Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 8, 2009

Kalau Tidak Kerana Persepsi, Nescaya Nabi SAW Membunuh Semua Munafiqeen di Madinah

Wakil Terengganu, Pemuda (orang Terengganu juga), Selangor dan Ulama telah kuat menghentam konsep persepsi. Kononnya PAS tidak menjadikan “Dzan” sebagai sumber hukum. Semuanya wajib disahkan dan dipastikan 100%.

Yang menghairankan berapa banyak dalam contoh Seerah Nabawiyyah yang menunjukkan betapa Nabi SAW mementingkan persepsi di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah islamiyyah serta kerja2 politik Islam.

Saya nukil dari http://www.mail-archive.com/wanita-muslimah@yahoogroups.com/msg33551.html:

“Empat belas abad yang lalu, tepatnya di kota madinah pada masa
Rasulullah saw. ada seorang munafiqun yang bernama Abdullah bin Ubay bin
salul. Ketika itu ia bersumpah:

"Demi Allah, apabila aku kembali ke Madinah, tentu orang yang paling
mulia akan segera mngusir orang yang paling hina."

Maksud Abdullah bin Ubay adalah bahwa dirinya yang ketika itu termasuk
pemimpin di antara pemuka kalangan munafiqun yang menganggap lebih mulia
daripada Rasulullah saw; dan bahwasanya Rasulullah Muhammad saw. itu
adalah orang yang paling rendah martabatnya di antara mereka. Dengan
demikian, beliau tidak layak lagi memimpin mereka. Begitulah maksud
Abdullah bin Ubay.

Berita tersebut didengar oleh Zaid bin Al Arqam, kemudian ia
menyampaikannya kepada Umar. Umar sangat geram mendengar hal ini, lalu
ia melapor kepada Rasulullah saw. Dengan menahan emosi, ia berkata,
"Izinkan aku, ya Rasulullah, untuk membunuh orang itu, orang yang telah
menyebarkan fitnah, agar aku dapat memancung lehernya."

Mendengar permintaan Umar itu, Rasulullah saw lalu bertanya, "Apakah
engkau akan membunuhnya, bila kuizinkan engkau melakukannya?"

Umar menjawab, :" ya tentu. Demi Allah, jika engkau memerintahkan
kepadaku untuk membunuhnya, maka aku akan memancung lehernya, (sekarang
juga).

Rasulullah saw berusaha menenangkan emosi umar, seraya berkata "Duduklah
dulu".
Tak lama kemudian, datanglah salah seorang terkemuka dari kalangan
Anshar yang bernama Usaid bin Hudlair. Ia kemudian berkata "Ya
Rasululullah, izinkanlah aku untuk memancung leher orang yang telah
menyebarkan fitnah di tengah masyarakat itu"

Kembali Rasulullah saw berlata persis seperti apa yang dikatakan Beliau
kepada Umar: "Apakah engkau akan membunuhnya, bila kuizinkan engkau
melakukannya?"

Usaid bin Hudzair menjawab: "Ya tentu saja. Demi Allah, jika engkau
memerintahkan kepadaku untuk membunuhnya, maka aku akan memancung
lehernya, (sekarang juga)."

Tetapi, lagi-lagi Rasulullah tidak mengijinkan Usaid melepaskan geramnya.”


Di akhir artikel ini disimpulkan:

“Nampaklah, sikap Rasulullah SAW tidak mengijinkan membunuh orang munafik
Abdullah bin Ubay karena Beliau khawatir orang-orang mengatakan
"Muhammad telah membunuh sahabat-sahabatnya". Bahkan Beliau bersedia
menshalatkannya saat ia meninggal. Namun, Allah segera menurunkan
larangan tentang hal itu (lihat surat at Taubah ayat 84). Sementara,
untuk kasus lainnya, pengeksekusinya adalah para sahabat yang gagah
berani dengan seijin Rasulullah sebagai Kepala Negara.”


Ertinya, Rasullullah SAW MEMENTINGKAN persepsi, dan persepsi negatif seperti “Muhammad mengizinkan Sahabat beliau dibunuh” adalah penting bagi Nabi SAW. Dengan kata lain, Nabi SAW mementingkan persepsi orang kepada Islam dan kepada usaha dakwah yang dilakukan oleh Baginda SAW.

Ertinya, kalau PAS Pusat mengikut contoh Nabi SAW dan para Sahabat, nesscaya mereka akan memandang serius pembentangan dari Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hasan dan tidak menolak ketepi kajian persepsi yang dilakukan oleh mereka.
Jalan yang PAS ambil.

HANYA PAS TERENGGANU MENOLAK PERSEPSI SEBAB NAK JAGA PEMIMPIN MEREKA

Kalau PAS Terengganu ni ikut contoh dan ajaran yang diberikan oleh Nabi SAW dalam dakwah dan politik nescaya dah lama PAS Terengganu menang dan dah lama UMNO berkubur.

