Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 2, 2009

Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT

Nota Editor: Saya akan berhenti menulis pasal isu SELCAT dan aktiviti Fraksi UMNO dan Geng TErengganu dalam PAS sepanjang kempen Bagan Pinang bermula dari hari penamaan calon.

Kronologi ini saya kumpul dari pelbagai sumber, rasmi dan tidak rasmi, tetapi kesemuanya adalah sumber berotoriti dan mempunyai maklumat terus dalam isu ini. Saya mengalu-alukan sekiranya ada cadangan penambahan dan perlengkapan.



Setelah SELCAT mula memanggil para DO dan ADO kerana menyiasat bagaimana peruntukan-peruntukan wakil rakyat boleh dihabiskan dalam masa yang begitu singkat sehingga memaksa kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan tambahan kepada majoriti DUN2 dalam Selangor.
(Rujuk "Pegawai Kerajaan Dibuli SELCAT? Saksikan Sendiri di Youtube")



Sebelum Hari Raya AidilFitri tahun ini, MB Selangor serta beberapa exco telah mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES). Di dalam mesyuarat tersebut, MB telah di “hijack” oleh para DO. Mereka mengadu kononnya mereka telah dilayan dengan cara yang tidak menyenangkan sekali di dalam sessi prosiding SELCAT.
Dato’ Hasan, pada masa itu menghadiri mesyuarat MTES, dengan terus menyokong rintihan para DO dan ADO berkenaan. Dan Dato Hasan membuat sokongan tersebut dengan impromptu tanpa merujuk kepada wakil PAS di dalam SELCAT, yakni YB Saari Sungip.
MB pula setelah mendengar komplen dari para DO, telah berjanji akan mengadakan pertemuan dengan SELCAT serta para DO dan ADO bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh para DO.

Jawapan Kepada Media Hasan Ali TIDAK MERUJUK KEPADA SELCAT dan Wakil PAS Dalam SELCAT

Tiba-tiba pada 24 September, Dato Hasan, dalam menjawab soalan wartawan, telah menyelar SELCAT dan meminta SELCAT mengubah cara dan kaedah perjalanan kerana menurut beliau melayan para DO seperti budak-budak. Beliau juga mencadangkan supaya keanggotaan SELCAT diubah dan dimasukkan sekali nama-nama yg terkenal dari kalangan bekas-bekas hakim dan mereka yang dikenali dan dihormati dalam bidang undang-undang.
Beliau juga meminta supaya SELCAT mengadakan satu buku panduan bagi memastikan perjalanan SELCAT ini tidak tercemar.

Antara kata beliau yang dilaporkan oleh Bernama adalah:
"Many of them complained that they were being questioned for decisions made by ex-politicians, and treated like school kids.” ()

Barang diingat, kenyataan media Hasan Ali ini dibuat SEBELUM perjumpaan antara SELCAT dan para DO diadakan. Juga, Hasan Ali tidak sedikit pun MERUJUK KEPADA SELCAT dan WAKIL PAS dalam SELCAT bagi mendapat gambaran yang seimbang serta berasas semasa membuat kenyataan ini. Beliau percaya bulat-bulat pada dakwaan pegawai-pegawai kerajaan.

Sedangkan cara Teng menyoal pegawai2 ini serupa dengan cara Teng menyoal Datin Khairiyyah. Takda pun kita dengar Datin Khairiyyah merengek2 macam budak kecik.

Mesyuarat Khas Perhubungan Negeri Selangor Membincangkan Isu SELCAT

Kenyataan Hasan Ali itu telah mengundang kemarahan banyak pihak termasuk beberapa pimpinan PAS Selangor seperti Khalid Samad dan Saari Sungip. Untuk menenangkan keadaan Dato Hasan telah memanggil mesyuarat khas Perhubungan PAS Selangor.
Di dalam mesyuarat tersebut, Dato Hasan telah mengatakan bahawa isu SELCAT ini telah pun dibincangkan dalam mesyuarat exco dan exco telah bersetuju untuk membaiki kaedah dan perjalanan SELCAT. Beliau juga berkata kenyataan yang beliau buat itu adalah atas platform beliau sebagai exco dan bukannya sebagai PJ PAS Selangor.
Mesyuarat khas perhubungan Negeri Selangor itu juga TIDAK MENJEMPUT YB Saari Sungip, wakil PAS dalam SELCAT untuk member keterangan. Dan Hasan Ali tidak sebut pun pasal MTES dan komitmen MB untuk menemukan para DO bersama SELCAT.

