Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 9, 2009

Kenapa Tuan Ibrahim Menghentam Tok Guru Nik Aziz Dalam Seminar Tempohari?

Saya bersedih atas kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau melahirkan perasaan tidak puas hati kepada sebahagian ahli jemaah yang menggunakan blog. Secara otomatik, Tuan Ibrahim telah mengatakan bahawa Tok Guru Nik Aziz telah melakukan perkara yang tidak berakhlak jemaah.

Saya sedih kerana hak untuk menegur kepimpinan dan menegur perjalanan parti adalah hak yang diberi kepada kami oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:



"110. Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors."

Ayat diatas menyatakan bahawa kita adalah umat yang terbaik kerana kita menyuruh yang maaruf dan mencegah kemungkaran. Ertinya selagi Amar Maaruf Nahi Mungkar berjalan, maka kita akan terus dimuliakan oleh Allah SWT. Malahan, di Indonesia, disebabkan aktifnya Amar Maaruf dan Nahi Mungkar, Allah SWT menghalang berlakunya gempa di Jakarta.

Apa yang dilakukan oleh para blogger adalah semata-mata mencegah kemungkaran yang berlaku dalam jemaah supaya jemaah PAS sentiasa berada atas landasan Islam dan landasan dakwah. Tugas kami memastikan PAS tidak disalah gunakan untuk kepentingan pribadi beberapa orang pemimpin PAS.

Apakah Tindakan Tok Guru Salah Mengikut Syariat Islam?


Tuan Ibrahim dengan selamba menghentam Tok Guru Nik Aziz (walaupun tak sebut nama) kerana dalam posting terakhir Tok Guru, beberapa nama telah disebut. Maksudnya, Tuan Ibrahim kata Tok Guru ni tak ada akhlak jemaah kerana menggunakan jemaah dalam membicakan hal ehwal parti?

Soalnya sekarang, mengapa ahli2 PAS tidak boleh membicarakan hal ehwal parti? Apabila undi, mahu kami mengundi PAS, Harakah nak suruh kita beli, demonstrasi nak kami ikut sekali, apabila ada ceramah mahu kami ikut sekali, apabila minta derma mahu kami bagi duit dsbnya.
Tapi apabila ahli dan penyokong bagi idea dan teguran, tak sedia pula menerima? Adakah itu adil?

Apa jenis pemimpin kalau teguran dari ahli bawah pun nak dilabel dengan berbagai-bagai label yang negatif. Tak da akhlak jemaah la, tak ikut saluran la dsbnya.

Bayangkan orang yang lagi baik dari Tuan Ibrahim, namanya Saidina Umar RA telah disergah oleh seorang yang tidak dikenali dengan amaran bahwa sekiranya Saidina Umar RA menyeleweng, beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar menjawab dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana ada yang masih berani menegur beliau dengan pedang.
Tapi, kalau SAidina Umar ni mengikut sunnah Tuan Ibrahim Tuan Man, nescaya Saidina Umar sudah memaki orang itu dan mengatakan orang itu tiada akhlak jemaah.

Kenapa Masa Hasan Ali Buat Perangai, Ustaz Tuan Ibrahim Senyap?

Saya hairan juga. MAsa HAsan Ali buat perangai, takda pun Dato Tuan Ibrahim bising. Tapi bila Tok Guru guna blog, tiba-tiba Tuan Ibrahim boleh menyerang dengan begitu hebat sekali.

Malahan, waktu pemimpin2 PAS berselingkuh dengan UMNO dalam gelap, Tuan Ibrahim senyap sunyi tak dengar pun suara beliau. Tapi, bila ahli dan penyokong menegur parti menggunakan blog, itu yang cuba dicegah oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ada komen dari Blog Bongkar Sauh:

"TIGA – PENYERTAAN TUAN IBRAHIM DALAM FORUM ADALAH BIAS

Penganjur mungkin berpendapat Tuan Ibrahim perlu dalam forum bersama dua jemputan untuk mengimbangi pandangan mereka yang agak kritikal dengan PAS. Bagi saya itu tidak perlu kerana banyak pembahas yang bakal mengimbangi pandangan kedua-dua penalis itu.

Tuan Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Keberadaannya di situ boleh mengganggu tugasnya. Bayangkan kalau ada ketika itu pembahas yang mempersoalkan orang yang bakal disiasat, apa sikapnya?

