Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 25, 2009

Cerita Sebenar Mengapa Hasan Ali Lawan SELCAT

Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun:
Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan

(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.

Aku ni dah masuk PAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu hebat, aku rasa aku lagi hebat. Sebab tu aku rasa pandangan aku lagi mendalam dari pandangan kau. Jadi, aku mintak kau terbitkan surat aku ni. Biar semua orang tau.

Hasan Ali kena tunjuk kat DO2 dan ADO2 ni yang dia bukan di sebelah SELCAT tapi disebelah mereka. Sebabnya para DO2 dan ADO2 ni penting untuk perancangan Hasan Ali dan geng2 yang sekutu dengannya. Geng apa tu? Geng Perpaduang la, geng apa lagi.
Aku dah dengar Geng Perpaduang ni bekerja sama dengan Task Force 2010 untuk tengok PAS dan UMNO duduk dalam satu Barisan pada tahun 2010 nanti.

Jadi, Hasan Ali diberi tugas untuk menjinakkan para YDP2 dan pimpinan2 Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ni solid belakang dia.
Cara terbaik adalah menggunakan khidmat DO2 dan ADO2 ini untuk memberi projek dan kontrak pada YDP2 dan pimpinan2 di peringkat akar umbi. Aku duduk dalam JKR aku tau la.

Sebab tu kau tengok masa mesyuarat Perhubungan Negeri, majoriti YDP2 ni dah jadi macam lembu kenyang. Senyap je. Tunduk je. Apa si Hasan Ali tu nak kelentong semua diorang telan macam telan racun lalang. Semua tak berani lawan, semua tak berani nak bantah sebab semua dah kena beli. Semua dah kena jinak.

Kau tengok Pemuda Selangor pun sama. Baru pegang jawatan dalam Pemuda Negeri, dah tukar kereta dari WAJA ke Mercedes. Mana dia dapat duit?

Pemuda Selangor ni semua dah kena beli jugak. Semua dah jadi macam lembu kena tarik hidung. Apa Hasan Ali nak semua diorang turut. Masa Khalid kena serang isu kepala Lembu, Pemuda PAS Selangor ni macam tak wujud. Tak dengar satu benda pun dari Pemuda PAS Selangor. Al maklumlah, dah jadi lembu kenyang. Duduk je la tunggu kena sembelih.
Jadi, bila Teng serang DO2 ni, diorang dah nak mogok. Tak nak dah bagi projek kat YDP2 PAS kat Selangor . Tu yang Hasan Ali melenting tu. Kalau projek stop, habislah dia. Semua YDP2 ni nanti berani lah balik memberontak lawan dia. Dah lah dia ni sejak awal memang tak popular.

(Nota Editor: Patutlah Hasan Ali berbangga sangat. Dalam recording dengan blogger UMNO, dia kata lebih 60% PAS Selangor memberi sokongan padu pada dia).

Bagi aku, 70% YDP dan AJK2 PAS Kawasan kat Selangor ni mesti ditukar dan ditukar sekarang. Semua dah kena bagi makan nasi kangkang Hasan Ali. Semua dah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih. Kalau tak mula bersih diorang ni, alamat dalam 2-3 tahun PAS akan jadi sebijik macam UMNO.

Aku paham sangat la sebab apa si Mustafa Ali tu sokong sangat Hasan Ali. Pertahan macam tak mau. Sebab kalau Hasan Ali kena tendang dari PJ, segala perancangan Task Force 2010 ni akan gagal. Macamana nak jinak orang-orang yang diperlukan untuk menyokong usaha diorang nak bawak PAS tubuh kerajaan dengan UMNO?

Aku bagi warning pada semua YDP2 PAS dalam Selangor ni. Kalau korang tak mula bangkit dan bertindak cara yang korang diamanahkan bertindak, aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek.
Cuba tengok lah masa Mesyuarat Perhubungan Khas SELCAT tu. YDP mana yang kuat berkokok sokong Hasan Ali, tu adalah antara calon-calon jelas YDP yang telah menjadi Lembu Kenyang.

Hasan Ali ni memalukan PAS. Kata jadi Exco Kemudahan Awam, tapi buat kerja macam taik. Mesyuarat dengan dia macam duduk dalam karaoke. Buang masa. Dia ni kerja dia melalut je, bukan tahu ape bende pun. Harap nama je sedap, tapi buat kerja hampeh. Baik lagi Fatah Iskandar dulu. Bila mesyuarat dengan Fatah dulu, banyak masaalah selesai. Bila mesyuarat dengan Hasan Ali, bukan nak selesai masaalah tapi masaalah lagi bertambah-tambah.