Mesyuarat itu juga dicemari oleh para YDP yang dangkal pemikiran yang sebuk membawa isu wala’, padahal isu yang sebenarnya adalah SELCAT dan Hasan Ali membuat kenyataan terbuka kepada media. Padahal “Tahaluf Siyasi” ini juga salah satu dari dasar PAS. Bodoh juga setengah-setengah YDP PAS ni. Wakil Pemuda juga bodoh sebab berkata yang PAS seharusnya memperjuangkan hak Melayu-Islam di Selangor. Padahal Islam itu “rahmat ke seluruh alam” mencakupi segenap manusia, binatang2 dan tumbuh2an.

Hasan Ali Berdiam Diri Sepanjang Pertemuan SELCAT Bersama DO dan ADO

Akhirnya, pada 20 September 2009, diadakan pertemuan antara SELCAT dan para DO, seperti yang dijanjikan MB sebelum Hari Raya. Di dalam mesyuarat tersebut, YB Teng telah menerangkan kepada para DO dan ADO, beliau bersikap kasar sedikit kerana para DO dan ADO tidak mahu memberi kerjasama kepada beliau di dalam menjawab soalan-soalan yang beliau berikan. Para DO dan ADO lebih suka bersilat dan mengelak dari menjawab soalan beliau dengan baik.

Sedangkan YB Teng cuma ingin tahu apakah prosedur yang digunakan oleh para DO dan ADO yang membolehkan mereka mengeluarkan wang dengan begitu banyak sekali. Soalan mudah yang sepatutnya dijawab oleh DO dan ADO itu tidak dijawab dengan baik, dan mereka lebih suka bersilat dan mengelak. Sedangkan soalan beliau itu mudah dan “straight to the point”. Sebab itulah beliau kelihatan sedikit agresif kerana mendesak para pegawai2 ini menjawab soalan beliau.

Selain dari itu, Teng juga berkata, beliau juga merasa tersinggung dengan sikap para pegawai-pegawai kerajaan yang menampakkan kebongkakan mereka di dalam menjawab soalan mereka. Sehingga ada pegawai berkata menegluarkan pembayaran beratus-ratus permohonan dalam satu hari itu adalah normal. Jawapan yang berbentuk meremehkan serta merendahkan taraf pemikiran para AJK SELCAT inilah yang membuat YB Teng sedikit marah dan tersinggung menyebabkan beliau terpaksa mendesak para pegawai untuk memberi jawapan yang jitu.

Dalam perjumpaan dengan DO dan ADO itu, MB telah meminta Dato Hasan untuk berkata-kata namun Dato Hasan membisu seribu bahasa sepanjang majlis itu. Ertinya sekiranya Dato Hasan mendapat maklumat yang seimbang dari anggota SELCAT terutamanya dari YB Saari Sungip, nescaya Dato Hasan tidak akan percaya bulat2 cerita kononnya SELCAT melayan para DO dan ADO seperti budak-budak.

Dan akhirnya, keputusan yang diambil adalah SELCAT dikekalkan dan tiada perubahan dari segi prosedur yang akan dibuat oleh SELCAT. Ertinya segala yang diperkatakan oleh Hasan Ali adalah BOHONG semata-mata.

Hasan Ali Sanggup Berbohong

Sedih sekali apabila Hasan Ali sanggup berbohong kepada Perhubungan Negeri dalam isu ni Kononnya sudah ada keputusan exco, kononnya dia berbuat begini kerana membela melayu kerana DAP memperjuangkan Cina, kononnya para pegawai kerajaan dilayan seperti budak kecil.

Semua bohong yang dibawa oleh Hasan Ali yang ditaja oleh pegawai2 kerajaan negeri yang bersubahat dalam korupsi dan salah guna kuasa UMNO dan BN. Perjuangan Melayu apakah yang hendak diperjuangkan oleh Hasan Ali di dalam melindungi pegawai2 kerajaan yang terlibat dalam korupsi?

Tindakan Dato Hasan ini memberi gambaran bahawa PAS dan Islam mengharamkan “beer” tapi menyokong korupsi.

