Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 1, 2009

Kalau Tidak Bersalah, Kenapa Para D.O. Takut Dipersoal SELCAT?

Bak kata orang tua-tua, berani kerana benar, takut kerana salah. Sekiranya kesemua pegawai2 kerajaan yang dipersoal SELCAT itu tidak bersalah, apa yang hendak ditakutkan. Nyatakan dengan terang siapa yang menyuruh mereka melepaskan wang yang sebegitu banyak dalam masa yang sebegitu pendek.

Apa masaalahnya? Tiada siapa yang akan mengambil tindakan dan tiada siapa yang akan menyalahkan mereka. Apa yang dimahukan dari SELCAT adalah maklumat bagaimana wang yang sebegitu banyak diberikan kepada UMNO/BN untuk kempen pilihanraya mereka dalam masa yang sebegitu singkat.

Saya ambil contoh, pegawai yang bernama Norafzati Jantera yang berani mendedahkan apa yang telah berlaku:

“Finance clerk Norafzati Jantera acknowledged receiving calls from the Ijok assembly member urging the Kuala Selangor Land Office to hasten the processing of his applications for allocations. The assembly member at that time was K Partiban.

“Together with other colleagues in the Land Office, we gotong-royong to finish processing payments for the assemblymen,” said Norafzati on the third day of the Selangor Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) hearing yesterday.

Norafzati and another clerk, Nordiana Mokhtar, had processed 85 payments amounting to RM449,500 on the eve of the dissolution of parliament and state assemblies on Feb 12, 2008.”


Norfazati dengan jelas memberitahu bahawa beliau mendapat arahan dari wakil rakyat BN untuk melepaskan wang berjumlah RM475k sejurus sebelum DUN Selangor dibubarkan. Saya yakin dan percaya selepas ini tiada siapa yang akan menyalahkan Norfazati kerana beliau hanya menjalankan arahan yang diberikan kepada beliau sahaja.

Kenapa Perlu Datang Menyembah ke Hasan Ali dan Buat Cerita Dongeng?

Mereka datang ke rumah Hasan Ali, di atas platform NGO yang bernama “PROMIS” yang masih belum berdaftar. Mereka merayu dan mengadu kononnya mereka dilayan seperti budak-budak. Mereka menyatakan bahawa hanya Dato Hasan Ali sahajalah harapan Melayu di Selangor.

Dan Hasan Ali percaya cerita mereka bulat-bulat tanpa merujuk kepada YB Saari Sungip wakil PAS dalam SELCAT samada benar atau tidak cerita pegawai2 ini.

Hakikatnya, pegawai2 ini semuanya adalah UMNO. Dan mereka mahu mencari alasan untuk tidak dipersoalkan terus kerana mereka mahu melindungi kepentingan dan maruah UMNO yang sudah teruk tercemar di Selangor. UMNO di Selangor sekarang ini ibarat orang yang kena kusta kerana kesah mereka membaham duit rakyat untuk kepentingan pribadi sudah tersebar luas. Dan cerita-cerita ini dapat digali, antara lainnya, dari prosiding2 yang dilakukan oleh SELCAT.

Pegawai2 kerajaan di Selangor ini telah bertahun-tahun melakukan kerja menguntungkan UMNO dan merugikan serta menindas PAS dan parti2 lain di Selangor. Sekarang ini segala kejahatan mereka telah didedahkan kepada umum dan mereka takut.
Yang menghairankan Hasan Ali melindungi pula pegawai2 yang selama ini menindas, menghukum, menentang PAS itu sendiri? Apakah Hasan Ali ini tidak sensitif dengan perasaan ahli2 dan jentera2 PAS di peringkat akar umbi?

Hakikatnya, yang marah dalam isu ini adalah UMNO. Yang benci pada SELCAT adalah UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO yang sekarang ini beriye-iye sangat nak mempertahankan tindakan Hasan Ali. Ini kerana mereka takut rahsia mereka terbongkar. Mereka takut rakyat semua tahu bahawa mereka menang pilihanraya selama ini adalah dengan wang rakyat dan bukannya dengan kederat dan usaha mereka semata-mata.

Mereka tidak mahu rakyat tahu yang mereka membaham wang rakyat macam wang itu bapak mereka punya. Mereka lah bapak rasuah dan bapak korupsi. Mereka tahu yang mereka lah sebab Negara ini hampir bankrap walaupun Malaysia ini kaya. Mereka adalah pelahap dan pemakan wang rakyat.

Tulang Besi


12 comments:

Anonymous said...

salam
Tulang besi. Ana rasa kita berhenti sat kisah "Selangor". Kita beri tupuan kat Bukit Pinang.
Lawan tetap lawan!!

Anonymous said...

he..he... teori tahap budah sekolah tadika kemas

Tulang Besi said...

ok, sebenarnya artikel ni dah lama tulis tapi delay publishing sampai skrg1

Anak Perelih said...

