Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 1, 2009

Sultan Selangor Tidak Mengiktiraf Dato Hasan?

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa-apa kenyataan umum berkaitan dengan perlaksaanan dan adminstrasi ISlam di Selangor hanya boleh dibuat melalui MAIS. Katanya lagi, di Selangor hanya lima badan kerajaan yang mempunyai kuasa ke atas perjalanan hal-ehwal agama yakni Tuanku Sultan, MAIS, JAIS, Mahkamah Syariah dan pejabat Mufti.

Yang menghairankan nama exco agama tidak langsung disebut dalam senarai mereka yang diiktiraf menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor. Juga, ia bermakna Dato' Hasan Ali sudah hilang hak beliau untuk membuat kenyataan berkaitan dengan perjalanan agama Islam di Selangor.

Dato Hasan selama ini sentiasa memberitahu bahawa beliau amat disukai oleh Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan amat rapat hubungannya dengan Dato Hasan.

Malahan, semalam, sewaktu saya bercakap dengan salah seorang kepimpinan pemuda di Selangor pun perkara yang sama ditekankan kembali kepada saya. Pemimpin pemuda tersebut berkata bahawa hubungan Dato Hasan dengan Tuanku Sultan amat rapat dan erat sekali.

Beliau menyanggah kata-kata saya bahawa Tuanku Sultan tidak pernah suka dan tidak pernah terfikir untuk melantik Dato Hasan sebagai Menteri Besar.

Raja Perta Kamaruddin, seorang kerabat yang hampir dengan Sultan Selangor dengan jelas memberitahu bahawa tiada harapan Tuanku Sultan Selangor mahu melantik Dato Hasan Ali sebagai MB dan menasihatkan Dato Hasan supaya jangan perasan.

Walaupun ada pendapat Raja Petra saya tak setuju dan saya sanggah. MAlahan sewaktu beliau ditahan ISA baru2 ini, pegawai2 penyoal beliau yang dah habis modal terpaksa printout dari blog saya yang satu lagi (antiantihadeeth.blogspot.com) untuk mencari modal membantai Raja Petra Kamaruddin. (Saya tak redha pegawai2 penyiasat tu guna material dari blog saya dan saya tak halalkan)

Tapi, dalam perkara-perkara macam ni, saya percaya Raja Petra 100%. Dan Raja Petra tahu bahawa Tuanku Sultan Selangor ni TAK PERNAH suka dengan Dato Hasan Ali. Hanya Dato Hasan Ali sahaja yang perasan macam tu. Nah, sekarang ni terbukti.

Pergi tanya mana-mana AJK PAS Pusat, bila mesyuarat sikit2 "Tuanku hendak", sikit2 "ini kehendak Tuanku". Pendek kata kat Selangor ni, semuanya "Tuanku, Tuanku, Tuanku". Sekarang Dato Hasan kena "tungku".

Dato Hasan Guna Alasan Kehendak Istana di Dalam Isu Kuil S23

Di dalam isu ini, Dato Hasan telah berkata dalam mesyuarat exco bahawa beliau menentang pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Alasan yang digunakan oleh Dato Hasan Ali adalah ianya atas kehendak dan kemahuan Tuanku Sultan Selangor.

Walaupun pada hakikatnya, tidak mungkin Tuanku Sultan Selangor menitahkan sedemikian kepada Dato Hasan Ali kerana ianya seharusnya dititahkan kepada Menteri Besar Selangor. Kalau benar itu kehendak Ke Bawah Duli, nescaya Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan demikian kepada Menteri Besar sendiri dan bukannya kepada Dato Hasan Ali.

Hasilnya, sepanjang isu ini berlaku, Dato Hasan Ali senyap sunyi dan tidak langsung mahu membantu Khalid Samad walaupun selepas Khalid Samad diberikan ugutan bunuh oleh beberapa ahli UMNO yang tidak siuman itu.

Namun akhirnya, kita lihat sendiri, segala "pengorbanan" (ataupun perasan sahaja kot?) kepada Ke Bawah Duli telah dibalas dengan arahan bahawa beliau TIDAK DIIKTIRAF sebagai orang yang boleh membuat kenyataan berkaitan dengan administrasi agama di Selangor.