Samada dia mengulasnya atau tidak, persepsi sebahagian audiens terhadapnya bakal serong."


Antara Teguran Tuan Ibrahim Dengan Contoh Tauladan Tok Guru Nik Aziz

Saya berpegang dengan contoh tauladan Tok Guru Nik Aziz sebab saya tahu dengan fakta bahawa Tok Guru lebih alim dan lebih memahami Islam berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dan ada nas yang jelas menyokong tindakan Tok Guru dalam bentuk ijma’ Sahabi berbanding dengan teguran Tuan Ibrahim sendiri yang tiada nas yang jelas.

Seterusnya, janganlah dihalang kebebasan menegur dan bersuara dalam jemaah. Yang dipentingkan adalah hujjah bukan sentimen. Kenyataan Tuan Ibrahim mengarah kepada menjadikan PAS seperti UMNO yang langsung tidak mengizinkan kebebasan bersuara.
Hasilnya, golongan yang jahat dan berkepentingan serta berduit mengambil alih UMNO dan kerosakan UMNO sudah tidak dapat dibetulkan lagi.

Nak Tegur Ikut Saluran. Tapi Saluran Apa?

Itu juga diperkatakan oleh Tuan Ibrahim. Namun semua orang tahu, bahawa dalam PAS sekiranya mengikut saluran biasanya pendapat serta pernyataan kita tidak lama akan hilang.

Lebih teruk lagi macam apa yang terjadi pada Khalid Samad dan Saari Sungip. Apabila menegur ikut saluran, mereka terpecat dari Dewan Harian PAS Negeri.
Blog menjadi medan meluahkan perasaan serta menyalurkan maklumat pada ahli2 dan penyokong PAS kerana saluran bersuara dalam PAS amat sempit. Dan 90% dari biasa suara ahli akan hilang begitu sahaja. Biasanya hanya apabila PAS kalah pilihanraya baru orang nampak teguran2 yang telah dibuat. Misal yang paling besar adalah PAS Terengganu sebelum PRU 2004.

Kalau tidak kerana blog dan saluran berita alternatif, nescaya PAS sekarang sudah pun menjadi komponen Barisan Nasional.

Saya minta Tuan Ibrahim Tuan Man kembali kepada Sunnah para Sahabat yang jelas baik untuk PAS dan Islam. Kalau tiada apa yang hendak dilindungi, kenapa takut dengan pendedahan blogger?

Kalau Nabi SAW masih hidup sekarang ini, nescaya Nabi SAW tidak akan membuat teguran seperti mana yang telah dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Wallahualam

Tulang Besi

46 comments:

Grand Marquis said...

Apabila kita menggunakan ayat Al-Quran, kita jangan lupa merujuk kepada hadith. Lihat juga hadith berikut dari nabi S.A.W.

"Barangsiapa yang hendak menasihati pemerintah dengan sesuatu perkara.
Janganlah ia menampakkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia
mengambil atau memegang tangan pemerintah dengan empat mata. Jika ia
menerima, maka itulah (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka
sesungguhnya dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia
(pemerintah) dan pahala baginya (orang yang memberi nasihat)".

[Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Al-Haitsami
dalam Al-Majma' Ibnu Abi Asim dalam As-Sunnah, Abu Nuaim dalam
Ma'rifatus Sahabah. Riwayat ini banyak yang mendukungnya sehingga
hadits ini kedudukannya sahih, bukan hasan, apalagi dhaif sebagaimana
sebahagian ulamak mengatakannya dan Syaikh Al-Bani mensahihkannya
dalam Zilalul Jannah fi Takhrij Sunnah.]


Amar makruf, nahi mungkar itu adalah haq. Tapi cara implementasi berbeza menurut individu. Kalau anak kita tegur kita dikhalayak ramai, apa perasaan kita?

p.s. komen saya tiada kaitan dengan isu teguran Tuan Ibrahim pada Tok Guru. Sekadar membetulkan kesalahan TB dalam mengemukakan hujah agama.

Anonymous said...

