Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, October 21, 2009

Khabar Peristiwa Exco Menumbuk Tetamu Adalah Satu Pembohongan

Khabar angin ini telah disebarkan oleh blog Tinta Merah kepunyaan Suyuti Omar. Kononnya sewaktu Rumah Terbuka PAS Pusat minggu lepas, berlaku peristiwa seorang exco kerajaan negeri telah menumbuk salah seorang tetamu yang menghadziri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri PAS Pusat di Taman Melewar minggu lepas.

Suyuti berkata peristiwa ini dikhabarkan kepada beliau oleh salah seorang ahli PAS yang turut menghadziri majlis tersebut. Beliau berkata ahli PAS tersebut menyaksikan peristiwa itu berlaku. Beliau juga berkata Salahuddin Ayub menelepon beliau tengah malam buta untuk mendapat maklumat tersebut. Dan beliau berkata Mahfuz Omar mengetahui exco mana yang menumbuk itu.

Silalah ke blog MSO untuk mendapat “dakwaan” tersebut. Carilah link ke blog beliau sendiri. Cumanya, Nampak tak trick beliau menggunakan nama Mahfuz dan kononnya Salahuddin Ayub menelefon beliau. Dia menjual nama-nama pimpinan ini untuk membina “kredibiliti” beliau sedangkan beliau telahpun terbukti seorang pembohong.

Suyuti Omar/MSO/Tinta Merah Ada Rekod Berbohong

Beliau telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Husam Musa kerana Husam tidak mahu menolong serta mengagalkan usaha rakan bisness beliau (yang UMNO) dalam projek Jihad Ternak kerana Husam tak rela tengok Kerajaan Negeri Kelantan membeli kambing Jamnapari dari rakan beliau dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.( Rujuk laporan di sini)

Serangan-serangan fitnah beliau telah diambil oleh ADUN2 UMNO terutamanya Norzula Mat Diah dan laporan2 BPR telah dilakukan oleh Norzula Mat Diah yang mana laporan2 beliau itu kebanyakkannya adalah print-out dari blog MSO/Tinta Merah/Suyuti Omar.
Lantaran dari itu, Husam telah disiasat atas bawah oleh BPR di kesemua pejabat Husam termasuk portfolio2 beliau yang selain exco. Hasil penyiasatan BPR menunjukkan Husam Musa BERSIH dari tudhan salahlaku dan rasuah sama sekali.

Ia memaksa Norzula Mat Diah meminta maaf secara terbuka di Bangunan DUN Kelantan awal tahun ini dan mengeluarkan notis permohonan maaf dalam Berita Harian. Untuk melihat butir-butir ini, sila baca di sini)

Ini bererti Suyuti Omar telah menyerang Husam Musa dengan khabar2 fitnah hanya kerana Husam Musa tidak mahu menyokong usaha rakan bisness beliau yang menjadi penyokong tegar UMNO di Selangor. Beliau membuktikan kepada kita bahawa beliau tidak segan untuk berbohong demi kepentingan dan kehendak pribadi beliau.

Iskandar Samad Pun Jadi Mangsa Fitnah

Suka saya katakana bahawa Iskandar Samad tidak terlibat langsung dalam isu ini. ISkandar tidak berada di Rumah Terbuka PAS Pusat sama sekali kerana beliau terpaksa menghadiri banyak majlis rasmi pada hari itu.

Kasihan Iskandar Samad terpalit dengan cerita fitnah ini.

Tulang Besi

28 comments:

Anonymous said...

MSO memang anti PAS dan Anti Pakatan Rakyat. Kerja dia membodek dan mencari projek aje. Sebab itu, dia tidak segan silu memburukkan pimpinan PAS di dalam blog beliau sebab beliau tidak kisah PAS hancur asalkan matlamat dan dendam peribadi beliau tercapai.

orangdalamkuis said...

ada maklumat terbaru berkenaan perjumpaan pimpinan tertinggi PAS Selangor dengan beberapa pensyarah malam tadi di KUIS untuk merangka tindakan ke atas blogger PAS termasuk Khalid Samad. Ustaz Zin pun khabarnya hadir.

Nampaknya fraksi Umno dah berjaya menembusi KUIS.

Tulang Besi said...

Boleh mintak maklumat tambahan wahai orangdalamkuis.

Boleh email pada malaysiawaves@rocketmail.com

Anonymous said...

Camana kamu tangkis dakwaan MSO nie, cuba bagi bukti bahawa MSO berbohong tanpa bersandarkan peristiwa2 lepas, contohnya cari kenyataan Mahfuz atau Salahuddin yang menolak dakwaan MSO ini? Saya tak nampak lagi bukti bahawa MSO berbohong melainkan sejarah2 yang kononnya dia pernah berbohong??

Anonymous said...

Lagi baik Tulang Besi dptkan kenyataan Mahfuz atau Salahuddin sendiri yang membuktikan mereka menolak dakwaan MSO ini. Kemudian baru kita nilai.

Anonymous said...

paranoid betul TB ni.

