Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 1, 2009

DAto Hasan Ali sedang menyediakan PAS Selangor untuk membuat kerja "free" untuk UMNO

Here is the beginning of my post.
Dato Hasan Ali dalam mesyuarat Perhubungan PAS Selangor berkenaan dengan isu SELCAT ini, beliau mempertahankan tindakan beliau mengkritik SELCAT kerana alasannya ialah beliau mempertahankan Melayu.

Beliau menganggap bahawa Jabatan2 kerajaan di Selangor ini adalah badan Melayu dan apabila ianya dipersoalkan oleh jawatankuasa SELCAT ianya adalah seperti hak istimewa Melayu dipersoalkan. Malahan, DAtuk Hasan Ali member justifikasi lagi bahawa PAS layak memperjuangkan hak Melayu kerana DAP memperjuangkan hak Cina.
Malahan Dato Hasan Ali tidak sedikit pun kasihan kepada Teo yang mati baru2 ini. Beliau pernah menyatakan tindakan Teo itu salah kerana mempersoalkan SPRM dan SPRM tidak boleh dipersoalkan kerana SPRM adalah institusi Melayu.

PAS Perjuang Melayu, UMNO yang Untung

Yang jelasnya apa sahaja usaha yang Dato Hasan Ali dan fraksi UMNO yang lain lakukan atas nama Melayu, UMNO yang akan mendapat laba dan keuntungan.
Mengapa saya kata begitu? KErana PAS bukan parti Melayu. PAS adalah parti Islam. Parti Melayu adalah UMNO dan UMNO sahaja yang menjadikan Melayu sebagai dasar perjuangan parti. Dalam Perlembagaan PAS, tidak ada sedikit pun ungkapan Melayu yang wujud.

Misalnya, dengan Dato Hasan mempersoalkan SELCAT hanya kerana Pengerusi SELCAT itu seorang CIna, bermaksud Dato Hasan mengakui bahawa Kerajaan PAkatan Rakyat ini MENINDAS MELAYU. Siapa yang akan mendapat keuntungan sekiranya orang2 Melayu dalam Selangor berfikiran demikian? Adakah orang-orang Melayu ini akan mengundi PAS dalam pilihanraya yang depan?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI. Sudah tentu orang Melayu yang telah takut itu akan mengundi UMNO dalam pilihanraya nanti kerana UMNO adalah parti Melayu dan PAS bukan parti Melayu.

Dengan kata lain, perjuangan Dato Hasan ini hanya akan menguntungkan UMNO semata-mata walaupun DAto Hasan berada dalam Pakatan Rakyat dan PAS. Apa jenis ahli PAS dan pimpinan PAS yang memperjuangkan perkara yang menguntungkan UMNO seperti ini?
Samalah kiranya seperti UMNO mahu mengaku memperjuangkan Negara Islam. Sebelum pilihanraya 2004, Dr Mahatir mengisytiharkan Malaysia adalah negara Islam. Namun, tiada siapa yang mempercayainya sehingga majoriti rakyat bukan islam mengundi UMNO dalam PRU 2004.

DAto Hasan Ali sedang menyediakan PAS Selangor untuk membuat kerja "free" untuk UMNO

Begitulah juga PAS, sekiranya PAS mengaku memperjuangkan Melayu, yang akan mendapat laba adalah UMNO kerana PAS tiada kredibilti memperjuangkan Melayu kerana PAS bukan parti Melayu. PAS adalah Parti Islam. Kalau PAS parti Melayu, bagaimana PAS boleh ada dua orang wakil rakyat bangsa Cina? Bagaimana Dr Halimah boleh jadi exco dan wakil rakyat PAS kerana beliau berdarah Cina?. Bagaimana PAS boleh mencalonkan seorang yang berbangsa India di Johor pada PRU 2008?

Sokong Pegawai2 Kerajaan yang Menzalimi PAS Atas Nama Melayu

Soalnya sekarang, pegawai2 kerajaan yang disoal dalam prosiding SELCAT itu telah dipersoalkan amalan dan tindakan mereka yang korup dan membantu UMNO dalam Pilihanraya umum yang lepas. Soalnya, adakah Dato Hasan sedar bahawa pegawai2 ini telah membantu amalan korupsi membenarkan wang rakyat digunakan untuk kempen UMNO dan Barisan Nasional.

