Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 30, 2009

Proses Pembersihan Sedang Berlaku Dalam Pakatan Rakyat

Kemasukan Badrul Hisham ADUN Port Kelang ke dalam UMNO jangan ditangisi atau dirisaukan. Ini kerana tindakan pengecut beliau tidak mahu mengosongkan kerusi Port Klang hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO, Khir Toyo dan Barisan Nasional. Namun yang lagi penting adalah proses pembersihan dalam PKR sedang rancak berjalan.

PKR parti baru. Tidak sampai umurnya 15 tahun. Pada masa PAS berumur 11 tahun, PAS baru sahaja memerintah Terengganu 2 bulan. Di waktu itu UMNO bercadang untuk mengadakan usul tidak percaya kepada PAS. Speaker DUN Terengganu pada waktu itu bernama Taib Selamat dan beliau mewakili PAS.

Seharusnya beliau yang dari PAS boleh melakukan berbagai perkara untuk menghalang usul tersebut dari berjalan. Namun Taib Selamat ini telah "DIBELI" dan beliau telah membenarkan usul tersebut berjalan yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu yang baru berumur 2 tahun itu jatuh.

Kemudian PAS juga telah mengalami berbagai-bagai peristiwa pembelotan oleh kepimpina PAS. Misalnya, bekas SU Agung PAS sendiri pernah lari kepada UMNO, bekas Ketua DEwan Muslimat, bekas Ketua Pemuda. Malahan bilangan ustaz/ustazah yang lari dari PAS kepada UMNO juga cukup banyak. Malahan, golongan ustaz/ustazahlah yang paling banyak meninggalkan PAS kepada UMNO berbanding golongan bukan ulama.

Selepas PRU 1982, PAS menang 5 kerusi Parlimen di Kelantan. PAda waktu itu, bekas Presiden PAS menubuhkan HAMIM dan membawa 4 wakil rakyat PAS di KElantan pergi ke Barisan Nasional. Tinggal Tok Guru Nik Aziz sorang2 dalam Parlimen mewakili PAS.

Dan kemuncak dari pembelotan adalah kemasukan Dato Asri sendiri, bekas Yang Dipertua Agung PAS ke dalam UMNO. Ertinya, Presiden PAS sendiri pernah lari masuk ke UMNO. Apa nak heran.

Kalau nak kata DAP pula, siapa dari DAP yang tak pernah lari ke BN/MCA/Gerakan. Kalau saudara ingat, Chua Jui Meng itu dulu pernah aktif dalam DAP, seterusnya Kerk Kim Hock bekas SU DAP pun skrang dah join dgn BN, kita ingat lagi Liew Ah Kim dan Wee Chee Keong yang lari dari DAP dan tubuhkan MDP. Dulu kita pernah dengar nama Hu Sepang di Seremban juga telah hilang. Dan banyak lagi contoh orang2 DAP yang telah lari meninggalkan perjuangan parti mereka.

Jadi, janganlah kita pula bukak mulut kita dan menyalahkan PKR atas apa yang berlaku pada PKR sekarang ini. ORang2 PAS harus melihat sejarah mereka dahulu yang penuh dengan pembelotan dan pengkhianatan oleh ahli dan pemimpin2 mereka satu masa dahulu.

SAya masih ingat lagi waktu saya bersekolah, saya dengar Mustafa Taib kuat mengatakan UMNO kafir, tapi pada tahun 1998 saya seperti tidak boleh percaya mendengar suara Mustafa Taib memberikan ceramah beliau dalam satu majlis UMNO di TTDI Jaya.

Oleh sebab itu, saya tak heran sikit pun bila Ezam masuk UMNO sekaligus menjilat semua ludah beliau. Ini kerana saya telah melihat orang yang pernah mengkafirkan UMNO menjilat balik UMNO. Apa nak heran Ezam Mat Nor?

Kemuncak Pembelotan Dalam PAS Adalah Usaha Membawa PAS Kepada UMNO

KEmuncak ujian kepada PAS sekarang ini adalah bagaimana PAS sebagai sebuah jemaah dan parti dapat menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.

PAS pada waktu ini sedang dikawal perjalanan mereka oleh orang2 yang mahukan PAS bersama UMNO.

Ujian besar kepada PAS adalah bagaimana menghalang PAS itu sendiri dari belot kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang telah mengundi PAS 2004.

