Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, September 25, 2009

Dato Hasan Ali Mahu Pertahan Mereka Yang Khianati PAS?

Diberitakan bahawa beberapa orang D.O telah memboikot sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Faktor berlakunya boikot ini adalah kerana telah berlangsung “sessi soaljawab” terbuka antara SELCAT yang dilantik DUN Selangor bersama beberapa pegawai kerajaan negeri Selangor.

Sessi soaljawab ini (atau lebih dikenali sebagai proseding) telah dilaksanakan terutamanya dengan D.O. dari Kelang bernama Bakhtiar Husin. Isu yang dipersoalkan adalah bagaimana DO tersebut boleh meluluskan projek bernilai RM4 juta berhampiran waktunya dengan PRU 2008.

Bakhtiar selaku DO Kelang mengakui telah mempercepatkan kelulusan serta mengeluarkan peruntukan tersebut untuk member impak yang besar (kepada wakil rakyat Barisan Nasional) yang sedang berkempen mempertahankan kerusi mereka. (Rujuk laporan Malaysia Insider dibawah)

During his testimony on Sept 9, the DO and his officers were questioned about how more than RM4 million worth of annual allocation for use by Barisan Nasional (BN) assemblymen in constituencies within the district was used, within the first two months of 2008.
Bakthiar admitted applications for allocations were fast-tracked for approval due to the general elections “to create an impact” as the money was needed to pay for small development projects and community programmes,

()

Dato Hasan Melindungi Mereka Yang Telah Menentang PAS Sewaktu PRU 2008

Tiba tiba, selepas pendedahan ini dibuat oleh DO Kelang, yakni mereka dengan jelas telah membantu kempen Barisan Nasional serta berusaha diluar keupayaan mereka untuk memenangkan Barisan Nasional dengan wang rakyat, maka Dato Hasan Ali tiba2 datang untuk mempertahankan tindakan DO ini?

Tidakkah Dato Hasan Ali sedar bahawa tindakan2 DO ini telah menyebabkan calon-calon PAS terpaksa berhadapan dengan jentera BN yang dibiayai oleh wang rakyat? Tidakkah Dato Hasan menyedari bahawa DO2 ini telah bertindak menentang serta menyukarkan keseluruhan jentera2 PAS di seluruh negeri Selangor?

Tidakkah Dato Hasan sedar bahawa mempertahankan tindakan DO2 ini adalah mengkhianati keseluruhan jentera-jentera piliharnaya seluruh Selangor yang terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan di dalam kempen-kempen mereka?

Soalnya sekarang mengapa Dato Hasan mempertahankan para pegawai yang bertanggungjawab meluluskan wang dalam jumlah juta-jutaan bagi tujuan kempen Barisan Nasional dan bagi tujuan mengalahkan PAS? Bukankah PAS telah kalah hampir di semua kerusi UMNO?

Bayangkan sekiranya kesemua DO2 ini TIDAK MELULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA sebelum pilihanraya, tidakkah mungkin PAS menang sekurang-kurangnya 10 dari 19 kerusi yang UMNO telah menangi dalam PRU 2008?

Apa penyakit Dato Hasan mempertahankan mereka yang telah menguntungkan UMNO dan menyebabkan ramai calon PAS kalah tersunggkur dalam PRU 2008?
Mengapa Perlu Takut Menjawab Soalan Dari SELCAT?

Dato Hasan member alasan kononnya sessi soaljawab SELCAT itu memalukan para pegawai kerajaan. Diberitkan Dato Hasan berkata:

“Dr Hasan said the district officers, council presidents and top administrative officers in the states administration complained that they were being questioned for decisions made by ex-politicians and treated like school kids.
“We must not victimise the district officers in our quest to find the truth for they have served the government of the day and now most of them are aligned to Selangor-led Pakatan government.
“We must not create bad blood that will have a ripple effect with 23,000 other civil servants in the state,” he said.”
( )

Apa mudah sekali Dato’ Hasan mempercayai mereka2 yang jelas telah mengkhianati PAS dan rakyat Selangor? Apa bukti yang pegawai2 ini telah menyokong Pakatan Rakyat?
Kalau benar pegawai2 Kerajan Selangor sudah menyokong Pakatan, mengapa Najib Tun Razak dapat menggunakan Masjid Selayang untuk program berbuka puasa anjuran UMNO baru2 ini? Mengapa Majlis Perbandaran Selayang dengan sewenang-wenangnya merobohkan persiapan sambutan 10 tahun Parti Keadilan Nasional baru-baru ini?

Ini bererti pegawai-pegawai Selangor ini masih lagi balachi UMNO. Mereka tahu yang mereka akan terpaksa mendedahkan kebobrokan serta perangai korupsi UMNO kelak sekiranya sessi soal-jawab SELCAT ini berterusan. Oleh sebab itu, mereka telah berjumpa dengan Dato Hasan untuk meminta SELCAT ini dibubarkan supaya integriti dan maruah UMNO dapat dipertahankan. Mereka sebenarnya sudah pun berbuat berbagai perkara untuk memenangkan semula UMNO di Selangor.

Hakikatnya, para DO ini telah meluluskan peruntukan tersebut kerana mereka sendiri adalah penyokong dan pendokong UMNO dan Barisan Nasional. Mereka melakukan demikian tempohari kerana mereka sendiri mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional menang. Mana mungkin mereka boleh mudah berubah fahaman politik mereka dalam hanya setahun setengah?

Dangkal sungguhkan pemikiran Hasan Ali?

Kalau Tak Bersalah, Apa yang Hendak Ditakutkan?

Juga, sekiranya pegawai2 ini tidak bersalah, apa yang perlu ditakuti oleh mereka. Misalnya, sekiranya mereka dipaksa untuk meluluskan peruntukan yang bertujuan memenangkan BN, apa masaalahnya bagi mereka untuk mendedahkan perkara tersebut bagi membersihkan nama mereka?


Dato Hasan Lebih UMNO dari UMNO?