Dengan kata lain, Dato Hasan cuma bertaraf "pekerja" sahaja dan bukannya pemimpin dalam isu berkaitan dengan administrasi agama di Selangor.

Segala usaha Dato Hasan mempertahankan "kehendak" ke Bawah Duli dan juga membela pegawai2 kerajaan di Selangor telah dibalas dengan "cash" dengan arahan tidak-pengiktirafan DAto Hasan sebagai orang yang layak untuk membuat kenyataan di Selangor.

Eloklah Dato Hasan pertahan pegawai2 kerajaan yang UMNO sebelum ni. Nampaknya, dalam hal berkaitan dengan agama, taraf Dato Hasan di bawah Pengerusi MAIS, yakni seorang pegawai kerajaan.

Hai la Dato Hasan Ali. Agaknya dalam hati dia kata "Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari".

Orang yang dulu taat dengan Dato Hasan Ali seperti Khalid Samad dan Saari Sungip dibuang macam sampah. Semuanya demi untuk memastikan pentadbiran Selangor ini selaras dengan kehendak Melayu dan selaras dengan kehendak Ke Bawah Duli.

Nampaknya Tuanku Sultan Selangor tak pandang pun pengorbanan pacal yang hina bernama DAto Hasan Ali.

Teringat saya nasihat arwah nenek saya dulu. Nenek saya kata "Man, kita hidup ni, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". NAsihat yang sangat-sangat saya suka dan insaf.

Wala' punya wala' pada Sultan, langsung Dato Hasan Ali ke "bala".

Hai la, "wala'" dah jadi "bala'".


Mais spell out who can speak on Islam in Selangor PDF Print
Posted by admin
Tuesday, 29 September 2009 21:26

(Bernama) - The Selangor Islamic Religious Council (Mais) has drawn up guidelines on issuing public statements through the media on Islamic matters in the state.

Mais chairman Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa said all public statements related to issues involving religious administration in the state and all directives to religious officers and mosque officials could only be issued by the Mais chairman, Mais secretary or the director of the state Islamic Religious Affairs Department (Jais).

“Any other person wishing to issue such a statement must first get the approval of the Mais chairman,” he added in a statement issued here today.

Mohamad Adzib said the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah had given his consent to the guidelines which were applicable in the state.

He said there were five religious authorities with jurisdiction over Islamic religious administration in the state, namely the Sultan, Mais, state Mufti’s Department, the Syariah courts and Jais.

35 comments:

Anonymous said...

cayalah bro..memang padan muka Hassan Ali..heheheheh

Anonymous said...

bila masa plak Khalid samad dan Saari Sungip jadi pengikut yg patuh kpd hasan ali???

Satay Hulu Selangor said...

Sultan pun dah fedup dengan perangai si Hassan ni. Sengaja melaga-laga kan masyarakat dengan isu beer.

Anonymous said...

Ha Ha Ha So funny. This fella Hasan Ali must be a real moron. Bark here, bark there like mad dog along Petaling Street. Whats even funnier, his bosses in PAS just make dunno - maybe better to let this moron dig his own grave rather than risk doing a pecat on him.

Anonymous said...

bodo ke ape TB ni???
sepatutnya kita bersedih bila MAIS nak kuasai hal agama di Sngor sedangkan Dr Hasan ali adalah EXCO agama yg dilantik drp PAS.
Ini tidak, kita plak tumpang sorak bila Pengerusi MAIS yg pro UMNO tu nak kontrol hal agama di Selangor.

Anonymous said...

Ya ... mari kita sokong UBN..hidup Dato' Khir Toyo..Hidup Dato Khir Toyo..

Ko memang bagus la TB, aku pun dah jadi penyokong UBN dah sekarang ni, ko simpul sana simpul sini memang UBN jugak yang hebat...aku nak kutuk Dr. Hasan pun tak leh sebb Pas Selangor dan Pas Pusat pun backing Dr. Hasan..maknanya tindakan Dr. Hasan boleh dikatakan sebagai tindakan PAS...so kalo ikut logik kau PAS ni memang buruk .. so baik sokong UBN je..

