Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 11, 2009

91% Menyokong Pegawai JAIS di SELCAT kan


Kehendak melihat Pegawai JAIS di hadapkan ke prosiding SELCAT adalah amat menyeluruh sekali

Keputusan poll Malaysiawaves ini menampakkan niat dan kemahuan yang jelas dari rakyat Selangor yang mahukan Pegawai JAIS dihadapkan ke prosiding Awam atas tindakan beliau menangkap pendakwah bebas, Dr Asri Zainul Abidin tempohari.

Rakyat Selangor khasnya mahu mengetahui mengapa tindakan tersebut dibuat dan apa motif sebenar penangkapan Dr Asri, yang juga bekas Mufti Perlis.

Semalam, usul tergempar membincangkan penangkapan Dr Asri telah ditolak Speaker DUN Selangor. Oleh sebab itu, Malaysiawaves bagi pihak pembaca kami menyeru ADUN2 PR yang sedang bersidang supaya mengusulkan Pengarah JAIS dihadapkan ke SELCAT atas tindakan JAIS menangkap Dato Asri Zainal Abidin.

Rakyat Selangor seluruhnya mempunyai hak untuk mengetahui apa motif JAIS. Lebih-lebih lagi, gaji Pengarah JAIS dibayar oleh rakyat Selangor. Malahan, orang-orang bukan Islam juga mahu tahu kenapa pendakwah Islam boleh dimalukan dengan sedemikian rupa.

Tulang Besi bagi pihak pembaca Malaysiawaves

ps Saya pelik juga, ada 4 orang pembaca mengundi tidak berkecuali.

16 comments:

zakwan said...

U know,TB
4 a more legit recommendation 2 send these JAIS officers 2 SELCAT, maybe u should collaborate wit Merdeka Center n 2gether conduct a statewide survey 2 get the rakyat's opinion on the matter

Just a suggestion

Grand Marquis said...

Ha ha. Lucunya. Bila kuasa sudah tak de di tangan, jadilah kita ni melukut di tepi gantang.

Tidakkah kita semua lihat, seorang Speaker bukan Islam menentu hala tuju umat Islam. Amat memalukan.

Kalau selcat pun, pegawai JAIS akan dihadapkan kepada si non-Muslim Teng jugak sebab diakan pengerusi Selcat. Bayangkan mana nak letak maruah umat Islam bila pegawai agama kita discrew oleh orang bukan Islam.

Saya membantah keras tindakkan pengangkapa Dr. Asri oleh JAIS, walaupun begitu, saya tak sanggup melihat maruah orang Islam ditentukan oleh orang bukan Islam.

Adakah ini negara Islam yang diperjuangkan selama ini?

Anonymous said...

the 300+ voters are all from Selangor?

Huhu

Tulang Besi said...


Tidakkah kita semua lihat, seorang Speaker bukan Islam menentu hala tuju umat Islam. Amat memalukan.

Kalau selcat pun, pegawai JAIS akan dihadapkan kepada si non-Muslim Teng jugak sebab diakan pengerusi Selcat. Bayangkan mana nak letak maruah umat Islam bila pegawai agama kita discrew oleh orang bukan Islam.
.

Takutnya UMNO bila orang dia hendak di SELCAT kan.

Huhuhuhuhu

Grand Marquis said...

Takut apa. Saya tak de kena mengena dengan UMNO mahupun JAIS. Tapi sebagai seorang Islam, saya malu melihat nasib orang kita, terutama pegawai agama dibiarkan pada tangan orang kafir.

Kalau mereka salah, biarlah mereka di adili oleh orang Islam sendiri.

Kepada TB, cuba berhenti seketika dan fikirkan kepentingan umat daripada kepentingan politik sempit awak tu.

Balik-balik UMNO.

zakwan said...

Grand Marquis
At times,JAIS r subservient 2 UMNO
U may even called them running dogs of the ruling party as well

I don't mind if they get screwed by Teng Chang Kim n Selcat, which by the way consist of Muslims

"Maruah Islam ditentukan bukan Islam"
Hmmm,funny
I thought UMNO started that trend in the 1st place
They don't want 2 establish hudud based laws despite the rising crime rate bcuz they want 2 "jaga hati" their MCA,MIC,Gerakan,PPP counterparts
Otherwise,all BN MPs will ended up becoming amputees
What about Khir Toyol who labelled drinks wit 5% alcohol content as non liquor as pointed by TB a few months back?
2 appease the non Muslims?
Further contribute 2 the rise of underage drinking cases

At least PAS made things right by limiting alcohol sales in convenience stores without curtailing rights of non Muslims

Nizam Mahmud said...

