Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 6, 2009

Kalau Ada Plihanraya Mengejut, MB PAS yang TInggal Hanya MB Kelate.

Itu adalah analisa yang diberi kepada saya oleh salah seorang pemerhati politik Malaysia dari luar negara yang terkenal juga. Tapi saya tidak mahu menyebut nama beliau dan beliau bukan Dr Aziz Bari kerana Dr Aziz Bari tidak kenal pun saya. Tapi cukup saya katakana nama beliau terkenal dan beliau ada kredibiliti untuk memberi komen ke atas situasi politik di Malaysia.

Hasil dari angkara Fraksi UMNO, imej dan persepsi terhadap PAS semakin menjunam di kalangan pengundi CIna dan India. Kenyataan2 “orang itu” semakin menghakis sokongan kepada PAS di kalangan orang Cina dan India.

KEDAH
Di Kedah, analisa yang saya buat di atas keputusan Pilihanraya 2008, menunjukkan bahawa undi orang Melayu terbahagi kepada dua di antara PAS dan UMNO. Ertinya, pada 2008 sekalipun dari 10 pengundi Melayu, 5 orang telah mengundi PAS/Pakatan.
Ertinya kemenangan PAS di Kedah adalah disebabkan oleh pengundi Bukan Melayu dan Bukan Islam yang telah pergi kepada Pakatan Rakyat dengan banyak sekali. DIanggarkan 70% pengundi India dan 65% pengundi Cina di Kedah telah mengundi PAS dan PR pada 2008.

Kebelakangan ini diberitahu bahawa popularity MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, semakin menaik di kalangan orang Melayu dan Islam di Kedah. Namun, sejauh mana tinggi popularity Ustaz Azizan, jumlah pengundi Melayu yang akan beralih kepada PAS tidak akan melebihi 60%. Dengan 60% Melayu tidak berkemungkinan kepada PAS untuk mendapat kerusi yang cukup untuk memerintah Kedah.

PAS masih perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% undi Cina dan India di samping kenaikan undi Melayu dari 50% ke 55% untuk menawan kembali Kedah. Namun, imej PAS yang begitu buruk sekarang ini hasil angkara “kumpulan itu” serta “orang itu”, tidak memungkinkan PAS mendapat lebih dari 40% undi India dan Cina di Kedah.

PERAK

Sejak dari asal pun kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat adalah tipis berbanding dengan Barisan Najis. Yang memungkinkan PR memerintah Perak pun adalah disebabkan “banjir” pengundi India dan Cina kepada PAkatan Rakyat begitu luar biasa sekali.
Ditambah dengan “bank” pengundi Melayu Barisan Alternatif yang berada pada tahap minima 40%, maka jatuhlah kerajaan Barisan Nasional di Perak buat pertama kalinya dalam PRU 2008.

Namun, dengan perkembangan negatif yang berlaku sekarang ini angkara “orang itu” maka Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat mengekalkan tahap sokongan pengundi India dan Cina, terutama sekali pengundi India yang sedang menghadapi dilemma akibat beberapa pemimpin Hindraf telah berjaya dibeli BN.

Faktor ini juga mungkin telah memprovokasi YB Nizar untuk memarahi “orang itu” dalam mesyuarat Khas baru-baru ini. “Orang itu” membalas, “bukan dia sahaja yang mintak tapi Dr. ***** *** pun mintak sama”. YB Nizar sedar bahawa peluang PR untuk memerintah Perak AMAT terjejas dengan tingkahlaku sumbang “orang itu”.
Dari sudut positifnya pula, imej PAS di Perak adalah lebih baik dari negeri lain kerana faktor Nizar. Cumanya, angkara fraksi UMNO, Nizar telah dihalang untuk menjadi PJ Negeri Perak. Saya tidak kata PJ sekarang ni jahat atau fraksi UMNO atau jahat, tapi rakyat Perak tidak mengenali PJ sekarang ini berbanding Nizar. Jadi, kiranya PAS melantik Nizar sebagai PJ maka pengiktirafan PAS Pusat terhadap Nizar akan menambah lagi saham PAS di kalangan pengundi bukan Melayu dan juga Melayu/Islam.

