Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 30, 2009

Saksikan Sendiri Mengapa UMNO Begitu Galak Menuduh PAS Diperalat DAP

Patutla galak sangat UMNO sekarang ni menuduh PAS dihambakan DAP. Rupanya, ada udang sebalik batu. Dari beberapa siri prosiding SELCAT, rakyat mulai sedar bahawa sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu, duit rakyat di Selangor mereka gunakan macam bapak mereka punya.
Adake patut belanja duit rakyat RM1.6 semata-mata untuk membawa keluarga pergi bercuti di Disneyland, California, USA. Pergi Disneyland atas nama urusan kerajaan tapi pihak Disneyland pun tak tahu diorang datang.



Kalau ini bukan tindakan khianat kepada bangsa Melayu, saya tak tau la nak kata apa. Duit RM 1.6 juta tu boleh membeli 40 rumah kos sederhana kepada 40 keluarga Melayu yang miskin

BUKANKAH INI SATU PENGKHIANATAN KEPADA BANGSA MELAYU dan UMAT MELAYU SEDUNIA?

Jawab wahai ahli2 UMNO sekelian jawab. Pemimpin kamu pergi bercuti ke Disneyland dgn wang rakyat RM1.6 juta, kamu penyokong bawah ni dapat apa? Nak pegi bercuti kat Morib pun takda duit. Hahahahaha.

Wahai ahli UMNO sekelian, janganlah kamu jadi kerbau. Kerja teruk kat sawah sampai kena sebat last2 nasik yang kamu tolong tanam padinya, dimakan oleh kucing yang di atas rumah.

Lihatlah jasa SELCAT mendedahkan perangai UMNO menjadikan wang rakyat macam wang bapak diorang. Yang herannya, Hasan Ali pegi lawan SELCAT???

UMNO mengulangi juga isu kononnya bangsa Cina telah naik muka dan mula menghapuskan hak Melayu kerana dengan isu perkauman, diharap ramai orang Melayu tak percaya khabar benar bahawa pemimpin2 UMNO menggunakan wang rakyat macam bapak dia punya. Nah, skarang saksikanlah mengapa UMNO begitu giat menggunakan isu perkauman sejak akhir2 ini:

1.0 Inkuiri Awam Khir Toyo Belanja RM1.6 juta Untuk Ke Disneyland



2.0 Status BALKIS Masih Jadi Tumpuan Selcat ()


3.0 Khir Toyo Dan 4 Adun Dicadang Gantung Sidang dan Elaun ()


4.0 Pen Pendaftar Pertubuhan Selangor Disoalsiasat ()



Tulang Besi

79 comments:

PR Selangor said...

Bagilah peluang PR memerintah Malaysia selama satu penggal kerana BN sudah terlalu susah untuk diubati.

Anonymous said...

Memangla DAP peralat PAS sbab PAS takda apa2 hak nak jalankan hukum Islam dan agama Islam di Selangor dan Perak.

Bila PAS nak halang arak, DAP senang2 saja tepis. Akhirnya, semua 0-0, arak dijual,wal hasil balik asal.

PAS tak boleh tegur langsung dan tidak ada hak langsung nak bawa perubahan untuk Islam di negeri2 Pakatan Rakyat yang mereka jadi minoriti.

Wakil PAS cuma layak jadi datuk Nikah Kahwin saja di Pulau Pinang, tak diajak pun jadi Exco kerajaan negeri.

Anonymous said...

Khir Toyo hanya layak terima penyapu aje! Dan kita hadiah kan jugak kat Hassan Ali dan fraksi-fraksi UMNO! Baik kita sweep them out of Malaysia aje. Perabih boras aje!

Anonymous said...

Setahun dah cukup utk PR menghancurkan melayu spt Perak. Ni kan pulak satu penggal.

Anonymous said...

Apa yg Umno ckp Pas jadi lembu DAP ada asas. Budak sek pun dpt paham. Isu Khir prgi mlncong dan Balkis wlaupn jika benar belaku ianya tdk sbesar pengkianan yg bina kuil di majoriti melayu, jual arak di majoriti melayu, pmainkan hadis, mderharka pd Sultan, beri tanah dan kuasa kpd DAP smata2 mahu jd MB, dll.
Mereka yg mengkianat melayu tnpa rasuah adalah lebih mbahaya drp yg mkianan melayu krn rasuah.

Tulang Besi said...

September 30, 2009 12:16 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Apa yg Umno ckp Pas jadi lembu DAP ada asas. Budak sek pun dpt paham. Isu Khir prgi mlncong dan Balkis wlaupn jika benar belaku ianya tdk sbesar pengkianan yg bina kuil di majoriti melayu,
.

Kahkahkah, PAS dianggap lembu DAP sebab bila Teng dedah bagaimana UMNO guna duit rakyat mcm bapak dia punya (i.e. RM1.6 juta untuk pegi Disneyland), PAS tidak pertahan DAP.

Itu je sebenarnya. KAlau PAS nak berenti dituduh jadi kuda DAP, maka PAS kena pertahan UMNO tiap kali ada pendedahan korupsi yang dilakukan oleh SELCAT terhadap UMNO.

Anonymous said...

wahai anon-anon umno aka pencacai umno... Arak pernah diharamka ketika BN perintah dulu? Nape UMNO beriah-iah nak APPROVED konsert Beyonce???? Nape NAJIB harpak melulus 10 Special draw??? Bangang bin bahalol....

Anonymous said...

wahai anon-anon umno aka pencacai umno... Arak pernah diharamka ketika BN perintah dulu? Nape UMNO beriah-iah nak APPROVED konsert Beyonce???? Nape NAJIB harpak melulus 10 Special draw??? Bangang bin bahalol....

Anonymous said...

wahai anon-anon umno aka pencacai umno... Arak pernah diharamka ketika BN perintah dulu? Nape UMNO beriah-iah nak APPROVED konsert Beyonce???? Nape NAJIB harpak melulus 10 Special draw??? Bangang bin bahalol....

Anonymous said...

"UMNO beriah-iah nak APPROVED konsert Beyonce"

Umno jer, tak nak cakap ke pasal kwan2 DAP ko yang dok kutuk DPP pasal cadangan haramkan konsert. tiap2 hari PAS kena kutuk kat blog tapi yang tulang besi ni nampak hasan ali jer. awat hasan ali ada potong line projek ko ke?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Kahkahkah, PAS dianggap lembu DAP sebab bila Teng dedah bagaimana UMNO guna duit rakyat mcm bapak dia punya (i.e. RM1.6 juta untuk pegi Disneyland), PAS tidak pertahan DAP.

PAS dianggap lembu apabila dalam isu arak, berdegar2, tapi bila kena himpun dgn Anwar, balik ke asal. Self restriction. undang2 larang org Islam di Selangor diluluskan di bawah kerajaan UMNO. Org sokong PAS utk tgk islam dimplementasi bukan kena kasi.

Hassan Ali tak kisah pasal dedah isu 1.6 juta, tapi yg dia kisah adalah cara terbuka yg memalukan dan menensionkan pegawai kerajaan. Itu isunya.

