Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 6, 2009

Dakwah di Selangor Lebih Hebat Bawah DAP atau UMNO?

Itulah hujjah Abg Mat dalam ceramah-ceramah beliau sekarang ini. Punyalah teruk serangan pada DAP di Selangor ni, sampai dah terlupa semua betapa nyamannya sausana dakwah di bawah DAP berbanding UMNO satu masa dahulu.

Masa Khir dan UMNO mentadbir Selangor:
a. Mufti dipecat dan diaibkan
b. Masjid di huru harakan dengan melakukan rampasan kuasa bersama bantuan
gangster
c. Penceramah-penceramah tersohor digam dan ditangkap
d. Polis digunakan untuk menghalang ceramah dari pimpinan2 PAS seperti Tok
Guru Nik Aziz
e. Duit zakat diberikan untuk pertandingan golf
f. Tazkirah Ramadhan di “ban” sama sekali.
g. Masjid-masjid dipaksa untuk melakukan 20 rakaat terawih bagi menghalang
tazkirah
h. Suasana ramadhan jauh lebih meriah di bawah pemerintahan DAP berbanding
bawah UMNO. Malahan sebusuk2 Pairin, beliau tak pernah campur tangan
pentadbiran MAISabah.
i. Program dakwah jauh lebih semarak di bawah DAP sampai forum perdana sudah
boleh diadakan kembali di Stadium. Masa bawah UMNO mana boleh terutamanya
lepas 1999.
j. Bawah UMNO ada pemimpin UMNO yang ditangkap khalwat, tapi kes dipendam.
Orang kat Selayang tahu kes ini. Kertas pertuduhan tu pernah tersebar satu
masa dahulu
k. Ceramah2 dalam rumah persendirian ni bermula zaman UMNO memerintah kerana
masjid2 dan surau2 ditutup dari menjalankan program dakwah.

Itulah faktanya. Puak2 yang kuat mengata Pakatan Rakyat kat Selangor ni BUKALAH MATA KAMU. Bukan jauh benar pun, bandinglah bulan posa 2007 dengan bulan posa 2009. Jauh lebih meriah tahun ini.

Ustaz2 Terengganu Memenuhi Selangor dan Lembah Kelang

Di bawah dinukilkan luahan hati dan perasaan salah seorang pembaca Malaysiawaves. Nada marah beliau sangat terserlah, namun kemarahan beliau ini tidak akan berlaku sekiranya puak2 Fraksi UMNO ini tidak belot dan cuba untuk mensabotaj Pakatan Rakyat Selangor. Saya dapat maklumat juga antara Fraksi UMNO ni terpaksa pindah dari Selangor ke negeri lain kerana mereka sudah mula di boikot oleh jiran-jiran mereka. Mereka dapat lihat betapa jiran-jiran mereka sudah mulai melayan mereka dengan layanan yang dingin


Anonymous said...
Penuh Ust-ust PAS terengganu datang ke Selangor untuk berceramah dan cari makan selepas Pakatan rakyat memerintah. Semua masjid, semua surau bunyi loghat terengganu. Kat gombak tu, dah macam Kuala Terengganu, semua masjid bunyi terengganu belaka. Semuanya Hj Hadi ceramah. Member tanya, berapa Hj Hadi ni boleh berada dalam banyak tempat dalam satu masa ke? Semua ceramah macam hj hadi belaka?

Meluat, nak termuntah. Ceramah kat Selangor, guna bahasa Selangor la, bahasa Standard, jangan guna bahasa Terengganu. Then, kalau tak ada identiti sendiri, baik tak payah ceramah. Tak payah nak tiru-tiru Hj Hadi. Muka tak malu, meniru stail orang lain. Kalau aku nak dengar Hj Hadi ceramah, aku pergi ke Rusila sendiri. Tak payah dengar klon dia.

Saya anak jati Selangor, keturunan Selangor sejak Raja Lumu memerintah Selangor. Saya rasa malu dan tercabar bila mana, geng Terengganu buat kurang ajar kat Selangor nih. Macam negeri Selangor ni dia punya. Ceramah guna bahasa terengganu, lepas tu hasut orang selangor supaya Pakatan Rakyat berpecah belah. Tinggal ajelah kami kat sini, kami tahu mentadbir negeri kami.

