Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 30, 2009

Cerita Di Sebalik Gempa Bumi di Tasik Malaya Dan Padang Sumatra


Saya berkesempatan bersolat jemaah dan mendengar khutbah dari Buya Alvis Chaniago, seorang aktivis dari Front Pembela Islam (FPI) minggu ini. Saya berniat untuk berkongsi maklumat yang saya dapati dari khutbah tersebut.

Organisasi Buya Alvis telah menghantar sebuah pasukan pembantu kepada mangsa gempa bumi Tasik Malaya (http://www.reliefweb.int/rw/rwb.nsf/db900SID/NSPR-7VJGAD?OpenDocument). Kita semua maklum pada 2 September 2009, sebuah gempa bumi pada skala Richter 7.3 telah melanda sebuah tempat bernama Tasik Malaya yang terletak di Jawa Barat, Indonesia.

Setelah berlaku gempa tersebut, FPI menghantar pasukan untuk membantu proses dan kerja2 menyelamat serta pembinaan semula kawasan terbabit serta membantu mangsa2 Tasik Malaya tersebut.

Buya Alvis seterusnya bertanya mengapa Tasik Malaya dan Padang?. Dalam satu wawancara di stesen TV Indonesia (Stesen Trans TV), seorang pakar seismologist memberitahu bahawa kawasan yang dijangka berlaku gempa selepas Acheh adalah Jakarta. Menurut pakar itu, boleh dikatakan semua pengkaji di Indonesia menyatakan bahawa Jakarta akan menjadi tempat kedua kejadian gempa berlaku selepas Tsunami Acheh.

Seterusnya, berlakunya gempa di Tasik Malaya dan Padang benar-benar MEMBINGUNGKAN para pengkaji gempa di Indonesia, dan pakar itu berkata kejadian gempa ini adalah benar-benar kejadian yang menurut kehendak kuasa yang Maha Besar.

Kesah di Tasek Malaya

Buya Alvis menyambung lagi, setelah berada beberapa hari di TasikMalaya, di tempat kejadian gempa berlaku, barulah Buya Alvis mengetahui mengapa gempa tersebut berlaku. Hampir keseluruhan kawasan yang terlibat dalam gempa tersebut diduduki oleh para pengikut Ahmadiyyah/Qadyyani.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan yang menjadi mangsa gempa Tasik Malaya melibatkan kampung2 dan penempatan2 pengikut2 Qadyani/Ahmadiyyah. Amat sedikit kawasan Ahlus Sunnah yang musnah akibat gempa tersebut.


Buya Alvis menyambung, protes dan usaha ke arah memaksa kerajaan Indonesia mengambil tindakan ke atas pengikut2 dan ajaran2 Qadyani di Indonesia telah dilakukan oleh Muhammadiyya dan FPI ke tahap maksimum. Sebelum pemilu MPR baru2 ini, satu demonstrasi besar2 an telah dilakukan menuntut kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas ke atas ajaran Ahmadiyya di Indonesia.

Namun tuntutan gerakan Islam itu tidak diambil kesah pemerintah Indonesia sama sekali. Malahan, terdapat pengikut Jaringan Islam Liberal di bawah naungan Gus Dur memperlekehkan usaha FPI/Muhammadiyyah ini.

Buya Alvis berkata lagi, akhirnya mereka terpaksa mengadu kepada Kerajaan di langit bagi mengharapkan tindakan tegas ke atas ajaran sesat dan syirik ini. Dan Kerajaan di Langit akhirnya menghantar penguatkuasaanNya dalam bentuk Gempa Bumi berskala Richter 7.3 di tengah2 kawasan Ahmadiyyah/Qadyanni ini.

Alhamdulillah, selepas trajedi ini, hampir 1500 pengikut Qadyani berjaya diislamkan oleh FPI. Itu tidak termasuk usaha dari kumpulan2 pembantu yang lain di Tasik Malaya.

Kesah di Padang

Di Padang juga serupa. Ada 3 kampung yang sama sekali musnah kerana gempa tersebut. Mengikut penyiasatan FPI, mereka mendapati di tiga kampong tersebut, segala maksiat telah menjadi perkara biasa dan lumrah di sana. Arak, zina, meninggalkan solat menjadi lumrah di ketiga-tiga kampong tersebut.

Menurut khabar muttawateer dari hampir ke semua yang ditanya, beberapa ketika sebelum berlaku gempa, tiba-tiba muncul sepasang mata di langit yang boleh dilihat oleh semua orang2 di kampong tersebut.

Sejurus melihat sepasang mata tersebut menyebabkan orang2 di kampong tersebut merasa takut dan mengunci diri mereka dalam rumah2 mereka. Sejurus orang2 kampung mengunci diri mereka, maka berlakulah gempa yang amat dahsyat.
Mereka yang terselemat memberitahu seolah-olah mereka berada di atas kapal di tengah2 badai yang melanggar, walaupun mereka duduk atas darat.

Mengapa Tidak Jakarta?


Keseluruhan mereka yang ahli dalam gempa di Indonesia memberitahu bahawa Bandar yang akan dilanda gempa selepas Acheh adalah Djakara. Namun, sehingga hari ini Djakarta masih tenang.

Sedangkan pusat maksiat terbesar di Indonesia adalah Jakarta berbanding bandar2 lain. Menurut Buya Alvis, walaupun wujud maksiat terbesar di Jaakrta namun kedapatan juga para ulama yang menjalankan usaha Amar Maaruf Nahi Mungkar yang paling besar di Indonesia adalah di Jakarta.

Ulama2 yang besar2 dan usaha dakwah yang terbesar di Indonesia adalah di Jakarta yang mana inilah faktor menyebabkan Allah SWT menangguh adanya gempa di Jakarta. Buya Alvis berkata kalau pada satu hari nanti, ulama2 besar ini mengambil sikap tidak lagi mahu berdakwah dan melakukan kerja nahi mungkar dan menyerahkan kepada Allah SWT, pada hari itu beliau yakin Gempa yang ditahan oleh Allah SWT selama ini akan berlaku di Jakarta.

