Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 22, 2009

Kedatangan Orang Bukan Islam ke Rumah Terbuka PAS Menyedihkan

Ini berita gembira kepada “Geng-Geng” Terengganu dan Fraksi UMNO yang menguasai PAS sekarang. Usaha mereka memurnikan PAS dari pengaruh “Cina” dan “India” telah berjaya. Hasil dari tindakan agen mereka di Selangor dalam isu SELCAT dan “Kepala Lembu”, sokongan orang bukan Islam kepada PAS telah JATUH KETARA SEKALI.

Apabila PAS mengatakan PAS lebih suka menyokong pegawai kerajaan yang korup berbanding SELCAT kerana pegawai2 kerajaan ini adalah MElayu dan SELCAT dipimpin Cina, maka pengundi Cina mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari PAS.
Dalam isu “Kepala Lembu” pun, pimpinan2 PAS PUsat “SENYAP SUNYI TAKDA ORANG”, maka pengundi India pula merajuk kepada PAS.

Pengundi Cina dan India Telah Meninggalkan PAS

Petanda pertama adalah pilihanraya Bagan Pinang di mana PAS kalah di SEMUA PETI2 UNDI CINA dan INDIA. Petanda kedua adalah Hari Terbuka PAS Pusat sempena Hari Raya Aidil Fitri di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibilang dengan jari. Tidak seperti tahun lepas di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibanggakan, tapi tahun ini kedatangan mereka amat memalukan PAS.

Kalau tiada tindakan drastik dari PAS, akan ada lagi petanda-petanda susulan dari orang bukan Islam yang akan berakhir dengan PAS kalah di kebanyakan kerusi yang akan dipertandingkan.

Saya tidak terkejut kerana semenjak menang lagi pada 2008, kepimpinan PAS Pusat telah mengambil sikap anti-Cina dan anti orang bukan Islam. Dato Hasan Ali telah sewenang2nya memainkan isu perkauman bermula dari isu perlantikan Madam Low sebagai Pengerusi PKNS (walaupun selepas itu beliau berjaya ‘cover’).

Selepas itu beliau mengamuk pasal isu arak dengan membuat kenyataan tanpa mengira sensitiviti kaum di Selangor dan menyuruh Ronnie Liu letak jawatan. Selepas itu dalam isu Kepala Lembu dan Kuil S23 yang beliau ambil keputusan untuk BERDIAM DIRI SAHAJA walaupun jelas telah berlaku penghinaan kepada agama Hindu tanpa provokasi.
Malahan dalam isu pembunuhan Teo Beng Hock juga telah melihatkan sikap Hasan Ali dan Presiden PAS berdiam diri seribu bahasa. Presiden PAS lebih rela mengeluarkan kenyataan berkenaan wabak H1N1 dari mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan pembunuhan kejam Teo. Hari ini, setelah ada laporan dari dr patalogi dari Thailand pun, Presiden serta Hasan Ali membisu seiribu bahasa.

Kemuncak “pengkhianatan” PAS kepada orang bukan Islam adalah apabila Hasan Ali menyokong pegawai2 kerajaan dan menghentam SELCAT yang cuba untuk menyiasat salah guna kuasa dan korupsi melibatkan para pegawai kerajaan.

Polisi Anti Cina dan Anti Orang Bukan Islam serta Polisi Hidup Melayu Fraksi UMNO Mula Membuahkan Hasil

Apabila PAS dibawa ke arah menguatkan Melayu dan membuang “PAS for ALL” seperti sekarang ini, maka secara otomatik orang bukan Islam lari dari PAS. Ia adalah proses yang semulajadi dan tidak dapat dibendung lagi.

Pemimpin-pemimpin PAS yang berasal dari Terengganu ini lupa, sebagaimana mereka lupa pada 2004 dahulu, bahawa kemenangan PAS adalah natijah dari sokongan orang bukan Islam dan bukan MElayu dan bukan sokongan orang Melayu.
Geng2 Terengganu sebelum 2004 beriye-iye mengatakan bahawa kemenangan mereka 1999 adalah atas penerimaan rakyat Terengganu pada mereka. Malahan, dalam ucapan-ucapan tertutup mereka, dengan bangga mereka berkata rakan-rakan dalam Barisan Alternatif tiada hak untuk mempersoalkan polisi Terengganu kerana kerajaan PAS Terengganu adalah kerajaan PAS dan bukan Barisan Alternatif.

Hasilnya, pada 2004, PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi. Dari kerajaan yang menguasai 2/3 DUN, mereka hanya tinggal 4 kerusi DUN yang mereka menang dengan majoriti tipis.

Geng Terengganu Mahu Mengekspot Kekalahan Mereka ke Seluruh Malaysia
Sekarang ini, “geng2” Terengganu yang menguasai Presiden sekali lagi melupai siapa yang memenangkan PAS. Mereka membiarkan agen2 mereka melakukan perkara2 yang menggugat perasaaan dan sensitiviti kaum2 yang memenangkan PAS.

Benar kata Dr Aziz Bari bahawa tidak akan ada apa-apa tindakan yang diambil keatas Hasan Ali sama sekali. Ini kerana Hasan Ali adalah regu kepada “Geng Terengganu” dan Fraksi UMNO yang menguasai Presiden sekarang ini. Mustahil Hasan Ali akan diambil apa-apa tindakan ke atas beliau walaupun jelas tindakan Hasan Ali telah MERUGIKAN PAS.

Mereka ini mengawal PAS dengan bergantung kepada jubah Presiden rela mengekspot kekalahan PAS Terengganu ke seluruh Malaysia demi memastikan mereka terus kekal mengusai PAS, Harakah dan sebagainya.