Hairan pula saya. Dalam isu kuil Seksyen 23 Dato Hasan membisu seribu bahasa? Dan sepatutnya Dato Hasan menyokong tindakan Khalid Samad dan kerajaan negeri. Tapi, sikap membisu Dato Hasan menanampakkan sokongan beliau kepada UMNO kerana protes kepada isu tersebut datang dari UMNO Selangor. Dengan berdiam diri, bermaksud PAS Selangor telah menyokong tindakan UMNO Selangor memprotes kuil di Seksyen 23

Dalam isu ini, para pegawai kerajaan negeri tersebut adalah agen-agen dan penyokong UMNO. Mereka mahu mempertahankan UMNO dan membela UMNO. Apabila didedahkan dengan sessi soal jawab terbuka ini, maka maruah UMNO menjadi tercalar. Dengan Dato Hasan mempertahankan pegawai-pegawai ini adalah bermakna Dato Hasan mempertahankan maruah UMNO. Tak malu ke Dato Hasan sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak redha Dato’ Hasan Ali menyertai UMNO semula. Jelas, sessi SELCAT mendedahkan amalan korupsi yang dilakukan oleh UMNO selama ini menggunakan wang rakyat untuk kempen politik UMNO dan Barisan Nasional.

Dilaporkan oleh The Edge Daily:

“Data revealed after testimonies from four land offices — Petaling, Gombak, Klang and Kuala Selangor — indicate that most of the state’s allocation for the constituencies were paid out in the final days leading to the state assembly dissolution on Feb 13, 2008.

In most of the seats, the assemblymen applied for and were reimbursed or took payments in the week leading to the dissolution. Many of the constituencies had fully utilised their allocations too, forcing the new state government to allocate another RM375,000 for each constituency”
()

Secara mudah, dari penjelasan dari 4 pejabat tanah di Selangor, Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Selangor, menunjukkan segala peruntukan untuk DUN telah dikeluarkan di hari2 terakhir sebelum pembubaran DUN Selangor. Majoriti dari kes2 ini, menunjukkan wakil2 rakyat UMNO telah dibayar peruntukan mereka atau telah mengambil pembayaran peruntukan ini secara pukal beberapa hari sebelum DUN Selangor dibubarkan.
Ini jelas satu tindakan korupsi UMNO yang menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka. Tindakan SELCAT patut dipuji dan dinaikkan taraf mereka.

64 comments:

Anonymous said...

analisis bodoh dan dangkal daripada orang yang terencat akal.

Anonymous said...

UMNO tidak akan menerima si Hassan Ali nie agar ianya sentiasa menjadi duri dalam daging pada PR... samalah kesnya dengan si Zulkifli Nordin tu...

Alias Mohd Yusof said...

Tentunya Hassan Ali ada agenda yang tersembunyi yang hanya dia sahaja yang tahu.

Apa yang saya nampak dia ingin membentuk Negara Islam cara beliau, lebih tepat lagi Negara Islam Ala Hassan Ali.

Anonymous said...

Kahkahkah..Barua UMNO Hassan Ali beli Ph.d!!Pundek keldei ni dah masuk dlm kategori "REJECT SHOP".What will TGHH do now?Will he continue to be silent and allow this kopiah wearing baboon membuat sesuka hati?

Anonymous said...

hassan ali ni menyusahkan rakyat yang mahu pentadbiran yang bebas dari salah guna kuasa.

Dia ni keldai umno, jangan harap dia akan menang selepas PRU13. rakyat dah tahu dia ni gila kuasa untuk jadi MB, tetapi tidak menghormati pemimpin PKR Selangor.

Belajarlah jadi manusia, kami penyokong PKR sentiasa menyokong kerajaan Pas Kedah, jadi hassan ali kena hormat pemimpin kami.

Lebih baik Pas melakukan sesuatu pada manusia bongkak ni, sebelum penjahat umno menganggu pentadbiran kerajaan selangor. Sila hormat pada demokrasi!

Anonymous said...

cuba hangpa pikir betul-betul apa yang hasan ali cakap tu,kalau hangpa ada menuntun siaran terus perbicaraan selcat tentu hangpa akan insaf.. macam mana do di perbodoh kan oleh dap..do dah cakap mereka kena buat itu semua kerana waktu itu mereka berkhidmat dibawah unmo yang berkuasa, mereka mentimun boleh buat apa, yang cina tu pandai-pandai buat kesimpulaN ITU INI APA PASAL, KALAU NAK DENGAR DENGAR SAJA LAH APA YANG DIHURAIKAN OLEH DO.. APA YANG NAK BAGI ULASAN ITU INI. bukan mereka tak buat salah atau silap cuma nya pengerusi yang lebih-lebih buat andaian pulak tu yang menyebelahi pengerusi saja yangf betul.persoalan ini lah yang di ketengahkan oleh hassan ali.. maruah orang harus di jaga kalau nak kekal memerentah,jangan mentang-mentang dah berkuasa boleh cakap ikut suka.tahniah kapada hassan ali dan pas kerana berani memperjuangkan yang benar.

Anak Perelih said...

salah satu isu yang menyebabkan Khir Toyo bukan lagi MB ialah isu hadiah penyapu.... jadi, jangan jadikan selcat sebagai 'penyapu' yang menyebabkan PR hilang kuasa... culprit yang perlu di buru ialah ADUN BN... Pegawai daerah itu perlu diambil sebagai saksi untuk menyiasat dan menghukum ADUN BN... bukan mereka dihukum dengan memalukan mereka menerusi cara soalan soalan diutarakan... cuba baca ni....
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/09/selcathassan-ali-nampaknya-pakatan.html

Anonymous said...

Dear TB

I think maybe we should ask DHA, kenapa tak persoalkan cara MACC menjalankan penyiasatan. MACC bukan saja menyoal bertalu2, malah mendera bertalu2 dengan cara tidak berperikemanusian.

I think either DHA dare not do so or he is like what most people believe, UMNO mole? He has so far proof most people are right about him.

I really hope no as he is always appear to be the pious type (especially the way he dresses). What he is doing so far has actually give bad name to ISLAM?

Anyway TB, there always many kind of people. Do not get so upset/angry. It is better for you to take care of your health. Sometime, whatever a person's religion is, that person just won't change.

So take care and have a good rest.


Regards
Mei

Mei

Anonymous said...

I think Selcat should be closed down, MB Khalid should stand down and allow Hassan be MB,the rest of selangor MPs also should just keep quiet and listen to Hassan's instructions on what to do next without questions.....this is the best way to solve the problem.

Tulang Besi said...

Blogger Anak Perelih said...

salah satu isu yang menyebabkan Khir Toyo bukan lagi MB ialah isu hadiah penyapu.... jadi, jangan jadikan selcat sebagai 'penyapu' yang menyebabkan PR hilang kuasa... culprit yang perlu di buru ialah ADUN BN...
.