Itu je sebenarnya. KAlau PAS nak berenti dituduh jadi kuda DAP, maka PAS kena pertahan UMNO tiap kali ada pendedahan korupsi yang dilakukan oleh SELCAT terhadap UMNO.

Nak jadi bukan kuda DAP senang saja, tegas dengan DAP. Sebut terus terang wahai PAS di hadapan pemimpin DAP, kami nak jawatan exco di P Pinang, kami nak haramkan arak di selangor, kami nak haramkan rumah urut, kami nak haramkan konsert. Kami tak sanggup setongkol dgn kuil. Kami tak sanggup iktiraf pemimpin yang rosak moral spt Eli Wong.

Itu ciri2 PAS bukan kuda DAP.

Anonymous said...

Woit tulang besi...hang cuma nampak hebat PR sebab hang duduk bandar and depan pc.
Cuba hang pergi jalan2 sikit masuk kampung. Orang kampung tak rasa faedah PAS masuk PR. asyik bergaduh sesama depa.
Depa lebih nampak DAP yang buat kerja untuk Cina dan balas dendam pada orang Melayu.
Tulang Besi hang jadi hero 'kokok kuat..ekok main tahi'.

Anonymous said...

TB hang mai la ni kat Penang
Hang boleh tengok sendiri macam mana DAP laknat menindas orang Melayu Penang

Hang jangan dok tibai orang dalam internet saja.

Kami pangkah PAS untuk mensyiarkan ISLAM tapi apa yg dok dapat la ni.

Hudud kemana
Islam kemana

TB ALLAH MAHA MENGETAHUI
TB ALLAH MAHA ESA

Anonymous said...

Sahabat kanan,

wahai anon-anon umno aka pencacai umno... Arak pernah diharamka ketika BN perintah dulu? Nape UMNO beriah-iah nak APPROVED konsert Beyonce???? Nape NAJIB harpak melulus 10 Special draw??? Bangang bin bahalol....

Arak diharamkan ke di bwh PAS?

Kalau Khalid Ibrahim ke Teresa Kok ke Lim Guan Eng ke nak buat konsert berani ke halang?Masa tu berdegar2 sebut PAS for All lak geng tulang besi.

Azizan buat apa dgn pusat2 maksiat kat Sungai petani? Nizar lepak je dgn pusat di Ipoh.

Aku tulis ni bukan apa, seolah-olah sokongan terhadap PAS tidak menampakkan impak kepada kedaulatan islam yang kita harapkan.

Jika dgn PAS, Islam naik, so whats wrong sokong PAS, tapi masalahnya, sokong PAS sampai naik kuasa pun sama saja.

Anonymous said...

;;Jika dgn PAS, Islam naik, so whats wrong sokong PAS, tapi masalahnya, sokong PAS sampai naik kuasa pun sama saja.;;

Bukan sama aje.. Malah lagi sial daripada Umno. Islam di gayang2 segayangnya. Blum ada dalam sejarah Melayu Islam di hina dgn bina kuil dan jual arak di kawasan majoriti Islam. Sultan melayu di maki... aku pun penyokong Pas gak mcm ko TB tp aku tak sebodoh ko.

Anonymous said...

UMNO guna 'reverse psychology' untuk memerangkap PAS. UMNO menggalakkan DHA untuk melaksanakan dasar yang kurang popular dikalangan kaum bukan Islam, bahkan dikalangan kaum Islam sederhana.

DHA yang termakan muslihat UMNO akan melemahkan PAS itu sendiri.
Kelemahan PAS adalah kekuatan UMNO. Kedua-duanya parti Melayu.

Tulang Besi said...


Bukan sama aje.. Malah lagi sial daripada Umno. Islam di gayang2 segayangnya. Blum ada dalam sejarah Melayu Islam di hina dgn bina kuil dan jual arak di kawasan majoriti Islam. Sultan melayu di maki... aku pun penyokong Pas gak mcm ko TB tp aku tak sebodoh ko.
.

Aikk masa UMNO dulu pun arak dijual sewenangnya dalam kawasan Melayu?

Dan kat Sgai Buloh RRI kuil dibina sebelah masjid lagi.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Aikk masa UMNO dulu pun arak dijual sewenangnya dalam kawasan Melayu?

Apa ke halnya bawah parti islam pun arak dijual di kawasan Melayu??? Kalau PAS memerintah halal le ek???

Dan kat Sgai Buloh RRI kuil dibina sebelah masjid lagi.

Bwh pemerintahan Islam pun syirik berleluasa? Mana nak letak iqamatuddin wa siyasatuddunya ni???

Brp ramai hindu masuk islam masa PAS memerintah? lg bertambah kuil ada la

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

TB hang mai la ni kat Penang
Hang boleh tengok sendiri macam mana DAP laknat menindas orang Melayu Penang

Hang jangan dok tibai orang dalam internet saja.
.

Hahahahahah yg marah kat DAP Penang tu hanyalah kontraktor2 UMNO.

Org lain ok je.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Hahahahahah yg marah kat DAP Penang tu hanyalah kontraktor2 UMNO.

Org lain ok je.


Oo..peniaga2 bazar ramadhan yg hampir nak kena halau dekat market chowrasta tu kontraktor2 UMNO la ye...

Oo..si yusmadi balik pulau pinang yg kena sound DAP pasal gilir KM tu UMNO jgk la ye...kesian aku dgn Tulang besi...

Semua yg tak setuju dgn tulang besi tu adalah UMNO termasuklah Haji hadi, pres PAS sendiri...aduhh..kesian...Pres PAS adalah UMNO..kah kah kah...sah diorg bius kau terlebih la tulang besi..kah kah kah kah..

Tulang Besi said...



Apa ke halnya bawah parti islam pun arak dijual di kawasan Melayu??? Kalau PAS memerintah halal le ek???
.

Rasanya dah banyak 7-11 tak jual arak kat Shah Alam ni semenjak PR perintah.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Rasanya dah banyak 7-11 tak jual arak kat Shah Alam ni semenjak PR perintah.

mmg la..kan Ronnie Liu keluar "fatwa" kata minuman yg kurang 8% alcohol tu bukan arak..kah kah kah kah...patutla tak byk...

mut said...

Wooohooo ! Ramainya cybertrooper UMNO!

Tapi yang sayangnya, sorang pun tak berjaya pertahankan tindakan Khir Toyo dengan bini dia ! Semua tukar topik, walhal kes kul Hindu tu takder sorang pun mufti (walaupun mufti UMNO) mengeluarkan fatwa. Kalau takat bisu tu kita paham ler, jaga periuk nasik. Pasal apa tak keluarkan fatwa haram tindakan kerajaan negeri Selangor dalam kes kuil tu? Kan senang? Jangan la lupa fatwa menghina agama lain.... kan sekali tu?

Cerita maki Sultan ni bukan berita baru kat Malaysia ni. Agong pun kena sedas dengan UMNO Terengganu (pembela bangsa Melayu - kah kah kah !) Dan UMNO jugak yang jual tanah Kg Melayu Tg Tokong kat Penang ni. Laknat ker idak? Jangan kan Kg Buah Pala saja !

