Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 30, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951

Kepada puak-puak "Kerajaang Perpaduang" dalam PAS. Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Lotteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masaalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.

Pihak Malaysiawaves mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog no2umno dan AlBakistani kerana memberikan kita sumber sejarah yang begitu berharga. Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait, duri dalam daging, talam dua muka dsbnya.

Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haram.

Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membentras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. Terence Gomez berkata beliau hairan bagaimana orang-orang seperti Daim Zainuddin dan Mahathir serta UMNO yang mengaku Islam boleh bergelumang dalam dosa judi dengan begitu mendalam sekali.

Tak heran lah, generasi UMNO (yakni mereka yang dilahirkan, dibesarkan serta dididik dalam UMNO) seperti Najib Tun Razak boleh meluluskan 10 lesen judi baru dalam bulan pertama beliau menduduki kerusi Menteri Kewangan.

Parti seperti inilah yang hendak diadakan "Kerajaan Perpaduan" oleh PAS? Hmmmm apa la punya bengap diorang ni.

BONGKAR !!! UMNO HALALKAN JUDI DENGAN NAMA KEBAJIKAN?
In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari on March 3, 2008 at 9:51 am

al-bakistani.blogspot.com

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar( juga terlibat dalam kes Memali).

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Sekarang, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil……..

LAMPIRAN (a)





























LAMPIRAN (b)














Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Quran.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

Al Bakistani


(Nota Editor:Lantaran dari polisi2 UMNO menghalalkan judi ini, maka lahirlah generasi-generasi Melayu yang tak malu beratur kat kedai Sports Toto untuk beli judi seperti di bawah:

























Hahahahaha UMNO parti pembelot kepada Islam dan Orang Melayu. Kalau nak harap UMNO haramkan judi, kucing tumbuh tanduk lah. Lebih cepat kita tunggu Karpal masuk Islam dari UMNO nak haramkan judi dan arak pada orang Melayu.

Kalau jadi Kerajaang Perpaduang kelmarin, nanti terpaksalah Ketua Pemuda PAS(misalnya) baca doa selamat apabila Sports Toto ke, Magnum ke, Calrsberg ke buat kenduri doa selamat. Maklumlah, dah nama kerajaang perpaduang, kenalah jaga hati kawan-kawan)

26 comments:

wec7188 said...

HAHA PAS DAN PR APA KURANGNYA..DH DPT MERINTAH APA LG...TUTUP LA KEDAI ARAK ,JUDI,MAKSIAT KT KEDAH,SELANGUR TU...APA TUNGGU LG...CERAMAH MACAM GURUH BAB ISLAM...TAPI APA PON TARAK...NI DPT MERINTAH DOK BEREBUT KUASA CRI HARTA MCM BEREBUT HARTA RAMPASAN PERANG...APA BEZA NYA..KT KELANTAN PON ADA KEDAI NO HARAM..KEDAI JUAL ARAK..APA BEZA NYA?..ORG KELANTAN PON ADA GAK MAIN NOMBOR HARAM.MINUM ARAK ..APA BEZANYA?NIK AJIS DOK SEBOK CERAMAH POLITIK..ANAK BUAH DOK SEBOK BUAT NOMBOR KAH KAH ..GOLI TELINGA DEN..APA BEZANYA?

Anonymous said...

Bengap tahap gaban!

meo said...

wec7188 - bro, judi tuh haram untuk org islam je. BASIC agama beb. sama la cam hudud tuh untuk org islam je. negara kita BUKAN 100% org Islam. So, kene toleransi la. Jgn le nak emo sangat.

ajiNoBN said...

Blogger wec7188 said...

sah dan terang mmg hang mangkuk hayun hasil usaha UMNO...hang suruh pakjib hang bagi persekutuan kat PR..setahun rajyat dah lupa nak judi

sam raspiut said...

wa talak heran kerja haram umno ni.. samala dengan binatang haram tu, bukan je perbuatangnye malah termasuk lah anggota dan badannya haram beb..
tapi wa teramat hairan masih ada makhluk yg bersarbang nak berpaduang dengan binatang haram nih. dah tu, bila tak dapat nak berpaduang sanggup pulak jadi agen anasir merosak negeri kelantan..
lagilagila gila bengap.. apala...

dusunraja said...

Nampaknya aduka Teruna terus menyerang sdra, haluan tuan dan dia jauh berbeza, jgn kompromi dengan beliau.Tuan berniat suci untuk membetulkan PAS , tapi dia adalah berniat menghancurkan pas.kira nak redah dan langgar siapa sahaja.

Awasa si Aduka Teruna adalah duri bernanah didalam daging.