Bagus la sejak zaman Pakatan rakyat, ust-ust PAS terengganu datang ke Selangor untuk cari makan. Tetapi jangan kacau kami, Pakatan Rakyat kat Selangor ni. Korang nak buat apa kat terengganu, nak berpeluk dengan Dato Mat Said ke, lantak korang, tetapi jangan export mentaliti korang dan jangan kacau kami rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat Selangor.

Nih, Hasan ALi and the geng, kalau nak sangat berwala kan terengganu, pergi berambus ke terengganu sekarang ni, jangan menyibuk duduk kat Selangor. Pru13 jangan bertanding kat Selangor, pergi bertanding kat Alot Limbat. tengok, boleh menang ke tidak.

Sial betul!!!!!
November 6, 2009 10:34 AM


Komen saya: Saya faham perasaan saudara. Saya rasa ada banyak petunjuk yang baik dari nukilan ini. Misalnya:

a. Minta Ustaz2 Terengganu supaya mengubah dialek bila berdakwah di Selangor.
Mungkin mereka baru lagi dan memakan masa untuk menguasai bahasa Malaysia
standard dalam pertuturan. Tapi, apa salahnya kalau ubah kerana bahasa
Terengganu ni kalau orang tak biasa memang tak faham.
b. Saya pernah naik teksi dengan isteri saya di Kuala Terengganu dan berborak
dengan driver teksi. Isteri saya orang Melaka, satu habuk pun dia tak faham
apa yang driver teksi tu cakap.
c. Pelik pula kenapa takda orang komplen pasal Ustaz2 Kelantan padahal Ustaz
Kelantan lebih ramai dari Terengganu di Lembah Kelang ni
d. Angkara nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Saya yakin ramai ustaz2
Terengganu ni dah nampak kelebihan kerajaan Pakatan Rakyat dan mereka ramai
dah tukar pendapat mereka. Saya yakin ramai ustaz2 ni TIDAK menyokong fraksi
UMNO dan menyokong Pakatan Rakyat.
e. Yang menyokong Fraksi UMNO ni bukan orang Terengganu je. Ustaz Mat Zain tu orang Kedah. Duduk Selangor berpuluh tahun, telo Kedah tak boleh hilang.
f. Bukti jelas, kerajaan Pakatan Rakyat lebih lunak dengan Islam berbanding
UMNO/BN

Bagi saya komen ini adalah luahan marah seorang penduduk Selangor kepada Fraksi UMNO yang cuba mensabotaj Pakatan Rakyat di Selangor. Ahli2 PAS haruslah membersihkan PAS dari Fraksi UMNO.

Fraksi UMNO ni umpama bisul yang telah membusuk ke atas PAS yang wajib PAS potong dan buang.

Tulang Besi


22 comments:

Anonymous said...

Pembetulan tajuk : "Dakwah di Selangor Lebih Hebat Bawah PAS atau UMNO" la bongok!!!!..bukannya DAP!!

bila masa lak DAP jaga hal ehwal Agama...

carlos said...

Tajuk pun tak betul... Saja Allah nak Tunjuk..

Tulang Besi said...

Selama ni kan UMNO selalu kata Selangor skrg bawah penguasaan DAP.

Apa yang tak betulnya?

shafiq said...

ko tu yg ngok anon 4:01
sapa yg tarik bantauan sekolah ugama kalo bukan umngokk
sapa yg bagi bantuan sekolah agama lakkk kalo bukan DAP
tu aku bagi contoh laa
buat malu org islam la ko nii
ader otak fikir laaa
ko pon sama la carloss
tak yah la nyibukk kat siniii

zakwan said...

