Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 30, 2009

Cawangan DAP Melayu Kedua di Selangor Dirasmikan di Ampang

Dalam diam-diam, dah dua cawangan DAP yang berahlikan 100% orang Melayu ditubuhkan di Selangor. Dari maklumat saya dapat, ianya adalah kerana orang2 melayu di situ merasa terharu dengan wakil2 rakyat mereka yang membantu mereka tidak kira bangsa dan agama sehingga mereka terus tertarik menjadi ahli DAP dan menubuhkan cawangan DAP.

27 September 2009 yang lepas adalah Majlis sambutan Hari Raya DAP kebangsaan. Kali ini, ia diadakan di kawasan Ampang dan dianjurkan oleh pasukan ahli Melayu di kawasan DUN Jenice Lee, ADUN DAP di Teratai.

Saya amat teruja terhadap pasukan pemuda Melayu ini, saya pernah bermesyuarat bersama dengan mereka pada minggu lepas, mereka amat komited untuk menjayakan majlis rumah terbuka ini sehingga mereka mengurangkan cuti Hari Raya di kampong mereka.

DSC05138 small
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan ADUN Teratai Jenice Lee menyambut kemasukan ahli Melayu baru di kawasan DUN Teratai. Cawangan ini dinamakan Cawangan Saga. Ia merupakan cawangan ahli Melayu yang kedua di Selangor

Menteri UMNO di Selangor, Dato Noh Omar pernah berkata bahawa orang Melayu yang masuk ke DAP tidak mengenang jasa. Ha ha, satu lagi kumpulan orang Melayu di Ampang yang tidak mengendahkan UMNO dan menyertai DAP. :-) )


DSC05091 small
Inilah gambar “Makcik” Roket di hadapan pintu kemasukan dewan orang ramai :-)

DSC05094 small
Salah seorang penasihat SPRM, Tan Sri Robert Phang (orang yang ke-4 dari kiri) menghantar cek RM50,000 kepada Teoh Beng Hock Trust Fund kepada YB Ean Yong Hian Wah. Beliau pernah lantang mengkritik pegawai siasatan rasuah SPRM selepas Teoh Beng Hock mati dalam siasatan di Ibu Pejabat SPRM di Shah Alam.

DSC05099 small
Ramai wanita Melayu di Ampang menyertai majlis rumah terbuka DAP.

DSC05100 small
Saya amat terharu untuk melihat wanita Melayu ini meminta borang keahlian DAP sewaktu beliau masuk ke Majlis Hari Raya kami. He he, kalau Noh Omar lihat gambar ini, mungkin beliau akan sakit jantung :-)

DSC05114 small
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor datang ke rumah terbuka Aidilfitri DAP bersama dengan isterinya Puan Sri Salbiah Tunut. Dari kanan ke kiri: YB Fong Kui Lun, YB Tunku Aziz, YAB Lim Guan Eng, Puan Sri Salbiah Tunut, Tan Sri Khalid, YB Lim Kit Siang, Dr Chen Man Hin, Saya, YB Ronnie Liu.

DSC05160 small
YB Dato’ Hasan Ali, exco PAS di Selangor (duduk di kerusi tengah di antara Kit Siang dan Lim Guan Eng) yang telah banyak “bertukar pandangan” melalui media dengan pemimpin DAP di Selangor juga datang menghadiri majlis rumah terbuka DAP. Beliau datang lewat disebabkan oleh hujan lebat dan kesesakan trafik di Ampang.

DSC05128 small
Dari kiri ke kanan: Saya, Exco PAS YB Iskandar, YB Tunku Aziz, YB Hatta Ramli, YAB Lim Guan Eng, Tan Sri Khalid, Lim Kit Siang.

DSC05150 small
Lim Guang Eng dan saya beri duit raya dan ‘baby rocket’ kepada kanak-kanak di majlis Hari Raya.


17 comments:

Malaysian said...

Inilah Malaysia Tanpa Perkauman!

Cina & India Sokong PAS/PKR
Melayu Sokong DAP


Sekiranya Malaysia sudah tiada isu Perkauman maknanya BN akan kalah teruk! itu yang mereka risau!!!


Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com

Anonymous said...

minta tok guru nik aziz keluar fatwa...masuk DAP tak masuk neraka ka????

armouris said...

makan-makan beraya tu jangan makan banyak sampai sakit perut. Sebagai langkah berjaga-jaga, baca info ini - Risiko Makan Banyak di Musim Raya dan Keracunan Makanan.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

Anonymous said...

Mungkin Dap bergabung saja dgn PKR memandangkan kedua-duanya parti multi racial. Keduanya sama saja. Tidak Ada perbezaan.
Tapi kedua-duanya tidak bergabung?
Masih racist?
DAP "multiracial" pro chinese
PKR "multiracial" pro melayu
apa masalahnya?
Sebenarnya formula BN adalah betul-betul multiracial Dan telah wujud sejak 50 tahun dahulu.
In other words BN is far more advance with years of working experience.
Pakatan rakyat is simply skin deep and for only a short period, dah celaru mentadbir negeri.

Each PR party component can keep on pursuing their different dream - PKR's Anwar as PM, PAS' version of Islamic Country, DAP's socialist republic of Malaysia.

Good luck clowns!

mursidul said...

betul tu, kalaulah jadi pengikut UMNO sudah menjadi ahli neraka, bagaimana pula jadi pengikut DAP. Takkan masuk syurga kot??
Mana geng erdogan? pergila minta fatwa kat mursyidul tahap wali tu

Anonymous said...

