Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 2, 2009

Dr Asri Ditangkap JAIS. Bukankah JAIS Dibawah Exco Agama Selangor?

Saya amat terkejut akan penangkapan Dr Asri, bekas Mufti Perlis atas alasan yang sangat dangkal, yakni tiada tauliah. Tujuan tauliah dibuat adalah untuk memastikan setiap mereka yang mengajar agama tidak menyeleweng dari landasan syara’. Dr Asri Zainal Abidin adalah bekas Mufti Perlis. Mana mungkin orang yang pernah dilantik Mufti seterusnya pernah duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengajar ajaran yang sesat lagi berlawanan syarak?

Bukankah JAIS di Bawah Pengawasan Exco Agama, Dr Hasan Ali?


Yang ni pun satu perkara yang sangat menghairankan. Segala peruntukan yang disalurkan kepada JAIS oleh Kerajaan Negeri akan melalui Pejabat Exco Agama Selangor, yakni Pejabat Dato Hasan Ali. Bagaimanakah JAIS yang Dr Hasan Ali mempunyai pengaruh ke atasnya, boleh melakukan perkara sebegini terkutuk ini?
Diberitakan Dr Asri ditangkap sewaktu memberi kuliah agama (bukan sedang menyanyi dalam sebuah konsert) di sebuah rumah milik seorang peniaga di UK Heights. Di dalam majlis tersebut hadzir sekali adalah ADUN PAS bagi Kawasan Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan MP Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Saya naqal dari MSTAR Online:

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

"Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini.

"Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya.”


Tindakan Ini Dalangnya Adalah UMNO, Saya Yakin

Bagi saya, tindakan ini dalangnya adalah UMNO. Mereka mahu menunjukkan bahawa segala Badan Agama di dalam Selangor adalah dibawah pengaruh dan kekuasaan mereka. Mereka mampu menahan sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.

Lihatlah, sudah setahun lebih memerintah, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi masih belum diizin untuk berkhutbah di masjid Negeri Selangor sedangkan Tok Guru Nik Aziz sudah acap kali berkhutbah di Masjid Negeri Kelantan sebelum ini.
Ini petanda kelemahan PAS Selangor sendiri yang tidak dapat membersihkan JAIS dan MAIS dari pengaruh UMNO walaupun peruntukan kewangan JAIS dan MAIS datangnya dari pejabat yang dikawal oleh Dr Hasan Ali.

Inilah bahananya apabile Dr Hasan Ali lebih mementingkan kehendak mereka yang di Kayangan berbanding dengan kehendak Islam, kehendak Parti dan kehendak rakyat. Asyik2 alasan yang digunakan adalah “Kayangan” mahu seperti ini, “Kayangan” mahu seperti itu.

Kalau mahu ikut kehendak “Kayangan”, berhenti jadi exco dan pergi duduk di bawah takhta. Exco adalah milik rakyat dan bukannya milik “Kayangan”. Oleh kerana itulah, hanya “wakil rakyat” yang layak untuk duduk di kerusi Exco dan bukannya “Wakil Kayangan”.

Dia tidak sedar, “kayangan” bukan suka kat dia pun. Itu yang sampai terjadi kejadian ini
. “Kayangan” sebenarnya meluat tengok muka dia. Itu maklumat yang saya dapat dari sumber dalaman “Kayangan” Selangor.

Penahanan Dr Asri adalah satu perkara yang amat memalukan Islam dan memalukan kerja dakwah di Selangor. Ia petanda jelas betapa lemahnya PAS Selangor menjaga serta mentadbir perjalanan pentadbiran Islam di Selangor. Haruslah segera ditukar exco yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada hari ini, saya malu menjadi rakyat Selangor dan saya malu adanya sebuah institusi kita panggil sebagai JAIS. Ramai lagi tempat maksiat yang boleh diambil tindakan, tapi kenapa Dr Asri yang ditangkap.

Islam Agama Hujjah. Kalau Tak Setuju dgn Dr Asri, Ayuh Kita Berhujjah

Adakan perdebatan tertutup atau terbuka. Jangan tunjuk lagak kononnya anda berkuasa anda hebat. Siapa anda berbanding dengan Dr Asri. Ilmu beliau tinggi dan beliau ada pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Perlis.

UMNO parti pembohong dan penipu. JAIS wajib dibersihkan dari pengaruh UMNO yang telah selama ini menghina serta menjatuhkan Islam. Mereka tidak layak dipanggil sebagai Islam pun atas rekod mereka yang kuat menyokong arak, judi, qazaf, fitnah dan membenci Islam.

Tulang Besi

78 comments:

abu qassim said...

Salam TB.

- "Bukankah JAIS di Bawah Pengawasan Exco Agama, Dr Hasan Ali?"

- "Segala peruntukan yang disalurkan kepada JAIS oleh Kerajaan Negeri akan melalui Pejabat Exco Agama Selangor, yakni Pejabat Dato Hasan Ali. Bagaimanakah JAIS yang Dr Hasan Ali mempunyai pengaruh ke atasnya, boleh melakukan perkara sebegini terkutuk ini?"

- "Bagi saya, tindakan ini dalangnya adalah UMNO. Mereka mahu menunjukkan bahawa segala Badan Agama di dalam Selangor adalah dibawah pengaruh dan kekuasaan mereka."

- "Ini petanda kelemahan PAS Selangor sendiri yang tidak dapat membersihkan JAIS dan MAIS dari pengaruh UMNO walaupun peruntukan kewangan JAIS dan MAIS datangnya dari pejabat yang dikawal oleh Dr Hasan Ali."

- "Inilah bahananya apabile Dr Hasan Ali lebih mementingkan kehendak mereka yang di Kayangan berbanding dengan kehendak Islam, kehendak Parti dan kehendak rakyat."

Komen sy:

Perkara berkenaan dgn DHA lebih baik diadukan kepada Badan Displin PAS untuk disiasat. Dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah dan umpatan jika tidak disiasat, lebih-lebih lg sekiranya perkara ini tiada kebenarannya.

Mohon maaf sekiranya tersinggung dengan tulisan sy ini.

Wassalam.
Abu Qassim

Anonymous said...

Hebat cara TB menimbulkan persepsi pembaca. Dengan cara mudah menghentam Hasan Ali.