Tu lah setakat ni. Tulang Besi, kau ni kira baru lagi dalam PAS banding aku. Kau terima lah nasihat aku ni. Kau kena belajar banyak lagi pasal seni politik ni. Dalam politik, lagi banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Veteran PAS dalam JKR

(NOTA EDITOR: Terpulang pada Saudara/ri pembaca untuk membuat penilaian sendiri tapi dibawah ini dibawa satu komen dari pembaca Malaysiawaves:

"Anonymous said...

TB,
Perancangan Task Force 2010 diSelangor sebagai mana dilaporkan tu memang nampak sehingga begitu ramai YDP-YDP Kawasan diSelangor dan ketua-ketua dewan menjadi "bisu dan kaku" kerana diumpan dengan "projek-projek".Maklumlah,selama ini tak pernah merasa projek,tiba-tiba "bulan jatuh keriba".Maka itulah sebabnya tak begitu ramai yang "berani"menentang Hassan Ali.Mereka ini tidak sadar siapa dibelakang Hassan Ali.Hanya beberapa orang saja diSelangor yang punya keberanian dan mereka telah pun dihukum oleh Hassan Ali.Yang menentang Hassan Ali tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak yang sudah "kenyang" ni.Setakad ini,munkin Task Force 2010 telah kecewa diKelantan tapi mereka berjaya diSelangor.

Bercakap tentang Task Force 2010 ini,terdapat 5-6 orang diperingkat PAS Pusat yang telah "termakan budi" agensi ini.Kita boleh melihat cara mereka "termakan budi" dengan gaya-hidup mereka - mewah,kereta besar,rumah macam istana,selalu keluar negeri dan senang menghulurkan dana jika untuk projek mereka.Ana tak mau menamakan mereka - carilah sendiri.
November 24, 2009 10:32 PM "

31 comments:

Anonymous said...

"aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek"

_________________________

Kalau jujur si veteran PAS ni,dedah aje,apa tunggu lagi.Perbuatan salah tetap salah.

Nampak macam tak jujur aje.

Sebal said...

Salam, gue tabik sungguh dgn pengirim surat ni..atau pelapor ni bersam TB..memang gue tabik...ha haahaa haaa hahaa..ni mesti pasal dia dab TB tak dpt project dari HA or DO and ADO...kloYDP and activis pas tak ambik and buat business..hangpa harap sapa yang akan buat business and semua kerja -kerja contarct seperti angkut samaph, potong rumput, baiki lampu, jalan dan sebagainye...takan mau bagi ke ahli umno and contarctor yg jelas penyokong umno..gue klo buka business tentu ..gue juga akan minta project and tengok apa project yg gue bolih masuk..tapi gue rasa...bukan semua yg dpt project tu org pas..tentu ada PKR and penyokong DAP..and ada businessman yg atas pagar..gue rasalah...lho ni...benci dekat HA bukan pasal apa sangat..cuma pasal lho tak dpt project and lho ke tendang dari jadi org kanan HA aje..gue rasa lah..klo salah maaf ajelah..gue sebenarnye suka cara HA bg kan project sama banyak utk tiap penyokong and petugas PR..contoh potong rumput...dari d beri satu kawasan utk satu co dgn nilai rm20000.00 d pecahkan kepada 2 ke 3 co..dapat juga pemuda and penyokong pas and pr project..jadi semua busy..and taklah macam TB asik entam HA aje..tarak kerja lain ke..ok..

Verteran PAS Dalam JKR said...

Abang Sebal,

skrg ni open tender, sapa2 boleh dapat projek,.

Tapi pegawai2 kerajaan yang lahabau ni semua dia masih bagi kat UMNO.

Tapi, untuk YDP2 ni sepesel kase. Nama diorang akan di Up kan oleh kerana hubungan mereka dengan Hasan Ali dan juga Task Force 2010.

Jadi, dalam semua kontrak pegi ke UMNO, ada yang terlepas ke YDP2 PAS sebab itu arahan UMNO dan Task Force 2010

Anonymous said...

hu..hu..tak abes-abes lagi??
best..camni la...selagi lom bungkos Hassan ali ngn Pas kat Selangor jangan berhenti !
Wa caya sama lo!