Dan yang lebih besar kesalahan Hasan Ali adalah beliau telah bertindak lebih kuah dari sudu apabila isu ini telah dijamin akan diselesaikan oleh MB sendiri. Sepatutnya kalau ada kenyataan akhbar, harus datang dari MB bukan Hasan Ali.
Bila MB suruh bercakap malam tu, tak bercakap pula. Senyap sunyi.
Kita semua sudah maklum Dato Hasan ada sebuah NGO bawah tanah bernama “Promis” yang selalu mengadakan pertemuan di rumah Dato Hasan. PROMIS ini adalah terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan Selangor dan saya yakin mereka inilah yang merancang untuk Dato Hasan melakukan tindakan yang menghina serta menjatuhkan maruah SELCAT dan Pakatan Rakyat.

Pegawai2 Kerajaan Ni Macam Pondan, Datin Khairiyah Lagi “Gentleman”
Hakikatnya memang pegawai2 Kerajaan Selangor ni taraf pondan. Kalau tengok sessi soal jawab dengan DAtin Khairiyyah tempohari, takda pun Datin Khairiyyah ni komplen dilayan macam ni la, macam tu la. Takda pulak dia datang merengek2 macam budak kecik. Steady je Datin Khairiyyah menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh Azmin dan Teng.

Datin Khairiyyah tu lebih “lelaki” dari semua pegawai2 dan DO tempohari. Sikit pun dia tak komplen. Tapi, pegawai2 ni komplen lepas tu buat fitnah kata dilayan macam budak-budak. Mungkin mereka ni memang budak-budak pun, sebab tu mereka merengek macam budak-budak.

Hasan Ali yang pegi sokong pegawai-pegawai ni saya pun tak tahu nak panggil apa?

Pegawai2 Ini Mahu Melindungi UMNO


Hakikatnya, pegawai2 ini mahu melindungi UMNO dan isu dilayan seperti budak2 ini cuma mahu mengalih perhatian umum dari isu yang sebenar, yakni wang rakyat digunakan untuk kempen UMNO dan Barisan Nasional.

Pegawai pertama yang membuat kenyataan media adalah Bakhtiar Husin, seorang DO yang terkenal ke “UMNO” an nya. Beliau mengamuk2 dan melepaskan kemarahan beliau dengan membuat kenyataan akhbar kepada Harian Sinar sekaligus melanggar “General Orders”.
Hakikat sebenarnya, beliau satu-satu nya DO yang mendedahkan bahawa pengeluaran peruntukan sekaligus pada bulan March 2008 adalah bertujuan untuk mencipta impak politik (yang berpihak kepada BN).

Jadi, untuk menutup malu beliau dan mengalihkan pandangan umum dari “kesilapan” dan “pendedahan” beliau, maka dilakukanlah sandiwara dan rengekan kononnya beliau dilayan sebagai budak kecik. Dan Hasan Ali ikut sama dalam tindakan para pegawai2 ini melindungi UMNO.

“During his testimony on Sept 9, the DO and his officers were questioned about how more than RM4 million worth of annual allocation for use by Barisan Nasional (BN) assemblymen in constituencies within the district was used, within the first two months of 2008.
Bakthiar admitted applications for allocations were fast-tracked for approval due to the general elections “to create an impact” as the money was needed to pay for small development projects and community programmes,”
().

Tulang Besi

21 comments:

Anonymous said...

Tulang Keluli,

Hasil penerangan ko ni, aku dah jelas dan sebetul-betul jelas, siapa yang benar dan siapa yang salah di dalam isu selcat ini. terbukti dalam PAS ada orang yang berfikir di dalam kerangka UMNO bukannya kerangka Islam yang universal.

Hasan Ali jangan berlagak sangat, dia pun masuk PAS pada tahun 1998. Baru sangat lagi. JHangan berasa diri dah senior.

Khalid Samad orang lama dalam PAS. Masuk PAS pada tahun 1982. Dialah sebenarnya orang yang setia di dalam perjuangan parti. Masa parti PAS tahun 80-an yang berada di dalam keadaan yang teruk, Khalid Samad istiqamah bersama PAS, Hasan Ali duduk di dalam kerajaan. apasal orang baru dalam PAS boleh kutuk orang senior dalam PAS.

