Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, October 26, 2009

Mengapa Marah Pada Dr Aziz Bari?

Dr Aziz Bari telah menulis sebuah artikel bertajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang”( http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12384). Natijah dari artikel Aziz Bari ini telah mengundang beberapa respon yang agak keras terhadap beliau dari beberapa tokoh dalam PAS. Antaranya adalah Roslan SMS, Ustaz Idris Ahmad dan sebuah badan dari Terengganu pimpinan Ustaz Abu Bakar Chik.


Semua respon yang memarahi Aziz Bari itu mempunyai satu hujjah yang sama, yakni, mereka mempersoalkan mengapa apabila PAS menang di semua pilihanraya kecil sebelum ini, yakni Permatang Pasir dan Manek Urai, tidak diminta pimpinan PAS ditukar seperti yang dibuat oleh Dr Aziz dalam artikel ini?
Jawapannya amat mudah, sebelum kedua-dua pilihanraya tersebut, tidak ada isu2 besar ini:
a.Isu Kuil Seksyen23 dan Demo Kepala Lembu – Juga kepimpinan PAS
senyap dan tidak membuat apa-apa kenyataan. Malahan, MIC dan MCA telah
menyebarkan cerita bahawa Dato’ Hasan telah menentang pemindahan kuil S19
ke S23 atas dasar, kononnya, ia tidak diperkenankan Paduka Sultan
b.Isu ancaman bunuh serta ancaman rogol keatas Khalid Samad dan YB Rodziah
dalam “Town Hall Meeting” berkaitan isu pemindahan kuil S23
c.ISU SELCAT- Jelas Hasan Ali MENYOKONG pihak pegawai2 kerajaan yang
UMNO dan telah melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Dato Hasan secara terang-
terang menyokong pegawai2 ini dan meminta SELCAT supaya dirombak.
d. Dalam kedua2 isu-Kuil dan SELCAT- Presiden dan Timbalan Presiden PAS senyap
sunyi tidak membuat apa-apa kenyataan umum bagi meleraikan kekusutan yang
berlaku. Malahan dalam isu SELCAT, Timbalan Presiden PAS secara terang-terang
menyokong tindakan Hasan Aliyang jelas khianat kepada Pakatan Rakyat (Rujuk
Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT )

Sekaligus, isu2 di atas menafikan sama-sekali hujjah mereka yang tidak bersetuju dengan artikel Dr Aziz Bari, dan menampakkan keperluan berlaku perubahan drastic dalam PAS. Kalau tidak saya melihatkan pengulangan trajedi 2004 ke atas PAS.

Isu-isu yang Telah Mengguris Hati Pengundi Bukan Melayu


Isu-isu di atas adalah isu yang berlaku selepas PRK Permatang Pasir. Isu2 ini telah MENDEDAHKAN kepada rakyat bukan Islam wajah sebenar PAS di bawah kepimpinan Fraksi UMNO. Ia menunjukkan bahawa PAS:

a.Mempunyai Presiden yang baik hati dan mesra rakyat tapi TIDAK MAMPU
memimpin kerana mudah dipengaruhi Geng Terengganu. Boleh tanya sesiapa sahaja
dari kalangan pegawai2 kerajaan di Terengganu dan mereka akan mengatakan
demikian
b.Perjalanan PAS sudah menyeleweng dari janji-janji mereka sewaktu sebelum PRU
2008 dimana PAS menjanjikan “PAS for ALL” dan “Negara Berkebajikan”.
c.Namun sekarang ini, PAS sudah meninggalkan janji tersebut dan mengambil
fahaman “Hidup Melayu” pula.
d.Tindakan2 melampau Hasan Ali ini merugikan PAS, namun ianya dibiarkan
sedemikian rupa tanpa apa-apa pembalasan menunjukkan PAS redha dengan arah
tujuan “Hidup Melayu” yang sedang diambil oleh Fraksi UMNO sekarang ini.

Natijahnya…:
Secara otomatik, PAS sedang ditinggalkan oleh pengundi2 bukan Islam. Petanda-petanda yang jelas:
a. Kita kalah di peti2 undi Cina dan India di Bagan Pinang
b. Kedatangan orang bukan islam ke rumah Terbuka PAS Pusat amat menyedihkan
c. Kedatangan orang bukan Islam ke rumah2 terbuka PAS di seluruh negara juga AMAT MENYEDIHKAN.


Kalau tanda2 ini masih tidak difahami atau dinafikan, maka saya tak tahu apa nak kata.