Dan saya mahu mengingatkan semua ahli dan penyokong serta kepimpinan PAS di semua peringkat supaya jangan putus asa dan jangan lari dari ujian ini.

Mesti kita berlawan walaupun kita berseorangan dalam perlawanan ini. Usaha membawa PAS kepada UMNO wajib dihalang oleh setiap ahli PAS.

Nampaknya, sejarah pembelotan kepada PAS ni bermula di Terengganu dan nampaknya penyakit pembelotan itu sekali lagi diekspot oleh Terengganu. Sepertinya, produk utama PAS Terengganu ni adalah "pembelotan".

Akhir kata, ada seorang "mangkuk UMNO" dalam blog saya ni yang kuat memfitnah beberapa pimpinan PAS sperti Mujahid Yusuf Rawa (yang kenal saya sewaktu saya masih bayi lagi), Dr Lo Lo, Dr Wahab dsbnya sebagai cuba untuk mencipta jemaah dalam jemaah dan cuba membuat konspirasi mengambil alih kepimpinan PAS.

Semua ini FITNAH YANG PALING BESAR, walaupun mangkuk ni sanggup bersumpah. Tapi apa nak heran sedangkan budaya sumpah palsu ni dah begitu meluas dalam UMNO i.e. Saiful Bukhari. Selepas si Saiful bersumpah, keluar dua laporan perubatan SAiful dari PUSRAWI dan HKL yang menyatakan bahwa SAiful tidak pernah diliwat.

Jadi, mangkuk yang bersumpah ni sumpah dia palsu. Dan kes Saiful ni membuktikan bahawa sumpah TAK BOLEH JADI BUKTI dalam apa2 sahaja kes.

Pada Mangkuk ni, saya cuma nak katakan, tunggulah pembalasan Allah ke atas kamu sebab kamu menjual nama Allah untuk kepentingan politik murahan kamu.

Mujahid Yusuf Rawa ni kawan baik kepada keluarga saya dan ayah ibu saya kenal beliau semenjak Mujahid masih kecil lagi. Mujahid memanggil ibu saya dengan panggilan "Kak Anim". Orang seperti Mujahid ni orang lurus dan tidak suka berbohong, jauh sekali berkonspirasi. Mujahid dahulu pernah mengunjungi rumah saya di Ampang bersama keluarga beliau. Itu cakap ibu saya yang mengenali Mujahid semenjak Mujahid kecil lagi.

KAHKAHKAH saya gelakkan si mangkuk UMNO ni sebab dia tak tahu Mujahid Yusuf Rawa ni dah kenal saya semenjak saya bayi dan keluarga saya sudah kenal beliau semenjak beliau masih bersekolah rendah lagi. Dengan kata lain, keluarga Mujahid Yusuf Rawa ni kawan rapat keluarga saya sejak dahulu lagi.

Ibu saya bercerita, walaupun arwah bapa saya tidak memegang apa2 jawatan di PAS Pusat, tapi ayah Mujahid ni akan selalu menziarahi rumah kami dan ayah saya mendapat banyak laporan berkenaan perkembangan dalaman PAS pada waktu itu.

Misalnya pada malam Dato Asri meletakkan jawatan, Ustaz Yusuf Rawa telah cuba untuk menghubungi Dato Asri kerana risau akan keadaan Dato Asri. Namun, orang-orang Dato Asri pada waktu itu tidak izinkan Ustaz Yusuf Rawa dan beberapa pimpinan PAS lain untuk menghubungi beliau.

Kepada Mangkuk UMNO yang menuduh Mujahid terlibat dalam konspirasi mahu mengambil alih kepimpinan PAS dan menggantikan dengan IRC, saya nak kata berenti lah buat fitnah. Kau tu UMNO. Lebih baik kau pegi usrah dengan tokeh judi kau. PEgi usrah dgn Lim Goh Tong.

Tulang Besi



39 comments:

Anonymous said...

kah..kah..kah...TB dah jadi ahli PKR plak dah.

sayangnya dia kat PKR....sehingga takut org salahkan PKR bila sorang lagi ADUN PKR melompat.

bila org salahkan pimpinan PAS bila kalah di Bagan Pinang tak pa...malah dia pun tumpang semangkuk dok hentam pimpinan sendiri.

bila parti lain yg buat hal...cepat2 dia pertahankan.