Terengganu majoriti melayu dan Islam dan isu Islam ni isu yang rapat dengan hati rakyat Terengganu. Tapi, jelas dari seminar semalam, wakil Terengganu dan wakil Pemuda(pun dari PAS Terengganu) terang2 menolak persepsi.

Padahal, Nabi SAW jelas MENJAGA PERSEPSI umum terhadap Islam dan usaha dakwah yang Nabi SAW jalankan. Soal sekarang, bagaimana Allah SWT hendak memberi kemenangan kepada PAS Terengganu kalau mereka sendiri menolak sunnah yang ditunjuk oleh Nabi SAW.

Kalau Nabi SAW tidak pentingkan persepsi, nescaya semua orang munafik di Madinah sudah dipancung dan dibunuh oleh Nabi SAW. Tapi, majoriti orang2 di luar Madinah ni jahil dan tidak tahu membezakan antara orang munafik dan orang Islam. Abdullah Ubai itu solat di belakang Nabi SAW. Bagaimana orang luar Madinah dapat membezakan antara orang Islam dan orang Munafik?

Demi untuk mengekalkan beberapa kerat pemimpin yang duduk di kepimpinan Terengganu, mereka sanggup menolak sunnah Nabi SAW dan sanggup memaki Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hasan semata-mata kerana kedua-dua doctor ini membentangkan laporan berkaitan persepsi.

Tak heranlah PAS Terengganu kerap kali kalah. Dan tak heranlah PJ Terengganu kena boo dengan penyokong sendiri.

Di Terengganu, orang atas pagar dan orang UMNO tidak akan pergi ceramah Anwar atau Pakatan Rakyat. Konfirm Harun Taib kena booo dengan penyokong sendiri.

Wallahualam
Tulang Besi

54 comments:

Anonymous said...

Cara berfikir seperti UMNO dan cara bekerja seperti kakitangan awam masih banyak dalam PAS. Sukar untuk berubah.

Nabi pentingkan statistik tetapi PAS tidak menggunakan statistik malah menolak statistik. Kalau tidak mahu menggunakan statistik orang lain, gunakanlah statistik sendiri tetapi lakukanlah dengan jujur.

Anonymous said...

sahabat kanan,

Sebab takut kerana persepsilah, PAS tak pancung geng2 IRC dalam PAS ni.Bagai gunting dlm lipatan.Depan mcm lain,belakang wala'nya lain.

Aku rasa elok jgk kau suruh sapa2 pengarah operasi bab2 nak conquer PAS oleh geng IRC dlm PAS ni letak jawatan, sebab strategi tak menjadi.lebih "fail" dr Hadi Awang,berapa kali dah tak jadi ni..buat malu fofesyenalisme IRC saja.

Aku tgk seminar ni senyap langsung kes Hassan Ali,ataupun ini tandanya majoriti perwakilan menyokong Hassan Ali?Ke hang ada maklumat "rahsa" yg boleh kongsi kat sini, bang rahman?Yg aku tgk yg kena hentam teruk adalah Aziz bari.

Aziz bari ni pun dulu s/u agung PKPIM, dan khabar2 angin mengatakan Anwar personally telefon dia utk keluar statement psl Haji Hadi dan geng yg kemudiannya cetuskan kekacauan dalam PAS ni.Klik sini

La ni Aziz dikatakan merajuk dan malas nak ulas psl PAS dan kalau nak ulas psl politik pun,politik MCA.

"Saya tidak akan sentuh lagi PAS. Saya buat (analisis) MCA pula," katanya.Klik sini

Tulang Besi said...

Sebenarnya geng terengganu lebih mementingkan jawatan dari parti. Sebab tu jadi mcm ni.

Tulang Besi said...

Berhentilah cerita pasal IRC ni. Mengarut je.

Semua yang kao namakan agen IRC dalam PAS ni, semuanya dah iltizam dalam PAS berpuluh tahun. Masa kalah dan menang.

Konspirasi IRC yang kao sebut ni tak wujud. Tahu tak.

Anonymous said...

Kenapa tidak diulas tentang bagaimana Rasulallah hadapi persepsi orang kafir di Mekah??

Pelbagai persepsi dilemparkan terhadap Rasulallah(SWT), pemecahbelah kaum,gila, ahli sihir tetapi baginda diam dan tidak membalas dengan cerca.

Begitu juga TG Hj Hadi, beliau dicerca primitif, lembap dan hilang stim tetapi adakah beliau membalas persepsi2 negetif tersebut melainkan bersabar dan mendengar kritikan, mengikut style Rasulallah. Alhamdulillah.

syed said...

btul ke ni Tulang Besi, tafsirn sirah ni cmtu ke, ke anda pndai2 duk tafsir n ulas sndri, anda mmg mufassirun? atau muhaddithun?

atau anda tfsir utk kpntng diri anda?

xpun tafsir utk mghalal dn merelevenkan apa yg ade sebutkn dlm posting ni?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Berhentilah cerita pasal IRC ni. Mengarut je.