Sedara anak perelih,

Cuba lah kaji keputusan PRU 2008 lepas.

Isu penyapu khir Toyo tu tidak membantu PAS langsung.

Pegawai2 Kerajaan masih terus berkempen dan menyokong BN walaupun diberi penyapu.

Janganlah percaya cerita bangang yang mengatakan isu ini akan menyebabkan kita kalah election.

Hakikatnya, kita menang kerana undi bukan Islam dan Melayu bandar serta penyokong tegar Barisan Alternatif dari kalangan Melayu yang sememangnya sudah tinggi di Selangor berbanding negeri2 lain.

Pegawai2 kerajaan Selangor pula, mereka tetap menyokong BN dalam PRU 2008.

Jgan lah tertipu dengan propaganda fraksi UMNO dalam PAS.

Gunalah otak sikit. Jangan asyik nak wala' je sampai jadi lembu kena cucuk hidung

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

cuba hangpa pikir betul-betul apa yang hasan ali cakap tu,kalau hangpa ada menuntun siaran terus perbicaraan selcat tentu hangpa akan insaf.. macam mana do di perbodoh kan oleh dap..do dah cakap mereka kena buat itu semua kerana waktu itu mereka berkhidmat dibawah unmo yang berkuasa, mereka mentimun boleh buat apa, yang cina tu pandai-pandai buat kesimpulaN ITU INI APA PASAL, KALAU NAK DENGAR DENGAR SAJA LAH APA YANG DIHURAIKAN OLEH DO.. APA YANG NAK BAGI ULASAN ITU INI.
.

Bagi mereka yang mendengar siaran langsung tu, takda yang nampak apa2 salahnya dari segi tindakan YB Cheng Tan Kim.

BEliau cuma mahu mengali lagi maklumat dari DO2 ini yang sememangnya DO2 ini banyak hendak menyembunyi dari menerangkan.

Biasalah sessi mcm ni tegang.

Dan berenti lah buat cerita bohong kononnya DAP nak jatuhkan Melayu. Dalam SELCAT tu punya ramai Melayu, UMNO pun ada.

Mereka mempersoalkan DO2 dan DO2 nak mengelak. Sebab tu setengah2 DO kena soalan yang agak keras dari biasa.

Sudahlah, jgn nak bohong.

Anak Perelih said...

Tulang Besi... kalau mengikut cara saudara .. maka kerusi PAS akan tinggal 0 lah di Selangor ni... kerana orang Islam/Melayu akan nampak propaganda UMNO bahawa PAS adalah kuda tungangan DAP sebagai benar.... berdasarkan apa yang mereka nampak berlaku disekeliling mereka.... ingatlah politik bukan selalu seperti yang anda nampak.... tapi ianya bagaimana untuk mendapat sokongan.... banyak yang tersirat dari tersurat.... dan strategy... pernahkan anda fikir macam mana untuk mendpatkan sokongan orang Melayu yang berada di luar bandar? yang media alternatif susah didapati.. dimana mereka bergantung kepada media arus perdana???? dan dimana PAS bertanding banyak kerusi????

Anak Perelih said...

BEliau cuma mahu mengali lagi maklumat dari DO2 ini yang sememangnya DO2 ini banyak hendak menyembunyi dari menerangkan.

Jika hendak menggali lebih banyak maklumat, nampaknya cara konfrantasi dan tegang bukanlah cara yang baik... mungkin ia berkesan digunakan oleh Polis dan MACC sehingga berlaku kematian... tetapi bukan didalam public hearing.. kerana manusia akan bersikap defensive dan marah yang menyebabkan mereka akan terus menyembunyikan apa yang perlu mereka cakap.... mereka tidak akan mendedahkan apa apa maklumat dengan cara tegang itu...

Anonymous said...

DO diperbodohkan DAP utk cakap terus terang bagitau rakyat sapa yg salahguna duit tak boleh..DO diperbodohkan UMNO utk salah guna duit rakyat utk diri sendir boleh pulak..mangkok betuilaa Anon yg sentuh isu diperbodokan nii..hang tu yg bodoh sokong keris karat samapi kiamat!!!!

Tulang Besi said...

Anak Perelih said...

Tulang Besi... kalau mengikut cara saudara .. maka kerusi PAS akan tinggal 0 lah di Selangor ni... kerana orang Islam/Melayu akan nampak propaganda UMNO bahawa PAS adalah kuda tungangan DAP sebagai benar....
.

Saya tak faham. Cara apa yang saudara maksudkan ini?

Bukankah anggota SELCAT ini semunya terdiri dari semua parti. Wakil PAS pun ada, WAKIL UMNO PUN ADA.

Jadi apa masaalahnya?

bagi saya, kalau ikut cara saudara Anak Perelih, alamat kita jadi mcm kerajaan PAS Terengganu 1999-2004 la.

Selama berpuluh tahun sebelum 1999, PAS galak masuk kampung keluar kampung kata UMNO ni korup.

Bila memerintah, satu habuk dakwaan pun takda

Last sekali, rakyat ambil kesimpulan bahawa apa yang PAS cakap selama berpuluh2 tahun sebelum ini adalah bohong semata-mata.

Lagi satu, hanya puak2 Fraksi UMNO dalam PAS sahaja yang termakan cerita bohong kononnya PAS menjadi kuda tunggangan DAP>

Saya nasihatkan Anak Perelih, masuk UMNO aje la. Jangan menyemak dalam PAS>

Pegi masuk UMNO dan tidur sebantal dengan tokeh2 judi dengan arak.

Tulang Besi said...


Jika hendak menggali lebih banyak maklumat, nampaknya cara konfrantasi dan tegang bukanlah cara yang baik... mungkin ia berkesan digunakan oleh Polis dan MACC sehingga berlaku kematian... tetapi bukan didalam public hearing..
.

Cara konfrontasi apa yang Anak Perelih maksudkan ni?

Apa yang kita buat adalah menyoal sehingga kita sendiri berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Konfrontasi apa pulak ni? Konfrontasi dah habis dah. Tu masa 60'an. Skrg ni dah tahun 2009.

Tulang Besi said...


Jika hendak menggali lebih banyak maklumat, nampaknya cara konfrantasi dan tegang bukanlah cara yang baik... mungkin ia berkesan digunakan oleh Polis dan MACC sehingga berlaku kematian... tetapi bukan didalam public hearing..
.