Anonymous said...

biasalah tu..bila PAS kalah di Bagan Pinang..salah pemimpin kerana lembab...salah Hasan Ali kerana isu arak dan Selcat.

bila Adun PKR melompat..... dikatakan "PEMBERSIHAN"

sucinya PKR dan kotornya PAS.

Tulang Besi said...

cybertrooper UMNO dah dapat elaun hari ni. Dua minggu terakhir ni nampak cybertrooper malap sikit tapi hari ni cepat je menyalak.

Al maklumlah duit dah masuk akaun.

Anonymous said...

Biasa lah Abdullah Bin Ubai ni mmg dia semayang belakang nabi..

setakad berada bersama keluarga mujahid al Irc ni apalah sgt.

masuk PKR la TB

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Akhir kata, ada seorang "mangkuk UMNO" dalam blog saya ni yang kuat memfitnah beberapa pimpinan PAS sperti Mujahid Yusuf Rawa (yang kenal saya sewaktu saya masih bayi lagi), Dr Lo Lo, Dr Wahab dsbnya sebagai cuba untuk mencipta jemaah dalam jemaah dan cuba membuat konspirasi mengambil alih kepimpinan PAS.

Ini perkara hakikat dan memang benar org2 IRC menyusun strategi untuk mengambil alih pimpinan PAS.

Yg kata fitnah ni hanya Tulang besi. Dokumen dah ada yg mengatakan IRC berusaha meuwujdkan Harakah islamiyyah syumuliyyah, sumber lisan, saya sendiri ada, dan last sekali saya bersumpah.

Semua ini FITNAH YANG PALING BESAR, walaupun mangkuk ni sanggup bersumpah. Tapi apa nak heran sedangkan budaya sumpah palsu ni dah begitu meluas dalam UMNO i.e. Saiful Bukhari. Selepas si Saiful bersumpah, keluar dua laporan perubatan SAiful dari PUSRAWI dan HKL yang menyatakan bahwa SAiful tidak pernah diliwat.

Jgn buat fitnah. Tgk kronologi keluar keluar laporan dr pusrawi tu. Aku masih ingat lagi laporan pusrawi tu didedahkan raja petra sebelum saiful bersumpah (proof me wrong and I rest my case).

Walhal saiful bersumpah sebelum pilihanraya permatang pauh si Anwar bertanding.

Jgn main sedap kata org sumpah bohong, hanya pada satu "fakta" sangkaan yakni dokumen pusrawi tubik lepas sumpah Saiful.

Jadi, mangkuk yang bersumpah ni sumpah dia palsu. Dan kes Saiful ni membuktikan bahawa sumpah TAK BOLEH JADI BUKTI dalam apa2 sahaja kes.

Astaghfirullah, kalau macam tu apasal dlm syariat ada sumpah mubahalah dan li'an?

pasal tak sebelah kau, kau kata begitu?

Pada Mangkuk ni, saya cuma nak katakan, tunggulah pembalasan Allah ke atas kamu sebab kamu menjual nama Allah untuk kepentingan politik murahan kamu.

Kalau org dah tak percaya, hanya Allah saja yg tau, ini saja yg buktikan saya ini benar.

Yg kau marah sebab aku dedahkan perancangan IRC terhadap PAS.

Aku yakin yg aku benar dan haq seribu kuasa seribu kali, kau suruh sumpah aku boleh buat.tapi, kau tu aku suruh sumpah detail, tak sanggup2. Org yg kata:

Dan kes Saiful ni membuktikan bahawa sumpah TAK BOLEH JADI BUKTI dalam apa2 sahaja kes.

Boleh ke kita ambil kenyataan kerana tidak percayakan Allah?

Terus terang aku cakap, kalau kau suruh aku sumpah yg Husam amir IRC, aku tak sanggup, kerana aku tak tahu, dan kalau aku buat, mmg confirm aku kena bala.

Tapi, anytime, kalau kau suruh aku sumpah ada perancangan IRC nak coonquer PAS, tiap kali aku masuk, kau suruh sumpah, aku boleh buat. Kau boleh sumpah nafi detail bab ni? Sanggup???

Cerita kau bawak pasal mujahid, ni sng cakap, macam katakanlah kawan bapak Fuad Yeoh cerita si Yeoh ni rajin pegi tokong kecik2, rajin bw limau pegi "rumah kecil"..alih2 takkan jadi pendakwah islam pulak dan pernah jd org besar JIM pulak...

