Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, September 26, 2009

Pegawai2 Kerajaan Selangor Sokong UMNO/BN Pada Pilihanraya 2008

Ada orang dalam blog dan beberapa orang PAS yang saya kenal begiut galak mempertahankan tindakan Hasan Ali. Dalam blog ini, antaranya adalah Anak Perelih yang mempertahankan tindakan Hasan Ali habis2an. Kepada Anak Perelih, saya nasihatkan, keluarlah dari PAS dan masuk UMNO. Jangan jadi talam dua muka.

Hujjah mereka yang paling jitu itu adalah seperti yang dihujjahkan oleh Anak Perelih seperti dibawah:

" Delete
Blogger Anak Perelih said...

salah satu isu yang menyebabkan Khir Toyo bukan lagi MB ialah isu hadiah penyapu.... jadi, jangan jadikan selcat sebagai 'penyapu' yang menyebabkan PR hilang kuasa... culprit yang perlu di buru ialah ADUN BN... Pegawai daerah itu perlu diambil sebagai saksi untuk menyiasat dan menghukum ADUN BN... bukan mereka dihukum dengan memalukan mereka menerusi cara soalan soalan diutarakan... cuba baca ni....
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/09/selcathassan-ali-nampaknya-pakatan.html"


Jelas Anak Perelih ni tak kaji keputusan PRU 2008. Mungkin sebab dia asal Perelih, jadi dia tak tau apa yang berlaku di Selangor. Di Perelih, PAS Perelih cuma dapat 2 kerusi dari 15dan gagal memerintah. Baik Anak Perelih pegi nasihat PAS Perelih tentang bagaimana nak menang Perelih dulu. Berenti buat kacau kat negeri orang.

Hakikatnya adalah Melayu di Selangor cuma 50%. Dan pegawai2 Kerajaan di Selangor berjumlah 23k orang. Hakikatnya lagi, UMNO menang 19 kerusi DUN di mana kerusi2 tersebut semuanya majoriti Melayu (60% ke atas).

Sekiranya telah berlaku pemberontakan pegawai2 Kerajaan Selangor pada 2008, nescaya UMNO tidak akan mampu memenangi 19 kerusi DUN. Ini kerana bila kita banding dengan Terengganu pada 1999, di mana berlaku pemberontakan pegawai2 kerajaan, UMNO di Terengganu pada 1999 hanya menang 4 kerusi.

Dan dari prosiding2 SELCAT membuktikan pegawai2 kerajaan di Selangor dengan senang hati melepaskan wang rakyat berjumlah berjuta2 ringgit untuk membantu kempen UMNO dan BN sewaktu 2008.

Saya nak tanya Anak Perelih serta kesemua puak2 fraksi UMNO dalam PAS, apa bukti pegawai2 kerajaan di Selangor memberontak dan menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU 2008? Mana buktinya wahai pencacai UMNO dalam PAS sekelian?

Anak Perelih pegi masuk UMNO la. PAS tak perlu orang macam awak dalam PAS. NEgeri sendiri pun semput, jangan kacau negeri orang lain.

Hakikatnya, PR menang 36 kerusi dari 56 yang dipertandingkan hasil dari:

a. Pengundi2 CIna dan India
b. Pengundi2 Melayu Urban
c. Pengundi2 Pro PAS dan PKR yang tegar yang sememangnya kadar mereka tinggi berbanding negeri2 lain kerana Reformasi berlaku di Lembah Kelang pada 1997.

UMNO mendapat sokong padu dari pengundi Melayu kampung yang jelas telah berjaya "dibeli" dengan wang rakyat yang dilepaskan oleh para DO2 yang sekatang ini panas punggung sebab nak kena jelaskan kepada rakyat.

Sememangnya lah pegawai2 ni panas punggung sebab mereka telah membantu UMNO dengan sukarela sewaktu Pilihanraya 2008 lepas.

DAn hasan ali boleh sokong puak2 pengkhianat ni? Hasan Ali ni betul PAS atau dah jadi barua UMNO?

Kepada pencacai2 UMNO dalam PAS seperti Anak Perelih, berentilah bercakap kalau takda fakta. Kan dah malu sekarang ni? Betul tak.

Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO. MEreka pegawai2 senior dan mustahil UMNO akan menaikkan orang2 yang bukan kuat UMNO untuk memegang jawatan2 kanan dalam Kerajaan Negeri.

MUSTAHIL, MUSTAHIL, MUSTAHIL

Tulang Besi





21 comments:

Anonymous said...

