Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, October 27, 2009

"Saya Sudah Tua Untuk Didalangi" -Tok Guru Nik Aziz

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini menafikan percubaan mereka-mereka yang cuba untuk menyebark fitnah kononnya ada pihak ketiga yang menghasut Tok Guru. Antara kenyataan-kenyataan yang boleh dibaca adalah dari PAS Terengganu (PAS Terengganu Dakwa Ada Pihak Ketiga)ataupun dari Utusan Malaysia (Kumpulan liberal gunakan Nik Aziz?. Ini semua kerja fitnah yang dilakukan oleh UMNO dan Fraksi UMNO dalam PAS.

Saya sudah tua untuk didalangi — Nik Aziz
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Okt 25 — “Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.

Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.

Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.

Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.

“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.


6 comments:

Anonymous said...

yalah..geng kambing yg pakai serban di Ganu tu mulai restless..pasai tu,President ciakap,nak adakan meeeting saja..geng UG nak cover up..

Anonymous said...

Dlm meeting ini,UMNO akan supply supply goreng pisang,dan mineral water khas yg didoa oleh guruji kerala..end of the meeting,satu press statement akan diberi..semua ok..semua selesai..segala tindakan disiplin akan diambil pd tahun 2013..wokeh?

Anonymous said...

kalau dah tua...berentilah wahai tokguru!

ikut cakap ust azizan...dia kata dia dah tua..tak teringin nak memimpin diperingkat pusat.

dia baru 65 dah kata tua...yang tokguru dah 76 lagi la tua...kena beringat sikit tokguru....sebab tokguru dah banyak yang lupa daripada ingat.

Tulang Besi said...


Anonymous Anonymous said...

kalau dah tua...berentilah wahai tokguru!

ikut cakap ust azizan...dia kata dia dah tua..tak teringin nak memimpin diperingkat pusat.

dia baru 65 dah kata tua...yang tokguru dah 76 lagi la tua...kena beringat sikit tokguru....sebab tokguru dah banyak yang lupa daripada ingat.
.

Aikk orang tua pun korang takut ke?

Anonymous said...

TB,
Inilah cara,kaedah dan jenis kerja yang dibuat oleh Geng Trengganu ni.Kalau dah terdesak,tak dapat nak jawab,tak boleh nak elak,dah kena batang hidung tepat - mulalah buka cerita salahkan orang lain - Annuarlah,Husamlkah,Annuar Bakrilah,Lim Eng Guanlah,Lim Kit Sianglah - semua dipalitkan,ikut suka lidah dan jari nmereka sahaja.Itulah sebabnya Geng ini sekadar mampu menguasai Trengganu cuma satu penggal saja.Maka lari bertempiaranlah mereka lalu berkampung diIbu Pejabat PAS - untuk meneruskan rancangan dan kehidupan.
Untuk jawapan kepada Anon 11,25am,TGNA tua-tua pun berisi bukan macam Geng Trengganu,tua-tua gatal menjadi-jadi.dah tak laku dinegeri sendiri.

Anonymous said...

wah hoi!!pariah malayali Kutty Mahataik cakap Tok guru should step down..aah..confirm..bontot United Murderors semkain hot ..verdict forensic Teoh dibunuh..auditor general forensik accounting report negeri2 Pakatan semua ok ok belaka..federal gomen,UMNO states pulak maksimum f*k up..and now,Tok Guru Nik Aziz's thunder bolt..cemaslah puak UG n United Murderors!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.