Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 30, 2009

Hadapkan Khairuddin Osman ke JK Disiplin Dulu

Ada pepatah inggeris yang berbunyi: “People in glass houses, should not throw rocks”.

SU Perhubungan PAS Selangor telah dengan garang sekali meminta JK Disiplin PAS Pusat mengambil tindakan kepada orang2 yang dikatakan membocorkan rahsia parti.

Dipetik kenyataan beliau:

“Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.”


Beliau juga menambah:

“Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.”


Saya dah rujuk perlembagaan parti, dan perlembagaan parti tidak langsung menyatakan bahawa kandungan serta perjalanan mesyuarat Perhubungan NEgeri adalah satu bentuk rahsia. Jadi, bagaimana beliau hendak mendakwa Khalid Samad ( saya suspect statement ni ditujukan kepada Khalid Samad)


Laporan Ke Atas Khairuddin Othman

Baiklah, saya ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon JK Disiplin supaya menyiasat SU Perhubungan Selangor kerana telah membuat beberapa kenyataan yang merugikan serta merosakkan imej PAS.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia (sebuah akhbar yang memusuhi PAS) menyatakan:

“Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).”


Kenyataan Mohd Khairuddin Othman ini jelas BERLAWANAN dengan keputusan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam yang mahukan PAS mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Sekiranya PAS ini sebuah tentera, kenyataan Khairuddin ini memungkinkan beliau dibicarakan di dalam mahkamah tentera atas tuduhan khianat dan engkar perintah yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Lebih menyedihkan Khairuddin membuat kenyataan yang telah dieksploitasi oleh media musuh PAS seperti Utusan Malaysia dan media ini menggunakan berita ini untuk keuntungan UMNO.

Lebih lebih lagi beliau membuat pernyataan yang begitu jahat itu demi mepertahankan tindakan Hasan Ali yang telah melanggar janji beliau sewaktu mesyuarat Pakatan Rakyat di Tropicana.

Nasihat saya pada saudara Khairuddin Othman, “people in glass houses should not throw stones”. Sebelum bercakap cermin diri sendiri dahulu.

Tulang Besi
ps saya tak minta tapi saya sudah beri no ahli saya. Silakan ambil tindakan ke atas saya.

Pas Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang

SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.
Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.
“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.
“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.
“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.
Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.
Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.



Kenyataan Penuh PAS Selangor

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.

PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Sumber - Thinking Of Life

48 comments:

Nizam Mahmud said...

Tahniah TB kerana memberikan nombor keahlian.

Menunjukkan anda memang istiqamah dalam pendirian.

Satu saja komen saya nak bagi, Hasan Ali itu sendiri masuk PAS jauh lebih lambat dari hang.

Semasa hang dah masuk PAS, Hasan Ali tengah bergulamang dengan UMNO. Kalau tak silap dia tengah jadi Pengarah BTN dan tengah merangka program menghasut pelajar bahawa PAS adalah jumud, ganas, ekstrim.

Pernah dia minta maaf dari ahli PAS?

Kepada siapa yang nak berhujah Saidina Umar r.a juga lambat masuk Islam, saya nak bagi tau ada sahabat Nabi yang tunjuk pedang depan Umar dan mengancam akan gunakan jika Saidina Umar terpesong.

Saidina Umar tidak pula meminta tindakan pada sahabat itu kerana kurang 'wala'. Malah beliau alu-alu kan pula.

Jadi jangan bandingkan Saidina Umar dengan Hasan Ali bongok. Patutnya TB dah layak pegang pedang depan Hasan Ali ancam guna kalau Hasan Ali terpesong.

Tapi dia guna kan blog saja dah kira bagi muka sangat pada Hasan ALi.

Anonymous said...

Kalau TB dah bagi no Keahlian, ni pulak Khairuddin punya muka... http://ubahsuai-rumah.webs.com/DSC_0004.JPG

Anonymous said...

Bukan kah ko TB jugak bocor rahsia parti kepada UMUM... ko pun patut diambil tindakan

Tulang Besi said...