(Minta maaf pada PJ Perak yang ada sekarang. Saya tidak sekali-kali mengatakan tuan tidak layak ataupun tidak baik. Cumanya dari segi persepsi umum, Nizar lebih layak kerana beliau lebih dikenali dan lebih popular).

Saya nak bagitau, saya tau siapa yang calonkan PJ sekarang semata-mata mahu menghalang Nizar dari jadi PJ. Perlantikan PJ2 baru2 ni pun pasal nak menguatkan pegangan kuasa Fraksi UMNO ke atas perwakilan2 PAS. Itu sahaja.

KELANTAN

Inshaalah tenang. Namun, faktor Wang Ehsan ni WAJIBBBBB PAS Kelantan ambil serious. Ia jangan mudah ditolak ke tepi ataupun dipandang remeh.
PAS Terengganu dahulu pandang remeh terhadap Wang Ehsan dan akhirnya PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi pada 2004. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Imej Tok Guru “intact” tapi perlu digerakkan jentera parti dan PAS Kelantan dengan kadar segera

Perlu yang amat sangat supaya ditendang keluar anasir2 UMNO yang ada dalam PAS Kelantan sekarang dengan kadar segera. Terutamanya mereka yang telah terlibat dalam perjumpaan sulit dengan wakil Najib sebelum Najib bertemu Tok Guru pada bulan Ogos lepas.

Mereka cuba memasang perangkap ke atas Tok Guru namun perangkap mereka tidak menjadi. Mereka2 yang telah terlibat ini HARUS DIKORBANKAN.

TERENGGANU
Baik toksah kempen kat Terengganu. Pi Kedah lagi baik. PJ dia sendiri pun kena booo dengan penyokong sendiri. Macamana nak dapat sokongan orang atas pagar? Letih je kempen nanti. Rugi je duit korang derma kat sana. Kalau nak tolong pun tengok Kawasan. Kalau mcm Dungun tu OK sebab Ustaz Wang Hassang tu orang baik dan terpuji sampai orang UMNO pun sayang kat dia.

Padahal UMNO Terengganu tu berpecah dua dan amat lemah. Senang je kalau nak makan, tapi masing-masing keras kepala. Bila orang buat survey, disalahkan orang buat survey, bukan nak analisa keputusan survey.

Sebab apa? Sebab survey tu kata “Kain2 Buruk” tu semua kena buang dan ganti dengan “Kain Baru” kalau nak menang. Melenting sekor-sekor bila saya bagitau benda ni kat diorang ( saya tak gunalah perkataan Kain Buruk dan Kain Baru).

Saya bagitau diorang sebab saya nak tengok PAS menang kat Terengganu. Diorang pegi tuduh saya agen pada orang X. Diorang tuduh orang X ni membayar kompeni survey tu untuk membawa analisa2 yang palsu untuk menaikkan nama orang X. Mereka tuduh kompeni survey tu sebenarnya memberi maklumat palsu supaya “orang X” dapat naik jadi MB. Begitu busuknya orang2 yang dikatakan cukup tarbiyyah dan cukup “tsiqah” ni. Mulut diorang lebih jahat dari Firaun.

Lepas tu diorang buat survey sendiri kata “Kain2 Buruk” tu semua masih laku dan hebat untuk menyanggah survey yang saya laporkan itu. Sampai tahap tu sekali dajal diorang ni. Tak pikir parti langsung. Asyik pikir perut sendiri (dan bawah perut). PAS tu “second priority”. Kesian kat ahli2 PAS yang bawah2 tu yang 100% ikhlas berlawan dengan polis dan SB untuk halang pengundi hantu. Tabik kat ahli2 PAS Terengganu ni semua. Berani dan komited pada perjuangan islam. Tapi nak buat macamana, wala’ punya pasal, negeri tergadai.

Last2 pada 2008 semuanya tersunggkur menyembah bumi, lagi sekali. Buat fitnah kat saya, Allah SWT bayar balik “cash”. Saya tak maaf sampai akhirat. Tolak maklumat saya bagi, last2 kalah menonggeng. Tapi, lepas kalah terus bawak fitnah lagi kat saya tu. Dah kalah pun tak nak insaf.