PAS dipimpin Fraksi UMNO

Itu adalah persepsi yang telah lama beredar dan diungkapkan oleh Dr Aziz Bari. Ianya bukan satu khayalan dan ianya berasaskan kepada fakta2 berikut:
a.Mereka yang duduk dalam kepimpinan PAS tertinggi juga terlibat dalam
perbincangan dalam gelap dengan UMNO i.e. Mustafa Ali, Nasaruddin Mat Isa,
Harun Taib
b.Mereka sanggup MENIPU kepada AJK PAS Pusat tindakan berjumpa dalam gelap
sehingga didedahkan oleh Pak Lah sendiri
c.Puak yang sama juga menjaja idea “Kerajaan Perpaduan” yang sama sekali
berlawanan dengan semangat Pakatan Rakyat yang mahu mengganti Barisan Nasional
dan bukan berpadu dengan mereka.
d.Ustaz Ahmad Awang mendedahkan usaha melibatkan salah seorang kepimpinan
tertinggi parti untuk menubuhkan kerjaaan perpaduan PAS-UMNO di Perak.
e.Kita semua telah tahu usaha menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di
Selangor.
f.Mat Said, MB Terengganu, boleh pergi ke rumah PJ Terengganu semata-mata
untuk belik kambing? Takkan beli kambing pun nak pegi sendiri. MB Terengganu
ni takda kerja lain ke?
g.Bagaimana sekarang ini kerajaan Mat Said begitu lunak dengan PAS sehingga
stadium pun mereka benarkan pakai? Saya masih ingat dahulu PAS nak pakai
balairaya pun tidak diizinkan.

Seperti yang diungkapkan oleh Bakaq@Penarik Beca, kalau dah biasa makan tahi, mcmana jauh kita bawa dia jauh dari tahi, tetap mereka akan cari tahi juga.
Atas sebab itulah, Tok Guru Nik Aziz mahu MEMASTIKAN PAS dibersihkan dari elemen2 yang akan menjadikan PAS sebuah parti yang mungkir janji dan tidak amanah.

Tulang Besi

32 comments:

Anonymous said...

kita marah aziz bari sebab dia diupah untuk menulis mcm tu

Anonymous said...

Fooh..dlm sekelp mata,PAS dah jadi terok..very terok..sepak all those lebai sesats,pak serban kafirs now..if not,spt kata Tok Guru Nik Aziz.."pakat pakat belahlah"!!

dino.yp@gmail.com said...

kenapa perlu salahkan orang lain memanjang, cuba tengok diri sendiri dulu. mungkin salah nik aziz, atau banyak salah nik aziz, dia bukan malaikat.

Tulang Besi said...

dino.yp@gmail.com said...
kenapa perlu salahkan orang lain memanjang, cuba tengok diri sendiri dulu. mungkin salah nik aziz, atau banyak salah nik aziz, dia bukan malaikat.
.

Waahhhh bukan main marah orang UMNO pada Tok Guru Nik Aziz

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Sekarang ni puak2 IRC dalam PAS bertindak sama macam Anwar lawan mahathir dulu.

"Now or never", macam rahim Ghouse dok hembus telinga Anwar lawan mahathir, sekarang ni samalah macam mana puak2 IRC dalam PAS cucuh Nik Aziz utk halau geng2 tarbiyyah PAS sejati terutamanya haji hadi, harun taib dan juga org yg bertanggungjawab menubuhkan tarbiyyah PAS di kampus yakni Mustapha Ali tatkala mahasiswa islam confuse bila Anwar masuk UMNO.

Aku doakan puak2 IRC ni berjaya, sebab bila berjaya,kita akan lihat perpecahan besar dalam PAS.Apakah golongan PAS yang bergolok bergadai di kampus akan biarkan mereka yang dihampar permaidani merah di dalam tarbiyyah JIM/IRC akan menjadi bos baru?

Mereka yang bersetongkol dengan agen2 JIM/IRC dalam UMNO spt Rahim Ghouse dengan ABIM pada awal tahun 90-an mengganyang PAS keseorgn sama ada di kampus ataupun nasional dgn ketumbukan jentera Anwar?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Waahhhh bukan main marah orang UMNO pada Tok Guru Nik Aziz

tak payah marah bang, kami lagi suka. Yang marah tu org yg ada kepentingan, kami tak marah..seronok ada la lagi..