Sultan tak nak happy gay lucky couple Toyol & hassan..Madey pun tak nak Hassan..segala rancangan utk may13 kan S'gor one more time gagal..i suggest,one more time this pariah Hassan Ali buka mulut,kita tuang saja O Kow in2 his his throat..as it this chootia mabuk kuasa,so lil bit of o kow,chevas wont do no harm.

Anonymous said...

Tak yah tunggu Hassan ali dan geng keris dalam PAS wat hal lagi!!sendiri mau ingat Hassan Ali jadi YB bukan sebab orang nak dia pun..sebab orang meluat UMNO!!kalu tak mesti PAS Selangor dah menang banyak kerusi di Selangor!!!dan segi kelayakan nak jadi Pesuruhjaya pun bagi aku tahap haprak!!!!Hangpa biaqla Hassan Ali jadi Pesuruhjaya PAS sampai PRU13..aku berani gerenti lingkup abis kerusi PAS..aku rasa kalu letak Melayu DAP pun org lagi percaya dari letak calon PAS bernama Hassan Ali, Roslan SMS...dan kutu2 sekutunya!!sendiri mau ingat penyokong PR bukan macam geng2 pak turut UMNO..kalu pemimpin buat silap..kami akan sengkeh dahi kepala sampai merah!!!

Anonymous said...

SACK HASSAN ALI FOR PR FUTURE!!! THIS UMNO GUY MORE THAN UMNO MAN SH!T TROJAN!!!

Anonymous said...

ini negeri bukan terletak diutara tanah melayu, negeri selangor ini bukan negeri seperti kelantan yang mempunyai peratusan penduduk kaum melayu yang tinggi berbanding kaum lain. kampongku terletak didalam selangor dan kaum lain selain kaum melayu tak ramai juga, tapi tak nampak wujud masalah anak-anak muda melayu disini suka berminum arak walaupun kedai cina ada jual minuman mabuk ini.
sokongan bukan melayu pada PAS PRU12 lalu begitu tinggi sebab mereka mahu PAS jadi sebahagian pasukan pemerintah kerajaan yg baru dan mereka juga menaruh harapan pada Pakatan Rakyat untuk megubah suasana menyalahguna kuasa oleh BN semasa memerintah. kalo mereka nampak PAS semacam UMNO, apa akan rasa pada mereka?

Anonymous said...

cuba fikir secara positif apa yang dilakukan oleh hassan..jgn kerana keta'suban kepada parti menyebabkan kita lupa apa tanggungjawab kita kepada agama dan rakya..sesungguhnya islam amat menjaga maruah umatnya..seperti yang termaktub dalam maqasid syarriah...

Anonymous said...

Fikirkan… Sudah terang lagi bersuluh… Adakah mungkin ini musuh dalam selimut…. Adakah Hasan Ali orang yang mungkin sedang meruntuhkan kerajaan PR diselangor atau Najib…

Exco didalam kerajaan selangor berani membuat kenyataan terbuka tanpa merujuk kepada MB.. Pesuruhjaya PAS selangor tiada semangat untuk bermusyawarah dikalangan pimpinan selangor yang Adakah ini contoh pemimpin yang kononnya memperjuangkan ISLAM.. ..

Anonymous said...

Hassan Ali ni mana ade ciri-ciri pemimpin islam. Khalifah2 islam di era zalam silam berhemah tinggi dan bermesyuwarah dalam satu jamaah.

Dia ni tak lebih dari seorang manusia yang cintakan dunia, dengan mengkhianati amanah rakyat yang memilih beliau ke tahap sekarang.

Sedangkan khalifah Umar Abd Aziz menangis bila pengikutnya memilih beliau sebagai pemimpin sebab takutkan Allah sekiranya beliau gagal melaksanakan tugas, buat apelah penyokong Pas nak simpan pemimpin macam ni walau apa pun alasannya.

Beliau sepatutya hormat pada TSKhalid sebab TKH adalah ketua kerajaan negeri. kalau itu pun tak faham dia ni sah berfahaman sekular abbiyyah umno. kenape Pas masih tak ambil tindakan drastik ke atasnya. Kerana tindak-tanduknya memudaratkan rakyat secara keseluruhannya.ini ditegah dalam islam.

Anonymous said...

HASSAN ALI MABOK TODI !!! NAK JADI MB!!!

cina Islam said...

haa saaan aaahha ,wa ini manyak susah punya olang oooo, gua kaki minum air ketum pon tak mau sama dia ooo, tak leh caya punya olang ini hhaa saaan..pergi mampos la lu asaaaannn.