Betul Nizam Mahmud.Terima kasih atas sokongan saudara.

Hasan Ali tak tahu menghargai orang yang ikhlas berjuang.

Dia buat PAS ni mcam UMNO. Dan sebab dia dapat sokongan geng terngganu yang menguasai Presiden, dia boleh bertindak sewenang-wenangnya.

Dia guna kedudukan dia untuk kempen semua pimpinan membenci kerajaan PR dan mereka yang tidak bersetuju dgnnya.

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Bukan kah ko TB jugak bocor rahsia parti kepada UMUM... ko pun patut diambil tindakan
.

Rahsia apa aku bocor?

Anonymous said...

antah... tiba-tiba dia mention khalid samad sedangkan SU PAS Selangor takde mention sape2 pun...

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

antah... tiba-tiba dia mention khalid samad sedangkan SU PAS Selangor takde mention sape2 pun...
.
Sapa lagi bang? Sudah geharu cendana pula la kao ni.

Hehehehehehe

Nizam Mahmud said...

antah... tiba-tiba dia mention khalid samad sedangkan SU PAS Selangor takde mention sape2 pun...
------

Satu dunia tahu Khalid Samad dipecat oleh Hasan Ali.

Satu dunia tahu Khalid Samad tak ngam dengan PAS Selangor.

Hipokrit la fraksi UMNO nie.

Tak heran la letak annoymous. TB dah siap bagi no ahli lagi. Nampak sangat siapa salah, siapa yang benar.

Nizam said...

Pemimpin PAS ni memang alim tapi BODOH. Bosan saya dengan kerenah dia orang. Dulu saya respect jugak pakar motivasi ni tapi bila dah jadi ahli politik nampaknya... HAMPEH.

Lembab sungguh pemimpin PAS ni.

Anonymous said...

Hassan Ali sepatutnya meletak jawatan sebagai PJ Pas Selangor.Mengapa Hasan Ali menggesa pembocor
rahsia rundingan Pas-Umno disiasat sedangkan perkara itu patut diketahui umum?Adakah ini satu ancaman kepada mereka yang mempunyai akses maklumat mengenai butir2 rundingan itu daripada melaporkankannya kepada jawatankuasa disiplin parti?Bagaimana pula dengan kenyataan media Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman; Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.Kenyataan ini juga perlu disiasat oleh jawatankuasa disiplin..

Anonymous said...

Hassan Ali sepatutnya meletak jawatan sebagai PJ Pas Selangor.

Ada orang lain yang hendak jawatan tu ke?

Anonymous said...

entah apa kena dgn budak khairuddin ni,bapak dia kat kajang juga seorang lawyer dulu sungguh di hormati dan di segani dan juga aktif di kajang.idea dia dan cara bapak dia cukup berlainan dgn anaknya.aku rasa sebab anak dia sejak jadi su pas selangor telah di motibasikan oleh dr hassan kot

fugaz said...

nampaknya bloggers je yg keluar statement tentang perjalan meeting malam tu..ajk lain senyap, hanya bloggers pro PR saja (mostly) buat statements pasal ketidakpuashati majoriti AJK dlm meeting tersebut...mana salahudin, mana mahfuz,mana hatta, mana semua mamat yg suka buat demo bersihlaa anti ISAlaa ngajar mate& sains dlm BMLAA..MACAM2 DEMO DIA BIKIN sebab tak suka apa BN buat..tapi bila bab 2/3 kerat pemimpin parti sendiri bikin hal..semua kecut..dgn alasan nak jaga parti..habis hati pengundi PAS dan penyokong nie siapa yg nak jaga? helloo brader semua lu all ada jawatan besar dlam PAS pusat bukan PAS cawangan tak kan nak tunggu Idris ahmad buat statements baru tu you all nak buat..tolonglaa jgn lembab....

aku nak bagi no ahli pun tak ingat..tetapi memang ahli PAS baru je join.bahagian wangsa maju..kalau rasa nak pecat aku silalaah..sebab nak pecat 2/3 karat tu you semua tak berani..?