Malahan, Timbalan Presiden PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada tindakan Hasan Ali yang jelas merugikan PAS dan merugikan perjuangan Islam.

Imej PAS sekarang adalah PAS mengharamkan beer tapi menghalalkan korupsi. Jadi, apa sebab orang Cina mahu menyokong PAS. Dan kegagalan PAS memperjuangkan HAK (bukan keistimewaan) orang India dalam isu kuil S23 pun menjauhkan orang India kepada PAS.
Fraksi UMNO dan Geng Terengganu Tidak Menyayangi Parti, tapi Hanya Kepentingan Mereka
Kepentingan parti adalah yang terakhir dalam minda mereka. Biarlah PAS kalah seribu pilihanraya pun, mereka tetap dengan cara mereka dan mereka akan pastikan PAS tunduk kepada kehendak dan kemahuan mereka.

Mereka mengawal PAS dengan bergantung kepada jubah Presiden rela mengekspot kekalahan PAS Terengganu ke seluruh Malaysia demi memastikan mereka terus kekal mengusai PAS, Harakah dan sebagainya.

Mereka jugalah dibelakang idea “Kerajaan Perpaduan” yang sangat-sangat tidak praktikal dan tidak ada kebaikan kepada rakyat negara ini.
Syabas. Orang bukan Islam sudah meninggalkan kita. Dan orang Melayu pun tidak akan datang kepada PAS kerana kalau hendak memperjuangkan Melayu, mereka lebih baik menyokong UMNO

Tulang Besi

63 comments:

Malaysian said...

Sebagai pengundi bukan Melayu, saya masih memberikan peluang kepada PAS untuk bertukar!

PAS harus bertindak dari perpeksi semua bangsa bukan hanya bangsa tertentu sahaja, ini selaras dengan ajaran Islam yang menyuruh umat Islamnya bertindak adil kepada semua bangsa ciptaan Tuhan.

Sehingga kini, kawan-kawan sekitar saya yang mengundi Pas telah mempersoalkan sama ada mereka membuat keputusan yang betul pada pilihan raya yang lepas.

Saya berharap Pas mendapat signal dari Bagan Pinang. Bola kini di pihak Pas, nak menang PRU 13? Pas harus bertukar!


Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com

Anonymous said...

Mungkin benar PAS perlukan sokongan bukan Islam untuk menang. Tapi kalau sampai terpaksa mengadaikan prinsip, nanti lari pula dari perjuangan asal. Dulu janji PAS nak jadikan Malaysia negara Islam, saya sokong, ramai sokong. Bukan Islam boleh sokong ke?

Tulang Besi said...

Mungkin benar PAS perlukan sokongan bukan Islam untuk menang. Tapi kalau sampai terpaksa mengadaikan prinsip, nanti lari pula dari perjuangan asal..

Yang kata PAS telah menggadai prinsip hanya UMNO.

Jadi tak perlu risau

Anonymous said...

langkah pertama untuk perubahan, hassan ali dipecat.

Anonymous said...

Selagi TGHH masih dengan stailnya yg sangat lembab, dengan hanya mendengar dari penasihatnya spt Tok Pa, Nasaruddin, Hassan Ali dan puak UG, .. janganlah harap PAS akan mendapat sokongan. Janganlah nak merepek nak jadikan PAS kerajaan dlm penantian. Yg ada dlm tangan sekarang pun belum tentu boleh dikekalkan. Terengganu tempat sendiri pun tak menang2. Itu pun masih lagi nak ambil soldadu yg lapok. Apa pemimpin PAS ni dungu sangat tak dapat membaca kehendak hati rakyat?

PAS = hudud = potong said...

Tulang Besi,

kamu juga sokong tindakan Hassan Ali yang buat larang menjual beer. Sebanyak 4 atau 5 artikel kamu menyokong tindakan Hassan Ali. Kamu juga bertanggungjawab atas kegagalan pas.

Tetapi mungkin itu objektif kamu. Sudahkah terima cek daripada bos kamu?

Tulang Besi said...

Tulang Besi,

kamu juga sokong tindakan Hassan Ali yang buat larang menjual beer. Sebanyak 4 atau 5 artikel kamu menyokong tindakan Hassan Ali. Kamu juga bertanggungjawab atas kegagalan pas.
.

Betul dan selepas isu pengharaman penjualan beer, kaum Cina di Permatang PAsir tetap mengundi PAS.

Betul ke tidak?

Serious Shepherd said...

Saya percaya bukan semua orang bukan Islam lantang memperjuangkan babi, beer dan Beyonce, tetapi suara dari bukan Islam (kecuali dari penganut agama Hindu) dalam isu agama masing-masing tidak selantang contohnya kecaman terhadap PAS dalam komen-komen blog apabila konsert Beyonce dibatalkan (tiket sampai RM 583, orang Bagan Pinang mampu beli ke?) atau tempat penyembelihan babi di Alor Setar dirobohkan.

Akibatnya sokongan terhadap isu bukan Islam boleh disalahtafsir sebagai menggadai prinsip. Tak payah cerita pasal Nizar pegang lilin (jenuh jugak cari gambar NAJ 18 - 3 buat benda sama), bila buat manifesto Negara Berkebajikan pun disebarkan propaganda kepada penyokong PAS (bukan pendokong) yang PAS meninggalkan matlamat negara Islam.

Saya mencadangkan supaya PAS:
1- Memfokuskan kepada masyarakat India yang bukan Islam sama ada Hindu atau Kristian kerana masyarakat India memang kuat beragama dan turut bersuara menyokong sekatan penjualan arak kepada mereka yang di bawah umur, di samping tidak lantang bersuara mempertahankan babi, beer dan Beyonce.

