Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 28, 2009

Mengapa UMNO Galak Sangat Mempertahankan Hasan Ali?

Dalam isu SELCAT baru-baru ni, nampaknya yang begitu bersemangat pertahan kenyataan Hasan Ali adalah UMNO. Di kala kenyataan dari pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat baik dari PKR, DAP mahupun PAS mengkritik keras Hasan Ali, nampaknya pimpinan2 UMNO begitu galak sekali mempertahankan Hasan Ali.


Pimpinan UMNO yang pertama mempertahankan Hasan Ali adalah Datuk Dr. Maamor Othman yang juga SU Agung, Persatuan Pengguna-Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau pandai mengelat dengan mengeluarkan kenyataan di atas platform PPIM. Beliau sengaja tidak mahu mengeluarkan kenyataan di atas platform beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Ampang.

Dr Maamor, telah meminta supaya SELCAT mencontohi prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dibawah:

PPIM: Selcat jangan dera mental
Sep 26, 09 4:22pm -Malaysiakini

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.

Sedarkah Dr Maamor bahawa prosiding di PAC tidak jauh panasnya berbanding dengan prosiding SELCAT. Mengikut maklumat yang saya dapati, hanya PM dan TPM sahaja yang belum dipanggil mengadap prosiding PAC di Parlimen? Boleh dikatakan semua ketua2 jabatan telahpun mengadap PAC dalam sejarah PAC.

Saya nak Tanya Dr. Maamor, ketua Bahagian UMNO Ampang, apa kurangnya SELCAT berbanding PAC di Parlimen yang SELCAT terpaksa mengikut contoh PAC? Apa yang SELCAT sedang lakukan segalanya selari dan mengikut contoh PAC di Parlimen tanpa ada satu cacat ataupun cela.

Jelas Dr Maamor bersuara kerana takut rahsia UMNO terbongkar. Setakat ini prosiding SELCAT telah memdedahkan kepada rakyat Selangor bahawa UMNO telah sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya.

Sebagai SU PPIM, saya hairan mengapa Dr Maamor tidak bersuara bila Najib Tun Razak luluskan 10 lesen judi sebulan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan? Kenapa tidak bersuara apabila Anwar Ibrahim dituduh meliwat tanpa dibawa 4 saksi yang adil? Kenapa tidak bersuara bila ada 3 orang Melayu/Islam yang duduk di Lembaga Pengarah Calrberg?

Jelas Dr Maamor melacurkan NGO beliau bernama PPIM untuk kepentingan UMNO.
Selepas itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Noh Omar, juga bersuara menyokong Hasan Ali dalam isu SELCAT ini. Takut sangat ke Noh Omar? Saya nak tanya Noh Omar, apa yang beliau takutkan sangat berkaitan dengan SELCAT ini?

Kudis2 dan Busung2 UMNO Semakin Lama Semakin Terdedah
Semua ini menunjukkan betapa UMNO sedang berpeluh dan dalam ketakutan yang amat sangat. Setelah pendedahan berkenaan Khir Toyo yang dan bini Khir Toyo sebelum ini, UMNO semakin tidak popular dan apa-apa sokongan yang mereka dapati sebelum ini pun, sudah semakin terhakis.

Dengan berlangsung lagi SELCAT bermaksud lagi banyak kudis-kudis dan busung-busung UMNO akan terdedah. Sekarang pun orang ramai sudah mulai tahu betapa UMNO menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya mereka sedangkan rakyat di bawah memerlukan sangat wang tersebut untuk mengurangkan beban hidup yang semakin berat.
Imej UMNO yang korup tidak mungkin dapat dihilangkan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang sekiranya pendedahan2 yang dilakukan oleh SELCAT ini diteruskan sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Hasil dari prosiding SELCAT ini akan terus menguatkan imej UMNO sebagai parti korup dan UMNO tidak mungkin membuat rakyat melupakan hakikat ini. UMNO memerlukan rakyat Malaysia melupakan bahawa UMNO adalah parti korup kalau mereka mahu memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

Dan apa yang berlaku di Selangor akan mempunyai kesan ke seluruh Malaysia. Walaupun UMNO Selangor yang melakukan korupsi, tapi bala dan bahana akan dirasai oleh UMNO seluruh negara.