Emm sebagai info utk ko je..sejak PAS perintah K'tan (1990) ko ingat PAS kamcing dan boleh handle ke geng2 MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan)..Malas aku nak detail panjang..tapi kalo benda ni pun ko tak tahu (atau buat2 tak tahu dan pelekeh Dr. Hasan) memang sah ko org UBN..

Apapun aku tolong ko kempen UBN ye..Hidup Tan Sri Isa utk Bagan Pinang!

Tulang Besi said...



Emm sebagai info utk ko je..sejak PAS perintah K'tan (1990) ko ingat PAS kamcing dan boleh handle ke geng2 MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan)..Malas aku nak detail panjang..tapi kalo benda ni pun ko tak tahu (atau buat2 tak tahu dan pelekeh Dr. Hasan) memang sah ko org UBN..

Apapun aku tolong ko kempen UBN ye..Hidup Tan Sri Isa utk Bagan Pinang!
.

Apa kau ngarut ni. Dato Hasan ni Fraksi UMNO. Dia nak bawak PAS join dgn UMNO.

Aku tentang Dato Hasan mcm aku tentang UMNO juge.

Apala kau ni, apasal slow sangat.

Tu la kecik2 makan mempedal banyak sangat, sebab tu benak

Anonymous said...

Ha ha awat yang riled up nih!!! Kalo ko nak tahu inilah PAS yang aku kenal dari dulu sampai sekarang..begaduh tak abis..mentang2 la semua org intelek..sana idealist sini idealist..dulu zaman nabi ade gak..sebab tu jadi perang sifin, perang jamal..pastu yang besar skali puak Syiah..yang mati pun ramai...

Aku tak perlu guna otak..tulisan ko ni mcm Billboard kat tepi jalan..org tengok skali org akan buat konklusi.. Pada aku skali aku pandang tulisan2 ko ni hanya satu saja yang aku nampak "PAS BURUK"..takyah otak otak nye..aku (dan aku percaya ramai lagi) glance camtu je, mana nak dibaca detailnya..

lagipun bila dah masuk ke tempat mengundi, bukan dia kira ko cerdik ke idak..yang bebal yang bodo pun ngundi sama.. Takde maknanya nak kata org bebal..kalu seme bebal ko sorang cerdik..masa ngundi kami gak yang menang..dok lak ko sorang2 terpekik terlolong mengata org bodo..

Sebab tu apa-apahal Billboard kena cantik, Diplomasi kena ada..PR kena bagusssss..

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

hakikatnya, Sultan tak suka sapa pun dari PR, sekarang ni. Ini terbukti apabila Sultan menolak mentah2 cadangan Khalid Ibrahim nak mentekedarah duit zakat. jadi, bukan saja Hassan Ali, tapi seluruh kerajaan PR. jadi, jangan perasanla Sultan suka.

Tapi, aku tak berkenan dgn cara Tulang besi tegak benang basah:

Raja Perta Kamaruddin, seorang kerabat yang hampir dengan Sultan Selangor dengan jelas memberitahu bahawa tiada harapan Tuanku Sultan Selangor mahu melantik Dato Hasan Ali sebagai MB dan menasihatkan Dato Hasan supaya jangan perasan.

Hampir ye..sampai terbirit lari ke oversea, bila masa dia boleh dapat cungkil maklumat2 macam ni. Kalau aku sultan, sorry la aku nk bgtau apa2, nanti kang tak pasai2 keluar dlm blog...cerita takde pun boleh ada, inikan pulak..cerita hassan ali

Walaupun ada pendapat Raja Petra saya tak setuju dan saya sanggah. MAlahan sewaktu beliau ditahan ISA baru2 ini, pegawai2 penyoal beliau yang dah habis modal terpaksa printout dari blog saya yang satu lagi antiantihadeeth.blogspot.com) untuk mencari modal membantai Raja Petra Kamaruddin. (Saya tak redha pegawai2 penyiasat tu guna material dari blog saya dan saya tak halalkan).