2- Mensasarkan MCA dan Gerakan sebagai kafir harbi sebenar yang memaksa DAP mengikut rentak mereka dalam hal babi dan beer, contohnya memperingatkan bahawa MCA pernah berdemo membantah hudud dan mahu Melayu mati di tangan peragut.

3- Meminta DAP (kalau PKR, mungkin disalah anggap sebagai mensamaratakan taraf agama) menubuhkan unit kerohanian yang diuruskan oleh orang-orang beragama selain Islam seperti sami-sami.

Setakat ini saja buat masa ini dari seorang ahli futur.

pembaca_harakah said...

Tulang Besi,

Betul ke harakah dikuasai fraksi Terengganu? Adakah TB perasan harakah sekarang lebih berani daripada dulu.

Saya rasa harakah tengah nak menyedarkan PAS dari dalam. Tengok artikel-artikel yang berani dipaparkan kebelakangan ini.

Kenyataan bela Aziz Bari:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022922&Itemid=85

Tulisan English - Tohkong Mosjid yg mengkritik PAS secara lembut.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22909&Itemid=1

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22842&Itemid=50

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22802&Itemid=1

Boleh TB, bagi komen?

Pembaca harakah.

PAS = hudud = potong said...

jumlah pengundi cina dan india tak ramai di permatang pasir. di bagan pinang jumlah mereka ramai dan boleh tumbangkan pas.

Tulang Besi said...

PAS = hudud = potong said...

jumlah pengundi cina dan india tak ramai di permatang pasir. di bagan pinang jumlah mereka ramai dan boleh tumbangkan pas.
.

Tak ramai pun, dekat2 nak sama dengan Bagan Pinang jugak la.

Errr, bukan bertambah majoriti PAS ke?

Anonymous said...

I think PAS is on the downwards now given so many mistakes made by some leaders lately in particular Hassan.PAS must decide now whether it wants to pretend to be in PR or help UMNO to win.PAS cannot be a fence-sitter as perceived by all of us.Sincerity is the noblest asset a politician can impress lastingly on the people.Unfortunately,only a few good men in PAS possess this notably Tok Guru,KhalidSamad,Nizar,the rest is a question.

Anonymous said...

Permatang Pasir,tempat Anwar lah woi!!Jentera PKR/Pakatan turun padang utk berkempen utk memenangkan calon PAS.PAS on it's own,is a dead duck at the moment lah).Manek Urai ,PAS hampir hampir KO,and in Bagan Pinang,kena terajang kow kow.All becos of ajaran sesat ketuaan melayu islam yg diperjuangkan oleh fraksi2 UMNO

Anonymous said...

Honestly speaking dasar PKR relects the true spirit of Islam.So,the posibility of PAS becoming pupus,thanks to the fraksis cannot be ruled out.

Anonymous said...

The big question mark is,why the no nonsence,determined President of PAS has turned in2 a kangkong?TGHH dah dipukau ke?

Gedong Lalang said...

Memang benar kedatangan orang Bukan Islam kerumah terbuka Pas tahun uini amat menyedihkan. Saya sempat hadzir dibeberapa tempat rumah terbuka Pas di Seremban dan di Lembah Kelang kedatangan orang bukan Islam kurang tidak seperti ditahun lepas. Malah di Taman Melewar pengunjung bukan Islam jauh berkurangan.

Untuk kebaikan bersama Pas perlu mendisplinkan pemimpin pemimpin parti agar tidak mengeluarkan isu sensitif kepada bukan Islam. Kepada yang engkar tindakan memecat keahlian parti perlu diambil. Sepatutnya kita perlu mempunyai sikap toleransi dan hormat menghormati perasaan orang bukan Islam.

Bagi Pas dengan menubuhkan sayap parti bagi kelab penyokong Pas amat dialu alukan. Sekurangnya penyokong Pas Bukan Islam mempunyai landasan untuk berjuang bersama Pas. Dengan adanya sayap ini akan dapat menambahkan ahli berdaftar penyokong Pas.

Tinta Hitam said...

Benar org org PAS kadangkala tak tactful bila menghadapi isu isu semasa.Mereka kadangkala masih melihat sesuatu dari kacamata dan fikrah UMNO walaupun mereka mereka benci UMNO dan fikrahnya.

Cuma undi bukan melayu lari tu saya rasa bukan sebab tindak tanduk Hassan Ali sgt.Apalah sgt yg PAS buat pd mereka sampai tak mau undi PAS dan terus pergi pd UMNO? UMNO buat mcm mcm pada mereka.HIna ugama mereka,bunuh org mereka tetapi masih juga sokong? Seteruk teruk PAS dan org orgnya mereka tak sentuh pun bulu roma org org bukan Islam ni.Malahan dlm isu kuil tu yg defend mereka sehingga akhirnya adalah YB PAS Khalid Samad.Sehingga skg YB Khalid masih tetap dgn prinsipnya.Polisi polisi Kerajaan yang dipimpin oleh PAS sehingga kini tidak menganiaya org org bukan Islam.Malahan mereka dpt byk kebajikan jika dibandingkan mereka dibawah UMNO dulu.Jadi apa masalahnya? Mereka nak sokong UMNO? Go ahead la.Kalau itu yg mereka mau.Kalau mereka menyangka mereka dilayan lebih baik oleh UMNO.