Cara konfrontasi apa yang Anak Perelih maksudkan ni?

Apa yang kita buat adalah menyoal sehingga kita sendiri berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Konfrontasi apa pulak ni? Konfrontasi dah habis dah. Tu masa 60'an. Skrg ni dah tahun 2009.

Anonymous said...

Tahniah! Dr hassan Ali menunjjukkan kematangan berpolitik, bagaimana berhadapan denfan karenah pegawai kerajaan yang sukar diukur kedudukan sokongan kepada kerajaan semasa. dah pahamkan, kerajaan semasa itu bertindak mendapatkan sumber kewangan dalam masa singkat, jadi DO 2 yang dijadikan alat. biasalah. tak payah memalukan orang terutamanya pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dgn kerajaan pakatan, ini boleh mewujudkan satu demensi buruk yang memburukkan lagi keupayaan kerajaan semasa untuk kekal semula. hapuskan selcat secara terbuka, kalau tertutup, ,ok.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Tahniah! Dr hassan Ali menunjjukkan kematangan berpolitik, bagaimana berhadapan denfan karenah pegawai kerajaan yang sukar diukur kedudukan sokongan kepada kerajaan semasa. dah pahamkan, kerajaan semasa itu bertindak mendapatkan sumber kewangan dalam masa singkat, jadi DO 2 yang dijadikan alat. biasalah. tak payah memalukan orang terutamanya pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dgn kerajaan pakatan, ini boleh mewujudkan satu demensi buruk yang memburukkan lagi keupayaan kerajaan semasa untuk kekal semula. hapuskan selcat secara terbuka, kalau tertutup, ,ok.
.

Bukan DO la yang dipertahan, tapi UMNO.

Anonymous said...

Saya setuju dengan cadangan bagi saja Hassan jadi Menteri Besar dan biar dia buat apa yang dia suka asalkan dia happy.

Tulang Besi said...

Anak Perlih,

Sokong sangat Hasan Ali sebab:

a. Suwardi yaakob tu penasihat hasan Ali merangkap orang Perlis

b. Dr Harun Din yang telefon Ustaz Ahmad Awang suruh tubuh kerajaan UMNO-PAS di Perak. Tu orang Perlis

c. PAS Perlis ni takkan menang sampai bila2

Anonymous said...

Takpa lepas ni PKR dah nak pi tawan dah negeri anak Perelih tu, sebab depa sokong Umno yang dok kebas duit rakyat tu melalui projek mega Shahidan Kassim tu, takda apa2 perubahan pun di negeri Perelis. Duit hanya masuk poket orang umno. Gaji rakyat perelih masih macam di tahun 70 an lagi. tahniah!

Anonymous said...

Selama ini tindak tanduk DHA tidak sehaluan dengan kerajaan yang dianggotainya. Malahan beliau boleh dikatakan mensabotaj usaha-usaha kerajaan PR Selangor untuk membentuk sebuah pentadbiran negeri yang telus dan berkepentingan rakyat. DHA bagai 'timebomb' yang dipasang oleh 'sekutunya' untuk menghancurkan kerajaan PR.

Anonymous said...

Syabas bro TB!!Fraksi Umno dah hilang punca.Sultan pun tak nak phoney Ph.d Hassan Ali.Best part is fraksi2 UMNO sedang makan berak mereka sendiri.

Anonymous said...

TB,
Kalau disaring perasaan orang ramai, rasanya kerajaan PR Selangor akan mengalami nasib kerajaan PAS Terengganu. Sebabnya ialah kerana "terover" - macam orang tak pernah dapat kuasa, tiba2 dapat kuasa. Kerjanya hanya mencari salah kerajaan terdahulu. Idea ori tak dak. Utk makluman, saya pengundi PAS tegar.

sukaraya

Anonymous said...

I can't remember this Hasan guy doing anything good for Selangor or Pakatan except keep on running to the mainstream press to have open press conference(why he don't ask for a closed door one ah)critising Pakatan this and that.Surprisingly, he said nothing about the cow head thing,nothing about the RM24 million castle,nothing about Macc-Teoh death,also nothing about Perak power grab eventho' his comrade was attacked,also nothing about PKFZ.How can we trust such a person to lead us?

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

TB,
Kalau disaring perasaan orang ramai, rasanya kerajaan PR Selangor akan mengalami nasib kerajaan PAS Terengganu. Sebabnya ialah kerana "terover" - macam orang tak pernah dapat kuasa, tiba2 dapat kuasa. Kerjanya hanya mencari salah kerajaan terdahulu. Idea ori tak dak. Utk makluman, saya pengundi PAS tegar.
.

Terover macam mana tu? Ter over membersihkan daki2 dan nanah2 rasuah dan salah guna kuasa yang ditinggalkan oleh UMNO/Barisan Najis?

Kajian menunjukkan orang2 UMNO pun akan berubah parti dalam PRU depan kerana mereka gembira dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Lepas SELCAT habis kerja diorang, takda sapa yang akan berani mengaku menyokong UMNO di Selangor kerana busuknya UMNO dengan daki2 rasuah dan salah guna kuasa

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Takpa lepas ni PKR dah nak pi tawan dah negeri anak Perelih tu, sebab depa sokong Umno yang dok kebas duit rakyat tu melalui projek mega Shahidan Kassim tu, takda apa2 perubahan pun di negeri Perelis. Duit hanya masuk poket orang umno. Gaji rakyat perelih masih macam di tahun 70 an lagi. tahniah!
.

Anak Perlih ni sokong UMNO sebab dia terpengaruh dengan cerita2 dongeng yang disebarkan oleh Hasan Ali and the geng (Suwardi tu la).

Tu lagi teruk sebab sanggup gadai maruah Islam dan maruah PAS atas hanya cerita2 dongeng.

Al-Yasar said...

Saya kira pelantikan Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor adalah satu kesilapan.

Mungkin lebih baik jika dia diganti dengan orang lain.

Anonymous said...

Pas adalah parti yg dilaknati oleh Allah kerana mempermainkan ayat Allah. Sbb tulah negeri yg ditakbir Pas tidak akan kekal lama kerana tidak dpt keredaan Allah. Negeri yg kekal pun hanya mennyusahkan rakyat. Percayalah PR tdk akan kekal lama. Keredaan Allah adalah penting utk kekal memerintah.

sunwayopal said...