Sebenarnya kalau kupas satu persatu mana-mana isu yang timbul selama ni, kita akan lihat UMNO yang menjadi perosak Agama, Bangsa dan Negara. Yer lah, najib Altantuya punya parti! Apa yang harap kat orang macam tu?

adf55650 said...

Memanjangkan pajakan tanah industri dari 30 thn ke 999 thn. Berapa ramai Melayu terlibat dalam tanah industri? Nizar luluskan.
Pemberian 400 hektar kepada sekolah-sekolah Cina. Berapa kerat Org melayu dalam sekolah Cina. Nizar luluskan.
Pemberian lot milik kekal kepada Kg2 Baru. Berapa ramai penduduk Melayu di kg bsru. Nizar luluskan.
Pengambilalihan bangunan Tabika KEMAS. Majoriti adalah anak-anak Melayu. Nizar luluskan
Penggunaan tanah2 kerajaan bekas lombong di Perak oleh petani2 Cina.
Nizar tak ambil peduli.
11 bulan woi...baru 11 bulan. Apa yang ISLAM dapat?
Mata yang dianugerah ALLAH tak melihatke semua ini?
Kami orang Melayu dan ISLAM tak sanggup melihat anak cucu kami dipinggirkan oleh PAS dan DAP.
Orang2 beragama PAS kami tak tau lah.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Pasal apa tak keluarkan fatwa haram tindakan kerajaan negeri Selangor dalam kes kuil tu? Kan senang? Jangan la lupa fatwa menghina agama lain.... kan sekali tu?

kau tanya Harussani kes Nizar, apa jawapannya. kalau diberi fatwa pun, kaorang kata..mufti pelacur UMNO..apa ke hal??

tak payah tanya mufti, aku nak tanya, kuil hindu tu tempat syirik ke tak?? Aku jawab ya, kau jawab????

Cerita maki Sultan ni bukan berita baru kat Malaysia ni.

PAS pun lepas semangat 46 takde, terus buat pindaan lucut kekebalan Sultan. PAS boleh memilih utk bersama Sultan kelantan tanpa ada halangan sesiapa. Tapi PAS memilih utk lucut kekebalan Sultan.

Ingat kes 93, PAS undi sokong lucut kekebalan, hanya s46 saja yg tak sokong, jgn ingat kami lupa bang..

PAS dulu, kini selamanya anti Sultan.

Anonymous said...

Bila membaca komen-komen di atas ni, nampak benarlah ramai yang tak faham bagaimana sistem pemerintahan berparti beroperasi.

1) Di Penang memang dari dulu pun Gerakan yg berkuasa. Masa tu UMNO buat apa utk orang Melayu dan Islam. Kerusi UMNO ketika tu lebih daripada 10. Kerusi PAS satu=tunggal saja, memanglah tak dapat buat apa. Sedar diri lah orang PAS, dapat satu kerusi nak berlagak nak kuasai kerajaan.

2) Di Selangor, PAS 8 Kerusi aje. Itu pun MB bagi 3 exco. Kalau nak laksanakan Islam, pastikan yang kerusi engko orang kalah dengan UMNO menang dalam PR akan datang.

3) Di Kedah, DAP satu kerusi aje, PKR 4 kerusi.... ada ke EXCO PKR naik tocang macam exco PAS yang sorang ni.

4) Di K'tan PAS yang kuasai semua kerusi exco, jadi padanlah PAS menguasai kerajaan dengan polisi-polisi Islamnya.Rakyat kelantan di belakang PAS

5) Di Selangor ni dalam PR akan datang, engko orang berubutlah kerusi dengan UMNO. UMNO bela Melayu, PAS bela Melayu. Siapa lenih Melayu? PAS ke UMNO?. kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu tak akan bagi dah undi kat PAS. Serik dengan cara PAS Selangor. Kau orang ingat Melayu-melayu kat Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuang , Sepang ke peduli sangat arak haram ke tidak. Mereka sokong UMNO juga dulu, kini dan selamanya. Hanya dengan isu arak dan Melayu, jangan haraplah nak tambah undi melayu islam.

6) Penyokong PAS realistik la sikit. Selangor bukan kelantan. Nak ubah menjadi islamik dalam satu penggal. Orang UMNO menjolok dan mencabar PAS laksana Islam, Hassan Ali pula melatah. Takut hilang undi Melayu konon. Sebenarnya dia ni badutlah. dia suka PAS bergaduh dengan DAP dan PR berpecah. Nanti boleh jawab kata susah nak kerja dengan DAP ni. Lepas ni buat lagi kenyataan2 supaya orang bukan melayu menyampah kapada PAS. Apa pun, ikut sukalah kamu Hasan Ali,kepercayaan bukan Melayu dah lingkup terhadap PAS, mungkin kamu boleh dapat kesemua undi melayu untuk menang lebih banyak kerusi di Selangor.

kah.. kah... Hidup Hasan Ali. Lagi lama kamu jadi PJ PAS dan EXCO lebih besar peluang untuk PR hancur. Lupakan manifesto PAS negara berkebajikan dan gantikan dengan negara islam... Pergi belajar Fiqh Aulawiyaat dulu. Aku bengang dengan PAS selangor ni, Hasan Ali buat onar khalid samad yang nak kena tindakan.. kah..kah.. kah.. aku dah tak peduli lagi. frust menungging. sesal tak sudah dulu sokong si Hasan ali ni

SameSame said...

Please tell me that you people don't tonton Beyonce kat TV and your saliver don't drip? (Macam-macam Datuk Siti juga!)

Itu memang tak adil. Adakah Msia nak jadi Arab kedua? Tiada langsung apa-apa kebebasan? Infact, its well known that all arabs who leave their country for holiday will maximum enjoy (everything, drinking you name it they do it!) sama-sama dengan Malays who leave the country for holiday!

As for UMNO - its a lost cost. Hari ini depa pergi 'bermeeting' dekat (retreat) pahang. I am sure their strategizing how to use the RM1million per month into their OWN POKET!!!! (Where and how the money coming pun tak tahu!)

Kau orang sokong kah UMNO? Lagi-lagi nak jadi underdog bagi UMNO!

Bodoh bingung la!!

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Di Selangor, PAS 8 Kerusi aje. Itu pun MB bagi 3 exco. Kalau nak laksanakan Islam, pastikan yang kerusi engko orang kalah dengan UMNO menang dalam PR akan datang.

maknanya Islam tak dapat dilaksanakanlah di Selangor sampai sudah ek??

Di Kedah, DAP satu kerusi aje, PKR 4 kerusi.... ada ke EXCO PKR naik tocang macam exco PAS yang sorang ni.

maknanya betullah, Nizar ni cuma barua saja kepada DAP pasal DAp ada 18 kerusi, dan PAS cuma 6 saja..mmg kau seorg yg faham dgn konsep pemerintahan berparti..PR dulu, Islam kemudian..