Walaupun begitu pihak pimpinan PAS perlu lah lebih prihatin dan berhati hati didalam sebarang isu.Sebab buikan mudah nak jinak kan hati hati mereka.Saya agak merasa kesal sedikit kerana setengah tengah pimpinan PAS dah mual menunjukkan besar kepala dengan kemenangan yg sedikit.Baru menang sedikit tu dam mcm tu.Mereka mula berlagak seolah olah berkata " I dont need you,go to hell"

Mereka menari mengikut rentak yang dipalu oleh UMNO.Mereka perlu ingat selama ini UMNO lah yang mengkhianati perjuangan Islam.Kalau tak mau sedar juga,nothing much I could say..

Anonymous said...

Biasa la tu tak datang rumah terbuka PAS.

Kalau DAP, MIC atau MCA buat open house pun aku tak pegi.

Anonymous said...

Observe carefully..all those al wala al kelantong r weak and have no power..why?adu domba,tipu kuat punya pasai lah..haha

Anonymous said...

Lu org ingat org bukan islam bodoh kah?Lu orang ingat,org bukan islam yg selau dilabelkan "kafir","syrik","un islamic" tak bertamaddun,tak ada prinsip kerohahnain kah?U fellas lah, r acting,behaving like drunkered morons!!u fellas lah have distored the true spirit of islam,and no different to UMNO retards and thier ketuanan melayu

A true Malaysian said...

Tulang Besi,

PAS seharusnya memikir secara mendalam adakah mereka masih mahu pegang kuat kepada ideologi mereka sebagai sebuah parti Islam.

Pada pendapat saya, apa gunanya adanya ideologi sedemikian jika keadilan yang tulin tidak dapat dicapaii oleh semua orang termasuk orang bukan Islam. Bukankah ajaran Islam sudahpun mengenali kenyataan bahawa dunia ini adalah majmuk, ada orang bukan Islam dimana harus dihormati of orang Islam?

Oleh itu, adalah baik PAS membuka pintu kepada umat-umat lain menjadi ahli-ahli dan bukan setakat fan club saja.

Dalam dunia yang majmuk ini, orang Islam seharusnya dapat menyesuaikan diri mereka dengan orang-orang lain, asalkan ajaran Islam tulin dapat dijadikan panduan harian. Bukan itu lebih bernas dan waras?

amoker said...

Good observation. PAS has become less on talk on corruption and governance and more on Islamic issues now. The leaders are too quiet.

Observation on the Hadi Awang geng. It is a cycle with them. The won terengganu and the head went big. Now, they won back a lot of votes and their head also went big again.

For people like me, supporting PAS is not supporting an islamic state but a government of justice. So,now you have UMNO who is racist and corrupt and you have PAS who gets big headed and overzealous. Quite a Hobson's choice.

Anonymous said...

masih ada lagi anai-anai dalam rumah ni kah?? susah sangatkah nak hapuskannya..?? anai-anai ni bahaya ,kalau tak dibuang,lama-lama boleh runtuh rumah ni...,nak buat apa simpan anai-anai walaupun cantik dilihat...rumahkan lebih penting,oleh itu teguhkan lah rumah ni,rumah ni bukan milik individu tertentu tapi milik semua (rakyat)....pikirkanlah mana yg lebih penting,buatlah keputusan dgn baik,ibarat tarik rambut dlm tepung,rambut tak putus,tepung tak selerak....

Anonymous said...

Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda
Mohamed Hanipa Maidin
Thu | Oct 22, 09 | 10:04:29 am MYT
PENDAPAT

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang'). Iklan



Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS � melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

--------------------

(Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS)_

Anonymous said...

Dipetik dri blog Yb Khalid Samad(http://www.khalidsamad.com/2009/10/pengalaman-di-bagan-pinang.html)

Raj Kumar Mukundan said...
En. Khalid Samad

Saya pengundi di Bagan Pinang, duduk di Taman TKK.

Jangan cakap kenapa UNDI bukan Melayu hilang itu boleh menjadi tafsiran.

Saya dan family saya undi dulu untuk Pakatan Rakyat. Tapi sekarang kita undi untuk UMNO.

Ini kerana PAS sudah tunjuk extreme. Hassan Ali. PAS Youth. Nasharuddin dan Ustaz Hadi yang pakat dengan UMNO.

Ini semua kita takut. Kita mahu buang. Tak mau.

UMNO lagi selamat. Lagi sederhana tak extreme atau menipu macam PAS.

Kami sokong UMNO, DAP dan PKR. Bukan PAS.

Tapi kami sokong YB Khalid Samad kerana YB tak extreme dan boleh percaya punya.

YB Khalid = Pakatan Rakyat. Kita hormat.

Ustas Hadi + Nasaruddin + Pemuda PAS + Hassan Ali = Barisan National (BN). Tak hormat.... tak undi PAS kalau mereka ada.

October 21, 2009 8:19 AM blog YB kahlid samad..

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Salam Tsunami,

PAS tak boleh bertukar.

Nanti hancur pula Tulang Besi.

Dia kata PAS parti Islam. Betulkah?

PAS kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Sekarang ini PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR, nak dipanggil apa?

Jawab Tulang Besi.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Salam Tsunami,

Tulang Besi beria-ria benar dan teruja dengan tajuk ini.

Parti awak itu dah tergila-gila dengan undi bukan Islam.

PAS sahaja yang BETUL, orang lain semua SALAH. PAS semua BENAR, orang lain BATIL. PAS sahaja yang ISLAM, orang lain ????.

Berjuang atas nama Islam tetapi mengkafirkan orang Islam yang masih ada syahadah tapi boleh pula berpeluk dengan Pak Cik Lim (DAP la tu)yang jelas menentang Islam. Pernahkah Nabi Muhammad melakukan perkara ini?

PAS terlalu tamak undi semua orang kononnya atas nama Islam.

Tanpa PAS Tulang Besi tetap akan bengkok.

Sekian.

Grand Marquis said...

