Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 18, 2009

Berakhir Sebuah Episod - Kickdefella

Berikut adalah laporan dari Sheikh/Kickdefella berkenaan dengan beberapa perkembangan melibatkan kepimpinan PAS Kelantan serta CEO PMBK. Selamat membaca.

Berakhir Sebuah Episod
18 11 2009

Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.

Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namannya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.

Saya bersyukur kerana episod ini telah menampakkan penghujungnya.

Pimpinan PAS dari segenap peringkat telah membuktikan kejujuran mereka sebagai komponen yang membentuk kerajaan dan menampakan ketegasan dan kematangan mereka walau terpaksa membetulkan Tuan Guru mereka sendiri. Tuan Guru pula walaupun sudah 19 tahun dipuncak, membuktikan bahawa dia sedia diperbetulkan.

Saya juga gembira kerana Tuan Guru menerima dan memahami bahawa tiada siapa yang mendalangi episod yang berlaku ini. Tiada pimpinan PAS mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terlibat.

Apa yang saya lakukan, saya lakukan sendirian atas pendirian dan panduan saya sendiri. Apa tuduhan dan kecaman ke atas saya saya telah terima dan akan terus terima dengan hati terbuka.

Biduk berlalu kiambang bertaut.

Prinsip saya, never to kick someone when they are down akan terus saya amalkan. Oleh yang demikian bagi saya segalanya berakhir disini. Terserahlah kepada Ariffahmi untuk menerima atau tidak hukuman moral. Dari segi perundangan pula, terserahlah kepada pihak berkuasa.

Kepada YB. Dato’ Haji Husam Musa, para sahabat dan kenalan yang telah gagal menemui atau menghubungi saya sejak 10 November 2009 saya harap dapat memahami tujuan saya menyepi diri. Apa yang saya lakukan adalah keputusan moral saya sendiri dan saya tidak mahu sesiapa tepalit sama.

Kepada pengurusan dan kakitangan PMBK, bangkitkanlah moral anda dan pertahankanlah prinsip-prinsip pertadbiran Islam yang digariskan oleh Tuan Guru kita. Berkhidmat kepada rakyat adalah berkhidmat kepada Allah yang menciptanya.

Pampasan RM20,690 yang diberikan oleh PMBK kepada saya, telah saya amanahkan sebahagiannya dibahagi-bahagikan kepada institusi tertentu dan juga untuk orang-orang miskin. Sebahagian lagi untuk dibahagikan kepada para sahabat saya yang telah banyak memikul beban akibat tindakan saya ini.

Pada 8 Oktober 2003, saya menurunkan jenazah ayah saya ke liang lahat. Dia tidak berpangkat dan tidak berharta kerana dia memilih kebenaran dan ketinggian moral sepanjang hidupnya. Dan tiada apa yang dipesakakan ke atas saya melainkan kebenaran dan ketinggian moral. Hari ini saya gembira mempertahankan kebenaran dan ketinggian moral yang acap kali membawa musibah dan kemiskinan kepadanya.

Akhirnya di antara kita semua, banyak lebam, banyak calar dan banyak kesan gurisan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi merawat lebam dan calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga saya.

Patah Sayap Terbang Jua.


5 comments:

yes said...

Alhamdulillah, akhirnya TGNA telah tahu siapa Ariffahmi. Satu persolan di hati daya, Ariffahmi ka KL untuk berjumpa siapa dan kenapa. Ini dapat merungkai banyak persoalan yang masih tergantung. Ya Allah Ya A'Alim tunjuk kan lah kebenaran.

Anonymous said...

kickdefella memang munafiq.

tak usah la sebut nama husam cenggitu...org dah tahu peranan Husam kat belakang tuh...

Anonymous said...

Ini HAKIKAT Yang Sebenar ..

KICKDEFELLA MEMANG PENIPU BESAR !!

