Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, October 19, 2009

Pemuda UMNO Menjadi Rakan Komunis?

Dalam sibuk-sibuk UMNO menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia dalam zaman tuanya, tiba2 kita dikejutkan oleh berita bahawa Pemuda UMNO telah mengadakan hubungan dua hala dengan Liga Pemuda Komunis China. (Communist Youth League of China – CYLC)

Razali Ibrahim dilaporkan berkata:

“Seharusnya mereka perlu lebih risau lagi apabila DAP dan PKR mahu membawa Chin Peng pulang ke Malaysia, membawa pulang orang yang pernah khianat ke atas tanah air, sendiri,” katanya.”

Razali Ibrahim sebenarnya yang wajib menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa Pemuda UMNO sanggup menggadai prinsip mereka menjalin hubungan dengan oragnisasi berideologi komunis sedangkan Malaysia telah berperang dengan pengganas komunis selama lebih 40 tahun.

Adakah Pemuda UMNO mahu mengkhianati para perajurit yang telah terkorban di dalam memerangai kebangkitan bersenjata komunis selama lebih 40 tahun itu?
CYLC ini amat berpengaruh dalam Parti Komunis China. Presiden China sekarang ini, Hu Jintao, adalah produk dari CYLC ini serta ramai lagi ahli-ahli CYLC menduduki kepimpinan Parti Komunis China.

Sekurang-kurang nya membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia adalah langkah sebagai mengenang jasa beliau memerangi Jepun dan penjajah British dahulu. Sekurang-kurangnya Chin Peng ada jasa beliau kepada Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia. Apa jasa Liga Pemuda Komunis China kepada Malaysia?

Tindakan Pemuda UMNO Melanggar Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia menjelaskan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Sedangkan ideologi komunis membenci ketuhanan dan membenci agama. Menjalin hubungan dengan sebuah pertubuhan komunis bererti menghina Perlembagaan Persekutuan.
Benar kata-kata Ustaz Idris Ahmad bahawa Pemuda UMNO telah melakukan pengkhianatan kepada negara kerana menjalin hubungan dua hala dengan sebuah pertubuhan yang mempunyai ideologi yang berlawanan dengan Peruntukan Perlembagaan Negara.

Hubungan diplomatik antara negara bukan hubungan ideologi. Ianya adalah hubungan bersifat praktikal dan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan keamanan di antara dua negara walaupun kedua2 negara mempunyai ideology yang berbeza.
Namun, Pemuda UMNO telah mengambil langkah pro aktif dan menjalin hubungan dua hala dengan sebuah pertubuhan yang mempunyai ideology yang berlawanan dengan Perlembagaan Negara dan juga Islam.

Jelas Pemuda UMNO tidak hormat pada Islam dan tidak hormat pada Perlembagaan Negara.

Apa jasa Liga Pemuda Komunis China kepada Malaysia?

Apa jasa CYLC kepada Malaysia? Itu soalan saya kepada Khairy Jamaluddin dan Razali Ibrahim. Apakah jasa CYLC ini cukup besar sehingga Pemuda UMNO sanggup menggadai prinsip dan menjalin hubungan dengan sebuah pertubuhan yang masih kuat berpegang kepada ideology komunis?

Lupakah Pemuda UMNO bagaimana ideology komunis telah menghancurkan kemanusiaan dan menjadikan separuh dari benua Eropah merempat dalam kemiskinan dan kelaparan? Lupakah Pemuda UMNO bahawa ideologi komunis adalah satu ideology yang keji dan mungkar serta menolak bukan sahaja agama tetapi ketuhanan itu sendiri?

Seburuk-buruk Chin Peng, beliau dan rakan-rakan beliau dalam Parti Komunis Malaya mempunyai jasa kepada tanah kita ini. MEreka telah berjuang memerangi pendudukan Jepun di Malaya dan mereka telah melancarkan perang ke atas penjajahan British dengan mengorbankan ribuan nyawa ahli mereka demi untuk memerdekakan bumi Malaya dari penjajahan British.

Untuk itu, Malaysia mempunyai tanggungjawab membalas jasa mereka dan membenarkan mereka kembali ke Malaysia bagi menjalani sisa-sisa hidup mereka. Apa salahnya, mereka dibenarkan pulang tetapi diletakkan di dalam sebuah kem yang tertutup dan mereka hanya dibenarkan berinteraksi dengan kawalan yang ketat dengan populasi umum.