Org tu guna material hang utk lawan org anti hadith..utk selamatkan akidah ummah dan bawa balik RPK ke jalan hidayah. Yg kau tulis tu hak Allah utk jaga agamanya, siapa kau utk halalkan? kau ingt imam2 hadith tu halalkan ke kau ambil syarah diorg pastu jadi kemut utk jaga ummat?

tak malu..


Tapi, dalam perkara-perkara macam ni, saya percaya Raja Petra 100%. Dan Raja Petra tahu bahawa Tuanku Sultan Selangor ni TAK PERNAH suka dengan Dato Hasan Ali. Hanya Dato Hasan Ali sahaja yang perasan macam tu. Nah, sekarang ni terbukti.

Kau ni konon saja anti anti hadith, tapi bab rawi fail. Si penipu, pembohong, pendusta dalam ugama, pengadu domba, anti hadith, tak ikut ugama, ini yg kau ambik jalan cerita.

Apa lah Tulang Besi...tulang karat adalah

Anonymous said...


Kau ni konon saja anti anti hadith, tapi bab rawi fail. Si penipu, pembohong, pendusta dalam ugama, pengadu domba, anti hadith, tak ikut ugama, ini yg kau ambik jalan cerita.

Apa lah Tulang Besi...tulang karat adalah
.

Woii bahlol, ni bukan meriwaytkan hadeeth la. Ni benda duniawi.

Kau tau beza ke tidak?

Anoinimuz said...

Whats even funnier, his bosses in PAS just make dunno

msalah ngan Hasan Ali ini...dalam kem sendiri(PAS) punya lah macam singa...cakap berdegar-degar...(korg tgk die brucap, cair taik telinga lu) tapi dlm meeting ngan member PR, senyap, sopan, menikus dan lain-lain...pastu buat statement kt luar sbb tak stuju....samdol btul...

Anonymous said...

Berjaya SB TB memperkotakatik minda ahli2 PAS.
Sangkakan ahli PAS dah cukup matang sebab sebuah parti yang dah lama berjuang. Rupanya sebahgiannya mindanya masih takuk zaman 50an lagi.
Sebahgian ahli PAS sedang berjuang menentang musuh di Bagan Pinang. Sebahgian lagi terpesona dengan layanan seorang SB.
Sia-sia belajor fikh awlawiyat.. alih2 SB yang dilayan.

selangorian said...

sack the UMNO trojan Hassan Ali for good.

Either you want selangorian to reject PAS (retain Hasan) or support PAS (sack Hasan).

We support PAS but not Hasan.

Tulang Besi said...


Anonymous Anonymous said...

Berjaya SB TB memperkotakatik minda ahli2 PAS.
Sangkakan ahli PAS dah cukup matang sebab sebuah parti yang dah lama berjuang. Rupanya sebahgiannya mindanya masih takuk zaman 50an lagi.
.

Wow!! skrg tuduh saya SB pula. Kalau saya SB mestilah saya sokong PAS join dgn UMNO

joseph said...

sultan...that's a different story altogether.

birds of the same feather flock together. perak, selangor , pahang..semua sama shaja.

Tinta Hitam said...

TB

Pasal Hassan Ali ni saya tak mahu komen sgt lah.Mungkin andaian saudara betul.Cuma nak komen sikit pasal Tuanku Tuanku ni.

Sejak akhir akhir ni Raja Raja Melayu semakin jelas pendirian merek bukan lagi diatas politik tetapi didalam politik.DYMM Sultan Pahang baru baru ni jelas mengeluarkan kenyataan sokongannya kepada UMNO dan BN.

Apo nak dikato..Kita penykong PR ni agakny bukan rakyat Tuanku agaknya.Mungkin nak jadi rakyat Tuanku Tuanku ni kena isi borang UMNO dan sokong UMNO agaknya..

Anonymous said...

Wow!! skrg tuduh saya SB pula. Kalau saya SB mestilah saya sokong PAS join dgn UMNO
sah SB...kononnya nak tunjuk yg dia PAS tulen..supaya mudah menyerap masuk..dan pecahkan PAS dari dalam.

Anonymous said...

Kind of strange.
Since Hassan's party can't and won't discipline him, many must be thankful for Tuanku to assert what is constitutionally the right and jurisdiction of the crown over things that YB does not have jurisdiction.

