Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, November 28, 2009

"Hadiah Adalah Rasuah" - Saidina Umar Abdul Aziz

Oleh kerana PAS adalah partai Islam, maka rujukkan kita tidak lain dan tidak bukan adalah para Khulafa Ar Rasyidin serta Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima. Dalam permasaalahan menerima atau mendapat hadiah dari orang di luar, di bawah dinukilkan sebuah kisah dari Saidina Umar Abdul Aziz. Saidina Umar Abdul Aziz memberikan kita apa hukumnya menerima hadiah setelah kita memegang jawatan yang penting yang melibatkan amanah rakyat.

Kisah saya dapati dari buku berjudul "Kisah-Kisah Islam Anti Korupsi" tulisan Nasiruddin Al Barabassi.

Terjemahannya dari Bahasa Indonesia adalah seperti berikut:

"Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengatakan kepada pembantunya 'Apakah kita mempunyai buah epal? Buah epal ini baunya sedap dan rasanya juga lazat"

Mendegar ucapan Umar, salah seorang ahli keluarga keluar mencarikan epal. Setelah kembalinya ahli keluarga itu, Umar berkata "alangkah sedap baunya (epal)! Dari mana buah epal ini datang?"

Ahli keluarga itu menjawab "Ia datang dari anak pakcik mu. Engkau tentu tahu bahawa Nabi SAW menerima hadiah, tetapi tidak menerima sedekah"

Umar lantas menjawab " Kembalikanlah (epal itu) wahai pembantu ku. Sampaikan salam ku (kepada anak pakcik Umar) dan katakan kepadanya Hadiahnya telah sampai kepada kami sebagaimana dia inginkan"

Umar menambah lagi " Hadiah untuk Nabi adalah benar-benar hadiah, sedangkan untuk kita sekarang hadiah adalah suap (rasuah)".


Imej dari buku ini boleh dilihat di kaki artikel ini.

Jelas saudara/ri sekelian. Saidina Umar Abdul Aziz menunjukkan kepada kita bahawa menerima hadiah pun adalah rasuah. HAdiah kepada Nabi SAW adalah benar-benar hadiah, tapi itupun setiap hadiah yang Nabi SAW dapat, dia akan sedekahkan kembali pada orang miskin dan yang memerlukan.

Cuba bayangkan, bagaimana hadiah yang mahal-mahal boleh diberi kepada pemegang-pemegang jawatan dalam PAS yang taraf mereka tak sampai pun taraf Khalifah, Amirul Mukminin.

Hanya kerana mereka itu Ketua Pemuda Negeri, YDP2 PAS kawasan, Anak MB, menantu MB, exco, Ketua Penerangan Pemuda Negeri dan banyak lagi jawatan2 yang kecil2 pun boleh kena "rasuah" mengikut "standard" yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Saya nak puji PAS Shah Alam kerana saya tahu aktivis2 mereka, terutama yang duduk dalam Ahli Majlis semuanya "makan duit bini" kerana mereka tak sanggup terima duit hadiah dan hadiah.

Mereka aktif dalam PAS 100% dengan berbekalkan elaun ahli Majlis yang tidak seberapa itu, terpaksa lah isteri2 mereka mencari nafkah untuk menampung kos perjuangan.

Saya menyokong supaya elaun2 Ahli Majlis dinaikkan 5 kali ganda bagi membentras korupsi. Tapi, jangan sekali2 pemegang jawatan dalam PAS menjual diri mereka murah.
Kita ada Saidina Umar Abdul Aziz sebagai rujukan kita.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

ps Saya masih terkila bagaimana pimpinan2 PAS Pusat boleh duduk dalam hotel 5 bintang eksklusif di Shah Alam sewaktu Muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kenapa wang tersebut tak boleh dimasukkan dalam tabung perjuangan negeri dan pimpinan2 boleh duduk di hotel2 yang 3 atau 4 bintang.

Lihatlah betapa exklusif nya hotel2 tersebut. Saya rasa Saidina Umar Abdul Aziz pun tak sanggup tinggal dalam hotel-hotel macam ni.

http://shahalam.concordehotelsresorts.com/rooms_premier_suite.php



Tulang Besi

5 comments:

abgrara said...

- basicnya hadiah bole di terima, rasuah haram untuk menerimanya.
- sedekahpula tak semua org bole menerima nya.

Anonymous said...

Concorde Shah Alam hotel 4 bintang atau kurang.
http://www.agoda.com/asia/malaysia/kuala_lumpur/concorde_hotel_shah_alam.html
rate dia.. http://www.concordehotelsresorts.com/

bluewave / ex Radisson - UMNO punya dan bersebelahan bengunan UMNO Selangor

Depalma section 19 - hotel kecik.. bilik tak cukup.. ramai dah book situ

Hotel UiTM/ UiTM resort - tau tau la siapa si Hero Tamil Ibrahim Abu Shah... dalam buku cenderamata konvo pun berkempen untuk BN/UMNO...

Carlton dekat kolam renang - tap pasti apa isunya, tapi rasanya

Anonymous said...

Hadiah boleh lah, kalau orang bagi durian, boleh kongsi makan, kan?? Saya rasa hadiah yang berupa tanaman sendiri atau keluaran syarikat sendiri tu boleh lah terima.

KIta kena tengok lah hadiah nya, kalau bagi kereta, tiket pergi Disneyland, itu rasuah lah namanya! Tapi saya sokong sangat naikkan gaji ahli Majlis dan ADUN-ADUN semua supaya dapat tampung makan minum bini dan anak. Kalau tidak, 'terpaksa'lah terima hadiah dan sedekah orang ramai!!

Anonymous said...

Concorde Shah Alam hotel 4 bintang atau kurang.

dan tajaan pekej haji rm65,000 yer????????

Anonymous said...

pada saya lah, kalu sedara mara kita yg boleh dipercayai berkebolehan dan layak memegang jawatan penting, apa salahnye??takkan lah sebab dia tu menantu kita, kita tak bagi pegang jawatan penting sdangkan dia berkelayakan dan berkebolahan??masalah yg timblnya kalu bg jawatn kat sedara mara wpun tak boleh wat keja, tu yg tak boleh.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.