Its so clear that Hassan Ali is not acting rationally and also not in the interests of Pakatan.

Not only do we have to deal with a corrupt Judiciary, vested civil servants, a bent PDRM adn MACC, now we have have to deal with our own radicals.

To be honest, other Pakatan components also have their radicals.

Zulkifli Nordin of PKR and even Jeff Ooi of DAP are 2 examples of loose cannon.

But Hassan Ali is the worst of the lot.


sunwayopal
http://www.myrealestate.com.my

mut said...

**Pas adalah parti yg dilaknati oleh Allah kerana mempermainkan ayat Allah. Sbb tulah negeri yg ditakbir Pas tidak akan kekal lama kerana tidak dpt keredaan Allah. Negeri yg kekal pun hanya mennyusahkan rakyat. Percayalah PR tdk akan kekal lama. Keredaan Allah adalah penting utk kekal memerintah.**

Ya diredhai Allah macam pemerintahan UMNO di Selangor. Dah la rasuah, nak cover tu guna alasan "malu" pulak tu. UMNO mana ada malu? Semua diukur dengan tembolok.

Redha tu fham ke maksudnya? Kalau dah faham, apa kena mengena redha Allah dengan UMNO?

Anak Perelih said...

Nampak sangat Tulang besi karat ni tak mengetahui situasi di Perlis... sampai keperingkat personal attack... macam perangai puak puak UMNO pulak Tulang Besi ni... tak boleh jawab.. serang peribadi...

Kalau ikut puak 'erdogan' ni.. maka satu kerusi pun PAS takkan menang di Perlis sampai bila bila.... malah di Malaysia kecuali di Kelantan...

Kalau ko bagi hujah yang terengganu ni terlepas.. bagaimana pula di Selangor sendiri serta diperak??? kawasan yang PAs pernah menang tahun 1999 dulu pun PAS kalah di tahun 2008???? PAS hanya menang di kawasan bandar macam di Shah Alam.. dan kawasan bukan Melayu ramai... sedangkan PAS bertanding banyak di kawasan Melayu majoriti... orang di kawasan luar bandar ni susah dapatkan info alternatif.. yang ada hanyalah media MSM... jadi untuk menangkis propaganda UMNO ni bukan melalui kenyataan akhbar.. tetapi tindakan PAS... Sebab itu peratus undi Melayu di Bukit gantang turun... sebab apa... ??? sebab ramai termakan PAS ni ikut telinjuk DAP... jika di Kedah DAP hingga boleh keluar PR (mujur LKS pujuk).. tetapi kenapa di tempat lain PAS tak boleh berbeza pendapat dari DAP??? PR bukan seperti BN... dimana dalam BN semua kena ikut cakap UMNO (ini yang non malay marah).. tetapi dlam PR bebas mengeluarkan pendapat masing masing mengikut darsar parti...

Keadaan di luar bandar tidak sama dengan di bandar.. da di Perlis/kedah/ tidak sama dengan di Kelantan.. di terengganu juga berbeza... Di Kelantan, PAs dah menguasai hampir 20 tahun... rakyat dah tahu macam mana kerajaan PAS...dan macam mana propaganda UMNO pun, ianya senang bagi rakyat menilai dan menolak.. dan dengan sikap terhadap UMNO yang selama ini UMNO menekan kerajaan PAS... maka semua orang paham akan penolakan terhadap UMNO

Tetapi di negeri Melayu lain (perlis, kedah, terengganu, kawasan Melayu majoriti di Perak dan Selangor... situasi ini berbeza... kerana PAS tidak berkuasa... ditambah lagi maklumat alternatif dari PAS kurang dimana Harakah pun susah didapati... bagaimana hendak menolak propaganda UMNO??? bagaimana untuk menafikan pembohongan UMNO yang mengatakan PAS sebagai mengikut telunjuk DAP..??? PAS akan kehilangan sokongan dari golongan yang tidak berpihak kepada mana mana parti... Penyokong PAS akan stay sokong PAS... Jadi sampai kesudah susah bagi PAs untuk menang di kawasan ini...

Saya tidak bermaksud untuk bekerjasama dengan UMNO... apa yang PAS lakukan adalah untuk menegakkan yang benar dan dasar parti... dan PAS mesti mempunyai suara terhadap sesuatu isu... walaupun ianya tidak sependapat dengan DAP.... dan dengan ini juga membuktikan PR tidak seperti BN dimana didalam BN terdapat satu parti dominan (UMNO) yang mana parti komponen lain mesti menurut cakap UMNO ini...

Selain dari itu, dalam kes siasatan Selcat itu, yang disiasat adalah ADUN UMNO... Pegawai daerah tu cuma saksi untuk mendapatkan maklumat tentang apa dah jadi... jadi gunakan lah saksi ini sebaik mungkin... bukan tanya soalan sampai siuasana menjadi tegang /konfrantasi (confrantation... bukan konfrantasi Sukarno tu.. Tulang Besi ni pi study di US saja tapi tak tau makna perkataan tu... atau saja buat tak tau sebab tak boleh balas hujah aku).. kalau soalan diutara seperti didalam prosiding hari tu.. pegawai daerah akan bersikap defensive... bila diaorg bersikap defensive, mereka akan menentang dan satu apa maklumat tak dapat... bila satu apa maklumat tak dapat.. macam mana nak ambil tindakan terhadap ADUM UMNO/BN yang menyeleweng wang rakyat tu????

Tulang Besi said...

Blogger Anak Perelih said...

Nampak sangat Tulang besi karat ni tak mengetahui situasi di Perlis... sampai keperingkat personal attack... macam perangai puak puak UMNO pulak Tulang Besi ni... tak boleh jawab.. serang peribadi...
.

SApa cakap aku tak boleh jawab. Aku kan dah jawab, dan aku dah berbakul-bakul jawab.

Kao ni biar betul sikit bila bercakap.

Tulang Besi said...



Kalau ikut puak 'erdogan' ni.. maka satu kerusi pun PAS takkan menang di Perlis sampai bila bila.... malah di Malaysia kecuali di Kelantan...
.

Poodah chit. Perlis tu, kalau bukan sebab Reformasi Anwar Ibrahim takkan dapat menang kerusi lebih dari dua.

Betul tak?

Lepas tu kau tanya la PJ Perlis, sapa punya angkara 1999 kita tak dapat tawan Perlis?