Anonymous said...

Dr. Hasan Ali has shown some wisdom in his action. We can take it nicely by HANDLING it as 'friendly comment'. After all apa yang dibaca disuratkabar sudah ditambah dan diputar belit.. but nooo! you are so angry with him demonizing him without looking at even sekelumit faedah dari apa yang cuba disampaikan. If you represent PAS.. then I will not support you as I favor KETUANAN ISLAM dan kalo tak possible then saya favor KETUANAN MELAYU (ISLAM celup pun xpelah) but I will never want to see non-muslim menjengil bongkak di Malaysia ini dan disokong pula oleh org mcm tuan.

Anonymous said...

kami sokong sgt dgn hasan ali....org mcm tu blh duduk dlm kerajaan BN bukan PR...walaupun kami dari PAS tapi PAS skarang dah jadi pecacai DAP dan PKR.

Malaysian said...

[E3] RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

Untuk Video Yang Lepas
[E1] RPK Speaks His Mind - Surat Sumpah Altantuya
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

[E2] RPK Speaks His Mind - Menghina Islam? Tolonglah!
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

Muhammad Syawal said...

Nak tanya sikit,Pegawai-pegawai yang nak sokong UMNO tu tahap mana?Peringkat tinggi,pertengahan atau bawahan.Yang peringkat tinggi tu memang orang UMNO dulu,sekarang dan selama-lamanya.Mereka bersekongkol dengan UMNO dan ramai dah dapat naik pangkat dan juga gelaran Dato.Tak usah risaulah mereka ni tak ramai dan mereka pun dah banyak dapat umpan dari UMNO.

Umumnya ramai kaki tangan kerajaan Selangor memang meluat dengan bos-bos mereka ini kerana terlalu ikut arahan UMNO yang menyalahgunakan wang rakyat.

Siapa yang sokong Hassan Ali,tak lain tak bukan UMNO.Ketua Pemuda PAS yang baru tu pun menyokong tanpa buat kajian "interlectual".Hassan Ali betul-betul alat UMNO untuk memecahbelahkan Kerajaan Pakatan Rakyat diSelangor,hanya sekadar nak memuaskan nafsunya untuk jadi MB Selangor.PRU akan datang suruh saja dia bertanding diPerlis berganding dengan Harun Din.

Anonymous said...

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

Jawatankuasa Kerja PAS pusat, yang dikatakan akan meminta penjelasan Hasan, dijadual mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua minggu ini.
http://perakexpress.com/www/2009/09/27/selcat-mesyuarat-khas-pas-petang-ini-mahu-lulus-mandat-sokong-hasan-ali/

Anonymous said...

Umno akan berkubur di selangor. Nak harap PAS pertahankan Islam pun dah kelam kabut. DAP dah besar kepala.
Lantak lah. Suara melayu dan Islam makin tenggelam dalam pakatan rakyat

Anonymous said...

salam .
Sebab ape UMNO selangor menptahankan Si mammat ni Dato Hassan Ali....mesti ada musang berbulu ayam ni.... pecat aje hassan Ali .... biar orang UMno ambil dia.....madey pun tak ingin perangai orang acam ni....sbb gunting dlm lipatan

suciiiiiiii.......... said...

Hassan Ali faham politik dan pejuang bangsa.......tahniah..umno dulu kini dan selamanya

Anonymous said...

Hasan Ali is obviously an UMNO mole who will defend UMNO with his life and might. PAS should systematically remove him from any form of administration as his goal is to create havoc in PR to give UMNO a breathing space to fight PR. PAS neds to eliminate Hasan Ali to continue winning in the next GE.

Anonymous said...

Alamak apa sudah jadi yang anak mahathir jadi taukeh arak, syarikat filipina, yang hasan ali pulak menyalak pasal arak kat selangor!!!! Permainan apa yang cuba dimainkan?

Anak Perelih said...

Walaupun saya anak Perelih, tapi saya sudah berbelas tahun tinggal di Shah Alam... sebab itu saya banyak blogging mengenai Shah Alam/selangor dari isu perelih...

Saya tidak galak mempertahankan Hassan Ali semata mata beliau Hassan Ali... dan saya juga mempertahankan Khalid Samad didalam isu kepala lembu seksyen 23 bukan kerana semata mata beliau Khalid Samad.. tetapi kerana isu yang diutarakan...(sila rujuk blog saya tentang isu kepala lembu ini).. Mana yang saya rasa betul, saya sokong, mana tidak betul, saya tak sokong.... tak kira itu hassan ali ke, Khalid Samad ke, sapa ke...

