Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, November 24, 2009

Kemelut Kelantan Selesai. Task Force 2010 Menangis Tak Berlagu

Saya dah pernah tulis dalam blog saya ini bahawa Tok Guru Nik Aziz adalah manusia luar biasa. Beliau adalah benar-benar seorang pejuang Islam yang tidak membezakan antara keluarga dan sahabat andai apabila mahu melakukan yang benar.

Maklumat yang saya dapat adalah Arifahmi adalah harapan terakhir Task Force 2010/UMNO untuk menjatuhkan Husam Musa dan Tok Guru Nik Aziz. Nama Ariffahmi disebut berulang-ulang kali sewaktu mesyuarat di Langgar bersama dengan 5 orang pegawai2 JPM sebelum kedatangan Najib Tun Razak ke Kelantan bulan Ogos yang lepas.

Selain dari berbincang bagaimana hendak memerangkap Tok Guru, mereka telah menamakan Arifahmi sebagai faktor utama di dalam memastikan Husam Musa disingkirkan dari Exco dan persada politik Kelantan sama sekali.

Tetapi nampaknya Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Perancangan mereka mahu memerangkap Tok Guru Nik Aziz untuk solat hajat di Stadium Bukit Jalil sempena menolak bala dari wabak selsema babi. Mereka mahu menangkap gambar Najib Tun Razak bersolat jemaah di belakang Tok Guru Nik Aziz dan gambar itu akan disebarkan bagi mengelirukan seluruh ahli dan penyokong PAS yang rata-rata menolak Kerajaan Perpaduan serta kerjasama dengan UMNO.

Pelawaan Najib itu mentah-mentah ditolak Tok Guru.

Selepas itu bermula fasa 2 perancangan Task Force 2010 yakni menyingkirkan Husam Musa dengan menggunakan Ariffahmi. Perancangan tersebut hampir berjaya sebenarnya atas sebab-sebab saya tak mau sebut.

Di dalam mesyuarat yang sama, diperingatkan bahawa Tok Guru tidak boleh dijatuhkan melainkan Husam Musa mesti dijatuhkan terlebih dahulu. Ditakuti Tok Guru akan menamakan Husam Musa sebagai pengganti beliau sekiranya Tok Guru berundur dahulu. Kunci kepada kejatuhan Husam Musa adalah Arifahmi.

Biar saya nyatakan pada mulanya perancangan Task Force 2010 ini nampak seperti akan membuahkan hasil yang positif oleh mereka. Sehingga Mohammad Sayuti Omar pun mula memuji Tok Guru Nik Aziz dalam blog beliau.

Namun, Tok Guru adalah pemimpin yang telah membina serta menjaga PAS selama ini. Dan hubungan beliau dengan Allah SWT adalah amat rapat tidak seperti kita. Tok Guru Nik Aziz berjaya mendapat ilham yang sebenar ke atas tindakan yang sebaiknya yang perlu beliau ambil.

Apabila pada mula nasihat beliau pada Arifahmi untuk letak jawatan tidak diendahkan, maka hari ini, nasihat Tok Guru itu rasmi dinyatakan pada media. PAda hari ini menunjukkan bahawa Tok Guru adalah pemimpin yang sejati kerana boleh ditegur dan boleh dibetulkan.

Arifahmi wajib mengikut nasihat Tok Guru dan jangan cuba melibatkan pihak Istana dalam permasaalahan ini. Cukup sampai di sini sahaja, wahai Arifahmi. Anggaplah ini satu tarbiyyah ke atas kamu.

Saya Tak Peduli Dia Menantu Ke, Anak Ke, Sepupu Ke, Itu Tidak Menjadi Isu

Apa saya peduli apa hubungan kekeluargaan Arifahmi dengan Tok Guru? Kalau Arifahmi ni seorang CEO yang bijak dan mampu mentadbir dengan baik PMBK, saya akan beri 100% sokongan pada beliau.