Anonymous said...

nizam mahmud, bila nak bagi no ahli..ke..ahli umno..
tukang api..pirah main bangsat

malaysiabaru said...

harapan tinggal harapan


MARI KITA KUKUHKAN PAKATAN RAKYAT


hassan ali akan di gantikan oleh Saari Sungip....

barulah kerajaan negeri selangor akan lebih mantap, berdaya saing dan mendapat kepercayaan pengundi

visit www.malaysiabaru.com

'a new malaysia wityh business in mind' - and islam the way of life

lan said...

Badrul hisham dah keluar pkr sokong BN. Nanti Hassan Ali ikut sekali la tu. Sekarang ni dia tengah dela dengan Najib.

Tak ketinggalan juga Nasha dan Mustafa Ali

lan said...

Badrul hisham dah keluar pkr sokong BN. Nanti Hassan Ali ikut sekali la tu. Sekarang ni dia tengah dela dengan Najib.

Tak ketinggalan juga Nasha dan Mustafa Ali

Tuan Man said...

Aku pun nak buat laporan terhadap Ahli Majlis MBSA yang bernama IZHAM HASHIM dan Setiausaha Kerja PAS Sngor yang bernama AZMAN kerana membocorkan rahsia parti di samping memberi maklumat palsu kepada blogger seperti Abd Rahman Talib.

Begitu juga seorang lagi Ahli Majlis MBSA yang juga Ketua Pemuda PAS Shah Alam yang bernama AHMAD SAYUTI BASIRON kerana telah merekodkan perbincangan tertutup diantara Pemuda PAS Negeri Sngor dgn PJ Sngor seterusnya menyebarkan rakaman tersebut kepada yang tidak berkenaan.

Tulang Besi said...

Anonymous Tuan Man said...

Aku pun nak buat laporan terhadap Ahli Majlis MBSA yang bernama IZHAM HASHIM dan Setiausaha Kerja PAS Sngor yang bernama AZMAN kerana membocorkan rahsia parti di samping memberi maklumat palsu kepada blogger seperti Abd Rahman Talib.

Begitu juga seorang lagi Ahli Majlis MBSA yang juga Ketua Pemuda PAS Shah Alam yang bernama AHMAD SAYUTI BASIRON kerana telah merekodkan perbincangan tertutup diantara Pemuda PAS Negeri Sngor dgn PJ Sngor seterusnya menyebarkan rakaman tersebut kepada yang tidak berkenaan.
.

Silakan. Kau yang nak buat laporan ni, # ahli kao berapa?

Tuan Man said...

Satu lagi kesalahan IZHAM HASHIM yang juga YDP Pas Kelana Jaya ialah menyediakan satu surat untuk memecat Hasan Ali seterusnya bertindak memaksa dan menekan beberapa orang ADUN PAS Sngor mendatanganinya tanpa didedahkan isi kandungan surat yang sebenarnya.

Tuan Man said...

Silakan. Kau yang nak buat laporan ni, # ahli kao berapa?

Maaf, aku tidak sebodoh engko nak dedahkan no ahli kat sini.

Bang said...

Aslkm Rasanya yang dok rajin dan komen sana, komen sini ni bukan orang PAS. Kalau PAS pun mungkin ahli daftar saja. Tak ikut usrah. Kalau ikut usrah tak gaya ni...hentam sana hentam sini..macam le dia tu betul sangat. Saya penyokong UMNO, rasa pelik bila orang PAS bertelagah dalam blog... Biarlah JK Disiplin siasat dulu.... tunggu keputusan. Saya tumpang seronok bila Dr Khir Toyo jatuh.. harap-harap Hasan Ali naik dapat tegakkan Islam di Selangor tapi malangnya ada pula YB Shah Alam yang komitmen yg komitmen tinggi dengan DAP dan PKR buat adu domba. Dulu bagus tapi bila dapat kawan baru ni dah lain sikit.. perjuangan islam tu dah berkurangan.. muhasabah diri.. bermuzakarah.. kembali pada Al Quraan.