Semua yang kao namakan agen IRC dalam PAS ni, semuanya dah iltizam dalam PAS berpuluh tahun. Masa kalah dan menang.

Konspirasi IRC yang kao sebut ni tak wujud. Tahu tak.


byk benda aku sebut..yg irc jer kau pilih..

iltizam mcm abdullah ibn ubai semayang belakang nabi la..sampai mati pun nak nabi sendiri masuk dalam liang lahat dia,kebumikan.

Ye la..kan semua fofesyenal..mulia,takle hina cm si Hadi tu eh...PJK..

kau ulas le psl apasal tak sentuh si hassan ali dlm seminar.

em said...

Takkan Dato' Haron Taib saja kot yang layak kupas sirah Nabi?

Inilah masalah geng Terengganu, dah kalahpun masih tak mau cari punca dan buat muhasabah.

Tulang Besi said...

Berhentilah cerita pasal IRC ni. Mengarut je.

Semua yang kao namakan agen IRC dalam PAS ni, semuanya dah iltizam dalam PAS berpuluh tahun. Masa kalah dan menang.

Konspirasi IRC yang kao sebut ni tak wujud. Tahu tak.

November 8, 2009 3:09 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Kenapa tidak diulas tentang bagaimana Rasulallah hadapi persepsi orang kafir di Mekah??

Pelbagai persepsi dilemparkan terhadap Rasulallah(SWT), pemecahbelah kaum,gila, ahli sihir tetapi baginda diam dan tidak membalas dengan cerca.
.

Bukan sebab Nabi SAW tak dapat atasi persepsi2 tersebut yang menyebabkan Nabi SAW terpaksa berhijrah ke Madinah?

Azman said...

Benci benor ko dgn pemimpin Pas dari Trg, macam la ko sorang jer pembenci UMNO nombor wahid, untuk makluman ko sebelum pantai barat kenal apa itu Pas , penyokong Pas Trg dah kena tindas macam2 dgn UMNO, macam lar ko pernah alami semua tu.........

Tulang Besi said...



November 8, 2009 5:10 PM
Delete
Anonymous Azman said...

Benci benor ko dgn pemimpin Pas dari Trg, macam la ko sorang jer pembenci UMNO nombor wahid, untuk makluman ko sebelum pantai barat kenal apa itu Pas , penyokong Pas Trg dah kena tindas macam2 dgn UMNO, macam lar ko pernah alami semua tu.........
.

Sudahlah, PAS kat Pantai BArat lebih lama dari PAS di Pantai Timur.

Kau ingat kitorang kat sini tak kena tindas ke?

Anonymous said...

lantak ko la penyokong Hasan ali, dulu makan garam bukan bermakna korang cerdik tapi yg aku nampak makin bodoh adalah. Di tegur tak boleh, kalau tak tegur kang mcm kucing kurap mintak lauk kat tangga UMNO. Korang sebenarnya 'ubat tamat tempoh' expired!

Anonymous said...

Masa saya kecil dahulu selalu dengar orang UMNO suka mengata PAS menggunakan agama Islam untuk kepentingan politik.

Setelah semakin dewasa dan semakin tua saya dapati mungkin ada benarnya. saya baca blog saudara- Malaysia Waves, Khalid Samad, Harakah, siasah dan Penarik Beca, mungkin ada benarnya tuduhan orang UMNO. Ramai orang PAS menafsir agama yntuk kepentingan politik termasuk Tok Guru Nik Aziz. Perbandingan pemimpin PAS dan para sahabat Nabi mungkin seprrti labgit dan bumi.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya yang berasaskan Al-Quran dan Hadith dengan mengikhlaskan segala amal ibadat kita hanya kerana Allah Yang Maha Esa sahaja.

Anonymous said...

1. Statistik Prof. Hassan dari Univ Malaya adalah salah. Mana boleh data 2100 responden mewakili semua pengundi Malaysia. Ini salah dari teori pensampelan.Oleh kerana kaedah pensampelan (metodologi) salah, Maka analisa beliau salah!

2. Prof. Aziz Bari adalah seorang Profesor Perlembagaan bukannnya Profesor Sains Politik. Secara kaedah saintifik atau ilmiah, beliau tak layak kerana bukan bidangnya. Tanalah Profesor2 Universiti lain. Kalau kita hantar paper ke luar negara, reviwer mestilah bidang berkenaan.

PAS patut minta pendapat ahli akademik yang berpengalaman dalam bidang berkaitan. Kalau tidak ahli2 PAS bergaduh atau duk buat bising tak pasal2, entah betul entah tidak!

Tulang Besi said...

Delete
Anonymous Anonymous said...

1. Statistik Prof. Hassan dari Univ Malaya adalah salah. Mana boleh data 2100 responden mewakili semua pengundi Malaysia. Ini salah dari teori pensampelan.Oleh kerana kaedah pensampelan (metodologi) salah, Maka analisa beliau salah!
.