Bahaya Chin Peng Adalah Amat Kecil Berbanding CYLC

Chin Peng orang tua yang sudah tidak berdaya. CYLC mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menyebarkan ideology membenci tuhan dan agama. Sekurang-kurangnya CYLC mampu menyebarkan semangat membenci agama dan ketuhanan kepada negara lain, kalaupun mereka tidak mampu mempengaruhi dunia dengan ideoloji komunis mereka.

UMNO memang pertubuhan yang “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Talam dua muka bernama UMNO ini, dihadapan rakyat Malaysia yang Islam mengaku berjuang Islam tapi dibelakang mereka berselingkuh dengan orang-orang yang membenci Islam dan membenci ketuhanan.

Inilah dia perangai sebenar UMNO, yakni PENIPU SAMPAI KIAMAT

Tulang Besi


53 comments:

Anonymous said...

Dato Razali tu bukan kah sahabat kpd TB ? Apa pula silap mata sedang dimainkan ini

Tulang Besi said...

ada cybertrooper umno ditugaskan untuk memberi gambaran saya ni agen UMNO sebab diorang dah habis modal.

Dan geng fraksi UMNO dalam PAS pun membantu mereka.

Contoh macam kat atas ni la

Anonymous said...

Aduhai TB, Kalau nak jadi spin master untuk PR pun jadilah spin master yang berwibawa.

Tulisan yang dangkal dan terdesak semata-mata mahu menegakkan benang yang basah.

Saya yakin TB pasti ada rakan non-Muslim dan juga mungkin Atheist. Jadi apakah TB juga menghina perlembagaan persekutuan?

Bolehkah TB membezakan antara berkawan dengan non-Muslim dan membiarkan ahli keluarga menjadi non-Muslim (dan juga jadi juru dakyah non-Muslim)?

Berkawan dengan CYLC adalah umpama seorang Islam berkawan dengan non-Muslim, yakni berkawan dengan orang luar. Sedangkan Chin Peng ni adalah orang Malaysia yang menjadi komunis (macam ahli keluarga yang jadi non-Muslim). Lebih teruk, beliau bukan sekadar jadi komunis, tapi menjadi komunis yang memberontak, mengangkat senjata dan membunuh ramai orang tak kira bangsa.

Kalau ini pun TB tak dapat nak bezakan, buat malu aje tulis blog. Sekadar untuk orang lihat bertapa dangkalnya pemikiran.

Anonymous said...

Macam ni Tun Razak dulu pun rakan Komunis bila dia melawat China dan mengwujudkan hubungan diplomasi? Tapi Tun Razak bukan rakan Chin Peng.

Bagi Chin Peng Tun Razak adalah musuhnya yang telah maju setapak dengan adanya hubungan diplomatik dengan China.

Itu Chin Peng tak ada kena mengena dengan CYLC.

Walaupun CYLC tu komunis, tapi tidak ada hubung kait dengan politik negara ini. Apehal? CYLC nak lancar serangan gerila kat Malaysia.

FYI, ( in case TB tak tau) , China adalah rakan perdagangan yang penting bagi Malaysia. Tahu tak?

Ideologi kominis mereka tak ada kena mengena dengan perlembagaan negara atau agama Islam.

Samalah seperti mengadakan hubungan dua hala dengan negara-negara liberal yang lain seperti di eropah dan sebagainya.

Kalau nak putar belit biarlah hujah yang cerdik.

nampak sangat kau ni nak putarbelit orang bodoh.


Hairan, apa pasal sibuk sangat nak sokong Chin Peng? Tapi bila di Bagan Pinang nak cuba pikat hati tentera yang telah banyak terkorban dan berkorban menentang Chin Peng.

Orang bodoh sahaja yang percaya tulisan kamu.

Yang berakal, akan gelak berdekah-dekah.

Seronok datang kat laman kamu TB, hang selalu bagi bola tanggung...hahaha

Anonymous said...

TB,

hang tau tak orang Islam kat China tu lebih bayak dari kat Malaysia....

Kafir ke mereka ni kerana jadi rakyat China?
Lebih baik kau pujuk mereka semua keluar dari negara Komunis yang tak percaya Tuhan tu. Hijrah kat negeri Islam PAS Kelantan ke...

( Kena smash lagi - bola tanggung )

zakwan said...

2 all UMNO anon idiots,what TB is tryin 2 highlight is not UMNO Youth becoming communist agents but highlighting UMNO's hypocrisy

On one hand, UMNO refuses 2 allow Chin Peng 2 return n die in Malaysia just because he's a Chinese wit communist background
On the other hand,UMNO recently befriended communist youth from China

It's very similar 2 the case where UMNO always tell the Malays 2 be wary of an individual named Anwar Ibrahim due 2 his frequent meetings wit Paul Wolfowitz, Al Gore n other US leaders,thereby labelling him Jewish agent
Yet,our envoy 2 the US, the butt groper JJ went 2 meet Wolfowitz last week n I don't see any UMNO leaders create an uproar
Hypocrisy much?