Cerita budak masa dia kecik ni, cerita mak bapak ni tak boleh pakai,..yg kau kena cerita adalah apa yg dia buat kat mesir, usrah dan tanzim mana dia ikut, dia baiah kat siapa. Itu yg betul.

kau cerita ni kat budak2 batch dia yg ikut usrah PAS-PMRAm nescaya berguling2 mereka gelak.

Anonymous said...

TB dah tak ada keje nak buat kacau... sbb tu dia gilo meroyan..
pegi sana tak kena.. pegi situ tak kena.. kesian dia wad tanjung rambutan dah tak terima dia sebab semua org kat wad tu dah jadi lebih gila kera TB... kesian kat TB

Anonymous said...

termasuk dapat elauan dari UMNO ialah TB...sebab tu dia semakin gilo....

Anonymous said...

Tulang besi dah jadi tulang berkarat.... tunggu mat grag beli besi buruk untuk dijual kt toke beli besi buruk wat beli dadah... sbb tu dia tak kenal mana baik dan mana buruk

Anonymous said...

Kepada TB ( Tulang Besi = Tulang Berkarat )
Balik rumah, kalau yang dah dirumah...panggil isteri dan anak-anak buat satu EGM kat rumah....bla...bla....bla...tubuh lah Parti baru sendiri punya polisi, pakai akal sendiri, sendiri punya dasar, sendiri punya pimpinan , sendiri punya ahli...semua nya sendiri-sendiri.....apa apa nak buat pun boleh sebab sendiri punya.

Buat apa lagi nak tunggu dalam parti yang kita dah tak percaya dengan presidennya, kita dah tak mempercayai timbalan presidennya, kita tak yakin dengan setiausahanya, dah hilang penghormatan pada ketua Penerangan, dah tak tahan perangai Ketua Dewan Ulamaknya, dah berbulu dengan Ketua Pemudanya...organisasi tertinggi parti dah hancur, kita dah tak percaya.Kalau aku lah ada sikap sedemikian, sah aku dah cabut, aku tak tunggu lagi dah....tiada lagi Parti @ jemaah lagi dah kalau dah gitu....

Anonymous said...

Confirm TB lah petualang yg nak kucar kacirkan PAS. Agent PKR rupanyer.

Pengkianat PAS= TB

Anonymous said...

TB = pencacai najis PKR

Anonymous said...

TB bersama dgn HUSAM sememangnya ejen PKR aka ANWAR dalam PAS...

Dia kata HJ Hadi GILA KUASA... tp sebenarnya TB and ANWAR geng lah yang GILA KUASA utk dpt kerusi kat putrajaya tu.. selagi boleh takburkan fitnah, jatuhkan orang sana sini, menghinakan dan membuat propaganda...

Batang Berair said...

Speaker Terengganu itu mungkin islam 100%, maka dia bertindak adil dengan membenarkan usul tidak percaya. Jika betul-betul tiada sokongan majoriti biarlah dia dijatuhkan. Ini baru betul.

Kedua, mungkin kali ini Selangor macam Perak. Kerajaan Selangor bakal tumbang dengan ADUN-ADUN PR jadi bebas dan sokong BN.

Itulah kesudahan jika terlalu sibuk nak kontrol rakyat dengan idea agama tertentu. Jika ada orang yang melakukan sesuatu yang bercanggah dengan agama tertentu biarkanlah si pesalah itu menjawab sendiri selepas ajal.

Sudahlah Tulang Besi, PR sudah musnah dengan masalah dalaman sendiri. Zaid Ibrahim sudah diketepikan oleh Anwar. Di Sabah and Sarawak PKR sudah berpecah. Dalam PAS pun lawan sesama sendiri. Cuma DAP sekarang senyap sedikit. Tapi DAP dan PAS memang tak boleh duduk semeja. Jika Anwar kena penjara lagi pasal sodomy, tiada orang tengah lagi nak kekalkan hubungan baik PAS dan DAP. Last-last PAS join UMNO jugak. Itu isu yang pro-UG fikirkan. Yang TGNZ itu memang percaya kelentong Anwar. Dia dah tua dan mungkin tidak sempat nak buat apa lagi.

Tinta Hitam said...