Sekarang ni, lantak kau la. Kau nak menang ke nak kalah ke saya tak ambik pusing. Masa depan Kaabah dulu pun, tak terkeluar dari mulut saya mintak Allah menangkan diorang ni kat Terengganu. Kalau menang pun jadi fitnah, nak buat apa?
Lebih baik ahli2 PAS Terengganu yang ikhlas2 tu daftar kat Perak bagi Nizar menang. Ramai2 daftar kat Perak dan bagi PAS Perak menang.

Baru ni diorang buat ijtimak. Cukup hebat. Dekat 3000 orang datang Ijtimak. Saya pun baca la laporan Ijtimak tu. Laaaaaa, benda yang dipersetujui dan dipakati, benda tu saya dah baca 10 tahun lepas. Idea lama dikitar semula.

Saya tanya la, korang nak menang, takkan takda langsung usul untuk merapatkan diri dengan pengundi, memahami pengundi, memberi apa yang pengundi mahu selagi tidak berlawanan dengan syariat? Jawapnya takda. Cumanya kita nak dakwah, nak tarbiyyah.

Saya balas balik, kalau korang tak paham pengundi nak dakwah macamana? Pengundi tu lah “target dakwah”. Kalau tak faham macam mana “target dakwah” berfikir, macam mana nak sampaikan dakwah dengan efektif. Korang nak sampai dakwah pada sapa? Pada monyet dekat Empangan Kenyir? Monyet bukan manusia, macamana nak dakwah kat diorang.

Esok nanti aktivti2 yang akan dianjurkan adalah aktiviti2 syok sendiri. Balik2 penyokong dengan ahli sendiri yang hadir. Yang atas pagar dengan lemah UMNO tak nak datang. Waktu PAS memerintah pun banyak aktiviti2 syok sendiri. Tu yang kalah.
Persoalan cita rasa pengundi ni sengaja tak bincang dalam Ijtimak sebab isu ni sensitif. Kalau dibuat kajian sekali lagi, keputusannya tetap sama, yakni, kena buang kain buruk ganti kain baru. Tu yang langsung tak nak bincang dalam ijtimak pasal pengundi dan kitar balik idea lama.

Sebagai penutup, kalau tak buang pekung2 ni dari PAS, alamat baliklah kita zaman 2004. Mereka ni dah kalah, mereka “hijack” PAS Pusat untuk mengekspot kekalahan mereka ke seluruh Malaysia. Alamat nanti tinggalkan kita dengan Kelantan sahaja.

Tulang Besi

ps Kita mungkin dapat Perlis la kot sebab sekarang ni pun, persepsi rakyat Perlis adalah wakil2 PAS adalah backbencher dan Ketua Pembangkang adalah Shahidan Kassim. Ada ka Shahidan pegi bantai Mat Isa Sabu, wakil PAS pegi pertahan Mat Isa? Sedangkan orang kata Mat Isa ni kem Radzi, dan Radzi ni terlibat dalam trajedi Memali. Ini semua persepsi la, yang saya laporkan ni pasal Perlis.

Di Singapore baru ni, Cikgu Pa kata dia memang pro Pakatan, tapi takda benda baik pun dia sebut pasal PKR.

16 comments:

UMNO GILO said...

PAKATAN RAKYAT AKAN RANAP SERANAPNYA JIKA G ELECTION DIADAKAN PADA BULAN DECEMBER INI.


HAJI HADI MUNGKIN BUNUH DIRI SEBAB KALAH TERUK

ANWAR MUNGKIN MASUK SUNGAI .....

KHALID HIJRAH KE AMERIKA BERSAMA ANAK LELAKINYA

AZIZAN BERGOLEK DENGAN BINI-BINI DIA 24 jam


EMMMMM .... nik aziz insyallah tenang di syurga...insyalah

Anonymous said...

//Mereka ni dah kalah, mereka “hijack” PAS Pusat untuk mengekspot kekalahan mereka ke seluruh Malaysia. Alamat nanti tinggalkan kita dengan Kelantan sahaja.//

korek!! korek!! korek!!

Anonymous said...