I agree wit TB that an old,decrepit man like Chin Peng deserved 2 come back n die in Sitiawan
Like it or not, Chin Peng is part of our country's history due 2 his opposition 2 the Japanese occupation,thus indirectly fighting 4 our country's independence
Though his methods are costly

Some of u would say Chin Peng should not be allowed 2 return 2 the communism ideals which shun the existence of God
Well, Communist Malaya Party is different that the Kuomintang Party in China
A number of top PKM figures such as Rashid Maidin n Shamsiah Fakeh r not only Malays but also practicing Muslims who still pray 5 times a day while hiding in the forest

Which makes me wonder y UMNO was willing 2 allow Rashid Maidin n Shamsiah Fakeh 2 return 2 Malaysia but not Chin Peng?
Is it bcuz he's Chinese?
Didn't the UMNO government back in the day already had an agreement pact 2 allow Chin Peng n other communists 2 return 2 Malaysia?
Y r we goin back on our promise?
Any UMNO guys care 2 explain?

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Macam ni Tun Razak dulu pun rakan Komunis bila dia melawat China dan mengwujudkan hubungan diplomasi? Tapi Tun Razak bukan rakan Chin Peng.
.

Sbb Chin Peng nak halau British Tun Razak nak kawan dgn British

Anonymous said...

TB,
"Sbb Chin Peng nak halau British Tun Razak nak kawan dgn British"

---

Chin Peng nak halau British supaya boleh tubuhkan negara Komunis dan kita semua dilarang anut agama. Begitu TB?

Kenapa banyak askar melayu kita yang mati?

Tulang Besi said...

Anonymous said...

TB,
"Sbb Chin Peng nak halau British Tun Razak nak kawan dgn British"

---

Chin Peng nak halau British supaya boleh tubuhkan negara Komunis dan kita semua dilarang anut agama. Begitu TB?

Kenapa banyak askar melayu kita yang mati?
.

Bukan Rashid Maidin ni solat 5 waktu tak tinggal ke?

Yang aku tau tak solat ramai ialah orang UMNO

Tinta Hitam said...

Kita perlu melihat fakta sejarah.CPM bermusuh dgn British.Mereka menyerang kedudukan British semasa sebelum merdeka.Askar dan polis yang bekerja semasa British adalah anjing British yang tidak teragak agak menghala muncung senjata kepada rakyat yang cuba melawan British.Betul tak? Tak percaya,kaji balik sejarah.Askar dan polis sebelum merdeka dipanggil anjing kompeni.Segala serangan kepada kedudukan askar dan polis ketika itu adalah serangan kepada kepentingan British.

Pertemuan diBaling bukannya rundingan.Ianya lebih kepada ugutan gar menyerah diri.Chin Peng ,Rashid Maidn dan Chin Tien dilayan tidak lebih dari penjenayah penjenayah.

Selepas merdeka pulak Tunku Abdul Rahman meneruskan polisi British.Dah tentu la komunis tu lawan balik.Mereka ada senjata dan harga diri.Yang silapnya adalah pemimpin UMNO yg terus mengikut telunjuk British membuta tuli tanpa berusaha mencari penyelesaian politik.Nasib baik Tun Mahathir melihat kepincangan ini dan terus membetulkan keadaan.

Perjanjian damai berjaya dicapai dan ramai nyawa askar dan polis berjaya diselamatkan.Chin Peng dan ahli komunis yang dijanjikan mereka boleh kembali dengan aman.Malahan ahli komunis yang kembali sebaik shj lepas perjanjian ditandatangani telah diberi pencen selama 3 tahun untuk membantu mereka memulakan kehidupan baru.Kalu mereka ni "bandit" pasal apa pulak ada pencen? Korang tau tak Abdullah CD dan Rashid Maidin dibenarkan tinggal di Malaysia.Cuma mereka tak percaya dengan kerajaan UMNO.Nampak gaya tindakan mereka betul.Jika tidak UMNO akan mengusung mereka kehulu kehilir

Kalau bekas polis dan askar nak marah sangat pada komunis ni,mereka patut tunding jari pada UMNO.UMNO ni dari dulu sekarang dan selamanya suka menyusahakan rakyat dengan polisi polisi mereka.