Khalid Samad orang yang setia dalam perjuangan. Kalau dia nak masuk UMNO, apa yang susah sangat, abang khalid bekas menteri, Shahrir Samad. Mesti diberi kedudukan punya. Terutama dengan bakat penghujahan beliau. tetapi beliau tak buat macam tu. Khalid istiqamah dengan perjuangan PAS walaupun PAS berada di dalam kemorosotan.

Tulang Besi said...

Khalid Samad Juga Bekas Tahanan ISA

Ismail Mustapa said...

Saya cuba bayangkan bagaimana keadaan MalCat apabila PR ambil alih kerajaan persekutuan nanti. Pasti ada orang yang terkencing dalam seluar apabila karpal singh/lim kit siang tanya soalan sebegitu kepada menteri-menteri kita

Anonymous said...

betul la keputusan aku 5 bulan lepas yakni semasa mesyuarat agung pas cawangan dan kawasan di lakukan. aku merayu kepada semua tidak mahu lagi menjadi ajk caw,ajk kaw dan mtd.

salah seorang dr ydp yg TB maksudkan adalah ydp kawasan aku.mereka ini pro ust nasa dan harun din

sekarang ni kalau korang perasan di seluruh selangor mana ada banner ramadhan/hari raya gambar tok guru nik aziz,yg ada gambar ahli majlis pas di pbt,gambar hassan ali dan presiden.tidak spt yg lepas lepas tgna dan tghh sahaja.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Khalid Samad orang lama dalam PAS

Macam mana dgn haji Hadi? Macam mana dengan Mat sabu..macam mana dulu dgn hassan Syukri?

Tapi, tgklah yg baru dlm PAS seperti Abu Urwah yg nama sebenarnya Saari Sungip,kamaruddin Mat Nor (org Anwar dihantar ke dlm PAS), Dzulkefly Ahmad.

Khalid Samad ni cuma human shield saja, tapi benefitnya puak2 IRC ni yg dapat..

Tulang Besi said...



Macam mana dgn haji Hadi? Macam mana dengan Mat sabu..macam mana dulu dgn hassan Syukri?

Tapi, tgklah yg baru dlm PAS seperti Abu Urwah yg nama sebenarnya Saari Sungip,kamaruddin Mat Nor (org Anwar dihantar ke dlm PAS), Dzulkefly Ahmad.
.

Kahkahkah, Haji Hadi masuk PAS dekat2 sama time Khalid Samad masuk PAS.

Anonymous said...

Nak termuntak tgk poster-poster Hassan Ali yang gila nak jadi MB selangor. Sorry la beb gua takkan mengundi ko!

Tulang Besi said...


Khalid Samad ni cuma human shield saja, tapi benefitnya puak2 IRC ni yg dapat..
.

UMNO sebuk pasal IRC. Kahkahkah.


Khalid ni Suara Al Islam. Musuh IRC.

UMNO tak tau sejarah, mcm ni la.

Anonymous said...

Berikut adalah pendapat peribadi saya berdasarkan maklumat dan pengamatan:

1. Hassan Ali bukan UMNO mole. Yang ini saya amat yakin.

2. Saya bersetuju dgn kenyataan Teng Chang Kim dan Charles Santiago yang Hasan Ali mahu menengahkan dirinya sebagai hero Melayu / Muslim di Selangor.

3. Kenapa perlu dia menjadi hero Melayu / Muslim di Selangor? Kerana mahu PAS menang di Malay Belt area di Selangor. Kata beliau, orang Melayu di situ tak kesah tentang isu ISA tetapi amat peka dengan isu arak. Walau bagaimanapun, setakat ini saya tak dapat nak rungkai apa muslihat di sebalik strategi untuk muncul sebagai hero kepada DO-Do Melayu? Untuk dapatkan undi?

4. Kenapa kawasan Malay Belt? Nak tambah kerusi PAS di DUN. Matlamat terakhir - kerusi MB Selangor.

5. Adakah Hasan Ali bersendirian? Tidak. Walau bagaimanapun pada telahan saya, watak-watak peristiwa pertemuan dalam gelap tidak terlibat. Yang meyakinkan Hasan Ali beliaulah hero Melayu / Muslim Selangor adalah orang-orang di sekeliling beliau di dalam Badan Perhubungan Negeri Selangor. Saya tak perlu sebut nama satu-satu. Carilah sendiri.