Anonymous said...

setuju,

sesuatu perlu dilakukan kepada pembocor maklumat dalaman Parti kepada TB bin Ubai ni..

siapa pun mereka pastikan mereka berambus!

Sayang Khairuddin said...

Salam

Saya rasa penama Tuan Man ini ialah Khairuddin atau orang kanan beliau.

Khairuddin nak ambil tindakan kepada orang yang mendedahkan rahsia parti. Tolong ambil tindakan kepada Hasan Ali dulu. Sebab di dalam pertemuan Hasan Ali dengan Bloggers beliau mendedahkan rahsia PAS yang paling besar. Iaitu, Semua calon-calon PAS, sebelum bertanding dimestikan bersumpah dengan nama ALLAH SWT jika mereka lompat parti, maka tercerai isteri dengan talak tiga. Itukan satu rahsia yang mengaibkan parti. Dan boleh digunakan oleh UMNO untuk menyerang PAS. Oleh itu, tolong ambil tindakan kepada Hasan Ali.

1. Tindakan Sayuti merakamkan ucapan Hasan Ali yang membalun Khalid Ibrahim tersebut adalah usaha yang bijak. Kalau tidak, apa bukti Hasan Ali ni anti Pakatan Rakyat dan sabotaj Ibrahim. Beliau mempermudahkan urusan JK Disiplin

2. Tidak ada rahsia yang didedahkan oleh Izham dan Azman. Nak dedah apa. Kenapa diorang takut sangat?? ADAKAH IA RAHSIA PARTI ATAU RAHSIA PERGERAKAN SULIT MEREKA UNTUK MENJATUHKAN PAS DI DALAM PRU-13. Jangan samakan rahsia parti dengan rahsia peribadi korang yang sangat kotor tersebut.

3. Kalau betul Izham yang membuat kertas memo untuk memecat Hasan Ali, orang yang sain dan berkempen untuknya siapa pula. Jangan sampai kami dedahkan cerita beberapa tahun lampau. Ust Md Zain, Ketua Ulama Selangor antara yang tandatangan. Tetapi sekarnag ini beliau menjadi penyokong kuat Hasan Ali. Saya cabar kepada Khairuddin untuk mengambil tindakan kepada semua individu yang sain memo untuk Hasan Ali letak jawatan beberapa tahun lepas. Nak tengok, berapa besar yang kena tindakan disiplin dan seterusnya membuktikan berapa ramai orang Selangor yang tidak suka kepada Hasan Ali.

4. Aku dah cakap, Hasan Ali tidak boleh masuk UMNO secara direct sebab beliau dah sumpah. Tetapi misi beliau dan rakan-rakan beliau adalah buat kacau dalam pakatan, sampai Pakatan bergaduh teruk sesama sendiri, Tan Sri Khalid tidak dapat mentadbir, rakyat hilang keyakinan, dan seterusnya Pakatan Rakyat kalah pada Pru-13. Itu misi mereka. Ataupun, mereka buat kacau dalam Pakatan sehinggakan PKR dan DAP rasa terbeban dan terpaksa membuang PAS daripada Pakatan Rakyat. Itu misi mereka. Menghancurkan Pakatan Rakyat.

5. Khairuddin terkenal sebagai anak buah Hasan Ali yang sangat kuat membodek Hasan Ali. Beliau yang menghadapi masalah kewangan yang teruk sebab bisness beliau yang tidak menjadi terpaksa bertenggek kepada Hasan Ali untuk mendapat projek dan melangsaikan kesemua hutang piutangnya. Khairuddin, berapa banyak projek Alam Flora dah yang ko dapat? Bagi kat aku sikit.