Kenapa tak boleh? 2100 tu diambil secara RAWAK.

Kau tau ke apa makna RAWAK? Kalau kau tak taum pegi cari dulu.

bagi aku, sample 2100 tu lebih besar dari biasa.

Untuk satu Malaysia sebenarnya 1000+ pun dah cukup.

Kalau kau bijak sangat, cuba story sikit apa kaedah kau nak pakai?

Tulang Besi said...


2. Prof. Aziz Bari adalah seorang Profesor Perlembagaan bukannnya Profesor Sains Politik. Secara kaedah saintifik atau ilmiah, beliau tak layak kerana bukan bidangnya. Tanalah Profesor2 Universiti lain. Kalau kita hantar paper ke luar negara, reviwer mestilah bidang berkenaan.
.

Ngong!!!. Asas kepada politik malaysia adalah PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Ertinya DR Aziz ni "expert" dalam poltiik malaysia

Tulang Besi said...


PAS patut minta pendapat ahli akademik yang berpengalaman dalam bidang berkaitan. Kalau tidak ahli2 PAS bergaduh atau duk buat bising tak pasal2, entah betul entah tidak!
.

maksud kau, ahli akademik yang hanya akan mengikut apa yang puak2 Terengganu hendak?

Pegi la suruh Dr Khazani buat kajian

Tulang Besi said...

Sahabat kanan,

Poorah, jgn jual ubat sini. Mana ada Anwar telefon Aziz Bari sebelum dtg ke forum PAS tu.

Lagi pula, Aziz Bari memang penyokong Islam sejak lama dah.

kau je tak tau

Tulang Besi said...

Sahabat knan,

Berenti mengarut la. Dah lah kau dah fitnah Mujahdi Yusuf rawa. Siap sumpah dengan nama Allah pulak tu, semata2 nak buat fitnah.

Takda sapa nak percaya cerita kao ni.

dILA said...

good one PAS, blame the warga muda & blogger for not supporting PAS due to their moral/islamic problem and have personal agenda.

keep on continue living in dream world & state of daniel.

Rakyat will SHAKE & WAKE YOU UP in PR13.

until then, keep on SLEEPING

ZZzzzz........

penggerak ummah said...

aku rasa eloklah geng2 blogger ni tubuh PARTI BARU…yang diketuai oleh org sperti Mat Pendi, Perisik rakyat, Tulang besi dll. aku cabar hampa tubuh & menguruskan parti mengikut perlembagaan sebenarnye…jgn bertopengkan blog untuk menegakkan kebenaran konon….bila bgi jwtn dalm parti..tak puas hati, letak jawatan, mudah sungguh & tidak bertanggungjawab……lepas tu kritik dalam blog…org yang jenis kritik dalam blog ni adalah org yang jenis tak bertanggungjawab……baling batu , nyorok tangan. jenis org yang berparti depan komputer je…tp berorganisasi tak sanggup..piiirah…

Anonymous said...

"1. Statistik Prof. Hassan dari Univ Malaya adalah salah. Mana boleh data 2100 responden mewakili semua pengundi Malaysia. Ini salah dari teori pensampelan.Oleh kerana kaedah pensampelan (metodologi) salah, Maka analisa beliau salah!"

Kaedah statistik yang sesuai dipilih dari ANOVA, Chi-test dan sebagainya. Tahap keyakinan 98%, 95%, 90% dan sebagainya.

"2. Prof. Aziz Bari adalah seorang Profesor Perlembagaan bukannnya Profesor Sains Politik. Secara kaedah saintifik atau ilmiah, beliau tak layak kerana bukan bidangnya. Tanalah Profesor2 Universiti lain. Kalau kita hantar paper ke luar negara, reviwer mestilah bidang berkenaan."

Perlembagan termasuk dari cabang sains politik. Sains politik ialah satu bidang yang luas.Alat melakukan kajian ialah statistik.
Nabi Muhammad ada menyuruh menggunakan statistik. Tetapi orang PAS menentang statistik. Where got road nih?

Anonymous said...

Betul kata Prof Hassan...orang yang tidak terima angka statistik adalah orang primitif...Semua benda kena ada prof...Prof dalam agama Quran Hadis...Prof dalam sesuatu kajian adalah statistik...

Kita menilai sesuatu kajian dengan kekuatan statistik...tanya la sesiapa pun...semua orang akan faham...

Isu IRC...tak habis2 puak UG wat isu...Yang dok tuduh2 IRC ni, anda fikir, mana bahaya puak2 IRC yang pegang PAS berbanding dengan UMNO???

Ni masalahnya PAS....Taksub jemaah...Betui la dulu, aku diajar di IPT, hanya PAS sahaja yang jemaah syumul dan lain2, yang lain dari tu, tak....tapi UMNO leh lak terima....