Pengajaran

Ada beberapa pengajaran yang dapat kita ambil:

a. Di Malaysia, kejadian gempa, tsunami etc jarang berlaku kerana usaha Amar Maaruf Nahi Mungkar berjalan semenjak Malaysia merdeka 1957. Apakah usaha tersebut dipanggil? Usaha tersebut dipanggil dengan nama Partai Islam Semalaysia (PAS)

b. Apabila kita sudah berusaha semaksima mungkin untuk menghapuskan kesyirikan dan kemungkaran, akhirnya nanti AllahSWT akan menghantar bantuanNya bagi mencukupkan usaha kita tersebut. Selagi usaha kita tidak dibantu AllahSWT ia bererti ada lagi ruang2 yang masih belum dilakukan oleh para pejuang Islam. Selepas Ustaz Ibrahim Libya dibunuh secara kejam, UMNO telah pecah dan tidak dapat disatukan kembali. Contoh lah ni.

c. Amar MAaruf NAhi mungkar MESTI berterusan berlaku dalam masyarakat kita untuk memastikan bala dan bencana tidak diturunkan oleh Allah SWT. Selagi ada ulama2 yang giat menjalankan kerja2 amar maaruf nahi mungkar, selagi itu Allah SWT akan menghalang berlakunya bencana dalam negara tersebut.

d. Gempa di Padang itu TERSANGAT kuat sehingga Kota Baru pun dapat merasa gegarannya. Mungkin juga ia satu amaran kepada rkayat Malaysia apabila terdapat setengah2 kepimpinan PAS yang sudah meletakkan kepentingan dunia melebihi tugas amar maaruf nahi mungkar

e. Gempa bumi sampai Kota Baru sebab Allah SWT nak bagitau Tok Guru kalau Tok Guru tak gegar PAS, Allah SWT akan gegarkan Malaysia. Agaknya sebab itulah Tok Guru menulis artikel dalam blog beliau kerana beliau mahu mengelakkan PAS dari menjadi UMNO dan menghapuskan samasekali kerja Amar Maaruf Nahyu Mungkar

Wallahualam bissawab

66 comments:

Batang Berair said...

Siapa tahu dosa dan hukuman bagi seseorang penipu? Kesian tengok TB kena hukuman ini nanti.......

Tulang Besi said...

btg berair, aku bagi kau lepas kali ni sbb sblm ni kao tolong buktikan cybertrooper umno dpt duit dari umno

Grand Marquis said...

Blog ini sebenarnya sangat memualkan kerana banyak sangat fitnah. Tapi kerana amar makruf dan nahi mungkar, sesekali saya terpaksa response.

Sudah berkali-kali saya mengingatkan TB agar berhenti dari berlagak menjadi Tuhan seolah-olah kita tahu sebab musabab suatu ketentuan illahi.

Tidak dinafikan Allah S.W.T. pernah mengazab kaum yang lampau lantaran kekufuran mereka. Tetapi untuk kita mengatakan suatu kejadian mala petaka yang berlaku pada hari ini adalah lantaran Allah S.W.T. mengazab satu-satu kaum lantaran kekufuran mereka adalah satu dakwaan tanpa ilmu kerana kita bukan orang yang mendapat wahyu dari Allah S.W.T. yang dapat mengesahkan perkara tersebut.

Janganlah kita memperkatakan sesuat tentang Allah tanpa kita mempunyai ilmu mengenainya.

Azab Allah S.W.T. pasti akan turun pada sesiapa yang melanggar perintahnya. Ini tidak mengecualikan orang yang kononnya mahu menegakkan ugama Islam, tetapi menjadikan nafsu sebagai paksi perjuangan agama.

Sekiranya kita ini umat Islam terus bertelagah tidak mustahil satu hari nanti azab Allah S.W.T. akan turun pada kita.

Wallahualam

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

Awak bagitau parti awak la kenapa boleh biar orang ISlam duduk dalam lembaga pengarah Calrsberg

Anonymous said...

Kat mekah pun selalu banjir....

Boleh explain sebab gempa bumi ditempat- tempat lain.

Sudahlah TB . Banyak lagi tempat maksiat dalam dunia yang terlindung Dari bencana.

Semua qada' & qadar. Jangan nak mengarut. Eh! Lupa, kamu memang tukang karut

Anonymous said...

Kalau PAs tak ada kat Malaysia Atau Nik Aziz meninggal, Malaysia kena gempa bumi Dan tsunami.
Mungkin gunung ledang nak meletup woi!

Grand Marquis said...

TB, pertama, berhentilah dari berlagak menjadi Tuhan seolah-olah awak tahu yang parti saya adalah UMNO.

Parti tertentu yang biar orang ISlam duduk dalam lembaga pengarah Calrsberg. Bagi saya itu adalah perbuatan yang jelek yang menyalahi tututan agama. So what is the problem?

Tapi kenapa parti awak tidak membela Hassan Ali yang membantah penjualan arak dikawasan kediaman orang Islam? Malah geng-geng awak mahu mengenakan tindakan disiplin kepada beliau?

Tinta Hitam said...

Qadiani ni ajarab sesat yang bernabikan Mirza Ghulam Ahmad.Mereka ini golongan kafir.

Persolannya adakah betul di Padang ni langsung takda usaha usaha dakwah sehingga Allah menurunkan bala pd mereka?

Satu pengajaran pada kita sebab sesuatu yang berlaku tu mesti ada sebabnya.Tak dapat nak komen pasal bab ni pasal saya kekurangan ilmu untuk menganalisa dengan lebih terperinci

Pasal Tsunami yg berlaku sedikit kat Malaysia 5 tahun lepas menunjukkan ketidakcekapan Kerajaan Malaysia.Mereka tidak mempersediaka mekanisma untuk menghadapi bencan alam.

Pertolongan dari pihak berkuasa cuma datang beberapa hari lepas itu.Pemimpin pemimpin dan pegawai pegawai kerajaan sibuk pergi bercuti.Yang sampai dulu adalah NGO NGO.Peristiwa Tsunami tu telah membuktikan UMNO ni sebanranya tidak cekap mentadbir negara

Tulang Besi said...

Anonymous Grand Marquis said...

TB, pertama, berhentilah dari berlagak menjadi Tuhan seolah-olah awak tahu yang parti saya adalah UMNO.
.

GM berenti lah jadi jahil. Kau penyokong parti yang menjadi punca maksiat di Malaysia.