Di K'tan PAS yang kuasai semua kerusi exco, jadi padanlah PAS menguasai kerajaan dengan polisi-polisi Islamnya.Rakyat kelantan di belakang PAS

Kesimpulannya, PAS selangor kena keluar PR dan lawan semua utk rebut kerusi di Selangor supaya dapat jadi mcm kelantan?

kalau tidak, habis masa saja bg menang PR, sebab DAp dan PKR yang sekular totok takkan bg Islam memerintah, bukan gitu?

Penyokong PAS realistik la sikit. Selangor bukan kelantan. Nak ubah menjadi islamik dalam satu penggal.

Maknanya, Selangor ni bukan bumi Allah le kot ye...kelantan je boleh jadi islam..lupakah ayat Quran, masuk Islam tu secara keseluruhan..silmi kaffah..bukan main separuh2..

Pergi belajar Fiqh Aulawiyaat dulu. Aku bengang dengan PAS selangor ni

Fiqh awlawiyat..mmm..ya..sebelum buat negeri Islam..bg byk temapt2 syirik...sebelum buat negeri Islam..boleh jual arak..sebab arak bukanpun lebih 8% alkohol...mmm..sebelum buat negeri islam..eloklah peluk pemimpin penzina macam eli wong tu..

Anonymous said...

;;Bila membaca komen-komen di atas ni, nampak.....;;

Eleh.. di Kedah DAP sggup kluar PR utk Babi. Tp Pas S`gore masih kekal dgn Pr wlaupun DAP anti Islam.
Aku tak harap sgt laksanakan dasar islam sbb Pas tak byk kerusi tp sekurang2nya pertahankanlah dasar2 islam yg sedia ada bukan menghancurkan lagi. Rasuah2 Umno mereka tambah bina masjid tp islam2 Pas tambah bina kuil dan kedai arak.. Aku rindukan Umno..

Rozana said...

UMNO, dari pemimpin no. 1 hingga ke mat rempit (ahli putera) majoritinya melayu a.k.a Islam. Jadi, tiada rintangan besar mengamalkan perjuangan Islam dalam parti yakni janganlah duk cari makan dgn duit rasuah, lobi sana-sini sambil menikam sesama melayu.
Penuh dgn perasaan dengki, siap guna bomoh. Itulah yang hodohnya. Kalau UMNO cantik dan berakhlak mulia, PAS dah tak da nilai di mata setengah rakyat.

PASti

Anonymous said...

KENAPA ... mesti dibedakan? Kan KITA ni semua ANAK Malaysia yang inginkan sebuah kerajaan yang BERSIH yang mentadbir NEGARA untuk kepentingan dan kesejateraan RAKYAT?

Memang PR memang bertelagah seperti anak-anak bermain pasir. Tidakkah UMNO, MCA, MIC DLL bertelagah sampai nak bangkrapkan Negara? Kekayaan yang belum puas dikorek-korek.

TAPI...RAKYAT masih buta... bergaduh sesama sendiri... asyik Melayu.. Melayu....MELAYU tetapi bila dah sedar...NEGARA dah pun HANCUR.

Anonymous said...

KENAPA ... mesti dibedakan? Kan KITA ni semua ANAK Malaysia yang inginkan sebuah kerajaan yang BERSIH ..


Pr tidak BERSIH.. Anwar sdiri kepten Pr pernah disabit sbb rasuah dan skrg Liwat.. Khalid MB S`gore masih ada kes makammah bersabit tipu Bank Islam 60 juta.. Dan byk lg org Pr ada kes rasuah.. Nizar yg tak disabit rasuah telah mberikan beratus2 hektar pada DAP. dan Khalid bina kuil kt umah rmai melayu.. Ni pun kira tidak BERSIH jugalah..kan...

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi,

Terima lah hakikat bahawa menjilat pongkok cina DAP tak ada gunanya untuk PAS. Secara langsung perbuatan PAS memalukan Islam sebab topeng yang digunakan ialah Islam.

Seluruh pelusuk Selangor menceritakan hal PAS selangor diperbodohkan oleh DAP dan kamu masih tak dapat menerima hakikat yang nyata lagi benar ini.

Tak payah lah hang nak jawab balik sebab cara kau jawab itu serupa orang tak ada modal nak cakap. Tapi sebenarnya otak hang dah tak betul, dah tak boleh nak bezakan yang betul dan salah. SORRY FOR YOU!!!

SEBAGAI ORANG PAS, HANG TAK MALU KE PADA ANAK BINI HANG?

Anonymous said...

Ermmm 1.6 million can be spent for Muslim to perform haj in mecca..

1,600,000.00 / 10,000.00 = 160 poor Muslim can be attending haj for free..

although I dunno the actual figure for a person to perform Haj in Mecca but to spent 1.6m for disneyland and for those rich politician is way too much..

We really need to make changes to the current Government.. BN rule too long and take us Rakyat for granted!! Although PR might not be the perfect choice but at present it's the only choice!!

Since Umno say Isa should be given a chance, I personally thinks PR should be given the chance too!!

Tulang Besi said...


maknanya Islam tak dapat dilaksanakanlah di Selangor sampai sudah ek??
.

masa Bulan posa lepas, semua surau dan masjid di Selangor bebas bagi tazkirah.

Masa zaman UMNO dulu, masjid semua DIHARAMKAN bagi tazkirah.

Tu dah satu perubahan besar tu. Betul tak??


Kalau harap UMNO, sampai kucing tumbuh tanduk la baru Islam boleh jalan.

Mcmna nak haram arak, pemimpin2 kat atas tidor sebantal dgn tokeh judi.

Dah nampak kao membohong, wahai agen UMNO

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Saudara Tulang Besi,

Terima lah hakikat bahawa menjilat pongkok cina DAP tak ada gunanya untuk PAS. Secara langsung perbuatan PAS memalukan Islam sebab topeng yang digunakan ialah Islam.
.

Jadi marilah kita ramai2 masuk UMNO dan cium pongkok tokeh judi dan arak.

Nanti bila Carsberg buat majlis ulangtahun, boleh lah pimpinan PAS buat majlis tahlil dan doa selamat.

Kalau nak buat fitnah pun, buat la fitnah yang orang tak nampak.

Anonymous said...

Tulang Besi,

Dah sah, otak hang dah tak betul!!! Asyik-asyik dikaitkan lawan dengan taukeh judi dan arak.

Yang hang bertuankan kaki liwat (Anwar Al Juburi), Iman Arak (Ronnie Lu), taukeh kedai urut yang bersepah di Selangor, tak apa?

Sudahlah, aku dah 2 tahun ikut hang punya blog (bukan apa hanya untuk buang masa saja), jadi aku tahu lah hang itu siapa?

Anonymous said...

Pr tidak BERSIH.. Anwar sdiri kepten Pr pernah disabit sbb rasuah dan skrg Liwat.. Khalid MB S`gore masih ada kes makammah bersabit tipu Bank Islam 60 juta.. Dan byk lg org Pr ada kes rasuah.. Nizar yg tak disabit rasuah telah mberikan beratus2 hektar pada DAP. dan Khalid bina kuil kt umah rmai melayu.. Ni pun kira tidak BERSIH jugalah..kan...