Bagaimana jika saya katakan pula, isu JAIS adalah tindakan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Hasan Ali termasuk melagakan PAS, institusi agama dan rakan2 PR?

Bagaimana pula jika JAIS hanya diperalatkan, bukan mastermind dlm perkara ini?

Insaflah TB, anda hanya menulis bagi menjahanamkan Gerakan Islam PAS. Itu sahaja!

Anonymous said...

Badan Displin PAS <------------ BUANG MASA !!!!!

Anonymous said...

Bagaimana jika saya katakan pula, isu JAIS adalah tindakan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Hasan Ali termasuk melagakan PAS, institusi agama dan rakan2 PR?

---------------------------------
Siapa?? terus bagi tau jan main hentam hentam soalan !!! Bangang !!!

Anonymous said...

Bagaimana pula jika JAIS hanya diperalatkan, bukan mastermind dlm perkara ini?

----------------------------------
Confirm sekutu hassan ali dan UMNO mastermind...

abu qassim said...

- "Bagaimana jika saya katakan pula, isu JAIS adalah tindakan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Hasan Ali termasuk melagakan PAS, institusi agama dan rakan2 PR?

Bagaimana pula jika JAIS hanya diperalatkan, bukan mastermind dlm perkara ini?"

Komen sy:

ini juga persepsi maka lebih baik kita semua menjauhinya.

Mohon maaf sekiranya tersinggung dengan tulisan sy ini.

Wassalam.
Abu Qassim

Anonymous said...

Namun yang jelasnya kerajaan selangor tidak ada kepimpinan dan mb,exco dan 'the little napoleon' bertindak tanpa kepala.Yang ada hanya kepala lembu!

Anak Raja Selangor said...

Korang tau tak pengarah JAIS tu bekas setiausah politik Mat Taib? UMNO berkarat tu...

Tentang Hasan Ali korang siasat sendirilah. Aku tak berani nak tuduh tapi aku tak berapa yakin dengan Hasan Ali ni.

Mungkin dia orang ni bersekongkol. Mana tau kan? Siasat...

Anonymous said...

FIRST THING MB MUST DO IS TO SACK THE PENGAEAH JAIS OR THAT ALSO NEED CONSENT OF TUANKU.

Anonymous said...

Sepatutnya orang yang konon berjuang untuk Islam banyakkan mengingati Allah dan jauhkan diri dari fitnah. Banyak berzikir. Tapi TB atau Rahman Panjang atau Rahman Talib ni suka buat dosa. Bertaubatlah. Engkau ni suka nak buat fitnah jer. Kenapa kau tak kata Jais bawah Sultan kan senang. Sultan lagi berkuasa atas hal ehwal Islam. Kau tau tak tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Baik kau mintak maaf kat Hassan Ali. Kalau tak mmg sengaja jer kau dapat dosa kering yang kau cari.
Taubat lahhhh..

Grand Marquis said...

Dalam TB beria-ia mahu memperjuangkan penegakan hukum Allah, beliau sendiri didapati tidak mengikuti hukum Allah dalam banyak hal. Isu dr Asri ni satu contoh mudah. Main tuduh dan fitnah terus pada Dr. Hassan dan UMNO.

Tidakkah kita rasa begitu memualkan bila ada orang yang beria-ia mahu menegakkan negara Islam berlandaskan hukum Allah, tapi gagal mengikuti hukum Allah yang begitu mudah yang menyuruh kita siasat satu perkara dahulu sebelum menjatuhkan hukuman.

Kepada TB, kalau enta rasa enta ni hormat kat Dr. Asri, baca lah dan hayatilah artikel beliau yang ini:

http://drmaza.com/home/?p=752

Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
Disiarkan pada Oct 11, 2009 dalam kategori Akidah |

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya...

Tulang Besi said...

Komen sy:

Perkara berkenaan dgn DHA lebih baik diadukan kepada Badan Displin PAS untuk disiasat. Dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah dan umpatan jika tidak disiasat, lebih-lebih lg sekiranya perkara ini tiada kebenarannya.
.
Terima kasih atas peringatan saudara.

Cumanya, ini berkaitan dengan maslahah umum dan pada saya kesemua ahli2 PAS ada hak untuk mengetahui perkara ini.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Hebat cara TB menimbulkan persepsi pembaca. Dengan cara mudah menghentam Hasan Ali.

Bagaimana jika saya katakan pula, isu JAIS adalah tindakan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Hasan Ali termasuk melagakan PAS, institusi agama dan rakan2 PR?
.

Mungkin juga, tapi dari respon media2 milik UMNO, Hasan Ali adalah pemimpin PAS kegemaran mereka.

Jauh dari mahu menjatuhkan beliau, UMNO akan cuba menjaga serta mengawal Hasan Ali dari jatuh. Betul tak?

Baca tak Utusan Malaysia dalam isu SELCAT dsbnya. Nampak tak betapa akhbar2 UMNO memberikan sokongan penuh pada Hasan Ali

Tulang Besi said...

FIRST THING MB MUST DO IS TO SACK THE PENGAEAH JAIS OR THAT ALSO NEED CONSENT OF TUANKU.

November 2, 2009 5:53 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Sepatutnya orang yang konon berjuang untuk Islam banyakkan mengingati Allah dan jauhkan diri dari fitnah. Banyak berzikir. Tapi TB atau Rahman Panjang atau Rahman Talib ni suka buat dosa. Bertaubatlah. Engkau ni suka nak buat fitnah jer. Kenapa kau tak kata Jais bawah Sultan kan senang. Sultan lagi berkuasa atas hal ehwal Islam. Kau tau tak tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Baik kau mintak maaf kat Hassan Ali. Kalau tak mmg sengaja jer kau dapat dosa kering yang kau cari.
Taubat lahhhh..
.

Bukan duit dari Kerajaan Negeri ke?

Bukan ke peruntukan pentadbiran Agama Islam jatuh bawah Hasan Ali? Takkan Hasan Ali tak boleh kawal JAIS dgn mengawal peruntukan kewangan?

Ini tidak, semuanya tuanku kata mcm ni, tuanku kata mcam tu.

Di mesyuarat AJK PAS Pusat pun dia kata macam tu.

Benda dah jadi maklum la, bang. Jangan lah nak tuduh orang fitnah pulak.

Soalan seterusnya, apasal bawah UMNO dulu, walaupun JAIS bawah Sultan, mereka masih dapat mengawal JAIS dengan kuku besi?