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Nak kukuh pakatan macam mana, kalau kartika kena rotan Anwar adalah antara berita buruk dia dgr di US...sanggup nak berketuakan org ni lagi ke?kukuhkan orang ni ke???

kartika kena rotan bagus ke tak bagus ikut Anwar?

non-malay said...

Kepada Tulang Besi,

betul analisis kamu itu. Saya ni non-malay dan kongsi perasaan yang sama.

Anonymous said...

Mereka sanggup MENIPU kepada AJK PAS Pusat tindakan berjumpa dalam gelap
sehingga didedahkan oleh Pak Lah sendiri


KPD FRAKSI-FRAKSI UMNO DLM PAS COBA MENAFIKAN PENDEDAHAN PAK LAH INI... POORAHHHHHHHHHHHH!!!

agas linggi said...

dapat ke pas menegakkan syiar islam kalau berpadu dgn umno?
yg pasti puak pro ug dapat jawatan tinggi..ahli pas nganga dulu,kini selamanya..he he jgn marah..

Tulang Besi said...


Sekarang ni puak2 IRC dalam PAS bertindak sama macam Anwar lawan mahathir dulu.

"Now or never", macam rahim Ghouse dok hembus telinga Anwar lawan mahathir, sekarang ni samalah macam mana puak2 IRC dalam PAS cucuh Nik Aziz utk halau geng2 tarbiyyah PAS sejati terutamanya haji hadi, harun taib dan juga org yg bertanggungjawab menubuhkan tarbiyyah PAS di kampus yakni Mustapha Ali tatkala mahasiswa islam confuse bila Anwar masuk UMNO.
.

Si UMNO ni tak habis2 pasal IRc/JIm. Mana ada IRC jim dalam PAS ni.

Baca artikel saya yang terbaru la.

Kalau masuk UMNO kena usrah dengan otkeh2 judi dgn arak pulak.

Hehehehehehe

amoker said...

Nik Aziz is the obstacle for UMNO and the fraksi. We will support him against the incoming onslaught. We respected his comments and if nothign is done now, PAS would loose a lot more support.

Anonymous said...

TB, ko lupa tibai Hassan Ali sekali..siapa macai Hassan Ali ni? tidak pernah didengari namanya sejak dari gerakan dakwah kampus lagi...Masa di USA, dia PTD. Bukan MISG, bukan Misna. Balik kerja BTN..tahun 1999 baru masuk PAS. tetibe seluruh Pas Selangor kena baiah orang ni?

Mana ada fikrah asli PAS tersendiri? fikrah Pas ialah fikrah Islam. Almarhum Ustaz Fadhil Noor dulu dari ABIM, Haji Hadi pun pernah aktif dalam ABIM.
Hj Hadi start buat modul usrah PAS tahun 80an supaya ahli jelas kefahaman Islam. Jadi orang macam Tok Guru Nik Aziz tak pernah ikut modul usrah Pas. Dia pelajar agama yg bagus. Atas dasar ilmu itulah dia di'offer' wakili Pas tahun 1967..lepas tu barulah dia Pas. Begitu juga dengan Dr. Burhanuddin Helmi dan lain lain.

Jangan cipta benda yang xde..

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Si UMNO ni tak habis2 pasal IRc/JIm. Mana ada IRC jim dalam PAS ni.

Baca artikel saya yang terbaru la.


Telah direply dgn jayanya di bahagian komen artikel berkenaan.Dan minta Tulang besi, jawab secara profesional, segala reply yg dibuat.

Kalau dah tak boleh jawab, jgn maki, bila kau maki aku, aku mmg suka sebab aku dpt pahala, org yg dtg pun dpt tgk krendahan akhlak hg, dan akhirnya tercapai maksud kami iaitu thiqah org kat kau yg jatuh.Fikir2 sendiri.

Tulang Besi said...

Telah direply dgn jayanya di bahagian komen artikel berkenaan.Dan minta Tulang besi, jawab secara profesional, segala reply yg dibuat.

Kalau dah tak boleh jawab, jgn maki, bila kau maki aku, aku mmg suka sebab aku dpt pahala, org yg dtg pun dpt tgk krendahan akhlak hg, dan akhirnya tercapai maksud kami iaitu thiqah org kat kau yg jatuh.Fikir2 sendiri.
.

geng umno tak tahan panas. Dah teruk kena bantai, berani mengaku berjaya.

Kalau berjaya kenapa terpaksa guna tuduhan2 rambang mcm dr syed azman pegi usrah JIM dan Naqib Husam Musa tu Ustaz Alias Othman.