Yeah, allow UMNO/BN 2 retake Selangor by January 2010 as RPK predicted
While u stupid UMNO loving Selangor Malays continue wit ur worthless lives,that MB "pendatang" Khir Toyol can continue making more toilets n swimming pools in that lavish mansion of his as well as bringing his family(n his maids) 2 Disneyland

I'm no fan of DAP Selangor due 2 chauvinist like Ronnie Liu but I'll sure support them over the UMNO bastards anyday

dino.yp@gmail.com said...

aku dah kata Mat Sabu..n tu bapak provokasi. Mana ada point!

orangkampung said...

kalau korang tak halang kafir harbi ni berucap kat saf dalam masjid akan ada lagilah kafir harbi ni yang akan sampaikan ucapan...so korang pakailah ucapan kafir harbi ni hari tu?

memanglah dasar penjilat pungkok kafir harbi...juburi...mahaliwati...nenek fatwa ajaran sesat ajis...

lain kali kalau korang kata boleh kafir harbi bagi ceramah panggil lah eli wong suruh dia buka dan selak kain dia dalam masjid tu...

tolonglah jangan buat ajaran sesat...PArti Ajaran Sesat Semalaysia....

1kelantan, balak dilicinkan, minta sedekah ehsan.

satu lagi suruh tuk nenek najis ajaran sesat letak jawatan atau gali lubang kubur dia siap-siap...manalah tau dah sakit-sakit tu...

orangkampung said...

sekarang ni selangor kena perintah kat DAP dari belakang tabir...apa taknya DAP suruh pecat Hasan Ali...Pas ngan PKR kena ikut!!!!taqkut nanti Ronnie marah....Dasar Pas Takut DAP inilah amalan mereka.

Inilah yang dikatakan Dap bukan Pas.

renung-renungkan dan fikirkan....tangan yang dib elakang tabir tu lebih hebat dari Pas...DAPIG la.

Anonymous said...

Tulang besi,

Kau ini betul dah tak betul. Yang dinampaknya kesalahan orang sahaja.

Kami rakyat selangor bukan nya buta dan pekak. Dakyah PAS melalui mesjid dan surau sebelum PR12 keterlaluan. Memang patut dibendung oleh JAIS. Bila dibenarkan taskirah, meletup-letup mengutuk kerajaan.

Kami rakyat selangor mengeleng kepala saja. Ingat brother, kemenangan Pakatan bukan pasal kami syok nak undi kat kau orang, kami nak ajar BN sahaja. Malangnya bila semua nak mengajar, jadilah kemenangan yang semua orang tak duga.

Tapi, percayalah sejak dari itu, kami menyesal tak sudah.

Yang kami tak faham, apa baiknya DAP yang kau puja-puja tu.

Pandang dan lihat lah
sekeliling.

90% ORANG MELAYU SELANGOR DAH MELUAT DENGAN PAS. ELOK BALIK JE KE PANTAI TIMUR DENGAN LOGHAT KAU ORANG MASING-MASING.

Tulang Besi said...

Marahnya orang UMNO ye. Semarah-marah orang UMNO, marah lagi kami jemaah2 Masjid yang dirampas UMNO cara zalim satu masa dahulu.

Ingat tak? Sekarang ni Allah SWT sedang membalas kezaliman kamu, wahai UMNO sekelian.

Anonymous said...

Betul tu, Selangor memang lebih hebat didakwah DAP berbanding Selangor.

Masa Umno perintah Selangor dulu ramai yg keluar UMNO atau tak pangkah UMNO, so dakwah UMNO tak sampai tahapnya.

Masa DAP perintah Selangor, ramai yang masuk DAP, cawangan2 DAP baru dibuka di Puchong dan tempat lain dengan disokong majoriti orang Melayu Islam. Kiranya dakwah dan tarbiyah DAP memang lagi power dari UMNO. Kini ramai orang Melayu menyokong DAP secara terbuka.

Tapi antara dakwah2 tu, dakwah PASlah paling tak power sekali. Engkau kalau masuk PAS kalau tak sokong puak erdogan jangan haraplah ko ada kebebasan bersuara dalam PAS. Silap2 kena pijak2 sampai lunyai dek puak erdogan ni. Dakwah PAS kalau tak maki hamun campur pembunuhan karakter tu kira bukanlah orang yg muktabar di sisi puak erdogan, dan disyaki agen Umno yg ingin memusnahkan kump erdogan dari mencapai maksud politiknya.

