Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, November 24, 2009

Cabaran Kepada Pengasas Pondok Getting Untuk Melaporkan serta Mendakwa Tok Guru Nik Aziz Dalam Mahkamah Syariah Kelantan

Utusan Meloya melaporkan seorang ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan bernama Abdullah Sa’amah berkata:

“Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.”


Oleh kerana itu, kerana Tuan Guru Haji Lah merasakan bahawa Tok Guru ini seorang yang menyeleweng akidah, maka saya persilakan Tok Guru Hj Lah supaya membuat laporan rasmi kepada Mahkamah Syariah Kelantan untuk mendakwa Tok Guru Nik Aziz.

Biar kita selesaikan perkara ini dalam mahkamah.

Dan sempat pula Tuan Guru Hj Lah ni puji UMNO yeee:

“"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.”


Oleh kerana itu, saya nak minta Tuan Guru Haji Lah menyatakan pendapat beliau di atas tindakan Dato Najib Tun Razak meluluskan 10 lesen judi “Special Draw” baru, sewaktu bulan pertama beliau menjadi Menteri Kewangan.
Adakah itu satu bukti bahawa UMNO telah menjadi tulang belakaang kepada Islam di Malaysia sepanjang 50 tahun ini?

Tulang Besi

Nik Aziz sudah terlalu takbur (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm)
TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

34 comments:

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Buat apa kau layan buta hati tu. Buang bateri ja!

Teluk Bakong said...

salam

betui tu pak baqaq buang "current" je

Tulang Besi said...

Pak Bakaq ni bila belasah saya takdak brek.

Maklumlah saya junior dalam PAS Lembah Pantai tu.

Pak Bakaq, kirim salam kat Sulaiman Rojak

Anonymous said...

-mayb TB bole wat satu kutipan amal utk disumbangkan kpd Tok Guru pondok nie..belikan die broadband n laptop, so die bole tau isu2 semasa brkaitan UMNO dgn lebih jelas..die bole search brape byk lesen judi yg diluluskn oleh umno, silap2 klu die cerdik skit,bole tgk gmbar bini istri amirul mukminin malaysia,sedang brpeluk ngan salman khan..

-klu ade duit kutipan lebih lg, pkat2 wat rombongan dr pondok trsebut ajak la sume anak murid kt stu,jalan2 kt kat kl nie..lbih lg kat jalan p.ramlee time mlm mggu..btapa majunye budak2 melayu hasil pemerintahan umno slama 50 thn nie..

-ish,risau plak aku,bile ade ahli agama mcm die,bole puji2 umno..ape yg die ajar kt budak2 pondok tue?..

-TB,memandangkn sumber tue dr utusan meloya,mayb kite bole sngka baik lg kot..entah2 knyataan org tua tue diolah..yela,tok guru tu kemain pekat lg base kelate die,yg dok interview die wrtawan utusan yg mmg trkenal ngan bengapnye..ingat lg kes TGNA ckp islam plastik?..yg dilaporkan islam palestin..

-zargus-

sir said...

Sapa hj Lah ni.Ingat dah jadi pengasas pondok dah confirm betul ke.Dah kenal diri ke nak menuduh orang lain ni sesat.Dalam hidup ini cuma ada benar atau salah aje. Kenapa jadi lagi bodoh bila duduk di pondok.Apa orang pondok je ke yang betul?Nabi dengan Empat Sahabat belajar di Pondok? ke bahalul punya hj lah.Allah Taala iktiraf mereka.Hj Lah sapa iktiraf?
Kalau manusia iktiraf masih banyak silap kecuali Allah iktiraf. AKU CHEY ANAK GERIK.

sir said...

Sapa iktiraf Pengasas Pondok Genting boleh jatuh hukum orang sesat.Wahai hj bahalul dah kenal diri ke? Nabi Muhammad Abu Bakar Umar Usman Ali tak mengaji pondok pun tapi besar di sisi ALLAH kerana perjuangkan kebenaran dan mereka menolak kemunafikan.jangan sekutukan ALLAH dengan menolak kebenaran. Chey Anak Gerik.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

salam...

setahu kami Hj Lah ni rakyat Kelantan tak pernah iktiraf dia ke tahap Tok Guru pun... sekadar ustaz biasa je...