Posting-posting TB memang menyerlah sikap paranoid ini.

Ape yang tak kena dengan PAS mesti ada komplot dari UMNO.

Umno sebenarnya ada banyak kerja lain yang lebih bermanafaat. Tak perlu ambil port atau nak menanam fraksi dalam PAS.

Itu tidak perlu dilakukan kerana yang nak hancurkan PAS adalah lebih jelas oleh Anwar Ibrahim.

Sangat jelas sehingga semua fraksi Anwar telah ditolak dalam pemilihan baru-baru ini.

Harun Din pun dah meluat dengan Anwar...

Tak payah nak tuduh orang itu ini bohong sana bohong sini. Orang PAS sendiri memang bayak berbohong. Tengok saja kes kebal pedang samurai di Bagan Pinang.

aZRoy said...

kah kah kah, si MSO lagi ker, kah kah kah

org AMENO tu pon dah mintak maap kat husam, kah kah kah, tapi dia bila lagi nak mtk maap? kah kah kah, mmg terer dia ni bawak cerita, janji projek masyukkkkkk kah kah kah kah

lepas blog dia pon main approved comments2 yg selective saja, kah kah kah kah, transparent suyut dia, kah kah kah kah kah

aku rasa la, bukan org len kot, tapi dia yg kene tumbuk, kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Pembohongan memang menjadi trademark kebanyakan tulisan MSO. ukan setakat mengunakan nama orang ketiga untuk menguatkan hujah/fallacy bagi memburukkan lawan. Malahan bukan setakat nama pemimpin PAS yang di gunakan untuk menguatkan cerita... dia juga sanggup mengheret anak dan keluarga beliau "to deceive" pembaca. TB keepup with the good works... telling the truth.

Anonymous said...

beriya benar si Tulang Besi mempertahankan bossnya Husam Musa...

dlm artikel tu xde pun MSO memberitahu nama exco tersebut...walaupun MSO ade bukti bergambar tetamu itu bersalam dgn exco itu sebelum berlakunya kejadian menumbuk itu, namun MSO tidak berhasrat menyiarkannya buat mase skrg...

jadi, kenapa nak melatah ?
mungkin ade yg termakan cili kot...

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

beriya benar si Tulang Besi mempertahankan bossnya Husam Musa...

dlm artikel tu xde pun MSO memberitahu nama exco tersebut...walaupun MSO ade bukti bergambar tetamu itu bersalam dgn exco itu sebelum berlakunya kejadian menumbuk itu, namun MSO tidak berhasrat menyiarkannya buat mase skrg...
.

errr ada ke saya mempertahankan Husam Musa.

Saya tulis sebab nama Iskandar Samad yang disebut2 sebagai pelaku.

Jadi apa masaalahnya?

Tulang Besi said...

Bukan boss si MSO ni Mustafa Ali ke kat Siasah tu?

Anonymous said...

hahaha...Tulang Besi jgn laa cepat melatah...

elok² xde org tahu boleh jadi tahu siapa exco itu...

siapa?..YB Iskandar Samad?..err ade ker MSO tulis dlm artikelnya namanya YB Iskandar...xde sape² pun kata YB Iskandar yg tumbuk tetamu tu...

Tulang Besi jgn laa putar citer...

xleh nak bayang laa mcm maner gedebe nye YB Iskandar sambil jerit, "mu jahatt..mu jahatt"...

lain laa kalau YB pujaan si Tulang Besi yg satu lagi tu...gedebe sungguh..dok cayo, tanyo ore kelate laa

Anonymous said...

Cuba TB buktikan MSO ada kata ia ialah YB Iskandar Samad

Kalau tidak hang ni pun pembohong.

Anonymous said...

Cuba TB buktikan MSO ada kata ia ialah YB Iskandar Samad

Kalau tidak hang ni pun pembohong.
.

err nama iskandar samad tu berlegar di kalangan pimpinan2 PAS peringkat pertengahan.

Anonymous said...

memang pembohong pun Tulang Besi ni..

artikel dia yg lepas mengatakan Ustaz Harun Taib kena boo oleh penyokongnya sendiri kat Kemaman sebelum bulan puasa...

ada video?..ada saksi ?..boleh bgtau majlis ape?..
jelas sangat berbohong...ahli PAS maner yg nak boo Pesuruhjaya Negerinya sendiri woii...

aku ni org Kemaman woii...mung nok lebong org kat selangor buleh arr

Tulang Besi said...

memang pembohong pun Tulang Besi ni..

artikel dia yg lepas mengatakan Ustaz Harun Taib kena boo oleh penyokongnya sendiri kat Kemaman sebelum bulan puasa...
.

Ada banyak saksi. Pegi la tanya orang PAS Terengganu.

Hahahahaha takda sapa dari PAS Terengganu yang berani nafi cerita ni.

Hahahahaha

malik said...

Tulang Besi kene rajin sikit cari maklumat, jangan tulis ikut Samborono sahaja..
Sapa kate Iskandar Abd Samad tak ada di Rumah Terbuka PAS???
Iskandar datang siap bawa Isteri dan Anak2 lagi..
Rajin lah sikit Tulang Besi..
Jgn tulis Pakai Borong aje..