Kesimpulannya...UMNO PAS dua kali 10 jer...so, pilihan raya ke-13 nanti, percayalah, hanya calon yang wibawa jer akan menang...

Kami golongan muda dah tak tgk, ko PAS ke UMNO...Yang kami tgk orang tu profesional ke tak...Kalau buah ahli akdemik pun tak nak dgr, tak tahu lah....

Kalau letak Razali Ibrahim lawan Deris Ahmad...kompem aku sokong Razali Ibrahim....Bye2 PAS...

Anti-Jumud

Anonymous said...

TB kata,...

"Bukan sebab Nabi SAW tak dapat atasi persepsi2 tersebut yang menyebabkan Nabi SAW terpaksa berhijrah ke Madinah? ..."



TB kena ingat,setiap keputusan Baginda, dipandu oleh wahyu directly daripada Allah,
tidak timbul soal baginda tak dapat atasi persepsi tetapi diturunkan wahyu agar baginda meneruskan dakwah ke Madinah. Semua nabi2 dan rasul2 diberikan persepsi yang buruk oleh kalangan penentang mereka. Tiada sorang pun mengalah dengan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap mereka. Mana ada perjuangan yang mudah. Muhammad SAW, Nabi Musa, Nabi Yusuf, Ibnu Taimiyyah,Imam Syafie, Imam Malik semua diberikan persepsi buruk tentang mereka, kalau mereka semua akur dan berundur semata-mata hanya kerana persepsi tak berkembanglah ajaran Islam sampai ke kita hari ini. Persepsi itu belum tentu sesuatu yang benar, tetapi kitalah yang mencorakkan dan mewarnai persepsi parti kita. Sebab itu Islam tidak tertegak dengan persepsi. Kebenaran(Islam) ditegakkan melalui hujah. Apa itu hujah? Fakta dan bukti.

Tulang Besi said...

TB kena ingat,setiap keputusan Baginda, dipandu oleh wahyu directly daripada Allah,
tidak timbul soal baginda tak dapat atasi persepsi tetapi diturunkan wahyu agar baginda meneruskan dakwah ke Madinah.
.

Betul dan sebahagian wahyu itu DIERIKAN sebab2 nya yang boleh difikirkan manusia.

Dalam kes hijrah ini, semua orang boleh nampak

Anonymous said...

Aku dan member aku pun warga muda gak. Sampai ke saat ini aku menyokong PAS. PRU-13 nie kami dah tekad takkan sokong DAP yang anti Islam dan PKR yang penuh dengan 'katak'. Biar lah apa nak jadi pun PAS tetap no 1. Persoalan yang timbul adalah persoalan pendekatan, bukan persoalan dasar. Lainlah kalau PAS melawan prinsipnya sendiri barulah 2x5 PAS dan UMNO, yg mengatakan 2x5 nie sebenarnya BARUA UMNO saja. Lantaklah sapa yang nak pangkah UMNO. Memang kompem bodoh.

Anonymous said...

BARUA UMNO kata PAS tolak statistik.
Takde maknanyer PAS tolak statistik. Sekali lagi buat fitnah. Yang dipertikaikan cara dijalankan bancian itu. CARA dijalankan bancian bukan statistik yang dipertikaikan. Apesal la lembap sangat nak paham apa yang dipertikaikan?? Tugas Pemuda PAS lakukan bancian semula kerana ini melibatkan sokongan golongan muda.

Anonymous said...

Sekarang nie menjadi tugas ahli-ahli PAS dan blogger2 PAS untuk mencorakkan persepsi masyarakat terhadap PAS. Maknanya, korang ada saham sama. Koranglah bertanggungjawab dan perlu amanah dalam melaporkan berita kepada orang awam mcm aku nie dalam memberi gambaran/persepsi bagaimana perjalanan PAS ini. Kalau buruk yang korang beri, buruklah persepsi PAS pada mata rakyat. Sebab tuh ingat, kalau nak menulis perlu ada fakta dan bukti. Kebenaran ditegakkan melalui hujah. Hujah dimantapkan melalui fakta dan bukti. Maka dari situ barulah orang akan menilai dan memberikan persepsi yang adil pada PAS.

Anonymous said...

gadoh le semua yang ngok dalam pas supaya cepat kalah. Pemimpin yang tidak berkesan perlu diganti. Aik sapa amanah kat Hj Hadi kawan dengan amno (konon tak nak pecat baju amanah yang dipakai

Anonymous said...

Kepada Anonymous November 8, 2009 7:55 PM: dan lain2.


Anda semua bercakap berkaitan ilmiah/akademik .Mesti tanya orang bidangnya.

1. statistik memang betul. tetapi metodologi tak betul, mimimum data sampel 2100 tidak mencukupi mewakili seluruh ahli PAs apatha lagi penduduk Malaysia.


2. Saya katakan Prof. Aziz bukan orang bidang politik. Tanyalah para Pensyarah Universiti bidang politik. Adakah PhD beliau dalam bidang Sains Politik?