Ternyata banyak tuduhan-tuduhan tak berasas kepada pelbagai individu.

1. Apakah asas awak mengatakan pengundi cina meninggalkan PAS sebab isu SELCAT? Tak de asas, tapi bercakap seolah-olah ia adalah fakta.

2. Apakah asas awak mengatakan pengundi india meninggal PAS sebab isu Kuil? Tak de asas, tapi bercakap seolah-olah ia adalah fakta.

3. Kebodohan yang paling besar ialah bila awak bercakap pasal arak dan Ronnie Liu. Si Ronnie Liu boleh buat kenyattan sembarangan tanpa perlu mengira sensitiviti orang lain (khususnya orang Islam). Itu awak pertahankan. Bila orang Islam kritik beliau, yang orang Islam nilah yang hang hentam. Apakah jenis manusia beragama Islam awak ni?

4. Lebih teruk, awak nak suruh pemimpin PAS ikut kebodohan awak. Dalam isu Teoh Beng Hock, belum apa-apa lagi awak dah keluar kenyataan PEMBUNUHAN KEJAM. Apa awak ingat awak ni Tuhan yang serba tahu? Sedangkan di Malaysia ni hampir semua rakyat Malaysia tidak tahu apa yang berlaku. Inkues pun masih berjalan dan bertemu jalan buntu. Apakah awak nak ajak Tuan Guru Hadi dan pemimpin PAS yang lain membuat kenyataan tentang sesuatu yang beliau tidak tahu. SAYA INGIN TANYA AWAK, APAKAH ISLAM MEMBOLEHKAN KITA MEMBUAT TUDUHAN SEDEMIKIAN SEDANGKAN KITA PUN TIDAK TAHU PUNCA SEBENAR.

Cukuplah setakat 4 kebodohan dalam tulisan awak.

Awak ini sebenarnya orang yang menjahanamkan PAS.

Apakah kita mahu menggadaikan prinsip Islam disebabkan mahukan undi dari orang kafir?

p.s. Opps... TB kata Hanya UMNO sahaja yang berkata demikian. Betul ke? Fakta atau imaginasi TB. TB bercakap seolah-olah dia tau apa yang ada dalam minda semua orang di Malaysia. Berapa ramai orang bukan UMNO pun berkata sedemikian.

Tulang Besi said...

Hai la grand Marquis. Dah banyak kali saya tunjuk kebodohan awak. Sekarang ni nak balas dendam kata saya bodoh pulak. Padahal, pendapat saya ramai yang sokong, kecuali orang2 UMNO la sebab orang2 UMNO ni jenis bodoh sombong macam awak.
Kalau pandai diorang tak sokong UMNO.


Grand Marquis said...
Ternyata banyak tuduhan-tuduhan tak berasas kepada pelbagai individu.

1. Apakah asas awak mengatakan pengundi cina meninggalkan PAS sebab isu SELCAT? Tak de asas, tapi bercakap seolah-olah ia adalah fakta.
.
Dr Aziz Bari sendiri pun menyetujui persepsi dan pandangan ini beserta banyak penulis. Awak sendiri apa asas awak mengatakan isu ini tiada kesan ke atas sokongan orang bukan melayu ke atas PAS?

Dr Aziz Bari pun bodoh ke? Atau kau yang bodoh.

Kau ada Phd ke nak kata kau pandai?

Tulang Besi said...

3. Kebodohan yang paling besar ialah bila awak bercakap pasal arak dan Ronnie Liu. Si Ronnie Liu boleh buat kenyattan sembarangan tanpa perlu mengira sensitiviti orang lain (khususnya orang Islam). Itu awak pertahankan. Bila orang Islam kritik beliau, yang orang Islam nilah yang hang hentam. Apakah jenis manusia beragama Islam awak ni?.
Ada ke Ronnie Liu buat kenyataan sembarangan? Sensitiviti apa yang Ronnie Liu langgar sedangkan Arak ni masa zaman UMNO sudah berleluasa di Selangor? Bukan begitu?

Kenyataan Ronnie Liu disokong UMNO kerana tokeh2 judi dan arak adalah kawan UMNO.
Hasan Ali kalau tak setuju kenapa suruh Ronnie Liu letak jawatan? Sedangkan Hasan Ali tak pernah bawa undang2 kecil MBSA berkenaan arak untuk diwartakan di peringkat Exco? Hasan Ali tak pernah bentangkan draf undang2 kecil berkenaan penjualan arak di Selangor.
Orang bodoh memanglah tak Nampak kebodohan Hasan Ali dalam isu ni

Tulang Besi said...

4. Lebih teruk, awak nak suruh pemimpin PAS ikut kebodohan awak. Dalam isu Teoh Beng Hock, belum apa-apa lagi awak dah keluar kenyataan PEMBUNUHAN KEJAM. Apa awak ingat awak ni Tuhan yang serba tahu? Sedangkan di Malaysia ni hampir semua rakyat Malaysia tidak tahu apa yang berlaku. Inkues pun masih berjalan dan bertemu jalan buntu. Apakah awak nak ajak Tuan Guru Hadi dan pemimpin PAS yang lain membuat kenyataan tentang sesuatu yang beliau tidak tahu. SAYA INGIN TANYA AWAK, APAKAH ISLAM MEMBOLEHKAN KITA MEMBUAT TUDUHAN SEDEMIKIAN SEDANGKAN KITA PUN TIDAK TAHU PUNCA SEBENAR.

Errr Teo Beng Hock mati sewaktu dalam tahanan SPRM? Macamanapun, SPRM tetap bertanggungjawab ke atas kematian Teo BEng Hock. Ada faham tak?