Dahulu JAIS ikut cakap UMNO. Skrg ni apasal tak ikut cakap PAS/Pakatan Rakyat.

Penangkapan Dr Maza ni satu perkara yang SANGAATTT BESAR. Biasanya JAIS akan bagitau exco yang berkenaan.

Tulang Besi said...


Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya...
.

Sudahlah Grand Marquis,hang tak habis2 jual ubat kat sini.

Asyik tuduh saya buat fitnah lah, berlagak mcam tuhan la.

Tapi bila minta bukti, satu habuk pun tarak.

Berenti lah menyebuk blog orang kalau soalan senang mcm ni pun kau tak boleh jawab.

Balik la join parti kau tu, dan berusrah dengan CEO Carlsberg.

Tulang Besi said...

Abu Qassim,

Sebagai Ahli PAS kita ada hak untuk mengkritik parti kita mana yang tak patut.

Ini kerana baik ahli yang kritik parti dari dikritik oleh UMNO dan musuh ISlam.

Kalau saya yang kritik, "mileage" akan pergi pada PAS juga di mata pengundi atas pagar.

Kalau UMNO yang kritik, keuntungan politik akan pergi kepada UMNO.

Anonymous said...

Minta maaf cakap la undang-undang tetap undang-undang. Kalau saidina ALi R.A. sendiri pun hidup sekarang di Malaysia dan mengajar tak ada tauliah dia pun patut di tangkap apath lagi Dr Asri.

Isunya mudah tak ada tauliah. Tak ada tauliah tangkap sahajalah tak kira siapa.

Anonymous said...

Tuan Tulang Besi,

Tunjukkan wala' kepada pemimpin. Pemimpin tuan mahu PAS masuk BN, di manakah wala' tuan?

Anonymous said...

Tapi bukankah ko sendiri yang kata Sultan tak berkenan dengan Hassan Ali sampai nak keluarkan press statement pun tak boleh??? MAcam mana dia boleh control MAIS/JAIS pula....???

Hassan Ali/PAS nak tukar orang MAIS/JAIS macam mana kalau ianya dibawah sultan... macam tu jugak kes di Perak... kena tunggu sampai mamat tu habis kontrak... macam tu jugak di Penang...

nanti kalau lawan/berkeras dgn sultan dicop derhaka pula dan dimainkan semtimen derhaka di selangor pula... PAS/PR pula akan kena/rugi... macam mana nak memperkasa PR macam ni???

Mungkin Hassan Ali cuba berbaik dengan Sultan untuk dapat kelonggaran sikit kepada penceramah PAS.. tu pun mereka kena mohon tauliah dahulu... dan utk memasukan sedikit pengaruh PR didalam MAIS semampu mungkin untuk seimbang dengan pengaruh UMNO.. (kalau tak mungkin keadaan lebih teruk lagi dari sekarang - mungkin macam zaman UMNO dulu) dan masalah ni ada dibincangkan dlm muktamar ulama PAS Selangor hari tu... kerana ramai ustaz dalam dewan Ulama PAS selangor tak puas hati pasai ni.. ()

Menurut apa ayng berlaku... + memodrandum persatuan peguan syarie kpd Agong dan kes nak dilantik YDP YADIM... nampaknya ada orang di YADIM yang sedang panas punggung... malah ini diakui oleh bekas org YADIM sendiri...

Ko ni tulis pakai atas sentimen anti hassan ali saja... bukan ikut apa yang betul.... itu namanya dendam kesumat...

Anonymous said...

bro..aku byk setuju dgn anda..tapi bab ni kureng sikit...tak kisah sapa di belakang JAIS, tapi kau kena tau dan pemimpim PAS juga kena tau dan mereka tau..apa itu WAHABI..
Nik Aziz & Hj Hadi lebih afdal pasal ni..tapi aku ahli PAS kat KL ni lebih kearah ahli sunnah waljamaah.
Tauliah satu hal..kalau tak tangkap nanti org akan kata JAIS double standard..tapi JAIS pun satu..dah tangkap lpas tu takde tertuduhan kat pelik..

fughaz

Anonymous said...

kalau kerajaan negeri ada kuasa keatas majlis/jabatan agama islam macam Tulang Besi bayangkan. maka tak jadilah kes di perak dimana orang UMNO masih lagi jadi pengarah dan cubaan Nizar menukar beliau gagal atas perintah Sultan... macam tu juga di penang dimana ADUN UMNO masih lagi pengarah Jabatan/majlis agama dan hanya akan digantikan Januari depan oleh YB Salleh Man...

Padahal di Perak dan Di penang PR yang mengawal peruntukan keewangan juga... cuma di Selangor ni pengarah dia tak seganas di perak dan penang kerana PR berjaya juga meletak beberapa orang di MAIS/JAIS terutama di jawatankuasa tauliah.

BTW.. sultan sultan di MAlaysia ni lebih rapat dengan UMNO kerana sudah 50tahun lebih membina kerjasama... dah sekepala dah....

Anonymous said...

dato najib menyalahkn kerajaan selangor pr selangor perlu jelaskn dan siasat perkara ni jgn rakyat terpedaya najib serang lg

Anonymous said...

bodoh sangat lah Pas kalau agensi dibawah kawalan kerajaan negeri yang di perintah PR boleh jadi dalang kepada UMNO. Baik toksah tubuh kerajaan kalau tak mampu nak kawal.Ada masalah jer, tuduh orang lain..gaji dan elaun sebat. Alasan memanjang.

Anonymous said...

ABDULLAH BIN UBAI ZAMAN MODEN!

siapa dia???

mhhhhh.....

PENGKHIANAT!!!!

DURI DALAM DAGING!!!

TAUBAT!!!!!

-Grup Risik Huzaifah al-Yaman
Lokasi: Iskandar Malaysia, Selatan

Anonymous said...

datuk dr,
banyak bersabar, blogger ni dah tak terkawal nafsunya lagi.
semua yang terjadi difitnah keatas kepala datuk.

kalu kena btg hidung ahli politik ......., dia tak akan sentuh langsung. ada makna tuuuuuu!!!!

nampak sgt ada orang bagi dia ni makan... ni.
WALLAHUALAM.