Perlembagaaan hanyalah satu sahaja daripada banyak canag2 politik! Mungkin Dato Anwar Ibrahim lagi hebat pengetahuan politik dari Prof. Aziz.

Tolong tanya Profesor2 IPTA yang lain nanti orang kata orang PAS tak cerdik!

Tulang Besi said...



1. statistik memang betul. tetapi metodologi tak betul, mimimum data sampel 2100 tidak mencukupi mewakili seluruh ahli PAs apatha lagi penduduk Malaysia.
.

Sila buktikan angka 2100 orang tidak mencukupi untuk sampel yang mewakili satu Malaysia.

Sila bawa bukti dan sila juga buktikan sampel ini tidak rawak.

Tulang Besi said...

Si Malik yang minta saya buktikan Husam akan saman Siasah.

Buktinya akan menjelma dalam sekejap masa lagi.

Tulang Besi said...



2. Saya katakan Prof. Aziz bukan orang bidang politik. Tanyalah para Pensyarah Universiti bidang politik. Adakah PhD beliau dalam bidang Sains Politik?

Perlembagaaan hanyalah satu sahaja daripada banyak canag2 politik! Mungkin Dato Anwar Ibrahim lagi hebat pengetahuan politik dari Prof. Aziz.
.

Kalau dah expert dalam Perlembagaan otomatik akan expert dalam politik

Asas kepada politik di Malaysia adalah perlembagaan Negara.

Kao dah lupa ke?

Anonymous said...

Saya cadangkan Saudara Tulang Besi minta "second opinion" dari mana2 Prof.( pilihan Tulang Besi) untuk menilai semula pandangan Prof. Hassan(UM) dan Prof.Aziz(UIA).Boleh jadikan bahan sokongan untuk hujah menyokong pandngan Prof. hasan dan Prof. Aziz. Kalau tidak orang yang berpelajaran sekolah menengah macam saya tak tahu siapa yang berada pada pihak yang benar.

Kalau dapat sokongan Prof2 lain,maka saya bersetujulah dengan keputusn Prof. Hassan dan prof. Aziz.Ahli akademik sesama mereka pun berbeza pendapat dari segi akademik (bukan politik).Kita serahkan keada mereka buat ulasan.

Anonymous said...

Sewaktu Saidina Omar Al Khattab dilantik untuk menjadi Khalifah, beliau telah berkata “sekiranya aku didapati bersalah, tolonglah betulkan aku”, kemudian bangun seorang sahabat sambil menghunuskan pedang dan berkata, “wahai Omar, sekiranya engkau bersalah, pedang inilah yang akan membetulkan engkau”. Saidina Omar kemudiannya berkata sebagai menjawab kata-kata sahabat tadi, “Alhamdulillah, masih ada orang yang mahu menegur aku andainya aku bersalah.”

Anonymous said...

TB,
Ini kali yang ketiga ana minta anta jangan layan pencacai-pencacai UMNO dan pencacai-pencacai Geng UG ni.Gulungan ini akan mencari kesalahan orang yang "menghantukkan kebenaran kebatang hidung mereka".
Kalaulah ada survey yang turun dari langit sekali pun,mereka akan persoalkan": Langit mana? Langit ketujuhke atau langit kelima.Tapi kalau ada pihak yang menyokong dan mengangkat mereka - tak payah tanya lagi kesohihannya - kalau keldai pun mereka terima.

Anonymous said...

Salam,

Dalam politik, persepsi bukan segala-galanya. Fakta dan kebenaran pun penting juga.

Lia Suraya

Anonymous said...

asal hang(TB) ni taksub sngt dng aziz bari tu...perfect sngt ka dia tu
Hang jnganla nk wat fitnah dlm blog ni..abeh semua hang nk bg celaru pasai pa??dah rs hebat sngt ka??awat?kita saja yg betoi org len pakat salah belaka??teori yg hang pakai tu dapat ilham dari tuhan ka??
memang sah org mcm ni pemecah belah dan parasit dlm jemaah..
kang dok mnyangka brd di jln yg betol, tp sebenrnya x btol dn amt merugikn..
hang pk la sndri..aku bdk drjh 6 pn pndai pk

House PK said...

Ish ish ish, TB kau ni tau ke pasal agama? he he he

Anonymous said...

Anonymous said...

Salam,

Dalam politik, persepsi bukan segala-galanya. Fakta dan kebenaran pun penting juga.

Lia Suraya
November 8, 2009 11:28 PM

=============
persepsi perlu dijawab dgn fakta. kalau persepsi dibiarkan begitu sahaja...baik tak payah masuk politik. jadi badan dakwah atau NGO lagi baik.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Poorah, jgn jual ubat sini. Mana ada Anwar telefon Aziz Bari sebelum dtg ke forum PAS tu.

Ada aku kata anwar tepon aziz sebelum dtg forum?