Persoalannya sekarang mengapa Kerajaan Malaysia mungkir janji?? Nampak sangat janji UMNO ni memang tak boleh percaya.

Sebabnya satu aje.Tak ada fulus masuk la.Kalau Chin Peng sanggup hulur juta juta semua perkara selesai.Perhatikan kesetian UMNO kepada Singapura melalui perjanjian bekalan air yan

UMNO amat setia dengan Perjanjian bekalan air kepada Singapura.Malahan bila Singapura suruh tambah bekalan air pada harga tahun 60an pun UMNO sedia buat.Dah tentu ada soru yg masuk poket org org tertentu.Kalau tak takkan mereka setuju dengan mudah.

Kalau ada fulus Chin Peng boleh masuk Malaysia.Malahan kalau nak gelaran datuk,Datuk seri pun boleh diuruskan.Yang penting ada fulus.

harap ambil tahu sejarah tanahair.Jika tidak hari hari lah kita kena tipu oleh UMNO.

penawarrindu said...

Mat, tolong tulis berita sikit ni, exco kesayangan kita dah tumbok pegawai kerjaan di majlis hari raya PAS Pusat, he hiii berkat sabar lah tu...

TB kencing kuat said...

setakat tu saja ka modal kamu?

kenapa bodoh sangat, hubungan diplomatik bukan bertujuan menerima doktrin komunis & sosialis seperti mana PAS,DAP dan PKR.

kalau macam tu jangan ada hubungan langsung dengan kerajaan china.jangan ada langsung import barangan buatan china?

suara rakyat & kuasa rakyat tu doktrin siapa? bukan komunis atau sosialis. kalau nak buat artikel taraf sampah ni bagi hujah yang betul2 konkrit.

Tulang Besi said...

Mat, tolong tulis berita sikit ni, exco kesayangan kita dah tumbok pegawai kerjaan di majlis hari raya PAS Pusat, he hiii berkat sabar lah tu...

October 19, 2009 3:29 PM
Delete
Anonymous TB kencing kuat said...

setakat tu saja ka modal kamu?

kenapa bodoh sangat, hubungan diplomatik bukan bertujuan menerima doktrin komunis & sosialis seperti mana PAS,DAP dan PKR.
.

Org UMNO tak gheti baca

hubungan antara Pemuda UMNO dgn CYLC BUKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

Hubungan diplomatik ini untuk negara je la.

Ada faham tak?

Anonymous said...

Semakin hari, semakin cetek akal TB nie...apa sudah jd?

Tulang Besi said...

dah takda modal tuduh orang lain akal cetek.

itu je lah modal yang dia ada.

Tulang Besi said...


Anonymous said...
TB,

hang tau tak orang Islam kat China tu lebih bayak dari kat Malaysia....

Kafir ke mereka ni kerana jadi rakyat China?
Lebih baik kau pujuk mereka semua keluar dari negara Komunis yang tak percaya Tuhan tu. Hijrah kat negeri Islam PAS Kelantan ke...

( Kena smash lagi - bola tanggung )
.

UMNO ni buat hubungan dgn rakyat Islam kat sana atau dengan pertubuhan komunis kat sana?

Hahahahahaha smash tak menjadi

Anonymous said...

Takkan orang gila mengaku dia gila.

Begitu juga takkan orang yang cetek pemikiran akan mengaku yang ia cetek pemikiran.

Sepatutnya yang layak menilai ialah para pembaca.

Nyata dalam artikel ini menunjukkan kecetekan pemikiran kerana gagal membezakan hubungan diplomasi dengan menjadi tali barut.

Anonymous said...

TB. PATI KOMUNIS ADALAH PATI HARAM.NEGARA CHINA ADALAH NEGARA YANG SAH.TAK PAHAM KAH TULANG BESI.I THINK YOU UNDERSTAND NOW.

Anonymous said...

TB,

I think you need to remind some of these cybertroopers that Communist China funded Chin Peng's operation in Malaya.

Anonymous said...

And also don't forget that one of the cause of failure of CPM struggle is when China stop funding them as the result of Malaysian government persuasion.

Anonymous said...

Apasai pemuda UMNO kowtim dgn CYLC?Easy peeZee..utk import Cina doll bikin GRO bizniz lah..setiap taman bikin hotel 2 setengah bintang,and woo hah!!it's party time with china dolls!!

Anonymous said...

Satu Pakatan politik baru dijangka muncul dalam beberapa bulan akan datang membabitkan Barisan Nasional dan Pas.