TB

Lompatan ADUN Port Kelang tu dah dijangkakan.Baguslah dia pergi.Beliau adalah seorang pemalas,Bila dia mengumumkan keluar dari PKR tu pun nampak mcm org baru bangun dari tidur.Kita rugi satu kerusi tetapi ianya dapt membersihkan imej PR dimata rakyat.Ianya dibaratkan spt UMNO telah mengambil sampah yan gkita dah buang waluapun beliau belum masuk UMNO lagi

Yang saudara sebut sebagai "mangkuk UMNO" tu biasanya adalah agen UMNO.Banyak lagi mangkok mangkok spt itu didalam PAS.Kerja mereka ialah memporakperandakan PAS dengan menimbulkan persoalan persoalan yang bukannya masalah.

Sebab UMNO tahu bukan semua orang orang PAS berfikiran panjang dan menganalisa sesuatu isu dengan matang.Sebgai contohnya isu IRC ini.Tidak berapa lama dulu ada seorang kawan besikap mempersoalkan IRC atau JIM didalam PAS.Sebagai pengkhianat dan pemecah belah perpaduan PAS.Saya tanya dia soalan cepu emas "tlg terangkan apakah pengkhianatan JIM/IRC kepada PAS selama ini.Kalau dapat bagi tiga pun cukup.Tak perlu banyak banyak".Beliau terdiam dan terus tuakr cerita lain.Maknanya disini memang terdapat dikalangan org org PAS yagn bersikap semberono dan tak tahu apa yang mereka cakapkan.Mereka inilah dipergunakan oleh agen agen UMNO utk menimbulkan keresah dikalangan ahli PAS.

Bukan shj dikalangan ahli tetapi juga dikalangan pemimpin.Malahan ada diantara mereka yan gberkata darah org org IRC adalah halal ditumpahkan.Saya tak mahu sebut siapa org nya sebab hamba Allah berkenaan sekarang ini menjawat jawatan penting di peringkat pusat.lagipun peristiwa dah pun berlalu.Walaupun fitnah tersebut telah pun berlaku tetapi ianya tidak menjejaskan reputasi JIM dan ahli ahlinya

Isu isu sebegini eloklah kita sama sama mengambil pelajaran dari perkara ini sebab UMNO memang menunggu peluang untuk memusnahkan PAS.WALAUPUN PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

Biasa lah Abdullah Bin Ubai ni mmg dia semayang belakang nabi..

setakad berada bersama keluarga mujahid al Irc ni apalah sgt.

masuk PKR la TB
.

Abdullah bin Ubai tu bapak hang

Tulang Besi said...

Sudahlah Sahabat Kanan, berenti menegakkan benang basah.

Mujahid Yusuf Rawa tu keluarga aku dah kenal dia sejak dia kecil lagi.

Dia ni kitorang tahu lurus dan tak mungkin boleh terlibat dalam konspirasi yang kau tuduh tu.

Kau memang pembohong besar.

Tulang Besi said...


Astaghfirullah, kalau macam tu apasal dlm syariat ada sumpah mubahalah dan li'an?

pasal tak sebelah kau, kau kata begitu?
.

Liaan ni untuk orang kahwin je lah.

Tulang Besi said...

Bukan shj dikalangan ahli tetapi juga dikalangan pemimpin.Malahan ada diantara mereka yan gberkata darah org org IRC adalah halal ditumpahkan..

Isu IRC no ditimbulkan kerana hendak menghalang orang-orang yang bertangungjawab atas kemenangan PAS dari mengambil tampuk kekuasaan dalam PAS. Ianya tidak lain hanya isu untuk kempen pemilihan PAS. Tidak lebih dari itu.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Sudahlah Sahabat Kanan, berenti menegakkan benang basah.

Mujahid Yusuf Rawa tu keluarga aku dah kenal dia sejak dia kecil lagi.


Sapa yg tegak benang basah?

Sapa yg dipanggil mangkuk dalam artikel kau?

Soalnya, yg tegak benag basah tu kau, ajak bersumpah betul2 yg jelas, tanpa ada konar2, tak mau. takut.

Mcm aku kata, kau kenal masa kecik. Itu xpenting. Yg penting adalah testimoni kenapa dia tak ikut tanzim PAS di Mesir?Itu yg patut dijawab.

Dia ni kitorang tahu lurus dan tak mungkin boleh terlibat dalam konspirasi yang kau tuduh tu.

Kau memang pembohong besar.