Lupakah Dato Hasan bahawa mangsa UMNO yang paling besar dalam PRU 2008 adalah PAS? Bukankah PAS itu sendiri MElayu? Berapa banyakkah kerusi yang dipertandingkan UMNO melawan parti selain dari PAS yang MELAYU? Dan pegawai2 kerajaan inilah yang telah memudahkan kerja UMNO menjadikan PAS kalah di 12 kerusi DUN dari 20 yang dipertandingkan. Dan Dato hasan mempertahankan pegawai2 yang mengkhianati PAS sedangkan PAS juga orang Melayu dan orang Islam.

Sedangkan bangsa Cina, mereka tidak kira siapa, Cina atau India atau Melayu, asalkan mereka korup maka wajib tindakan diambil keatas mereka. Negara Singapura yang lebih kecil dari Malaysia dapat menjadi lebih maju kerana mereka telah memenjarakan ramai orang berbangsa Cina yang terbukti amalan korupsi mereka.

Ustaz Ibrahim Libya Juga Melayu. Mengapa Mereka Dibunuh?

Dato Hasan mahu mempertahankan amalan korupsi pegawai2 Selangor hanya kerana mereka Melayu? Adakah ini ajaran Islam? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Nabi SAW?

Lupakah Dato Hasan:

a. Yang menghalau Dato Seri Nizar Jamaluddin dari pejabat beliau laksana anjing adalah Dato SS yang juga seorang Melayu. Adakah Dato Seri Nizar tu bukan Melayu?
b. Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh secara kejam itu, adakah Ustaz Ibrahim Libya bukan melayu? Adakah Dato Hasan tidak mempersoalkan begitu?
c. Lupakah Dato Hasan berapa ramai orang Melayu Islam yang ditangkap secara zalim di bawah ISA?
d. Dimana kita hendak meletakkan YB Khalil Idham Lim dan YB Annuar Tan kerana kedua2 wakil rakyat PAS ini bukan Melayu. Mereka adalah berdarah CIna yang tulin.
Dato Hasan mahu memperjuangkan Melayu, sedangkan UMNO tidak pernah sedikit pun member belas kasihan kepada PAS selama ini sedangkan PAS juga Melayu.

Bukankah lebih baik sekiranya PAS ditukar imej dan agenda menjadi PENGGANTI kepada UMNO berbanding dengan menjadi pengikut dan budak suruhan serta budak bantaian UMNO yang selama ini kita adalah itu?

Orang seperti Hasan Ali dan seluruh fraksi UMNO adalah batu penghalang terbesar kearah usaha menjadikan PAS sebagai pengganti UMNO

Melayu Yang Diperjuangkan Dato Hasan Adalah Assabiyyah. Ianya Dikutuk Islam

Apabila Dato Hasan Ali berdegil mahu mempertahankan pegawai2 yang bersubahat dalam korupsi itu, maka Dato menyokong mereka atas dasar kezaliman. Mereka ini telah menzalimi PAS dan parti2 lain sehingga PAS kalah 12 dari 20 kerusi yang dipertandingkan.

Inilah dia definasi Assabiyyah yang dibenci dan dikutuk oleh Nabi SAW. Apabila kita menyokong dan terus menyokong puak kita walaupun puak kita itu zalim.
Dato Hasan mahu membawa aliran yang berlawanan dengan akidah dalam PAS.
Semoga Allah SWT melindungi PAS dari kemusnahan dan kemungkaran ini, adanya.

Tulang Besi

28 comments:

Anonymous said...

lagi satu karangan tahap budak sekolah tadika kemas drp TB

Anonymous said...

to anon 1

adakah itu yg terbaik yg kamu bole katakan.

saya cadangkan kamu pergila kursus cybertroopers umno,buat malu umno je.

Anonymous said...