BANYAK BERSABAR DATUK N MUNAJATLAH KITA KEPADA ALLAH AGAR TERSELAMAT DARI MUSUH DURJANA YANG JENIS BALING BATU SEMBUNYI TANGAN NI.

Anonymous said...

Baca tak Utusan Malaysia dalam isu SELCAT dsbnya. Nampak tak betapa akhbar2 UMNO memberikan sokongan penuh pada Hasan Ali

sama je ngan blog hang ni.bagi sokongan penuh pada org tertentu je. yg bukan geng hang ,hang kutuk habis.

hassan ali bertindak atas dasar peri kemanusiaan. lain lah hang makin lama makin tak terkawal taraf kemanusiaan hang. lagi pun hang bukan tak tau tugas utusan malaysia memang pro umno yang nak menjatuh PR.

macam-macam depa siarkan. SAMA SAJE MACAM HANG YANG AKAN SIARKAN BERITA-BERITA ALA-ALA UTUSAN SEGELINTIR "KUNCU" PAS.

APA BAGHAL.....

Anonymous said...

Korang pi negeri Perlis. Lihat keadaan disana. Rasai hasil pencapaian bekas mufti tersebut disana mendidik masyarakat perlis.
Anda akan ketemui perbezaannya.

Lepas sembayang jumaat tunggu seketika agar ada doa dan wirid panjang. Begitu juga selepas sembahyang fardu. Pergi dan rasai perbezaannya.

Apa pun. Ada hikmah kes penangkapan ini(tanpa tauliah). Ia akan menjadi duluan kes dan UMNO akan mencabar tindakan Jais. Maka pada masa akan datang UMNO akan tidak lagi berani menangkap or bertindak pada mana-mana penceramah tanpa tauliah. Ini akan menjadi panduan.

Jika isu ini meletus dan ditimbulkan UMNO dan dimainkan. Ia sebenarnya akan menjerat UMNO sendiri di negeri-negeri lain jika bertindak sedemikian sesuka hati menangkap penceramah. Akan jadi kemarahan umum.

So,ada kebaikannya juga. Jadi duluan dan iktibar.

Anonymous said...

Dipetik daripada akhbar Sinar Harian(Pas larang Hasan ‘bercakap’)

SHAH ALAM - Pimpinan Tertinggi Pas menasihatkan agar Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak memberi sebarang kenyataan atau komen berhubung mana-mana isu kerana beliau kini dalam siasatan parti.

Dr Hasan berkata, beliau dinasihatkan berbuat demikian supaya tidak mengganggu proses siasatan yang dijalankan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan bahawa krisis dalam Pas Selangor hari ini akibat terlalu mengikut telunjuk DAP yang dilihat lebih berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).

“Oleh kerana saya kini dalam siasatan, pimpinan tertinggi parti menasihatkan agar saya tidak membuat sebarang kenyataan sepanjang proses siasatan dijalankan.

“Tempoh siasatan juga belum dapat dipastikan,” katanya.

Sebelum ini, Pas mengambil keputusan untuk menyiasat beberapa pemimpinnya termasuk Dr Hasan berhubung kemelut dalaman yang tercetus hingga menimbulkan ‘huru-hara’ dan cadangan mengadakan EGM bagi menyingkirkan beberapa pemimpin bermasalah.

:Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pemimpin UMNO tidak perlu mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap PR.

:Beliau berkata, setiap masalah yang berlaku dalam PR dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

:“Kepentingan orang Islam dan Melayu di bawah pimpinan PR terjamin dan sentiasa dijaga.

:“Dari sudut pentadbiran, PR jauh lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) di Selangor,” katanya.

Kepada Hassan Ali;anda kena walak.

Anonymous said...

aku dah cakap dah :

KERJA HASSAN ALI NAGKAP ORANG...

>>> www.malaysiabaru.com/blog4.html

dulu nak tangkap orang minum arak..

dah tu nak tangkap orang projek..

tubuh skuad skodeng dan unit bahang orang ikut kepala otak sendiri...

IS THIS ISLAM? if u say yes than lets all go to hell....

Anonymous said...

sama je ngan blog hang ni.bagi sokongan penuh pada org tertentu je. yg bukan geng hang ,hang kutuk habis.

AKU SOKONG KENYATAAN HANG,
YANG TAK DE TAULIAH DI SEKSYEN 19 TU, DIA NI TUTUP MULUT. TAK DE KHABO LANGSUNG. (DARJAT DIA LEBIH BESAR DARI SULTAN KOT)

SULTAN DAH KELUARKAN TITAH PERINTAH...TAK MAU DENGAR.

TAPI TB NI SEMACAM JE PRANGAI: TENGOK ARTIKEL APA YANG DIA DAH SIARKAN. MENFITNAH ORANG TIDAK MENJADI KESALAHAN BESAR. SEMUA DIA NI HALALKAN.

NAMPAKNYA TB NI SORANG JE AHLI PAS SEJATI LAGI MULIA. AHLI PAS TERTENTU YG LAIN ESP: YG SELALU DILISTED DLM ARTICLE DIA SGT HINA N BUKAN AHLI PAS SEJATI.

KO SORANG JE AHLI PAS SEJATI NAMPAKNYA.

tok guru said...

aku dah cakap dah :

KERJA HASSAN ALI NAGKAP ORANG...

>>> www.malaysiabaru.com/blog4.html

dulu nak tangkap orang minum arak..

dah tu nak tangkap orang projek..

tubuh skuad skodeng dan unit bahang orang ikut kepala otak sendiri...

SEKARANG DOK TANGKAP orang agama tgh tarbiyah muslimin dan muslimat?

IS THIS ISLAM? if u say yes than lets all go to hell....

(but first make sure hasan kencing go to hel first)

Anonymous said...

Asyik tuduh saya buat fitnah lah, berlagak mcam tuhan la.

Tapi bila minta bukti, satu habuk pun tarak.