TAPI...RAKYAT masih buta... bergaduh sesama sendiri... asyik Melayu.. Melayu....MELAYU tetapi bila dah sedar...NEGARA dah pun HANCUR.

Anonymous said...

SOROS ON MAHATHIR ! A CLASSIC!

The corruption of Mahathir
SOROS REPLY TO MAHATHIR
adapted from Bangkok Post

Tuesday, September 29, 2009

http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com/2009/09/soros-on-mahathir-classic_6463.html

Tulang Besi said...

Yang hang bertuankan kaki liwat (Anwar Al Juburi), Iman Arak (Ronnie Lu), taukeh kedai urut yang bersepah di Selangor, tak apa?.

UMNO ni dah macam orang kapir.

Hukum tuduh orang berzina tanpa saksi selamba je korang buat tanpa ada rasa berdosa pun.

Benda tu haram besar tapi korang buat hari-hari.

Tak heran la korang jadi barua tokeh judi.

Grand Marquis said...

Saya sebenarnya dah malas nak komen di blog ni. Tapi memandangkan TB terus mengadu domba, sesekali bagi reply jugak.

Kalau betul Khir Toyo salah guna wang kerajaan negeri untuk pergi bercuti di Disneyland, kenapa kerajaan PR tak lapor pada SPRM dan polis? Sebaliknya yang dibuat ialah selcat untuk ambil alih tugas SPRM dan polis. Apakah itu kerja wakil rakyat?

Last-last mereka buat mahkamah sendiri untuk menghukum orang yang tidak sehaluan dengan mereka sesuka hati.

Kalau betul Khir Toyo bersalah, lapor aje pada SPRM dan Polis. Tapi ni tak dibuat. Sebaliknya terus di adu domba dan fitnah di internet.

Tak takut pada Allah wahai TB?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

masa Bulan posa lepas, semua surau dan masjid di Selangor bebas bagi tazkirah.

Masa zaman UMNO dulu, masjid semua DIHARAMKAN bagi tazkirah.

Tu dah satu perubahan besar tu. Betul tak??


Bukankah bab2 ugama berada di bawah kuasa Sultan? Kau nak temberang apa ni Tulang Besi?

Yg ustaz2 boleh bagi kuliah agama,apa2 tu zaman berzaman..apa punya cerita?

Yang dok berleluasa ni,adalah sokongan parti Islam kepada benda syirik.Ini yang hang tak boleh jawab. Aku nak tanya wahai pembuat blog anti anti hadith, Allah lebihmurka kepada Kuil ke dari kilang arak..jawab tulang besi..jawab...

Tazkirah yg takde dalam sunnah dan syirik yang Allah murka, mana yg lebih utama?Berapa byk Hindu yg masuk Islam sejak PAS menang ni?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Mcmna nak haram arak, pemimpin2 kat atas tidor sebantal dgn tokeh judi.

Setau aku yg tidor sebantal,main tenis tu member Nallakarupan...namanya Anwar Ibrahim.Jadi, apa jenis manusia kau ni yg angkat pemimpin sahabat baik magnum. Anwar terima 60 juta dr magnum so apahal?

Nampak kau tu membohong agen IRC dlm PAS..kah kah kah..bius tu kuat lagi kot...

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

UMNO ni dah macam orang kapir.

Hukum tuduh orang berzina tanpa saksi selamba je korang buat tanpa ada rasa berdosa pun.


Err..yg tuduh Anwar al Juburi mula2 tu kan Mat Sabu...selamba je takde saksi,takde rasa berdosa pun...yg kata Najib dgn Ziana Zain la,altantuya la...takpa pulak...

apa nama..Tulang besi kata org yg tuduh berzina macam org kapir...jadi PAS ni macam org kapir la...ada 200 org perwakilan PAS sokong Mat Sabu jd Timbalan Pres...mmm..

Anonymous said...

Tulang besi!Sekarang ni hujung bulan, baru dapat duit haram betapa galaknya pencacai cybertrooper umno buat komen, tapi sayang komen-komen mereka menunjukkan kedangkalan ilmu mereka tentang poliltik malaysia.

Usah kau layan barua-barua ni semua sebab otak mereka di selubungi sampah dan pemikiran rasuah macam pemimpin mereka dan komen mereka tak boleh di buat ilmiah.

Biar kami belasah mereka, pasti tengah bulan ni gaji mereka dah habis dan tak wujud lagi penyakit galak mereka.

Anonymous said...

Tulang besi!Sekarang ni hujung bulan, baru dapat duit haram betapa galaknya pencacai cybertrooper umno buat komen, tapi sayang komen-komen mereka menunjukkan kedangkalan ilmu mereka tentang poliltik malaysia.

Usah kau layan barua-barua ni semua sebab otak mereka di selubungi sampah dan pemikiran rasuah macam pemimpin mereka dan komen mereka tak boleh di buat ilmiah.

Biar kami belasah mereka, pasti tengah bulan ni gaji mereka dah habis dan tak wujud lagi penyakit galak mereka.

adf55650 said...

dUIT MANA YANG HARAM.
Duit korang tak haram ke? Hasil pakatan haram. Nak dapatkan kontrak pun cara haram.
Hujah UMNO tak bernas?
Korang sekolah ke tak dulu?
Jawab mana yang boleh aje. Yang korang tak boleh jawab, cakap tak bernas pulak.
Akai pendek macam yang dalam seluar tu jugak.

Anonymous said...

TB bila hang tibai orang kata macam macam takpa.

Tapi bila kami tibai hang kami dituduh sebagai orang UMNO.

Kat sini cek nak bagi tau yg cek bukannya orang UMNO tapi orang MELAYU yg beragama ISLAM.

Dalam PRU12 cek pangkah BULAN PAS.
Tapi apa yg PAS bagi untuk orang ISLAM yg cek tau la ni PAS dok syiok untuk dapat undi orang BUKAN ISLAM. YB GEREJA jadi HERO bina KUIL. Kat Penang depa tak bagi orang PAS jadi EXCO.

Kat sini cek nak tanya kat TB
hang ni orang Melayu Beragama ISLAM atau pun CINA KAPIAK

Tulang Besi said...



Dalam PRU12 cek pangkah BULAN PAS.
Tapi apa yg PAS bagi untuk orang ISLAM yg cek tau la ni PAS dok syiok untuk dapat undi orang BUKAN ISLAM. YB GEREJA jadi HERO bina KUIL. Kat Penang depa tak bagi orang PAS jadi EXCO.
.

Pirst sekali, tq sebab undi PAS

Second, contoh kecil sumbangan PAS di Selangor:

a. masa bulan posa takda pegawai JAIS mai pi halang orang bagi tazkirah.

Tu kecik ja. Banyak lagi, tapi lain kali

Tulang Besi said...


Err..yg tuduh Anwar al Juburi mula2 tu kan Mat Sabu...selamba je takde saksi,takde rasa berdosa pun...yg kata Najib dgn Ziana Zain la,altantuya la...takpa pulak...

apa nama..Tulang besi kata org yg tuduh berzina macam org kapir...jadi PAS ni macam org kapir la...ada 200 org perwakilan PAS sokong Mat Sabu jd Timbalan Pres...mmm..
.