Sebab luruslah yg dia boleh dimanipulasi dan terlibat dalam konspirasi.Org yg takut bai'ah, mmg senang hang control.

Berapa ramai org yg bai'ah yg disuruh buat kerja2 politik (bahasa kasarnya kerja kotor) kerana takutkan dimakan sumpah bai'ah?

Buat apa aku nak bohong?yg kau pulak kalau betul "bohong" apasal takut sgt?

Liaan ni untuk orang kahwin je lah.

Sumpah mubahalah utk org kawin ke?

Tu nabi suruh keristian najran dan yahudi bersumpah mintak bala tu utk org kawin je ke???

kan aku dah kata, kalau hg ckp mmg ada grand design IRC utk control PAS tapi ia utk maslahahah ummah kan mudah.Win-win situation. Buat apa hg bohong?Biaq pecah di perut ke?jgn pecah di mulut, hazdar punya pasal?

Anonymous said...

FUYOOOOO!!!

ramainya mangkuk dumbno kat sini.hari kat nagan pinang depa tak perasan aku kat sebelah depa kat bangi kopitiam PD.depa 2 meja penuh, blogger sang kelebai pun ada.

depa dok discuss pasal duit dan elaun dan ada yg tak buat hati pasal ada cybertroopers yg dapat lebih dan ada yg kurang,depa dok argue pasal method yg di gunakan untuk mengetahui sipa yg aktif dan tidak.

ada sorang tu kata, dia aktif jadi penyamar dan komen byk tempat di pro pas punya blog.

panjang sangat aku pun belah, masa tu dah almost 2 pagi.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Isu IRC no ditimbulkan kerana hendak menghalang orang-orang yang bertangungjawab atas kemenangan PAS dari mengambil tampuk kekuasaan dalam PAS. Ianya tidak lain hanya isu untuk kempen pemilihan PAS. Tidak lebih dari itu.

Bila dah menang, ada kuasa, baru timbul isu korang nak pegang kuasa.

Cuba PAS dalam keadaan longlai, ustaz2 kampungla yg bergolok bergadai mcm Hassan syukri yg sampai toilet Taman Melewar tu sumbat, tgn dia sendiri yg pegi seluk dalam najis.

Yg professional, yg elit ni timbul bila dah kuat. Mau geng2 dr kayangan ni seluk taik dalam jamban mcm ust hassan?

Anonymous said...

Lompatan ADUN Port Kelang tu dah dijangkakan.Baguslah dia pergi.Beliau adalah seorang pemalas,Bila dia mengumumkan keluar dari PKR tu pun nampak mcm org baru bangun dari tidur.Kita rugi satu kerusi tetapi ianya dapt membersihkan imej PR dimata rakyat.Ianya dibaratkan spt UMNO telah mengambil sampah yan gkita dah buang waluapun beliau belum masuk UMNO lagi

hilang kerusi dikatakan membersihkan imej????

imej PKR la yg kotor bila ADUN dia asyik melompat ja.

"sampah" tu PKR yg pilih dulu...buat penat petugas2 PAS memenangkan dia!!!!!!

Anonymous said...

Pembetulan....bukan pembersihan!

Yang akan terjadi adalah major exodus dari PKR.

Yang akan tinggal "bersih" cuma bateri AAA.

Tak percaya? tunggu 3 Nov selepas mula pembicaraan Anwar.

Memang banyak ahli PKR dah hilang confidence. And this is the beginning of the domino effect.

Betul cakap you TB. kita tinggalkan yang bersih sahaja. Hardcore PKR dulu semua dah keluar lama dah.

Dengar khabar banyak ADUN PKR dah mula sembang-sembang dengan UMNO nak jadi Bebas.

Dalam PAS pun dah jelas, mereka yang pro-Anwar telah ditolak dalam pemilihan yang lepas baru-baru ini. Nik Aziz cuba nak reverse the result dengan EGM tapi tak berjaya juga. Maka terus keluar meeting awal Rabu lalu...

Sudalah TB... nak kelentong apa lagi? Make you look like a fool.

From,
Cybertroopers "tak perlu dibayar / charity work for UMNO"

Tulang Besi said...

Dalam PAS pun dah jelas, mereka yang pro-Anwar telah ditolak dalam pemilihan yang lepas baru-baru ini. Nik Aziz cuba nak reverse the result dengan EGM tapi tak berjaya juga. Maka terus keluar meeting awal Rabu lalu...