Pro Pakatan said...

Salam,
En Rahman, Tolong tanya sama MB Khalid Ibrahim dan exco Hasan Ali itu kedai toto yg beratus2 di Selangor bila nak hapus?
Itu dosa pengundi siapa mau tanggung?
Kalau tak hapus juga, samalah macam umno yg buat tu, dosa-tetap dosa.

tlg siar comment ini.

Tulang Besi said...


En Rahman, Tolong tanya sama MB Khalid Ibrahim dan exco Hasan Ali itu kedai toto yg beratus2 di Selangor bila nak hapus?
Itu dosa pengundi siapa mau tanggung?
Kalau tak hapus juga, samalah macam umno yg buat tu, dosa-tetap dosa.
.

Benda dah bersarang 50 tahun, mana boleh bersih dalam 2-3 tahun.

Skrg ni kita hnaya boleh orang Islam berjudi sahaja sebagai permulaan.

Anonymous said...

Alo bro,link web lu ni Tranungkite dah buat salah2 plk "waves' dah jadi "weves",so ke lain la peginya..Tranung ni geng2 hassan Ali woooooooo

Anonymous said...

Tulang Besi said...


En Rahman, Tolong tanya sama MB Khalid Ibrahim dan exco Hasan Ali itu kedai toto yg beratus2 di Selangor bila nak hapus?
Itu dosa pengundi siapa mau tanggung?
Kalau tak hapus juga, samalah macam umno yg buat tu, dosa-tetap dosa..

Benda dah bersarang 50 tahun, mana boleh bersih dalam 2-3 tahun.

Skrg ni kita hnaya boleh orang Islam berjudi sahaja sebagai permulaan.

-------------------------------

Habis tu brapa tahun baru nak hapuskan? Ada steps yang boleh disiarkan disini yang telah digazetkan sebagai langkah2 ke arah penghapusan?

Kalau tak boleh buat, jangan tipu org kata boleh buat..Kalau kata nak buat, bagi tempoh masa supaya orang x rasa tertipu.

Politicians semua sama...Menipu dengan ayat..Maybe x rasa menipu tapi ada unsur2 menipu.

Cukup2lah bohong wahai politicians semua. Orang dah confuse mana yang betul dah..Undi BN, BN hancur..Undi PR pulak, 2x5 jugak..How?

Nonpartisan73

Anonymous said...

tah le x komen nak komen. cuba buat gini pulak...pru13 nanti calon pas kesemuannya mesti lulusan Al-Azhar @ 100% berpendidikan Ugama Islam. bermula dr peeringkat cawangan di setiap negeri. biasanya lah org ada "ugama" ni tahu hak halal payah nak buat hak haram....guano gamok??

dusunraja said...

"Benda dah bersarang 50 tahun, mana boleh bersih dalam 2-3 tahun.

Skrg ni kita hnaya boleh orang Islam berjudi sahaja sebagai permulaan."

Encik Tulang besi, itu cara Islamkah? kalau betul saya nak war-warkan...berpandukan ayat mana? hadith mana? cuba detilkan senang saya nak maklum pada org2 yang selalu bertanya ni...Tolong jelaskan pada hamba yang jahil ini.

-tolong siarkan dalilnya ye-

neo said...

SAM RASPIUT,
JANGAN MUDAH HUKUM BENDA YG HALAL JADI HARAM...NANTI TERPALIT HARAM TU PADA AWK SENDIRI...KALU SEMUA UMNO BT HARAM..SAPA YG SEDIA KAN MASJID,SEKOLAH,DAN SEBAGAI NYA UNTUK RAKYAT KALU TK USAHA KEJARAAN..NI BERMAKNA ILMU ,SOLAT MU SEMUA DRI SUMBER YG HARAM...AWK MEMGUMPAMA MAKAN NASI BERPINGGAN KAN BEKAS BAGING BABI...KALU ANAK2 AWAK SEKOLAH YG DI SEDIA KAN KERAJAAN BN...SERUPA ANAK AWAK SEKOLAH DI KANDANG BABI...

Tulang Besi said...

hanya boleh halang orang Islam berjudi. Tersilap tulis daaa

neo said...