MAna ada dia tuduh la. aku dengar la ceramah dia.

Dia suruh saman penulis buku 50 dalil tu.

kalau anwar pi ikut ckp Mat Sabu tu, dan tak buat repot polis, nescaya Anwar masih selamat.

Tulang Besi said...

Kahkahkah, betul jugak. Ni hujung bulan jadi cyber2 trooper ni baru dapat duit haram.

Sebab tu galak sangat menyalak kat sini.

Nanti bila poket dah kering, tak jadi galak sangat mcm skrg ni.

Anonymous said...

Kamu semua salah. UMNOlah parti yang termulia dan terbersih sekali didunia dan pemimpin seperti Yang Terhormat Terutama Tuan Besar Dato Seri Toyo adalah seorang yang mulia,pemalu,rajin,ikhlas,dan bersih sekali.Malah beliau tak ambil satu sen pun dari rakyat,semua disneyland itu cerita dongeng saja DAP yang pergi bukan Tuan Besar.Mahligai besar Tuan Besar pun cerita dongeng,kemungkinan besar DAP miliki bukan Tuan Besar.Jadi percayalah orang-orang melayu pada umno dan tolak pakatan yg hanya pandai cerita dongeng.

Anonymous said...

TB hang beragama ISLAM kah atau CINa KAPIAK

Anonymous said...

TB,
Begitu ramai yang buat komen dalam tajuk ni hingga naik pening membacanya.Kalau salah laku geng Khir Toyo ni (sewaktu memerintah Selangor)dilapurkan kepada SPRM dan Polis,apa jaminan yang Khir Toyo & Co akan dihadapkan kemahkamah(sekurang-kurangnya bawa kemahkamah dulu belum soal hukum)?Zaman Mahathir berapa banyak lapuran dan siasatan dibuat mengenai rasuah dan salah laku menteri dan Ketua Menteri,apa dah jadi?
Baru-baru ni(24.09.09) dalam akhbar Sun,diberitakan Peguam Negara British didenda 5000 pound kerana mengambil pendatang haram sebagai orang gaji.Beliau(seorang wanita) pernah jadi menteri diKementerian Dalam Negeri Britain.Dinegara seperti diEngland tidak ada siapa yang mengatasi undang-undang(No body is above the law)yang salah tetap salah.Itu baru betul.Bolihlah perkara seperti ini berlaku diMalaysia? 2-3 hari yang lalu bekas Perdana Menteri Taiwan juga diseret kemahkamah kerana rasuah.Soal sekalilagi - bolihkah ini berlaku diMalaysia? Dalam kes Pewaja nama Mahathir disebut-sebut tapi Mahathir tak dibicarakan sekali dengan Eric Chia.Kes Altantuya masih ramai yang terlibat tak dihadapkan kemahkamah.Yang mengaku jadi kekasih Altantuya pun dah lepas walau pun dari segi "motive"dia patut tak dibebaskan.
Inilah suasana dan keadaan mahkamah diMalaysia.Maka tak perlulah cakap pasal SPRM,Polis dan juga SPR,buang masa saja.
Apa yang dibuat olih Kerajaan Pakatan Rakyat diSelangor,walau pun bukan berbentuk mahkamah,tapi lebih berkesan dan banyak dah terdedah.Ini dianggap mahkamah rakyat.Cuma ada seorang individu yang hasrat nak peluk gunung tapi tangan tak sampai - bawa masaalah kepada mahkamah rakyat ini.Tak payah sebut nama - semua orang dah tahu.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

MAna ada dia tuduh la. aku dengar la ceramah dia.

Dia suruh saman penulis buku 50 dalil tu.

kalau anwar pi ikut ckp Mat Sabu tu, dan tak buat repot polis, nescaya Anwar masih selamat.


Kau ni nyanyuk ke Tulang Besi? Yang mula panggil al juburi tu sapa eh? Siapa yang dok canang Umi Hafilda, Shamzidar taharin tu? belum khalid Jefri tulis buku tu pun si Mat Sabu dok cakap. Hang nak tipu sapa ni?

Hang tau tak yg Anwar kena jel pun pasal salah guna kuasa tahan dan paksa Azizan/ Umi Hafilda tarik balik kenyataan bersumpah.

Hang ni taksub anwar sampai benda mcm ni pun xtau..

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Kahkahkah, betul jugak. Ni hujung bulan jadi cyber2 trooper ni baru dapat duit haram.

This will only be true, if u receive any duit balak haram from Husam and also USD from Anwar. If not, dont simply accuse.

Kerja fitnah ni dah mendarah daging ke wahai tulang besi?

Anonymous said...


This will only be true, if u receive any duit balak haram from Husam and also USD from Anwar. If not, dont simply accuse.

Kerja fitnah ni dah mendarah daging ke wahai tulang besi?
.

Bukan mamat2 UMNO tu sampai mintak maaf kat Husam ke sebab tuduh Husam rasuah balak?

Memang dasar UMNO penipu

Anonymous said...


Kau ni nyanyuk ke Tulang Besi? Yang mula panggil al juburi tu sapa eh? Siapa yang dok canang Umi Hafilda, Shamzidar taharin tu? belum khalid Jefri tulis buku tu pun si Mat Sabu dok cakap. Hang nak tipu sapa ni?
.

Bawak bukti la. Jangan tuduh2.

Tapi kau memang dasar UMNO. Kalau tak menipu tak sah.

UMNO ni dari atas sampai bawah semua penipu.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Bukan mamat2 UMNO tu sampai mintak maaf kat Husam ke sebab tuduh Husam rasuah balak?

Memang dasar UMNO penipu


Ko ni tak faham english ke?

Mai aku terjemah bahasa melayu tulisan asal aku:

This will only be true, if u receive any duit balak haram from Husam and also USD from Anwar. If not, dont simply accuse.

Ini hanya benar (yakni aku terima duit gaji sebagai cybertrooper) jikalau kau (Tulang Besi) terima duit balak haram dari Husam ataupun US dollar dari Anwar. Jika tidak, jangan main tuduh2.

Kalau tak faham ayat orang, jangan main terjah...

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Bawak bukti la. Jangan tuduh2.

Tapi kau memang dasar UMNO. Kalau tak menipu tak sah.


5 tuduhan rasuah mengikut Seksyen 2(1) Ordinan no 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970:


1. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperolehi pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti yang diarahkan."


2. Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran iaitu, menjawat iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:-

- mengarahkan Mohd Said dan Amir menggesa Ummi Hafilda supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda telah memberi kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997 seperti yang diarahkan.

3. Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbir, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:-

- mengarahkan Mohd Said dan Amir memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti yang diarahkan.

4. Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997 di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbir, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Mohd Said dan Amir menggesa Azizan Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan telah memberi kenyataan umum bertulis seperti yang diarahkan.

5. Bahawa kamu pada 24 Mei 1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Mohd Azmin Ali, yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a) campur tangan dalam siasatan itu, dan

b) mempengaruhi Datuk Shafee Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes itu bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

dan dengan perbuatan kamu itu Mohd Azmin telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah.