Anon October 1, 2009 8:58 AM,

another Umno cybertroopers.. I wonder how much they pay you.. How come you never think that they are paying you using your very own money which they 'stole' from...

Pity you, your IQ probably very low till you can't see the whole picture..

Steal from you, then pay you 20% back.. and you treat them like GOD.. hahaha.. Noobie

Anonymous said...

Anon October 1, 2009 8:58 AM,

another Umno cybertroopers.. I wonder how much they pay you.. How come you never think that they are paying you using your very own money which they 'stole' from...

Pity you, your IQ probably very low till you can't see the whole picture..

Steal from you, then pay you 20% back.. and you treat them like GOD.. hahaha.. Noobie

Anonymous said...

BTW, TB keep it up.. I'm enjoying the whole common sense statement from you..

Unlike those cybertroop, they know it's black yet keep telling people it's white.. they can fool themselves but not us..

Anonymous said...

satu komen tahap budak sekolah tadika kemas drp anon. 1

Anonymous said...

teruskan usaha anda TB. kadang-kadang terhibur juga dgn karangan budak sekolah ni..

camcamni said...

Nampaknya, PAS cuma mainkan api saperti UMNO dan gunakan Melayu sebagai alasan untuk kesalahan mereka. Apakah slogan "PAS Untuk Semua" itu hanya tipu helah untuk menangkan undi saja pada PRU12?
Tida bedza nya antara UMNO dan PAS dan jika pemimpin PAS Selangor mahu jadi angkuh dan tamak pada kemenangan mereka pada PRU12 yang lalu, maka tunggulah PRU13 dan saya yakin kemenangan yang diperolihi akan balik ke UMNO dan PAS akan hanya jadi abuk sekali lagi dan kemungkinan PAS lah yang akan di tinggalkan di belakang oilh rakyat.
Jangan pandan ringan pada pengundi sekarang! Masa akan jadi saksi bagaimana PAS akan tumpang jika masih mahu degil. Hidupkan lah PAS pada asas slogan PAS iaitu "PAS Untuk Semua" dan bukan hanya "PAS Untuk Melayu" saja. Bukan sahaj Melayu itu Islam, lain bangsa juga ada yang Islam. PAS Selangor haruslah bangun dari mimpi Hassan Ali dan tujukan tenaga kesebuah kerajaan adil dan saksama PR di Selangor.

Anak Perelih said...

Politik balas dendam adalah politik cara UMNO/BN... PR tidak harus mengikut cara UMNO ini... Jika tidak rakyat tidak lagi akan mengundi PR...

Anonymous said...

hasan ali ni layak di humban dlm parit je. bodoh piang dan talam dua muka. muka dahlah mcm badut sarkis...bodoh piang punya wakil rakyat...ni mesti ada udang di sebalik otak udang hasan ali ni. TB...ko bantai dia cukup2...muak dgn perangai persan bagus...ptuihhhhhhhhhh

Saya bijak said...

Anak Perelih, kamu memang bodoh. Tujuan Selcat adalah untuk menjalankan penyiasatan terhadap salahlaku pegawai-pegawai kerajaan. Kenapa ini dianggap politik balas dendam? Kalau dah terbukti salah kenalah ambil tindakan.

Anak Perelih, kamu ini memang bodoh. Sokong UMNO secara babi buta.

Tulang Besi said...

Anak Perelih ni ikut contoh PAS Terengganu.

Sebelum 1999, selama lebih 40 tahun diorang masuk kampung keluar kampung kata UMNO korup.,

Bila memerintah, tengok2 satu bukti pun takde.

Last sekali, org kampung kata PAS ni bohong diorang lebih 40 tahun.

Anak Perelih nak ekspot kekalahan PAS TERengganu ke seluruh negara.

muhammad said...

Berapa la agaknya cyber trooper umno ni dibayar ye?

Kejap lagi ada la komen dari manusia "sahabat kanan".

Ramai lagi la yg akan kata tulisan tahap budak tadika lah, jilat bontot lah, barua lah.

Tengok berapa ramai yg nak jawab point yg TB sebut.

Sudahlah cyber troopers. You're becoming BORING and PREDICTABLE.

muhammad said...