Grand Marquis said...

TB sepatutnya merujuk pada al-Quran sebelum berbicara. Sebutkan dalam surah mana dalam al-Quran yang orang kafir ni akan merasa aman dan membiarkan dakwah Islam berkembang dengan lebih hebat. Sebutkan wahai TB jika kamu ni orang yang benar.

Kalau kenyataan kamu ini benar, bererti apa yang disebutkan oleh Allah S.W.T. dalam al-Quran itu salah.

TB janganlah menyeru umat Islam untuk mengulangi kesalahan orang Islam singapura dulu. Apa yang dilakukan DAP adalah sama seperti gula-gula yang diberikan Lee Kwan Yew untuk umat Islam disingapura. Apabila mereka tidka berkuasa, mereka berpura-pura menjadi Islamic friendly. Umat islam ketika itu jahil dan menaruh kepercayaan kepada Lee Kwan Yew dengan harapan nasib mereka akan terpelihara. Akhirnya bila mereka sudah menguasai keseluruhan negara, mereka menunjukkan belang yang sebenarnya sehingga hari ini mereka tidak ada apa-apa lagi kecuali menumpang simpati dengan orang kafir.

Pemerintah Islam yang korup adalah suatu hakikat yang perlu umat Islam hadapi di akhir zaman. Malah ada hadith-hadith dari nabi S.A.W. yang mengingatkan kita bahawa umatnya akan diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang korup. Masalah in adalah masalah umat yang perlu ditangani sendiri oleh kita, bukannya menjemput orang kafir untuk sama-sama menggulingkan pemerintah Islam.

Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu di bakar.

Anonymous said...

Memang betul Grand Marquis cakap bahawa kita kena berhati hati dengan pemimpin yang korup.

Tetapi siapa yang korup?

Siapa yang bina istana rm24 juta?
Siapa yang membawa satu keluarga dengan maid sekali pergi Disneyland?
Kenapa takde reaksi dari pihak berkuasa?
Siapa pulak yang menelan RM2 bilion kat Port Klang?

Memang kita kena berwaspada dengan pemimpin korup...

Anonymous said...

Orang Kampung,
Kalau pun nak membela Hassan Ali,agak tak kena mengatakan DAP suruh PAS keluarkan Hassan Ali dari jadi PJ Selangor.Ini cakap merapu,tak berasas dan sengaja nak kelirukan orang.
Hassan Ali didapti bersalah kerana kerap menikam MB Selangor dari belakang dan buat kenyataan terbuka melalui sidang akhbar walhal dia adalah seorang EXCO kanan Kerajaan Selangor.Macam mana seorang yang dalam team yang sama boleh menghentam dasar yang sama-sama telah persetujui.Ini serupa macam "gunting makan dalam lipatan" - tak ada kena-mengena dengan DAP.
Yang mau Hassan Ali didisiplin ialah AJK PAS Pusat atas desakan ramai ahli PAS sebab mengancam kesetabilan Kerajaan PR diSelngor.
Ada faham.Kalau tak faham dan pura-pura tak faham jangan tulis apa-apa khuatir orang kata "gulungan terencat akal".

Anonymous said...

Grand Marquis,
Kalau nak cari pemimpin yang korup memang tak payah pergi jauh-jauh.Negeri Selangor dizaman Khir Toyo ada bertimbun dengan pemimpin UMNO yang korup.Hari ini masa mana Khir Toyo tak jadi MB lagi kes-kes bertimbun-timbun yang masih belum selesai lagi.

Tinta Hitam said...

TB

Bagus tajuk tu.Cukup provokatif ..keh keh keh

Anonymous said...

Kau ingat PAS/DAP/PKR bersih sangat, baru setahun jagung memerintah, dah banyak cerita kami dengar. Dari kerja maksiat bersekudukan (Eli andartu tu), tuntutan bini kemboja ADUN PAS bernilai berjuta-juta ringgit, seleweng peruntukan development fund (DAP), hina islam, sama ratakan kedudukan islam dgn agama lain, isu balak dikelantan dan banyak lagi beb.