Aku ada bagi link, tapi putus link tu. Aziz bari ni menurut khabar angin, telah dicall Anwar selepas Bagan Pinang,ini jadi titik tolak kepada penulisan artikel oleh si Anual Bakri menggunakan nama Tok Guru. Klik sini

Lagi pula, Aziz Bari memang penyokong Islam sejak lama dah.

kau je tak tau


Baca dulu bang statement aku:

Aziz bari ni pun dulu s/u agung PKPIM, dan khabar2 angin mengatakan Anwar personally...

November 8, 2009 2:44 PM


Err..bukankah aku dah sebut si Aziz Bari ni "pejuang Islam" dengan state dia ni S/U Agung PKPIM?

Aku tau aziz bari, mcm aku tau abg abdullah.


Sahabat knan,

Berenti mengarut la. Dah lah kau dah fitnah Mujahdi Yusuf rawa. Siap sumpah dengan nama Allah pulak tu, semata2 nak buat fitnah.


Takde fitnah, kalau aku fitnah, kau sumpah nafila balik si mujahid tu tak buat. Aku siap bg teks lagi suruh kau sumpah, tapi kau kecut tak berani.

Takda sapa nak percaya cerita kao ni.

Siapa yg ikut usrah, tamrin sampai bai'ah dgn amir kampus PAS dan terlibat dalam perang jamaah samada di KIK, kampus2 IPTA dan oversea di UK, Egypt, Jordan etc terutamanya dalam thn 80-an dan awal 90-an, tahu aku bukan temberang kat sini.

Anonymous said...

pensempelan rawak kalau hanya dibuat rawak di kawasan PJU saja, atau lebah Klang saja.. tak jadi jugak... pensempelan rawak harus diambil diseluruh negara dan mewakili group - group yang dikenalpasti menjadi pemboleh ubah kepada kajian tersebut.. itu yang dipertikai orang terhadap kajian tersebut... sebab tu selalu orang buat kajian, belanja dia beribu ribu untuk persampelan kajian..

BTW.. bidang perlembagaan lebih kepada bidang Law/undang undang... bukan kepada bidang sains politik....

dan bukankah Aziz Bari gagal memberikan faktqa terhadap hujjah PAS kalah di Bagan Pinang sebab TGHH tak keluar statement pasai isu kepala lembu seperti yang ko dok canang sangat tu???? Mujur ada Prof Abu Hassan.. tu pun kajian yang beliau buat tak berkaitan dengan dakwaan Pengundi Indioa lari dari PAS kerana TGHH tak keluar kenyataan/press statement isu Kepala Lembu....

Tulang Besi said...

Aziz Bari bekas SU PKPIM. Arwah ustaz Fadzil bekas Timbalan Presiden ABIM.

Ustaz HAdi bekas ketua ABIM Terengganu.

Annuar Tahir bekas SU ABIM.

dan banyak lagi orang2 ABIM dalam PAS ni.

Tulang Besi said...

sahabat kanan ambik maklumat dari blog yang dah banyak kali fitnah Anwar.

Hmmmmm boleh percaya ke?

Tinta Hitam said...

Adakah mereka yang menyokong bergabung dengan UMNO ni dah sahih 100% hukumnya boleh dan tida "dzan" lagi? Sedangkan UMNO adalah musuh Islam nombor satu di Malaysia ini.Mereka lah penghalang kepada Islam dan perkembangannya diMalaysia ini.

Anonymous said...

Anonymous November 8, 2009 9:41 PM,

Untuk menjalankan kajian yang melibatkan semua ahli PAS seramai satu juta orang, saiz sampel sebanyak 800 diperlukan dengan darjah keyakinan 95% untuk menghasilkan jawaban dengan varians 3.6%

Anonymous said...

Sahabat kanan,

sahabat kanan ambik maklumat dari blog yang dah banyak kali fitnah Anwar.

Hmmmmm boleh percaya ke?


Kalau fitnah, Anwar mesti saman, ini tak pernah saman. Kan Anwar raja Saman?

Satu personal aku minta, kita pernah berdebat psl Anwar sokong Israel kan? Aku mintak sgt, hg bw benda2 psl Anwar sign surat sokongan kepada Annapolis conference, hubungan Anwar dgn Wolfowitz, hubungan baiknya dgn israel kpd syura kau,minta mereka rujuk kdp Ikhwan.

Ini bukan utk sapa2,kau ada anak, aku ada anak, aku xnak msia ni bila ada PM yg akan benarkan kedutaan israel di msia nanti. Bincanglah baik2, hg nak lwn, hg nak defend Anwar kat sini, hg buatlah, tp please bincang benda ni dgn syura kau, dan minta wakil syura korg pergi jumpa org2 kat sana, selidik baik2 pasal anwar.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Aziz Bari bekas SU PKPIM. Arwah ustaz Fadzil bekas Timbalan Presiden ABIM.

Ustaz HAdi bekas ketua ABIM Terengganu.