Jgn lah nak berlaak macam kau ni alim sangat.

Boleh tak?

Anonymous said...

TB, kau masuk hospital tu bukan bala Dari Allah?

Oh, tidak, kalau orang Umno masuk hospital baru dikira bala....

Anonymous said...

Well,in tsunami 2004,seramai 250,000 muslim,non muslim,free thinkers,atheist dari berbagai kaum,bangsa,agama, meninggal dunai..gempa bumi,natural disasters ini ancient..as ol as this earth..that's all..

Anonymous said...

Compared to natural disasters..man made disaster lagi terok..perang,poverty,pollution, etc etc..

Anonymous said...

At the dawn of man,people used to worshop nature..they understood nature's eco system..they lived in harmony with nature..and they developed sofistikated agro culture,calenders,culture,work of arts(ancient mayans for example)..

Anonymous said...

The legend of Noah's ark is not hak cipta terpelihara puak semtik ie ayrabs..this legend is known in seluruh dunia..even our very own orang asals r aware of it..they even know more!!many ancient civillisations went under da sea.. Atlantis,Ancient Lemuria..etc etc..the good thing is science came in existence to counter kelentongs of soap box "jusus is white" preacehers,ochre robed hindu freaks,and very big serban wearing sikh/muslim fanatiks..

Anonymous said...

[Yusufali 56:37] Beloved (by nature), equal in age,-

Is Allah selective?Does Allah practice favouritism?

Anonymous said...

I strongly belive,we human r becoming dwarfs..

Anonymous said...

ingat PAS saja ke buat keje...

kemon open minded skit la...

PAS is not everything....

byk lg jamaah lain...

jgn ingat kalu x sokong PAS tu x islam.

cuma berbeza prinsip

Anonymous said...

You are reading much too much into the recent earthquake. If you check out the US Geological Survey website you will see that earthquake occurs everyday around the world.
There is nothing sinister about it. If you live in an earthquake zone, sooner or later you are bound to experience it. Similarly to typhoons, flooding, volcano, drought,etc.

This is the law of nature which by the way is created by Allah.

Malaysia is not in the earthquake zone. There is no chance of that happening.

Every year during the monsoon, there is flooding in the east coast. The moisture laden monsoon wind will will dump all its moisture at the first landfall as it travel from the northeast and causes flooding. Kelantan happens to be on its path.
By your reasoning, Kelantan is incurring the wrath of Allah, that why it flood there.

Sadly this kind of thinking is a product of the Malaysian education system.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Insha Allah,semoga kita dpt pengajaran dr artikel baru ni.

Tulang Besi said...

Sahabat kanan,

Insha Allah,semoga kita dpt pengajaran dr artikel baru ni.
.

Sayangnya hang takkan belajar dari artikel ini sebab:

a. Hang sokong parti yang menjadi penaja maksiat

b. Hang sokong parti yang menaja dosa2 besar seperti Qazaf dan sumpah Palsu

c. Hang sendiri buat sumpah palsu tuduh Mujahid ada konspirasi padahal takda.

Sumpah Palsu maknanya hang buat sumpah, lepas tu terbukti benda hang dakwa dalam sumpah tak betul

Mcm tuduhan hang pada Mujahid la.

Anonymous said...

Hang sokong parti yang menaja dosa2 besar seperti Qazaf dan sumpah Palsu

Anwar pun pesalah qazaf.

Aku nak tanya hang, kalau org kena hukum penjara ke rogol ke oleh mahkamah sekular, hang terima tak org tu bersalah?

Hang sendiri buat sumpah palsu tuduh Mujahid ada konspirasi padahal takda.

Kalau takda,hg buat sumpah nafi.Teks aku dah bg,tunggu hg copy balik dan lafaz masa copy tu saja.

Mujahid terlibat dan terlibat. Faqad.

Sumpah Palsu maknanya hang buat sumpah, lepas tu terbukti benda hang dakwa dalam sumpah tak betul

Err..mcm ni ke ilmu tulang besi dalam bab sumpah ni..hujah cerita budak tu zaman merangkak dlm endoi..

Hang sokong parti yang menjadi penaja maksiat

Hg tu bukankah tgh sokong parti maksiat yg halal maki hamun,mengumpat dan kberkonspirasi.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Sayangnya hang takkan belajar dari artikel ini sebab

Bukankah hg kata org munafiq ni sifatnya kiasu/takmahu kalah.

Terbongkarlah siapa yg munafiq yg bila org hendak berbaik2,dia nak gaduh jugak.

Tinta Hitam said...

UMNO mmg la parti yang telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.Tetapi merekalah yan gmenjadi juara menaja segal kemaksiatan dimuka bumi Malaysia ini.

Untuk makluman semua UMNO meluluskan berbelas belas lesen judi sebab ada perjanjian antara syarikat syarikat judi ni dgn UMNO.Mereka akan beri sumabgan pd tabung UMNO secara tetap dengan jumlah yg banyak.

Tu belum masuk lagi syarikat arak.Sebenarnya UMNO ni lah ibu segala maksiat di Malaysia ni.TU sebab kita kena jatuhkan UMNO sebelum bala Allah menimpa kita secara besar besaran

Anonymous said...

Orang2 UMNO parti basi memang kaki merepek, kaki mencarut... ambik bendera UMNO hampa tu buanglah dalam jamban.

Tulang Besi said...


Bukankah hg kata org munafiq ni sifatnya kiasu/takmahu kalah.

Terbongkarlah siapa yg munafiq yg bila org hendak berbaik2,dia nak gaduh jugak.
.

Hang kan dah terbukti pembohong, pembuat sumpah palsu. Kenapa aku nak ngaku kalah pulak?

Tulang Besi said...


Kalau takda,hg buat sumpah nafi.Teks aku dah bg,tunggu hg copy balik dan lafaz masa copy tu saja.

Mujahid terlibat dan terlibat. Faqad.
.

Tak payah ulang2 la. Bukti jelas hang ni PEMBOHONG dan PEMBUAT SUMPAH PALSU.

Apa aku nak takut dengan kau.

Pegi lah usrah dgn tokeh2 judi kau tu.

Anonymous said...