Menurut sumber beberapa pemimpin UMNO, termasuk seorang bekas menteri Besar dan seorang ahli MT, telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pemimpin Pas yang dilihat dari kem Timbalan Presiden Nasaruddin Mat Isa.


Perbincangan yang dikatakan mendapat restu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dan Pas, antara lain menggariskan beberapa bentuk kerjasama antara Barisan Nasional dan Pas. Ini berbeza dalam perbincangan selepas pilihan raya lalu yang banyak membicarakan kerjasama UMNO - Pas.


Antara yang dibincangkan ialah membentuk kerajaan campuran BN-Pas di Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah dan Selangor.


BN dijangka memberi laluan kepada Pas untuk terus menjadi Menteri Besar di Kelantan dan Kedah namun akan mengambil alih kepimpinan di Selangor.


Dalam perbincangan tersebut juga, Dato Hasan Ali (PAS) akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, (atau Timbalan Menteri Besar, bergantung kepada perkenan Sultan) sehingga pilihan raya umum akan datang sebelum jawatan tersebut dikembalikan kepada BN.


Kerajaan Pakatan Selangor bakal tumbang sekiranya Pas mengambil keputusan keluar Pakatan dan disertai oleh ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah.


Selain itu, beberapa perkara yang masih dalam perbincangan termasuk pembahagian jawatan Menteri dan juga beberapa syarikat berkaitan kerajaan.


Sejauh mana keseriusan perbincangan ini belum dapat dipastikan, namun kem dato Hasan Ali dan Nasaruddin sangat gembira dengan perkembangan ini.


Bagaimanapun adalah dijangkakan kerjasama ini sukar dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pandangan kem Nik Aziz Nik Mat masih lagi terikat dengan Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Ye Ke?
Habis lah kau Tulang besi, mesti kena hentam depan belakang. Saya cadangkan elok kau masuk parti DAP, mesti sesuai dengan jiwa kau. PAR tak boleh, semuanya ex-UMNO, panas nanti beb....

mut said...

Alahai, bukan ker negara China jugak yang beri sokongan dan bantuan kewangan dan senjata kepada Chin Peng? Bukan ke COMINTERN dulu yang menjadi peneraju gerakan gerila antarbangsa? Bukan ke peneraju terbesar COMINTERN adalah China dan Rusia?

Sekarang bukan saja hubungan diplomatik dijalin dengan Rusia dan China demi kepentingan ekonomi, tapi senjata pun kita beli dari Rusia! Mana semangat yang hero-hero UMNO dok tunjuk terhadap Chin Peng?

Kenapa UMNO nak tunjuk hero kepada Chin Peng sahaja? Takder telur?

Bukankah China jugak yang menebus kembali senjata komunis dengan wang selepas perletakkan senjata tahun 1989?

Siapa yang sign perjanjian tu dengan Chin Peng? Bukan kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO?

Kalau dah UMNO tu UMNO ler....

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Kalau tanya pendapat aku, benda yg bawak fitnah ni patut dielakkan. Tak semua Rahman cakap betul, tapi tak semua salah, Pemuda UMNO patut take point jugak.

Jika hendak dibuat kerjasama juga, patut atas dasar govt to govt.

Serupa dengan PAS kerjasama dengan hindraf, adakah maknanya PAS setuju dgn syirik. Tidak jugak, dan bukan jwbnya, ia adalah kerjasama siasah bg pndangan golongan siyasi dalam PAS.

Anonymous said...

Sedangkan Nik Aziz menghalalkan kerjasama dengan syaitan (DAP)... ini bukan hipokrit?

Dulu Kutuk Umno sebab tubuh ikatan dengan MCA Dan MIC, pirah. Campak tong sampah je posting kamu. Tak boleh pakai.

Btw TB, memandangkan kamu rapat dgn Anwar, apa rahsia antara Anwar Dan Azmin (Dan Shamsidar) ?
It's like an open secret already especially after kes Zaid Ibrahim.

Anonymous said...

UMNO parti yang dah nak mampos...

sebelum anak2 muda letupkan UMNO ni pada PRU-13, baik lah bertaubat...

UMNO mmg lidah bercabang...dasar munafik, mungkir janji...

sudah2 la tu pecacai UMNO sekalian...

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Lupakah Pemuda UMNO bagaimana ideology komunis telah menghancurkan kemanusiaan dan menjadikan separuh dari benua Eropah merempat dalam kemiskinan dan kelaparan? Lupakah Pemuda UMNO bahawa ideologi komunis adalah satu ideology yang keji dan mungkar serta menolak bukan sahaja agama tetapi ketuhanan itu sendiri?

kau cakap tu betul, tapi apasal hang boleh sokong Anwar bila Anwar terang2 pi sign annapolis summit dengan yahudi. Ni hang bukan main bela Anwar.

