Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 18, 2009

Baru Sebulan Memerintah, Sudah Mahu Berbincang Dengan UMNO?

Dalam pendedahan rakaman Dialog Hasan Ali/Nasaruddin bersama Blogger yang terbaru (http://www.malaysiawaves.com/2009/11/rakaman-dialog-siri-2-perbincangan.html), Nasaruddin Mat Isa mendedahkan bahawa pada 24 April 2008, Ustaz Harun Din telah menulis sebuah kertas kerja bertajuk “Tahaluf Siyasi Pasca 2008”. Di akhir kertas kerja tersebut disebutkan beberapa pilihan. Salah satu pilihan adalah mengadakan perbincangan dengan UMNO. Kertas kerja tersebut dibentang dalam Mesyuarat Majlis Syura pada 24 April tersebut, tetapi perkataan UMNO ditukar dengan mana-mana pihak.

Ustaz Nasaruddin juga mengatakan dalam masa sebulan selepas pilihanraya umum 2008, Ustaz Harun Din telah melihat keadaan yang berlaku di Selangor dan Penang (tidak di Perak). Atas motivasi inilah kertas kerja bagi mengadakan perbincangan dengan UMNO.
Dengan kata lain, Ustaz Harun Din merasakan bahawa Islam dan Melayu dalam bahaya di negeri-negeri Pakatan sehingga membenarkan PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO berdasarkan perkembangan hayat kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sebulan (dalam kes Perak tidak sampai seminggu).

Apa Salah kerajaan Pakatan Rakyat pada Islam dan Melayu?

Itulah persoalan yang tidak dihuraikan oleh Dr Harun Din, mahupun Nasaruddin Mat Isa mahupun Dato Hasan Ali? Hayat sebulan kerajaan2 Pakatan Rakyat ini adalah SANGAT PENDEK bagi membuat kesimpulan Pakatan Rakyat memusuhi Islam?
Juga, apa hujjah kita mahu bercakap dengan UMNO dalam hal berkaitan Islam dan Melayu sedangkan UMNO mempunyai ‘track record” memusuhi serta menentang Islam. Bayangkan dalam bulan pertama Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan 10 lesen judi yang baru. Itulah dia contoh betapa kuatnya Islam pada UMNO itu.

Sumber Kelentong Terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Adalah Hasan Ali

Malahan, kesemua pendedahan Hasan Ali berkaitan dengan Selangor pun semuanya fitnah. Misalnya, Hasan Ali pernah melaporkan kepada AJK PAS Pusat bahawa bilangan melayu dalam PBT di Selangor berada pada tahap 30%, Juga, Hasan Ali lah yang melaporkan pada JK PAS Pusat bahawa Teresa Kok menghalang azan di Selangor.
Semua di atas adalah fitnah-fitnah yang dilaporkan oleh Hasan Ali yang mungkin menjadi asas kepada kertas kerja Dr Harun Din tersebut.

Malahan dalam isu arak sekalipun, ia hanya menunjukkan kejahilan serta kebodohan Hasan Ali dalam isu tersebut. Walaupun Enakmen Syariah Selangor mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam, namun Enakmen tersebut tidak mengharamkan penjualan arak dalam kawasan majoriti Islam.

Juga, dalam isu SELCAT, apakah Islam yang hendak diperjuangkan Hasan Ali dengan mempertahankan pegawai2 kerajaan yang korup dan bertanggungjawab terhadap kekalahan 12 dari 20 kerusi yang PAS bertanding sebelum ini?

Sudah lebih setahun kerajaan Pakatan Rakyat berjalan, namun tiada satu bukti yang menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat anti kepada Islam dan orang Melayu.
Hujjah Dr Harun Din serta Nasaruddin Mat Isa menyokong perbincangan dalam gelap dengan UMNO ini hanyalah berdasarkan kepada fitnah-fitnah yang dilayarkan oleh Hasan Ali.

Hasan Ali diluar berkokok macam ayam jantan, tapi dalam mesyuarat exco senyap macam tikus. Dalam mesyuarat antara SELCAT bersama DO2 yang dipertahankan Hasan Ali itu pun, Hasan Ali telah membisu seribu bahasa.