Pondok pun tak terkenal.... pelajar baru beberapa kerat dan bongkak sombong. Kononnya tok guru... tu ustaz kg je...

Anonymous said...

Anda lihat dan nilaikan bahasa dari macai-macai PAS seperti diatas.

Langsung tak ada nilai sebagai pejuang islam seperti Osama bin ladin yang lemah lembut tetapi tegas. Ini tidak, jolok aja sikit, habis terkeluar isi hati yang busuk lagi menjijikkan. BERTAUBAT LAH...

neo said...

salam...bagi aku korang tak besalah..nawaitu korang betul..cuma korang t di tutup pintu fikiran korang sebab terlalu taksub dgn nik azis..bagi aku nik ajis ni dh macam padri kristian..yang selewengkan injil..dan tutup rapat2 rahsia kebenaran islam..begitu juga penganut kristian sekarang telah tertipu dengan mainan padri kristian terdahulu.walaupun dia juga sembah allah..tahu allah tuhan yang esa.sebab tu aku umpama kan nik ajis ni di ibaratkan padri kristian .dan korang ada lah penganutnya yang tk tahu kebenaran sebenar2nya.

neo said...

sekurang2 tuan haji lah ada sikap yang terpuji..menolong anak bangsa dalam mendalami pengetahuan agama dari rebung..bukan mcm korang yang tahu berkokok pasal islam lah jihat lah..konon2 korang la paling islam..tapi hakikat diri sendiri yang tahu..tah2 korang ni pon tikar nombo ekor gak..

Tinta Hitam said...

Kalau betul Ahli Majlis Tertinggi mengeluarkan kenyataan sebegitu,saya berpendapat ada "something wrong" dengan ustaz tu.Mcm katak dibawah tempurung aje

Dia perlu banyak ambil thau mengenai hal ehwal dunia semasa.

Sebal said...

Salam TB, bila masanye bakaq hak jadi ahli pas lembah pantai..klo batu, setapak adalah kot..aku ingat hang pun jr gue juga d lembah pantai..

maneer69 said...

kakakka...lawak aku dengar org pas nie cakap...kalau hj lah yang cakap ko bangkang...tapi kalau TGNA yang cakap semua ko setuju....HJ adi cakap org umno kafir ko setuju la pualk yer....pelik aku...kalau nak berpolitik tu berpada2 la..jangan nanti ko yg jadi kafir brooo

Anonymous said...

wahai PAS..selama hangpa dah jadi baguih ni x pernah pulak aku dengaq kata hangpa ambik berat apasal AJARAN SESAT..yang banyak ambik semua atas kerajaan BN. Hangpa nak tau sebab apa ajaran sesat hangpa jarang sentuh..SEBAB MEREKA ITU ADALAH PENYOKONG SETIA PARTI PAS....

Anonymous said...

PAS BUKAN ISLAM
ISLAM BUKAN PAS

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Mohd Faisol said...

Kepada Semua Penyokong Pas & Nik Aziz.

Aku dapati sebahagian penyokong Pas adalah seperti berikut :
1) Jahil
kalau semata-mata ambil ilmu
dalam ceramah, ilmu itu adalah
ilmu yang berserabut, tiada sanad sebab bukan semua penceramah Pas itu ada ilmu.
2) Taksud kepada pemimpin yang sesat. kalau kata Allah itu (istawa) dgn maksud DUDUK atas arasy, maknanya Allah itu bertempat.atau kata Nabi semasa kecil 'sama dengan adek mat hak dok pelihara lembu kampong kito'. Kata2 itu menyebabkan kufur walaupun serban besar bakul atau tidak pakai baju kod macam.
3)Keras terhadap musuh poltik. mudah kata orang umno walaupun islam dengan kata kafir, sesat,sekular etc. Iktikad ASWJ tidak mengkafirkan orang yang Fasik.

Tulang Besi said...


2) Taksud kepada pemimpin yang sesat. kalau kata Allah itu (istawa) dgn maksud DUDUK atas arasy, maknanya Allah itu bertempat.atau kata Nabi semasa kecil 'sama dengan adek mat hak dok pelihara lembu kampong kito'. Kata2 itu menyebabkan kufur walaupun serban besar bakul atau tidak pakai baju kod macam.
.

yang kata Allah SWT beristiwa di atas Arasy adalah Imam Malik sendiri.