Hg ni bila bab UMNO semua salah, bab org PAS yg tak sebulu dgn hang sampai terkentut pun boleh jd isu, tp kalau Anwar kalau dia buat dela dgn dajjal pun hg sokong. Aku pelik dgn sikap hg ni, mcm Anwar tu nabi bg hang.

Sepatutnya hg marah kat Anwar lebih teruk lagi marah hg kat Hj hadi pi jumpa UMNO.Tp hang cari jalan justify Anwar apa dia buat.

Org dah nampak siapa hg tulang besi. Org PAS yg respect kat hang psl "keberanian" hg point kesalahan pimpinan dah tau hg ni tak boleh pakai bila sokong Anwar sign Annpolis summit dan iktiraf Jerusalem capital of Israel.

Anonymous said...

Encik Tulang Besi

I saw this too. Tapi saya tak hairan.

Bukti Communist parties and
fascistoid (i.e. on the way to becoming fascist) parties like UMNO are very similar.

CCP is China is corrupt and repressive (especially so in rural areas). Birds of a feather flock together?

Phua Kai Lit

Tulang Besi said...



kau cakap tu betul, tapi apasal hang boleh sokong Anwar bila Anwar terang2 pi sign annapolis summit dengan yahudi. Ni hang bukan main bela Anwar.

Hg ni bila bab UMNO semua salah, bab org PAS yg tak sebulu dgn hang sampai terkentut pun boleh jd isu, tp kalau Anwar kalau dia buat dela dgn dajjal pun hg sokong. Aku pelik dgn sikap hg ni, mcm Anwar tu nabi bg hang.
.

PAsal hang bangang. Hang mana tahu strategi politik antarabangsa.

Sebab tu la hang ni UMNO, sebab kalau hang bijak, hang tak masuk UMNO.

Orang bodoh aje yang cakap Anwar melutut pada Yahudi dalam isu Annapolis Summit.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Ye Ke?
Habis lah kau Tulang besi, mesti kena hentam depan belakang. Saya cadangkan elok kau masuk parti DAP, mesti sesuai dengan jiwa kau. PAR tak boleh, semuanya ex-UMNO, panas nanti beb....
.

Ok la DAP sebab DAP tak korup macam UMNO.

Bila dah kalah mcam ni, UMNO pegi salahkan cina salahkan India.

Lepas tu pegi kawan dengan kominis.

HAHAHAHA

Anonymous said...

Sahabat kanan,

PAsal hang bangang. Hang mana tahu strategi politik antarabangsa.

Pemuda UMNo pun boleh ckp, hang manatau strategi politik antarabangsa.Hj hadi dan kawan2 pun boleh ckp, hg apatau dlm nak jaga ummat, diorg lg byk info.

Org baca komen hang ni mmg nak muntah. Org tahu org jujur dan ikhlas utk jaga ugama takkan tulis mcm ni.

Orang bodoh aje yang cakap Anwar melutut pada Yahudi dalam isu Annapolis Summit.


Benar, Anwar bukan melutut tapi melakukannya dengan sedar dan rela diri menyokong Israel dan mengkhianati perjuangan Islam.

Ini bukan pertama kali dia buat rahman. hang jgn buat2 lupa, apa topik umum yg dibincang dlm usrah danntamrin sepanjang tahun 80-an.Jgn dok buat bodoh.

Tulang Besi said...

Pemuda UMNo pun boleh ckp, hang manatau strategi politik antarabangsa.Hj hadi dan kawan2 pun boleh ckp, hg apatau dlm nak jaga ummat, diorg lg byk info.

Org baca komen hang ni mmg nak muntah. Org tahu org jujur dan ikhlas utk jaga ugama takkan tulis mcm ni.
.
SApa nak percaya pemuda UMNO. Menipu manjang.

Benar, Anwar bukan melutut tapi melakukannya dengan sedar dan rela diri menyokong Israel dan mengkhianati perjuangan Islam.

Ini bukan pertama kali dia buat rahman. hang jgn buat2 lupa, apa topik umum yg dibincang dlm usrah danntamrin sepanjang tahun 80-an.Jgn dok buat bodoh.
.
Tapi kao takda bukti pun Anwar sokong Israel. Dan Annapolis Summit tu menyebabkan Israel HILANG KUASA, bukan bertambah kuasa.
Kao memang penipu mcm Pemuda UMNO.