Dan sekarang sudah ada ahli patologis yang kata 80% kebarangkalian Teo dibunuh bukan bunuh diri.
Ada ka orang nak kahwin pegi bunuh diri. Hang otak tarak ke, grand marquis oiii?

Tulang Besi said...

p.s. Opps... TB kata Hanya UMNO sahaja yang berkata demikian. Betul ke? Fakta atau imaginasi TB. TB bercakap seolah-olah dia tau apa yang ada dalam minda semua orang di Malaysia. Berapa ramai orang bukan UMNO pun berkata sedemikian..
Betul. Stkt ni tak nampak sapa2 pun yang kata macam ni kecuali UMNO. Kau ada bukti orang lain kata macam tu, silalah bawak GM? Jangan memekak kat sini macam orang sewel

Tulang Besi said...

2. Apakah asas awak mengatakan pengundi india meninggal PAS sebab isu Kuil? Tak de asas, tapi bercakap seolah-olah ia adalah fakta..
Errr bukan PAS hilang undi India ke di Bagan Pinang padahal India2 S23 siap turun kempen perkara ni.
Tak penting apa kau cakap GM sebab semua orng tahu kau mengarut mcm kambing. Yang sahnya ramai dah sedar bahawa fraksi UMNO kau ni sedang menghancurkan parti.

Tulang Besi said...

PAS kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Sekarang ini PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR, nak dipanggil apa?.

Bila yang PAS kata macam tu? Ada bukti tak bila?

Kalau betul, apasal tak bawak PAS dan dakwa dalam Mahkamah Syariah.

Aku cabar kau dakwa sekarang ni.

Anonymous said...

saya pun dah malas nak sokong pas buang masa je elok nak berjaya ada saja yang kacau.Buat keyataan yang merosakkan parti.Macam pas ini ditubuhkan untuk menolong umno last minit bila hampir-hampir kalah.Tukar nama parti PASNO lagi baik.Kecewanya....

Tulang Besi said...

UMNO kaki penipu. Selama ni kata PAS mengkafirkan UMNO.

Bila kita cabar diorang dakwa PAS di mahkamah syariah, takut pula.

Lepas tu kata ada fatwa dari mufti jadian2 Harussani bahawa ustaz Hadi sesat kerana amanat beliau.

Padahal harussani, cakap Arab pun tak boleh. MCmna entah jadi mufti.

Anonymous said...

Anonymous 8.49 said
Mungkin benar PAS perlukan sokongan bukan Islam untuk menang. Tapi kalau sampai terpaksa mengadaikan prinsip, nanti lari pula dari perjuangan asal..

prinsip islam yang di sanjung atas dasar keadilan telah nampak di perlekehkan atas dasar kepentingan melayu oleh pemimpin seperti Hassan Ali,mustafa Ali dan mereka dari trengganu... jangan lah mudah tertipu dengan pengadaian prinsip islam... berhentikan lah program membodohkan melayu

Tulang Besi said...

Sebenarnya si GRand Marquis ni dok panggil saya bodoh sebab baru2 ni saya buktikan dia tak faham apa saya tulis.

Dia ni, lain orang tulis lain yang dia faham, lepas tu tuduh saya tidak konsisten.

Padahal dia yang tak reti baca bahasa Inggeris.

Hahahahaha Lain orang tulis lain yang dia faham

Anonymous said...


PAS sahaja yang BETUL, orang lain semua SALAH. PAS semua BENAR, orang lain BATIL. PAS sahaja yang ISLAM, orang lain ????.
.

UMNO mengaku Islam tapi tolak hudud

Grand Marquis said...

TB

Dr Aziz Bari sendiri pun menyetujui persepsi dan pandangan ini beserta banyak penulis. Awak sendiri apa asas awak mengatakan isu ini tiada kesan ke atas sokongan orang bukan melayu ke atas PAS?

Dr Aziz Bari pun bodoh ke? Atau kau yang bodoh.

Kau ada Phd ke nak kata kau pandai?


Critical Thinking 101: Antara ciri-ciri orang yang bodoh dalam berbicara mereka yang membenarkan kata-kata seseorang berdasarkan siapa orang yang berkata dan bukan apa yang diperkatakan. Orang sedemikian melihat title sepert Prof, PHD, MD, Bsc untuk dijadikan landasan kebenaran berhujah.

Grand Marquis said...

TB
Ada ke Ronnie Liu buat kenyataan sembarangan?

Siapa yang buat kenyataan Beer bukan minuman keras? Kalau awak tak rasa sensitive dengan fatwa sedemikian saya tak tau apa lagi nak kata.

Grand Marquis said...

TB

Errr Teo Beng Hock mati sewaktu dalam tahanan SPRM? Macamanapun, SPRM tetap bertanggungjawab ke atas kematian Teo BEng Hock. Ada faham tak?


Dalam SPRM masa tu ada juga orang DAP. Apakah orang DAP itu tidak perlu bertanggungjawab? Tapi itu bukan persoalannya. Persoalan yang saya ingin awak jawab ialah:

APAKAH ISLAM MEMBOLEHKAN KITA MEMBUAT TUDUHAN SEDANGKAN KITA PUN TIDAK TAHU PUNCA SEBENAR.

Jawab, jangan tak jawab

Grand Marquis said...

TB

Betul. Stkt ni tak nampak sapa2 pun yang kata macam ni kecuali UMNO. Kau ada bukti orang lain kata macam tu, silalah bawak GM? Jangan memekak kat sini macam orang sewel


Saya tanya awak, apakah awak ni Tuhan yang dapat membaca hati setiap orang Malaysia sehingga awak begitu yakin hanya UMNO yang mengatakan PAS menggadaikan prinsip untuk membeli undi orang bukan Islam?

p.s. saya bukan tuhan, jadi saya tak tahu.

