Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 16, 2009

Kalau Ada Kejadian Rasuah, Sila Lapor Tok Guru Pada SPRM

Benar. Saya sudah baca artikel dari Rocky Bru dan Syed Akbar Ali yang mahu menjadikan tajaan haji kepada Tok guru satu isu politik. Bagi saya, tak payah buat isu ke atas perkara ini. Kalau kamu ada bukti, sila buat laporan pada SPRM. Mudah sahaja.

Rocky Bru melaporkan kononnya syarikat yang memberi tajaan pada Tok Guru telah mendapat konsesi balak dari Kerajaan Negeri Kelantan pada 2004 sewaktu Tok Guru menjadi Pengerusi SEDC Kelantan dan KPK. Kalau benar telah berlaku korupsi, sila laporkan perkara itu kepada SPRM?

Bukankah JK Tender yang memberi konsessi kepada mana-mana pihak menyebabkan Kelantan mendapat laba yang besar dari balak berbanding dengan pentadbiran sebelum ini? KAlau benar ia rasuah, sila laporkan kepada SPRM?

Dahulu, Norzula Mat Diah pernah membuat laporan berkenaan dengan tuduhan korupsi ke atas Husam Musa dan Husam telah disiasat atas bawah. Namun, tiada apa2 kesalahan yang dijumpai ke atas Husam Musa.

Saya yakin, Tok Guru tidak takut mengaku menerima tajaan itu kerana bagi beliau syarikat yang menaja beliau tidak mendapat apa2 kontrak dan projek dari beliau. Mengapa beliau mahu bersikap buruk sangka terhadap syarikat ini?

Sudah 19 Tahun Tok Guru Memerintah, Tiada Satu Pun Tuduhan Rasuah

Orang yang korup, kita akan dengar cerita korupsi beliau secara berkala. Walaupun tidak dapat dibuktikan, namun, cerita korupsi terhadap beliau akan kerap naik.

Bagi Tok guru Nik Aziz, sudah 19 tahun beliau menjadi MB. Kita tidak dengar satu pun kes rasuah dan salah guna kuasa yang dikenakan ke atas beliau.

Ertinya, rasuah dan makan duit ini bukan amalan dan tabiat beliau. Mungkin beliau tersalah tengok atau tersalah lihat maka beliau telah menerima tawaran tajaan haji tersebut, tapi ia hanya menunjukkan beliau tersilap bukan korup.

Juga, apabila ditegur "kesilapan" beliau, maka Tok Guru telah sanggup menukar keputusan awal beliau. Tiada silap pun, dari mula lagi kerana tiada bukti pun syarikat berkenaan mendapat kontrak serta projek dari Tok Guru?

Bagi Tok Guru, syarikat tersebut adalah seperti mana-mana syarikat pun. Dan, kalau Tok Guru terima tawaran tersebut, tidak bermakna selepas ini syarikat tersebut akan mudah mendapat kontrak serta projek kerana penerimaan Tok Guru tidak bersyarat.

Jadi, saya cabar mereka yang mahu membuat isu tajaan haji kepada Tok Guru ini supaya membuat laporan kepada SPRM atau Polis D5. Kalau tidak, tutup mulut kamu.

Tok Guru pun dah batal hasrat beliau. Apa nak lagi?

Tulang Besi

13 comments:

Anonymous said...

apa kita nak, tindakan susulan supaya benda ni tak berlaku lagi.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Saya sudah baca artikel dari Rocky Bru dan Syed Akbar Ali yang mahu menjadikan tajaan haji kepada Tok guru satu isu politik.

Impak lebih besar bukannya artikel2 Rocky bru atau si syed akbar ali tetapi kickdefella.

Si kickdefella dedahkan menantu TGNA dengan "arahan" TGNA menyuruh Hj Hadi digulingkan:

Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.Klik Sini

Berat tuduhan Kickdefella ni,walaupun ikut hati geng2 anti "Fraksi UMNO",semoga benarlah TGNA buat arahan tu.Tuduhan ni berat, sgt2 berat.

Misteri betul...kenapa Tulang besi begitu reluctant utk menyerang Kickdefella...sepatutnya "leher" Kickdefella lebih afdhal buat Tulang besi sekarang ni even dr Hassan Ali.

Apa sgt si Kickdefella ni sampai sebut pun xberani...Kau takut eh dgn bos kickdefella?

Tulang Besi said...

Impak lebih besar bukannya artikel2 Rocky bru atau si syed akbar ali tetapi kickdefella.

Si kickdefella dedahkan menantu TGNA dengan "arahan" TGNA menyuruh Hj Hadi digulingkan:

Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.Klik Sini
.

Tapi Tok guru dah kata dia takkan halang SPRM menyiasat menantu beliau?

Apa komen kamu?

Saya tak serang kickdefalla sebab tak da benda yang saya nak serang.

Kalau Menantu Tok Guru salah, dakwa lah menantu Tok guru tu.

Tok guru sendiri tak marah.

Anonymous said...

TB,
root cause of the issue: takdak guidelines . tak payah nak blame sapa-sapa.

Anonymous said...

Kalau Kickdefella tak dipecat dari PMBK, agaknya dia akan tulis tak artikel tu? Soal betul atau tidak dakwaan itu, biarlah SPRM siasat. It remain to be seen. But one thing for sure, Kickdefella is trying to cover-up perception of why he was fired.

Anonymous said...

TB nampak tak serang kickdefella langsung.sdgkan org tu yg mendedahkan keburukan NA.ni mesti TB takut pada bos kickdefella tu. TB ni dasar macam hantu raya jugakla,,nnt Husam tak bagi telur mengamuklah dia.Dasar mempertahankan benang basah!