Anonymous mursidul said...

betul tu, kalaulah jadi pengikut UMNO sudah menjadi ahli neraka, bagaimana pula jadi pengikut DAP. Takkan masuk syurga kot??
Mana geng erdogan? pergila minta fatwa kat mursyidul tahap wali tu
.

Sapa yang cakap pengikut UMNO ahli neraka? Korang mengaku ke jadi ahli neraka?

Anonymous said...

Sapa yang cakap pengikut UMNO ahli neraka? Korang mengaku ke jadi ahli neraka?

nik aziz la yg cakap....dia kata penyokong UMNO tak masuk syurga...kalu tak masuk syurga nak masuk mana lagi??? neraka la bodos

Nasi Lemak Ampang Jaya said...

Kesian BN. Market share BN sudah kian diambil oleh DAP, PKR dan PAS.

kaum Cina dah pindah ke DAP dari MCA

kalau kaum Melayu sokong PAS dan PKR kita tidak hairan. Ini pula perkembangan yang ekstrem.

kaum Melayu kini sudah mula beralih ke DAP dari UMNO.

Saya percaya ini merupakan takdir tuhan yang mahu tumbangkan BN.

Kesian BN.

Anonymous said...

betol tu ...kesian BN
tapi saya lebih kesiankan Melayu yg masuk DAP tu...sebab mereka menempah neraka (ikut petua nik aziz)

Anonymous said...

Melayu bodoh aje yang masuk DAP.

DAP nak buat apa untuk melayu? Kuatkan volume azan? tambah lagi masjid? Bagi biasiswa?

Aku rasa minah yang isi borang tu kena bayar untuk ditangkap gambar. Ataupun Indon yang baru dapat Mykad

Aku harap juadah yang disediakan tak macam dog food. hehehe...

Grand Marquis said...

Sebagaimana saya katakan, TB ni memang pandai tulis macam-macam. Tulisan dia tak de pendirian. Semata mata untuk mencari keuntungan politik aje.

Bila dia suka DAP, dia akan tulis seolah-olah DAP ni lah parti yang terbaik untuk Malaysia.

Cuba kita tengok balik apa dia tulis pasal Karpal Singh dan DAP sebelum ini:

http://www.malaysiawaves.com/2008/05/karpal-singh-must-be-losing-his-mind.html

Angkatan T Selangor said...

TB dah bertaubat. Kini dia sokong DAP sebab:

1) DAP tak buat project PKFZ,
2) DAP tak terima derma RM10 juta,
3) DAP tak buat stadium roboh,
4) DAP tak halang kemajuan Islam
5) DAP tak sekat kemajuan melayu supaya menjadi bijak dan bebas dari penipuan oleh parti UxNx

Apa DAP buat ialah jalankan siasatan melalui SELCAT terhadap pegawai kerajaan yang disyaki terlibat dalam penyelewengan.

Serious Shepherd said...

Nak tambah sikit point Angkatan T Selangor:

6) DAP tak tulis teks khutbah Jumaat dan paksa khatib supaya tidak berkhutbah tetapi sekadar membaca teks tersebut
7) DAP tak pecat khatib yang tokok tambah teks khutbah Jumaat
8) DAP tak tamatkan kontrak mufti

Baguslah Melayu masuk DAP. Lepas ni susahlah nak kena tipu bulat-bulat dek SPR kununnya PAS menolak dakwat kekal sebab dakwat itu boleh menyebabkan wuduk tidak sah.

Anoinimuz said...

UMNO ini dasar bangang...mmg masuk neraka penyokong UMNO ni...pasti zalim...
gua skg statement angkatan t

TB dah bertaubat. Kini dia sokong DAP sebab:

1) DAP tak buat project PKFZ,
2) DAP tak terima derma RM10 juta,
3) DAP tak buat stadium roboh,
4) DAP tak halang kemajuan Islam
5) DAP tak sekat kemajuan melayu supaya menjadi bijak dan bebas dari penipuan oleh parti UxNx

Apa DAP buat ialah jalankan siasatan melalui SELCAT terhadap pegawai kerajaan yang disyaki terlibat dalam penyelewengan.

DAP demokratik
UMNO hiprokatik
UMNO munafik
UMNO zalim,rasuah,seleweng

Zuhila said...

Kenapa lah melayu ni semua dah diperbodohkan oleh DAP. Kesian! Ini semua gara2 nak jawatan dan terdesak.Salah satu yg jadi ahli majlis ni duduk rumah PPR. Tapi hentam kerajaan. Kesian dah terdesak.

Zuhila said...

Kenapa la melayu ni yg masuk DAP senang2 nak diperbodohkan. Yg kat Perak tu dah lah semuanya bodoh. yg kat Sel pun nak ikut sama. Kesian!

IPOHKIA said...

Melayu bukan bodoh hari ini, yang masih sokong UMNO itu lah yang bodoh (tak dapat apa apa pun?) Yang dapat juta juta, tender kontrak, rumah resort besar besar, itu semua melayu pandai (semua kroni, anak bangsawaan UMNO) Jadi yang dikata masuk DAP bodoh? Kalau tak masuk DAP, come 2019 (satu sebelum 2020, negara Malaysia kan muflis kalau masih sokong UMNO. Jadi kalau rakyat tak selamat negara tanah tumpah darah kita, maka semua wang titik peluh kita akan dihabiskan oleh golongan bangsawaan UMNO ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.