PAKU DULANG PAKU TERSERPIH
MENGATA ORANG,
TENGOK2X DIA NI (TB) YANG MELEBIH-LEBIH
SAMPAI TUMPAH KELUAR DARI PINGGAN

Anonymous said...

jgn cepat melatah.. memang nampak jelas ini adalah keja petualang umno... seperti mana ulasan pm najis kit sebentar tadi..
"Saya tidak tahu apa motifnya. Tindakan ini (penahanan Dr Mohd Asri) dibuat oleh (jabatan agama) kerajaan negeri (Selangor). Ia tiada kena-mengena dengan kerajaan pusat."
bunyi nya sama seperti beliau bersumpah mengenai isu altantuya dulu & juga megenai rampasan kuasa negeri yg berlaku di Perak yg lalu... dia ni memang cekap berlakon!

pada pandangan aku ini semua memang kerja umno lahanat... disebabkan jawatan YADIM yg ditawarkan kepada Dr Asri. mungkin mereka ada calon kroni yg lain atau mungkin kerana Dr Asri sendiri tk menunjukkan minat terhadapjawatan tersebut dan mungkin akan menolaknya. dan juga dsebabkan Dr Asri sekarang kelihatan nya semakin cendrong ke arah pembangkang & ada pula ura2 akan menyertai salah 1 cabang pakatan. oleh kerana kebimbangan itulah maka Dr Asri mula dugut secara halus...

mengenai Dtk Hassa Ali, rassanya beliau tk tahu menahu mengenai perkara ini kerana kuasa beliau dlm JAIS pun terhad.

yg penting jgn cepat melatah & jump into the conclusion... bersama2 lah bergabung tenaga untuk membongkar siapakah petualang disebalik isu ini...
nampak macam ada pihak yg menangguk diair keruh, didalam suasana politik yg sedang bergolak d Selangor sekarang ini.

AWAS! jgn terperangkap dgn jerat terbaru ini!!!!

Anonymous said...

TB:
"Bukan ke peruntukan pentadbiran Agama Islam jatuh bawah Hasan Ali? Takkan Hasan Ali tak boleh kawal JAIS dgn mengawal peruntukan kewangan?"

kalau tak tau hujung pangkal jangan menyampuk dan menyebok. jgn buat kenyataan berbau sentimen dengki khianat.

Anonymous said...

Kalau mahu ikut kehendak “Kayangan”, berhenti jadi exco dan pergi duduk di bawah takhta. Exco adalah milik rakyat dan bukannya milik “Kayangan”. Oleh kerana itulah, hanya “wakil rakyat” yang layak untuk duduk di kerusi Exco dan bukannya “Wakil Kayangan”.

TB, KAMU TERINGIN KE JAWATAN NI

Anonymous said...

JAIS tu JAWA ISLAM SELANGOR. Inilah cara pentadbiran Jawa. Ketika Pusat Khidmat Kontraktor dikepalai oleh Jawa (sekarang dah aruah) dulu, caca marba macm ni gak.

Sukakaya

Anonymous said...

BEGITULAH GAYANYA BILA ORANG UGAMA MEMEGANG JAWATAN DALAM KERAJAAN SAMADA PRO PEMBANGKANG ATAU PRO KERAJAAN.

MEMANG LIAT MEREKA NAK TURUN. DENGAR SAJA ADA ORANG NAK GANTI MEREKA MAKA DISERANG DGN PELBAGAI FITNAH.

ADAKAH ANDA PERASAN SETIAP KALI ROMBAKAN KABINET, MAKA MENTERI YANG JAGA AGAMA JUGA AKAN BERUBAH.

ULAMA UMNO , USTAD UMNO, MUFTI UMNO DAN AJK FATWA UMNO BANYAK SEKADAR UNTUK MENYEDAPKAN PEMIMPIN KERAJAAN SAJA.TAK BERANI CAKAP YANG BENAR. DOK SIBUK ISU REMEH TAPI MASALAH LEBIH BESAR UMAT ISLAM MEREKA ABAIKAN.. MEREKA CARI MAKAN JUGA.

Anonymous said...

Penangkapan Dr Mohd Asri: Mengapa babitkan Dr Hassan Ali?
Isu penangkapan yang melibatkan Bekas Mufti Perlis, datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah rumah di Taman Seri Ukay, Ulu Kelang  telah menjadi satu isu yang cuba di rungkai melalui pandangan politik oleh sesetengah pihak.
Oleh kerana itu beberapa blog-blog telah mula memainkan isu ini hingga menjadi ke peringkat fitnah.
Kita boleh melihat blog malaysiawave yang dikendalikan oleh Tulang Besi atau nama sebenarnya Rahman Talib atau Rahman Panjang telah cuba mengaitkan isu ini dengan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali kononnya ini adalah kerana Hal Ehwal Agama adalah di bawah bidang kuasa beliau.
Kita sepatutnya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar, yang mengatakan bahawa Jais memiliki kuasa yang bebas dari kengkangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Enekmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. 
Adakah penangkapan ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan lagi nama baik Dr Hassan ataupun penangkapan Dr Mohd Asri ini adalah kerana tugas yang diamanahkan kepada Jais.
Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim telah meminta supaya Jais memberi penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan dengan isu tersebut. jadi dalam hal ini biarlah Jais yang menyelesaikan masalah ini dan kita tunggulah apakah keputusannya.
Tindakan menuduh Dr Hassan Ali terbabit dalam isu ini adalah satu tuduhan yang dangkal. Bukannya saya mahu mebela beliau tetapi tuduhan tanpa bukti dan kemudiannya cuba dicetuskan oleh blogger yang tiada kredebaliti dan kurang dipercayai sumber beritanya adalah satu dosa yang besar. Bloger yang kononnya adalah orang yang cuba memperjuangkan agama Allah tetapi sentiasa menjadikan blog mereka sebagai medan untuk bergaduh sesama sendiri sehingga mengeluarkan tulisan-tulisan maki hamun, mencarut dan berbagai-bagai perkataan yang kurang sopan.
Adakah kita suka perkara ini terus berlaku dalam dunia maya ini? Sepatutnya kita mengambil kesempatan dari dari sini untuk menjalankan dakwah dan merapatkan lagi saf sesama Islam. Jika dalam perang pun kita mempunyai adab cara berperang inikan pula dalam menyampaikan dakwah kepada sesama Islam.
Kekadang kita merasa jijik melihat tulisan komen daripada pembaca blog yang memaki hamun sesama sendiri. Inikah akhlak orang yang konon mengaku nak memperjuangkan Islam. Tindakan menuding jari kepada orang yang dituduh juga adalah satu perbuatan yang tergesa-gesa. Adakah mereka ini tidak malu dengan perbuatan mereka. Adakah mereka tidak memikirkan akibatnya nanti apabila berhadapan dengan Allah.
Kita sepatutnya menerima ketetapan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat khas yang diadakan oleh pucuk pimpinan. Kita juga sepatutnya tidak mempertikaikan apa jua keputusan yag telah ditetapkan. Kita janganlah menjadi masalah kepada parti untuk mencari penyelesaian dalam setiap isu. Kita berilah kepercayaan kepada jawatan kuasa disiplin parti yang diketuai oleh Naib Presiden, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menangani isu ini.
Kita janganlah asyik menyalak di luar jika kita mahu parti kita dan Pakatan Rakyat dapat bersatu dalam apa jua hal. Jauhkanlah dari perasaan hasad dengki sesama saudara seperjuangan. Jika ada masalah sepatutnya kita bemesyuarah dan bukan menghasut dan memfitnah. Jauhkanlah dari bermain politik sesama rakan seperjuangan kerana ini kurang sihat untuk parti. Berjuanglah dengan ikhlas dan berjuanglah kerana Allah. Janganlah mempercayai berita yang sumbernya diragui. Siasatlah terlebih dahulu kerana sekarang ini banyak anasir-anasir luar yang mahu menggangu-gugat keamanan dalam parti kita dan Pakatan Rakyat khususnya.