MISAIMERAH said...

Marilah kita tumpu kepada prk Kota Siputeh. Yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil.

Kita ni mahkluk sudah tentu ada akhirnya. Kebenaran akan muncul jua.

Anonymous said...

Tapi Tok guru dah kata dia takkan halang SPRM menyiasat menantu beliau?

Apa komen kamu?


Tuan Ibrahim Tuan Man pun nak siasat Hassan Ali, tapi hg dok attack kaw-kaw jugak Hassan Ali.

Saya tak serang kickdefalla sebab tak da benda yang saya nak serang.

Aku dah bg sebab kuat utk hang serang Kickdefella:

Ariffahmi juga perlu menjelaskan setakat mana penglibatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam menutup skandal perbuatan sumbang seorang pengurusan kanan PMBK dengan seorang pelajar latihan amali baru-baru ini.Klik sini

Tulisan Kickdefella di bwh pula ditujukan kepada siapa? Nama URL pun nik-aziz-dan-tersungkur-di-pintu-syurga, dan artikel ini ditulis pada 16 Oktober 2009.

“Kalau dulu Tok Guru berkeras yang musabaqah al-Quran untuk qari sahaja, kerana suara wanita adalah aurat,sehingga tiadalah wakil qari’ah dari Kelantan, pegangan yang agak strict,....

Kalaulah ulama berubah pendirian kerana menemui nas yang baru atau mendapat kefahaman terhadap nas secara baru, atau perubahan dalam sebab musabbab yang menjadi sandaran kepada sesuatu hukum itu diputuskan, maka ianya suatu kewajaran. Imam as-Shafi’ie ada memberi pendapat lama dan pendapat baru. Tetapi perubahan pendapat itu dapat dikupas secara ilmiyyah dan bertanggung-jawab, tiada celanya Imam as-shafi’ie kerana membaharui pendapatnya sendiri. Tetapi sekiranya perubahan itu mengikut selera sendiri-sendiri atau selera politik kepartian, maka ulama itu boleh dikatakan tidak kecap/kemas fahaman dan penghayatannya.”
Klik sini

Kalau org lain, doakan kematian TGNA, hg marah, ini pula menyindir Tok Guru korg mcm Ashaari Abuya. tersungkur di pintu syurga, kau TB kata, takda apa nak serang?

Kalau Menantu Tok Guru salah, dakwa lah menantu Tok guru tu.

Aku setuju pendapat hg ni, tapi bukankah selalunya reaksi hg kalau anything yg pakatan buat, hatta Ronnie Liu, terus engkau terkam mcm singa lapar tak makan sebulan?Kenapa bab ni, bunyinya mcm kucing parsi mkn friskies jer?

Tok guru sendiri tak marah.

Yg masuk IJN tu apa ceritanya?

Tu Kickdefella kata TGNA tak kemas penghayatan, menyamakan dgn Abuya ashaari dan menuduh TGNA menutup skandal di PMBK, kau tak nak marah ke?

Tulang Besi said...


Ariffahmi juga perlu menjelaskan setakat mana penglibatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam menutup skandal perbuatan sumbang seorang pengurusan kanan PMBK dengan seorang pelajar latihan amali baru-baru ini.Klik sini

Tulisan Kickdefella di bwh pula ditujukan kepada siapa? Nama URL pun nik-aziz-dan-tersungkur-di-pintu-syurga, dan artikel ini ditulis pada 16 Oktober 2009.
.

Aku sokong Tok Guru, bukan menantu dia

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Aku sokong Tok Guru, bukan menantu dia

jawapan kucing parsi..

Yg tersungkur di pintu syurga tulisan kickdefella tu ditujukan kpd menantu ke tok guru?

Kickdefella tuduh Tok guru terlibat tutup skandal perbuatan sumbang seorang pengurusan kanan PMBK dengan seorang pelajar latihan amali. Hg diam tanda setuju ke?

Anonymous said...

para blogger sekian. kickdefella dah kena buang kerja dan hilang pendapatan besarnya (tang tentu 'Halal' puncanya). bila dah kena buang kerja, jalan terbaik nak jaga nama ialah kata orang lain buat hal, arifahmi ataupun tok guru. nak kata pak lah dan pak najib, dua dua orang nih tak nak jumpa kickdefella bila bila masa pun.

habis, kickdefella buatlah bising. itu kira biasa lah bila dah kena fired.

sebaiknya tackle benda nih, kickdefella lapor pada Jabatan Tenaga Kerja (IR Dept) dan lawan dalam mahkamah, ada kemungkinan boleh menang 2-tahun gaji serta kos peguam sekali tu.

boleh bah.

Umar said...

TGNA tak pernah ambil elaun perumahan yg diperuntukkan untuknya selama 19 tahun..kalu dikira lebih pada duit utk pegi haji..

Anonymous said...

Kamu ingat Nik Aziz tu tak boleh buat kesilapan langsung ke?

Lapuran sudah pun di buat. Pada hemat saya, siasatan ini tidak susah. The link is so obvious.

Sebab tu Nik Aziz terpaksa membatalkan trip beliau.

Kalau dia confident tidak ada unsur rasuah, terukan sajalah. InshaAllah perjalanan Haji akan berjalan lancar dan mabrur...

Tak perlu cakap pasal persepsi, kerana Nik Aziz tahu Allah Maha mengetahui.

If you think it is right, then do it.

If you think what other people think, then it is not kerana Allah, it is kerana tanggapan orang.

Lagi pun buat apa nak taja Menteri Besar yang berkemampuan.

Taja menaja ni sebenarnya untuk orang atau tok guru yang tak mampu. Banyak tok guru yang tak mampu sebab hanya menjadi guru agama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.