Sudalah TB... nak kelentong apa lagi? Make you look like a fool.

From,
Cybertroopers "tak perlu dibayar / charity work for UMNO"
.

Cybertrooper dah dapat duit, lepas tu malu nak ngaku dapat duit.

Apa yang berlaku sekarang ni adalah pembersihan.

ADUN2 yang keluar dari PKR ni semua bermasaalah.

yang 3 sebelum ni sedang menunggu akhir perbicaraan

Yang ni keluar sebab sejak lama kita dah dengar dia akan berambus.

ORang2 yang problem ni kita kena tendang dari PKR, PAS dan DAP.

Suruh mereka semua masuk UMNO.

Tulang Besi said...

hilang kerusi dikatakan membersihkan imej????

imej PKR la yg kotor bila ADUN dia asyik melompat ja.

"sampah" tu PKR yg pilih dulu...buat penat petugas2 PAS memenangkan dia!!!!!!
.

Imej UMNO yang penuh dgn korupsi, qazaf, fitnah, pembohongan dsbnya.

Itu bersih sangat ke>

Tulang Besi said...

Hakikatnya, ADUN2 PR harus bersedia menghadapi percubaan beli oleh UMNO/BN seperti yang berlaku di Perak.

Tulang Besi said...



Sebab luruslah yg dia boleh dimanipulasi dan terlibat dalam konspirasi.Org yg takut bai'ah, mmg senang hang control.

Berapa ramai org yg bai'ah yg disuruh buat kerja2 politik (bahasa kasarnya kerja kotor) kerana takutkan dimakan sumpah bai'ah?

Buat apa aku nak bohong?yg kau pulak kalau betul "bohong" apasal takut sgt?
.

Dah manipulasi pulak, dulu kata dia agen, skrg dimanipulasi pula.

Mana satu yang betul ni?

Anonymous said...

Itu bersih sangat ke>

tak...tak bersih...PKR dah sama kotor dgn UMNO!

Anonymous said...

sahabat kanan,

Dah manipulasi pulak, dulu kata dia agen, skrg dimanipulasi pula.

Mana satu yang betul ni?


takde percanggahan pun..whats the problem with my statement?

Tinta Hitam said...

Anonymous quote......Bila dah menang, ada kuasa, baru timbul isu korang nak pegang kuasa.

Cuba PAS dalam keadaan longlai, ustaz2 kampungla yg bergolok bergadai mcm Hassan syukri yg sampai toilet Taman Melewar tu sumbat, tgn dia sendiri yg pegi seluk dalam najis.

Yg professional, yg elit ni timbul bila dah kuat. Mau geng2 dr kayangan ni seluk taik dalam jamban mcm ust hassan?............

Aku nak tanya kamu anonymous,Itu hassan Shukri,engko pulak apa yang engko buat selama ini?

Samada anonymous ni UMNO cybertrooper atau ahli PAS yang semberono/agent UMNO.Contoh yang baik ni.Untuk makluman golongan professional yang baru menerjunkan kedunia politik sebenarnya adalah pejuang Islam veteran yang menggunakan platform NGO NGO Islam sebelum ini.Mereka telah lama merasakan asam garam perjuangan Islam.Tak perlu lah mereka mendabik dada mereka kesana kemari menceritakan pegorbanan meeka kepada Islam

Golongan semberono ni jgn perasan sgt bahawa mereka shj yg berkorban utk Islam selama ini.Buanglah sifat dengki,ego dan semberono tu.Tiada siapa yg boleh mendabik dada merekalah pejuang Islam terbilang..

Tulang Besi said...

Yg kau marah sebab aku dedahkan perancangan IRC terhadap PAS.

Aku yakin yg aku benar dan haq seribu kuasa seribu kali, kau suruh sumpah aku boleh buat.tapi, kau tu aku suruh sumpah detail, tak sanggup2. Org yg kata
.
Kau yakin tapi kau takda bukti. So jelas kau pembohong. Aku marah kau fitnah beberapa pimpinan PAS yang takda kena mengena dgn konspirasi yang kau tuduh.
Kau sanggup bersumpah pulak tu. Padahal orang2 yang kau tuduh ni aku kenal dan diorang kenal aku sejak kecik lagi.
Kahkahkah kau dah masuk perangkap aku, SK pencacai UMNO.