Sapa yang pegi tarik diri last minit?

Tulang Besi said...

Kalau ko bagi hujah yang terengganu ni terlepas.. bagaimana pula di Selangor sendiri serta diperak??? kawasan yang PAs pernah menang tahun 1999 dulu pun PAS kalah di tahun 2008????.

Bukan sebab orang bukan Islam tolak kita ke lepas 1999 yang menyebabkan PAS kalah teruk 2004?

Apa sebab PAS kalah 2004? Sebab apa yang kita boleh offer pada orang bukan Islam hanyalah dokumen negara ISlam yang tipis sakan.

Dan, selepas PRU2008, puak2 dibelakang Dokumen Negara Islam tipis ni jugalah yang kuat dan giat berkempen suruh PAS masuk BN?

Bukan Harun Din ke yang telefon Ustaz Ahmad Awang suruh tubuh kerajaan campuran dengan UMNO?

Poorah, sebab puak2 Dokumen Negara Islam lah kita kalah teruk 2004.

Lepas tu bila menang 2008, diorang nak "hijack" dan "lebih sudu dari kuah" pulak. Cuba pulak nak bawak PAS masuk BN.

Kau ni memang tergolong dari manusia keji, Anak Perelih, sebab kau sokong pimpinan2 yang keji.

Kau sedar tak?

Tulang Besi said...



Keadaan di luar bandar tidak sama dengan di bandar.. da di Perlis/kedah/ tidak sama dengan di Kelantan.. di terengganu juga berbeza... Di Kelantan, PAs dah menguasai hampir 20 tahun... rakyat dah tahu macam mana kerajaan PAS...
.

Pooodah, bila tak boleh menang bagi macam2 alasan. Luar bandar la, dalam bandar la, tepi bandar la.

yan sebenarnya orang dah meluat dengan pimpinan kau yang kau junjung tu Anak Perelih

Bila Harun Taib diisytihar sebagai PJ Terengganu, semua pegawai2 kerajaan negeri Terengganu yang bercadang nak sokong PAS terus tak jadi.

Pimpinan Fraksi UMNO kau tu yang buat orang menyampah nak sokong PAS.

Ada faham tak.

Kat perelih, Harun Din pun orang tolak.

Tulang Besi said...

Saya tidak bermaksud untuk bekerjasama dengan UMNO... apa yang PAS lakukan adalah untuk menegakkan yang benar dan dasar parti... dan PAS mesti mempunyai suara terhadap sesuatu isu....

Woii kambing.

aku cabar kau Anak Perelih.

Tunjukkan aku contoh yang jelas apabila dasar PAS terhakis di sebabkan berada dalam Pakatan Rakyat?

Aku cabar kau, wahai pencacai Fraksi UMNO bernama Anak Perelih.

Anonymous said...

Saya menyokong pendapat Tulang Besi....1)Hasan Ali sejak kebelakangan ini lebih menunjukkan kuasa seolah ingin mengambil tempat MB selangor 2)Kenyataan Hasan Ali sering menyusahkan pucuk pimpinan PAS yang sering terpaksa beri counter statement 3)Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Nasaruddin....macam sampah dalam PAS, so Hasan kemungkinan menjadi macam Sampah Sarap pula. 4) Bagus sangat ke Hasan Ali?

Tulang Besi said...

Anak Perelih,

Kau tak payah menyebok duduk dalam PAS ni lagi la.

Kau bawak semua geng kau kat Perelih tu, ramai2 masuk UMNO.

Lagi senang kami kat dalam PAS ni tak payah pening memikirkan anasir2 subversif macam kao ni.

jai said...

Salam bro Tulang Besi.

Aku tabik spring sama ko bro!!!

Ko punya artikel, analisis dan jawapan memang tepat serta menepati citarasa.

Aku suka dengan ketegasan engko bro.

TAHNIAH AKU UCAPKAN!!!

Anonymous said...

Cuba kita lihat kepincangan, kebodohan dan muslihat parti pembangkang di Malaysia ;
DAP
1. Kononya memperjuangkan demokrasi tetapi bersifat dictator. DAP mengeluarkan kenyataan dan fitnah terhadap BN tetapi apabila BN menonjolkan kelemahan DAP,saman malu dikemukakan terhadap BN. Di mana kebebasan bersuara dan demokrasi?
2. Isu Kg.Buah Pala- Guan Eng tahu orang melayu dan india yang menyokong DAP adalah bodoh dan amat mudah dibodohkan. Kerajaan Pulau Pinang DAP yang meluluskan penjualan tanah tetapi menuduh Gerakan.Yang terkini, penasihat peguam DAP termasuk Karpal Singh mengatakan tiada tindakan boleh di ambil terhadap pemaju. Sunnguh aneh kan??Sebab Karpal Singh kata Sultan Perak boleh di saman walaupun pada hakikatnya tidak boleh tetapi pemaju tidak boleh di saman pulak??Kerajaan DAP mempunyai hak untuk membatalkan permit pembangunan pemaju tetapi DAP ni talam dua muka.
3. Apabila DAP berkuasa di Perak, dimanan MB nya adalah Nga dan Ngeh,DAP menggunakan orang Melayu PAS bodoh lembu untuk mencabar dan menghapuskan kuasa raja dan hak keistimewaan bumiputera. Kerana tamakkan kuasa, orang Melayu PAS bodoh lembu sanggup berbaring di atas jalan raya.Tanah diberikan kepada orang cina berates hektar dan orang melayu diberi tanah kubur dan orang melayu PAS masih tak faham lagi.Memang lebih bodoh daripada lembu!
4. Di Selangor,senario yang sama macam Perak.Speaker Teng adalah MB manakala Khalid dijinakkan dengan Elizabeth Wong sehingga menggunakan wang kerajaan negeri untuk beli lembu.
5. Yang terkini,pertama kali dalam sejarah,DAP mengatakan nama Pulau Pinang adalah milik DAP.Ini lebih dictator daripada Ariel Sharon. Sudah tidak ada nasi kandar pulau pinang lagi. Yang ada nasi kandar DAP,Rojak DAP dan Cendol DAP.Bayangkan kalau DAP memerintah Malaysia,habislah negara kita.Inilah akibatnya apabila rakyat bodoh memilih budak sekolah dipilih memerintah kerajaan negeri. Tahniah orang Pulau Pinang.
6. DAP kini meminta duit kerajaan persekutuan untuk pembangunan.Buat apa nak bagi, sebab orang Pulau Pinang sendiri tidak mahu pembangunan sebab itu memilih DAP.
7. Sesiapa yang menegur DAP akan disingkirkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan yang terkini Dr.Hassan Ali di Selangor.