Anonymous said...

veteran pas dan TB

i dont think semua YDP terlibat tapi yg aku boleh confirm di tempat aku,YDP cuma ahli majlis tapi kuncu kuncu dlm ajk kawasan ramai terlibat,that's why aku dah malas nak join dengan aktiviti PAS skg ini.bukan aku saja ramai teman2 pas aku serupa macam aku,kami naik malu bila masyarakat setempat perli esp masa kat surau/masjid.

kalu ikut perasaan marah dan geram aku,nak aku dedahkan nama nama org ni kat sini dan projek yg depa dapat,kesemua 3 dun tempat aku org2 ni terlibat.walaupun projek2 tu kecil2 saja macam kutip sampah,tapak ramadhan dll tapi sama jugala.peranagai sebijik macam umno.

bila mesyuarat sekarang org2 ni akan gunakan pendekatan yg di ajar oleh pas selangor semasa road show haram depa baru2 ni iaitu bersatu dan wala.

aku yang kecewa.

Tulang Besi said...

aku yang kecewa.

Caranya adalah ambil bukti bertulis atau pernyataan yang jelas.

Lepas tu email pada malaysiawaves@rocketmail.com

Kalau kita tak dedah puak2 ni, PAS akan dapat nama buruk.

Bila kita dedah satu nama, yang lain nanti akan takut.

Anonymous said...

Mungkin maklumat ini akan lebih relevan lagi kalau Veteran PAS ini dapat sertakan bukti-bukti seperti tarikh dan di mana mesyuarat sulit di antara YDP-YDP PAS Selangor dengan HA bagi membincangkan strategi politik HA ini dengan Task Force 2010. Jika ikut perancangan BN, Jan 2010 Selangor akan dirampas . Jadi, PR sudah tidak punya banyak masa untuk bertindak. Lebih baik dedah dari main tarik tali aje ...

Anonymous said...

Sup Tulang.

Eh apa punya tur da ...,

lagi mahu ugut-ugut nak serah dokumen la, apa ke jadah da. Serah ajelah.

Wow, sebab ko kononnya masuk PAS zaman Asri maka ko lebih terror berbanding orang yang masuk selepas ko. Maka semua orang (termasuk si Tulang Besi) kena suspek .., err sori, respek ko pasal ko otai.

Wow lagi, sebab ko keje JKR maka respek kena berganda.

Triple Wow, sebab ko ahli PAS zaman Asri yang keje JKR pulak, maka semua cakap ko setaraf hadis sahih yakni semuanya betul lagi benar dan semata-mata benar belaka-laka.

Dan Wow paling gempaq, sebab ko otak ngam & iktiraf si Tulang Besi sebagai blogger pendedah kemungkaran si Hassan Ali, maka apa yang ko dedah melalui si Tulang Besi jadi wahyu turun dari langit .., kan, kan?

Eh, jalan da!

Ko punya kaum yang bikin kacau dalam kampong. Lebih baik ko jual ais krim, ada faedah jugak.

Apa punya tur, biarlah Hassan Ali & Geng mahu bikin perpaduan dengan UMNO. Apa ada hal lebih-lebih boleh ada manfaat. Yang kesumat tak tentu hala pasal apa.

Eh, itu DAP bukan sekadar cakap perpaduan sesama mereka .., baik DAP, MCA, Gerakan semua mereka kongsi matlamat yang sama. Sapa yang berjaya tak timbul isu.

Ko ingat keahlian persatuan-persatuan perniagaan bangsa Cina seluruh Malaysia ambil kira sama ada ahli DAP ka, MCA ka ..??

Ini baru sesama Melayu Islam nak duduk semeja - gengster tahi kucing macam si Otai JKR & Tulang Besi dah kelam-kabut satu Malaya.

Eh, pegi basuh tahi punggung lembu da .. busuk punya tangan punya olang.

Eh, pasal apa bila itu Anwar Ibrahim bagus punya teh tarik dengam si Najib kat Parlimen - ko orang tak curiga pun.

Sedarlah. Jenis ko oranglah sebab Melayu Islam kantoi.

Sebal said...