6. Hasan Ali's inner circle ini amat faham tentang psyche orang PAS . Sebab itu Khairuddin berani buat statement tentang PAS Selangor keluar dari PR. Selalunya ahli PAS akan telan saja semata-mata untuk menjaga imej Parti dan akan bertindak hanya pada pemilihan parti. Puak-puak ni tak menyangka Khalid Samad dan Dr. Zul buat statement yang menyelar tindakan mereka.

7. Hasan Ali dan Khairuddin terperanjat. Hasan Ali minta tempoh 2 hari waktu bertenang. Dalam tempoh tu, ramai yang mengadu panggilan kepada Hasan Ali dan Khairudin tak berjawab. Dalam tempoh tu, mereka merancang...

8. Senjata ampuh untuk melemahkan penentangan dalam PAS - wala' kepada pemimpin. Senjata inilah yang digunakan untuk mengawal keadaan dalam mesyuarat khas BPPNS. dan nampaknya mencapai matlamat yang diharapkan.

Saya tak setuju dgn pandangan tentang kedangkalan sesetengah YDP. Mereka tidak dangkal, mereka tahu that they are being manouvred tetapi agaknya tak kuasa nak buat bising. Pls guys, show some leadership!

9. Saya memang percaya pertemuan utk membincangkan calon PRU 13 yang didakwa berlaku di pejabat Hasan Ali berlaku. Di kawasan saya sendiri, Hasan Ali sentiasa menyebut nama-nama orang tertentu di perjumpaan2 umum. Bab gambar-gambar di banner tak payah cakap lagilah.

Saya sebenarnya 'letih' melihat gelagat Hasan Ali dan orang-orang di sekelilingnya.

My only message to these people: WAKE UP!!! Jangan perasan kita saja yang pandai.

Anonymous said...

Hasan Ali ni bekas PTD. bermentaliti PTD. siapa tak menyampah tengok PTD. Berlagak nak mampus. Macam bagus. Sedangkan PAS adalah parti orang marhain. Parti orang susah. Masuk puak Hasan Ali ni, tukar imej PAS jadi parti korporat. macamana ALLAH SWT nak tolong???

Mentaliti PTD=Mentaliti UMNO=Mentaliti Hasan Ali=mengejar kemewahan dan pangkat.

Tengok orang lama dalam PAs. salahudin, mahfuz, mat Sabu,. tgna, tg hadi, khalid Samad, macamana kehidupan mereka?? Merakyat dan sederhana. Takdelah banyak sangat protokol mengalahkan raja. Itulah pemimpin sebenar. Orang lama PAS dan orang asal PAS.

harumtr said...

Mu ni Tulang Besi ke TULANG BABI?

Abu Luqman said...

TB,

Harap dapat diterangkan lebih lanjut tentang PROMIS (NGO Hassan Ali). Sekiranya benar beliau bersubahat dengan orang2 pro-UMNO dalam kerajaan negeri, ahli2 PAS dan parti2 PR yang lain perlu diberitahu. Sekiranya ada saksi2 dan bukti, kita akan usulkan bersama agar Hassan Ali dipecat.

This is treason!

Abu Luqman said...

TB, minta penjelasan sikit berkenaan ayat di bawah:

"Akhirnya, pada 20 September 2009, diadakan pertemuan antara SELCAT dan para DO, seperti yang dijanjikan MB sebelum Hari Raya."

20 September adalah tarikh hari raya. Harap dapat disemak dan diberikan tarikh yg sebenar.

Tulang Besi said...

Minta maaf, tersilap tarikh. Sebenarnya 28 September 2009.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Khalid ni Suara Al Islam. Musuh IRC.

UMNO tak tau sejarah, mcm ni la.


Si Khalid and the gang ni lurus bukan macam geng2 IRC. Balik2 dari UK terus masuk PAS.

Itu sebab apa pun korang tolak dia dulu, pasal dia ni lurus. Penggerak utama adalah tu Abu Urwah dan geng2 IRC. Khalid ni bidak saja, sampai masa jadi lembu sembelihan korang, korang sembelih la.