Anonymous said...

utk PAS, selamat bergabung. Bijak bijak. Sampai TGNA pun korang leh kelentong. aku tabik geng ganu, korang mmg pakar porak peranda. lidah bercabang. kopiah bersamaan dgn baseball cap. hasan ali, nampaknya cita2 ko nak jadi MB dah semakin hampir. nasa, lepas ni ko leh tanding di selangor sbb gerenti hasan ali pilih ko jdai calon...tapi....jgn ingat pengundi bodoh mcm korang...maap la ye. korang ni mmg bodoh, teramat bodoh dan tak punya maruah diri..munafik. mari sini beratur depan aku, aku nak lempang sekor2...celaka!

Tulang Besi said...

October 31, 2009 3:19 PM
Anonymous Tuan Man said...

Silakan. Kau yang nak buat laporan ni, # ahli kao berapa?

Maaf, aku tidak sebodoh engko nak dedahkan no ahli kat sini.
.

Tak bodoh atau tak berani.

Kalau orang lain berani, kenapa kau nak takut?

Kau ni ahli UMNO kan?

Tulang Besi said...

Bang said...

Aslkm Rasanya yang dok rajin dan komen sana, komen sini ni bukan orang PAS. Kalau PAS pun mungkin ahli daftar saja. Tak ikut usrah. Kalau ikut usrah tak gaya ni...hentam sana hentam sini..macam le dia tu betul sangat.
.

Maaf kau ikut usrah mana? Usrah yang Calrsberg anjur ke?

Anonymous said...

nak dedah????

bagus tu...dedah juga berapa banyak dah Izham Hashim sapu duit PAS Sngor ...kononnya nak kutip utk bangunan PAS sngor...tap masuk tabung pascad sebab nak bayar gaji diorang.

pastu dedah juga berapa banyak projek Kumpulan Jaringan Selangor yg dia dah sapu????

Anonymous said...

Klu nak tahu projek yang dikebas oleh kuncu-kuncu hasan ali seperti Roslan sms (siap terus pakai sorento lepas beberapa bulan menang), dato jamil, suwardi (lawyer yang seleweng duit clients) dan ramai lagi boleh tanya dengan Anuar, pa dato hasan sekarang. Kutipan duit sponsor muktamar baru-baru ni drp penyangak umno kesayangan hasan ali, Tan sri Rozali Ismail di sekitar 200 ribu dikutip oleh suwardi and the gang tapi tak tau pi mana sebab tak masuk dalam akaun pas selangor.

Nak tau lagi, tunggu ......

dILA said...

SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menanggap kedua2 article dalam harakah tersebut.

saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru.

ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu senditi. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR….sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH!!!!

Anonymous said...

SILA BACA INI KELUHAN NIK AZIZ

Wibawa Nik Aziz mula santuni DAP Perak
http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/31/wibawa-nik-aziz-mula-santuni-dap-perak/

IPOH, 31 Okt. | Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh Majlis Pakatan Rakyat di Perak.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS NEGERI TIDAK LAGI MENJEMPUT SAYA DALAM PROGRAM PARTI, tapi Ngeh Khoo Ham…pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak,”

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana OEMIMPIN PAS TIDAK LAGI MENJEMPUTNYA, DISEBABKAN BELIAU MENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

“Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal…dia (manusia) kata dia cipta (dunia)…Umno tak kenal pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan…dia (Umno) anggap bumi ini dia punya,” jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

“Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka…supaya kenal-mengenal…saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat.”

“Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham,” jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

“Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran.”

“Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis tapi nabi kata: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi,” tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

“Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundimantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kena Tok Guru, Hj. Nizar lah,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat teru bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu belakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. -END

bekas ahli UMNO said...

kah...kah...kah...

suka hati aku tengok org PAS bergaduh sesama sendiri...

pakat lawan dedah sana sini...

rupa-rupanya tak ada beza antara PAS dan UMNO...

semuanya hantu projek dan songlap duit...

cakap Islam je lebih.....


kalo mcm tu, lebih baik aku patah balik sokong umno

Anonymous said...

Roslan pakai sorento?

...Izham pula pakai Toyota Harier baru.

eloklah...pakat lawan sebat

Anonymous said...

