengapa Serang DAP?

UMNO mahu PAS rasa serba salah dan tidak senang menyebabkan PAS akan melatah ataupun hilang rasa konfiden dan jatidiri.

Mereka kerap mengatakan bahawa DAP anti ISlam dan PAS sekarang mengikut telunjuk DAP yang anti ISlam.

UMNO mudah melakukan perkara ini kerana ada "Fraksi UMNO" dalam PAS yang tolong menyebarkan ajaran sesat ini di kalangan ahli dan kepimpinan PAS.

Padahal, UMNO sendiri ada rekod anti-Islam yang lebih buruk dari DAP. DAP hanya berkata-kata tapi UMNO melakukan perkara-perkara yang merosakkan Islam di Malaysia.

Sebagai contoh:

a. UMNO yang memperkenalkan program "Perancang Keluarga" yang telah ditentang oleh PAS satu waktu dahulu. Bukan DAP

b. UMNO yang menghapuskan tulisan jawi. Bukan DAP

c. UMNO memperkenalkan PPSMI. Bukan DAP

d. UMNO menghalang perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas di Kelantan dan Terengganu. Bukan DAP

e. UMNO mengizinkan judi dan arak dijual untuk keuntungan yang berlipat ganda di Malaysia. Bukan DAP

f. UMNO yang terlibat di dalam pemerkosaan budak bawah umur di Melaka sehingga menyebakan Guan Eng dipenjara

g. UMNO mengizinkan kelab gay di Bukit Bendera sehinggalah DAP yang menutupnya. Kelab gay di KL masih beroperasi kerana UMNO takutkan Marina MAhathir

h. UMNO yang memperkenalkan serta menyebarkan ajaran sekularisma di kalangan orang Melayu/Islam. Bukan DAP

i. UMNO yang memecat mufti Selangor selepas mufti Selangor menyokong tindakan yang dibenci Marina MAhathir. Bukan DAP

j. UMNO yang bertanggungjawab untuk peristiwa Memali. Bukan DAP.

k. Arak dan judi diizinkan dijual untuk keuntungan di Malaysia yang mempunyai Islam sebagai agama rasmi. Sedangkan di Norway, arak tidak diizinkan untuk dijual bagi tujuan meraih keuntungan dan Islam bukan agama rasmi Norway. Bukan DAP.

l. Selama UMNO memerintah MBSA, arak dijual sewenangnya di Shah Alam. Bukan DAP.

m. UMNO balachi kepada tokeh2 judi dan arak serta kabaret di Malaysia. Bukan DAP.

o. Menangkap, berbuat kacau, merampas masjid dan surau secara zalim dan angkuh. Bukan DAP.

p. UMNO gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga orang Melayu hanya mengawal 18% sahaja ekuiti negara. Bukan DAP

q. UMNO gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga 70% perbelanjaan Rancangan Malaysia ke Lapan pergi kepada syarikat2 bukan Melayu. Bukan DAP.

Dengan kata lain, apa bezanya UMNO berbanding DAP? Malahan UMNO lagi teruk kerana mereka mengaku Islam dan mereka mampu meracun pemikiran orang Islam untuk menghalalkan perkara yang haram.

dan banyak lagi contoh kalau saya nak bawa

Tujuan UMNO untuk Mengekalkan Sokongan

Mereka takut orang Melayu akan lari dari mereka. Jelas dari 2008, orang Melayu bandar majoriti menolak UMNO. UMNO sekarang ini berkubu di kampung-kampung di mana orang melayu masih mudah untuk ditipu kerana perjalanan maklumat yang perlahan.

Jadi, demi menyelamatkan UMNO dari hilang, mereka menggunakan alasan bahaya DAP untuk menghalang orang Melayu yang sudah makin meluat dengan UMNO itu.

Ertinya, majoriti sokongan kepada UMNO sekarang ini bukan sebab orang Melayu suka sangat kepada UMNO tetapi takut akan "bahaya DAP" yang diada-adakan oleh UMNO ini.

Ini peluang PR untuk menjatuhkan UMNO kerana alasan "bahaya DAP" ini alasan yang tidak kukuh dan lemah.

Saya terkejut kerana ada blogger bernama Mahaguru 58 yang termakan dengan cerita-cerita dongeng UMNO berkenaan dengan DAP ini.