TB,
Satu analisa yang jujur dan ikhlas.Memang pun PAS menang banyak kerusi diSelangor,Kedah dan Perak - bukanlah sebab PAS kuat tapi sebab:
(1) Sokongan pengundi Cina dan India.
(2) Orang Melayu (yang bukan ahli PAS)bencikan UMNO.
(3) Pengundi atas pagar pun benci UMNO/BN.
Fakta diatas tak termasuk Kelantan sebab Kelantan ada fakta-fakta lain.
Inilah yang disebut-sebut penganalisa-penganalisa politik - dari luar mahu pun dalam negeri.Bila ada desas-desus PAS nak berpeluk-peluk dengan UMNO maka sokongan bukan Melayu kepada PAS akan merosot malah akan hilang.Pilihanraya Bagan Pinang telah membuktikannya.
Maka itulah sebabnya Geng UG ni wajar disingkirkan dari PAS kerana amat merosakkan PAS.Sekiranya ini tidak dilakukan memanglah dalam PRU 13 kelak,akan tinggal hanya MB Kelantan saja.

Tinta Hitam said...

Sebenarnya PAS terbahagi dua.PAS semberono dan PAS yang betul betul faham tentang Islam dan perjalanan serta strategi dakwah mengikut keadaan setempat.

Punca masalah sekarang ini adalah sikap sebahagian pimpinan PAS yan yg digelar sebagai fraksi UMNO.Saya setuju juga dengna gelaran itu.Sebab mereka masih menilai sesuatu mengikut kacamata UMNO.Malahan mereka menganggap diantara DAP dan UMNO,DAP lebih memusuhi Islam.Merek seolah olah terlupa "grand design" British yang meletakkan UMNO untuk menjaga segala polisi anti Islam British di Malaysia ini.UMNO sama dgn Al Fatah Palestine yang bekerjasama dengan musuh besar Islam demi menjaga hegemoni Israel.

Pada golongan PAS semberono ini merek mempunyai pegangan jika terpaksa pilih antara musibah beasr dan musibah kecil adalah lebih baik musibah kecil.Musibah besar pada mereka adalah DAP manakala musibah kecil pulak adalah UMNO.Pada mereka UMNO adalah musibah kecil sebab sebangsa dan seugama.Mereka terlupa UMNO lah yang menjadi biang keladi dan batu penghalang kepada Islam di Malaysia ini.Segala polisi dan seluruh kekuatan mereka digunakan untuk menghalang Islam dari berkembang diMalaysia ini.

Tetapi PAS semberono ni tidak nampak sebab pada mereka ianya cuma musibah kecil.Lebih baik UMNO memerintah dari DAP kata mereka.

Mereka pura pura tak nampak bahwa hampir mustahil DAP memerintah Malaysia ini kecualilah tentera asing menawan Malaysia dan meletakkan DAP sebagaoi pemerintah.Itu lain cerita lah.Tapi kalau diikutka keadaan yang biasa,DAP hampir mustahil memerintah Malaysia.Merek cuma boleh mejadi parti komponen Pakatan Rakyat sahaja

Minta maaf kalau saya katakan TG Hadi tidak memiliki kemampuan untuk melonjakkan PAS keatas lagi.PAS perlukan pemimpin yang lebih nampak bersifat terbuka dan didalam masa yang sama istiqamah dengan Islam

Anonymous said...

kenapa tetiba dia nak sebut pasal PKR kat singapore tu? dia tu SU PAS, cukuplah untuk dia sebut PAS/PR

dah dasar syaitan, semua isu nak diputar-belit

Anonymous said...

TB, Aku tinggal di Seri Gombak dan aku selalu mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan oleh datuk DR Hassan Ali. Kalaulah ada orang kata bahawa India, Cina tak mahu sokong atau makin merosot sokongan kepada Hassan Ali itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Setiap program yang dianjurkan di sekitar gombak sentiasa mendapatsambutan daripada kaum cina dan india. Jika dulu kurang sikit tetapi sekarang benar-benar kuat. Aku tak akan berbohong malah mereka berasa bangga dapat bersama dan berjumpa dengan Dr Hasan Ali. Ini realiti. Untuk pengetahuan TB hampir setiap minggu Dr Hassan akan turun padang berjumpa rakyat di gombak. Jika dia tidak ada Pusat khidmat akan memantau dan membantu. Jika tak percaya sila lihat blog n17 gombak Setia. Sampai saya sendiri tak terikut akan programnya kerana terlalu kerap dan dia mmg di senangi oleh India dan Cina.

zakwan said...