LA said...

dia dapat maklumat salah tu...
hahaha

tapi Tulang Besi ni, maklumat salah pun, kalau sedap di telinga dia, dan memenuhi nafsu dia, dia mesti pakai punya, dan menganggapnya sebagai fakta

hahaha

Tulang Besi said...

malik said...
Tulang Besi kene rajin sikit cari maklumat, jangan tulis ikut Samborono sahaja..
Sapa kate Iskandar Abd Samad tak ada di Rumah Terbuka PAS???
.

Saya tanya pada pimpinan PAS kawasan Ampang. Mereka sendiri nafi Iskandar tak datang.

Kerana Iskandar terlampau sebuk hari tu menghadiri banyak2 rumah terbuka

Lagipun, saya bukan nak burukkan iskandar, saya nak bersihkan nama Iskandar samad yang tiba2 terpalit cerita bohong ni.

Kalau tu pun salah, saya tak tau la.

Tulang Besi said...


tapi Tulang Besi ni, maklumat salah pun, kalau sedap di telinga dia, dan memenuhi nafsu dia, dia mesti pakai punya, dan menganggapnya sebagai fakta
.

Err maklumat salah atau kau yang salah?

Tulang Besi said...

Malik, kau nampak ke Iskandar datang ke Rumah Terbuka PAS Pusat?

malik said...

Tulang Besi..
Saya nampak dengan mata saya sendiri, Iskandar Abd Samad HADIR dengan membawa keluarganya..
Rajin2 lah mencari maklumat yang TEPAT..

Anonymous said...

TB, cuba lah dapatkan pengesahan dari Iskandar Samad sendiri samada dia pergi atau tidak ke majlis PAS tu.

Ataupun pengesahan dari Salahuddin atau Mahfuz atau mereka yg dekat dgn Iskandar.

ABJ

Tulang Besi said...

Anonymous said...
TB, cuba lah dapatkan pengesahan dari Iskandar Samad sendiri samada dia pergi atau tidak ke majlis PAS tu.

Ataupun pengesahan dari Salahuddin atau Mahfuz atau mereka yg dekat dgn Iskandar.

ABJ
.

Bang, isu skrg ni bukan iskandar pergi ke tidak. Isu skrg kenapa ada orang pegi kait cerita MSO dgn Iskandar.

Aku tulis niu berdasarkan kepada maklumat AJK Kawasan Ampang dan mereka pun nafi benda ni ada kena mengena dgn iskandar.

Lagi pun, aku tulis nak bersihkan Iskandar dari kena tuduh benda mengarut.

Kau suruh aku konfirm ni apasal? Kau nak kata Iskandar terlibat ke?

mlukman239 said...

Tulang Besi..
Saya boleh mengesahkan bahawa Iskandar Abdul Samad sama sekali TIDAK terlibat dengan kejadian ini.. Iskandar Abdul Samad HADIR selepas 1 Jam kejadian ini berlaku..
Cuma yg saya harapkan adalah agar Tulang Besi lebih Rajin dalam mencari Maklumat yang TEPAT..

Tulang Besi said...

Blogger mlukman239 said...

Tulang Besi..
Saya boleh mengesahkan bahawa Iskandar Abdul Samad sama sekali TIDAK terlibat dengan kejadian ini.. Iskandar Abdul Samad HADIR selepas 1 Jam kejadian ini berlaku..
Cuma yg saya harapkan adalah agar Tulang Besi lebih Rajin dalam mencari Maklumat yang TEPAT.
.

Kahkahkah, kejadian ni pun kita tak tahu berlaku ke tidak, mcmna kau nak sahkan?

malik said...

Tulang Besi..
Saya SAH kan yang Iskandar Abdul Samad HADIR ke Rumah Terbuka PAS dan TIDAK terlibat dengan Peristiwa ini.. Ini kerana saya berada di Rumah Terbuka PAS dan berjumpa dengan Iskandar Abdul Samad..
Tidak seperti Tulang Besi, hanya Samborono mengatakan Iskandar Abdul Samad TIDAK hadir Rumah Terbuka PAS..
Maklumat Tulang Besi sangat sedikit, sampaikan Kehadiran Iskandar Abdul Samad pun SALAH dan Tulang Besi pun TAK tau..
Apa yg BOLEH di harap maklumat2 dan tulisan2 Tulang Besi ini BENAR..
Sedangkan maklumat dan perkara sekecil dan semudah ini pun SALAH?

Anonymous said...

Setuju dgn Abg Malik,

TB @ Abdullah Bin Ubai ni tau teknikal aje, entah-entah sekarang ni dia takde kat Malaysia, baru balik oversea & duduk kat Malaysia beberapa tahun dah berlagak pandai! kan Rahman Panjang?????

Hehehe....

P/s: sudahlah, jgn jadi EJEN PECAH BELAH, byk2 berzikir....

-Anak2 buah moden Huzaifah Al Yaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.