Critial Thinkin 101: Antara ciri-ciri kebodohan dalam berhujah ialah membuat generalisasi tergesa-gesa. Iaitu mengambil sample yang sedikit untuk digeneralisasikan sebagai fakta umum. Misalnya seseorang itu nampak 10 ekor burung bangau berwarna putih, lalu dia beranggapan semua bangau di dunia ni berwarna putih.

Grand Marquis said...

TB

Sebenarnya si GRand Marquis ni dok panggil saya bodoh sebab baru2 ni saya buktikan dia tak faham apa saya tulis.


Tak de apa pun buktinya selain dari dakwaan TB semata-mata. Hanya setakat kata awak tak faham simple English, terus anggap orang lain tak faham artikel awak. Ni dah kes putting words into others mouth. Pembaca lain patut rasa dibodohkan oleh TB sebab asyik putting words into their mouth.

LA said...

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.
Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.
Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Lim Kit Siang, Ketua Ahli Parlimen DAP
Kenyataan Rasmi 17 Julai 2009

LA said...

semua orang mahu kebenaran tentang kematian misteri Teoh termasuk Hadi.

apa masalah tulang besi ni?

Anonymous said...

Grand Marquis said...
TB
Ada ke Ronnie Liu buat kenyataan sembarangan?

Siapa yang buat kenyataan Beer bukan minuman keras? Kalau awak tak rasa sensitive dengan fatwa sedemikian saya tak tau apa lagi nak kata.

Hello. Setahu saya, Undang negara yang katakan Beer bukan minuman keras kerana peratus alcohol <10%.

Ronnie cuma terangkan apa yang tertulis dalam undang negara...Duh. Tak puas. Pindalah undang tu. Cakap benar pun kena kutuk pulak...zzz

Satu-satu sebab rakyat bukan islam support PAS bukan kerana dia lebih baik daripada UMNO.

Mereka tak ada pilihan. Lebih baik pilih Parti yang takutkan Allah/Tuhan daripada Parti yang ingat dia ialah Tuhan (invincible..zzz).

Dan bila pengundi lari daripada parti yang mereka Undi (PAS/UMNO) adalah kerana mereka ni Cakap kat serupa bikin.

Bukan PAS/UMNO kena ubah. Yang salah ialah membernya.

Anonymous said...

aduh, apalah bengap sangat tulang besi nih. sebelum buat komen bodoh, tolonglah buat research dulu:
1. melayu bagan pinang memang sejak mac 2008 pun sokong UMNO. tak timbul isu melayu bagan pinang "lari" dari PAS. apatah lagi calon favourite mereka yang bertanding

2. cina memang ada swing ke UMNO.

3. paling lawak ialah fakta bodoh tulang besi yg india menolak PAS sebab isu kuil. ground level survey indicated yang india menolak PAS disebabkan lim guan eng dan kampung buah pala

itu lah, lain kali jangan main lepas cakap saja... nanti nampak kebodohan kita

keraspedal said...

nampaknya PAS juga perlu adakan EGM untuk menyelesaikan msalah ini..kerna ada "benda"kita perlu "buang dari PAS agar PAS akan mendapatkan semula kepercayaan masyarakat cina dan india..

jangan sahaja buang yang pro umNo sikit sikit,yang lembat dan lemah juga harus disingkirkan...

Anonymous said...

Yalatuu... orang lain semua kapiak. Korang saja yang beriman dalam mata tuhan. Tengoklah nanti bila mampuih. Yang minum beer tapi banyak menolong ataupun yang hipokrit dan yang banyak ditolong itu yang hangus dulu.


-wassup-

Tulang Besi said...

1. melayu bagan pinang memang sejak mac 2008 pun sokong UMNO. tak timbul isu melayu bagan pinang "lari" dari PAS. apatah lagi calon favourite mereka yang bertanding.

Oh iye ke? KEnapa kalau kita tolak undi pos masa 2008, PAS menang kerusi tu?

Sendiri kena buat research la, baru bagi nasihat kat orang lain bang.

Tulang Besi said...

3. paling lawak ialah fakta bodoh tulang besi yg india menolak PAS sebab isu kuil. ground level survey indicated yang india menolak PAS disebabkan lim guan eng dan kampung buah pala.

Iye ke? Ground level mana kao ambik ni?

Ada ka isu kampung buah pala jadi isu. Yang bertanding ni PAS ka DAP?

Sendiri bodoh jgn panggil orang lain bodoh bang. kan dah malu.

Anonymous said...

kan aku dah kata, tulang besi ni bodoh:
1. pada 2008, tolak undi pos, PAS menang sebab undi cina dan india, bukan melayu
2. orang tak dak otak dan bengap saja yang tak dapat relate bahawa PAS dan DAP berada dalam satu pakatan. marahnya india kepada DAP akan kena tempiasnya ke PAS

kesian pencacai UMNO yang selalu nak menang saja - macam la orang tak kenal kau kat MISNA dulu

Muhammad Syawal said...

Kalau kita masih sayangkan PAS tak perlu lagi banyak cakap dan banyak komen.Pandangan keraspedal untuk mengadakan Muktamar Khas untuk "membersihkan" PAS dari yang disebut "anai-anai" atau "makhluk perosak" wajar diadakan dengan segera.Pandangan keraspedal ini selari dengan cadangan TGNA dalam Bloggnya hari ini.

Pencacai-pencacai UMNO yang buat komen bertujuan "menyakitkan hati" tu,biarkan.Itu memang dah kerja mereka.

harumtr said...

sedapnya lu mencarut dan memaki orang yang tak sebulu dengan pendapat kamu wahai TULANG BABI!