Tulang Besi said...

Sahabat kanan,

Kao ni memang bengap la. Hujjah2 kao dangkal dan senang dipatah.

Kao memang low class tapi kao perasan kau bagus sangat.

Dah la kao sokong judi dgn arak, tapi ada hati nak cakap pasal tarbiyyah.

Kao memang taraf pembelit yang amatur.

Anonymous said...

PRC is now capitlist..it's army is still under the communist spirit..the rest r enjoying china's new status as global superpower..and USA needs to mintak kebenaran frm China just to tie it's shoe laces..kahkahkahkah..UBN who r 1st kelas beggars nak ampu bodek China 4 $$..becos lui dah habis maah..Nachibai,and Hantu Tetek were insulted in Paris..no money pouring in frm the gulf states..only hope PRC..so UBN,born shameless pariah beggers,have started to *slurp slurp* the punkoq of PRC..janji foolooos mashooook n continue 2 enjoy hip hop bling bling lifestyle and act like Magarajah..lol!!

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Kao ni memang bengap la. Hujjah2 kao dangkal dan senang dipatah.

Kao memang low class tapi kao perasan kau bagus sangat.


Wahai sahabat2 yg memperjuangkan Islam, lihatlah mcm mana profesionalnya jawapan Rahman talib:

PAsal hang bangang. Hang mana tahu strategi politik antarabangsa.

Anwar berkawan baik dgn Wolfowitz dikatanya strategi antarabangsa, Anwar berkawan baik dengan Gershon baskin rakyat Israel yg kata sapa yg boleh lucutkan senjata hamas dan hizbullah boleh jadi kawan baik ariel sharon dikatanya setratei antarabangsa, Anwar sign Annapolis summit yg iktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaula dikatanya itu strategi antarabangsa.

Org PAS yg selama ni sokong Rahman talib, tgklah perangainya, dia marah Hj Hadi runding dgn UMNO, tapi Rahman talib said ok Anwar iktiraf Israel negara berdaulat.

Org macam ni boleh korang sokong ka?
rahman talib, org PAS kat sini nak tau, hang iktiraf tak Israel negara berdaulat?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Dah la kao sokong judi dgn arak, tapi ada hati nak cakap pasal tarbiyyah.

Hg propose jual arak mcm negeri scandanivaian, hg tu sokong arak ke?

Hg bela Eli Wong, hang sokong ka zina?

Hg bela Anwar sign Annapolis summit, hg sokong yahudi ka?

Hg sokong Hindu buat kuil, adakah hg tu Hindu?

Kesemua kes aku bg tu, hg mesti cakap, hg tak sokong bukan?

Anonymous said...

Dulu kita selalu cakap DAP biadap dan khinat dan cabar ketuanan melayu,nampaknya sekarang UMNO pun cabar ketuanan melayu dan khinat melayu juga.Hanya panglima Toyo sje yg sekarang boleh mengembalikan zaman gemilang ketuanan melayu .

Anonymous said...

So Tulang Besi, PAS making alliances with Al-Qaeda/Taleban is ok is it?! And how dare you praise Chin Peng - pretending to please the Chinese is it? Where many of our soldiers have died, mostly of poor villagers - my own father was also a soldier. Besides all the millions of Chinese itself, who died under the Cultural Revolution and Maoist ideology in China, of which the Parti Komunis Malaya a sled by Chin Peng was adhering to so dangerously. It wasn't about freeing Malaysia but to colonize Malaysia against the British; so don't be so naive! Thus Chin Peng must be brought to trial - just as the Nazi evil monsters were and still are! I don't trust PAS nor UMNO - they will do anything and praise anything, and make alliances with such evilness even, just to gain power! Sick both of PAS and UMNO, using Islam this way! Despite that I'm a Christian, but my family are still Muslims and I will fight for their and others' justice i.e a just Islam as actually promoted by a loving and just God! Especially for the long suffering women/girls/gays in Islam! Get over the Dark Age racist, sadist and fascist kind of Islam as led by primitive and barbaric Arabic culture - Islam doesn't belong to them; it belongs to God!

Katharina Sri (former: Noor Aza)

Germany.

Tulang Besi said...


Hg propose jual arak mcm negeri scandanivaian, hg tu sokong arak ke?

Hg bela Eli Wong, hang sokong ka zina?

Hg bela Anwar sign Annapolis summit, hg sokong yahudi ka?

Hg sokong Hindu buat kuil, adakah hg tu Hindu?