Nabi Ismail tu ANAK kepada Nabi Ibrahim. Takda pun sapa2 persoal dari sudut nepotisma? Ini kerana walaupun Nabi Ismail anak kepada Nabi Ibrahim, tapi Nabi Ismail telah menunjukkan sifat2 serta watak2 yang setaraf dengan para Nabi2 dan Rasul2.

Jadi tak jadi soal samada berlaku nepotisma atau tidak.

Arifahmi Tidak Sedar Beliau Jadi Alat Task Force 2010

Itu yang kelakarnya. Walaupun nama Arifahmi disebut berulang kali dalam mesyuarat di Langgar tempohari bersama 5 wakil JPM, namun Arifahmi sendiri tidak hadzir dan tidak mengetahui pun yang beliau adalah sebahagian dari konspirasi menjatuhkan Husam Musa.

Apa yang beliau tahu adalah demi survival beliau, Husam Musa mesti dihapuskan. Itu sahaja.

Terdapat beberapa watak dalam PAS Kelantan yang sanggup melacurkan diri mereka demi kepentingan duniawi. Mereka sanggup menjadi budak suruhan UMNO demi mencapai cita-cita jahat mereka yakni meletakkan orang mereka dalam kerusi MB.

Mereka tidak sedar yang tindakan mereka hanya akan menyebabkan Kerajaan Negeri itu sendiri terlepas kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sifat ketamakan dan haloba telah menyelimuti pemimpin2 PAS Kelantan ini menjadikan mereka hilang kewarasan dan kebolehan berfikir dengan baik.Mereka sudah tidak dapat membezakan lagi antara yang mana kawan dan yang mana lawan.

Yang penting, Husam Musa mesti dihapuskan kerana berapa banyak kontrak balak dan projek di Kelantan yang Husam halang dari jatuh kepada kroni2 mereka.

Itu sahaja.

Sekurang-kurangnya kita tak boleh kata Arifahmi ini pembelot kepada perjuangan Islam bermakna ada masa untuk beliau bertaubat.

Allah SWT Telah Menurunkan BantuanNya dan Mengagalkan Perancangan UMNO, Task Force 2010 dan Najib Tun Razak

Hasan Ali dipertahankan kerana portfolio exco Hasan Ali akan digunakan untuk memberi projek2 kepada beberapa pimpinan PAS yang dilihat dapat dibeli sesuai dengan perancangan mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor pada 2010.

Sekarang ini pun sudah berjalan dengan rancak pembelian pimpinan2 PAS dengan pemberian projek dan kontrak. Dan pembelian itu akan berterusan sehinggalah cita-cita mereka tercapai, yakni mengadakan kerjasama formal antara PAS dengan UMNO( bukan ahli2 PAS masuk UMNO).

Tapi Allah SWT Maha kaya. Allah SWT tidak rela PAS ditunggang seperti kuda oleh beberapa kerat pemimpin PAS yang telah buta mata dan buta hati dengan kesenangan dunia dan pangkat serta darjat.

Allah SWT telah mengagalkan perancangan mereka di Kelantan dan inshaalah selepas ini di Selangor, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Inshalaah Allah SWT tidak akan mempersia-siakan doa orang2 yang ikhlas dalam PAS supaya PAS tidak menyimpang dari jalan yang sebenar.

Nasihat kepada Blogger2 yang Terlebih Memaki Husam

Wahai Aduka Taruna, Manjung Mari dan seangkatan dengan kamu. Anggaplah ini satu pengajaran bagi kamu. Sebelum nak maki Husam Musa, dapatkan maklumat dari dua belah pihak dahulu.

Jangan asyik bergantung maklumat pada satu sumber sahaja. Kan ke sekarang korang dah mempunyai kemaluan yang besar?