Hassan should focus on promoting good governance. Leave beers alone. It is the least of our problems.

- wira

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Woii bahlol, ni bukan meriwaytkan hadeeth la. Ni benda duniawi.

Kau tau beza ke tidak?


Kalau penipu tu,bukan pasal cerita ugama saja tak boleh pakai, tapi apa2 cerita pun tak boleh pakai.

Kalau dgn Nabi dan Tuhan pun dia boleh temberang, nak pakai source mamat ni lagi?

Bius operation kau tak habis lagi ke tulang besi?Ke sakit tu dah melarat sampai ke otak?Kah kah kah kah...

Anonymous said...

The kind of politics practised by HASSAN was used by BN/uMNO in the 80s.Can somebody pls tell him this tactic doesnt work anymore?

Anonymous said...

Pagi tadi ana pergi keBandar Baru Springhill,Port Dickson untuk melawat saudara yang bertugas diPRK Bagan Pinang datang dari Perak.Kebetulan Markas Perak sederet dengan Markas Selangor.Ana heiran melihat Markas Selangor yang dipenuhi dengan banner gambar Presiden dengan Hassan Ali hingga diletakkan paras atap rumah tu.Gambar Presiden PAS tu biasalah.Melihat suasana tu seolah-olah Hassan Ali yang akan bertanding diBagan Pinang.Petugas dari Selangor,kalau nak ampu PJ pun janganlah keterlaluan.Calun diBagan Pinang PJ Negori bukan PJ Selangor.

Anonymous said...

Diorang skrg desperate. Puak2 tu tahu, auta Hasan Ali ni sikit lagi, semua orang tahu.

jadi skrg ni tgh kempen kuat lah, nak naikkan imej dia.

Tapi, inshaalah, orang akan tahu kebenarannya.

Anonymous said...


Kalau penipu tu,bukan pasal cerita ugama saja tak boleh pakai, tapi apa2 cerita pun tak boleh pakai.

Kalau dgn Nabi dan Tuhan pun dia boleh temberang, nak pakai source mamat ni lagi?

Bius operation kau tak habis lagi ke tulang besi?Ke sakit tu dah melarat sampai ke otak?Kah kah kah kah...
.

WOIII Bahlol. Orang percaya ckp dia sebab selama ni benda yang dia dedah semua betul.

Bukan mcm kau, mangkuk hayun. Benda2 kau cakap setakat ni SEMUAAA AUTA.

Adaka kau cakap ada gangster hindu kat Seksyen 19 tu.

Aku tinggal Seksyen 18 3 tahun tak pernah dengar pasal gangster.

Memang dasar UMNO penipu. Kalau tak tipu tak sah.

Anonymous said...

Sultan Hard Rock Cafe dan Planet Hollywood yang kaki tunggang whisky tu? Dia lebih tak layak lagi.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Orang percaya ckp dia sebab selama ni benda yang dia dedah semua betul.

Boleh percaya ke semua? Anwar nak kena bunuh la, 16 sept la...boleh percaya ke?

Dah le tu..Islam Liberal pulak..org mcm ni ke yg kau thiqah??? kah kah kah kah.

Bukan mcm kau, mangkuk hayun. Benda2 kau cakap setakat ni SEMUAAA AUTA.

Ada aku auta...tu Abu urwah, saari sungib tu Amir IRC kat UK..tu ada aku auta?

Ada aku auta pasal Rahim Ghouse korang hantar masuk UMNO suruh dok keliling Anwar sebelum Anwar kena pecat?

Ada aku auta yg Rahim Ghouse dgn bantuan geng2 IRC kat UPM seleudup dia lari ke Indonesia?

Sudahlah tulang besi..kalau dah jadi agen IRC dlm PAS lwn PAS tarbiyyah asal..tension korg kat Haji hadi pasal tak masuk IRC dr zaman dia balik tu abih2 lagi ek???

Anonymous said...



Boleh percaya ke semua? Anwar nak kena bunuh la, 16 sept la...boleh percaya ke?

Dah le tu..Islam Liberal pulak..org mcm ni ke yg kau thiqah??? kah kah kah kah.
.