Adakah Imam Malik pun kao nak kata sesat?

tokmod said...

hai TB....
hran btul gua dgn pranggai blol2 pas ni...bla orang lain ckap smuanya slah,tk btol..tpi yg pleknya bla neky ajis ckap mreka trima blat2.
NEKY AJIS ckap...
allah mcarut mreka stuju...
orang umno kfir mreka stuju...
bkawan dgn stan mreka stuju...
nabi msa dkampong srupa mreka pn stuju...
agak2nya blol2 pas ni dh kna nsi wap N.A TK...MUUUUAAAAAAAA.
sibakaq ni pla dh tk hsome mlut mcam lkang.....
sitinta hitam ni pla bserabut mcam bggali jal cpati ktot kat mlut...waaaaakakaka.
bro tulang besi...agak2 klau gua pkai besi paip tlang besi bleh than kahkahkahkah...

Tulang Besi said...

NEKY AJIS ckap...
allah mcarut mreka stuju...
orang umno kfir mreka stuju...
bkawan dgn stan mreka stuju...
nabi msa dkampong srupa mreka pn stuju...
agak2nya blol2 pas ni dh kna nsi wap N.A TK...MUUUUAAAAAAAA.
.

kalau betul cakap2 tu semua salah, pegi la dakwa Nik Aziz kat Mahkamah Syariah

Buat apa membebel kat sini macam orang nyanyuk?

Anonymous said...

Tulang Besi,

JANGAN DILAYAN TOKMOD YANG BODOH ITU...
HAHAHHA.

tokmod said...

TB...
gua slalu mgikuti luuu blog..
gua ckap luuu jgn engerilah..
luuu mcam...
tlam dua mka...
lpar btu smunyet tgan...
luuu mcam langsuehhhh kki
tk jjek bmi...
luuu olang byak ckap..ckap..
byak provokasi!!!!!
SALAM AIDILADHA..
SELAMAT BERKORBAN...AMIN!!!!!

tokmod said...

hai sir....adakah sengkatan
BUA.....SIR.muuuuuuaaaaaakakakaka
apalah punya bah..halollll...
hang golonggan OKU..kottttt.

Anonymous said...

Wahai sekalian umat.."Sedarlah kamu sesungguhnya politik itu terlalu kotor jika ia dipisahkan dari islam".. inilah tanda dunia di akhir zaman, fitnah dajjal bertebaran, memang sudah ditakdirkan islam itu berpecah belah walaupun umatnya seperti buih-buih dipantai ramainya tapi lemah. Yang zalim memimpin serta dipuja,zaman ulama sudah diangkat oleh Tuhan ke langit seperti mana janji yang Esa diakhir zaman kalam-kalam nya diangkat kelangit seperti lebah-lebah yang terbang bertebaran bila sarangnya di usik. Saudaraku!, lihatlah sendiri pada masa kini apa yang dah terjadi!! berwaspada lah kalian agar tak tersesat, sesungguhnya Nabi S.A.W berwasiat selagi kau berpegang kepada Al-Quran kau tak akan sesat..Apa yang salah apa yang betul apa yang baik apa yang buruk pada masa kini Hanya Allah Yang tahu..

Ahmad Naqiuddin bin Awaludin said...

Sedikit maklumat mengenai Tuan Guru Hj. Abdullah bin Sa`amah.

dari kiri: TG Abdullah Geting, TG Syeikhuna Baba Abdul Aziz(Ketua Persatuan Ulamak Fathoni), Habib Umar al-Hafiz bin Salim (Mudir Darul Mustafa, Hadramaut)-gambar ketika kunjungan Habib Umar ke Kelantan 2008

Nama : Tuan Guru Hj. Abdullah bin Sa`amah.
Beliau dilahirkan di Pondok Maheliah ,Geting , Tumpat. pada tahun 1945M



Pendidikan :

Tempat


Nama Tuan Guru

Pondok Berangan

(7 thn)