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

27 comments:

Anonymous said...

yang menangis tak berlagu juga adalah tok guru nik aziz kerana tindakan beliau adalah atas arahan presiden pas. kalau ikutkan tok guru, dia takkan buang menantu dia tu.
pelik juga husam ni, masuk hospital 5 hari kerana sakit pinggang, lamanya, kalau dah sakit patutnya terus admitted {mcm ust nasa}.. lain lah kalau nak dibedah. ataupun ada udang disebalik mee.

x-erdogan

Anonymous said...

yang banyak kutuk dan kritik Husam adalah dai blog saynotomunafiqeen. Blog nie dah jadi macam blog arifahmi untuk melawan kickdefella dan blog nie jugak telah banyak bagi tekanan kepada Husam. Check balik entrynya yang lepas2 . Tapi gua respect dgn TGNA uruskan persepsi, settle semua masalah. tapi ada pemimpin PAS dok tangguh2 nak pecat orang yang dah terang2 langgar disiplin jemaah dalam PAS. Siapa? Lu fikirlahh sendiri.. hahahah

perompak harta rakyat said...

TB, saya suka dengan artikel yang dipaparkan ini, cuma satu sahaja ingin saya sampaikan....

Aduka Taruna itu bukan anti Husam, cuma dia memang bangsa manusia yang hobinya mencarut....

Beliau banyak jugak menghamun hadi awang, Nasha dan Hasan serta mustafa anak ali, selain itu beliau jugak ada melancarkan projek Langgar Hadi dan langgar Tantawi jugak...

jadi nampaknya disini beliau bukan dari pihak yang mempertahankan PAS ataupun pihak yang sokong UG... sekadar memaklumkan sahaja.....

Amuraria said...

DOWN WITH UMNO ! SYABAS TB TERUSKAN PENDEDAHAN DEMI KEBENARAN ! ALLAHU AKBAR !

Anonymous said...

tb said,

Wahai Aduka Taruna, Manjung Mari dan seangkatan dengan kamu. Anggaplah ini satu pengajaran bagi kamu. Sebelum nak maki Husam Musa, dapatkan maklumat dari dua belah pihak dahulu.

Jangan asyik bergantung maklumat pada satu sumber sahaja. Kan ke sekarang korang dah mempunyai kemaluan yang besar?
-----------------------------
oklah tu mempunyai kemaluan yang besar hahahahh..

Anonymous said...

Salam,

U dont know shit whats happening in kelatan.

penyu teranung said...

chehhh...

mung nok nasihatkan blogger² lain yg terlebih 'maki' kpd Husam ?

jadi aper kurang nyer mung yg maki pimpinan PAS yg lain terutama dr Terengganu ?...khakk ptuuiihh !

mung tulih, "Apa yang beliau (Ariffahmi) tahu adalah demi survival beliau, Husam Musa mesti dihapuskan. Itu sahaja."

skrg mung nok tuduh menantu TGNA?..mung nok fitnoh Ariffahmi pulok?..gitu ?

aku teringat kata² TGNA ari tu bila ditanya pasal Kickdefella..TGNA kata " "Dia nih memalukan kelompok bloggers. Suka suka hati dia menulis. Baghe tadok jadi ado. Bendo bendo ye tok telitah di fikire manusio warah nih dio buleh buak buwi jadi ado. Sapo dio ghoyak ana nok buak side akhbar? Sapo dio buwitahu ko dio? Bakpo dio tak rujuk ana? Bakpo dio tak rujuk ko setiausaho ana? Ana ado tigo oghe SU".

"Dio buke setakak fitnoh ko menatu tapi denge denge ana skali di bedal. Ana nok mitok bloggers yang sipati denge ana tulong pejelaske semuo nih. Tulih biar beto. Jange sokong bendo ye tok beto. Buak ulase mace mace. Bakpo tok maghi tanyo ana sedighi?".

jadi amender bezanyer mung dgn kickdefella tuh?...lebih kurang jer aku duk perati..

kalu mung berani, gi laa interview TGNA sendiri...ader berani ?

NATANG Tulang Babi !

Anonymous said...

itu lah dia pemimpin agung islam di abad ini


nik aziz 19 tahun pegang kelate

haji hadi 5 tahun jer terus bankrap


pemimpin lain-lain :

harun din, tok soh cakap la darul syifa ape dah jadi?

hasan mangkuk ali dapat balik tanah kat sg lui sebab ada org umno tolong ker?

azizan ? main golf dgn sultan ...

nasha ... hidup melayu bersma ibrahim ali & co

nizar? aku tak nak komen. kalu nizar boleh islamkan 2 beradik dap tu aku tabik respect

Anonymous said...