TB..yg aku tahu lah...negara kita ni berbilang kaum agama dan bangsa,bg org islam kita membayar zakat..kita tk campur duit tu dgn duit came tax..so takan duit zakat kita nak kongsi dgn org lain..tentu lah kerajaan guna dri summber lain untuk yg belbagai bangsa duit cametax..so pikir sendiri ler..lg satu..yg aku tahu..ramai2 tok ,guru ustaz ke hapa ke...yg dpt rahmat allah untuk sembahyang di dlm kaabah hanya mahathir srg je kt malaysia ni..yg lain aku tk pernah dgr lg..blh msk dlm kaabah dan sembahyang...tapi dia takde pon ckp dia tu insan yg paling mulia di sisi allah..tkda lak aku tgk dia lah org islam betul2 islam...org lain tk blh dpt mcm dia...ni baru dpt berdoa depan kaabah dh siap cerita dlm blog..tah makbul tah dak doa tu ,tuhan je tahu..HATI@ dgn nawaitu..

Anonymous said...

Tulang Babi yang dilaknat...

Orang tak minat dah cerita UG ni. Sekarang tengah fokus kat Kelantan ni. HUSAM BAWAK PENGINTIP (KICKDEFELLA) DALAM PAS SEBAGAI PEMBANTU KHASNYA SELAMA INI. APA DAH JADI SEKARANG !

Tulang Babi dan Kickdefella ni atu keturunan.

Ahsan said...

Dalam PAS, orang yang paling banyak makan daripada duit Kerajaan Negeri adalah.

1. Nik Abduh yang sentiasa tukar kereta. Beliau merupakan ahli Majli MPKB-BRI dan PMBK. Sebab itu beliau melenting apabila sedara dia ariffahmi terpelanting daripada CEO PMBK. TGNA tidak tahu benda ni

2. Takiyuddin Hasan. Yang perabih duit puluh ribu untuk dapatkan no plat kereta TAK1. Kereta tukar dua bulan sekali. Memang terkenal sebagai orang berduit. Kroni rapat penulis Sayuti Omar.

3. Nasharuddin Mat Isa. Rumah RM1.5 juta kat Bandar Sri Putra. Sayuti Omar cuba putar belit mengatakan bahawa rumah tersebut rumah sederhana. Tapi sayuti Omar yang bodoh itu tidak tahu bahawa kawasan itu, semua banglonya beharga RM1.5 juta. Bukannya kat Kuala Lipis. Harga tanah murah bang!jangan tolol sangat nak backing bos pun. Lepas menang aje, kereta tukat dua tiga bijik. Baju kod 7-8 pasang baru, kesemuanya branded. Harga beribu. Lepas tu malas jengok kawasan bachok.

Kalau pemimpin dah kaya, buat apa minta duit derma jihad daripada ahli lagi. Ahli PAS, nak makan pun tak cukup duit.

Kesemua orang di atas adalah pendokong Unity Goverment.

Anonymous said...

Anon 4.30pm,
Siapa cakap orang dah tak minat dengan isu UG? Yang tak minat hanya pencacai UMNO dan pencacai UG serta Geng UG Trengganu.Syabas kepada TB kerana berterusan menghentam puak UG ini.Teruskan sehingga mereka dan perancangan mereka hilang lesap.Janji Hadi Awang,Mustafa Ali dan Hassan Ali konon "Isu UG tutup buku" tak boleh percaya.Dulu mereka dah "tutup" sekali kemudian "buka" balik.Begitu juga janji mereka "Bersama Pakatan Rakyat" - adalah sekadar pemanis mulut saja untuk mententeramkan ahli-ahli PAS dan "bermuka-muka" dengan pemimpin PR.Jika kita lupa dan alfa,mereka akan "bangun kembali".Sekarang mereka "kelihatan" diam dan senyap,tapi percayalah mereka menunggu masa saja untuk beraksi semula tatkala kita lupa dan alfa.Apa yang berlaku diKelantan memang ada kaitan dengan Geng UG.Ini bukan kes yang beasingan tetapi adalah kes yang bersangkutan.

Anonymous said...

pas berpecah akibat utusan
http://politikhancuss.blogspot.com/2009/11/perpecahan-dalam-pas-akibat-membaca.html

Anonymous said...

neo said;
"...yg dpt rahmat allah untuk sembahyang di dlm kaabah hanya mahathir srg je kt malaysia ni..yg lain aku tk pernah dgr lg..blh msk dlm kaabah dan sembahyang...tapi dia takde pon ckp dia tu insan yg paling mulia di sisi allah..tkda lak aku tgk dia lah org islam betul2 islam...org lain tk blh dpt mcm dia...ni baru dpt berdoa depan kaabah dh siap cerita dlm blog..."
_______________________
kah! kah! kah! kah! kah!

abu lahab, abu jahal ntah abu apa lagi, ..dah berape kali tawaf kaabah.
bini diorg tawaf boghel lagi.

kah! kah! kah! kah! kah!

khalifah yg bunuh cucu nabi tu dah berapa kali semayang lam kaabah..??

kah! kah! kah! kah! kah!

ade ko tanya ulama lain, imam2 yg 4 tu, imam bukhari dan sewaktu dgnnya dah berape kali sembahyang dlm bgn kaabah tu...

kah! kah! kah! kah! kah!

cam tu rupernye nak naikkan ranking mulia org yer...

kah! kah! kah! kah! kah!

neo said...