Semua bohong dan semua penipu.

Kalau berjaya, kenapa kena menipu?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

geng umno tak tahan panas. Dah teruk kena bantai, berani mengaku berjaya.

Pembaca sekelian baca dahulu, baru tahu siapa yg panas.

Kalau berjaya kenapa terpaksa guna tuduhan2 rambang mcm dr syed azman pegi usrah JIM dan Naqib Husam Musa tu Ustaz Alias Othman.

kalau dah betul, tutuplah bangkai gajah tu, nescaya terbau jugak.

Naqib usrah si husam musa mmg Ustaz Alias Osman, nak cakap macam mana?Kau pergilah tanya Husam sendiri.

Semua bohong dan semua penipu.

Kalau berjaya, kenapa kena menipu?


Dah berjayalah sebab semua yg dijawab itu kau gagal jawab, dan semua tu adalah fakta bukan auta.

kalau "hujah" kau, kau kata betul. kalau org punya fakta, kau kata tipu.

Salah kau le, sapa suruh tulis artikel tu. sekarang dah terlondeh. kau kena ingat, malaysiakini, roslan sms, semua dok pantau blog hg. Mmg kau tak hadzar, habis semua dah baca.

bagus....

Anonymous said...

Woo Wee..najib says,he still wants to talk with PAS..aah,lagi satu bukti,ada kambing berserban nak liwat Al Nachibai Al Mongol

Anonymous said...

These stupid bangang kopiah wearing dick heads dont realise UMNO is using PAS to finish PAS/PAKATN off..as usal UMNO will promise to give this and that,but thier intention is f*k Pakatan/PAS..they know,there r certain serban wallah who r stupid enuf to take the bait,and look at Bagan Pianang..PAS vs UMNO..wat happens?..PAS kena tibai,UMNO ketawa gila gila..now,UMNO will call for pembubaran DUN Perak..they know,UMNO's leeches in PAS have done the job,voter's feedback shows "BN n PAS same same waat,so might as well vote UMNOlah..known devil better then an aspiring devil"..

Anonymous said...

The sad thing is ,it's PAS that will be finished..PKR is quite savvy in tackling internal problems,and DAP's handling of Kampung Buah pala issue shows,they too r learning quickly politic's rope tricks..pity PAS..the oldest party is being finished off by enemies pretending to be alim ulama..

Anonymous said...

"These stupid bangang kopiah wearing dick heads "


Tu dia!!! bahasa member TB.. amacam TB..? taknak bagi usrah ke kat member ko ni atau ko tok guru maki hamun ni....? berisghtifar lah weiii

Tulang Besi said...

Dah berjayalah sebab semua yg dijawab itu kau gagal jawab, dan semua tu adalah fakta bukan auta.

kalau "hujah" kau, kau kata betul. kalau org punya fakta, kau kata tipu.

Salah kau le, sapa suruh tulis artikel tu. sekarang dah terlondeh. kau kena ingat, malaysiakini, roslan sms, semua dok pantau blog hg. Mmg kau tak hadzar, habis semua dah baca.
.

Puak UMNO bermimpi indah kononnya mereka menang hujjah padahal banyak menipu. HAHAHAHAHA Penipu nak kata mereka benar. Sapa nak percaya.

Mari kita lihat benda yang dia kata fakta:

a. Naqib Husam Musa adalah Alias Othman padahal masa Husam graduate, IRC pun tak wujud

b. Syed Azman dilihat pergi usrah JIM tapi sapa yang melihat pun dia tak bagitau.

c.Kata Dr Lolo dan Dr Siti Mariah berbaiaah pada amir IRC.

Semua ni TIADA BUKTI dari pencacai UMNO yang dipanggil sebagai sahabat kanan ni.

Semua bohong. Dan setahu aku punya banyak cerita aku dedah pasal Roslan SMS sampai dia gagal mempertahankan jawatan YDP Kelana Jaya

sman said...

Mengapa ada gulungan dalam PAS yg takut pada JIM,IRC dan entah apa-apa lagi,tapi cukup teringin untuk berbaik dgn Umno.Adakah Khalid Samad lebih rendah akhlaknya berbanding Najib,Dr.Azman lebih buruk dari Muahayuddin,Dr.Lo'Lo' kurang imannya berbanding Sarizat,Rosmah lebih zuhud dari DR Mariah,dan mungkin kah tingkah laku Khairy dan Mukhriz mendekati suna.Ini yg aku tak faham.

