Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 3, 2009

UMNO Sendiri Lahir Dari Demonstrasi/Perhimpunan Haram



Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?

Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram

Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.


Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.
Peristiwa 1946 dibahasa di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa


Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.
Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..
Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.

24 comments:

Anonymous said...

Dear Tulang Besi

Isn't it ironic?

The post-colonial Malaysian state seems to be even more repressive than the British colonial state!

Tulang Besi said...

Yes it is

Anonymous said...

Satu ulasan yang bernas dan tepat oleh Tulang Besi.
PDRM hilang kepercayaan rakyat kerana sudah lama menjadi alat menjaga kepentingan politik BN, usahlah bersandiwara kononya menjaga keselamatan rakyat.
Ini adalah protes aman, ahli protes tidak merosakkan harta benda atau bertindak ganas, kenapa PDRM gunakan meriam air dan gas pemedih mata ?

Tepak sirih di isi buah pala
Daging basi dimasak rendang
Baju biru tak larat banteras jenayah mintak bantuan RELA
Tapi menjelang pilihanraya kecil ,Sang Biru berduyun duyun turun padang
pantun/vkm/09

Vijay Kumar Murugavell

Anonymous said...

ni aku nak tanya la, kalau bukan BN yg memerintah nanti, agak2 siapa yg akan mengantikan polis? since polis dah di-chop sebagai alat BN. so sapa2 agak2 mengantikan polis?

Anonymous said...

polis yg bawah2 ni..cuma terima arahan daripada pihak atasan..pihak atasan ni la yg ditunggang oleh UBN..

kalo BN dh xperintah..kita tukar yang atas2 ni..

Mencari Damai Yang Hilang said...

terima kasih Tulang Besi. inilah UMNO-BN...apa yang haram, bila dibuat mereka menjadi halal, tetapi apa yang halal apabila dibuat oleh PR menjadi haram seharam haramnya...

Anonymous said...

kan dah kata demonstarsi tak ada permit. tak nak dengar cakap. lepas tu kata kerajaan zalim pulak. kenapa sebelum ni x nak buat demo pasal ISA??? lepas ada isu rasuah dan kematian baru nak buat demo. Memang dorang ni nak alihkan isu sebenar..

aBiE aR said...

Naper larr sengal sangat Anon 7 nie..
Demo ini dari tahun lepas telah dirancang.Apa kaitan tentang nak tutup isu sebenar..Lain kali pikir dan kaji sebelum mengeluarkan hujah.
Jangan menampakkan kebebalan kita.!!

Anonymous said...

ini gambo tipu la

Abd Razak said...

Anonymous said...
kan dah kata demonstarsi tak ada permit. tak nak dengar cakap. lepas tu kata kerajaan zalim pulak. kenapa sebelum ni x nak buat demo pasal ISA??? lepas ada isu rasuah dan kematian baru nak buat demo. Memang dorang ni nak alihkan isu sebenar..

Ko ni bangang ke apa wahai pengecut yg x berani nk guna nama sebenar?perhimpunan ni dh dirancang sejak dr awal tahun lg le bangang...asal le sengal sgt ko ni...dh jd barua umno mmg camni...maklumat pn xdpt yg betul...mmg umno akan sentiasa sng selagi ada org2 bodoh ngan tolol cam ko kt malaysia ni...aku tau ko mesti kecewa sbb perhimpunan pro-isa xramai nk pegi kn?sbb xramai org maka perhimpunan pn bersurai...sbb apa ramai xpegi?sbb xdpt duit...org cam ko ni le yg selalu dgn mudah kene tipu ngan umno...buat keje dulu pastu sedar2 xdpt duit...bodoh tul ko ni...

Anak Perelih said...

pembetulan.... PM Malaysia bukan dengar cakap menantu... tapi dengar cakap BINI...

Anonymous said...

Kalau UMNO makan tahi kamu pun ikut lah.

Dah tak ada idea sendiri ke?

Amran Kasimin,, said...

13 Mei provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut...

what????

mak aih...ko ni tak tau tapi nk bersembang...belajar balik k...jgn ubah fakta dik ui...

Tulang Besi said...



mak aih...ko ni tak tau tapi nk bersembang...belajar balik k...jgn ubah fakta dik ui...
.

Kau pegi baca buku Tunku Abdul Rahman la.

Sendiri punya bekas Presiden cakap pun tak sedar.

Anonymous said...

gambo ni ada signboard la

wakakakakak

Tulang Besi said...

Signboard dia ckp omputih la sebab masa tu British memerintah

Anonymous said...

Fullamak!

Xde FRU berbelantan, xde SB pakai t-shirt belang, xde kepulan gas pemedih "for your eyes only" mata, xde air asid pun, dalam gambar tu. Yang ada hanya UMNO berdemo aman-aman.

Maknanya, penjajah dulu lebih bertamaddun daripada gomen yang kita ada sekarang.

Anonymous said...

di zaman dulu penjajah takda teknologi membelasah sadis yg sedia ada seperti sekarang, kalau ada di zaman tu, dah tentu tok nenek korang kena tibai dgn tear gas, air asid, belantan dan kawasan sewaktu dengannya.

Anonymous said...

Dalam bab pembelasahan ini x perlu mengharapkan kpd teknologi abad ke-21, asalkan alat tu boleh membelasah, maka gunakanlah.

Alat-alat belasahan yg ada pada masa itu memanglah ada, walaupun x secanggih atau berkesan seperti teknologi abad ke-21, tetapi penjajah x guna pun.

Bukan itu isu sebenarnya. Isunya ialah adakah penjajah sekejam gomen sekarang berdasarkan gambar yang terpampang?

Anonymous said...

UMNO selalu lupa asal usul..depa buat buleh..tapi bila org lain buat kata pengacau negara..

Kita bukan nak Malaysia huru hara, tapi nak membetulkan apa yg dah terpesong..

Anonymous said...

depa buat demo ...
tak merusuhhh menyusahkan org

Anonymous said...

wira pedas
kau sedap je kata polis yeee. sebab kau memang kaki jilat punggok tahap gaban.Yang kau nampak polis salah sebab tak bantu pembangkang .Ada kau fikir dan kenang tak jasa polis dalam melawan pengganas komunis dap semasa komunis belum menyerahkan senjata. Ada yang terkorban dan cacat hingga ke hari ini kenapa kau tak tulis jasa-jasa mereka. memang dasar mak bapak merancuk bawah pokok pisang tu yang dapat kau tuu.
wkakak

Anonymous said...

Saya kurang setuju dengan pendapat
anda.anda perlu berterima kasih kepada pemimpin kini dan masa lampau
kerana merekalah kita menikmati
keamanan dan kemajuan.

Anonymous said...

saya tak setuju.Kerajaan kita sekarang paling bertanggungjawab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.