PAS
1. Parti paling bodoh dalam PR dan sentiasa diliwat oleh DAP dan PKR. Mursyidul Amnya bodoh serta amat bebal dan mengamalkan ajaran sesat.Sebab itu si bebal ini layak bergelar Ular Puki Mak!
2. Di bulan ramadhan yang mulia, si bebal ni dan penyokongnya sekadar menahan lapar dan dahaga saja tanpa sebarang pahala. Si bebal ni menyuruh barua-baruanya membakar poster di Perak dan mencemarkan kesucian bulan ramadhan. Walaupun DAP menentang islam, si bebal ni sanggup melakukan hubungan seks dengan Kit Siang tetapi berdendam dan menolak UMNO serta ajaran islam.Mudah-mudahan si bebal ni diseksa dalam api neraka.
3. Si bebal ni meyokong maksiat (Elizabeth Wong and Teoh Beng Hock) dan seks luar tabiei(DSAI).
4. Si bebal ni menyokong arak seperti kes arak di Selangor.
5. Si bebal menghina dan mencaci BN tetapi meminta duit dari BN.Memang muka tak malu dan perangai lebih hina dari bangsat!
PKR
1. Parti di mana pemimpinya hanya ingin menjadi PM dan meliwat seramai mungkin anak teruna di Malaysia dan menuduh konspirasi BN.
2. Menggadaikan maruah bangsa melayu asalkan cita-citanya tercapai.
Kepada penyokong-penyokong PR dalam PRU 12,tahniah diucapkan kerana kebodohan anda memilih mereka dan mudah-mudahan PRU 13 nanti biar PR memerintah Negara dan Malaysia akan menjadi Negara termundur di dunia sperti Kelantan,negeri termundur di Malaysia dan rakyatnya paling ramai terlibat dengan maksiat dan jenayah.
Generasi anak cucu kita akan mengingati PAS dan PKR sebagai parti pengkhianat yang telah menggadaikan maruah bangsa Melayu kerana tamakkan kuasa kerana pada masa itu, orang Melayu kembali menjadi buruh dan petani dan hanya mampu menaiki kereta lembu.

sman said...

membaca komen dari mereka yg pro HA,tenyata cara hujah mereka sama denga hujah bodoh dari penyokong Umno bila timbul sesuatu issu,hujah mereka dangkal.saya cukup yakin sekarang memang fraksi HA dalam Pas memang mereka yg masih sayang kepada Umno dan masih mempunyai mantaliti Umno.

analisa TB pula saya rasa cukup jelas dan bernas.anak perelaih berpendapat Umno jatuh di Selangor kerana 'penyapu'tapi berdasarkan kes ini,sehingga saat akhir pun para DOs di Selangor masih lagi membantu Umno,jadi issu 'penyapu' tidak langsung menyebabkan mereka menentang Umno,jadi ternyata anak perelaih salah.

Anonymous said...

Biarlah Hasan jadi MB, Khalid tolonglah resign,tolong.Tanpa Hasan tak ada pas,tak ada perkembangan selangor.Baik juga hasan jadi no.1 pas.Hanya hasan saja yg ada otak luarbiasa yg dapat menyatupadukan melayu.Jadi khalid tolong berundur.

Anonymous said...

Sekali lagi ketuanan melayu dicabar lagi oleh dap.

orang kbg pasu said...

woi tb n woi anak perelih yang hampa dok berkelai ni apasal? yang tb ni pon satu hal,yang p dok layan budak seposen tu buat apa? sekali sekala kena mengaji ngan tun mahathir,sifir tun m kan mudah! samy vellu jadi beban bn,isa samad beban di bagan pinang,kita pulak dalam pas mcmni la,harun din,anak pereleh n gang jd beban kat pas perlis,bakaq chik,mr ron taib pa ali n gang jd beban kat pas tganu,tantawa beban kat dppp,nasa n gang beban kat pas malaysia. paham dak ni hampa ni? hasan ali btn ,roslan sms n polis pencen usup ludin n gang dah tentu la jadi beban kat pas selangor. minta2 la pikir bijak sikitla presiden pas ni,jangan dok percaya sangat la ngan pj kurang cukup tinggi ni(tak cukup inci).habeh la kau asaan parti korup omno pon tak caya hang,elok asan ni tunggu dan murugiah buat parti baru.

Anonymous said...

masaalah dalam PAS sekarang ialah HAJI HADI AWANG lemah longlai tak buat apa apa , dikala ini aku merindui USTAZ FADIL NOOR...

Anonymous said...

setuju, haji hadi terlalu lemah tidak in-control tidak macam ustaz fazdil nor,

Anonymous said...

what haji hadi doing instead standing doing nothing,,,

fidarulmiah said...

senang cerita pecat aje Hasan Ali.

Kemudian pecat je sapa2 lagi in the future yang mengkritik PR dari dalam.

Kalau xnak kena pecat kena la jilat bontot DAP dan Anwar.

Anonymous said...

I really fed up this Hasan always talk bad about own team pakatan but never said anything bad about BN>now umno support him.go join umnolah dont disturb pas/pakatan.Feel guilty many of us voted for him last time.

PAS supporter club

Anonymous said...

Memang sah PAS terdiri daripada pemimpin dan ahli yang bodoh kecuali Hadi Awang,Nasharuddin dan Hassan Ali. Bila Hassan Ali bangkang penjualan arak, surat tunjuk sebab diberikan. Bila Hassan Ali mempersoalkan tatacara SELCAT yang sengaja ingin mengaibkan orang lain,walaupun bercanggah dengan ajaran islam, dia di minta di pecat. PAS kini dibawah telunjuk DAP dan nama baru parti ini ialah PASBERG.TAKEBEER!Satu majlis rumah terbuka akan diadakan di kilang Carlsberg Shah Alam anjuran Mursyidul Am PASBERG,Nik Aziz bebal dan Ronnie Liu diktator. TAKEBEER!!!

Anonymous said...