Kalau selcat pun, pegawai JAIS akan dihadapkan kepada si non-Muslim Teng jugak sebab diakan pengerusi Selcat. Bayangkan mana nak letak maruah umat Islam bila pegawai agama kita discrew oleh orang bukan Islam.
----

Ulasan saya : Geleng kepala tengok saudara Grand Marquis kita ini. SELCAT bermaksud :Select Committee on Competence, Accountability and Transparency. Apa kena mengena dengan hal ehwal agama Islam?

Lagipun ada wakil PKR dan PAS dalam jawatankuasa SELCAT ini. Apa masalah nya?

Mungkin kalau ada pegawai JAIS yang didakwa atas tuduhan rasuah maka mesti dihadapkan ke hadapan hakim beragama Islam juga. Kalau begitu baik cadangkan semua 100% hakim beragama Islam.

Oh ya, mana tau JAIS hendak membina sekolah agama. Jadi JKR pun kakitangan, jurutera, arkitek mesti lah 100% beragama Islam. Kementerian Kewangan pun mesti 100% beragama Islam juga sebab nak bayar kontraktor bina Masjid.

Entah apa di dalam kepala Grand Marquis, saya pun tak tau.

kuden said...

Salam tulang besi

Kita tak payahlah susah susah dok pertahan bekas Mufti Shahidan ni,apa dia tak buat kat kami diperlis dulu,warna hijau diharamkan walaupun sedikit dimana2 masjid diperlis,dia pun sekongkong sama,lagi pula mentor dia mahafiraun,biarlah kat dia

Anonymous said...

"Grand Marquis said...
Takut apa. Saya tak de kena mengena dengan UMNO mahupun JAIS. Tapi sebagai seorang Islam, saya malu melihat nasib orang kita, terutama pegawai agama dibiarkan pada tangan orang kafir."

Tuan Grand marquis, kenapa UMNO ambil orang MCA jadi Menteri Pengangkutan dan orang MIC jadi Menteri Sumber Manusia? Soal pengangkutan dan sumber manusia pun banyak yang berkaitan dengan agama.

Anonymous said...

Tb,

Apa komen tb tentang isu Khalid Samad vs Zul PKR??

Komen ikhlas....

Grand Marquis said...

Kita kena bezakan isu. Isu duniawi atau isu agama. Kalau pegawai jais itu rasuah, ia adalah isu duniawi jadi tak de masalah orang non Muslim yang jadi hakim.

Tapi isu pengangkapan Dr. Asri ada melibatkan isu agama. Penilaiannya melibatkan isu hukum. Apakah anda rasa Teng tu tahu ke wahabi tu sesat atau tidak?

Anonymous said...

abis tuh...kalau gi mahkamah, kes bunuh, kes itu ini dibicarakan oleh Hakim gula-gula hack augustine paul boleh pulak?

actually, it is not about questioning who is islamic or not islamic. the question is whether JAIS menggunakan correct process, any conflict of interest?

kalau menggunakan right process, nak takut apa siapa atau di mana interrogation dibuat.

Anonymous said...

Grand Marquis mengaku seorang islam tapi dari gaya hujahnya membuktikan beliau dalam golongan islam jahil. bila memaca hujah Grand marquis teringat kita kepada kisah puak Khawarij yang mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk.“Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”.

Anonymous said...

dr maza takde adab...full stop.

yes said...

Orang JAIS ni amat bebal. Isu di sini bukan tentang penagkapan, isunya ialah cara penangkapan di buat secara tidak senonoh. Dimana letaknya akhlak orang JAIS.Sudahlah begitu, tangkap dulu baru di buat pertuduhan.
DATUK DOKTOR HASSAN ALI tak nampak kah keganjilan hal ini. Datuk seorang bekas pegawai tadbir dan ketua Biro Tata Negara yang menyampaikan hasrat kerajaan BN kepada pegawai kerajaan tak kanlah tak sedar tentang perkara ini. Kenapa dulu bila Khir Toya memerentah Selangor , ustaz ustaz PAS berbulu tentang tauliah ini tetapi sekarang diam membisu. Nampaknya ahli politik ni 2x5.

Anonymous said...

Apasalah pengerusi SELCAT in bukan islam? Lagipun ramai ahli SELCAT adalah orang melayu yang beragama islam.

UMxO yang buat masalah, bukan SELCAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.