SELCAT dan Hasan Ali

Lagi satu kelentong Hasan Ali ialah dia kata perkara SELCAT dibincangkan sebanyak 5 kali dalam mesyuarat exco. Persoalannya adalah mengapa hal berkaitan dengan SELCAT dibincangkan dalam mesyuarat Exco?

SELCAT adalah sebuah badan yang diluar badan eksekutif/exco. Mesyuarat exco tiada kuasa ke atas perjalanan SELCAT. Malahan, wakil SELCAT tiada dalam barisan exco? Apa sebab mahu dibincangkan berkenaan SELCAT dalam mesyuarat Exco? Orang bodoh sahaja yang cakap macam ni kerana SELCAT tiada kena mengena dengan badan eksekutif yakni MB dan Exco.

Kita pun tahu HAsan Ali tak tahu apa fungsi badan seperti SELCAT kerana beliau juga mencadangkan supaya SELCAT dianggotai oleh bekas-bekas hakim. Jadi, dia pun berani kata pasal ni sebab dia tak tahu b eza antara badan eksekutif dengan legislatif. Sebab tu dia berani buat kelentong macam ni.

Fitnah Menjadi Asas Berbincang Dengan UMNO?

Itulah nampak gayanya. Pertamanya, apa asa Dr Harun Din menyuruh berbincang dengan UMNO padahal kerajaan Pakatan Rakyat baru berumur setahun?
Hakikatnya usaha menubuhkan kerajaan UMNO-PAS telah mula sejak lama sebelum kertas kerja “Tahaluf Siyasi Pasca 2008” lagi seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang semasa Muktamar lepas

Maka, setelah kegagalan usaha mereka menubuhkan Kerajaan Ca mpuran PAS-UMNO di Perak dan Selangor, maka kertas kerja seperti ini dihasilkan oleh Harun Din.

Dan benar, mengikut maklumat yang saya dapati, sememangnya Harun Din yang menelefon Ustaz Ahmad Awang untuk mengkaji semula keputusan menubuhkan kerajaan dengan PKR dan DAP.

Yang lebih lucu, Ustaz Nasa mengatakan kertas kerja Dr Harun Din dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak, sedangkan sehingga hari ini tiada satu bukti bertulis pun wujudnya mesyuarat pada 24 April 2008? Sehingga kini, minit mesyuarat tersebut TIDAK PERNAH DIBENTANGKAN hatta kepada Mursyidul Am sendiri.
Itulah dia sejarah bermulanya perpecahan dalam PAS. Apabila ada sekumpulan kepimpinan yang sudah kemaruk mahu duduk sekelambu dengan UMNO dan mengada2kan berbagai alasan untuk berbuat demikian.
Tulang Besi


23 comments:

mountdweller said...

Kalau dah kelentung dan bohong, apa bezanya mereka dengan orang-orang UMNO?

Sepatutnya Ahli-Ahli PAS tendang mereka ke serambi saja. Biarkan mereka berteduh di situ sebelum mereka cabut. Mungkin ke rumah UMNO.

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi

Dedah jangan tak dedah. Sebagai orang Melayu,walau pun masih ada sekumit simpati saya terhadap PAS tapi sekelumit ini pun akan terus hilang lenyap dari hati saya apabila membaca pendedahan demi pendedahan saudara.

PAS sebenarnya hanyalah sebuah parti politik. Kesian Islam di Malaysia dah jadi kelam kabut. Puaslah hendaknya hati korang semua!

Lancang Biru

Anonymous said...

Ya Allah! bilalah anak haram jadah ni nak berenti dari memecahbelahkan jamaah???

Anonymous said...

hello bro., takkan lah kau pekak badak , buta mata & hati tak mengaku parti-parti lain dlm PR benci Islam. Sudah terang bersuluh pulak.

true pas warrior said...

anon 6.08am

bukan PAS tapi sesetengah pemimpin yg bermasalah spt ust nasa,dr hassan,stopa ali dan geng terenganu.yg lain balaci spt khairudin,iskandar hanya pengikut dr hassan saja,meraka ni tak perlu risau sgt,berubah mengikut keadaan.

anon 7.08am

saya pasti anon ni bukan penyamar tapi memang ahli PAS,saya ada berjumpa dgn ahli spt ini,jenis ni dia taksub dan wala membabi buta dan satu hala dan juga buta maklumat.dan juga tak boleh terima pandangan orang lain dan satu lagi lebih benci pkr dari umno.

anon 8.12am

anon ni tak payah saya sebut.ahli umno tegar yg tak boleh di selamatkan lagi.