Kesemua kes aku bg tu, hg mesti cakap, hg tak sokong bukan?
.

Kan aku dah cakap, kao tak reti bahasa inggeris.

Lain yang aku tulis, lain yang kao faham.

ada tak aku cakap penjualan arak tak boleh untuk keuntungan seperti yang UMNO benarkan sekarng ni?

Pegi la belajar balik bahasa Inggeris.

Lagi kau bercakap lain nampak kao tak paham bahasa inggeris.

Habis tu nak buat mcmna, dah memang orang2 umno ni dangkal otak mereka.

Lagi satu, lain yang orang sokong, lain yang kau faham.

Kau ni memang bengap la.

Tulang Besi said...

Anonymous said...
So Tulang Besi, PAS making alliances with Al-Qaeda/Taleban is ok is it?! And how dare you praise Chin Peng - pretending to please the Chinese is it?
.

Katrina,

You're no different than those UMNO bloggers.

You need to go back and learn English.

syeda said...

itu cerita yahudi! siapa ada jemput ia mali malayzia oh! dan bangunan mana pasang ia punya bendela la?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Kan aku dah cakap, kao tak reti bahasa inggeris.

Err..sapa yg terjemah capital tu sebagai kota bersama...kah kah kah...

Anonymous said...

Hei Tulan Besi, since you cannot debate with me intelligently, or with any woman for that matter, you just have to find some lame excuses don"t you, such as attacking my English? Why, you think your English is perfect? Boy, you sound like you do love the uppity Brits after all, besides that communist Chin Peng! Get a life and a real education!


Katharina Sri (former: Noor Aza Othman)
Germany!

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

So Tulang Besi, PAS making alliances with Al-Qaeda/Taleban is ok is it?

Since when TB said PAS is making alliance with the taliban?

Anonymous said...

The local chinese community cannot understand why umno can treat the chinese communists like brothers but treat the local chinese here like communists (sigh).

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Hei Tulan Besi, since you cannot debate with me intelligently, or with any woman for that matter, you just have to find some lame excuses don"t you, such as attacking my English? Why, you think your English is perfect? Boy, you sound like you do love the uppity Brits after all, besides that communist Chin Peng! Get a life and a real education!
.

i've actually debated with you so many times and each time you come up with nonsensical argument. So, the right way to treat you is the way i am treating you right now.

Tulang Besi said...

Err..sapa yg terjemah capital tu sebagai kota bersama...kah kah kah....

Tak tau. Kau la yang terjemah kan?

Anonymous said...

What a joke you are, Tulang Besi, typical of Dark Age Arabic-aping Islamist! You are the nonsense; cannot even debate intelligently, so blamed my English instead! ywisted-tongue you and PAS are such a joke! One minute, you hate the Communists, one minute later, you love Chin Peng! One minute you hate the British, one minute later, you love their uppity behaviour! Excuse me, it is about substance of an article or comment, not about whether one's language (especially if that is her second language), is not perfect! Get a life and a real education as civilized and modern man!

Katharina Sri (former: Noor Aza)

Germany

Tulang Besi said...

What a joke you are, Tulang Besi, typical of Dark Age Arabic-aping Islamist! You are the nonsense; cannot even debate intelligently, so blamed my English instead! ywisted-tongue you and PAS are such a joke! One minute, you hate the Communists, one minute later, you love Chin Peng!.

Maybe u need to learn how to read bahasa Malaysia cause i clearly state why i agree to allow Chin Peng to return.

And did i say i ever loved Chin Peng?

Did u make that up just to make you feel nice?

Anonymous said...

You justified Chin Peng, because he supposedly fought against the British! If you were intelligent and understood how the English language actaully works, you would have understood my sarcasm! Yes, I am nice, compared to Islamist Arabic-aping men like you! Who only knows how to swear and be abusive at women! Pathetic! Instaed of debating intelligently like a civilized and modern man!

Katharina Sri (former: Noor Aza)

Germany.

Tinta Hitam said...

Katharina

Chin Peng fought against the British.The colonial master.I support him and other who fought the British.Malaysian govt followed British policies blindly.Chin was treated with disrespect.They should have treated him as freedom fighter.why make enemy with him?

Please look the issue as malaysian not as British ass licker

altauhid said...

Apa la bodohnya kau ni tinta hitam. mungkin datuk dan mak bapak kau komunis kot pandai putarbelitkan sejarah. Kalau tak tahu sejarah apa kata kau masuk balik tingkatan satu belajar tentang sejarah negara. mengarut sama macam TB. wkakakakakaak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.