Habis..klo dah buat open tender..and YDP n Contractor UMNO dpt..apa masalah nye..

klo yg terlepas adn project d pringkat kg..potong rumput , buat longkang, dpt kat ajk pas..oklah tu...itu menunjukan org pas dah pandai berusaha..klo dulu..keja yg sikit ni semua bagi kat umno and kemudian depa subkan ke mamat bangla or indon..jadi gue rasa tak ada salah nye...cuma veteren pas d JKR aje yg senak perut,,,,mungkin dengki kot..pada gue dari bagi dekat umno lebih baik bagi dekat penyokong PR...and klo ada daripada merekka tu ajk pas kaw, or pemuda..janganlah dengki pulak..takan potong rumput punya kerja n angkat sampah korang mau d beri ke umno...kerja-kerja bawah 5K..waa cadang bagi direct aje..jangan tender..sebab memyusahkan and banyak process ..lagi pun JKR kan dah ada senarai harganye..ikut ajelah..contoh,,,poting rumput tepi jalan utama ke meter RM 1.00..so, klo mamat tu buat 5 ko..dptlah 5k ini utk 2 x potong katakan..kira murahlah tu...klo korang tak setuju...bagilah solution..utk..project kecik-kecik ni..mau buat macamana....klo yg lebih rm20K d tender gue setuju..klo bawah 5 ke 10 k...eloklah d bagi melalui cabut undi aje..macam yg BN buat utk contractor kelas F..janganlah asik hendak entam aje..gue tau lah lu tak setuju dgn HA...tapi takan semua yg dia buat tak elok d mata kuyu lu tu...apapun ni pandangan gue,,,klo tak setuju..gue tak sebal pun..sebab gue bukan cari makan dgn hasil tender kerajaan BN and PR pun..sebab gue cari contrac d luar negeri dah lebih 10 tahun.

Anonymous said...

Anon 5.35pm,
Sekali-sekali cubalah pergi melihat sidang Parlimen kita.Nanti kita akan melihat bagai mana ahli-ahli Parlimen beramah-mesra antara satu dengan lain,tanpa mengira parti.Tak percaya pergilah kekafeteria Parlimen.Gambar Najib minum teh tarik dengan Annuar,bukalah sesuatu yang "pelek" dan "luar biasa".Yang buat komen tentang gambar ini adalah mereka yang tak pernah pergi melihat sidang Parlimen atau tak pernah langsung masuk bangunan Parlimen.Mereka itu "bergaduh" dan "maki-hamun" dalam dewan saja.Diluar tak ada apa-apa.Bukalah minda sikit dan fahamilah sistem demokrasi berparlimen.

Yong said...

Pertama, Penatle tunggu keputusan JK disiplin PAS ni. Lembab kalah siput babi kena H1N1.

Kedua, Tak salah dapat projek kontrak kecil2an. Yang salah ialah apabila projek itu terpalit sira (manisan). Sira ini le yang jadi bunga2 rasuah.

TB kena cari bukti wujudnya sira ni.

-thethinker- said...

biar dedah sekarang oleh orang kita sendiri drpd didedah oleh depa masa PRU ... ingat pengajaran dari Ku Li....

Anonymous said...

Anon 5.20pm,
Nak dapatkan BUKTI penglibatan Task Force 2010 dengan Hassan Ali,tak usah mimpilah.Anta tahukah siapa dalam Task Force 2010 ni? Mereka ini bergerak belakang tabir dan dalam gelap sehingga kadang-kadang Hassan Ali sendiri pun tak tahu dia "diperkudakan" sebagai mana berlaku kepada menantu TGNA diKelantan.Apa yang dapat kita kesan hanyalah "hasilnya" saja seperti beberapa orang YDP dan lain-lain sudah tak berani bersuara memperbetulkan Hassan Ali.Tak usahlah asyik nak tanya bukti selalu.Ada kalanya perkara itu benar-benar berlaku "melihat kepada keadaan" tapi sukar nak dicari bukti,namun "hasilnya" tetap ada.

Anonymous said...

Masuk PAS zaman Dato' Asri..Dato' Asri pun masuk UMNO..tak heran la setakat masuk PAS zaman Asri

ayah tua said...

Salam, elok dedahkan terus, jangan bersubhat dengan hal2 yang begini.
biar semua orang tahu. Tapi mesti disertakan dengan data2 nya sekali supsys tak menimbulkan fitnah?
apa kata sahabat2 lain.TK

Anonymous said...

anon 535,

komen tuan memang betul. Tapi yang kelakarnya, orang-orang bawahan, yang xde pangkat dalam politik pun,bergaduh mengalahkan orang politik yang minum teh tarik sama-sama. Sampai cerai berai, putus sedara etc.