Anonymous said...

Salam,

Dr.Haron Din dahulunya adalah seorang ulama besar. Akan tetapi apabila dia jadi ulama besar PAS,dia pun nampaknya boleh buat silap. Malang sekali.


ibnuhajar
http://jiwa-yangtenang.blogspot.com

Anonymous said...

Ini Hassan Ali kelentong #1. Macam ini orang politik tak berintegriti, lucutkan saja jawatannya.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Ya Allah! bilalah anak haram jadah ni nak berenti dari memecahbelahkan jamaah???
.

Bila jumpa dalam gelap tak pecah kan jemaah pulak ye???

malaysiabaru said...

tahniah TB,

pakatan memang sedang menuju kehancuran dek 3 ekor pemimpin PAS yg western educated dan pernah bersekongkol dgn UMNO perasuah..

imagine kalau si 'tukang jampi air' haron din jadi murshidal am ganti nik aziz, si perasan ulamak muda spt nasha jadi presiden, dan si pakar brainwash hasan ali jadi setiausaha agung .....

apa akan jdi dengan PAS ? semua boleh... jubo umno pun nak ....

yang pelik perwakilan PAS ni bodoh sangat kenapa? mereka ni tak reti berpolitik ker? dok masjid 24 jam dok tadah tangan mitak tuhan hantar emas dari langit? sentimen kemahuan rakyat tak ambik peduli ?

sudah kolot sagt ke PAS nih atau terlalu terbuka kedua dua kaki PAS sehingga terkangkang untuk bagi UMNO jolok? ... dgn rakus sampai PAS longlai kucar kacir...

teruskan TB adakan EGM, kita nak tahu sejauh mana puak-puak pro umno ni atau sabatuers dalam PAS ni ada sokongan.

suapaya senang orang cina india dan pengundi atas pagar senang buat keputusan.

petikan

www.malaysiabaru.com

fugaz said...

TB hang punya tulisan kalu ikutkan satu dunia boleh access samada diaorg paham atau tak lain cerita..tapi bagi pemimpin DLM PAS..yg menentang UG nie ada telor ke..aku cuma nampak NIK AZIZ je yg bersuara dlm blog then dlm mainstream how about the rest of them..sudah tiba masanya ustaz ahmad awang buka mulut sekali lagi pasal kes nie..mana Mahfuz & salehudin dll ataupun mereka takut kehilangan jawatan sebab tu mereka hanya wait & see tapi sampai bila??

hussam musa & mat sabu hangpa jgn laa senyap je..tolonglaa sikit mahfuz & salahuddin ..walaupun hangpa takde jawwatan (ajk)..

satulagi MAT SABU oi..mana result post mortem PRK bagan pinang..hang tidur ka apa..?

tokmod said...

SALAM BRO....
MELAYU ISLAM..
ISLAM MELAYU..
MELAYU ISLAM..
ISLAM MELAYU..
sampai meniggal pun tak selesai...
kerana melayu islam cakap tak serupa buat!!!!
JIKA....
MELAYU ISLAM MENJADI MUSLIM....
baru boleh selesai!!!!kerana...
MELAYU MUSLIM...
cakap dan perbuatan saerenggan!!!
kurangkan bercakap pertegohkan iman...

Anonymous said...

Bila jumpa dalam gelap tak pecah kan jemaah pulak ye???

jumpa dlm gelap ke dlm terang ke...tidak memecahbelahkan jamaah.

kalau dah buat keputusan nak join umno baru memecahbelahkan jamaah.

jumpa ka tipu ka...apa masalah?? kalau tipu...tu dosa dia. kat mana yg pecahbelah jamaah?

takda pula dia cuba bawa masuk mesyuarat AJK Pusat bagi cadangan nak masuk UMNO!!!!

yang pecahbelah jamaah mcm kau....ADUDOMBA!