Anonymous 1.52AM kata:

Kat mekah pun selalu banjir....

Boleh explain sebab gempa bumi ditempat- tempat lain.

Sudahlah TB . Banyak lagi tempat maksiat dalam dunia yang terlindung Dari bencana.

Semua qada' & qadar. Jangan nak mengarut. Eh! Lupa, kamu memang tukang karut

---orang yang buat kenyataan macam ni adalah orang yang kurang sihat.

Setiap kejadian itu ada hikmahnya, dan pasti ada sebab tersembunyi diberikan Allah dalamnya.

Sesiapa ckp yang kejadian gempa, gunung berapi, banjir ni natural disaster, samala dgn pakar2 kristian, yahudi, buddha dan lain2(tak kata dia tu kafir).

"Ya Allah, tidaklah kau jadikan sesuatu itu sia sia, ya Tuhanku maka jauhkanlah kami dari Azab neraka"

Allahua'alam.

Skuad Peninjau

Anonymous said...

Article: Tent city fire kills hundreds of pilgrims Muslims performing Hajj struck with panic as blaze destroys shelter area; Pilgrimage disasters Previous disasters during the Muslim pilgrimage to Mecca and Medina: Dec. 4, 1979 - Sunni Muslim militants occupy Grand Mosque in Mecca; 75 die in battle with Saudi police. Scores of Saudis killed. Aug. 3, 1980 Pakistani jetliner carrying hundreds of pilgrims catches fire after takeoff from Jiddah, breaks apart on emergency landing and kills 310 people. July 31, 1987 Security forces clash with Iranians staging anti-U.S. demonstration in Mecca; 402 people, mostly Iranian pilgrims, killed and 649 wounded. July 2, 1990 Stampede in pedestrian tunnel leading to Mecca's holy sites; 1,426 pilgrims killed. March 21, 1991 Saudi Arabian transport jet crashes in northwestern part of kingdom, killing 98. May 23, 1994 Stampede in Mecca as worshipers rush toward cavern for symbolic ritual of "stoning the devil;" 270 pilgrims killed.
http://www.highbeam.com/doc/1P2-6524415.html

Anonymous said...

168 Hindu pilgrims die in stampede at temple• Cause unclear but police blame broken barrier
• Crush in Jodhpur is third religious disaster this year
Buzz up!
Digg it
Randeep Ramesh in Delhi The Guardian, Wednesday 1 October 2008 Article historyAt least 168 devotees were killed and more than 100 injured in a stampede at a Hindu temple in Jodhpur, in India's western state of Rajasthan, officials said yesterday.

The disaster occurred as the doors were opened to the Chamunda Devi temple in the hilltop Mehrangarh fort complex. More than 25,000 worshippers had gathered there at the start of the Hindu festival of Navratra, a nine-day celebration of the nine incarnations of the Hindu mother goddess, Durga.
http://www.guardian.co.uk/world/2008/oct/01/religion.india

Anonymous said...

Wat can we conclude frm the above examples?God tak suka pilgrims?God is murderous?

Anonymous said...

Man has 2 sides..and we have the tendency to syok the shadowy aspect of god ..hate,lust,revenge,superiority,ketuanan,r some examples..Tok Guru Nik Aziz was aboslutely correct when he said UMNO tu kafir..

dILA said...

SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menanggap kedua2 article dalam harakah tersebut.

saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru.

ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu senditi. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR....sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH!!!!

Anonymous said...

apa nih????

Anonymous said...

Tulang Besi : ini ada soalan sikit. Anta famous dengan menyamar sebagai pompuan dalam beberap laman web. He he.


Anta juga famous dengan isme ma'rifah dan nakirah. He he.


Sila rujuk Surah 47. Dalam surah itu apakah "muhammadun" itu isme ma'rifah. Bagaimana dengan "muhammadin" dalam surah yang sama.


Sila beri sedikit pencerahan.


Cyber Rasul (he he)

Anonymous said...

WARNA SEBENAR HUSAM....

Husam Hayati Semangat Unity Government.... Lihat SIASAH terkini ms 5

YB Datuk Husam Musa telah mencadangkan satu idea untuk melantik Adun pembangkang menjadi timbalan Exco. (Sila rujuk juga laporan Siasah terbaru di muka surat 5)

Cadangan ini bagi saya satu cadangan yang baik dan menunjukkan kegeligaan otak beliau. Inilah yang saya kata dulu bahawa si baju petak-petak merah ini seorang yang bijak dan berpandangan jauh. Sebab itu saya telah gila-gila berusaha untuk mengusungnya ke Kelantan pada tahun 2004 sebagai persiapan untuk menjadi Menteri Besar bagi mengganti Nik Aziz. Saya sudah dapat membaca kelebihan dan kehebatan yang ada kepadanya dan jarang dimiliki pemimpin pelapis lain di Kelantan.


Cadangan yang beliau kemukakan itu membuktikan kepelbagaian beliau dalam menyelesaikan masalah politik. Ia juga menunjukkan keberaniannya. Dalam saat orang membuang kerjasama dengan Umno tetapi beliau boleh tampil membuat cadangan itu. Pada saya inilah keberanian yang harus ada kepada mana-mana pemimpin. Sifat-sifat yang dimilikinya inilah mewajarkan beliau menjadi pemimpin. Seorang pemimpin itu harus senantiasa ada pemikiran dan idea-idea baru yang progresif dan dinamik.


Sebenarnya, apa yang dicadangkan beliau itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan dulu. Kalau cadangan Husam itu bukan bermakna Pas bekerjasama dengan Umno, maka begitulah juga rupa dan bentuknya UG dulu.


Bak kata Husam itu, kalau Adun BN dilantik menjadi timbalan Exco yang ada kelulusan profesional mereka boleh merancang progrem untuk rakyat. Sudah tentu juga mereka boleh mengadakan pendekatan dengan kerajaan Persekutuan, dan ini sangat penting dan menguntungkan rakyat.


Saya nampak yang Husam nampak mengenai baik dan buruknya, untung dan ruginya mengenai jalinan kerjasama seperti itu antara Pas dengan Pas di peringkat sebuah kerajaan menerusi perlantikan wakil UBN sebagai timbalan Exco itu.