Apa pun defence terhadap Hasan Ali, fakta yg jelas adalah beliau mula memainkan sentimen perkauman dalam menghalalkan tindakannya.

Org bantah penyelewengan kerana ia HARAM. Tak kira siapa yg lakukannya. Yang disebut MELAYU tu kenapa?

Serious Shepherd said...

Anak pegholeh cakap lagu ni:

"Politik balas dendam adalah politik cara UMNO/BN... PR tidak harus mengikut cara UMNO ini... Jika tidak rakyat tidak lagi akan mengundi PR..."

Kalau semua DO / Kerani / Pegawai etc menyertai Pakatan Rakyat beramai-ramai, menunjukkan taat setia kepada parti yang memerintah negeri dan mengaku serta bertaubat atas kesalahan mereka yang terdahulu, memang patut mereka tidak diambil tindakan. Malangnya mereka tak buat pun.

selangorian said...

sack the UMNO trojan Hassan Ali for good.

Either you want selangorian to reject PAS (retain Hasan) or support PAS (sack Hasan).

We support PAS but not Hasan.

Anonymous said...

Hasan Ali mesti dikeluarkan dari EXCO Selangor, jika tidak Selangor akan jadi seperti Perak. PAS mesti ambil tindakan dengan segera. Saya pasti jika hal ini tidak diselesaikan dengan segera, pasti undi-undi cina akan kembali ke BN. Lagipun, saya tidak akan mengundi PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Biarlah PAS dikuburkan. Orang-orang politik tahu makna saya. Hasan Ali mesti dipecat atau digantungkan ahlinya. Kita tengoklah wayang bagaimana PAS pusat menyelesaikan hal ini.

Anonymous said...

Hasan wants to be a hero to malays,pkr zulkifli also wants to be a malay defender,khairy also want,toyol also,...and always used the stupid excuse malay is under threat.As a non-malay, i 'd be thankful if these gentlemen pls tell out(dont keep inside) who dares to threaten the malays and i will be the first one to stand up to whack those threating guys.

Anonymous said...

korang semua ni bodoh la...betul la aku cakap...cuba lihat dgn sejarah....memanglah tak patut perkauman...nape tak bagi cina je jadi perdana menteri....cuba korang pikir...ekonomi dikuasai oleh sapa....ada akal tak nak pikir...bukan soal melayu ke cina...soalnye kita mintak sedekah kat tananh air sendiri...betul tak...org melayu di tindas di negeri sendiri....saya tahu la islam utk semua...tapi cuba lihat dari perspektif dr hasan ali...alo kawan...dia tu doktor tau...bukan otak berkarat macam hang pa...korang tak duduk dalam kerajaan negeri apa yg hangpa tau...kita kusai hanya 18% je tau ekonomi malaysia...tanah air sendiri tu..kita bukan mintak lebih...nak bagi balance je...itu pun tak bole....macam2 sekat...kalo tender terbuka kepada semua kaum...hah...lu merempat la jadi macam palestin....tak semau umno salah...tak semua pas betul...cuba tanya dr hasan ali...apa maksud tersirat dia....korang apa tahu cerita pembahagian kontrak terbuka...yg amat bodoh semua....jadi kuli kat bumi sendiri...jgn jadi taksub pada seseorang atau satu2 parti...kalo dr hasan ali betul...sokong dia....kita tertindas lah maca!!!! kat bumi sendiri....kalo umno betul...sokong dia...kalo pas betul...sokong dia...sokong utk kepentingan kita...golongan tertindas....agak2 korang...org melayu cukup makan ke???

Anonymous said...

Yang saya tengok hari ini ialah Melayu makan Melayu, Cina Makan Cina, India Makan India, Tak sedarkah bahawanya kita bangsa Manusia? Bukan semuanya Cina tu baik, Dan semua Melayu tu jahat sama juga India.

Perkauman ini umpama Nafsu Iblis yang para Pemimpin PAS juga tidak terkecuali daripada di nodainya

seelan said...

dato hassan ali rakyat dah buang umno dan barisan nasional di selangor,jgn pula dato mengingatkan mereka dengan cara begini, benci lagi rakyat selangor dengan umno, tolong waspada ahli ahli pas oleh kerana hassan ali mungkin orang melayu pun akan benci pas.