Semoga selesainya kemelut ini membuka semangat baru untuk berjuang di DUN Seputih.
LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Anonymous said...

Semoga selesainya kemelut ini membuka semangat baru untuk berjuang di DUN Seputih.
LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Anonymous said...

Semoga selesainya kemelut ini memberi semagat baru untuk terus berjuang di DUN Seputih.
LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Nizam Mahmud said...

saudara TB,

Saya pun maki Husam juga.

Walaupun umum nya saya gembira kerana akhirnya integriti Tok Guru semakin naik kerana sanggup meminta menantunya meletakkan jawatan demi kepentingan parti, tetapi tidak bermakna bahawa saya bersetuju dengan pujian beliau pada Husam.

Dan walaupun saya gembira perancangan Task Force 2010 gagal sama sekali dan pendokong nya seperti MSO sekarang seperti meroyan tak tentu hala setelah gagal, tidak bermakna saya akan sanjung Husam Musa.

Whatever for?

Shieh Azidi, walaupun mendapat pujian melangit kerana mendedahkan penyelewengan Arifahmi sampai sekarang tidak dapat menjawab persoalan ini - kenapa baru sekarang?

Oleh kerana sheikh adalah orang kanan pada Husam, maka amat jelas pada kita bahawa apa yang diketahui oleh sheikh ini juga diketahui Husam.

Persoalan saya sekarang, jika Sheikh tidak ditamatkan kontrak nya, apakah perkara penyelewengan dan salah guna kuasa di PMBK akan berlarutan dan disenyapkan begitu saja?

Kenapa Sheikh setelah dipecat baru lah nak mendedahkan semua? Di mana suara Husam Musa? Sheikh akui di dalam blog nya bahawa semua usaha telah dilakukan selama ini untuk meminta Arifahmi meletakkan jawatan. Jika semua usaha telah dilakukan dan tidak berjaya, kenapa hanya bersuara setelah kontrak di tamatkan?

Benar dan saya bersetuju bahawa Husam lebih baik dari Nasarudin Mat Isa. Tetapi saya amatlah tidak bersetuju dengan sikap mendiamkan masalah beliau itu.

Tulang Besi said...


Shieh Azidi, walaupun mendapat pujian melangit kerana mendedahkan penyelewengan Arifahmi sampai sekarang tidak dapat menjawab persoalan ini - kenapa baru sekarang?

Oleh kerana sheikh adalah orang kanan pada Husam, maka amat jelas pada kita bahawa apa yang diketahui oleh sheikh ini juga diketahui Husam.

Persoalan saya sekarang, jika Sheikh tidak ditamatkan kontrak nya, apakah perkara penyelewengan dan salah guna kuasa di PMBK akan berlarutan dan disenyapkan begitu saja?
.

Sebenarnya, Husam Musa telah mendedahkannya sebulan yang lepas.

Namun apa yang terjadi ialah puak2 UG di Kelantan dengan menggunakan seorang dua dari ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz telah menghasut Tok Guru dengan mengatakan Husam Musa mahu menggulingkan Tok Guru.

Hubungan Tok Guru dengan Husam menjadi dingin selama beberapa minggu.

Arif Fahmi telah membalas repot Husam Musa dengan memecat Syed Azdi yang selama ini telah memberi maklumat secara rahsia kepada beberapa Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Perhubungan Kerajaan Negeri.

Sebenarnya tidak benar Husam dan Syed Kickdefella tidak bertindak selama ini.

Cumanya atas dasar menjaga maruah serta air muka Tok Guru, mereka cuba menegur and menjalankan usaha mereka secara tertutup.

Namun apabila Husam dan Syed di"jarak" kan hubungan mereka dengan Tok Guru, maka masa untuk bertindak secara tersembunyi telah tamat.

Terpaksa pekung ini didedah juga walaupun sedikit.