Kesian orang-orang bawahan. Nasib korang la labu.

Its time that Malaysians learn that life is not politics alone.


Nonpartisan73

Anonymous said...

Sorry, bukan anon 535 but anon 620.

Nonpartisan73

Anoinimuz said...

lawan sampai hasan ali lempoyang tersungkur

Anonymous said...

hangpa cerita naik merz la..bmw la..tender sana..tender sini..rasuah la apa la...kami yang naik moto kapcai ulang alik cari rezeki x berubah apa2 pun...kepala butoh hangpa!!!..........

Amuraria said...

DEDAH JANGAN TAK DEDAH ! DEDAH SEGALA KEBEJATAN,NANAH ,LENDIR,TAIK PALAT & SEGALA APA YANG BUSUK PEKUNG BAGI BERSIH SEBERSIH BERSIHNYA BARU PAKATAN AKAN KUAT TAK JADI MACAM UMNOI PARTI RASUAH ! TAKAT NAK JOIN DENGAN BARUA-BARUA UMNOI PERASUAH PENGKHIANAT TU DEPA BOLEH PI MAMPUEH LA ! BAIK DENGAN CINA/INDIA LAGI BAIK WALAU BUKAN ISLAM DARI BAIK DENGAN MELAYU UMNOI YANG MENGAKU ISLAM TAPI LAGI TERUK KHIANAT DARI MAJUSI ! PODAAAH MELAYU UMNO !

yusaini said...

Pemuda pas selangor pandai n teruja nk demo n membantah bab2 beyonce konsert ja,negara islam lah sgt ,celaka sungguh poltician genetik melayu,there is no such thing as melayu islam,pas kelantan pun sama,bangga kunun tadbir negeri secara islam,lu org tgk sendiri mcm na attitude org kelantan tgk bola baru ni,stop branding pas as moral police,tak layak pun,go republik,tu ja cara,damn dirty malay apes.

mokh997 said...

dalam memperjuangkan islam allah akan menjaga perjuangan kita seperti mana allah jaga alquran. walau ada penyelewengan 1 titik pun dalam alquran allah akan tunjukkan angkara siapa.begitu juga dalam perjuangan kita memperjuang islam, allah akan tunjuk mana yg buruk mana yang baik, pelan2 satu2 akan terbuka hijab keburukan mereka

tujuh76satu said...

lapuran ni ada juga benarnya.... ydp yang selama ni xde kerja (no basic financial) pun dah bertukar tukar kereta, ketua kampong yang sebelum ni berutang sana sini pun dah naik merc...!! gerak kerja parti di peringkat kaws/caw langsung x jalan. yang aku malu jadi ahli pas ni pasal dulu hasan ni masa kempen siap kutuk2 amno kaw2 kata JKKK tu JIN KACAU KAMPONG siap bebuih mulut... sekarang bila ahli pas sendiri dah duduk jadi jkkk apa cerita???? pulak tu jkkk ni hampeh langsung x berfungsi, macam budak x sekolah!!!! duduk kedai kopi 7-5, kalau ada duit xpe, ni tunggu nak kapak kawan2... wui, malunya aku jadi ahli pas!!! (tengah dok pikir nak jadi ahli parti mana pulak... )

tujuh76satu said...

sebal....(bebal/sengal??)
janganla dek kerana nakkan sokongan, bagi projek tebas rumput kat ahli pas melalui ketua kampong baghal.dunia semakin maju, teknologi semakin canggih.. orang pas jalan gostan!!!!! masa amno perentah, cuci parit pakai jentera (excac.),masa perintah guna kederat ahli pas... tarik rumput macam lembu... kelakar sungguh.konon nak bagi ahli ada income,belum siap sampai kehujung, pangkal parit dah semak semula...... apa punya kerja gila korang dah buat ni???? yang kenyang tok sidang/peng jkkkpr yang bongok tukang tebas rumput!!! buat malu kat amno jer!!!

Anonymous said...