Anonymous said...

ini lah BALA allah pada pakatan rakyat....PAS itu sesat lagi menyesatkan....keliru lagi mengelirukan....

Anonymous said...

JAiS ADALAH DIBAWAH JAJAHAN TAKLUK DATO HASSAN ALI....ARAHAN PENANGKAPAN SGT JELAS DAN PASTI TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA EXCO YG BERKENAAN....tiada sebab mengheret UMNO KE DALAM KANCAH PERGESERAN DAN PEREBUTAN KUASA DALAM PAS SELANGOR...jgn jadikan UMNO itu kambing hitam...rakyat selangor menunggu dgn penuh minat kogancangan politik pas dan keributan yg semakin bertali arus tanpa henti...dari satu isu ke satu isu hingga rakyat marhain bertaya bila masa pakatan rakyat bekerja untuk rakyat sedangkan isu isu negeri dan politiking kerajaan PR yg tidak sudah sudah...rakyat sudah semakin bosan...BOSAN!!! semua ini adalah kerana kerajaan campuran yg dipilih adalah sebuah kerajaan yg amat lemah....saya akui kesilapan mengundi PR pada election yg lepas...apa pun ini satu pengajaran yg baik....jgn salahkan rakyat mcm kami sekiranya kami berubah arah kerana peluang kami dah bagi malangnya tak sampai 2 tahun berkuasa PR dah jadi lebih terok dari BN....

Anonymous said...

Hairan betul, mungkin penahanan ini ada kena mengena dengan siasatan berkenaan fahaman wahabi. Tapi kalau difikir secara logiknya, Dr. Asri menuntut di IIU dan bukan di Arab Saudi. Sebagai mufti perlis, tentu dia pernah sama-sama berarak dengan pegawai kerajaan lain ketika menyambut maulidur rasul.

Dari bacaan doa nya, tak kan dia tak bersalawat kepada Nabi Muhammad dulu. Kalau ya, besar kemungkinan dia bukan berfahaman wahabi sebab kedua perbuatan ini dilarang sama sekali.

Fahaman wahabi diamalkan oleh kerabat dan pemerintah Arab Saudi dan dinegara beraja seperti Kuwait dan UAE. Ia bagaimana pun tidak diterima sangat oleh rakyat biasa. Saya pernah dengar, sebabnya ialah kerana keturunan raja ini tidak mahu pengaruh Nabi Muhammad terlalu kuat sehinggakan boleh kelak berlaku rampasan kuasa melalui kuasa rakyat.

Di keliling kaabah, ada kamu nampak perkataan Muhammad ditulis dimana-mana. Tak nampak kan, yang ada hanya perkataan Allah sahaja.

Anonymous said...

heran aku kenapa geng geng pas (shaari sungip) beriya riya nak bela ustaz asri sedangkan yg menangkap beliau adalah badan penguart kuasa di bawah seliaaan exco agama PAS iaitu dato hassan ali....? sila lihat dan dengar ceramah al ustaz badrul amin so called ulamak besar PR yg berpentaskan bendera PAS dalam "youtube Badrul amin vs ustaz asri"....satu dubia dah tengok ....ustaz badrul aMIN nak pancung ustaz asri dan memnaggil ustaz asri ini GILA....inilah perjuangan PAS ala anwar ibrahim...lihat lah hasilnya dalam PRU 2013 nanti.....PAS makin di heret dalam kancah perebutan kuasa dan pengaruh sesama mereka,,,,i hope ustaz asri will remain neutral and stay out from politic melayu yg rosak lagi merosakkan....mintak harakah interview ustaz badrul amin tanya komen dia pasal penangkapan ustaz asri....

Anonymous said...

Anonymous said...

Asyik tuduh saya buat fitnah lah, berlagak mcam tuhan la.

Tapi bila minta bukti, satu habuk pun tarak.


PAKU DULANG PAKU TERSERPIH
MENGATA ORANG,
TENGOK2X DIA NI (TB) YANG MELEBIH-LEBIH
SAMPAI TUMPAH KELUAR DARI PINGGAN
-----------------------------------
BILA MINTA BUKTI, BERSANTUN-SONTOT PULA, KHAKKKKKK PTUIIIIIIIIII

Anonymous said...

Kita lihat sekarang bertapa celaru tuduhan Dari TB Dan dari penyokong PAS sendiri. Bukti apa pun takde, main belasah ikut sedap asal diri nampak bagus.
Islam apa ni? Putar belit tak habis-habis. Fool!!

Anonymous said...

Aku rasa JAIS patut tahan kamu juga TB kerana tafsiran sesat kamu mengenai gempa bumi di Padang.

Kalau Jakarta kena gempa bumi bermakna tiada lagi alim ulama disana, tanpa mengambil kira kedudukan khusus bandar Jakarta yang agak jauh dari "fault lines".

Unless kelantan sits directly on the fault lines and never recorded any major earthquakes, then I believe you TB and credits should be given to PAS for protecting the peninsular from earthquakes all this while.

Anonymous said...

merepek je kau ni

urat dawai said...

Terlalu ramai orang bodoh. Gunalah akal untuk berfikir. Kerajaan negeri terutama PR bukan ada kuasa yang besar ke atas jabatan jabatan agama Islam.

