Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 2, 2009

Kota Siputeh: Lagi Bukti SPR Adalah Budak Suruhan UMNO

Kita semua maklum tindakan SPR yang tidak mahu mengadakan Pilihanraya kecil di Perak yang telah membantu UMNO menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Dalam kes itu, SPR jelas telah menjadi salah satu biro UMNO dan melakukan segalanya mengikut kehendak UMNO dan Barisan Nasional.

Kita juga maklum betapa SPR akan memilih tarikh PRU yang menguntungkan UMNO dan merugikan Pakatan Rakyat. Misalnya, mengapa di kawasan yang kuat Pakatan Rakyat, PR Kecil tidak boleh diadakan pada hari Sabtu atau Ahad.Lagipun, pada hujung minggu, sekolah-sekolah tidak dipakai kerana murid-murid bercuti. Adalah logik sekiranya pilihanraya kecil diadakan pada hujung minggu ataupun pada hari cuti. Tapi, SPR sengaja memilih hari bekerja kerana ia lebh menguntungkan UMNO.

Dalam kes Kota Siputeh ini, kita lihat sendiri betapa SPR telah berani menyanggah undang-undang tubuh negeri Kedah sendiri dan memijak-mijak perlembagaan negeri Kedah seperti perlembagaan negeri Kedah itu tiada erti dan makna.

Kalau dalam kes Perak, bukti bertulis adalah dalam bentuk surat yang tidak bertarikh, tapi dalam kes Kedah ianya adalah dalam bentuk UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN BERDAULAT NEGERI KEDAH yang juga telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Kedah. Ertinya, tindakan SPR juga satu bentuk penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Pengundi Hantu dan Pengundi Pos

Oleh kerana sikap ke”umno” an SPR terserlah, maka terpaksalah Pakatan Rakyat mengambil tindakan yang pro aktif dan drastik dalam menghadapi penipuan serta pencabulan demokrasi yang bakal dilakukan UMNO dengan bantuan SPR
Pakatan mesti membersihkan Senarai Daftar Pemilih dari semua nama-nama pengundi yang disyaki dan tidak wujud. Semua ini akan digunakan oleh UMNO sebagai pengundi hantu dalam pilihanraya umum yang akan dating.

Zahid Hamidi bercadang untuk menubuhkan kem wataniah di setiap kawasan Parlimen. Itu juga akan menjadi sumber pengundi pos kelak yang akan memenangkan UMNO secara haram. Perkara ini perlu diperhatikan.

Juga, SPR akan membantu kerja2 UMNO di dalam menghilangkan nama pengundi Pakatan serta mengubah nama pengundi UMNO ke kawasan2 yang UMNO kalah tipis.

Perkara ini perlu Pakatan perhatikan.

Terakhir sekali, Pakatan Rakyat mesti memulakan usaha mendaftar pengundi baru secepat mungkin. UMNO sudah agresif perkara ini dan menggunakan peluang ini mendaftar pengundi-pengundi hantu mereka.

MESTI BERTINDAK DARI SEKARANG.

Kalau tidak kita akan hilang SEMUA KERUSI dan SEMUA NEGERI.
PAS Kelantan pada tahun 2004 telah membuang 25k nama dari senarai Daftar Pemilih Kelantan dan hanya Berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan dengan 1000+ undi.
Najib Tun Razak sudah berikrar untuk menawan semula Selangor dan saya yakin penipuan pilihanraya akan maksima di Selangor.

Tulang Besi

19 comments:

anonymous said...

Fikirkan bagaimana cara untuk menyatu padu kan melayu/Islam supaya tidak berbalah dalam politik.

Kuasa politik sangat penting. Hilang kuasa politik, hilang kuasa memerintah negara.

Tulang Besi said...

Fikirkan bagaimana cara untuk menyatu padu kan melayu/Islam supaya tidak berbalah dalam politik.

Kuasa politik sangat penting. Hilang kuasa politik, hilang kuasa memerintah negara.
.

Baik kita ganti je UMNO. Lagi senang. Buat apa nak selamatkan tongkang pecah

Tulang Besi said...

marilah kita orang melayu berpadu. Lantaklah pimpinan2 UMNO melantak duit haram duit korupsi.

Anwar fans said...

Saya telah tukar alamat dari KL ke Selangor

Sebanyak 12 undi dari keluarga saya akan diberi kepada PR Selangor pada PRU depan nanti

Di KL, PR sudah terlalu kuat sehingga majoriti Parlimen melebihi berpuluh ribu undi

Eloklah sesiapa di KL tukar alamat ke Selangor

Anonymous said...

