Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 30, 2009

Bolehkah Kita Memberi Wala’ Kepada Pimpinan Yang Tidak Maksum?

Apa ertinya Maksum? Maksum bererti terpelihara dari dosa dan kesilapan. Soalnya sekarang, dalam akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, siapakah yang maksum? Yang maksum dalam Ahlus Sunnah hanyalah Nabi SAW yang dilindungi Allah SWT dari dosa dan kesilapan.

Selain dari Nabi SAW, hatta para Sahabat Nabi SAW yang disayangi Nabi itu, pun tidak maksum. Oleh kerana itulah Al Abbas berjaya mendapat kembali tanah beliau yang diambil oleh Saidina Umar untuk membesarkan kawasan Kaabah. Saidina Umar berijtihad bahawa tanah milik Abbas itu terletak di pinggiran kaabah dan kerajaan ada hak untuk mengambil tanah tersebut dengan pampas an kerana kerajaan mahu meluaskan tempat ibadat bagi tujuan dan kepentingan umum. Abbas telah membawa kes ini ke mahkamah, dan mahkamah telah mengembalikan tanah tersebut kepada Al Abbas. Lantas, Al Abbas telah menyedekahkan tanah tersebut kepada kerajaan untuk dibuat pembangunan bagi tujuan umum.
Adakah para sahabat pada masa itu tidak wala’ pada Saidina Umar? Adakah Al Abbas tidak wala’ pada Saidina Umar?

Apabila Saidina Umar memberi ucapan sempena perlantikan beliau sebagai Khalifah, beliau meminta semua orang menegur beliau sekiranya beliau membuat salah. Bangun seorang yang tidak dikenali lantas berkata sekiranya Umar berbuat salah, maka beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar lantas bersyukur kepada Allah kerana ada di kalangan umat Muhammad yang akan sanggup menegur beliau dengan pedang.
Soalnya di sini, adakah para sahabat tidak wala’ pada Saidina Umar sehingga sanggup menegur beliau dengan pedang?

Cukup dua contoh yang saya bawa di atas. Saya cuma ingin melahirkan kehairanan saya kenapa dalam PAS, apabila seseorang itu menjadi ketua, maka otomatik beliau ini mendapat taraf maksum. Sekiranya ditegur, nescaya si penegur akan digelar sebagai tidak wala’ dan tidak taat kepada seseorang ketua itu.
Adakah ini ajaran Islam, yakni member sepenuh ketaatan tanpa soal kepada mereka yang tidak maksum dan tidak dilindungi Allah SWT dari dosa dan kesilapan?

Di dalam mesyuarat baru-baru ini, isu SELCAT sudah tidak dibincang lagi. Yang dipersoalkan dengan begitu mendalam adalah persoalan wala’? Dan serangan yang diajukan oleh segelintir ahli perhubungan adlaah serangan kepada Khalid Samad atas tuduhan tidak wala’?

Soalnya, Saidina Umar sendiri bersyukur ada orang yang akan menegur beliau dengan pedang, apa masaalahnya tindakan Khalid Samad? Apakah Khalid tidak wala’ kerana menjawab di media bagi mempertahankan imej PAS di kalangan pengundi2 PAS yang berada di atas pagar? Adakah itu tidak dikira wala’?
Tidakkah tindakan Hasan Ali yang berlawanan dengan keputusan muktamar? Adakah itu bukan satu tindakan yang berlawanan dengan wala’ juga?

Alasan wala’ dalam PAS ini digunakan sewenang-wenangnya

Ianya satu kaedah untuk memastikan ahli dan penyokong member ketaatan membabi buta kepada pimpinan. Apabila alasan wala’ digunakan, maka takutlah kesemua orang untuk menegur dan membetulkan kesilapan dan kesalahan.
Hasilnya, kesilapan dan kesalahan terus menerus menjadi amalan. Hasil akhirnya adalah parti yang sakit dan hancur kerana orang di luar PAS tidak kesah pasal wala’ dan mereka yang mengundi kita.

Alasan wala’ ini digunakan sewenang-wenangnya di Terengganu sehingga akhirnya jatuh kerajaan PAS Terengganu berdebuk menyembah bumi. Ini kerana segala kesalahan dan kesilapan serta kelemahan tidak diizinkan untuk ditegur kerana sesiapa yang menegur akan dikira tidak wala’ (taat).

Saya rasa budaya wala’ atau taat kepada orang yang tidak maksum sudah menjadi budaya dalam PAS. Saya rasa ini adalah kerana PAS adalah parti Melayu dan orang Melayu amat suka kepada ketaatan yang buta dan total.
Kerana kalau kita ikut Islam, Saidina Umar sendiri bersyukur ada orang yang mahu menegur beliau dengan pedang.

Benarkah PAS ini parti Islam ataupun PAS ini parti Melayu? Lepas ni kita kena buang YB Khalil Idham Lim dan YB Dr Halimah dan YB Annuar Tan. Sebab diorang tu semua bangsa Cina.

Tulang Besi

8 comments:

Anonymous said...

saya ahli pas yg seratus peratus darah berketurunan pakistan/india yg keturunan saya sudah beragama islam sebelum tanah melayu di datangi oleh kaum sind(daerah di semenanjung india/paki) dan arab untuk di islam kan.

memandangkan ramai pimpinan pas atasan bercakap tentang melayu dr islam kami ahli pas bukan melayu camne pulak?

Anonymous said...

Memangla pimpinan PAS tak maksum, tapi cara kau tulis, pemimpin DAP, PKR takda salah langsung.

Kes Elizabeth Wong..ada kau kata salah?