Orang pandai pun boleh kena tipu. Yang bestnya, Mahaguru58 ni telah sampai ke tahap mendoakan Tok Guru Nikergabung Aziz supaya mati cepat kerana TGNA tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO.

Padahal dia sendiri tak sedar dia kena tipu hidup-hidup. Dia marah kes arak di Selangor, tapi dia sikit pun tak marah UMNO keluar lesen arak dgn judi. Kes Najib lulus 10 lesen special draw yang baru, langsung dia tak komen.

Memanglah MAhaguru58 dasar hipokrit dan mata duitan.

Tulang Besi


52 comments:

Anonymous said...

MAHAGURU DASAR MUSLIM MUNAFIQ!

muhammad said...

Mari kita teka respon juak2 umno:

-Jgn jawab langsung point2 berkaitan umno di sini, umno itu semuanya betul!!!

- Ahh..mcmana pun Anwar jugak yg salah, anwar pengkhianat!

-Tukar topik- PAS dipergunakan DAP!!!

-TB pelacur DAP!!!

-Orang Melayu jgn gaduh2. Marilah kita bersatu.

Anonymous said...

SETUJU DENGAN MUHAMMAD!

anwar said...

u r rite man...UMNO bkn parti masa kini!take it or leave it.SALAM RAMADHAN guys...

Anonymous said...

Marina Mahashit lesbian or bisexual?hehe..

Anonymous said...

UMNO tak pernah serang DAP.
Cuma DAP yang dok buat salah ( diserang & dibongkar sendiri oleh PKR )

Jadi UMNO dapatlah peluru... hah tembaklah.

Apa salahnya UMNO serang DAP?

PAS, PKR, DAP pun tak habis-habis serang UMNO / BN sejak zaman dinasour lagi.

Yang terbaru tok guru kamu tuh! pasal orang UMNO tak boleh masuk syurga.

Apahal?


KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Jadi sekarang aku jealous dgn kau sebab kau dah konfirm masuk syurga.

Aku ni, ahli UMNO, semua rukun Islam diikut dgn penuh taat, tapi malangnya, TGNA kata aku tak boleh masuk syurga. Islam aku sampai kat kubur saja.

Boleh nik aziz bagi tau parti Islam yang lain di luar malaysia ni plastik atau tidak? Dan sama ada mereka ini boleh masuk syurga?

hah jawab!

Anonymous said...

Aduhhhhh! ketinggalan zaman betul org yg dengar komen dari TV3 ni. kesian saya tengok awak, sebagai org melayu saya nak bagi nasihat sikit baca blog2 semua org samada dr PKR & UMNO dan buat pernilaian sendiri, jgn terus percaya dr sebelah pihak sahaja, tuhan bagi kita kuasa yg tak terhingga iaitu "kebebasan memilih"

vengai said...

Anon 4.30
Orang kepala otak Caudang macam hang yang caya Berita Media Arus perdana dan utusan the great toilet paper.Orang yang dengar ceramah TOK GURU NIK tu tau , beliau cakap lain dan reporter tai yang tak mahir bahasa dari akbar dan media tai tulis yang lain.
Jangan bodohkan diri sendiri dengan cuba bodohkan orang yang celik dan tau hal semasa.
POOOOOrah.Pthuiiiiiiiiiiiiiii

tulang besi bodoh said...

keh,keh,keh....tb,

pasai tu lah UMNO dan PAS tak patut bersatu. Bahaya, amat membahayakan. Hancur MALAysia jadi ala wahabi atau Taliban.

PAS must be kept intact dibawah DAP, that the way to do it, that's the way forward.

mad said...

kami melayu krala adalah mlayu terbaik

mad said...

mlayu krala kami adalah paling bijak,,,mlayu2 yg lain stakat jd ,,,,kami je

mad said...

pm malaysia paling berjasa pun dari melayu krala kami jgk,,,harapkan melayu pesek hape yg ade,,,,

Anonymous said...

Setuju.Sudah hilang modal hanya tinggal Perkauman dan isu agama.

Minta maaf bro,Habis nak buat macam mana ? Ini lah Buger panas panas , last kopeq ...
.

Anonymous said...

Bela lh DAP tu wahai TB sampai mati. Dasar melayu lupa diri. Entah2 awk ni bukan melayu.