Aku dah bosan.. aku dah bosan... aku dah bosan dengan politik PAS. Bercakaran sesama sendiri dan sampai pimpinan tertinggi pun guna blog untuk menyuarakan pandangan. Sudah tiadakah mesyuarah dalam PAS yang membolehkan pemimpin menyuarakan kebimbangan dan apa sahaja yang mereka rasai? Pihak UBN berjaya menggunakan isu ini untuk menggoncangkan PAS. Kita kena lihat penggunaan blog dari 2 perspektif. Pertama, ahli parti yang mengkritik terbuka melalui blog. Kaedah ini boleh diterima dan PAS tak ada masalah dalam hal ini. Pelbagai manusia mengkritik PAS melalui blog. MSO misalnya menggunakan blog menghentam PAS tentang apa yang dia fikirkan betul. Kedua, pemimpim yang duduk dalam shaf kepimpinan mengkritik PAS menggunakan blog. Ini tidak boleh diterima akal. Apatah lagi kritikan itu datangnya dari Mursyidul Am PAS. Adakah tiada ruang dalam mesyuarat untuk membincangkan isu ini? Atau ada tangan2 ajaib yang cuba mngeruhkan keadaan. Dalam hal ini saya bersetuju engan Tuan Ibrahim Tuan Man. Tolonglah sedar diri. Golongan muda menyampah dengan politik macam ni. Tu lah.. aku dah bosan.. Rasanya PAS akan bungkus dlm PRU 13. Kedudukan PAS dalam PR perlu dikaji semula. Jangan harapkan sangat pengundi Cina dan India. Tumpuan harus diberikan kepada pengundi Melayu. Jangan sebab nak dapatkan pengundi Cina dan India, pengundi Melayu semakin merosot. Contohnya PRK Bagan Pinang menunjukkan undi Melayu merosot teruk kepada PAS.

Anonymous said...

aduh...batu api ni ak habis-habis. semoga allah melaknati pengadu-domba

Anonymous said...

astaghfirullah TB... kawan tu takde sebut nama TGNA... sedap mulut ko aje kata dia hentam TGNA... banyak org yg guna blog termasok ko... mcm mana ko kata kawan tu tuduh TGNA.. kot kot dia tuduh ko... ish ish ko tuhan ke dpt baca isi hati dia...???

itu lah dia... kalau dah hari2 fitnah org sana sini... ko dah rasa tak bersalah buat keje macam ni dah...

Tulang Besi said...

Anonymous said...
astaghfirullah TB... kawan tu takde sebut nama TGNA... sedap mulut ko aje kata dia hentam TGNA... banyak org yg guna blog termasok ko... mcm mana ko kata kawan tu tuduh TGNA.. kot kot dia tuduh ko... ish ish ko tuhan ke dpt baca isi hati dia...???
.

Dia tak sebut nama, tapi benda dia sebut tu memang kena sebijik kat muka Tok Guru Nik Aziz

Anonymous said...

dah la kau raman...jenis hati busuk..buat malu pemuda PJU je....jenis jahil agama cam tu laaaa....kau memang sial sgt2....kau bukan ada masa seminar tu pun.....jgn nak buat alasan tak tentu pasal bangang....daripada pemuda

Anonymous said...

ish2..masih ada cr yg lebih berakhlak dn mulia nk teguq pimpinan(islam da ajaq semua tu).Tp krn kita rs EGO dn TAKABBUR,Allah tutup pintu ht ni dr trima kebenaran.nk teguq bkn melalui blog memfitnah mcm ni..lg besaq mudharat kpd PAS bila ada virus mcm ni.ustaz2 yg da tua2 bkn reti gna bnda2 cmni.yg dok jd celaru ank muda la.tp aku x kot..hehe

Tulang Besi said...

Apa asas Tuan Ibrahim tegur Tok Guru? Apa nas yang dipakai? Pendapat ulama muktabar mana yang Tuan Ibrahim pakai? Fatwa mujtahid mana yang Tuan Ibrahim rujuk?

Kalau nak tegur biar ada fakta. Jangan hanya menegur secara rambang macam tu.

Apa Tok Guru Nik Aziz tak faham Islam ke masa dia tulis entri blog dia tempohari?

penyokong PR said...

sudahla tu hentiknla laga2 pimpinan kat dlm blog kalo btul sygkn PAS an PR guna saluran yg btul kalo nk tegur jgnla kita dok bg peluru kat umno

ULAMAK PALSU said...

TUAN IBRAHIM DULU BIJAK BERCERAMAH AGAMA...walaupun dah berkarat sikit


SEKARANG NI TUAN IBRAHIM DAH KENA BRAINWASH SAMA HASAN ALI DAN GENG GANU KITER...