Itulah sebabnya UMNO takut akan prosiding SELCAT ini. Dan yang lebih menyedihkan Hasan Ali bertindak melindungi kepentingan UMNO, bukannya kepentingan PAS dan Pakatan Rakyat. Prosiding SELCAT ini menguntungkan Pakatan Rakyat dan merugikan UMNO, namun Hasan Ali mahu membela UMNO.

Tulang Besi

22 comments:

Anonymous said...

WAHAI EN TB yang bijaksana, boss aku (govenmernt) yang maki hamun UMNO dan sanjung ANWAR pun kaki rasuah jgak.. macam2 dia dapat free.. sbb dia punya sign tu mahal... rasuah bukan kenal ko party mana... it just personality.. Dan jgn lah buat statement semua/majority government officer sokong UMNO... itu statement yang menunjukkan ketololan ko tu... kalau nak buat statement macam tu bagi la supporting data atau research yang benar2 telah dibuat.. bukan tangkap muat...

Anonymous said...

Saya ingin mengemukakan rayuan kepada Ust Hadi Awang supaya membenarkan Hasan Ali mengisi borang keahlian UMNO sebagai wakil kepada proksi2 UMNO dalam PAS. Lepas tu Cikgu Pa dan proksi-proksi lain boleh dapat talian komunikasi yang lebeh kukuh dengan UMNO.
Apa cam? kan lebih baik cam tu ?

mut said...

Yang pentingnya sistem, bukan personaliti.

SELCAT dan PAC adalah sebahagian sistem, dan bukan berpaksikan personaliti. Jadi apa masalahnya jika SELCAT menghentam pegawai-pegawai kerajaan yang tak tau malu (hanya "malu" bila kena tangkap!) meluluskan peruntukan luarbiasa UMNO sebelum GE 2008!

mack said...

SEBAB NYA MUDAH SAHAJA UMNO NAK SANGAT Dr HASSAN ALI jadi MB lepas tu dia nak balun PAS bagi mampus kat selangor itulah taktik UMNO keparat

Anonymous said...

Nasihat ikhlas untuk PAS Selangor..hati-hati supaya jangan berjangkit penyakit UMNO, MCA dan MIC..PENYAKIT SYOK SENDIRI...disokong ahli ditolak pengundi..masih belum terlambat..jangan sampai persepsi rakyat yang PAS Selangor bersekongkol dengan dua tiga kerat pengurusan atasan kerajaan di Selangor yang dah sekian lama menikmati laba akibat merelakan tamak haloba Kerajaan UMNO BN sebelum ini.

Abdullah said...

Assalamualaikum,

Beginilah tulisan seorang yang begitu dendam kepada Hasan Ali kerana tidak dapat posisi CEO Konsortium Jaringan Selangor setelah bersengkang mata menolong Hasan Ali ketika pilihanraya 2004 dan menagih favour setelah PR menjadi Kerajaan Selangor Darul Ehsan. Tiada langsung objektivitinya.

1. Hasan Ali tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk SELCAT dibubarkan. Apa yang diutarakan ialan pandangan untuk memperbaiki prosiding SELCAT.Oleh yang demikian, prosiding SELCAT tetap akan diteruskan dan dikekalkan. Maka tidak timbul mereka yang menyalahgunakan dana kerajaan akan terlepas begitu sahaja.

2. Bukankah jika ahli2 SELCAT ialah mereka yang neutral, maka tidak akan timbul alasan2 UMNO yang SELCAT itu adalah satu politikal prosiding untuk membalas dendam ke atas BN apabila terbukti penyelewengan yang telah berlaku.

3. Sejak bila Islam membenarkan kelemahan seseorang itu diwar-warkan dan dimalukan ke khalayak ramai (walaupun mereka itu penyokong UMNO).

4. Kerajaan Selangor memerlukan kerjasama semua pegawai kerajaan (termasuk pegawai2 daerah) untuk melaksanakan segala polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Maka jika pegawai2 sudah tidak bersemangant untuk berkerja, bagaimana segala polisi Kerajaan Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya.