Anonymous said...

ade lagi si bebal yg masih percaye kat tv3 keparat tu..

patut la 51 tahun kena tipu ngan UMNO...

jgnjami said...

Tiap kali bila umno menggunakan isu perkauman ni, selalu saya relate to artikel Ustad Asri , bekas mufti Perlis dulu.pandangan saya article ni patut menjadi pedoman untuk sifat racist assabiyah untuk berubah.Tiba masa melayu berubah minda dan emphasis more on Islam.

http://drmaza.com/home/?p=601

Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan
Disiarkan pada May 03, 2009 dalam kategori Dakwah |

Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”

Fatimah said...

Bro,

What that piece of garbage (read: Tantawi) did was CLASSLESS, IMMATURE and down right EVIL.

In the holy month of Ramadhan, he has managed to single handedly destroy the marriage of a fellow muslim brother.

He may have been given the assurance of paradise by Saint Nik Aziz but he may have forgotten that the real Judge is the Almight Allah S.W.T.

Semoga dia mendapat balasan dan azab yang setimpal di dunia ini dan di akhirat. Semoga Allah melaknat dirinya, keluarganya serta keturunannya.

Anonymous said...

anon 4:49
ini bukan komen, tapi rakaman.
Rakaman yang jelas pun tak mau percaya. Dah terang lagi bersuluh. Payah sangat suruh Nik Aziz saman saja.

Anon 1:54am,
ha ha ha, 51 tahun aku dapat mcm2 kemudahan.
Kalau kau tak nampak, kesian sungguh. Dah berpuluh tahun tak menang juga.

Kau undi pembangkang apa dapat? Syurga? Betulke?
Dapat 5 negeri terus celaru. Macam ni nak perintah negara?

Anonymous said...

Kesian United Morons..brians stuck in their pootki,tongue rolled out out like a dog in a heat...kahkahkah

Anonymous said...

kenyataan nik Aziz

http://www.youtube.com/watch?v=uKwn7fr-0X0

Anonymous said...

Pas mau isle..umno tak mau..pilihlah jalan mana nak selamat...atau mgkin org umno ingat isle nie cuma ibadat..nikah kawen jaa...

Anonymous said...

I feel sad because I am not a Malaysian national. Being a foreigner and a Muslim , I still cannot become a PAS member , so my chance to go to heaven is zero. I'm a Sunni from Palestine working here in petaling jaya and I'm worried that my Islam is plastic. I want to embrace PAS' Islam so I can go to heaven.

Tulang besi please help. U can email me wael.Mohammed@gmail.com

please help me join PAS and go to heaven. Maybe u can asked PAS to form a special organization for foreigners outside Malaysia to join PAS. I'm sure a lot of Muslim from middle east , Africa , america , china will join PAS, inshaAllah

Anonymous said...

aku tak pernah percaya apa kata nik aziz sebab dia bercakap atas nama orang politik bukan ahli agama. Jadi nik aziz adalah ketua pemisah umat islam di malaysia yang memecah belahkan umat islam. Wajar bertaubat. Khuatir nik aziz menjadi ahli neraka tertinggi darjat..

halim said...

Untuk melihat wajah-wajah UMNO Cybertroopers (Perwira-perwira yang akan menyelamat Islam dari TGNA) sila pergi link ini..

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1907195

Wong Ka Wai said...

Semoga usaha 1Malaysia akan menjadi kenyataan

************************************
Open an online shop now, just RM100/year
http://openonlineshop.blogspot.com/
************************************

Anonymous said...

PAS mau isle, Umno tak mau?
Cuba kira kat Malaysia ni kerajaan mana yang paling banyak bina masjid?
Inisiatif kerajaan mana yang tubuh tabung haji yang kini dicontohi oleh banyak negara Islam yang lain?
Dan bermacam lagi.

Persoalannya sekarang, apakah sumbangan PAS kepada kemajuan Islam negara?
Kalau setakat ceramah siang malam mengutuk Umno , tidak kemanalah hala tuju PAS. Mungkin sebab itu Allah mengizinkan Umno teraju negara ni lebih 50 tahun...

Anonymous said...

PAS lagi dahsyat! Guna isu agama untuk pecah belah umat Islam dan menuduh pihak yang tidak sealiran sebagai tidak Islam dan sebagainya, seperti kenyataan TGNA yang terbaru terhadap Umno.