Tengoklah di negeri mana pun, JABATAN AGAMA DUDUK BAWAH SULTAN, SULTAN PULA DUDUK BAWAH UMNO.

Anonymous said...

TB kaki fitnah. Kerja tak ada. Nak jadi blogger, tapi isi hampass! TB, kau ni memang ejen umno bertauliah. Rahsia umno/BN tak pulak kau korek siasat. Memang kau ni manusia pengkhianat! Mengaku ahli Pas tapi tiap-tiap hari tabur fitnah dan mengadu domba. Cepatlah isytihar diri kau budak jadi UMNO. Adapun kau dalam Pas adalah umpama sampah saja.

abu qassim said...

salam TB.

sy hargai usaha tn dalam perjuangan parti. segala teguran secara berhemah untuk kebaikan parti akan menjadikannya lebih indah. wallahualam.

Mohon maaf sekiranya tersinggung dengan tulisan sy ini.

Wassalam.
Abu Qassim

Anonymous said...

Blog ini
Dipautkan Dari
BLOG MAZIDUL AKMAL SIDIK
Saya Baca Blog Berikut


Sabtu, 2009 September 05
'Hebat' Si Tulang Besi

Penulis ‘Tulang Besi’ di dalam blognya menuduh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ‘melacurkan’ diri untuk UMNO.

Entry 30 Julai 2009 mencatat ...

“Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah ‘pelacur’ kelas atas untuk UMNO”

Penulis kemudian membandingkan tahap pendidikan di antara Harrussani dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Catat penulis lagi ...

“Orang macam Harussani ini tidak layak dikira sebagai ulama kerana beliau adalah seorang yang fasiq. Janganlah kita tertipu dengan orang yang rosak akidah seperti Harussani Zakaria ini. Saya tidak yakin Harussani ni kenal Allah SWT atau tidak”

ALLAH LAGI MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA NYA.

YA ALLAH KAU BERILAH KEPADA TB atau Rahman Panjang atau Rahman Talib KUTUKAN YANG PALING HINA DI DUNIA INI. AMIN

Anonymous said...

BILA MINTA BUKTI, BERSANTUN-SONTOT PULA, KHAKKKKKK PTUIIIIIIIIII

aku jawab pulak;

macamana nak bagi bukti, benda tak betul, dia ni main hentam tuli je.
awat dia ni sakit mental ka kerana terlalu berdendam kesumat.hang pun satu kapal gila juga ka???

kha..kha...kha....

Anonymous said...

Catat penulis lagi ...

“Orang macam Harussani ini tidak layak dikira sebagai ulama kerana beliau adalah seorang yang fasiq. Janganlah kita tertipu dengan orang yang rosak akidah seperti Harussani Zakaria ini. SAYA TIDAK YAKIN HARUSSANI NI KENAL ALLAH SWT ATAU TIDAK."

wah!!!!hebat kau tb,
bila roslan sms dikaitkan dengan blogger mahaguru kau dan kuncu2x kau merepek habis.

sekarang KAU camna ni???? kau berkawan dengan nabi-nabi ka. semua ulama bukan pilihan kau tak betul dan tak kenal ALLAH.

Anonymous said...

blogger ni (TB) adalah blogger yang paling terkutuk di dunia dan di akhirat.
buka cerita beriya-riya. minta semua orang yang menentang bersumpah dgn nama ALLAH. tapi bila suruh dia bersumpah dgn nama ALLAH....macam-macam alasan yang dia bagi.

dia akan tanya balik atas tuduhan yang mana, bila, siapa bagi. macam-macamlah alasannya.

macam ni ka blogger(tb) yang dikatakan benar dan ahli PAS sejati.
poorrrah... kau memang jenis jantan keling yang mabuk glamor

Anonymous said...

Aku nampak dari sudut lain, pasal politik tu koranglah yg berdialog, korang teror politik. Aku dengar (percaya boleh tak percaya pun boleh), Dr Asri adalah orang kuat WAHABI. Di mana mereka dibawah WAHABI ni tidak mengikut diantara 4 mazhad utama. Mungkin mereka yg pernah mendengar ceramah beliau semak semula dgn mazhad 4. Ada perbezaan. Ditotok tambah dgn isu politik so lagi cepat belaiu ditangkap. Wallahulam

Anonymous said...

And the anon of November 3, 2009 10:58 AM keluaq frm the juboq of his momma..kahkahkahkahkah

Anonymous said...

Pegawai JAIS adalah pegawai guna sama,boss diorang JAKIM,

MAIS,JAIS,JAKESS,Mufti-siapa yg kuasa?

Di Kelantan adakah TGNA berkuasa penuh keatas semua tu terutama MAIK?org cuti hari jumaat sabtu,MAIK cuti hari lain..

Anonymous said...

Aku rasa la ni semua kerja bee-end nak memburukan nama hassan ali, dalam keadaan pas yang tak menentu supaya pas meyinkirkan hassan ali, selepas tu bee-end akan terima hassan ali sebagai calon bebas, yang dapat nama buruk PR dan PAS BN cuci tangan, MP bn last sekali mesti takrak bukti atau bukti tak cukup yg kena dakwa org PR ni kerja jahat bee-end

Anonymous said...

Barua2 Umno yg dirasuk oleh iblis syok sangat nak act God..biasanya tanda tanda kemusnahan seseorg tu adalah perasan takut,phobia,kebodohan yg tek terhinnga..semua sign2 ni jelas kelihatan dlm UBN..matter of time only,this pariah haprak murderors rejim yg sedang ditelangjangkan everyday ini merayau rayau jalanraya like any tyical f*k up zombie..

Anonymous said...

Ala bekas mufti ni "rebel with a cause"..dengar khabar nak join PAS..so ,anything got to with pembangkang,pariah fobia penakut haramjadah pookimak chootia UBN gets the creeps...so tangkaplah..

Anonymous said...

UBN now suffering frm bipolar dipression kot....kahkahkah..matter of time UBN commit its own suicide..kahkahkah..

Anonymous said...

And pity those drop outs being paid 2 B cyber troopers snoopers..either thy will become bikkus..or masok wad mental..kahkahkahkah..