Nampaknya Pas lebih mementingkan hubungannya dengan DAP & PKR, daripada menegakkan Islam yang sebenar. Inilah akibat politik dicampur aduk dengan agama. DAP & PKR punya pasal, Islam diketepikan.

Dan kalau keluar PAS, maka jatuh Talak 3 kepada isteri?
Isteri dah jadi hostage? Betul ke ni?

Anonymous said...

saya ahli PAS dengan nombor Ahli 253812

Insya Allah minta ahli-ahli Pas lain yang baca blog ni simpan no ni. senang nanti bila nak buat rujukan ahli yang suka pecah belahkan UMAT, kita cari no ni.

kamu sajelah yang betulkan??
ahli lain semua tak betul....kan!

memang kamu ni dasar.......

Anonymous said...

rupanya blog ni memaparkan pelbagai ragam manusia.
ada yang pembocor rahsia. ada yang penyebar rahsia , ada yang kaki kutuk, ada yang kaki ampu.dan ada juga CIA

di sarankan musnah je blog ni, ni bukan blog yang baik, tempat kuncu-kuncu bermasalah bersandiwara.

kesian-kesin, nape penulis dah tak ada cara lain ke nak glamor. kesian-kesian.

Anonymous said...

Maaf kau ikut usrah mana? Usrah yang Calrsberg anjur ke?


KAU SAJELAH YANG BETUL tb.
ORANG LAIN SEMUA NYA SALAH

Anonymous said...

Maaf kau ikut usrah mana? Usrah yang Calrsberg anjur ke?

KAU SAJE YANG PERGI USRAH PAS...KAN???
ORANG LAIN YANG PERGI USRAH SEMUANYA TAK BOLEH PAKAI.

ANGKATLAH DIRI KAU tb BANYAK-BANYAK.AKU DOAKAN BIAR ALLAH ANGKATKAN dosa-dosa kau sebanyak gunung ke langit bila kau mati nanti.

Anonymous said...

Anonymous said...

Bukan kah ko TB jugak bocor rahsia parti kepada UMUM... ko pun patut diambil tindakan.

Rahsia apa aku bocor?

saudara ni sorang yang bodoh ke atau baghal macam kaldai.

Anonymous said...

Hassan Ali sepatutnya meletak jawatan sebagai PJ Pas Selangor.Mengapa Hasan Ali menggesa pembocor
rahsia rundingan Pas-Umno disiasat sedangkan perkara itu patut diketahui umum?Adakah ini satu ancaman kepada mereka yang mempunyai akses maklumat mengenai butir2 rundingan itu daripada melaporkankannya kepada jawatankuasa disiplin parti?Bagaimana pula dengan kenyataan media Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman; Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.Kenyataan ini juga perlu disiasat oleh jawatankuasa disiplin..


DATUK DR, HARAP BERSABAR BANYAK2X.
KITA BIARKAN MEREKA-MEREKA NI BERPESTA. MOHON DOA AGAR DIKUATKAN IMAN

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Anonymous said...

Bukan kah ko TB jugak bocor rahsia parti kepada UMUM... ko pun patut diambil tindakan.

Rahsia apa aku bocor?

saudara ni sorang yang bodoh ke atau baghal macam kaldai.
.

Rahsia yang mana yang saya dedahkan? BOleh bagitau.

Anonymous said...

Pelik betul PAS ni. Ada banyak rahsia rupanya.
Benda baik harus dikhabarkan.
Benda buruk tak baik hebahkan.

Banyak perkara buruk nampaknya dalam PAS. Aku ingat PAS ni semuanya betul. Tak pernah buat salah.

Secara tak langsung TB mengaku ada kepincangan PAS tapi nak merahsiakan.

Pusing TB, jangan tak pusing. Pusing sampai kao pening!!

Anonymous said...

Rahsia yang mana yang saya dedahkan? BOleh bagitau.