Tulang Besi said...


jumpa dlm gelap ke dlm terang ke...tidak memecahbelahkan jamaah.

kalau dah buat keputusan nak join umno baru memecahbelahkan jamaah.

jumpa ka tipu ka...apa masalah?? kalau tipu...tu dosa dia. kat mana yg pecahbelah jamaah?

takda pula dia cuba bawa masuk mesyuarat AJK Pusat bagi cadangan nak masuk UMNO!!!!

yang pecahbelah jamaah mcm kau....ADUDOMBA!
.

Jadi, takpa jumpa musuh yang selama ni kita maki dan caci dalam gelap?

Tu tak pecah belah jemaah la ye?

Anonymous said...

Jadi, takpa jumpa musuh yang selama ni kita maki dan caci dalam gelap?

Tu tak pecah belah jemaah la ye?


tu la...dah keturunan bodoh!

anwar jumpa dgn najib siap minum teh ketawa2 takpa pulak??
cubalah kalau ust nasa buat mcm tu...gerenti spesis mcm ko akan melalak mcm kena histeria...

yg pentingnya...gelap ke terang ke...itu tidak memecahbelahkan jamaah. sebab dia tak bawa jamaah bersama.

dia pegi sorang-sorang lantak dia la....

kalau dia tiba2 bawa agenda dlm mesyuarat AJK pUsat nak join UMNO...waktu tu bolehlah nak kata pecahbelah jamaah....waktu tu takyah tunggu ko...aku dulu sepak dia keluar...bodoh!!!

zakwan said...

If this is true,then Haron Din is indeed a letdown
Didn't expect him 2 take part in this farce

Oh 2 the anon b4 me,
Najib n Anwar 2gether hav a cup of tea in.......PARLIAMENT
So what, at least it's not in the dark unlike some bastards in PAS who had a secret one nite stand wit the enemy n keep denying all over n over again until Pak Lah himself confirmed the khalwat did take place

Anonymous said...

TULANG BESI
nampak sangatlah PAS dipimpin oleh mereka mereka yang "kononnya" ulamak tetapi sebenarnya hanyalah half-past-six ulamak yang ter amat sangat gilakan duniawi. lebih teruk keadaannya apabila ahli ahli PAS yang sedar 'pemimpin' adalah toye dan benggap sahaja, namun sanggup menerima mereka sebagai khalifiah PAS di Malaysia (sebuah negeri perasuah!).

berbanggalah ahli ahli PAS dengan kebodohan akal fikiran mereka sendiri, berbanding dengan parti sabah sarawak, UPKO contohnya.

Tulang Besi said...


anwar jumpa dgn najib siap minum teh ketawa2 takpa pulak??
cubalah kalau ust nasa buat mcm tu...gerenti spesis mcm ko akan melalak mcm kena histeria...

yg pentingnya...gelap ke terang ke...itu tidak memecahbelahkan jamaah. sebab dia tak bawa jamaah bersama.
.

Anwar tengah minum teh, Najib datang jumpa dia kat Parlimen.

Kalau orang dah datang takkan nak halau

smp said...

Ini perkara semua asan ali punya pasal

Anonymous said...

Pemerhati said....

Mengikut analisa dangkal, aku dapati keadaan bercelaru yang dialami PAS masa ini adalah disebabkan oleh dua tiga orang yang baru mendapat jawatan dalam PAS dan berjaya pula menjadi YB melalui tiket PAS. Mereka ini tidak pernah merasai pahit maung sebagaimana yang dirasai oleh pengikut PAS diperingkat akar umbi. Pada pandangan aku sekiranya PAS gagal membenteras virus-virus ini, aku rasa dengan izin Allah PAS akan hancur. KETEGASAN " BUANG " pada yang menimbulkan masalah perlu ada dalam satu-satu perjuangan.