Tapi, tok Guru orang yang rapat dengan Allah SWT.

Akhirnya, walaupun diasak beberapa orang ahli keluarga beliau bertalu-talu, Tok Guru lebih rela mengikut ilham yang diberi oleh Allah SWT ke atas beliau.

Dan akhirnya Tok guru membuat keputusan yang betul.

Lagi satu orang PAS kat Kelantan, oleh kerana mamat ni menantu Tok Guru, semua kunci mulut kerana segan dan nak jaga hati Tok Guru.

Kalau dari mula mereka sudah menegur, sudah tentu Ariffahmi ni dapat menjadi CEO yang baik.

Tapi semua kunci mulut kerana hormat sangat dengan Tok Guru.

Itulah ceritanya, wahai nizam mahmud

Ada banyak yang berlaku belakang tabir yang tidak dapat diceritakan demi menjaga maruah dan imej Tok guru Nik Aziz.

Tulang Besi said...

Situasi ni jadi komplikated sebab ada tukang hasut yang "dalaman" yang telah mendapat mandat dari Task Force 2010 dan JPM, wahai Nizam Mahmud.

Yong said...

That's why wisdom doesn't arrived with academic qualification. IQ tinggi pun tak guna kot takde kematangan berfikir dan bertindak. dedahkan lagi Task Force jahat ni.

Anonymous said...

Saya rasa sifat TB ini angkuh, takbur dan suka angkat diri. Pendapat dia sahaja yang betul, pendapat orang lain yang tidak sehaluan biarpun disertai fakta2 atau argumen dicop sebagai bodoh dan pencacai.

TB ini menggambarkan sifat sebahagian besar pemimpin2 Pas sekarang. Bila di ambang kekuasaan sudah mula menunjukkan belang dan tari.

Di kalangan pemuda pemudi sekarang mereka agak intelek dan radikal dalam pemikiran dan pemilihan. perkara baik dan buruk mereka dapat bezakan dengan mudah. Mereka begitu accessible kepada maklumat dan mereka bijak merumuskan sesuatu.

Contohnya, menzahirkan bahawa doa oleh TB di Mekah dimakbulkan Allah, bagi pemuda pemudi adalah antara individu dengan Tuhan yang tidak perlu digembar-gemburkan. Bagaimana pula dengan doa2 lain yang tidak dimakbulkan?

Mereka tidak se alim TB, tetapi mereka merasakan orang2 yang menganggap diri mereka ulama, tok guru dan pakar ugama, tetapi sifat orang2 ini suka membesar diri, bertelagah sesama umat, mencaci, tidak saling bermaafan, tidak nampak kesilapan diri dan sebagainya, sebagai orang2 yang lebih buruk daripada mereka.

Saya fikir TB ini tak ubah seperti anai2 yang akhirnya meranapkan institusi Pas yang asalnya suci dan bersih, tetapi telah dipesongkan oleh golongan2 "i m the best, i know all, they r always wrong, i m always right, u shut up, listen to me, u shit, i m clean" seperti TB ini.

Maaf kata2 sindiran ini, tapi saya suruh anak saya baca blog TB ini, begitulah anggapan anak saya terhadap TB.

Saya rasa Pas di persimpangan jalan sekarang. Tetapi semakin dijauhi golongan muda.

Anonymous said...

Betul ke dah selesai?

Siasatan SPRM pun dah selesai...

maka seterusnya....

Makin tenat Nik Aziz....

Nik Aziz pula "terpaksa" undur....

Nizam Mahmud said...

Saudara TB,

Tapi semua kunci mulut kerana hormat sangat dengan Tok Guru.

Terima kasih atas pengakuan berani ini.

Saya berpendapat sudah tiba masanya pimpinan PAS duduk dan berbincang mengenai isu ini.

Kaedah ini sangat merbahaya bagi mana-mana parti politik. Tidak kira digunakan sebab hormat atau takut pada pemimpin ataupun wala ataupun tidak mahu jemaah berpecah.