5. Ramai yang mempertikaikan cara Hasan Ali menyampaikan pandangannya dan patut dilakukan secara tertutup. Bagaimana pula mereka yang membocorkan apa yang berlaku di dalam sebuah mesyuarat tertutup (merujuk kepada tulisan blog sebelum ini). Apakah itu seorang ahli mesyuarat yang beramanah? Begitu juga penulis blog ini. Beria mengatakan ia adalah seorang ahli PAS yang jitu. Tapi mengapa tidak menggunakan saluran Parti untuk menyatakan ketidakpuashatian terhadap Hasan Ali dan menyerangnya secara terbuka.

5. Sejak bila pula Islam membenarkan umatnya menghina orang dengan memanggil mereka bodoh, bangap dan sebagainya sebagaimana yang digunakan di dalam blog ini. Inikah watak seorang ahli PAS yang jitu?

Wallahu 'alam...

Malaysian said...

[E3] RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

Untuk Video Yang Lepas
[E1] RPK Speaks His Mind - Surat Sumpah Altantuya
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

[E2] RPK Speaks His Mind - Menghina Islam? Tolonglah!
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

Anonymous said...

Umno and Pas selangor can go on supporting hasan,but whats the point if the voters wont support hasan again,PAS still lose but umno wins.Smart strategy by umno.

sman said...

TB,

Sekarang bukan saja Umno mempertahankan Hassan Ali,malahan nampaknya ada satu konspirasi untuk menjatuh dan merendah-rendahkan TG Nik Aziz yg mana Ibrahim al katak bersama Mahathir menjadi penerajunya.Bila TGNA di ketepikan senang lah Umno merapati PAS bagi menyambung tali hayatnya.

Rasa saya tidak lama lagi apa yg aka berlaku pada PAS ialah walhasil balik asal,gara-gara gerombolan fraksi Umno dan akhirnya Pas akan kembali ke Kelantan.

Anonymous said...

Bayangkanlah sekiranya BN menang di Selangor pekong-pekong yang diselak oleh oleh SELCAT akan tertutup rapat. Apa yang terjadi adalah dengan kehendak Allah swt

Anonymous said...

u bloody stupid flers go on and on and on like a broken record...

"melayu dihina...."lah
"melayu terpinggir..."lah

rasuah itu rasuah. tak kira bangsa atau agama.

lu olang ingat kalau itu ling liong sik atau chan kong choy rasuah, olang cina mau pertahankankah?? ptui!! masuk penjara lah.

salah tetap salah.

oh...tak boleh "diaibkan" ya..? habis, bila buat perkara terjijik tu camana? ada pikir dulu kah?? duit kerajaan/rakyat patut dipakai untuk tolong makcik2/pakcik2/yatim2 piatu...semua disapu dan dipoket oleh MELAYU parti politik umno, ini ok lah...? pasal melayu sama melayu kononnya?

bahlol!!!

bila nak sedar??

4RAKYAT

Anonymous said...

Ni kawan hang ka? http://wansaiful.com/2009/09/28/hasan-ali-lagi-mana-pergi-presiden-pas/

Anonymous said...

Antara dua aku akan memilih mereka yg Terpaksa Dirasuah utk mengkianat bangsa daripada mereka yg akan mengkianat bangsa Tanpa Rasuah cth-Nizar, Khalid Samad. Ini lagi maembahaya.

Anonymous said...

Kepimpinan Nik Aziz tak mendapat keredahaan Allah. Walaupun mengatakan berpaksi pada Islam tapi kebanyakan GRO dan Mat Gian di JB dan KL adalah orang kelantan.

Anonymous said...

Can somebody please ship this HAssan Ali to UMNO before PAS helps UMNO to win Selangor.

Thank you.

Muhammad

Anonymous said...

Salam...