Anonymous said...

Kahkahkah sahabat kanan,

Kalau dah UMNO tu memang UMNO la. Bodoh nak mampus.

Org suruh bawak bukti Mat Sabu guna perkataan al juburi, kau bawak kertas pertuduhan yang kesnya telah dibuang.

Kahkahkahkah. Hakim Augustine Paul pulak tu.

Kahkahkahkahkah Memang UMNO ni BONGAP

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Org suruh bawak bukti Mat Sabu guna perkataan al juburi, kau bawak kertas pertuduhan yang kesnya telah dibuang.

Kau cari tape tahun 1996-97 ceramah Mat sabu, di situ kau akan dapat bukti dia guna perkataan Al juburi.

Kertas pertuduhan tu mana kena buang. Pertuduhan itulah yang Anwar merengkok dalam penjara.

Ada pernah Anwar pertikai kes salahguna kuasa ni?Tak pernah pasal dia mmg salah.

Anwar lepas psl ISA bukan pasal jatuh sentence ni.

Anonymous said...

Terjerit jerit melaungkan 1Malaysia tapi umno kutuk PAS, DAP, Keadilan macam-macam. Mungkin inilah maksudnya 1Malaysia kutuk mengutuk, fitnah memfitnah. Very interesting!!!.

Anonymous said...

Saudara-saudara kita seagama dan sebangsa ni tak lengkap kalau beri komen mesti nak selitkan nama anwar. Kutuklah,memperkecilkanlah dan macam-macam lagi lah. Kita ada family dan juga diri kita sendiri belum dapat dipastikan elok ataupun sebaiknya. Why not kita jaga tepi kain kita sendiri, yah. REMEMBER WHAT GOES AROUND COMES AROUND. ALLAH sangat adil.

Anonymous said...



Kau cari tape tahun 1996-97 ceramah Mat sabu, di situ kau akan dapat bukti dia guna perkataan Al juburi.

Kertas pertuduhan tu mana kena buang. Pertuduhan itulah yang Anwar merengkok dalam penjara.
.

AKU DENGAR LAH Ceramah2 dia tahun 1996-97. Kau jangan tipu aku la.

Kau UMNO, memang dasar penipu. Bachul. penakut

Dia suruh ANWAR SAMAN. Kalau ari tu Anwar saman, dan tak buat polis report, inshaalah skrg anwar selamat.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

AKU DENGAR LAH Ceramah2 dia tahun 1996-97. Kau jangan tipu aku la.

Kah kah kah...ceramah dia?Dia tu sapa? sebut betul2 ceramah Mat Sabu.

Ada kau dgr ceramah Mat Sabu terutamanya, 3 jam bersama Mat Sabu seminggu sebelum Anwar dipecat?

Jangan dok temberang la.

Aku dan group2 PAS dok penat lawan Anwar n ABIM di kampus2.

Kau UMNO, memang dasar penipu. Bachul. penakut

Hek eleh..kau tu penipu besar.Aku nak tanya kau, kalau kau benar, cuba bgtau aku,macam mana rupa cover kaset ceramah mat sabu yang kau konon dengar tu?Bgtau rupanya macammana?

Boleh jawab?

Dia suruh ANWAR SAMAN. Kalau ari tu Anwar saman, dan tak buat polis report, inshaalah skrg anwar selamat.

Lu pikirla sendiri,pasal apa Anwar tak saman.

Lu tanya la, apa pasal dia taksaman tapi suruh SB cari Umi Hafilda dan Azizan merata2 dan paksa mereka tarik kenyataan bersumpah mereka.

Apsal Anwar tak buat pengakuan bersumpah, dia tak pernah "rasa" Azizan.

Mai jawab????

Monkey Code said...

Sakan geng2 Umno mempertahankan "Melayu Totok"...mengatasi Islam. Apa2 je mesti Melayu dulu, bab2 universal Islam di remeh2 kan saja. Bila pula Islam di 'patent' kan atau di 'copy right" kan kepada Melayu. Kelakar betul..sibuk konon nya memperjuangkan Islam...porah. Hoi...bangsa yang hebat ada track record nya ada asal usul nya atau salahsilah nya.

Tuan2 yang konon nya hidup bermati-matian kerana Melayu tolong tunjuk kan kepada saya your race track record / salahsilah dulu?...jangan cakap je berbuih-buih pasal Melayu..."surat beranak dan surat nikah" pun tak ada(origin). Kalau ikut zaman sekarang ia boleh di perumpamakan seperti "anak luar nikah"....

Tolong jawab geng2 pro Umno & fraksi-fraksi UMNO....kalau tidak dunia akan ketawakan anda. Bagi kan bukti2 academic..facts....bukan myths....dongeng...siapa itu Melayu !!!! kah kah kah...concern pasal Melayu konon....kah kah kah

Ahmad Syafiq said...

Aduhai... aku tak tahu nak cakap apa... Dah terlalu ramai cybertrooper UMNO yang berpakaian anonymous. Tak berani nak mendedahkan diri. :P

Ahmad Syafiq said...

Oh ya, lagi satu. Mengapa korang semua takut sangat dengan arak yang dijual di kedai mana2 sahaja? Korang dah lupa ke bahawa iman itu mengatasi segala-galanya? Jika imanmu kuat, insya-Allah, kamu semua dapat menepis kehendak dunia. Ini menunjukkan bahawa, bukanlah tanggungjawab 'total' mana-mana government untuk mengawal penjualan arak. Sesungguhnya, bab halal dan haram ini sepatutnya bermula di rumah dengan didikan agama oleh ibubapa. Jika dapat didikan agama yang mantap, insya-Allah, apa yang dia nampak sebagai haram itu adalah haram, dan apa yang dia nampak sebagai halal itu adalah halal. Samalah dengan bab syirik. Yang kamu semua bimbang dengan kuil yang dibina kenapa? Kalau imanmu kuat, insya-Allah, kamu semua tidak akan melakukan syirik terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya, Allah itu Maha Berkuasa dalam segala-gala hal. Toleransi agama ini telah pun dijadikan contoh sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, apakah masalah-masalah saudara sekalian sebenarnya? Saudara sekalian harus ingat, pembelajaran agama itu bermula di rumah.

Lagi satu, hal memijak kepala lembu. Apakah perbuatan hina seperti itu dibenarkan di dalam Islam? Sesungguhnya janganlah kamu menghina agama yang lain, sesungguhnya mereka akan menghina agama kamu juga.