Apa lu cakap bro? Dah berapa PRK sejak March 2008?

Berapa banyak yang Pakatan menang?

Kalau SPR budak suruhan BN, takde chance PR menang dan semua 5 negeri terdahulu.

Lu pikir la

Anonymous said...

UMNO kena bentuk ukhwah Islamiah dalam parti dulu. Jangan ada sabotaj, dengki, khianat kerana duk berebut kek projek dan kerusi kuasa. Nak bersatu sesama melayu bila dah rasa lemas. Tak ikhlas tu.
Rasanya juga sebelum PRU13 nanti, kemungkinan ada persempadanan semula ataupun penambahan syarat-syarat dlm pilihanraya.

PASti

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Apa lu cakap bro? Dah berapa PRK sejak March 2008?

Berapa banyak yang Pakatan menang?

Kalau SPR budak suruhan BN, takde chance PR menang dan semua 5 negeri terdahulu.
.

Abih dah terlampau ramai sangat undi PR, tak boleh nak kambus.

Monkey Code said...

Depa kata orang Melayu yang paling lembab atau low IQ datang nya dari Kedah. Confirm le...depa run state macam buat BENDANG. Bodoh betul depa ni...ada ka pe tanya SPR boleh ke atau tak boleh buat PR kecil? pendek akai.
Hak mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN terletak di atas tanggungjawab Speaker DUN....BUKAN SPR.

Anonymous said...

//Depa kata orang Melayu yang paling lembab atau low IQ datang nya dari Kedah. Confirm le...depa run state macam buat BENDANG.//

fooh weeh..UMNO dipenuhi dhn Einstein kot?..apa sedang berlaku di tTerengganu bro?UMNO mongoloid dah kucar kacir..kahkahkah

Anonymous said...

SPR ni memang celaka macam umno juga, otak lembu tak faham undang-undang. Bubar sajalah umno sebelum rakyat bubarkan umno.

Anonymous said...

Monkey code lagi bahlul sebab nama pun monkey, bukan manusia.

Fahmishah said...

The government is not served for people, but tend to control people

Anonymous said...

Kalau SPR telus, BN dah tumbang di Federal. Btul kata TB, di tempat lain PR memang sebab majoriti PR banyak sangat, mereka cuba timbus tapi tak tertimbus.

Anonymous said...

Kita memang mahu bersatu tetapi bukan dengan pemimpin yg korup. Biarlah bersatu dengan pemimpin yg jujur, amanah dan adil seperti dituntut olih Islam.

Anonymous said...

ANWAR LAGI DAHSYAT! NAK RASUAH LEBIH 30 MP MASUK PAKATAN.

INI BAPAK PUNYA RASUAH...

11 HARI LAGI ULANGTAHUN RASUAH BESAR ANWAR

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

ANWAR LAGI DAHSYAT! NAK RASUAH LEBIH 30 MP MASUK PAKATAN.

INI BAPAK PUNYA RASUAH...

11 HARI LAGI ULANGTAHUN RASUAH BESAR ANWAR
.


Kahkahkah bohong lagi. UMNO memang bangsa pembohong

Anonymous said...

Bukan Anwar nak rasuah, tapi nak buat undi tak percaya. rasuah cerita lain, pasal penyokong umno tak tau undang-undang.

rasuah macam kat Perak, umno bagi duit kat 3 ekor katak tapi tak de pun undi tak percaya kat dewan.

Itu baru rasuah dan tak ikut undang-undang, jadi kerajaan perak BN kerajaan haram.Bodoh...

Anonymous said...

yg anuar giler sgt nak jadi PM nape.dia dulu org UMNO gak.kutuk PAS,DAP..kmdn boleh JOIN...tak ker ludah jilat balik.kmdn porak peranda org MELAYu.diterima baik di Amerika SYarikat.jual MALAYSIA nie bila jadi PM...tak ker naya...fikir ler masa depan bro.nak harap PAS..memang tak dapat ler.PAS pun teruk gak makan rasuah..berapa byk tanah kat terengganu diambil org PAS nie.takder sapa pun bising.sama jer...UMNO.PAS.PKR.DAP semua giler kuasa dan duit...makan untuk diri sendiri.

haneco said...

Kaji sejarah Umn*/perikatan &BN telah berjaya runtuhkan Kerajaan Terengganu tapi gagal di Kelantan walau dah separuh jalan. kompom umn* parti bangsat,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.