Hari ni Nik Aziz keluar kenyataan bahawa Ibrahim Ali makan duit haram kerana tak sokong PASBERG.Mursyidul Am PASBERG yang bangang ni tak sedar diri dah 19 tahun dia dok makan duit haram dari BN. Bukan itu saja,dia telah mengkhianati orang Kelantan kerana Kelantan negeri termundur di dunia.Orang Kelantan terpaksa bekerja di negeri BN dan makan duit haram. GRO2 di KL adalah orang Kelantan dan dosa mereka akan ditanggung oleh Nik Aziz bangang yang tak tau malu.PASBERG TAKEBEER!!

suciiiiiiii.......... said...

Insaf la wahai comentator2 sekelian, tiada satu fakta yang tepat, banyak andaian.....korang ni tak sedar, mca dan dap boleh duduk semeja...pas dan umno dok gadoh....jgn nanti orang melayu jadi macam rakyat palestin, hilang kuasa, hilang harta benda...nanti dah jadi macam tu, anak cicit korang kencing atas kubur korang sebab duk gadoh tak berfikir hak mereka.........jgn duk heboh nak pegang kuasa, tapi orang melayu macam sampah jalanan....

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Hari ni Nik Aziz keluar kenyataan bahawa Ibrahim Ali makan duit haram kerana tak sokong PASBERG.
.

Bukan UMNO ke yang izinkan 3 orang Melayu/ISlam duduk dalam Lembaga Pengarah Carlsberg?

syawal bertaqwa said...

Ramai org yg dkritik @ ditegur menghabiskan masa utk berbahas tentang cara dia dikritik hingga akhirnya dia lupa akan isi kritikkan itu. Begitulah cara mereka berterima kasih pd org yg mengkritik / menegur...

Ada kritikan yg membina, ada yang menyakitkan, ada yg menghancurkan, ada yg sekadar amaran, ada yg mungkin pesan, ada yg mungkin pujukan...apa jua bentuknya, hayatilah isinya....jiwa tersentuh, akal jangan gemuruh

Bermaafan kita di SYAWAL MULIA
dengan SILATURRAHIM

LUpakan sengketa kerana Akkhirnya kita ingin KeREDHAANNYA

Berlapang dadalah kalian dalam memberi komen

wassalam

saye said...

salam
heran yang TB & the gang dok komen kutuk ni hampir kesemua pemimpin yang berkedudukan tinggi dalam PAS eg: Hadi Awang, Harun Din, 2 nasarudin, dan lain2. bila ada yang backing diorang ni di kata fraksi umno la, suruh keluar dari PAS. rasanye diorang ni dipilih oleh ahli2 pas sendiri kan. so apa kata TB bawak geng2 dia (ramai kot) kuar je dari PAS, kalau segan nak masuk PKR tubuh parti baru. boleh suruh Husam jadi presiden.

Anonymous said...

Betoi , kalau tak bersalah apa hendak ditakutkan, ini pun sebutan bibir dari Pak Tempe.

Kalo kata jangan malukan orang, Hadiah Penyapu depan orang ramai tak sakit hati ornag ke ?
Silah pikir mana yang lebih teruk ?

Tak marah ,bengkak saja.

Anonymous said...

memang tak baik mengaibkan org.
kalau kita tutup keburukan org, Allah akan tutup keburukan kita.

yang salah tetap salah.

Anonymous said...

Kita di suruh mencari kebaikan, Yang mencari KEBAIKAN adalah orang2 yg mendapat KEREDAAN Tuhan. Kita disuruh mencari KEBURUKKAN, Yang mencari keburukan adalah orang yang mendapat KEREDAAN dari Tik Ajis pengamal ajaran sesat Rasul Melayu(2).

Anonymous said...

TB said
"Bukan UMNO ke yang izinkan 3 orang Melayu/ISlam duduk dalam Lembaga Pengarah Carlsberg?"

Kah! Kah! Kah!
Argument kau ni bodoh sangat lah TB. UMNO ada buat surat keizinan ke? Nak Minum Arak kena dapat Izin UMNO? Semua benda haram kat Malaysia ni kena ada keizinan UMNO?

Apa lu cakap ni? You think UMNO control everything?
Might as well UMNO ban opposition terus.
Macam Singapore

Tulang Besi said...


Kah! Kah! Kah!
Argument kau ni bodoh sangat lah TB. UMNO ada buat surat keizinan ke? Nak Minum Arak kena dapat Izin UMNO? Semua benda haram kat Malaysia ni kena ada keizinan UMNO?
.

MoF tak boleh halan ke? Kenapa MoF benarkan?

Tulang Besi said...

Anonymous saye said...

salam
heran yang TB & the gang dok komen kutuk ni hampir kesemua pemimpin yang berkedudukan tinggi dalam PAS eg: Hadi Awang, Harun Din, 2 nasarudin, dan lain2. bila ada yang backing diorang ni di kata fraksi umno la, suruh keluar dari PAS. rasanye diorang ni dipilih oleh ahli2 pas sendiri kan. so apa kata TB bawak geng2 dia (ramai kot) kuar je dari PAS, kalau segan nak masuk PKR tubuh parti baru. boleh suruh Husam jadi presiden.
.

Diorang ni yang nak tubuh kerajaan cmapuran dengan UMNO.

Anonymous said...

suka sy mengulas akan perihal Yb Dato Hassan Ali yg Dikatakan kini Pro-UMNO.Sudilah kiranya pimpinan PR tolong mengingatkan Yb Dato hassan Ali akan janji sumpah dan nazarnya semasa Pilihanraya dulu ketika berkempen d GOmbak..YB Dato Hassan Ali mengatakan dlm kempen ceramahnya di Gombak yg sy masih ingat
"Sesaudara..andai kata selangor dapat kita tawan..Kami pimpinan PAS selangor berjanji/sumpah sekiranya kami belot kepada perjuangan,tidak amanah dan tidak memperjuangkan rakyat,maka JATUHLAH TALAK KE ATAS ISTERI2 KAMI..lihatlah betapa seriusnya kami pimpinan PAS dlm hal ini".Persoalannya tlg ingatkan YB Dato hassan Ali akan ikrarnya INI kerna kini Yb Dato HAssan Ali di katakan pro-UMNo utk Unity goverment dan menimbulkan kacau bilau dlm PR,sekiranya ini berlaku maka terangkan akan ikrar ini yg dilaungkan di gombak..dgn diiringi lagu "wind of change"ketika itu masih segar dlm ingatan sy-TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.