KO TANYE SEBDIRI TOK GURU BANGGAP KO..KE ULAMAK POLITIK KO..KE PERNAH DPT RAHMAT..DOK S0LAT DLM TU?????AKU CKP YG DLM MALAYSIA NI...YG DOK KATA DIA LEBIH ISLAM KUNUN..BLH LAK HUKUM ORG LAIN TK LEH MSK SYURGA..KUNUN DIA LA ULAMAK MCM NABI LAH KUNUN...TAPI..HABUK PON TARAK...GI MEKAH..TAWAF KAABAH MCM ORG LAIN GAK....PAS TU DOA LAK ORG LAIN GI JAHANAM..APA NYA TOK GURU MALAUN SEMPRIT NYA NIK JIS NI...KOYA NYA ULAMAK..DOA SENDIRI PN TUHAN TK MAKBUL KAN...LAST2 BALA TIMPA ATAS KEPALA SENDIRI..TK SEDAR DIRI LG..DOK DOAKAN ORG YG BUKAN2..

neo said...

KO RASA ULAMAK KRG NI BOLEH KE DPT KEBERKATAN SOLAT DLM KAABAH ALLAH TU..????????MCM PARA SAHABAT MCM MAHATHIR..?????AKU PERCAYA KALU ULAMAK KRG DPT SOLAT DLM TU DH PASTI KECOH SATU DUNIA...ALANGKAN SEDEKAH 1 KERUSI RODA DOH..DH HEBOH DLM HARAKAH..SIAP MUKA DEPAN LG..HAHAHAHA

neo said...

KO RASA ULAMAK KRG NI BOLEH KE DPT KEBERKATAN SOLAT DLM KAABAH ALLAH TU..????????MCM PARA SAHABAT MCM MAHATHIR..?????AKU PERCAYA KALU ULAMAK KRG DPT SOLAT DLM TU DH PASTI KECOH SATU DUNIA...ALANGKAN SEDEKAH 1 KERUSI RODA DOH..DH HEBOH DLM HARAKAH..SIAP MUKA DEPAN LG..HAHAHAHA

Anonymous said...

En Neo
Agaknya awak ni Mat Min Tonjol kot,
timbul teggelam terus masuk gol.

Anonymous said...

YA Allah... kerja mulia tak mulia ni kan kerja Ya ALLAH... saya rasa raja Arab saudi dah berpuluh kali masuk dalam kaabah tu... so dia berpuluh2 kali mulia lah?? pembesar2 negara kita wat haji bukannya bersusah payah mcm kita org biasa... kita nie yelah terpaksa bersesak2... diorang semua dapat je laluan mudah.. siap eskot lagi tuuu... sudah.. kita manusia biasa tak dapat menilai kemulian seseorang tu di sisi allah...

Anonymous said...

Kalau dulu.. bab tuduh UMNO galak judi bola dan sebagainya... nampaknya tuhan bagi cash kat PASberg memang tidak ikhlas.. tuhan dah tunjukkan!!!

Inilah Islam standard Nik Aziz.. Baru je digertak oleh persatuan Cina.. Islam terus di kemudian Undi didahulukan.. Hukum Islam semua dimasukkan dalam tong sampah...

Kepada Nik Aziz dan orang PASberg lepas ni tak payah cakap tentang nak perjuang Islam, nakkan hudud apatah lagi cakap nak buat negara Islam... memang PASberg tak layak cakap tentang Islam... apatah lagi nak tuduh UMNO sebagai tidak Islamik.. apa PASberg itu Islamik sangat!!!

PASberg lagilah teruk kerana kini berada di tapak kaki DAP... baru DAP gertak sikit.. terus menggelupur.. hukum Islam dimainkan, sekejap halal dan sekejap haram.. Islam ala PASberg!!!.. inilah dia ulama akhir zaman.. nik Aziz, Haji Hadi..



KOTA BHARU 17 Mac – Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ”big sweep”... seterusnya baca di sini..

Kepada penyokong PASberg lepas ni bolehlah buang serban tu.. semua tu penipu sahaja.. buat Malu Islam dan Rasulullah SAW.. sunnahNya dipermainkan oleh PASberg!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.