- Tuan Guru Hj. Yaakob

Pondok Pohon Durian Jahar (Pattani) (2 thn)


- Tuan Guru Hj. Abdulah Jabi

Pondok Bermin (5 thn)


- Tuan Guru Hj. Mohd Terengganu-
- Tuan Guru Hj. Abd Rahman Bangkok

Pondok Hj. Ismail Tok Som

(1 thn)


- Tuan Guru Hj. Ismail

Pondok Pujuk Dusun Belaga


Mekah

(12 thn)


-Tuan Guru Bali Cahaya

- Tuan Guru Karim Banjar

- Tuan Guru Abdullah Sedawat

- Tuan Guru Rashid Jalal


www.abu-alawi.blogspot.com

Anonymous said...

org2 g mngata tg hj lah tu dah rase alim sgt k??ko ada bukak mdrasah??ko igt calang2 orang k bleh bkak mdrasah hah??!!SDAR DR LA CKT....

Aku said...

Moga Allah mengampuni dosa orang-orang pas yang aku kasih...

Adapun Tok Guru Hj Lah (Hj Abdullah Sa'amah)yang Aku terlebih kasih dan hormat daripada orang pas dan ketua-ketua Pas...Ku doakan semoga Tuan Guru Hj Lah diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan kerana Pengorbanan yang Tuan Guru Hj Lah lakukan terlalu besar dan sangat mencabar ...

freeman said...

korang semua jahil mcm nik aziz..dr segi feqah, usuluddin, tasawwuf, semuanya bercanggah dgn ahli sunnah wal jamaah....

layak ke org mcm ni jadi mursyidul Am????

ko kenal ke Hj LAH??dia ni org yg sebenar2 nya ALIM..AKU ADALAH SALAH SEORG ANAK MURID BELIAU...

nik Aziz adalah MA...Mudhollilul Am..bkn Mursyidul AM..sesat lg menyesatkan org lain...

Abu Hasan Chan said...

TG Haji Abdullah Geting dalam ceramah-ceramahnya telah mengisytiharkan Nik Aziz Nik Mat sebagai kafir kerana menganut fahaman Wahabi. Kalau begitu Mekkah sekarang sedang dikuasai kafir Wahabi ...kenapa UMNO tidak mengajak kita membuat tunjuk perasaan di Kedutaan Arab Saudi unuk mengahalau ulama-ulama Wahabi keluar daripada Kota Mekkah kerana mereka adalah kafir belaka ?

Yang tidak adil ialah TG Haji Abdullah hanya kata kepada Nik Aziz itu kafir sedangkan kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak berani berkata kerajaan Arab Saudi adalah kafir ?

Fasal menyambut Maulid Nabi , saya boleh faham maksud Nik Aziz. Itu sekadar fahamannya sahaja. Sambutan maulid sebenarnya ada fadhilatnya , ia sudah lama diamalkan tapi adakah sekadar ketika menyambut maulid kita ingat kepada ajaran Nabi ? Sedangkan manusia yang zalim , pembohong , penipu dan kianat ada juga yang sambut maulid. Jika maulid itu disambut secara hakikatnya ...harap-harap manusia yang jahat akan berubah dan adakah mereka sanggup berubah kerana menyambut maulid ?

Seorang penceramah UMNO berkata adalah tidak baik dan biadap dalam ceramah bulan maulid kita gunakan kata kesat , memaki hamun ketika bersyarah. Jika kita mendengar cermamah TG Haji Abdullah Geting , dia sebut ...Nik Aziz binatang , kafir , mencarut dsbnya dan disambut dengan tepuk gemuruh orang UMNO ...adalah itu sambutan maulid Nabi ?

Adakah TG Haji Lah Geting mencontohi akhlak Nabi dan betulkah itu cara dia menyambut maulid ? Dia bersyarah dalam majlis maulid Nabi ...dia berselawat dalam majlis maulid dan kemudian memaki Nik Aziz.