Dalam konteks Kelantan kalau berlaku kerjasama seperti mana dicadangkan Husam itu, ia boleh menzahirkan suasana politik yang harmoni di Kelantan. Maka akan wujudlah satu pendekatan dan stail baru politik yang membawa keuntungan kepada rakyat jelata. Dengan wujudnya kerjasama itu juga nanti maka tidak payahlah kerajaan Kelantan menjerit-jeirt meminta royalti petroleum atau sampai terpaksa bawa rombongan ke tengah laut sehingga dihempas dan dipulas gelombang dan termutah-muntah.


Tidak payahlah mengupah juruukur yang kehabisan kontrak dan dipah sebanyak RM30,000. Perbincangan untuk menuntut royalti itu boleh diuruskan oleh timbalan Exco dari Umno itu saja.Bukankah ini satu tindakan bijak untuk rakyat Kelantan?


Ikhlas saya nyatakan walaupun dari segi peribadi, merujuk kepada perangai si baju petak-petak merah saya tidak senang, tetapi saya suka dengan ideanya itu. Isu peribadi saya dengan beliau tidak harus dijadikan sebab kenapa idea itu ditolak. Saya berharap Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar bersedia menimbang untuk memberi kelulusan kepada cadangan itu.


Dan kepada Adun UBN pula hendaklah menerima dengan baik idea berkenaan. Mustapa Mohamed hendaklah berfikir secara sihat walafiat atau mengkaji cadangan Husam itu demi pembangunan Kelantan tanpa meletakkan politiking kepuakan yang tebal.


Sekiranya cadangan Husam itu diterima Nik Aziz, jangan lupa dua Adun ini, Adhan Awang Kechik (Bukit Bunga) dan Nazula Mat Diah (Paloh). Lantiklah mereka sebagai timbalan Exco. Mereka inilah yang telah membuat permohonan maaf menerusi akhbar daripada Husam Musa menjelang muktamar Pas yang lalu. Tentunya budi mereka ini tidak boleh diketepikan begitu saja walaupun Husam kalah. Orang berbudi kita berbahasa!


Capaian artikel MSO


Bukan Penyokong Nasa, Bukan penyokong Hassan Ali, Bukan Penyokong Husam... Bekerja Untuk PAS

Sayang Khairuddin said...

Salam

Saya rasa penama Tuan Man ini ialah Khairuddin atau orang kanan beliau.

Khairuddin nak ambil tindakan kepada orang yang mendedahkan rahsia parti. Tolong ambil tindakan kepada Hasan Ali dulu. Sebab di dalam pertemuan Hasan Ali dengan Bloggers beliau mendedahkan rahsia PAS yang paling besar. Iaitu, Semua calon-calon PAS, sebelum bertanding dimestikan bersumpah dengan nama ALLAH SWT jika mereka lompat parti, maka tercerai isteri dengan talak tiga. Itukan satu rahsia yang mengaibkan parti. Dan boleh digunakan oleh UMNO untuk menyerang PAS. Oleh itu, tolong ambil tindakan kepada Hasan Ali.

1. Tindakan Sayuti merakamkan ucapan Hasan Ali yang membalun Khalid Ibrahim tersebut adalah usaha yang bijak. Kalau tidak, apa bukti Hasan Ali ni anti Pakatan Rakyat dan sabotaj Ibrahim. Beliau mempermudahkan urusan JK Disiplin

2. Tidak ada rahsia yang didedahkan oleh Izham dan Azman. Nak dedah apa. Kenapa diorang takut sangat?? ADAKAH IA RAHSIA PARTI ATAU RAHSIA PERGERAKAN SULIT MEREKA UNTUK MENJATUHKAN PAS DI DALAM PRU-13. Jangan samakan rahsia parti dengan rahsia peribadi korang yang sangat kotor tersebut.

3. Kalau betul Izham yang membuat kertas memo untuk memecat Hasan Ali, orang yang sain dan berkempen untuknya siapa pula. Jangan sampai kami dedahkan cerita beberapa tahun lampau. Ust Md Zain, Ketua Ulama Selangor antara yang tandatangan. Tetapi sekarnag ini beliau menjadi penyokong kuat Hasan Ali. Saya cabar kepada Khairuddin untuk mengambil tindakan kepada semua individu yang sain memo untuk Hasan Ali letak jawatan beberapa tahun lepas. Nak tengok, berapa besar yang kena tindakan disiplin dan seterusnya membuktikan berapa ramai orang Selangor yang tidak suka kepada Hasan Ali.

4. Aku dah cakap, Hasan Ali tidak boleh masuk UMNO secara direct sebab beliau dah sumpah. Tetapi misi beliau dan rakan-rakan beliau adalah buat kacau dalam pakatan, sampai Pakatan bergaduh teruk sesama sendiri, Tan Sri Khalid tidak dapat mentadbir, rakyat hilang keyakinan, dan seterusnya Pakatan Rakyat kalah pada Pru-13. Itu misi mereka. Ataupun, mereka buat kacau dalam Pakatan sehinggakan PKR dan DAP rasa terbeban dan terpaksa membuang PAS daripada Pakatan Rakyat. Itu misi mereka. Menghancurkan Pakatan Rakyat.

5. Khairuddin terkenal sebagai anak buah Hasan Ali yang sangat kuat membodek Hasan Ali. Beliau yang menghadapi masalah kewangan yang teruk sebab bisness beliau yang tidak menjadi terpaksa bertenggek kepada Hasan Ali untuk mendapat projek dan melangsaikan kesemua hutang piutangnya. Khairuddin, berapa banyak projek Alam Flora dah yang ko dapat? Bagi kat aku sikit.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Tulang Besi : ini ada soalan sikit. Anta famous dengan menyamar sebagai pompuan dalam beberap laman web. He he.


Anta juga famous dengan isme ma'rifah dan nakirah. He he.


Sila rujuk Surah 47. Dalam surah itu apakah "muhammadun" itu isme ma'rifah. Bagaimana dengan "muhammadin" dalam surah yang sama.


Sila beri sedikit pencerahan.


Cyber Rasul (he he)
.

Sejak bila pulak saya menyamar jadi perempuan? Kau sehat ke?

"Muhammadan" dan "Muhammadin" takda kena mengena dgn ism maarifah.