Annuar Tahir bekas SU ABIM.

dan banyak lagi orang2 ABIM dalam PAS ni.


Apasal ye Anuar tahir masuk PAS keluar PKR?

Persoalannya, adakah mereka i.e. Ust fadzil, Hj hadi thiqah kat anwar sampai terjun masuk UMNO ataupun tidak..

Anonymous said...

Jangan jadi baghal Rahman..Seerah kau tu tak tepat.Ko ni penglipurlara munafiq,bukannya ustaz.

Khalid tu hanya main persepsi shj.Jgn pandai2 nak ulas seerah ikut nafsu buas ko tu.

Ko suruh Khalid nanti ulas persepsi (dzhan) dengan maslahah.Jangan asyik cerita politik yg bersandarkan dgn teori2 bodoh je.

Rahman,baik jaga keluarga ko dan didik mereka dgn Islam.Ni ko asyik berblog,anak beranak ko entah jadi apa..

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Jangan jadi baghal Rahman..Seerah kau tu tak tepat.Ko ni penglipurlara munafiq,bukannya ustaz.

Khalid tu hanya main persepsi shj.Jgn pandai2 nak ulas seerah ikut nafsu buas ko tu.

Ko suruh Khalid nanti ulas persepsi (dzhan) dengan maslahah.Jangan asyik cerita politik yg bersandarkan dgn teori2 bodoh je.

Rahman,baik jaga keluarga ko dan didik mereka dgn Islam.Ni ko asyik berblog,anak beranak ko entah jadi apa..

November 10, 2009 2:02 PM
.

Apa bende nya yang tak tepat? Bagitau la?

Lagi satu apa beza seerah dgn riwayah? boleh tolong story sikit tak?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Jangan jadi baghal Rahman..Seerah kau tu tak tepat.Ko ni penglipurlara munafiq,bukannya ustaz.

Tak payah maki2..kalau tak setuju, tulis saja pandangan. Tulang besi ni bukan makan maki.Lagi kau maki dia, lagi dia suka.

So rentikanlah maki ni, takde pekdahnya kepada ugama.

kawan lama kau Rahman Talib said...

Pertamanya Rahman anak Hj Talib ni memang org IRC. Masa study dulu dah join usrah IRC. Pas tu masuk PAS...jiwa masih IRC. i know him.
Keduanya, anak Hj TAlib ni bukan hadir pun Seminar politik baru2 ni...info yg dia maklumkan tu not 100% tepat. Mana ada perwakilan maki dua2 prof yg hadir. Tinggi suara dan marah bukan definasi maki man oiiiii...bebal betul budak IRC niii. PAS langsung tak kata pun tolak atau buang terus persepsi yg dibuat oleh dua2 prof tersebut. yg berlaku, perwakilan bertanya dgn lebih lanjut berkenaan sumber persepsi tersebut dan berjanji akan memperhalusi kajian dan persepsi yg dilontarkan...paham tak budak IRC???? kau masa usrah IRC dulu ada baca tafsir surah hujurat ayat 6 tak???? opssss.....IRC ada usrah ke??? heheheheheheh...atau kau yg selalu ponteng usrah.
Budak IRC ni juga masa PAS memerintah terengganu telah cuba nak bantu pas terengganu...budak IRC memang camtu...suka amik kesempatan...bila ada diantara cadangan dia tak diterima atau ditolak oleh pimpinan maka budak IRC ni pun murka laaa....hehehehe. kerana dia perasaan bhw dia telah banyak berusaha sebelum ini utk memenangkan pas di terengganu...budak IRC yg kucewaaaa...sebab tu la beliau akan terus menghentam pimpinan pas terengganu...heheheheh...aku masih ingat dulu camna dia cium tanga ust harun, ust hadi dll...now dah kutuk balik pimpinan tersebut....kisah budak IRC ni memang lucu.....huhuhuhuhuhuh

Melayu moden said...

Kita Melayu bukan Arab.

Melayu moden perlu tangkis Melayu kuno yang hendak mengikut cara arab kurun ke tujuh sebagai cara hidup melayu.

PAS dan seangkatan dengannya dalam UMNO yang mengagungkan budaya Arab zaman kuno merbahayakan orang Melayu dan masa depan kita.

Ganu kita! said...

Terengganu contoh bagaimana orang Melayu mahu hidup gembira dengar muzik dan sure heboh.

Bukan dengar dongeng kosong kumpulan yang menjaja sejarah arab.

Pada akhirnya orang tak nampak relevansi zaman rasululah zamanu dulu dengan kehidupan hari ini di Terengganu sebab itu PAS kalah.

slogan bukan boleh mengisi kebahagian.

Bukan bawa erti keseronokan.

Hanya intai mengintai dan dengki mendengki sesama Melayu.

Cuma Melayu macam PAS ingat Islam di paling baik tapi sebenornya orang Melayu Terengganu tak ndak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.