Kes Ronnie Liu, ada kau kutuk si ronnie, malah kau bela Ronnie konon dia difitnah, padahal terang2 dalam NTV7 dia halang polis serbu Pusat pelacuran di Puchong.

Bila kau nak kutuk Karpal Singh yang nak orang langkah mayat dia dulu sebelum dia tubuh negara Islam?

Yg kau anti, adalah org2 Haji Hadi dan org2 yang halang Husam dari terus naik termasuklah Hsassan Ali, Nasha mat Isa.

Tulang Besi said...


Kes Elizabeth Wong..ada kau kata salah?

Kes Ronnie Liu, ada kau kutuk si ronnie, malah kau bela Ronnie konon dia difitnah, padahal terang2 dalam NTV7 dia halang polis serbu Pusat pelacuran di Puchong.
.

Eli Wong to org ambik gambar dia masa dia tidur. Dia mangsa bukan pesalah.

Ronnie Liu pulak, sampai sekrang takda bukti tempat tu tempat pelacuran.

Aku cabar kau bawak bukti, wahai pencacai UMNO sekelian.

Kalau betul tmepat tu tempat pelacur, pegi la buat report polis.

Tulang Besi said...

Bila kau nak kutuk Karpal Singh yang nak orang langkah mayat dia dulu sebelum dia tubuh negara Islam?

Yg kau anti, adalah org2 Haji Hadi dan org2 yang halang Husam dari terus naik termasuklah Hsassan Ali, Nasha mat Isa.
.

Karpal kan dah mintak maaf.

Orang2 kat atas tu kan semuanya pro kepada bekerja sama dengan UMNO.

Sebab tu kao sokong sangat Nasha dan hasan ali. Betul tak?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Eli Wong to org ambik gambar dia masa dia tidur. Dia mangsa bukan pesalah.

Bukankah yg tangkap gambar dia tu pakwe melayu dia? Pemimpin yg bela ayam macam nikah yg Tulang besi nak bela?

Ronnie Liu pulak, sampai sekrang takda bukti tempat tu tempat pelacuran.

Kau yg kata takde, yang polis serbu tempat tu, apasal Ronnie Liu halang? Polis serbu tempat tu sebab tempat tu sarang pelacur. Tu pasal polis serbu sebab dapat report.

Karpal kan dah mintak maaf.

Bila masa dia mintak maaf? kau mengigau masa kena bius operation kau ke???

Orang2 kat atas tu kan semuanya pro kepada bekerja sama dengan UMNO.

Sebab tu kao sokong sangat Nasha dan hasan ali. Betul tak?


Yg kau jaki semua tu pasal diorg halang geng2 IRC dalam PAS dari mara rebut jawatan dalam PAS. Betul tak?

Tu Rahim ghouse dan Rudin masuk UMNO, takde pulak geng erdogan marah.

Anonymous said...

terdiam tulang besi..

casper c said...

Pihak polis sering mencari 'alasan' utk kerjakan ahli Pakatan, nak bagi ahli-ahli Pakatan susah dan langsung tidak dapat berkhidmat dgn sempurna.

Kepada anon yg membangkitkan Eli Wong dan tikah laku Ronnie, makan otak sikit kawan.

Eli Wong mangsa dan dalam hal Ronnie, jika benar tempat hiburan itu sarang pelacuran, sudah tentu Ronnie diheret ke mahkamah - kenapa pula tidak terjadi ? Adakah Ronnie kawan karib kpd IGP UMNO boleh terlepas ? Ronnie sering kena teh dgn Ketua Polis S'gor Khalid Babu sampaikan Khalid tutup mata ? Tak masuk akal !

Hari-hari Polis UMNO menunggu kesempatan, buat perancangan nak tangkap sesiapa saja adun/MP Pakatan.

Ambik contoh Osman Jailu dan Jamal kena 'pasang', masuk perangkap Badan Pencegah Rasuah dlm sengketa 'sedekah sek'. Inilah kebolehan UMNO cari pasal. Yg pelek, Badan Cegah Rasuah sendiri yg siap duit RM$3-4000 yg diserah kpd setiausaha *Lingam semasa buat temu ramah berkenaan tuduhan terhadap Lingam.

* Setiausaha Lingam berkata beliau berkerja tengah malam buta menyiapkan(type) kes saman terhadap MGG Pillai(kalau tak silap) dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Moktar Sidin memberi izin kepada Lingam utk menyiapkan (tulis sendiri) keputusan dalam kes saman tersebut.

Memang dahsyat hakim-hakim UMNO, langsung tak kerja goyang kaki bagi izin anak guam suka-suka tulis keputusan/keterangan mahkamah sesuka hati.

Pelik tetapi malang kerana mahkamah membisu manakala pihak polis pekak.

Salam TB dan semua.

Grand Marquis said...

TB memang pakar dalam memutar belit isu untuk disesuai dengan cita rasa politiknya. Dia boleh menulis dalam keadaan menjadikan musuh itu kawan dan kawan itu menjadi musuh.

Adalah satu kebodohan untuk mengungkit isu wala sedangkan tidak dikemukan hadith-hadith ataupun athar dari Sahabat yang sahih untuk dijadikan panduan.

TB ingat orang lain begitu jahil sehingga dianggap orang lain memaksumkan pemimpin. Padahal orang Islam kebanyakan tak perlu TB untuk mengingatkan kita yang pemimpin hatta sesiapa pun selain dari Nabi adalah tidak maksum.

Kalau nak bincang bab wala dengan pemimpin, kemukakan hadith-hadith nabi dan athar dari sahabat untuk kita lihat sama ada apa yang diamalkan oleh PAS hari ini mencontohi mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.