Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 4, 2009

UMNO Tolak Islam, tapi Mengaku Berjuang Islam. Hasilnya, Islam Nampak Zalim dan Jahat

Saya cuma nak bagi satu contoh kebodohan UMNO di dalam memperjuangkan Islam. Hakikat yang sebenarnya adalah UMNO sendiri menolak Islam. Hasilnya, Islam yang mereka dakwa memperjuangkannya sebenarnya adalah ”gimik” politik untuk memperdaya orang Melayu dan Islam bagi menyokong mereka.


Antara yang jatuh dalam gaung dan lubang UMNO ini adalah puak2 fraksi UMNO sendiri di kalangan pimpinan PAS. Saya tak tahu bagaimana boleh ada pemimpin2 PAS yang mudah ditipu oleh UMNO.

Contoh yang saya nak bawa adalah cadangan mengagihkan zakat kepada orang bukan Islam di Selangor. Cadangan itu asalnya dari YB Kota Damansara, Dr Nasir. Kebetulan rumah saya dalam kawasan YB Dr Nasir ini.

Saya mendapat maklumat, orang-orang UMNO di kawasan beliau telah mengadakan demonstrasi secara spontan membantah cadangan Dr Nasir tersebut. Orang-orang UMNO ini dengan begitu lantang menentang cadangan ini sebagai manifestasi komitmen mereka kepada perjuangan Islam.

Malangnya, amalan memberi wang zakat kepada orang bukan Islam ini dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri sewaktu di Mekah dan Madinah. Memprotes cadangan Dr Nasir ini adalah seperti menempelak Nabi SAW kerana sewaktu Nabi SAW hidup, Baginda telah mengagih-agihkan zakat kepada orang bukan Islam yang termasuk orang-orang musyrik yang menyembah berhala.

Malahan, polisi ini diteruskan oleh Saidina Abu Bakar sendiri sewaktu Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah.

Kalaulah zakat telah diberi kepada orang bukan Islam, terutama orang India estet yang jelas miskin, sejak 40 tahun dahulu sekarang ini jumlah orang Islam di Selangor mungkin sudah mencecah 60-70%. Tapi, sebab zakat dijaga oleh Nasionalis Sekular seperti UMNO, maka perkara itu tidak berlaku.

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, dan bukannya hak UMNO. UMNO jangan bersandiwara dan berhenti menuduh PAS dikawal oleh DAP. Hakikatnya, UMNO dikawal tokeh2 judi, arak dan kabaret.


Jelaslah kepada kita bahawa UMNO bergantung kepada isu-isu sensitif dan sensasi ini untuk menggambarkan kepada umum bahawa mereka juga memperjuangkan Islam. Walhal, sewaktu Dr Nasir membuat cadangan ini, pemimpin mereka, Dato Najib Tun Razak baru sahaja meluluskan 10 lesen ”Special Draw” kepada 3 syarikat Judi terbesar di Malaysia, yakni Sports Toto, Magnum dan lagi satu saya tak ingat.

Takda pulak kita tengok orang2 UMNO ni keluar berdemo bila pimpinan mereka berselingkuh dan bersekedudukan dengan tokeh2 judi dan arak ni pula ye?

Saya nak cadangkan Pemuda UMNO menubuhkan Briged Calrsberg dan Putri UMNO menubuhkan ”Skuad Magnum” bagi mengisytiharkan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada tokeh2 judi, arak dan kabaret di Malaysia ini.

Saya mencadangkan Pemuda UMNO dan Putri UMNO mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih mereka di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi memuliakan tokeh2 kabaret yang menjadi kawan UMNO yang sejati.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia dan ahli2 PAS sekelian. Jangan lah percaya kata-kata manis UMNO kononnya mereka mahu memperjuangkan Islam. Sejak bila pulak puak2 ni nak perjuangkan Islam sedangkan mereka berselingkuh dengan tokeh2 judi, arak dan kabaret?

Yang saya sedih, ada ahli dan pimpinan PAS boleh terpedaya dengan kata-kata kosong UMNO ini sampai sanggup nak bawak PAS bekerjasama dengan UMNO/BN. Kalau jadilah PAS tubuh kerajaan campuran dengan BN, alamat Presiden PAS nanti terpaksa membaca doa selamat apabila ada kedai2 judi yang baru dibuka.

Alhamdulillah ada Tok Guru Nik Aziz yang bijak dan pandai. Dan usaha tersebut telah gagal.

Tulang Besi

6 comments:

Tok Kiyai said...

Sdr Tulang Besi

Tok Kiyai nak tanya,
Betul ke zaman khir toyo jadi MB, duit zakat digunakan untuk main golf?
Kalau betul, apa pulak hukumnya?

Tulang Besi said...

Betul Tok Kiyai. Hukumnya tak tau lah.