Sapa belajar bahasa Aran kena lah tau ism maarifah dan nakirah

Bukan mcm hang, quran hang dalam bahasa inggeris

Go to my other blogs for you to get your head cleaned.

antiantihadeeth.blogspot.com

Anonymous said...

Tulang besi,
Article kau kali ini benar-benar buat aku meluat.

Malaysia terselamat daripada gempa bumi disebabkan PAS??? SAMPAI KE-SITU CARA KAU BERFIKIR, MASYAALLAH....

Anonymous said...

Tulang Besi,

Baru-baru ini, surau saya diSerendah yang mana ajk-ajk nya dari dulu penyokong kuat PAS telah menjemput Ustaz Shahril Long dari Kedah untuk berceramah. Terpegun dan terperanjat beruk kami dibuatnya.

Memaki hamum mufti-mufti dan kerajaan BN itu kami dah biasa dengar dan kami tak hairan tetapi mengutuk orang islam di Padang dengan kata-kata umat islam disana telah sesat adalah amat keterlaluan.

Didalam jemaah kami, ada mereka-mereka yang berasal dari Padang dan mempunyai ramai saudara mara yang merana kehilangan keluarga dan harta benda disebab kan gempa bumi tempoh hari. Tergamak ustaz ini melukakan hati-hati mereka tanpa segan silu dan bersahaja.

Kami, qariah tempatan bersimpati dan menyesal kerana menyokong PAS selama ini.

Nasihat Sultan Selangor supaya tidak bermain politik didalam mesjid dan surau memang tepat sekali tetapi perbuatan Dr. Hassan Ali menyangkal pandangan dan nasihat sultan didalam surat kabar amat bodoh sekali macamlah rakyat selangor ini semua nya tunggul dan bodoh belaka, tak ada mata dan telinga.

Jadi message yang nak saya sampaikan, bertaubatlah wahai tulang besi, tak baik mengatakan ia bala dari tuhan setelah perkara telah berlaku.

Apa kamu rasa bila emak atau bapak atau anak kau ditimpa kemalangan dan kawan-kawan kau seperti Ustaz Shahril Long kata itu bala dari tuhan?

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi janganlah menafsir agama mengikut kepentingan politik. Berlakulah lurus dalam kehidupan. PAS Selangor hangat2 tahi ayam saja nak haramkan arak di Selangor, memakmurkan kuil Hindu, menentang pepraduan Islam dengan UMNO. Ini kah dia amal maaruf yang saudara dan lain2 ahli PAS perjuangkan. Saya hanya namapak kebanyakan ahli PAS suka bergaduah dan cari msuh sesama Islam. Tak de beza dengan orang UMNO dan PKR. Jangan perasan orang PAS itu baik sangat. Iman sesorang itu bukan terletak Parti mana tetapi terletak kepada ikhlasannya dengan Allah Ta'ala.

Setahu saya yang duk serang pusat2 maksiat ialah dari JAWi dan polis. Ada kah orang PAS.Orang PAS ini mengecewakan sahaja. Banyak bercakap. Orang UMNO pula asyik duk isi perut bagi buncit. Orang Melayu PKR entah apa pendirian mereka. Selagi nama Melayu tak kiralah PAS,UMNO atau PKR sama saja. Masing2 perasan dia baik. Ahli politik banyak mengarut Kata benda yang mereka tak buat. Sungguh buruk perbuatan kamu semua.

Rozana said...

Memang bencana alam spt taufan, earthquake, banjir berlaku mengikut musim dan geografi yg sudah termaktub dlm hukum alam hari ini. Tetapi yg pasti bencana ini membawa kepada malapetaka dan maut spt kejadian bukan bencana alam spt kemalangan, penyakit dan kebakaran. Jadi, kepada siapa kita hendak berserah dan berdoa semoga tidak ditimpa malapetaka ini?

Anonymous said...

Abdul Rahman Celcom aka Pendekar Tangan Api aka Tulang Besi aka pompuan, saya ulangi :

Tulang Besi : ini ada soalan sikit. Anta famous dengan menyamar sebagai pompuan dalam beberapa laman web - in saya sanggup sumpah atas Quran. Anta sanggup sumpah atas Quran ke ? He he.


Anta juga famous dengan isme ma'rifah dan nakirah. He he.


Sila rujuk Surah 47. Dalam surah itu apakah "muhammadun" itu isme ma'rifah. Bagaimana dengan "muhammadin" dalam surah yang sama.


Sila beri sedikit pencerahan.

Jangan lari dari menjawab. Isme ma'rifah ke, nakirah ke, adjective ke? Muhammadun dan muhammadin.

Duduk 6 bulan di Mesir mesti boleh jawab. he he.

Cyber Rasul

Tulang Besi said...

Sila beri sedikit pencerahan.

Jangan lari dari menjawab. Isme ma'rifah ke, nakirah ke, adjective ke? Muhammadun dan muhammadin.

Duduk 6 bulan di Mesir mesti boleh jawab. he he.

Cyber Rasul
.

Saya dah jawab di atas. Sila rujuk

Tulang Besi said...

Saudara Tulang Besi janganlah menafsir agama mengikut kepentingan politik. Berlakulah lurus dalam kehidupan. PAS Selangor hangat2 tahi ayam saja nak haramkan arak di Selangor, memakmurkan kuil Hindu, menentang pepraduan Islam dengan UMNO..

Semua kuil hindu yang ada kat Selangor dibina sewaktu kerajaan BN.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Hang kan dah terbukti pembohong, pembuat sumpah palsu. Kenapa aku nak ngaku kalah pulak

Bukankah satu ciri munafiq bila berbalah xmahu kalah?

Bila org beri bukti, dia tetap tegak benang basah.

Kau sedang yakinkan diri kau bhw sumpah aku palsu, tapi kau sendiri tahu sumpah aku haq.

Kau sendiri ragu2 yg mujahid tu tak terlibat, jikalau ya, tentu kau mesti nak bersumpah membersihkan nama si Mujahid,tapi yg jelas, kau asyik dok ulang sumpah org palsu saja.

Perangai kau sama saja mcm perangai menteri propaganda nazi.

Tak payah ulang2 la. Bukti jelas hang ni PEMBOHONG dan PEMBUAT SUMPAH PALSU.