INI LEBIH MERBAHAYA!!!!!!!!!!

Anonymous said...

UMNO memang dah desperate..guna tentera,retards dri hospital mental,samsengs,utk memang..very very good..teruskan..satu dunia dah tau,Lord Najibai asura pariah dunggu..kahkahkah

ALAPIZBURHANUDDIN said...

Terima Kasih umno sbb byk bina masjid, walaupun jarang dtg masjid:p

Terima Kasih PAS sbb kerap dtg masjid, walaupun tak byk bina masjid:p

Anonymous said...

Alapizburhanuddin, mana u tau ahli PAS lebih banyak pergi mesjid? Anda kira satu malaysia? Anda bukan tuhan

muhammad said...

Adakah banyaknya masjid itu semestinya tanda Islam ditegakkan?

Wujudnya kasino di Genting Highlans itu bagaimana? Apa yg ditegakkan?

Sepatutnya jika pemerintah benar2 serius dlm menegakkan Islam, mestilah ada usaha AMAR MAKRUF, NAHI MUNKAR.Bukan membuat satu dan mengabaikan yg lain.

Anda semua nak tahu penyokong dan pendokong parti mana yg mengimarahkan masjid dan surau? Pergilah sendiri.

Fatimah said...

UMNO bergantung kpd perkauman?

LOL Funny

And PAS bergantung pada apa? Fitnah dan perpecahan keluarga?

You tell that Mahfuz fella if you want to put fingers towards rohaizat make sure you look yourself in the mirror.

Anak sendiri JUAL dan EDAR dadah ada hati nak pecah belahkan rumahtangga orang..isk isk isk

Anonymous said...

Muhammad,
apa yang PAS buat sejak perintah selangor?
Makin banyak rumah urut aku tengok. Tumbuh mcm cendawan.
Aku rasa kalau pakatan rakyat perintah Malaysia, casino genting tu akan jadi lebih besar dibawah protection Ustaz Ronnie.
Kalau PAS nak tutup semua tempat haram ni , PAS Akan dapat tentangan hebat dari teman sekatil DAP.
Apa alasan PAS nak tutup tempat2 begini kepada orang bukan Islam? Cakap memang senang nak buat itu ini, bila dah dapat 5 negeri, apa yang PAS dah contribute? Duit zakat selangor pun nak sapu!

Tulang Besi said...


Persoalannya sekarang, apakah sumbangan PAS kepada kemajuan Islam negara?
Kalau setakat ceramah siang malam mengutuk Umno , tidak kemanalah hala tuju PAS. Mungkin sebab itu Allah mengizinkan Umno teraju negara ni lebih 50 tahun...
.


Inisiatif UMNO kembangkan judi dan arak di Malaysia ni, adakah itu sumbangan UMNO terhadap Islam?

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Muhammad,
apa yang PAS buat sejak perintah selangor?
Makin banyak rumah urut aku tengok. Tumbuh mcm cendawan.
Aku rasa kalau pakatan rakyat perintah Malaysia, casino genting tu akan jadi lebih besar dibawah protection Ustaz Ronnie.
.

Yang herannya, rumah urut ni semua wujud masa zaman BN dulu.

Tapi, takda pun orang UMNO komplen ye.

Kalau nak menipu tu, tengok la kiri kanan dulu.

Tulang Besi said...


You tell that Mahfuz fella if you want to put fingers towards rohaizat make sure you look yourself in the mirror.

Anak sendiri JUAL dan EDAR dadah ada hati nak pecah belahkan rumahtangga orang..isk isk isk
.

Ini fitnah terbaru dari UMNO ke, Fatimah?


Atau ni sebenarnya lagi satu bentuk penyuluhan perangai sebenar UMNO, yakni kaki fitnah.

Tulang Besi said...

Fatimah said...

Bro,

What that piece of garbage (read: Tantawi) did was CLASSLESS, IMMATURE and down right EVIL.

In the holy month of Ramadhan, he has managed to single handedly destroy the marriage of a fellow muslim brother.

He may have been given the assurance of paradise by Saint Nik Aziz but he may have forgotten that the real Judge is the Almight Allah S.W.T.
.

Tantawi dedah pasal isteri kedua yang ditinggal salah.

ROhaizat kahwin dua lepas tu tak bagi nafkah ke isteri kedua, salah pulak.