Anonymous said...

kpd TB,kalau mahu meluahkan isi hati anda tidak perlu lah menulis benda-benda yang tidak mempunyai asas..merapu sungguh tulisan anda..saya disini ingin memberi sedikit pendapat berdasarkan tulisan anda ini..yang pertama tentang Enakmen Syariah Negeri,kalau betul pun Enakmen Syariah Negeri menyatakan bahawa larangan arak terhadap umat islam adalah tidak bole sama sekali..tetapi saudara kene sedar bahawa kita di Malaysia ini hidup berbilang agama dan kaum,jika arak diharamkan langsung di Malaysia adakah saudara boleh bayang macam mana protes agama lain terhadap kita..tindakan Hasan Ali tersebut patut disokong kerana beliau mempunyai inisiatif berjuang dalam isu arak walaupun perjaungan sedikit demi sedikit..berbanding dengan kerajaan lalu yang langsung tidak mempunyai inisiatif..Yang KEDUA nya ialah tentang isu Hasan Ali menegur tentang SELCAT..untuk mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pentadbiran,hubungan antara penjawat awam dengan kita hendaklah berada di tahap yang tebaik..masalahnya sekarang SELCAT ini dibuat dikhalayak ramai sehinggakan menjatuhkan air muka DO2 ini..menurut Hasan Ali ada isteri kepada DO2 ini sampai tahap tidak mahu keluar rumah kerana malu yang teramat akibat kejadian kepada suami mereka..saudara boleh bayang atau tidak apa akan terjadi kepada pentadbiran Selangor jika hubungan yang tidak erat antara penjawat awam dengan kita sehingga terciptanya sejarah di Selangor apabila DO2 memulau satu majlis rasmi kerajaan..Yang KETIGA nya tentang seranan Hasan Ali tentang melantik orang seperti bekas-bekas hakim atau bekas-bekas setiausaha kerajaan menganggotai SELCAT..lain kali saudara kalau mahu menulis,sila habiskan ayat!!!seranan ini bermaksud SELCAT jika mahu dilihat sebagai sebuah badan yang berintegriti,hendaklah melantik orang yang dikalangan luar politik supaya sebarang tindakan yang dibuat tidaklah bermotif politik di mata rakyat..Yang TERAKHIR ialah tentang Hasan Ali membawa isu SELCAT ke mesyuarat EXCO..saudara,saudara kena tahu bahawa mesyuarat EXCO atau jemaah menteri ini ibarat mesyuarat dalam keadaan kekeluargaan..jadi apa sahaja yang berlaku boleh dibawa ke mesyuarat untuk dibincangkan..kalau ikut logik pun saudara mampu menjawabnya,dimanakah saluran untuk Hasan Ali membagi pendapat kalau bukan didalam mesyuarat EXCO???saudara kena ingat,janganlah selalu menghentam orang yang tidak bersalah..kerana kesan nya saudara akan rasa juga..kalau tidak didunia,akhirat menunggu kelak..sekian,w'slm

Tulang Besi said...

..tetapi saudara kene sedar bahawa kita di Malaysia ini hidup berbilang agama dan kaum,jika arak diharamkan langsung di Malaysia adakah saudara boleh bayang macam mana protes agama lain terhadap kita..tindakan Hasan Ali tersebut patut disokong kerana beliau mempunyai inisiatif berjuang dalam isu arak walaupun perjaungan sedikit demi sedikit.

Nampaknya saudara yang tak faham pasal isu arak ni.

Enakmen Syariah tidak mengharamkan arak dijual di kawasan majoriti Islam.

Bagi menghalang 7-11 dari menjual arak, maka perlulah diadakan undang-undang kecil di peringkat Majlis Daerah dan Majlis Bandaran.

Dan undang2 ini mesti diwartakan dalam mesyuarat Exco.

Lain kali kalau sendiri tak faham jangan cakap orang lain takda asas.

Belajar dulu la

Anonymous said...

saya faham..tetapi,kita patut bersyukur kerana masih ada orang yang memperjuangkan tentang pengawalan arak di negeri Selangor..walaupun di akhirnya MB membuat keputusan bahawa kawalan arak dibuat sendiri oleh kedai2 serbeneka..saya rasa saya sokong jikalau saudara kritik Hasan Ali dari segi dasar nya untuk dijadikan sbg satu penambahbaikan,tetapi tidak perlu lah hentam peribadinya..

Anonymous said...

yg dihina dikeji org islam yg membela islam
sebusuk2 umno mereka masih ingat mereka islam
tp sewangi-sewangi pembangkang adakah islam yang dipegang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.