Boleh. Bukan Anwar dulu kena racun arsenik ke?

Sept 16 tu pun betul cuma berjaya digagalkan oleh UMNO.

Apa benda yang dia cakap tak betul ni?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Bukan Anwar dulu kena racun arsenik ke?

Bg aku report yang dia kena arsenik. Konon org inject dia dgn virus HIV la apa la, mana ada. Semua ni dr Free Anwar Campaign kelolaan RPK, temberang saja lebih.

Sept 16 tu pun betul cuma berjaya digagalkan oleh UMNO.

Kah kah kah...we got the number..we got the number... bgtau la sampai nak tubik tu..sampai sekarang..yes he got a number..but zero...

kena tipu lagi Tulang Besi..kah kah kah..

Anonymous said...



Bg aku report yang dia kena arsenik. Konon org inject dia dgn virus HIV la apa la, mana ada. Semua ni dr Free Anwar Campaign kelolaan RPK, temberang saja lebih.
.

Ada report dari Gerbel Pathology, tapi korang tak iktiraf report tu.

Tapi takda syak memang Anwar kena Arsenik sebab report jabatan kimia pun tunjuk kandungan Arsenik masih tinggi dari biasa.

Tulang Besi said...


Kah kah kah...we got the number..we got the number... bgtau la sampai nak tubik tu..sampai sekarang..yes he got a number..but zero...

kena tipu lagi Tulang Besi..kah kah kah..
.

we got the number sebelum digagalkan oleh UMNO

Anonymous said...

Sahabat kanan,

we got the number sebelum digagalkan oleh UMNO

So, tell me what's the number??

ke operation tu bg kau sakit otak sampai tak boleh mengira..kah kah kah kah kah...

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Ada report dari Gerbel Pathology, tapi korang tak iktiraf report tu.

Tapi takda syak memang Anwar kena Arsenik sebab report jabatan kimia pun tunjuk kandungan Arsenik masih tinggi dari biasa.


tell me what is the content of arsenic in Anwar's blood??? Gerbel pathology?

Are they accredited? How they get anwar's blood? Can it be used as evidence. since only Hopsitals such as HUKUM, UH and a few can scrutiny the evidence?

Anonymous said...

kalau tanya tulang besi, apa jawatan dia dlm PAS. Dia akan sebut dia pegawai khas Dato Hasan Ali.

Anonymous said...

Hasan Ali memang suka membodek Sultan. Sebab perasan sifir di Perak akan berlaku di selangor. Maknanya Sultan akan lantik di jadi MB. Adusss, perasannya motivator ni. Tak baik perasan. Akhirnya sekarang ni, satu kuasa pun tak ada.

Haaa, dah balun rakan-rakan Pakatan teruk-teruk, dah balun Khalid dan Dr dzul teruk-teruk, sekarang ni tengok. Macamana nak lawan Istana kalau tak ada support dari rakan-rakan Pakatan dan rakan-rakan PAS. Mula lah jilat ludah sendiri. tak malu.

Hasan Ali, sedarlah diri sikit. Mana khairudin, geng keliling ko, pegawai kerajaan, DO, dan uMNO di dalam isu agama ni. Mana diorang, tak backing ko. Alih-alih MB Khalid Ibrahim jugak backing ko. Tak malunya.

Itulah penghinaan yang paling hina yang berlaku kepada PAS selangor dan Hasan ali yang dilakukan oleh MAIS (baca: Pegawai kerajaan yang menjadi Agen UMNO). Ada portfolio agama tetapi tidak ada kuasa. Mana ko nak letak muka ko.

Tulang Besi said...

October 2, 2009 3:11 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

kalau tanya tulang besi, apa jawatan dia dlm PAS. Dia akan sebut dia pegawai khas Dato Hasan Ali.
.

Aikk takut kebenaran ke?

LA said...

TB wrote:
Wow!! skrg tuduh saya SB pula. Kalau saya SB mestilah saya sokong PAS join dgn UMNO

Kalau TB ni SB kemudian sokong PAS masuk UMNO, nampaknya dia SB paling bodoh pernah berkhidmat, tapi aku rasa TB ni xla bodoh sangat, tapi tetap bodoh la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.