Tulang Besi said...



wah!!!!hebat kau tb,
bila roslan sms dikaitkan dengan blogger mahaguru kau dan kuncu2x kau merepek habis.

sekarang KAU camna ni???? kau berkawan dengan nabi-nabi ka. semua ulama bukan pilihan kau tak betul dan tak kenal ALLAH.
.

Bukan si harussani ni ke yang sokong UBN/UMNO masa ustaz ibrahim libya kena bunuh dgn kejam dulu?

tokmod said...

kahkahkah....
bla gua bca N bca lu orang pnya ckap gua mluat,myampah,rsa nak muntah....gua btul2 tak fham dgn lu orang smua..msing2 gna kpala otak ssau lu orang..yg bkuasa blom hkum lu orang sdah mhukum..gua tya lu spa??? lu tdoh sna..sni!!!rleklah!!!
yg lgi stu lu orang sbok psal mazhap...dlam "ALQURAN" ADA AYAT MENYEBOT BERKENAAN MAZHAP?????mkin gua miss jka ada yg thu bleh bri thu srah mna N ayat brapa.. pls...

Tinta Hitam said...

Susah nak bersihkan mana mana Jabatan Ugama Islam pun.Jabatan Ugama Islam bawah Sultan.Sultan pulak tak favor Pakatan Rakyat.Jadi tak boleh nak salahkan Dr Hassan Ali sgt.Kat Perak dulu pun DS MOhd Nizar helpless pasal Majlis Ugama Islam ni.

Memang penangkapan Dr Asri tu didalamgi oleh UMNO.Sebab Dr Asri dengar khabarnya sikit lagi nak join PAS.Tak tau la lepas ini samada beliau berminat nak join PAS atau tidak.

Dr Asri ni popular.Boleh jadi aset samada pd PR atau UMNO.Tu sebab UMNO nak pastikan Dr ASri masuk UMNO

Anonymous said...

ini sebenarnya satu perancangan pihak tertentu untuk memburukkan Hassan Ali. Tk perlu sy cakap siapa orang tertentu itu.. tp mmg hassan ali dah dijadikan kambing hitam oleh puak tersebut

Anonymous said...

Aku tak nampak islamnya dalam blog TB. Menfitnah orang tertentu.

Anonymous said...

TB sepatutnya disingkirkan dari PAS. Bertindak seolah -olah menghasut dengan bukti yang tak jelas. Islam apa yang kau nak tunjukkan? Kalau ada insan yang mempercayai intipati blog ini dan ternyata tidak benar, semua dosa ditanggung oleh TB.

Anonymous said...

Singkirkan TB dari PAS. Perjuangan hendaklah berlandaskan hukum Allah yang jelas. Sebarang tanggapan adalah dilarang sama sekali,tetapi TB membenarkan ia berlaku dalam blognya. Mana pergi fitrah perjuangan Islam yang syumul?

Anonymous said...

Bee N dan PAS sama sahaja. Termakan dengan godaan syaitan lalu masing-masing mendabik dada mereka adalah perjuangan Islam yang tulin. Kami majoriti orang Islam mahu satu sahaja...bersatulah kerana ALLAH. Bukan dengan MCA,MIC atau DAP yang terang-terang menolak Islam. Masih kabur lagikah. Aku beranggapan orang Bee N dan PAS ni hidup berkurung dan tidak mempunyai ramai kawan kafir. Inilah akibatnya kerana tidak open minded lalu beranggapan orang kafir boleh dijadikan kawan seperjuangan. Proud to be Muslim and rather die than join poltical party who willing to cooperate with kafir harbi like DAP!!!

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Singkirkan TB dari PAS. Perjuangan hendaklah berlandaskan hukum Allah yang jelas. Sebarang tanggapan adalah dilarang sama sekali,tetapi TB membenarkan ia berlaku dalam blognya. Mana pergi fitrah perjuangan Islam yang syumul?

November 3, 2009 2:53 PM
.

Tegur pemimpin yang menyeleweng tu bukan sebahagian perjuangan Islam ke?

Pegi ngaji la balik baru bercakap.

jalak said...

Tulang Berkarat, cara tegur kau tu ikut cara Islam ker ?

Anonymous said...

kesimpulan yg sy dapatkomen2 di ats..
1- politik ni kotor,x same politik zaman pemerintahan islam dulu
2- org melayu ramai yg cetek agama nak ckp sal agama
3- tokoh agama direndah2kn dan tokoh politik diagung2kn
4- cakap pndai, bwat tindakan terburu2, tapi tolak kebenaran.

idop dr.Asri!!!org mcm dr.Asri la yg patut dimuliakn...

Anonymous said...

Tegur pemimpin yang menyeleweng tu bukan sebahagian perjuangan Islam ke?

Pegi ngaji la balik baru bercakap.

TEGURAN APA????TEGURAN CARA HANG NI FIKIR BAIK DAN HALAL LAH YE. SAMPAI SEMUA ORANG KAU MAKI HAMUN. PORAH LAH TB.

Anonymous said...

Tulan besi biasanya mengukuhkan sebuah bangunan. Bukan sebaliknya meruntuhkan bangunan. Ini TB sudah jadi Tulang Babi!

Anonymous said...

Hei Tulang, kau jahil agama tetapi berlagak nak tunjuk pandai agama. Kau apa tahu? Setakat jadi ahli Pas sejak form 3 lepas tu jadi hampass. Memang benar kau TULANG BABI!

Enjit2 Semut... said...

tok guru said...
aku dah cakap dah :

KERJA HASSAN ALI NAGKAP ORANG...

>>> www.malaysiabaru.com/blog4.html

dulu nak tangkap orang minum arak..

dah tu nak tangkap orang projek..

tubuh skuad skodeng dan unit bahang orang ikut kepala otak sendiri...

SEKARANG DOK TANGKAP orang agama tgh tarbiyah muslimin dan muslimat?

IS THIS ISLAM? if u say yes than lets all go to hell....

(but first make sure hasan kencing go to hel first)

-ha,baguslah org kite gado2,kapir laknat mencelah,kutuk2 islam....stended r,org kite,melayu muslim!
ha satu lg,bg je exco agama tu kat parti pluralisme,DAP gerenti die x tgkp org islam minum arak,zina....
sbb de facto parti pon sembah bende lain...
wawawa...lawak r bangsa aku!

Con Skaltsas said...
This comment has been removed by the author.
Con Skaltsas said...

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." - Surah Yunus ayat 36

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.