Nampak sangat la orang UMNO ni dah takda "sense of what is right and what is wrong".

Aku pun tak tau apa agama orang UMNO.

Kalau kata ISlam, korang terus menerus tuduh anwar meliwat tanpa bukti 4 saksi.

Tulang Besi said...

August 22, 2009 10:32 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

PAS lagi dahsyat! Guna isu agama untuk pecah belah umat Islam dan menuduh pihak yang tidak sealiran sebagai tidak Islam dan sebagainya, seperti kenyataan TGNA yang terbaru terhadap Umno.

INI LEBIH MERBAHAYA!!!!!!!!!!
.

Iye ke. Aku cabar kau, pegi buat laporan ke Mahkamah Syariah dan dakwa PAS.

Jangan berlagak kat sini mcm burung gagak tapi hampas je yang ada.

Pegi ambil tindakan kalau kao berani la.

muhammad said...

Apa yg PAS buat?

Bersihkan sisa2 kotoran tinggalan BN!

Ibaratnya begini: satu keluarga menyewa rumah selama lebih 50 tahun, buat rumah itu mcm rumah sendiri,dan sepahkan rumah itu.

Apabila dihalau keluar utk memberi laluan kepada keluarga baru, mereka ambil apa yg mereka sempat dr rumah itu, dan kemudian tuduh keluarga baru itu menyepahkan rumah!

Inilah tindakan Umno/BN.

Buatlah andaian sebanyak yg anda mahu, hakikatnya semua yg disebut oleh TB itu adalah kerja Umno, bukan DAP.

Umno janganlah berdalih dan menuding jari pada PAS. Bukankah umno dgn megahnya mendakwa perjuangan mereka untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA?

Umno mengizinkan judi arak berleluasa. Agama apa yg Umno perjuangkan?

Umno menghalang dan memperlekeh hukum hudud. Agama apa yg Umno perjuangkan?

Di bawah Umno, surau dirobohkan, tazkirah dihalang.Agama apa yg Umno perjuangkan?

Di bawah Umno, tulisan jawi pupus, PPSMI diperkenalkan, tanah rizab Melayu semakin kurang. Bangsa apa yg Umno perjuangkan?

Serious Shepherd said...

Ini ayat Al-Quran untuk renungan semua:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir

Surah Al-Maidah, Ayat 44

Anonymous said...

What will be next? mercenaries from overseas doing all sorts of thing to defen Lord Mahagila Najibai and UMNO fascist?Sudah tiba masanya ATM sedar..mereka perlu sedar bahawa negara perlu diselamatkan dri cengkeman iblis ni..

Anonymous said...

Bagus, PAS dan UMNO. Teruskan berlawan sebab aku tak sokong kedua-duanya walaupun aku dr negeri yg dah lama diperintah oleh PAS.

Kalau DAP perintah negeri tu, rasanya lagi maju drp sekerang.

Kononya takde judi tapi kat kampung2 ade je tauke no ekor. Nak beli talipon je. Semua pun boleh K, M & T. Siap ada special offer lagi, beli 10 dapat free 1. Petang2 pula budak melayu pegi minum tuak kat kg siam.

zizah said...

Aku lebih menghormati seorang pemimpin yang tidak banyak cakap kerana bagi aku 'less talk more work' lebih baik daripada Nik Aziz yang dikatakan Musyridul PAS itu yang sering menempelak orang lain dengan kata-kata yang berbelit tetapi maksud sebenarnya lebih kepada menjatuhkan maruah orang lain. Mungkin beliau dah tua dan sepatutnya bersara dan adalah lebih baik duduk masjid beri ceramah. Dalam Islam sendiri kita diminta menghormati orang lain walaupun orang itu jahat sekalipun kerana dengan menghormati sesama manusia besarlah ganjarannya.

Wong Ka Wai said...

Anak-anak kecil Penan di Sarawak sedang kebuluran.

Sila hulurkan bantuan kepada mereka.

Saya sudah dermakan sedikit wang kepada mereka.