An interesting analysis
PAS needs 2 take the views of the grassroot seriously
Now here's my take:

Kedah:
I believed that Datuk Azizan is doin a splendid job as MB n winnin more support by the Malays as time goes
However, 2 safeguard both Malay n non Malay support,I would recommend establish a balanced quota between the 2 regarding the housing plan

Perak:
Perak PR must constantly remind the Perakians of the terrific job they've done during the 10 month stint as state government b4 they were illegally ousted by the UMNO bastards
Actually, snap polls might be good thing bcuz the Perakian's hatred 4 BN remains fresh compared 2 the next GE in 2012 where people's anti BN sentiment might lose steam

Selangor:
The never ending PKFZ saga,Teoh Beng Hock's now confirmed murder,the temple issue in Shah Alam,Selcat's expose on the Toyol's admin
Expect DAP n PKR 2 retain their seats except perhaps Port Klang(don't think the people there trust PKR anymore)
As 4 PAS, I expect they would lose more seats unless Hassan Ali is sacked as Selangor PAS commisioner n a fresh face acceptable 2 all races is installed

Penang:
Retained though Indian support might dwindle a bit due 2 the whole Kampung Buah Pala fiasco
Though if Gerakan were still in power, Tsu Koon would not bother 2 provide any form of compensation 2 the villagers n the entire country would have heard about Kampung Buah Pala 4 the 1st time when it's already demolished

Kelantan
Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nuff said
Though expect Nasaruddin Mat Isa 2 hav a lower majority

Terengganu
Terengganu faction,UG proponents
PAS for All or Islamic state?
Expect a bigger loss compared 2 2008
Uztaz Hadi n YB Wahid Endut however will retain their parliamentary seats

Anonymous said...

tak nak nampak pun batang hidung hasan ali di bagan pinang...masa DAP bg ceramah besar besaran kat bt 8 .... anwar ada, khalid samad ada.... Kencing Ali tak de pun....

Tanya man-mana PEMIMPIN AJK PAS PUN, semua bengang dengan hassan ali.


tanya ketua penoyokong kelab cina india, semua dah buat komplen kat ibu pejabat pasai Anak ALI ni...

tapi tak di layan pun...

Tulang Besi said...

I agree with your assessment, Zakwan. The sad thing is that it doesn't take a genius to figure that one out, but PAS leaders are adamant.

Zaki said...

Very comprehensive and objective view. Very much similar to what Ibrahim Suffian and Bridget Walsh would have commented if you ask for their opinions. Please relay this to PAS' politic and strategic bureau.

Tulang Besi said...

Inshaalah Zaki, I will.

Anonymous said...

Tok Guru, should not allow Nasharuddin to contest in Kelantan. Let us see where he will run to this time. He had so far not showed the voters the respect they deserved, by running away from his seats in every other elections, and he has got no political clout at all with the Malaysians voters, If not for TGNA, he will never secure the votes of non Malays.

Such opportunists should not be allowed to contest under the banner anymore. It is a disgrace that he is still in PAS despite TGNA asking him to leave PAS and join UMNO. Remember this guy, he together with hassan ally of BN and a few mentioned by TGNA betrayed the voters trust two days after being elected, that is they held secret talks with UMNO to form a Unity Govt? Remember, voters, if PAS does not vote him out, we voters must fulfill the wishes of the masses. Such people should not be allowed to be with PR.

Together we can make a difference!

Anonymous said...

TB..akhlak ko terlalu rendah brbanding org2 yg ko kutuk tu..sedar laa

Anonymous said...

article ni standard bridget walsh? dan tulang besi pun dgn hati berbunga2 nak forwardkan ke pimpinan.. hehehe... dia tak faham yang org tu perli dia.

sapa pemerhati politik terkenal yang sanggup berhubung dgn ko ni? Wan Saiful Wan Jan.. hahahahaha

Tulang Besi said...


sapa pemerhati politik terkenal yang sanggup berhubung dgn ko ni? Wan Saiful Wan Jan.. hahahahaha

November 8, 2009 4:33 PM
.

Dr Supyan Husin hehehehehe

Anonymous said...

Penambahan,
'kain burok' kat Tganu sebenarnya dah naik taraf semenjak Pas menang Tganu dolu-dolu, dah jadi 'Lampin Pakai buang'. Luar cantekk dalam penuh isi tahi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.