Kalau begitu.. mengapa TS Khalid Ibrahim tidak membuang pegawai pegawai ini yang "telah bertahun-tahun melakukan kerja menguntungkan UMNO dan merugikan serta menindas PAS dan parti2 lain (PKR, DAP) di Selangor"???

jawapannya ialah.. mereka ini adalah dibawah cabang executive di Selangor (MB dan exco).... Jadi untuk memerintah, MB dan exco masih memerlukan mereka ini untuk melaksanakan dasar dasar kerajaan negeri kerana nak membuang mereka ini kena mengikut prosedur kerajaan... bukan boleh buang macam tu saja... jadi nak tak nak kerajaan PR Selangor kena berkerjasama dengan pegawai pegawai ini...

Serious Shepherd said...

"The assembly member at that time was K Partiban."

"Yang menghairankan Hasan Ali melindungi pula pegawai2 yang selama ini menindas, menghukum, menentang PAS itu sendiri?"

Nampaknya K Partiban adalah salah seorang 'melayu' (note the lowercase m) yang dilindungi Hasan Ali.

Anonymous said...

Maybe someone just need to put a bullet through Hassan Ali's thick skull and keep him silent since he doesn't get the idea that it is the tax payers that PAY these Civil Servants jokers to run the country's administration efficiently. Even then, we Rakyat has NO SAY over the sort of talents that should join Government service. And the services render is ATROCIOUS, HORRENDOUS, UNPROFESSIONAL and God KNOWS, we as Rakyat DO NOT OWE these makan gaji buta civil servants anything but we still have to put with shoddy unreliable work not to mention CORRUPTION! So please, HAssan ALi, please read the Quran properly (hayatilah) before you want to play racial cards (because racism is forbidden in Islam).
Oh by the way, is it me or what but the more modern we are, the more racist we are ke? Notice how racist Selangor people are compare to other states. So thank you UMNO. You really make my day.

Anonymous said...

Hassan Ali is a waste of tax payers money. A MYR1 million spent on this moron for PHD. So what did he write for his thesis? How to be more radical, racist and support Corruption while at the same time taking care of corrupt civil servants' dignity? Can someone please finish this guy off?

Tulang Besi said...


jawapannya ialah.. mereka ini adalah dibawah cabang executive di Selangor (MB dan exco).... Jadi untuk memerintah, MB dan exco masih memerlukan mereka ini untuk melaksanakan dasar dasar kerajaan negeri kerana nak membuang mereka ini kena mengikut prosedur kerajaan... bukan boleh buang macam tu saja... jadi nak tak nak kerajaan PR Selangor kena berkerjasama dengan pegawai pegawai ini...
.

Cara lagi baik, dedahkan apa yang mereka lakukan supaya rakyat tahu.

Dan lepas ni kerjaaan yang memerintah kekal Pakatan Rakyat.

Bila menang penggal kedua, para pegawai2 ni akan berubah pro kepada kita secara otomatik, mcm kat kelantan.

seelan said...

pengerusi selcat iaitu yb teng chang kim semua orang tahu di selangor bahkan di seluruh malaysia,beliau adalah seorang aktivist masyarakat,menolong rakyat khususnya di negeri selangor dan kawasan beliau yang memenangi kawasan sungai pinang sebelum tsunami politik melanda di malaysia.siapa ini hassan ali siapa kenal dia sebelum ini kalau tak berlaku tsunami politik entah apa kerja dia sekarang,kalau tak silap tok guru pun takkan masuk campur dalam isu selcat yang mencari kebenaran dan keadilan,hassan ali ini baru setahun lebih menjadi wakil rakyat exco perlulah belajar lebih banyak dengan yb teng yang mempunyai pengalaman luas di pentadbiran kerajaan negeri selangor.

Anonymous said...

DOs dan kakitangan pejabat DOs bolih dikatakan kena buli dok ADUN BN. Mudah dikotak katikan. Macam budak suruhan dan tidak berani berkata benar atau NO pada ADUN BN. Kini bila disoal olih SELCAT terserlah kobodohan mereka. Jelas mereka macam lembu cucuk hidung ADUN BN. itu saja. Hassan Ali nak sokong mereka ini buat apa?. Kalau BN masih memerintah Selangor, mereka semua pasti tak ambik tahu pun pasal PR.

Anonymous said...

betul sgt.....teori tu tahap rendah..cuma org bodoh aje yang percaya teori org bodoh....

Ham said...

Saya sokong 100% tindakan SELCAT,Memang patut organg yg bertanggungjawab dalam hal itu di soal apa diorang takut masa buat dulu tak fikir kena soal, bila kena soal SELCAT "Mereka merayu dan mengadu kononnya mereka dilayan seperti budak-budak" jadi macammana nak soal mereka(DO&ADO),nak kita panggil SPRM soal..(risau pula kena bunuh),Jadi saranan saya pada para DO/ADO yg kena soal jawablah yg benar,sebab kalau dalam islam soalan di hari pengadilan lebih lagi..takan masa tu u boleh Minta Hasan Ali tolong kamu..Apa takut dengan YB yg Korupsi...TAKUTLAH DENGAN SEKSAAN TUHAN BILA BUAT SALAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.