.

Anonymous said...

Pasal Roslan kalah tu aku tak heran tapi Hussam kalah pun sebab banyak rahsiadia bocor ker. Aku pun boleh kata, Aku la yang banyak bocor rahsia dia sampai dia kalah. Pi rah mabuk. Mana org Kelantan yang berjaya dalam PAS PUSAT. Husam pun masuk ajk sebab ehsan TGHH. Ko ni mmg sah barua Umno yang nak rosakkan parti la. Tu sebab suka tuduh dan suruh org keluar PAS. Blog ko ni asyik buat org bergaduh jer. Ni la Blog yang Allah tak bagi rahmat termasuk la dekat ko. Hari2 org maki ko. Kesian aku kat ko.. Insaf la dari jadi batu api rahman panjang. Tobatlah

Anonymous said...

TB,
Geng UG ni marah sangat pada Prof.Aziz sebab tembelang dah terbuka.Memang bangkai gajah tak boleh ditutup dengan sehelai daun keladi.
Geng UG ni SUDAH BERBOHONG mengenai perjumpaan mereka (dalam gelap) dengan UMNO.Takkanlah Pak Lah pulak berbohong - 3 kali takkan dia boleh lupa walau pun dia kaki tidur.

Sekarang ahli-ahli PAS seluruh negara,pemimpin-pemimpin PAS yang akan mengadakan Mesyuarat Khas hari Rabu ni - Apa hukumnya pemimpin Islam yang berbohong kepada jemaahnya? Tepuk dada tanya selera.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Pasal Roslan kalah tu aku tak heran tapi Hussam kalah pun sebab banyak rahsiadia bocor ker. Aku pun boleh kata, Aku la yang banyak bocor rahsia dia sampai dia kalah.
.

Rahsia amende, semua fitnah. Kalau tidak takkan nozula mat diah terpaksa mintak maaf kat DUN Kelate?

Hahahahahaha Husam kalah sebab kempen fitnah terhadap beliau.

Anonymous said...

Isu-isu yang Telah Mengguris Hati Pengundi Bukan Melayu


----------

Perkara UG ini bukan sahaja mengguris hari bukan melayu tetapi hati pengundi melayu itu sendiri.

kami mengundi PAS pada PR12 lalu bukan kerana kami sukakan PAS tetapi kerana kami BENCIKAN BN/UMNO, ulang sekali lagi, BENCIKAN BN/UMNO.

tup tup lepas pilihan raya keluar berita PAS berunding dalam gelap dengan UMNO. APA CERITA NI!!!! mana tak marah....so apa yang PAS cakap sepanjang kempen pilihanraya tu nak campak kat mana?? apa ni, kata ulamak tetapi bilamasa pula ulamak dibenarkan BERBOHONG????!!!!
lepas tu, sampai la ni tak selesai-selesai lagi masalah UG ni, tenggelam timbul tenggelam timbul.

kalau macam nilah gaya kepimpinan PAS, nanti PR13 kami rakyat akan sama-sama PERLINGKUPKAN pas. biar sedar sikit depa ni, masih lagi dibuai mimpi fikir depa dah kuat

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

a. Naqib Husam Musa adalah Alias Othman padahal masa Husam graduate, IRC pun tak wujud

IRC dah wujud di UK, pada thn 1974 di Brighton lagi. Rujuk buku sulaiman al maniri,"Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir". Abg abdullah sendiri yg jadi Amir IRC dah balik tahun 1976 jd lecturer di UPM. Alias Osman dah jadi murabbi di UM, begitu juga Zaki Muin dah jadi naqib IRC di engineering. Yg bohong tu kau, samada kau tak tahu, atau kau nak tutup rahsia jamaah kau. First question Husam sendiri tanya aku, aku kenal tak Ustaz Alias

b. Syed Azman dilihat pergi usrah JIM tapi sapa yang melihat pun dia tak bagitau.

Buat apa aku nak dedah rahsia informer aku? Gila ke?

c.Kata Dr Lolo dan Dr Siti Mariah berbaiaah pada amir IRC.

Kalau dia dah bai'ah, dia dah bai'ah la. Mereka ni dah masuk usrah khusus dah, bukan level2 umum. So, nak sembunyi apa lagi?

Kau tanyalah Harlina siraj pasal diorg ni.


Semua ni TIADA BUKTI dari pencacai UMNO yang dipanggil sebagai sahabat kanan ni.

Kalau tak betul, awat marah2?Kah kah kah...