Anonymous said...

Keputusan Fatwa Negeri Kelantan Darul Naim
--------------------------------
Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah
Isu :
1. Persoalan mengenai perkara ini ditimbulkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada bulan September 2007 yang lalu. Muzakarah membincangkan isu ini untuk mendapatkan satu keputusan atau dasar tentang hukum memberikan wang zakat kepada orang bukan Islam bagi tujuan dakwah di bawah asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum.
2. Di Negeri Kelantan, program dakwah kepada orang bukan Islam khususnya dakwah kepada orang asli dilaksanakan oleh Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Kelantan dengan menggunakan peruntukan wang zakat. Walau bagaimana pun sehingga sekarang tiada fatwa khusus yang memperincikan takrifan asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum, samada ia meliputi orang Islam sahaja atau ia merangkumi orang kafir.

Keputusan :


Setelah membincangkan isu ini dengan teliti, Mesyuarat Jamaah
Ulama’ bersetuju memfatwakan seperti berikut :
1. Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.

Golongan Muslim meliputi :
a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.
b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap imannya tetapi masih berpengaruh.

Golongan bukan muslim (kafir) pula meliputi :
a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

2. Dalam urusan agihan wang zakat kepada al-muallafatu Qulubuhum ini, secara umumnya Mesyuarat bersetuju dengan pendapat rajih dalam Mazhab Syafie yang mengharuskan wang zakat diagihkan kepada golongan Muslim
Sahaja.

3. Dalam konteks dakwah, khususnya dakwah kepada orang asli di Kelantan, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa pengagihan wang zakat diharuskan kepada golongan bukan Muslim.
Fatwa ini dikhususkan untuk tujuan dakwah semata-mata kerana kepentingan siasah syar’iyyah untuk pengembangan Agama Islam.

Anonymous said...

KAu orang Islam memang tak akan buat sesuatu tanpa nak jolok hal agama kau orang. Cubalah..tolong orang secara ikhlas tanpa harapkan balasan-supaya ornag memeluk agama kau. Samalah kau macam mat saleh ...
Asyik Islam bukan Islam. Apa bukan Islam bukan manusia ke? Kau ornag saja masuk syurga ye. jadi Mother Thresa pun masuk nerakalah..najib masuk syurgalah?

Cubalh hormat sesama manusia. Baru dunia ni aman. Kau ornag antara Sunni and Syiah pun tak selesai- ni nak sibuk ajak orang bukan Islam dalam lumpur kau orang. Kau simpanlah duit kau..boleh pergi naik haji--msuk syurga terus!!!

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Soklan:

Betul ke zaman khir toyo jadi MB, duit zakat digunakan untuk main golf?

Jawapan:

Ada bukti ke?jangan main2 kata betul tok kiyai saja.

Tulang besi, hang bila nak buat artikel kutuk Ronnie Liu.

Hassan Ali pun dah kutuk, takkan hang lagi hina dr Hassan Ali.

Kalau hg rasa tindakan hg tu untung Hassan Ali, hang guna alasan Khalid Samad, ronie hang jgn pandai2.

ke hg nak tulis artikel kutuk khalid samad, pasal kutuk ronnie,maklumlah kan Khalid Samad tu suara Islam dulu2, kacau daun di UK.

Abd Razak said...

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Soklan:

Betul ke zaman khir toyo jadi MB, duit zakat digunakan untuk main golf?

Jawapan:

Ada bukti ke?jangan main2 kata betul tok kiyai saja.

Tulang besi, hang bila nak buat artikel kutuk Ronnie Liu.

Hassan Ali pun dah kutuk, takkan hang lagi hina dr Hassan Ali.

Kalau hg rasa tindakan hg tu untung Hassan Ali, hang guna alasan Khalid Samad, ronie hang jgn pandai2.

ke hg nak tulis artikel kutuk khalid samad, pasal kutuk ronnie,maklumlah kan Khalid Samad tu suara Islam dulu2, kacau daun di UK.

Kah kah kah kah...kenyataan dr seorang PENGECUT yg x berani nk dedah nama sebenar...suka berselindung di sebalik nama bacul anonymous...aku tau hang kecewa sbb rancangan UG ni gagal...hang ni bukan org PAS pn...dh sah2 umno...mengharapkan PAS kerjasama sgt dgn umno sbb dh desperate kn...maklumler parti hang dh nk terkubur...hang jgn igt le psl perkara ni PR akan berpecah...at least dlm PR ada tegur menegur...dulu time mca,gerakan,mic dan lain2 hina Islam apa yg hang dan puak2 umno hang buat?xde apa...diam menikus...skrg ni nk tunjuk hero konon2 perjuangkan ISlam...sudahlah...org cam hang ni xde org nk layan dh...level hang lg bawah dr bdk penampal poster...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.