Sebenarnya, kepada penulis2 yg mendakwa diri nya penyokong PAS tetapi cara penulisan anda sendiri menunjukkan bahwa anda sebenarnya mempunyai mentaliti Amno. Saya tidak menyebelahi Dr. Hassan Ali mahupun Selcat. Dr. Hassan Ali hanya menyatakan bahawa perlu dirombak cara penyiasatan untuk tidak memalukan mana2 pegawai kerajaan. Perlu di ingat bahawa antara faktor kejatuhan BN S'gor pada PRU 12 dahulu adalah kesilapan Khir Toyo menganugerahkan penyapu kepada DO2. Speaker juga memepunyai kuasa legislative untuk menyoal siasat pegawai2 K'jaan dan juga berhak mempertikaikan segala kritikan Dr. Hassan Ali terhadap Selcat. Secara hikmahnya, inilah yang dikatakan new paradigm of political rationality, yang mana ianya tidak pernah wujud semasa BN memerintah. Everybody has rights to criticise and to be criticised.Maknanya, mungkin Hassan Ali yg silap atau pun Selcat yg salah, kedua2nya mempunyai hak untuk bersuara. Dan masalah siapa yang talibarut amno, sebenarnya tidak wujud malahan isu ini sebenarnya memperlihatkan kemunafikan amno apabila Noh Omar mempertahankan tindakan Hassan Ali namun tidak pernah mengkritik khir toyo semasa pemberian penyapu dahulu....

Wallahu a'lam...

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Salam...

Sebenarnya, kepada penulis2 yg mendakwa diri nya penyokong PAS tetapi cara penulisan anda sendiri menunjukkan bahwa anda sebenarnya mempunyai mentaliti Amno. Saya tidak menyebelahi Dr. Hassan Ali mahupun Selcat. Dr. Hassan Ali hanya menyatakan bahawa perlu dirombak cara penyiasatan untuk tidak memalukan mana2 pegawai kerajaan.
.

Di sini kamu yang menunjukkan mentaliti UMNO.

Apa bukti Dato Hasan bahawa SELCAT memerlukan rombakan?

Dalam pertemuan dengan MB dan YB TEng hari ini pun beliau GAGAL membuktikan dakwaan beliau.

Tapi, beliau telah melayarkan fitnah beliau kononnya pegawai2 kerajaan dilayan seperti budak2.

Ini ke sifat pejuang Islam, melayar fitnah tanpa usul periksa?

Anonymous said...

Sebab UMNO membela nasib orang melayu di mana maruah bangsa telah di gadai oleh PASBERG bodoh dan PKR liwat.

Anonymous said...

Apasal tak rombak SPRM yang menyebabkan kematian?

Anonymous said...

i) masa toyol kasi penyapu, i sokong.

ii) cara selcat sekarang saya pun sokong.

pokoknya, mesti ada transparency. tak boleh buat macamtak ada masalah...kononya semuanya ok...sapu sampah kebawah karpet. ini macam mana boleh maju minda? asyik pertahankan pasal si-penjahat tu sama bangsa... adui...

jangan main isu bangsa. berani buat berani tanggung. tolong lanun umno rompak duit rakyat ini patut dibela kah? duit siapa yang dirompak?? duit makcik2/pakcik2 melayu yang miskin kat kampung2 pendalaman di selangor juga...

contoh kata kalau teng chang khim rasuah, humban kedlm penjara. jangan tunggu. tak ada belas kasihan drp rakyat - cina kah tak cina, melayu kah tak melayu tak ada kena mengena langsung.

faham kah?

4RAKYAT

vengai said...

Anon 29 sept 2.33
Dei ,
Hang memang banggang punya orang. Hang cakap UMNONOK bela melayu. POOOOdah.

Bos bos UMNONOK kebas duit cukai atas nama projek. Lepai tu pegi kongkek penyayi kat port dicson ,singapore.

Ada yang kongkek anak gadis melayu. Tapi terlepas dengan beli saksi dan sogok yang terlibat dengan wang kebas tu.

Its easy why UMNONOK sokong Hassan aka Katak.Its because the SELCAT korek keluar semua salah guna wang peruntukan DUN for their election campaign .

Hassan is the a black spot in PAS and very clear he might get a suitecase of $$$$$$ from toyol.He is now the running dig of UMNONOK.

Anonymous said...

Woah hoh hoh..cannot kritik ah ??Waah,ini macyam diktatorship o...dis is the falsampah of Stalin,Hitler,gandhi,madey,samy Vellu,Mao..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.