Salam semua teman teman yg telah memberi komen.. disini saya ingin menambah sedikit lagi komen tentang Hassan Ali ni tuan tuan tentu ingat ketika 100 hari Pemerentahan PR di selangor di mana kita berhimpun didewan jubli Perak S/Alam cuba tuan tuan ingat sape yg paling kuat berkokok.seolah olah dia lah MB sel. dan belum pun kerajaan perpaduan diujutkan dikampung saya telah pun ujut ..saya telah menghidu tindak tanduk mereka akhirnya saya membuat keputusan tidak akan bersama mereka walaupun saya adelah ketua ranting dikampung saya ..ini semua telah dirancang oleh org pas agar kerajaan perpaduan di ujutkan dari perengkat bawah..

Anonymous said...

SESUNGGUHNYA FITNAH ITU LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH...JGN HANYA PANDAI MENCARI SALAH ORG SEDANGKAN KITA TIDAK MEMBERIKAN APA2 SUMBANGAN KEPADA PARTI..SERONOK DUDUK DILUAR SAMBIL KOMPLEN ORG KAT DALAM..SAMA2LH KITA MUHASABAH DIRI..APAKAH SUMBANGAN KITA PADA PARTI..JGN HANYA PANDAI MEMBUAT FITNAH..INSAFLAH..(jgn x publish)

Anonymous said...

ceh.YDP2 tu sepatutnye teruskanlah macamtu. nanti si mamat hasan ali nie pening pala nak bagi projek apa lagi kat depa bila depa sudah lapaq.kakaka.apa susah? nie si kes UMNO parti maksiat nie, tanggungjawab kita la sebagai pengundi. kewajiban seorang Islam. pilihlah parti yang afdal.Pilih parti yang salah, kita semua tanngung dosa.pilihan raya nanti paham2 jalah.from_budak

Anonymous said...

Dalam Parlimen,MP BN semua senyap betul atau tutup mata mulut walau apa terjadi kepada masyarakat asalkan ada kontrak mari.Sekarang selangor pas pun nak ikut cara cari duit senang.Anwar mesti cakap dengan TOK GURU untk tedang keluar semua muka duit ni sebelum terlembat sebab kanser ni cepat mrebak, nanti ke Dap dan Pkr juga.

Anonymous said...

tepuk tANGAN ramai2..... inilah manusia namanya...

Anonymous said...

Ape kena mengena tepuk tangan dgn manusia? Ini politik sihat..tak mcm dulu time BN memerintah, buat onar suka hati mak bapak dia mcmlah negara ni keluarga depa yg punya..Rakyat buat apa time tu?? tengok leleh air liur..lebai2, ustaz2, imam2, mufti2 p mana??? nk teguq pun teketaq!! Yg duk lawan org2 yg sama..duk kluaq masuk balai polis/jail.Bila dh dpt kuasa memerintah eloklah kita pakat tibai bantai mana2 yg tk betui, jgn duk biaq hanyut karam mcm puak2 UMNO tuh! Kalu tk tequq duk syok sendiri plak.Pemimpin2 kt mesia ni tk mcm kt europe, hongkong, taiwan, jepun etc (yg gagah2) kalu gagal tk yah tunggu rakyat bising, terus letak jawatan even skandal kecik2 (ada maruah!)Pemimpin mesia masih dlm sindrom 'syok sendiri' n 'tak tau' malu regardless mlayu, cina or india..sebab acuannyer sama!!!

Anonymous said...

KALAU BETUL ADA BUKTI, APA LAGI DEDAHKAN LA.. POODAH....SEMUA TU REKAAN JE. OLEH KAUM BUKAN MELAYU YANG TAKUT SANGAT DENGAN PERPADUAN MELAYU. TAKUT KALAU MELAYU BERSATU. HASSAN ALI NAK BUAT KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO? KAT MANA SALAHNYA? BIAR LA. MEMANG ITU ADALAH SATU KEBAIKAN. APA YANG KORANG TAKUT?
TAPI ADA SATU BENDA YANG BETUL2 KETARA DALAM KES NI IAITU:-

1. kenapa waktu Hassan Ali diambil jadi calon, dialah ulama yang disanjung. tapi bila nak bergabung dengan umno, jadi orang yang terkutuk pulak.

2. apa salahnya dengan perpaduan dengan UMNO.

3. ye ke orang2 PAS ni senang sangat dibeli? Laa.. selama ni berbangga sangat dengan calon2 dan pengikutnya yang sungguh islamik, tapi sekarang.... pikir la sendiri..

4. kira nya orang2 PAS ni mudah dibeli la? entah2 kat negeri lain pun sama gak.. ha..ha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.