Saya bukan seperti Tulang Besi yang bila tidak suka/sehaluan kepada seseorang itu, apa pun yang keluar darinya, beliau tidak akan suka dan menghentam... dan suruh keluar parti... ini perangai UMNO yang selalu kata "kalau tak suka dasar BN, sila keluar dari Malaysia".. Kita orang PR mestilah berfikiran terbuka, mendengar kritikan.cadangan orang.. mana yang bagus diambil... kalau MB Khalid mengikut perangai Tulang Besi, isu kuil seksyen 23 tak akan selesai.... itu beza PR berbanding BN...

Didalam kes Selcat ini, saya berpendapat bahawa ianya mestilah ditambahbaikkan di bahagian soalan itu diutarakan... nak tanya soalan, tanyalah... tapi bukan tanya soalan sampai suasana menjadi tegang /konfrantasi. ini kerana bila suasana tegang, pegawai daerah itu akan memberontak secara tidak memberikan maklumat yang diperlukan dan juga mereka boleh mensabotaj perlaksanaan dasar kerajaan negeri.. tambah pula seperti Tulang besi kata "Pegawai2 yang kena soal dalam SELCAT ni semua UMNO".. Oleh itu, Soalan yang diutarakan mestilah bijak untuk mengorek maklumat disamping memberi keselesaan kepada saksi untuk memberikan maklumat.. Guna psykologi sikit... kalau tidak, sampai bila kita boleh menghukum/mendedah penyelewangan ADUN UMNO?BN tersebut????? Lihat saja cara soalan diajukan di congressional hearing di US...

Saya menyokong saranan Hassan Ali untuk memasukkan professional serta mereka yang berpengalaman didalam bidang kehakiman kerana saya berpendapat didalam prosiding ini memerlukan akauntan, jurutera dan bekas hakim juga terutama apabila membabitkan soal teknikal dan akaun tanpa membuang mana mana ahli sekarang...

Walaupun saya tidak menyatakan di blog saya dan blog Tulang Besi, saya juga tidak bersetuju dengan saranan Hassan Ali untuk mengadakan prisiding secara tertutup... kalau tertutup pun saya bersetuju jika laporan prosiding Selcat itu didedahkan kepada orang ramai... tapi itu hak dia untuk menegur.. mana yang baik, terima.. mana yang tak praktikal, tak payah ikut,,.,,

(http://warisan2057.blogspot.com/2009/09/nizar-raya-selcat-giliran-mahfuz.html)
Seperti yang Mahfuz Omar katakan, isu ini sepatutnya tidak berbangkit.. "Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.
kerana selcat dibawah legislatif.. kerana selcat ditubuhkan oleh DUN.. dan Exco serta MB adalah executive... Pegawai daerah adalah dibawah executive.. sebab itu mereka berjumpa Hassan Ali mengadu... dan sebabitu Hassan Ali bersuara mewakili executive dibawah (pegawai Daerah).. dan sebab itu MB Khalid menegaskan Selcat tidak akan dirombak, sebarang isu akan dibahaskan di DUN kerana ianya dibawah legislatif (DUN)

Anak Perelih said...

Mengenai isu penyapu itu, memang pegawai kerajaan Selangor tidak memberontak terhadap BN akibat isu penyapu ini.. tetapi kesan isu ini menyebabkan rakyat yang memberontak... ingat lagi betapa hangat isu hadiah penyapu ini didalam blig dan kahbar alternatif??? Akhbar MSM pro BN cuba buat damage control tentang isu ini.. dan ianya menyumbangkan kepada salah satu fator rakyat mengundi menolak UMNO/BN.. memang kawasan Melayu masih dibawah UMNO selepas PRU 2008.. tapi kerana mereka tidak menerima maklumat dari media alternatif.. media perdana cuba buat 'damage control" dalam isu ini.. tapi isu ini heboh di blog blog serta akhbar alternatif lain... dan ini menyebabkan melayu bandar serta bukan Melayu mengundi PR... persepsi rakyat lebih penbting kerana mereka yang menentukan siapa menjadi kerajaan...

nampaknya Tulang Besi bukan penganalisis politik yang baik. Beliau hebat kerana mempunyai maklumat dalaman dari pemimpin PR sahaja... sedangkan beliau banyak berada di luar negara (mengikiut maklumat yang saya dapat). Politik ini bukannya stright forward.. banyak helah dan strateginya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.