Jika kau pun tulang dot dot dot dapat pegang kuasa 2-3 penggal, lagi teruk kot duit rakyat kau kapur.

Siapa nak pemimpin korupt, next election kantoi lah mereka. Tak selamat walau dalam BN.

carlos said...

DAP dakwah dengan memperbanyakkan rumah urut di selangor, itu baru betul.

Anonymous said...

Menurut sumber, hasil perbincangan dengan Pegawai Tertinggi Kerajaan Pakatan Rakyat, Islam yang DAP cakap tu..hanya kosmetik ke.Kat Penang dan Selangor, cerita pasal Khalifah Umar depan orang Melayu& Islam, bila cerita pasal "fundamental" dalam close meeting, diaorang tentang habis habis.

Assabiyah tu memang HARAM, tapi pastikan jangan agama dan bangsa tergadai kerana kerjasama dengan "anak didik" Lim Kuan Yew ini.

PKR tu..perjuangan dia nak jadi PM je.Dulu masa dia jadi TPM, apa yang dia tak kata ke PAS ..sampai "islam kepala hotak depa" pun dia pernah cakap.

Anonymous said...

54 tahun Umno perentah Malaysia.
-Tanah melayu di tukar nama Malaysia
-Tulisan jawi di hapuskan
-Tanah rezab melayu dari 70% dah tinggal 20%
-Elok2 Singapura milik Malaysia di buangnya kemudian salahkan Lee Kuan yew. Sekarang Pulau Batu Putih pulak melepas.
-Selangor dikuasai seekor YTL
-Semua wakil rakyat UMNO dari miskin semua jadi jutawan stelah mengaut kekayaan negara salah seorangnya ialah Zakaria Md Deros seorang penjaga get keretapi.
-mengguna media kerajaan sehabis2nya melanyak mereka yg tak sehaluan dengan pemimpin mereka termasuk dari BN sendiri
- kejahatan dan maksiat pemimpin UMNO di sembunyi secukup2 nya seperti UMNO Selangor -Norhayati Onn dan raba2 oleh Dr JJ.

banyak lagi lah.. mampus aku nak menaip dari zaman Tunku hingga Zaman Najib.

Luda Gago said...

Ini ke dakwah...tp serious ak x tau apa salahudin ayub(pas) buat...
anwar tu biar r....da stended die r kot?
http://www.youtube.com/watch?v=O8Nllxlu_SM&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=TjeBRTe3UIo


-"im a muslim but i only pray and dont drink" -anwar ibrahim

Anonymous said...

Kalau dulu.. bab tuduh UMNO galak judi bola dan sebagainya... nampaknya tuhan bagi cash kat PASberg memang tidak ikhlas.. tuhan dah tunjukkan!!!

Inilah Islam standard Nik Aziz.. Baru je digertak oleh persatuan Cina.. Islam terus di kemudian Undi didahulukan.. Hukum Islam semua dimasukkan dalam tong sampah...

Kepada Nik Aziz dan orang PASberg lepas ni tak payah cakap tentang nak perjuang Islam, nakkan hudud apatah lagi cakap nak buat negara Islam... memang PASberg tak layak cakap tentang Islam... apatah lagi nak tuduh UMNO sebagai tidak Islamik.. apa PASberg itu Islamik sangat!!!

PASberg lagilah teruk kerana kini berada di tapak kaki DAP... baru DAP gertak sikit.. terus menggelupur.. hukum Islam dimainkan, sekejap halal dan sekejap haram.. Islam ala PASberg!!!.. inilah dia ulama akhir zaman.. nik Aziz, Haji Hadi..



KOTA BHARU 17 Mac – Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ”big sweep”... seterusnya baca di sini..

Kepada penyokong PASberg lepas ni bolehlah buang serban tu.. semua tu penipu sahaja.. buat Malu Islam dan Rasulullah SAW.. sunnahNya dipermainkan oleh PASberg!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.