Saya bagi contoh. Di antara salah satu perkara yang saya amat tak setuju dengan Tok Guru adalah cara beliau mengendalikan hal Ustaz Halim.

Benar akhirnya Ustaz Halim tidak lagi di dalam pentadbiran kerajaan Kelantan tapi natijahnya adalah orang melihat jika anda berpengaruh di dalam parti, anda cuma akan kehilangan jawatan tapi tidak menerima apa-apa hukuman.

Apabila budaya dan pemikiran ini disemai, maka apa yang selalu diperkatakan oleh rakan-rakan saya di Kelantan mungkin akan jadi benar yakni selepas Tok Guru, UMNO akan dapat merampas kembali Kelantan.

Ini sudah diperkatakan lebih 15 tahun yang lalu.

Fikir-fikir kan lah.

Anonymous said...

nizam mahmud

pelik juga tuan tidak dapat maklumat atau sekurang2nya berfikir secara logik jika tuan mengikuti dan membaca kronoly dan tulisan2 di merata web pro or contra about this issue.

apa yg di katakan olh TB adalah yg benar.mana saya tahu? sebab saya kenal dengan ramai pimpinan di sana.kenapa tak sebut nama mereka? kalau tuan sebut tak nama mereka?

Anonymous said...

TB, jikalah kamu berjuang untuk umat islam dan jemaah islam nescaya kamu mendapat pertolongan dari Allah dan pada masa tertentu akan datang tipu daya syaitan kepada kamu dan jgnlah kamu berjuang kerana individu lebih dari parti atau jemaah. Ambillah pengajaran dari mesyuarat TGHH dan TGNA semalam mementingkan ummah dari segalanya dan insyaalah itulah jalan yg sebaiknya.....

Pengajaran ini sama saya tujukan kepada blogger lain, ader blogger yg saya amat minati penulisannya sehingga dia memilih jalan yg salah kerana memperjuangkan individu lebih dari jemaah dan akhirnya perjuangannya terpesong dan memperolehi kegagalan dan penghinaan dari peminatnya sebelum ini termasuklah saya....

Muhasabahlah diri dan perjuangkan yg batil kerana Allah menyuruh kita berpesan-pesan kepada kebenaran dan dgn kesabaran.....

Dan jgnlah jadi org yg rugi.... iaitu org yg tidak beriman dan beramal soleh......

Hamba Allah dari Kelantan

Anonymous said...

Aiman tak kisah..

tentang pembawa berita Syed Azidi (Kickdefella) tu mengaku dalam posting blognya dia ahli UMNO, bersahabat baik dengan pelacur journalist/blogger saperti BigDot atau Rocky.

Atau mengaku sembahyang jenis ala kadar dan suka minum atau terlalu benci Pak Lah dengan memberi macam-macam gelaran - terikut-ikut kerana terlampau taksub cintakan Mahathir tersayang.

Cuma Aiman tak suka kalau kerana marahkan nyamuk saekor, kelambu pula nak dibakar.

Atau kalau-kalau.. Mamat ni agen/trojan UMNO yang menyusup masok sebahagian dari big master plan.


-Aiman

Tulang Besi said...

Saudara TB,

Tapi semua kunci mulut kerana hormat sangat dengan Tok Guru.

Terima kasih atas pengakuan berani ini.

Saya berpendapat sudah tiba masanya pimpinan PAS duduk dan berbincang mengenai isu ini.

Kaedah ini sangat merbahaya bagi mana-mana parti politik. Tidak kira digunakan sebab hormat atau takut pada pemimpin ataupun wala ataupun tidak mahu jemaah berpecah.

Saya bagi contoh. Di antara salah satu perkara yang saya amat tak setuju dengan Tok Guru adalah cara beliau mengendalikan hal Ustaz Halim.

Benar akhirnya Ustaz Halim tidak lagi di dalam pentadbiran kerajaan Kelantan tapi natijahnya adalah orang melihat jika anda berpengaruh di dalam parti, anda cuma akan kehilangan jawatan tapi tidak menerima apa-apa hukuman.