Korang puak2 IRC ni konon nak satukan org pelajar2 melayu Islam di UK yg berpecah kepada tabligh dan jamaatul islam, tapi last2 korang yg pecahkan umat.Balik Malaysia,degil tak mau join ABIM atau PAS konon tak cukup tarbiyyah.

Ada hati nak conquer jamaah lain melalui Harakah Islamiyyah Syumuliyyah.

AyahDi said...

"""""Si Khalid and the gang ni lurus bukan macam geng2 IRC. Balik2 dari UK terus masuk PAS.

Itu sebab apa pun korang tolak dia dulu, pasal dia ni lurus. Penggerak utama adalah tu Abu Urwah dan geng2 IRC. Khalid ni bidak saja, sampai masa jadi lembu sembelihan korang, korang sembelih la.

Korang puak2 IRC ni konon nak satukan org pelajar2 melayu Islam di UK yg berpecah kepada tabligh dan jamaatul islam, tapi last2 korang yg pecahkan umat.Balik Malaysia,degil tak mau join ABIM atau PAS konon tak cukup tarbiyyah.

Ada hati nak conquer jamaah lain melalui Harakah Islamiyyah Syumuliyyah."""""


SAUDARA,
BOLEH TAK TOLONG HENTIKAN UNSUR PECAH BELAH MU INI.
HUJUNG JARI MU AKAN DITANYA ALLAH.

AYAH DI

Anonymous said...

Sahabat kanan,

SAUDARA,
BOLEH TAK TOLONG HENTIKAN UNSUR PECAH BELAH MU INI.
HUJUNG JARI MU AKAN DITANYA ALLAH.

AYAH DI


Oo..yang si Tulang besi buat skrg ni..tak pulak dipanggil pecah belah eh??

Jawab le dengan intelek sikit, bila geng PAS tarbiyyah diasak dan mereka gunakan hikmat wala' tak terhingga, korang marah.

Bila korang tak boleh jawab...guna konsep..jangan pecah belah pulak..

Allah paling tak suka, org yg cakap benda dia tak buat...

Tulang Besi said...


Oo..yang si Tulang besi buat skrg ni..tak pulak dipanggil pecah belah eh??

Jawab le dengan intelek sikit, bila geng PAS tarbiyyah diasak dan mereka gunakan hikmat wala' tak terhingga, korang marah.
..

Errr setakat ni, hang yang kuat buat pecah belah termasuk menipu.

Adaka kata kat S19 Shah Alam ada gangster india.

sampai sekarang hang tak habis2 membohong.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Adaka kata kat S19 Shah Alam ada gangster india.

sampai sekarang hang tak habis2 membohong.


Penduduk seksyen 19 shah alam, kata ada. Hang yg kata takdak, jadi sapa pembhong?Org seksyen 18 tapi dok depan PC saja, mana tau apa2. Org khalwat tepi rumah hang pun silap haribulan tak tau..ini nak cakap seksyen 19.

Sila jawabla Tulang pasal IRC dalam PAS ni. Jgn dok lari2. Budak2 pas yg bodo yg tak tau cerita, iakan sajalah kelentong hang kat sini..

Anonymous said...

ha ha ha...bravo bravo...sokong selcat apa dpt?. Baik sokong DO ngan ADO baik pinya kabel ngan kerajaan pusat...ni kes wala pada PM ni kah kah kah...hidup Hasan Ali!! moga kesenangan dan kemewahan dan juga kepetahan anda berkata di bawa ke padang Masyar nnt. kah kah kah..WALA pada PM, jadilah hero melayu....pirahhhhhhh mabuk!

Anonymous said...

muramatsu,

Jangan lupa DO dan ADO islah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Pegawai jenis inilah yang berkerja untuk UMNO jatuhkan Kerajaan Negeri Perak. Disamping itu, mereka jenis ini juga ingin menjadi ketua pengarah di mana-mana pun dalam jabatan atau agensi kerajaan. Kononnya mereka saja tahu mentadbir. Bahkan dalam Kementerian Pertahanan, Universiti, dalam sektor perubatan pun mereka hendak meresap masuk jugak. Dan yang lebih teruk lagi kumpulan ini merasakan terdiri dari kumpulan elit. Hassan Ali adalah bekas PTD yang tentunya karat-karat PTD masih melekat dalam otaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.