CERAMAH TUAN IBRAHIM DAH MACAM BUKAN CERAMAH AGAMA.... MACAM CERAMAH ORANG GILA KUASA..

SILAP HARI BULAN TUAN IBRAHIM DAH BAGI CERAMAH TANPA GUNA NAS DAN RUJUKAN SAHIH

BILA SAH SAMPAI TAHAP TU .... TUAN IBRAHIM BOLEH DI KATEGORI SBG ULAMK PALSU...

jd..sentiasalah kita hormat org berilmu spt nik aziz.. sentiasa lah rujuk kitab..jgn main lepak siang malam dengan geng ganu kiter kat markaz tu....sesat TUAN oii

Tulang Besi said...

Penyokong PR,

Siapa yang laga siapa? Kalau ada orang pegi serang Tok Guru, kita nak duduk diam ke?

Dah la kempen kat Harakah dkrg ni nak burukkan tok guru, TUan Ibrahim pun nak join sama ke?

Tulang Besi said...

November 9, 2009 8:35 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

dah la kau raman...jenis hati busuk..buat malu pemuda PJU je....jenis jahil agama cam tu laaaa....kau memang sial sgt2....kau bukan ada masa seminar tu pun.....jgn nak buat alasan tak tentu pasal bangang....daripada pemuda

November 9, 2009 9:47 AM
.

Ye ke Pemuda PJU malu kat aku. Cakap tu jangan sebarang cakap bang.

Kurang2nya lagi ramai Ketua2 Cawangan kat PJU tu kenal aku dari kau.

Bukan nak takbur tapi nak jawab fitnah

Anonymous said...

TGNA tahu siapa Tuan Ibrahim.. diaorang tu adik beradik.. dan pemimpin PAs.. dah bertahun dah... jangan pula diaorang tak ada apa apa.. kita pula yang berantakan akibat hasutan Tulang Besi...

Tulang Besi said...

Adik beradik pun, Qabil dan Habil pun adik beradik kandung lagi. Bapa diorang Nabi.

Apa nak heran

Anonymous said...

Sebagai seorang pengundi PAS dalam PU lalu saya berasa berdosa kerana membantu PAS menambah kerusi dan menikmati sedikit kejayaan dan secara tak langsung menyebabkan PAS berpecah. Pimpinan PAS dah jadi ego dan hilang punca. Ahli-ahli PAS dah bercakaran. Macam baru lepas perang dan sedang berebut memiliki the spoil of war. Juga seperti kera mendapat bunga. Dengan tahap pemikiran ahli dan pemimpin PAS (kecuali TGNA yang saya sangat hormati) di peringkat ini PAS tidak layak memerintah dan hanya layak terus menjadi pembangkang. Kekalahan PAS akan menjadi pengubat untuk menyatukan PAS semula. Kekalahan PAS juga akan membantu menyingkirkan kepimpinan yang ada sekarang. Pengundi seperti saya akan membantu menyatukan PAS semula dengan tidak mengundi PAS dalam PU13 nanti.

Anonymous said...

isu & krisis begini mengingat aku kembali dizaman skolah dulu. waktu aku join tazkirah & usrah pas tmpt aku di perak nuuu (refresh kembali ajen subversif/mossad).
perisik/ajen ameno memang dah diprogram dan masuk kedalam jemaah pas begitu halus skali.
re-fresh kembali kisah 80-an dulu.

ada "sorang tu", perwatakan semuanya pas.. tak ade satu pun tak pas. bak kata abg mat sabu "bernapas pun kluar nama pah! pah! pah!" .....sampai boleh jadi pemimpin cwgn la.

tapi Allah nak tunjukkan jln, ..."org tu" diketahui bukan pas dari org luar rupanyer. bukan dari dlm pemimpin pas setempat. "orang tu" adalah ajen ameno..
tapi sumer dah terlambat. berkat kesungguhan "sorang tu" duduk dlm jemaah pemimpin pas setempat aku, .....sumer pemimpin telah berpecah dgn menukarkan pegawai/kakitangan kerajaan yg pro-pas ke tempat lain, hasil dari risikan 'sorang tu".

jadi kepada TB, aku tak heran kalu ade ajen ameno duduk dlm pimpinan tertinggi pas pusat skrg ni, ....sebabnya perkara ni dah pernah terjadi di pas cawangan/kawasan aku.
oh! baru aku teringat citer lama ni. sungguh pengalaman itu adalah pelajaran yaang paling berharga buat diriku yg jahil ini.