Kickdefella menerusi artikel terkininya menyebutkan Tok Guru telah mengarahkan Ir Arifahmi untuk meletakkan jawatan selaku CEO PMBK. Kononnya, arahan ini dikeluarkan pada 17 Nov 2009 iaitu semalam.

Kickdefella juga menyebutkan Ir Arifahmi telah enggan mematuhi arahan tersebut dan telah bergegas ke Kuala Lumpur tanpa diketahui apakah tujuannya.

Setelah berusaha mendapatkan pengesahan daripada beberapa pihak, akhirnya kebenaran muncul juga. Kickdefella seorang penipu besar !!

Kesemua setiausaha Tok Guru mengesahkan arahan itu tidak pernah berlaku !!

Tok Guru tidak pernah meminta Ir Arifahmi meletakkan jawatan selaku CEO PMBK dan Ir Arifahmi pula tidak pernah menyatakan keengganan beliau untuk berbuat demikian kerana "arahan" itu hanyalah mainan kemunafikan kickdefella dan konco konconya.

Ir Arifahmi ke Kuala Lumpur semalam atas urusan keluarga dan tidak ada kena mengena dengan isu PMBK.

Sah lagi sahih !! Kickdefella seorang penipu !!

Kenapa jadi begitu?!! Boleh jadi kickdefella telah diberikan maklumat yang salah oleh ular ular belaannya yang bersarang di Pejabat Menteri Besar atau boleh jadi juga ularnya yang terlalu lama bermastautin di UK dulu.

Apa tujuan kickdefella?!!

Tujuan beliau tidak lain tidak bukan hanyalah mahu mengerahkan wartawan supaya mengerumuni Tok Guru supaya Tok Guru tertekan dan akhirnya mengalah dengan tuntutan tuntutan Quraisy Malaysia yang nampaknya semakin busuk hatinya.

Umum mengetahui, kesihatan Tok Guru serta perasaan Tok Guru amat terganggu sejak kickdefella melancarkan fitnah jahat ke atas PMBK dan kerajaan negeri Kelantan.

Bayangkan jika Tok Guru dikerumuni wartawan dan diasak bertubi tubi oleh soalan wartawan. Apa akan terjadi ke atas Tok Guru? Wallahu a'lam.

Maha Jahat KickdeHusam !!

Anonymous said...

Nampaknya memang ada yang tak kena.
Banyak yang Nik Aziz kena jawab.

Orang yang dipercayainya sebenar adalah disebaliknya. Jadi sunnah nepotisma yang dia amal tak menjadi seperti zaman Rasulullah.

Mungkin sebab dia tak sama dengan Rasulullah. Sebab dia terhalang nak pi Mekah pun tidak sama mengapa Rasulullah disekat masuk ke Mekah.

Tidak ada siapa pun yang menghalang Nik Aziz pergi ke Mekah.
Cuma peruntukan RM65,000 x 2 = RM 130,000 yang dipersoalkan halal & haramnya kerana dia adalah Menteri Besar yang berkuasa. Tidakkah Nik Aziz berupaya mempersoalkan sendiri, atau ternoda dengan pakej mewah tersebut?

Orang ramai tegur pun cuba nak pertahankan (kebiasaan orang taja tok guru), tapi lama kelamaan tidak boleh dipertahankan jua, maka menangis juga akhirnya.

Begitu juga dengan kes Ariffahmi, mula-mula cuba pertahan, lama-lama tak berupaya juga, maka terpaksa akur.

Apa kredibiliti Nik Aziz dalam kedua-dua hal ini? Boleh pakai? Flip flop?
(*tidak ada kata-kata kesat digunakan kepada Nik Aziz)

Anonymous said...

A good Boss knows his staff.
A good Boss knows his stuff.

Nik Aziz need other people to tell him about his staff and his stuff regarding halal vs haram, sponsorship vs corruption.

We cannot afford to have this kind of Boss making "clearly" wrong decisions. Or maybe he has bad advisors. Sack them too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.