Apabila budaya dan pemikiran ini disemai, maka apa yang selalu diperkatakan oleh rakan-rakan saya di Kelantan mungkin akan jadi benar yakni selepas Tok Guru, UMNO akan dapat merampas kembali Kelantan.

Ini sudah diperkatakan lebih 15 tahun yang lalu.

Fikir-fikir kan lah.

November 24, 2009 2:37 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

Saya rasa sifat TB ini angkuh, takbur dan suka angkat diri. Pendapat dia sahaja yang betul, pendapat orang lain yang tidak sehaluan biarpun disertai fakta2 atau argumen dicop sebagai bodoh dan pencacai.

TB ini menggambarkan sifat sebahagian besar pemimpin2 Pas sekarang. Bila di ambang kekuasaan sudah mula menunjukkan belang dan tari.
.

Saudara silap baca blog kot?

Tulang Besi said...

Anonymous said...

TB, jikalah kamu berjuang untuk umat islam dan jemaah islam nescaya kamu mendapat pertolongan dari Allah dan pada masa tertentu akan datang tipu daya syaitan kepada kamu dan jgnlah kamu berjuang kerana individu lebih dari parti atau jemaah. Ambillah pengajaran dari mesyuarat TGHH dan TGNA semalam mementingkan ummah dari segalanya dan insyaalah itulah jalan yg sebaiknya.....
.

Alhamdulillah terima kasih atas nasihat saudara.

Ketahuilah bahwa tidak walau sesaat pun saya meragui apa yang saya buat dan tidak sesaat pun saya merasakan apa yang saya buat ini salah.

Dan, mesyuarat semalam itu adalah atas jemputan Tok guru juga di mana Presiden telah dijemput untuk melihat sendiri Tok Guru menyuruh Arifahmi meletak jawatan

RAKYAT KELATE said...

Salam blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN

Anonymous said...

TB,
Perancangan Task Force 2010 diSelangor sebagai mana dilaporkan tu memang nampak sehingga begitu ramai YDP-YDP Kawasan diSelangor dan ketua-ketua dewan menjadi "bisu dan kaku" kerana diumpan dengan "projek-projek".Maklumlah,selama ini tak pernah merasa projek,tiba-tiba "bulan jatuh keriba".Maka itulah sebabnya tak begitu ramai yang "berani"menentang Hassan Ali.Mereka ini tidak sadar siapa dibelakang Hassan Ali.Hanya beberapa orang saja diSelangor yang punya keberanian dan mereka telah pun dihukum oleh Hassan Ali.Yang menentang Hassan Ali tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak yang sudah "kenyang" ni.Setakad ini,munkin Task Force 2010 telah kecewa diKelantan tapi mereka berjaya diSelangor.

Bercakap tentang Task Force 2010 ini,terdapat 5-6 orang diperingkat PAS Pusat yang telah "termakan budi" agensi ini.Kita boleh melihat cara mereka "termakan budi" dengan gaya-hidup mereka - mewah,kereta besar,rumah macam istana,selalu keluar negeri dan senang menghulurkan dana jika untuk projek mereka.Ana tak mau menamakan mereka - carilah sendiri.

Anonymous said...

Syabas TB dgn teori itu, cuma nak beritahu bahawa tindakan TGNA itu adalah soalan bocor dan orang dah tahu. Kalau tukang kebun yg tak dibayar overtime di MPKB BRI dok tempat TGNA pun dia akan buat tindakan yg sama. Tak usah nak cakap pasal inyegriti dsb. Kalau betul dia berjiang utk rakyat. Turun dah serahkan pada HUsam habis cerita. Integriti konon kalau lembu pun dia akan sepak anaknya yg besar tapi masih nak menyusu. Kenapa? kroni dalam PAS tak apa, kroni dalam UMNO Haram... Memang kelantan perlu rombakan besar termasuk TGNA demi survival perjuangan Islam.

Anonymous said...

Wahai Tulang!
Wahai Besi!

Errrrrr beghrapee banyak husam dah bayar kat kamu hahhhhh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.