Siap bersumpah lagi si SK ni. PANNGGGG!!! terdedah sumpah dia sumpah palsu laksana si SAiful Bukhari al Penipu

Tulang Besi said...

Siapala sangka cempedak dah jadi nangka yee, Sahabat Kanan.

Anonymous said...

Kau yakin tapi kau takda bukti. So jelas kau pembohong. Aku marah kau fitnah beberapa pimpinan PAS yang takda kena mengena dgn konspirasi yang kau tuduh.

Kau marah sebab rahsia korg dah dibaca dalam blog kau sendiri.

Bukti aku dah bg, sumber lisan aku dah bg, sumpah pun dah bg.

kau bg apa? Suruh sumpah detail,mmg takde pun lari terkencing.

Kau sanggup bersumpah pulak tu. Padahal orang2 yang kau tuduh ni aku kenal dan diorang kenal aku sejak kecik lagi.
Kahkahkah kau dah masuk perangkap aku, SK pencacai UMNO.


Mereka merancang, Allah merancang, tetapi Allah jualah sebaik perancang.

Ya, aku sanggup sebab aku confident. Org cerita psl jamaah dia masuk, dia cerita mamat tu masa kecik mcm mana, mak bapak dia mcm mana.

Semua dgn izin Allah, kalau itu perangkap, Allah akan balikkan semula kepada mereka yg berniat jahat itu.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Siap bersumpah lagi si SK ni. PANNGGGG!!! terdedah sumpah dia sumpah palsu laksana si SAiful Bukhari al Penipu

Cerita la kat sini apa akibatnya sumpah tipu?Itu kriteria sumpah palsu bukan?

Yg takut dan lari dr bersumpah detail tu mcm mana ya? Org dah tahu kau tu batil dan aku yg haq.

10,000 kuasa 10,000 pun aku nak bersumpah psl IRC ni nak conquer PAS pun aku sanggup.

Siapala sangka cempedak dah jadi nangka yee, Sahabat Kanan.

Yg aku nampak, rasa,err..apa lg nak tambah ya.. cempedak masih lg cempedak. tak tau la si tulang besi dah kena bala, bila nampak cempedak jd nangka.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Aku nak tanya kamu anonymous,Itu hassan Shukri,engko pulak apa yang engko buat selama ini?

Bukan aku nak rampas kuasa, so buat apa tanya apa yg aku buat.

Tu pegi tanya puak2 iRC dalam PAS. Jgn lupa tanya si Tulang besi psl pembabitan Wahab Ismail org IRC dlm PAS atur pertemuan "fraksi UMNO" dgn UMNO.pastu, geng2 IRC yg lain pulak bangkit geng2 Haji hadi khianat pi jumpa UMNO.Sendiri bikin masalah sendiri konon nak jadi penyelesai.

Untuk makluman golongan professional yang baru menerjunkan kedunia politik sebenarnya adalah pejuang Islam veteran yang menggunakan platform NGO NGO Islam sebelum ini.Mereka telah lama merasakan asam garam perjuangan Islam.Tak perlu lah mereka mendabik dada mereka kesana kemari menceritakan pegorbanan meeka kepada Islam

Asam garam berkonspirasi, grand design, buat Harakah Islamiyah Syumuliyyah yakni buat jamaah dalam jamaah utk control PAS, ABIM, even UMNO.

Nak cerita mcm mana, sebab ini dah masuk bab hadzar dalam "perjuangan" mereka.

kau pun bai'ah dgn IRC jugak tinta hitam?

Tinta Hitam said...

Anonymous,

Aku pencinta Islam.Aku juga sayang kepada semua pejuang Islam tak kira dari pertubuhan mana mereka(UMNO tak termasuk).Mereka semua menyumbang kepada Islam.

Cuma kamu la aku nak tanya .berapa dapat elaun bulan ni..kahkahkahkah

Anonymous said...

Kenapa Yang Berbogel Eli Wong tak dibersihkan juga? Dapat bercuti pulak tu.

Tak ape, PKR akan dibersihkan termasuk penyokong2.
Which makes me wonder, have anyone heard of grassroot members of PKR? They don't exist other than AAA

Anonymous said...

Eli wong tu kan bakal tunang TB

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Cuma kamu la aku nak tanya .berapa dapat elaun bulan ni..kahkahkahkah

Wallahi,sesen pun termasuklah dalam bentuk brg tak pernah aku dapat dan mintak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.