Untuk maklumat derma sila layari http://harismibrahim.wordpress.com/2009/08/24/how-many-anak-bangsa-malaysia-must-die-before-you-are-moved/

Secara ringkas, menurut blog harris, sesiapa yang ingin hulurkan bantuan sila deposit wang ke akaun ini:

Nama akaun: St Francis Centre Belaga

Nama bank: Maybank, Bintulu branch, Sarawak

Nombor akaun: 011065307834

Berita yang berkaitan dengan kes kebuluran ini, sila layari http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/24/nation/4577979&sec=nation

buka kedai online dengan RM100

Anonymous said...

http://www.tvpas.com/v1/index.php?option=com_tvpas&task=view&id=611


Kenyataan TGNA mengenai isu yg dibesarkan oleh media pro BN

Anonymous said...

zizah,

Ini jadinya kalau baca utusan dan tengok tv3 saja..

Tulang Besi said...

Bagus, PAS dan UMNO. Teruskan berlawan sebab aku tak sokong kedua-duanya walaupun aku dr negeri yg dah lama diperintah oleh PAS.

Kalau DAP perintah negeri tu, rasanya lagi maju drp sekerang.

Kononya takde judi tapi kat kampung2 ade je tauke no ekor. Nak beli talipon je. Semua pun boleh K, M & T. Siap ada special offer lagi, beli 10 dapat free 1. Petang2 pula budak melayu pegi minum tuak kat kg siam.

August 24, 2009 5:23 PM
Delete
Blogger zizah said...

Aku lebih menghormati seorang pemimpin yang tidak banyak cakap kerana bagi aku 'less talk more work' lebih baik daripada Nik Aziz yang dikatakan Musyridul PAS itu yang sering menempelak orang lain dengan kata-kata yang berbelit tetapi maksud sebenarnya lebih kepada menjatuhkan maruah orang lain. Mungkin beliau dah tua dan sepatutnya bersara dan adalah lebih baik duduk masjid beri ceramah. Dalam Islam sendiri kita diminta menghormati orang lain walaupun orang itu jahat sekalipun kerana dengan menghormati sesama manusia besarlah ganjarannya.
.

Nik aziz tempelak orang jahat.

Apa salahnya?

siri5 said...

cakap pandai la, cuba memerintah, ko pun nak kaya jugo atau gial kuasa,mula mula macam bagus, lama lama mana nak tahan.

Anonymous said...

cakap pandai la, cuba memerintah, ko pun nak kaya jugo atau gial kuasa,mula mula macam bagus, lama lama mana nak tahan.

Anonymous said...

Apabila kita sesuatu itu salah, ia tetap salah. Tidak kira siapa yg melakukan kesalahan itu.

Jgn beri alasan dan jusitifikasi dgn berkata "cakap pandai la...". Ini alasan org kurang cerdik.

Anonymous said...

Masalah dengan orang umno ni sebab dia tak faham hukum. Aku bukan orang Pas tapi apa yang dia cakap ada kebenarannya.

Hanya Allah s.w.t. saja yang berkuasa atas segala-gala samada seseorang itu masuk syurga ke neraka.

Tetapi segala perbuatan yang di lakukan oleh kebanyakkan orang umno tidak menampakkan mereka tu muslim sebenar atau yang dikehendaki oleh ugama islam itu sendiri.

Seseorang islam tu dia perlu beriman dan beramal. Umno ada makan rasuah kan? Melakukan jenayah kezaliman kan? dan banyak lagi.

Dari satu kitab yang ditulis oleh ulama Cordova yang diriwayatkan oleh Anas r.a. dan diriwayatkan oleh imam Bukhari, Rasullah s.a.w pernah bersabda yang mengatakan bahawa seseorang yang melakukan jenayah (yakni orang mujrim) tempatnya adalah di neraka. ini aku tujukan untuk pengetahuan orang umno. Jenayah kezaliman merangkumi banyak perkara seperti membunuh ,tidak berlaku adil (asabbiyah} dam macam-macam lagi.

Jadi betullah apa yang di katakan TGNA bahawa islam umno islam Plastik, sebab melakukan pelbagai jenayah pada rakyat.

Anonymous said...

To the person by the name of "Tulang besi bodoh":

Kau tau ke ape yang kau tulis? kau tau ke ape itu makna "Wahabi". Kau jangan jadi bodoh seperti nama kau.

Sebab bila makna kau tak tau, main tulis saja, jadi kau mengutuk diri kau sendiri.

Kau balik dan rujuk kitab dan cari makna Wahabi. Setahu aku ni sifat Wahabi banyak ade kat orang melayu umno.

Jangan jadi bodoh dan banggang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.