SAYA BENAR2X PUSING DGN BLOGGER SORANG NI: YANG DICERITA BENDA DLM KAIN PELIKAT KAWAN-KAWAN DIA DLM PAS TU BUKAN RAHSIA KE. NAK KATA PANDAI, NAMPAK JUGA BAGHALNYA, NAK KATA BODOH MEMANG BODOH BEBENO PUN.SAYA SBG ORG LUAR PUN BOLEH TAU SEMUA KES AHLI-AHLI PAS.

APA, AGAKNYA TB RASA DIA ADALAH WAKIL SUARA RAMAI MCM TV3 AGAKNYA, ATAU PUN BERCITA-CITA NAK JADI SI PENGACARA 360...

YE LAH TU NAMPAKNYA CITA-CITA TU ADA...WAH BUKAN MAIN BESAR LAGI CITA2X TB NI NAMPAKNYA. SBB TU BERIA-RIA BENAR DIA DGN HEBAHANNYA...

Tulang Besi said...

Nampaknya Pas lebih mementingkan hubungannya dengan DAP & PKR, daripada menegakkan Islam yang sebenar. Inilah akibat politik dicampur aduk dengan agama. DAP & PKR punya pasal, Islam diketepikan.

Dan kalau keluar PAS, maka jatuh Talak 3 kepada isteri?
Isteri dah jadi hostage? Betul ke ni?

November 1, 2009 1:14 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

saya ahli PAS dengan nombor Ahli 253812

Insya Allah minta ahli-ahli Pas lain yang baca blog ni simpan no ni. senang nanti bila nak buat rujukan ahli yang suka pecah belahkan UMAT, kita cari no ni.

kamu sajelah yang betulkan??
ahli lain semua tak betul....kan!

memang kamu ni dasar.......
.

BErapa no ahli PAS kamu yang kamu nak sebuk2 ni?

Boleh bagitau?

Anonymous said...

Message untuk cyber trooper UMNO......PERGI JAHAMANLAH DENGAN UMNO! PARTI BANGSAT!

Anonymous said...

BErapa no ahli PAS kamu yang kamu nak sebuk2 ni?

kamu memang jenis yg x boleh di sentuh kan!!!
TAPI KALU ORG LAIN SENTUH KAMU BUKAN MAIN MELENTING LAGI.

MEMANG BANGSA PECACAI UPAHAN MURAHAN

Anonymous said...

Hello!
Ini binatang jenis apa minta no. ahli nie. The only that I know of this sort is UMNO..parti bangsat.
Sebelum kata siapa boleh sentuh, sapa tak boleh sentuh tengoklah muka tu kat cermin dulu. Yg main stream media hampa dok sentuh pas hari2 tu apa. You ni pekak ke, buta ke tuli ke!!!
Kau ni pecacai tua angkat najis UMNO dok sibuk2 masuk web nie buat apa. Kalau tak suka dengan article TB, masuk web nie baca buat apa. Ikut macam aku, tak ingin langsung nak masuk web meloya + 3 suku blog2 yang pro UMNO bangsat!!

Anonymous said...

Hello!
Ini binatang jenis apa minta no. ahli nie. The only that I know of this sort is UMNO..parti bangsat.
Sebelum kata siapa boleh sentuh, sapa tak boleh sentuh tengoklah muka tu kat cermin dulu. Yg main stream media hampa dok sentuh pas hari2 tu apa. You ni pekak ke, buta ke tuli ke!!!
Kau ni pecacai tua angkat najis UMNO dok sibuk2 masuk web nie buat apa. Kalau tak suka dengan article TB, masuk web nie baca buat apa. Ikut macam aku, tak ingin langsung nak masuk web meloya + 3 suku blog2 yang pro UMNO bangsat!!


HELLO,
YG MINTA NO AHLI DI ATAS IALAH KAWAN KAU SENDIRI TB BANGSAT, PECACAI UPAHAN.
KAU CAKAPKAN DIALAH PEGI BERAMBUS.

LAIN KALI BACA N TENGOK BETUL2X. JGN MAIN HENTAM KROMO JE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.