Tu ke yang ISLAM ajar kamu? Sungguh buruk ajaran ISLAM jika itu yang diajar kepada kamu.

Insaflah. Berpada2 lah dalam berselisih pendapat.

Tulang Besi said...


1. pada 2008, tolak undi pos, PAS menang sebab undi cina dan india, bukan melayu
2. orang tak dak otak dan bengap saja yang tak dapat relate bahawa PAS dan DAP berada dalam satu pakatan. marahnya india kepada DAP akan kena tempiasnya ke PAS
.

Kahkahkah lagi sorang tak tak sekolah.

tolak undi Pos, PAS menang di Bagan Pinang, bererti PAS menang undi melayu, cina dan india.

Keduanya, lambang atas kertas undi tu lambang bulan bukan roket.

Ketiganya, isu kampung buah pala tu melibatkan BN jugak dan bukannya semata2 PR.

KEempat, sapa yang cakap kau kampung buah pala ni isu kat Bagan pinang?

Tinta Hitam said...

Grand Marquis,

Yang buat fatwa beer tu bukan minuman kearas adalah UMNO.Maksud saya undang undang yan gdibuat oleh UMNO.Beer diklasifikasikan sebagai beverage.Jadi boleh jual kat mana mana.

Tapi aku setuju kalu org kata Hasan Ali tu bodoh.Sebab dia sepatutnya ketengahkan pasal undang undang ni dulu dan cerita pada rakyat sap punya kerja.Bukan semberono suruh 7/11 yang dah jual arak semenjak zaman UMNO lagi tarik keluar produk tu.Lagi pun pembuat arak kat Mlaysia ni adlah orang uMNo sendiri.NI pun Hassan Ali kena address juga

Anonymous said...

HAJI HADI TAK LAYAK JADI PEMIMPIN MALAYSIA........ SETAKAT MEMIMPIN USTAZ-USTAZ YANG TAK LULUS AGAMA BOLEH LA ATAU PALING HINA JADI PENGETUA TADIKA..... LAA...

MANUSIA YANG DI ANUGERAH ALLAH DENGAN KUASA BUJAKSANA ADALAH

ANWAR IBRAHIM.

REFORMASI ANWAR PADA 1999 BERJAYA BAWAK PARTY PAS KE TAHAP TINGGI SEHINGGA SAMPAI KE SYURGA.....

TAPI BILA HADI BODO NI KALAH TERUK
PADA 2004 MASA ANWAR ADA DLM PENJARA, MAKA PARTI PAS TERSUNGKUR HAMPIR KE NERAKA..

SEKARANG DISEBABKAN ANWAR DAH AKTIF POLITIK PADA 2005, GELOMBANG POLITIK YANG DIBAWA ANWAR BERJAYA MEMBAWA PARTI PAS NAIK SIKIT, TERKELUAR DARI PINTU NERAKA.

YANG DARI DULU TAK LAYAK MEMIMPIN PERTI PAS ADALAH HADI AWANG...PEMIMPAN PAKATAN YANG TAK BOLEH DIBANGGAKAN LANGSUNG OLEH PKR ATAU DAP....HADI BODO...

AHLI PAS NI , IKUT BODO JUGAK KER PI LANTIK HADI BODO NI JADI PRESIDEN 3 TAHUN LAGI...

BODO KER AHLI PAS NI

MAI KITA SOKONG ANWAR>>>>>>

ILHAM DARI PENYOKONG WWW.MALAYSIABARU.COM

Serious Shepherd said...

Pada pendapat saya, satu lagi punca "Kedatangan Orang Bukan Islam ke Rumah Terbuka PAS Menyedihkan" ialah keputusan pemilihan masa muktamar 2009 di mana golongan bercakap dalam gelap terus terpilih menerajui kepimpinan PAS. Bagi saya, muktamar 2009 boleh dibandingkan dengan US Election 2004:

1- US Election 2004 main sentimen 'Democrat nak legalize civil partnership', Muktamar 2009 main sentimen 'kepimpinan ulama' (tak kisahlah ulama betul atau professional panggil baju Gaban yg sampai dalam masa 0.05 saat dan bertukar menjadi ulama)

2- Persepsi orang luar US ialah rakyat Amerika meluluskan penjajahan bumi Iraq. Persepsi orang luar PAS terhadapnya ialah ahli-ahli PAS terus memberi mandat kepada golongan yang bercakap dalam gelap.

Lagi satu, kalau isu Kampung Buah Pala settle dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kena bayar RM 330 juta kepada pemaju, maka propaganda BN akan bertukar kepada 'hanya BN sahaja yang mampu membawa pembangunan'. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP patut sekali-sekala melawat Iran dan Gaza dan belajar dari mereka tentang cara-cara menghadapi sekatan ekonomi.

tumbang BN said...

To Serious Shepherd,

PR can be buried now. Another temple demolition in Selangor.

Serious Shepherd said...

YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam meminta semua pihak supaya bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perobohan beberapa binaan di Persiaran Kerjaya, Jalan Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam.


I am waiting for the whole story.

Anonymous said...

x ramai yg matang kat sini, ada 2 3 kerat, bergaduh mcm budak tadika, pastu bodoh membodoh sesama sendiri,x selesai pun masalah, ko ajar diorg sket tinta hitam

jamilah said...

saya rasa puak pro umno yng menang dulu sebab mereka salahhgunakan istilah kepimpinan ulama bagi menarik undi perwakilan. seolah-olah yang bertanding ialah golongan profesional nak rampas kuasa dari ulama...perwakilan diperbodohkan sedanngkan isu sebenar ialah nak ke BN atau PR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.