Apa aku nak takut dengan kau.


Org yg takut takkan mengaku dia takut.

Org dah nampak siapa diri hang,penakut dan pembohong dan pedusta sumpah yg haq.

Bilanak bersumpah bersihkan nama anak buah ni...

Anonymous said...

He he Rahman Celcom - Takpa lah ini saya sumpah dgn nama Allah saja lah.

Saya sumpah atas nama Allah bahawa awak Abdul Rahman Celcom pernah menulis komen dalam laman-laman web dengan menyamar sebagai perempuan.

Sekarang berani tak awak Rahman Celcom sumpah dgn nama Allah bhwa awak tidak pernah menyamar sebagai perempuan?

Jgn bohong.

Raman sila jawab, jgn takut. Muhammadun dan muhammadin itu isme ma'rifah ke, nakirah ke, adjective ke apa? Soalan simple saja.

Awak duduk 6 bulan saja di Mesir sebab tak tahan lagi duduk di negeri taik kambing tu.

Apa awak belajar Rahman Celcom? Awak belajar jadi penakut. Tak mahu nak jawab soalan simple.

Muhammadun dan muhammadin itu isme ma'rifah ke, nakirah ke, adjective ke? Sila beri sedikit pencerahan.

Dan satu lagi - jangan nak menyamar lagi. Sekarang kami tahu mana nak cari awak.

he he

Cyber R.

Tulang Besi said...

sahabat kiri,

Kau dah terbukti buat sumpah palsu dan berbohong.

Jangan lah kau terus menerus tegakkan benang basah kau

Grand Marquis said...

Sama ada orang itu sumpah benar dan palsu, hanya orang yang bersumpah dan Allah S.W.T. sahaja yang tahu kerana sumpah ini melibatkan persoalan hati manusia.

Apabila seseorang itu bersumpah secara terbuka, maka kita terima sumpah beliau dan menyerahkannya pada Allah S.W.T. untuk menentukan pembalasannya mengikut benar ataupun salah sumpah tersebut. Bukannya kita terus pergi keliling dan menuduh orang itu membuat sumpah palsu.

TB ni tak habis-habis cuba menjadi Tuhan seolah-olah beliau dapat membaca hati-hati manusia untuk beliau tentukan sumpah siapa yang benar dan sumpah siapa yang palsu.

Entahlah manusia jenis apa awak ni. Secara terus terang saya katakan, you are one of the most obnoxious blogger I have ever found in the blogsphere. Berdebat dengan awak ni betul-betul menyakitkan hati. Tapi kalau tak response rasa bersalah pulak, sebab Amar Makruf Nahi Mungkar lah katanya.

dreamerofdreams said...

saya hanya nak memberi pandangan saya ttg kejadian bencana alam ni saja. bagi saya, bende2 yg hanya ALLAH SWT SAHAJA yg boleh bg penjelasan ni, tak payah la kita nak cari penjelasan. sama ada kejadian ini disebabkan maksiat makhluq ke atau amal soleh makhluq ke, itu semua MUSTAHIL UNTUK DIBUKTIKAN kerana kita BUKAN ALLAH! apa yang seharusnya kita ambil iktibar adalah kita hanya manusia yg lemah dan tidak mampu mengawal semua benda dlm alam ini.

Tulang Besi said...

sahabat kiri,

Kau dah terbukti buat sumpah palsu dan berbohong.

Jangan lah kau terus menerus tegakkan benang basah kau

November 1, 2009 5:31 PM
Anonymous Grand Marquis said...

Sama ada orang itu sumpah benar dan palsu, hanya orang yang bersumpah dan Allah S.W.T. sahaja yang tahu kerana sumpah ini melibatkan persoalan hati manusia.

Apabila seseorang itu bersumpah secara terbuka, maka kita terima sumpah beliau dan menyerahkannya pada Allah S.W.T. untuk menentukan pembalasannya mengikut benar ataupun salah sumpah tersebut. Bukannya kita terus pergi keliling dan menuduh orang itu membuat sumpah palsu.
.

Tu lah, aku dah lama cakap kau ni bahlol, Grand Marquis, tapi kau tak nak percaya.

Betul atau tidak sumpah boleh dibuktikan dengan perkara2 yang ada dalam Akta Keterangan.

Sumpah dibuat kerana pada waktu sumpah dibuat, tiada jalan untuk membuktikannya.

NAMUN, mcm dalam kes Siaful bukhari, bukti menunjukkan dia bohong, datang lepas dia bersumpah.

SApa yang bagitau kau sumpah ni hak Allah SWT sahaja untuk menentukan?

Kau belajar kat mana?

Grand Marquis said...

Sumpah dibuat kerana pada waktu sumpah dibuat, tiada jalan untuk membuktikannya.

Kalau enta ada bukti, sila kemukakan. Ni hanya dok pi keliling kata orang sumpah palsu.

p.s. Setiap posting awak mesti tak kering dengan perkataan mencarut. Inikah akhlah pejuang Islam?

Tulang Besi said...


Kalau enta ada bukti, sila kemukakan. Ni hanya dok pi keliling kata orang sumpah palsu.

p.s. Setiap posting awak mesti tak kering dengan perkataan mencarut. Inikah akhlah pejuang Islam?
.

Lain kali baca la benda2 aku tulis. Bukti aku bagi tu jelas.

Baca artikel2 sebelum ni dan kau akan tau.

PAHAM?

Anonymous said...

banyakkan tengok discovery channel, study bumi kita di buku2... baru boleh cerita dan kita faham cerita pasal bumi kita ni.. ini minda masih lagi dizaman manusia mula2 jumpa api... banyakkan belajar bukan melepak kat kedai kopi/mamak/cafe cerita kosong tanpa fakta... ujian Allah tiada disangkal.. hanya Allah yang tahu.. jgn kita nak memandai-mandai.. itu fitnah namanya..

Anonymous said...

Sebagai contoh kejadian 'moon 22' circular halo'malam, 31 oktober 2009. Mesti kita semua kagum dengan kejadian tu.. ada yg takut dan ada yang terpesona.. bagai... Kejadian itu sebenarnya ialah... jeng jeng jeng..http://en.wikipedia.org/wiki/22%C2%B0_halo

srazman said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib, yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

sahabat kiri,

Kau dah terbukti buat sumpah palsu dan berbohong.