Ismail Mustapa said...

Kepada anonymous October 2, 2009 12:48 AM,

pertama sekali jawatan PM bukan diberi oleh sesiapa. Parti siapa yang menang kerusi parlimen terbanyak maka pemimpin tertinggi parti itulah menjadi PM. Tiada peruntukan bahawa seseorang yang menjadi PM mesti melayu/muslim. Sebab itu kamu bercakap bodoh buat kali pertama. Maka saya panggil kamu bodoh.

kedua, sila lihat orang-orang miskin di sekeliling kawasan kamu atau di mana-mana kawasan di malaysia. Banyak bukan? Inilah prestasi kerja-kerja membasmi kemiskinan. Bukankah dalam sejarah malaysia, semua PM dari melayu dan bukan kaum lain. Kalau formula yang digunakan untuk membasmi kemiskinan itu tidak mujarab, apa salahnya tukar formula yang baru? Silah lihat negara jiran seperti singapura. Betapa hebat mereka sehingga setanding negara maju di barat (dari segi kewangan). Ini bukti kali kedua kamu ini bercakap bodoh. Maka patutlah saya panggil kamu si bodoh.

Ismail Mustapa said...

Kepada anonymous October 2, 2009 12:48 AM,

(sambungan)

ketiga, kebodohan kamu semakin menyerlah. semua rakyat malaysia (baca: WARGA NEGARA) jadikan malaysia sebagai tanahairnya. Tiada isu sedekah. Yang perlukan bantuan mesti dibantu. Itu tugas kerajaan yang dipilih oleh rakyat. wang kerajaan diperoleh dari cukai kepada rakyat. bukan dari poket parti pemerintah. Ini bukti kamu bercakap bodoh lagi.

keempat, gelaran doktor bukan bermakna segala-gala yang dilakukan oleh si doktor itu betul. terdapat banyak kes penipuan dilakukan oleh golongan doktor yang berpendidikan tinggi. ini dikatakan jenayah kolar putih. Ini bukti bahawa kamu sekali lagi berjaya mempertahankan kebodohan kamu.

Anonymous said...

Hassan Ali tu ular..selalu hissing..tapi bisa dah habis..UBN dan bankrupt....Hassan sendiri on d verge of being declared bankrupt..siki hari,Hassan n UBN juai punkoq utk menyara hidup

Anonymous said...

ksaksamaan yg di perjuangkan Pr hanya merugikan melayu. kecuali jika melayu dah boleh bersaing dgn bangsa lain. lihatlah kesaksamaan yg di perjuangkan PAP di S`pore telah melabarkn ekonomi cina dan melayu spt pengemis dan pemilik gedung besar.

Ismail Mustapa said...

Kepada anon October 2, 2009 11:55 AM,

inilah alasan yang sering dilagukan oleh UMNO bagi menakutkan orang-orang melayu. Kenapa kita sering menghina bangsa melayu sendiri? Mengapa kita sering kata melayu itu lemah, malas, kurang bijak berbanding dengan cina?

sila jawab.

Anonymous said...

Memang sudah lama menjadi budaya PAS berbohong dan jauh terpesong dari agama islam.Kini,PAS menyokong orang bukan islam memperlekehkan ayat suci al-quran.Kalau sebelum ini DAP, kini kerana pilihanraya Bangan Pinang,PAS membenarkan samseng India Gobalakrishnan memperlekehkan ayat suci al-quran.Semua ini gara-gara tamak kuasa oleh PAS,terutamanya ular puki mak PAS,Nik Aziz anak haram jadah dan pengikut PAS yang lebih bodoh daripada babi.Ayoh,kita kuburkan PAS,parti bangsat, dalam PRU 13 dan hantar mereka ke neraka!

Anonymous said...

Wah, sedapnya cakap anon kat atas ni.

Kalau mcm ni lah bahasa kau, patutlah kau sokong umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.