kalulah byk pengomen yg hentam ko TB, tapi aku tak heran. sumer ni kisah lama yg diulang tayang kembali menjadi "retro" hits. cuma yg tak penah tgk "retro" ni je kata, citer ni citer "semut merah jepun yg dah jadi dongeng bebudak dulu"

Anonymous said...

mengapa ada yg komen menyesal undi pas PRU12 lepas???
heran yer... apsal tak de komen yg boleh tulih begini:
"menyesal aku pangkah AJK ini & itu masa muktamar sebelum-sebelum ni".

atau pun tulis:
"menyesal aku tak provoke kengkawan aku yg boleh mengundi dlm muktamar lepas supaya tenyeh yg itu & tolak yg ini".

ni soal pemimpin dlm parti, bukan dlm PRU. tolak yg "kepala pengak" tu!!

kalu dlm PRU, sesama kita tolak gerombolan. itu adalah tujuan.

kepada yg tak boleh mengundi dlm pas tu, teruskan mengundi pas dlm PR (dlm PRU lah!).
kalu tolak PR, undi gerombolan balik, ....emmm... alamat naik la lagi kos sara idup kat m'sia ni ....hu! hu!
sedangkan dlm PR tgh kuat skrg ni pun, harga minyak boleh kelentong kat rakyat lagi...

Tulang Besi said...


jadi kepada TB, aku tak heran kalu ade ajen ameno duduk dlm pimpinan tertinggi pas pusat skrg ni, ....sebabnya perkara ni dah pernah terjadi di pas cawangan/kawasan aku.
oh! baru aku teringat citer lama ni. sungguh pengalaman itu adalah pelajaran yaang paling berharga buat diriku yg jahil ini.
.

Tak pelik ke. Pemimpin2 lain lari berbondong2 ke UMNO/BN termasuk Hasan Adli, tapi dia sorang balik ke PAS?

Anonymous said...

yer la memang kat PJU ni ramai yg kenal kau raman talib...kau terkenal sbg kuda tunggangan anwar ibrahim...jenis bengong....pemecah belah dlm parti. bial org tak terima dan hargai apa yg kau buat mula hentam org.....muka tak tau malu punya blogger munafiq

Abdullah said...

Hebatnya Tulang Besi ni.. boleh membaca nawaitu seseorang.. Tuan Ibrahim Tuan Man tidak pun menyebut nama2 siapa, tapi Tulang Besi boleh sure sangat yang dimaksudkan ialah TGNA.. TGNA takde pun terasa atau melatah, tiba2 Tulang Besi pulak melatah.. macam kera dapat bunga.. macam dia pulak termakan cili..

Kalau dah tak puas hatikan dengan sesetengah kepimpinan PAS Pusat, suruhlah AJK2 yang bersetuju dengan EGM mengusulkan supaya EGM diadakan.. then, boleh pilih orang baru.. kata rapat sangat dengan AJK2 tersebut.. atau cakap kosong je.. sekarang kuasa ada di tangan AJK2 tersebut.. janganlah salahkan siapa2 lagi.. AJK2 tersebut yang tidak menjalankan tugas..

Tulang Besi said...


Anonymous Abdullah said...

Hebatnya Tulang Besi ni.. boleh membaca nawaitu seseorang.. Tuan Ibrahim Tuan Man tidak pun menyebut nama2 siapa, tapi Tulang Besi boleh sure sangat yang dimaksudkan ialah TGNA.. TGNA takde pun terasa atau melatah, tiba2 Tulang Besi pulak melatah.. macam kera dapat bunga.. macam dia pulak termakan cili..
.

Laaa takkan nak sebut nama. Tapi jelas la dia hentam Tok guru dulu.

Dan takda nas dan dalil yang jelas pun yang diberikan oleh beliau.

Anonymous said...

Yg aku tau skrg,grup aku kat Balok takkan undi PAS dah selagi Mustapa Ali,Hassan Ali n si Ttawi ni ada dlm pimpinan.Baik undi BN,dapat jg minta2 sumbangan skit.Kat Balok ni,letak calon lain la selain PAS.Dah bosan terutama puak Ganu.

Anonymous said...

raman ni bukan jenis paham pun...jenis tak mengaji agama pun...aku kenal sgt dia ni..masa kat PJU dulu memang byk sgt komennya dlm kawasan. dia bukan wat keje pun....