Jangan lah kau terus menerus tegakkan benang basah kau


Buktinya takda sebab aku dikatakan bersumpah bohong.

Yg herannya, kau yg ckp mujahid tak terlibatm tak berani pun bersihkan namanya, brmakna, kau sendiri tak yakin apa yg kau cakap atau kau nyata sembunyikan sesuatu.

Grand Marquis said...

Apa asas TB nak suruh kita percaya bukti dia? Apakah segala yang keluar dari mulut TB adalah fakta yang tak boleh disangkal ataupun ia mesti fakta yang benar? Siapa disini boleh sah apa yang TB kata itu benar? Kalau pun benar TB mengenali keluarga Mujahid, apa kah itu bermakna TB tahu segala aktiviti beliau dan juga hati budi beliau yang zahir dan tersembunyi (macam biasalah berlagak jadi Tuhan lagi).

Terlalu banyak perkara yang boleh dipersoalkan. Apakah ini standard bukti TB? Apakah standard ini secucuk dengan standard bukti yang diperakui oleh Islam wahai TB yang mengaku memperjuangkan Islam?

Tulang Besi said...


Buktinya takda sebab aku dikatakan bersumpah bohong.

Yg herannya, kau yg ckp mujahid tak terlibatm tak berani pun bersihkan namanya, brmakna, kau sendiri tak yakin apa yg kau cakap atau kau nyata sembunyikan sesuatu.

November 2, 2009 10:55 AM
.

Kau sebut nama Mujahid kan, dan aku bagitau bMujahid ni sebahagian dari keluarga aku.

Kami kenal hati budi Mujahid dan tidak mungkin Mujahid ni jahat mcm kau sebut tu

Anonymous said...

Sahabat Kanan.

Kau sebut nama Mujahid kan, dan aku bagitau bMujahid ni sebahagian dari keluarga aku.

Kami kenal hati budi Mujahid dan tidak mungkin Mujahid ni jahat mcm kau sebut tu


jadi kau iktrafla, perbuatan IRC nak conquer pas ni jahat.

Cuma masalahnya, mujahid ada terlibat dalam perbuatan nak conquer pas ni sebagai prg yg berbai'ah dgn amir IRC.

Aku tak kata perbuatan tu jahat, kau yg kata sbb mrk mungkin ada ulamak yg membolehkan perbuatan itu syarie atau tidak.

Tulang Besi said...


Kau sebut nama Mujahid kan, dan aku bagitau bMujahid ni sebahagian dari keluarga aku.

Kami kenal hati budi Mujahid dan tidak mungkin Mujahid ni jahat mcm kau sebut tu

jadi kau iktrafla, perbuatan IRC nak conquer pas ni jahat.

Cuma masalahnya, mujahid ada terlibat dalam perbuatan nak conquer pas ni sebagai prg yg berbai'ah dgn amir IRC.

Aku tak kata perbuatan tu jahat, kau yg kata sbb mrk mungkin ada ulamak yg membolehkan perbuatan itu syarie atau tidak.
.

tak itu KAU SEBUT.

Hai la dah teruk sangat hang ni

Anonymous said...

Sahabat Kanan,
tak itu KAU SEBUT.

Hai la dah teruk sangat hang ni


Yg pasti kau sendiri iktiraf perbuatan buat jamaah dalam jamaah itu teruk.

Anonymous said...

Sahabat kanan,


Wallahi wabillahi watallahi, mereka yg saya namakan ini:

Dr Abdul Wahab Ismail
Dr Dzulkefly Ahmad
Saari Sungip
Lo' Lo' Ghazali
Siti Mariah Mahmud
Mujahid Yusof Rawa
Amiruddin Hamzah

adalah mereka yang terlibat dalam agenda menguasai PAS untuk kepentingan IRC mengikut pengetahuan dan amanah yang disampaikan oleh mereka yang tidak mahu wujud Jamaah dalam Jamaah..


Tgk dalam sumpah aku, ada kata jahat tak?

Tulang Besi said...

Tgk dalam sumpah aku, ada kata jahat tak?.

kau kata "AGENDA MENGUASAI PAS". Itu satu agenda jahat dan ianya hanya akan dilakukan oleh orang yang mempunyai niat jahat.

Ustaz Mujahid yang aku kenal tidak mempunyai kemampuan sebegitu. Oelh sebab itu, kau TELAH MEMBUAT SUMPAH PALSU.

Hahahahaha

Tulang Besi said...

Sahabat Kiri,

Ataupun kau kata agenda menguasai PAS ini agenda baik ke?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

kau kata "AGENDA MENGUASAI PAS". Itu satu agenda jahat dan ianya hanya akan dilakukan oleh orang yang mempunyai niat jahat.

Tgk ayat penyambungnya, "untuk kepentingan IRC", adakah kepentingan IRC tu jahat ke baik? Kalau IRC tu baik, apa macam pulak? kau kata IRC tu baik ke jahat?

Ustaz Mujahid yang aku kenal tidak mempunyai kemampuan sebegitu. Oelh sebab itu, kau TELAH MEMBUAT SUMPAH PALSU.

Sebab kau tak kenal betul..jgn cakap byklah, kalau kau tu besa bai'ah dgn amir MISG,ada mak bapak kau bgtau?Mak pak..rahman hari tu baru pergi bai'ah...ada ke kau bgtau?

Budak2 tarbiyyah PAS di Egypt mmg kenal dgn tanzim apa si Mujahid ikut...

Ataupun kau kata agenda menguasai PAS ini agenda baik ke?

Baiklah agenda itu kalau Islam ditegakkan dengan sebetul2nya, takda main2 tipu, fight like a gentleman. Ini hantar agen2 dua2 belah, pastu taiknya kena dekat Hj Hadi, Nasha mat isa.

mcm kau, bukan semua artikel kau, aku kata tak bagus, yg bagus aku puji dan ada di antaranya sgt bagus, kalau org kutuk kau main emosi, aku pun tak suka.Cuma ,aku tak suka, kau tu sokong puak2 kau dgn anwar mcm org sokong team bola, tak boleh sikit kritikal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.