Juga dalam bab hukum-hakam Islam. Siapakah yang perlu dipersalahkan sehingga hukum hudud Islam tidak dijalankan? Kamu semua tahu tak, hukum hudud Islam di Malaysia hanya boleh dilaksanakan oleh federal government (iaitu UMNO)? Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di state government level. Jika kamu semua menyalahkan PAS kerana tidak melaksanakan hukum hudud, maka itu adalah kurang adil kerana mereka tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksanakan hukum hudud. Oleh itu, UMNO sebagai parti Melayu dan Islam seharusnya menjalankan hukum hudud kerana mereka mempunyai kuasa undang-undang untuk berbuat demikian. Tapi akhirnya, tak jalan pun, kerana 'kononnya' nak menjaga hati orang-orang bukan Islam. Habis tu, kenapa baru sekarang penyokong-penyokong UMNO membangkitkan hal seperti hukum-hakam Islam, penjualan arak, pembinaan kuil dan sebagainya? Mengapa korang tak bangkit hal ini semasa UMNO berkuasa (dan masih berkuasa sampai sekarang)? Ini seolah-olah tindakan ingin 'victimise' pihak yang lain. Apa yang PAS boleh buat sekarang dengan 'limited' kuasa undang-undang yang mereka ada ialah untuk mengajar umat Islam membezakan antara yang halal dengan yang haram. Jika umat Islam dapat membezakan antara yang halal dengan yang haram, insya-Allah, masalah ini semua tidak akan timbul. Itulah sebabnya musuh Islam itu bukan setakat orang bukan Islam yang menentang Islam, bahkan sesetengah orang Islam itu sendiri yang menentang apa yang diperjuangkan dalam agama Islam itu sendiri. Bukankah kita perlu menunjukkan contoh yang baik supaya orang ramai dapat melihat keindahan agama Islam itu?

Lagi satu, bab menuduh/memfitnah antara satu sama lain. Bukankah memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh? Yang korang yakin sangat samada Anwar atau Najib bersalah dalam hal liwat dan Altantuya masing-masing tu kenapa? Kamu semua tahu bagaimana mahkamah kita tidak bebas daripada kuasa pemerintah. Mahkamah manusia itu tidak pernah sempurna. Hanya mahkamah Allah sahaja yang sangat adil. Jika benar Anwar itu bersalah di mahkamah Allah, maka memang dia bersalah. Jika tidak, selamatlah dia di mahkamah Allah. The same applies for Najib.

Let me end my comment with an opinion: If our rezeki are mostly based on 'corruption money', and we buy all 'halal' food, drinks and other 'halal' things, akhirnya that 'halal' things that we consume will eventually become 'haram' because of the source of income. Hal-hal kecil seperti kuil, arak dan sebagainya, the best solution is always 'didikan agama'. Selagi kamu tahu membezakan antara yang 'halal' dengan yang 'haram', insya-Allah kamu tidak akan terganggu oleh hal-hal keduniaan seperti ini.

adf55650 said...

Jawab satu ni wahai PAS
Kalau betul le PAS tu benar2 memperjuangkan ISLAM. Mane peginye Fatwa solat due imam.
Dulu cakap Imam UMNO tak sah, sekarang dah sahke?
Kalau sesuatu fatwa tu benar2 berlandaskan Agama, sampai kiamat pun kite ikut.
Tiap2 Jumaat penyokong PAS berimamkan imam kerajaan. Dah boleh ke sekarang?
Fatwa tu fatwa Agama ke atau pilihanraya je?
Beli daging di pasar tu dah yakinke bukan sembelihan orang UMNO?
Mengapa permain2kan Agama Islam?
Kalau separuh ikut, separuh tak ikut, tu MUNAFIK namanya.

Malas nak sembang pasal SELCAT la, kuil la, Back to our basic needs as a MUSLIM.

Sempurnakan solatmu jika kamu ingin hidup dan mati dalam ISLAM/

Anonymous said...


Pemberian 400 hektar kepada sekolah-sekolah Cina. Berapa kerat Org melayu dalam sekolah Cina. Nizar luluskan.
.
Nizar lulus 400 hektar tanah Kampung Tersusun yang 80% Melayu. Apasal kau tak sebut?

Kau memang bangsat sebab kau UMNO

adf55650 said...

Cerminlah diri tu dulu.
Fikirlah pelan2. Jangan gelojoh memaki tak tentu pasal. Islam tidak suruh umatnya buat semua itu.
Kalau saudara jenis berakal, marilah sama2 hayati Islam.
Sy dah cakap apa yang perlu.
TERPULANGLAH.....jom solat sunat.

Anonymous said...

Blogger adf55650 said...

Cerminlah diri tu dulu.
Fikirlah pelan2. Jangan gelojoh memaki tak tentu pasal. Islam tidak suruh umatnya buat semua itu.
Kalau saudara jenis berakal, marilah sama2 hayati Islam.
Sy dah cakap apa yang perlu.
TERPULANGLAH.....jom solat sunat.
.

Sudahlah, kau ni lidah macam biawak. BIla orang soal tak boleh jawab.

Kau ni memang bangsat.

Anonymous said...


Kah kah kah...ceramah dia?Dia tu sapa? sebut betul2 ceramah Mat Sabu.

Ada kau dgr ceramah Mat Sabu terutamanya, 3 jam bersama Mat Sabu seminggu sebelum Anwar dipecat?
.

Kahkahkah jgan mengelat wahai penipu.

Kau cakap kat aku, mana bukti dia.

Tak payah nak ngarut2 la.

Kau ni dah terbukti pembohong. Kau sedar tak?

adf55650 said...

Ha ha ha
Ni le rupe ajaran PAS. Cakap maki2, carut2. Macam ni ke nak berdakwah? Jawab le soalan sy tentang fatwa solat due imam tu. Pasal solat Jumaat. X payah le nak maki2. Islam tak suruh maki2 orang lain.
Jom la masuk Islam.
Tinggalkan la Agama PAS tu.
Seluruh pengikut PAS tak boleh jawab soalan tu.
Jangan la cskap pasal hudud kalau solat pun tak sempurna lagi.

adf55650 said...

tahniah kerana dapat menunjukkan akhlak PAS (malu nak sebut akhlak ISLAM) yang sgt baik semasa penamaan calon BP tadi. Jerit2, maki hamun, baling botol, sampai tumbuk YB pun ada. Nak kata fitnah juga ke?
Semasa saya belajar di Mesir dan Indonesia tak pernah jumpe kitab suruh buat macam tu. Kene cari dalam kitab PAS kot.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Kahkahkah jgan mengelat wahai penipu.

Kau cakap kat aku, mana bukti dia.

Tak payah nak ngarut2 la.

Kau ni dah terbukti pembohong. Kau sedar tak?


Kau tu yg mengelat...aku dgr mat Sabu cakap Al Juburi. Nak cakap apa lagi?

Kau tu mat sabu punya ceramah pun tak nak dengar kot..tanya kaset dia rupa macam mana pun tak boleh jawab.

Yg mengelat dan membohong tu kau.

Tulang Besi said...

Kau tu yg mengelat...aku dgr mat Sabu cakap Al Juburi. Nak cakap apa lagi?

Kau tu mat sabu punya ceramah pun tak nak dengar kot..tanya kaset dia rupa macam mana pun tak boleh jawab.

Yg mengelat dan membohong tu kau.
.

Kau dengar, tapi aku tak dengar pun.

So, sapa kao nak percaya?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Kau dengar, tapi aku tak dengar pun.

So, sapa kao nak percaya?


Aku percaya kat mat Sabu, bukan kao sebab kao bukan mat sabu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.