Tulang Besi said...

IRC dah wujud di UK, pada thn 1974 di Brighton lagi. Rujuk buku sulaiman al maniri,"Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir". Abg abdullah sendiri yg jadi Amir IRC dah balik tahun 1976 jd lecturer di UPM. Alias Osman dah jadi murabbi di UM, begitu juga Zaki Muin dah jadi naqib IRC di engineering. Yg bohong tu kau, samada kau tak tahu, atau kau nak tutup rahsia jamaah kau. First question Husam sendiri tanya aku, aku kenal tak Ustaz Alias,.
Aku cerita kat Malaysia la. Diorang wujud kat UK bukan kat Malaysia. Ada faham tak. MAsa sebelum 1982, jemaah yang ada di kampus hanya ABIM dan tiada yang lain.

Buat apa aku nak dedah rahsia informer aku? Gila ke?
Informer kau penipu

Tulang Besi said...

Kalau dia dah bai'ah, dia dah bai'ah la. Mereka ni dah masuk usrah khusus dah, bukan level2 umum. So, nak sembunyi apa lagi?

Kau tanyalah Harlina siraj pasal diorg ni.
.
Kau yang tuduh, kau kena bawak bukti, bengong. Stkt ni semua yang kita dengar hanya fitnah dan tuduhan liar dari kao. TAKDAAAAAAAA bukti walau satu habuk pun.
Dasar penipu mcm kau, memang kao tak layak duduk dalam PAS. Elok lah kau berambus dah masuk UMNO bersama kaum penipu kau.

Kalau tak betul, awat marah2?Kah kah kah....
Marah sebab kau buat fitnah kat orang. Husam Musa kalah pemilihan disebabkan fitnah bukan hujjah.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Aku cerita kat Malaysia la. Diorang wujud kat UK bukan kat Malaysia. Ada faham tak. MAsa sebelum 1982, jemaah yang ada di kampus hanya ABIM dan tiada yang lain.

Jamaah yg ada di kampus termasuklah IRC.Abg Abdullah pun balik tahun 1976 ke UPM. Batch2 awal dr UK ni masuk ke universiti dari U Malaya sampai le ke UTM. Puak2 IRC di UPM berkampung dalam jabatan kejuruteraan am tak silap aku, sebab civil engineering tak buat lagi, lepas tu sampai sekarang penuh puak IRC kat Civil. IRC dah start pun kaderkan anak2 usrah sebelum kes anwar masuk UMNO lagi. Berebut anak usrah tu dah jadi lazim dah antara ABIM dan IRC.

Informer kau penipu

Aku kenal dia, thiqah bab2 sembahyang, bab cerita., Bukan mcm kau, raja petra yg ntah semayang ntah tidak, kau amik sumber.

Stkt ni semua yang kita dengar hanya fitnah dan tuduhan liar dari kao. TAKDAAAAAAAA bukti walau satu habuk pun.
Dasar penipu mcm kau, memang kao tak layak duduk dalam PAS. Elok lah kau berambus dah masuk UMNO bersama kaum penipu kau.


Bukti yg kau saja buat tak nampak, org yg experience, org yg tau, org yg tgk, org yg alami, org yg besa perang jamaah, org yg besa ikut usrah, tamrin bai'ah terutamanya dgn IRC, PAS ataupun ABIM di zaman2 anwar baru masuk UMNO, tahun 85-86, perang nyahkan IRC dr PMI, KIK late 80's and early 90's, etc tau apa aku cerita ni betul.

Marah sebab kau buat fitnah kat orang. Husam Musa kalah pemilihan disebabkan fitnah bukan hujjah.

Kalau dah betul, betullah. Naqib si Husam tu Alias Osman, kalau dia nafi, mmg itu macam anak tak ngaku bapak.

Aku sendiri pernah ditanya oleh Husam dengan begitu mesra sekali aku ada hubungan tak dgn Ustaz Alias.

hakeemhanafz said...

sollu 'ala nabi. Kerja2 yg ada (membaiki masyarakat) lebih banyak drpd masa yg kita ada. Bagaimana boleh ada masa yg diperuntukkan untuk perang hujah yg x memhasilkan amal?

hakeemhanafz said...

sollu 'ala an-nabi. Banyakkan selawat. Kerja yg ada (baiki masyarakat) lebih banyak drpd masa yg kita ada, akh yang benar x kan ada masa utk perang hujah yg x memhasilkan amal utk dirinya mahupun amal dakwah. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.