Ini bukan fitnah ..tapi benar

Anonymous said...

demo semua tok kenal ust loh tu...acu tanya ore kampung dio sendiri sapo ust loh ni...berat benar perangai..malah nok royak jah,banyok do oh...kecek pun tipu banyak..kalau tok kenal dio tok soh la kato gapo lagi,gi kenal dulu..ambo nok suko sapo2 hok dok puji dio..kha.kha...matlumat tok sampai mano..kesimpulannya jgn lah dengar surat kaba tu..nok pelaga ore jah..masjid geting loni pun nok usul tok bagi ust loh ceramah doh..pecoh habih makmum..tok bilal pun satu,maso tok imam tua jadi iman,tokse azan..sebab tok iman tua ore Tok guru nik aziz..berat benar..tu set demo kenal lagi anok2 buah ust loh lagi..pah tu acu tahu etek sapo hok bagi elaun ceramoh ko ust loh sokmo..hahahaha..satu lagi,dio royak gi jupo tok guru nik aziz nok debat..mano ado gak..tok guru dok tunggu sokmo dio nok mari..tok mari2...kecek blowok la ust loh..

Anonymous said...

korang semua jahil mcm nik aziz..dr segi feqah, usuluddin, tasawwuf, semuanya bercanggah dgn ahli sunnah wal jamaah....

layak ke org mcm ni jadi mursyidul Am????

ko kenal ke Hj LAH??dia ni org yg sebenar2 nya ALIM..AKU ADALAH SALAH SEORG ANAK MURID BELIAU...

nik Aziz adalah MA...Mudhollilul Am..bkn Mursyidul AM..sesat lg menyesatkan org lain...ANOK MURID PUN SUPO TOK GURU DIO...KHAKHAKHAKHAKAH...AKU NI WARIS DIO...RETI ETEK..MU FAHAM KO DOK AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TU GAPO...KECEK SUPO PANDAI TAPI....KALU MU NI JENIS SUKO BACO..BACO ETEK BUKU YUSUF QARDAWI..KETUA ULAMA SEDUNIA..DIO NI PUN MU NOK KATO SESAT JUGOK KO?..ATAU HEBAT UST LOH LAGI PADA DIO...HAHAHAHA..PAYOH JENIS ORE DOK DENGAR TOK GURU DIO JAH...

sir said...

mu pon bodo mcm guru mu hj loh tu.....apa dia ahli sunnah wal jamaah nie.cubo mu royak memolek.aku tggu reply mu.guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

Anonymous said...

kpd puok duk sokong hj loh...duk kato ko tok guru dale program mualid..kato tahi dio lebih baik dari nik aziz,,kato nik aziz binatang,bengong,kafir,fatwa kato wajib sokong umno haram masuk pas..apo cerito ni....kitab pondok ada royak gitu ko?duk kato UMNO perjuang islam...halal lesen judi halal bokali?wi permit konsert salem dale bule poso beberapo seketiko dulu, pada maso yg samo sekat ore berhimpun nak baco yasin...UMNO juang islam ko tu?tubuh parti lain la doh kato PAS wahabi..UMNO fasik...

ALFAROOK ABU ALHAFIZ said...

beginilah ambo nak tlg jawab bab maulud.sbnrnye bab maulud tak payah bisinglah,mu nak sambut sambutlah 40 hari 40 malam pun,moleklah ingat ke nabi,tapi janganlah sampai mu maki hamun orang yang tak ambil pendapat boleh sambut maulud.begini kalu mu marah sungguh kepada orang yang tidak setuju dengan sambutan maulud,ambo nak cabar supaya kalian tak payah pegi haji ke Mekah,lepas tu tak payah dengar khutbah Syekh Ben Baz ( khatib hak baca khutbah musim haji di padang Arafah)kerana beliau berpendapat berdasarkan dalil dan hujah-hujah dari quran dan hadis bahawa sambut maulud adalah bidaaaaaaahhhh,kerana Nabi sendiri dan sahabat-sahabatnya tidak sambut pun.wallahua'lam.

Anonymous said...

Ustaz ni x paham ke status syahadah bila sokong pembohongan & kezaliman pemimpin? Bila sokong sekularisma? Bila tolak & menentang hukum Allah? Org x belajar tinggi pun tahu hukum hakam...Inikan pulak tok guru pondok...Nampak sangat sesat tok guru pondok geting nih...Nak cabar TGNA, tapi menampakkan kedanagkalan ilmu sendiri...huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.