Anonymous said...

Salam

Siapa yang sebarkan puak erdogan tak hormat tok guru masa Muktamar di Shah Alam?

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

raman ni bukan jenis paham pun...jenis tak mengaji agama pun...aku kenal sgt dia ni..masa kat PJU dulu memang byk sgt komennya dlm kawasan. dia bukan wat keje pun....

November 9, 2009 4:58 PM
Delete
.

Agaknya sebab tu Cikgu Bakar asyik suruh aku balik PJU ambik balik jawatan Ketua Penerangan yeee???

Tulang Besi said...


Kalau dah tak puas hatikan dengan sesetengah kepimpinan PAS Pusat, suruhlah AJK2 yang bersetuju dengan EGM mengusulkan supaya EGM diadakan.. then, boleh pilih orang baru.. kata rapat sangat dengan AJK2 tersebut.. atau cakap kosong je.. sekarang kuasa ada di tangan AJK2 tersebut.. janganlah salahkan siapa2 lagi.. AJK2 tersebut yang tidak menjalankan tugas..

November 9, 2009 2:16 PM
.

Bang, yang ni hang tak buleh marah aku. Sejak dari mula aku dah mintak EGM.

Bukan skrg ni. Aku memang nak EGM kalau boleh besok pun aku nak EGM.

Yang ni tolonglah jgn marah saya.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

yer la memang kat PJU ni ramai yg kenal kau raman talib...kau terkenal sbg kuda tunggangan anwar ibrahim...jenis bengong....pemecah belah dlm parti. bial org tak terima dan hargai apa yg kau buat mula hentam org.....muka tak tau malu punya blogger munafiq

November 9, 2009 2:12 PM
Delete
.

Hang sorang je kot kat PJU yang mcm tu kot.

Kalau berani kita semuka la.

Ahmad Akwa said...

Tulang Besi said...

Bang, yang ni hang tak buleh marah aku. Sejak dari mula aku dah mintak EGM.

Bukan skrg ni. Aku memang nak EGM kalau boleh besok pun aku nak EGM.

Yang ni tolonglah jgn marah saya.

I don't think the writer is angry at you TB. What I understand from the comment is that the writer said that if you have the ears of most of the AJK Pas Pusat as you claimed, then why don't you get them to ask for an EGM. You were the one who said that the majority of the AJK PAS Pusat wanted an EGM and as a compromise for not having the EGM, to remove DHA.

Then what are you waiting for? Go talk to them to have the EGM.

Ammu Umair said...

From today's Sinar Harian under the headline "Terpulang SPRM siasat menantu: Nik Aziz"

Sementara itu, beliau berpuas hati dengan penganjuran seminar politik kelmarin, walaupun tidak sempat menghabiskan semua sesi yang diadakan kerana faktor kesihatan.

Beliau turut mengakui bahawa hasrat beliau mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) sebelum ini adalah bagi menyampaikan mesej bahawa sokongan terhadap parti itu berkurangan atas beberapa yang diketahui umum.

“Itulah sebabnya, saya nak gerak supaya adakan EGM, tetapi diganti dengan seminar, tapi apa yang penting mesej bagi kedua-duanya sampai untuk mengerak semangat untuk memperkuatkan Pas.

"Bagi saya EGM tak apa, seminar tak apa, (yang penting) mesej saya sampai, terpulang kepada ahli-ahli untuk menggunakannya atau tidak,” katanya.

Kelmarin, Pas mengadakan seminar menggantikan EGM seperti dicadangkan Nik Aziz bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap parti itu. -End of article-

It seems to me that TGNA does not have a problem with the Seminar and its contents (I guess this would include Tuan Ibrahim's comments). Hence, I don't understand why you're saying Tuan Ibrahim "menghentam" TGNA. You're the only one who's making something out of nothing.

Tulang Besi said...


It seems to me that TGNA does not have a problem with the Seminar and its contents (I guess this would include Tuan Ibrahim's comments). Hence, I don't understand why you're saying Tuan Ibrahim "menghentam" TGNA. You're the only one who's making something out of nothing.
.

Was Tuan Guru there during Tuan Ibrahim's presentation?

Or was Tuan Guru reserving his criticism of Tuan Ibrahim private?

mtgbertam said...

TB,

1. Hang bawa dalil al-quran, tapi hang cuma amek terjemahan melayu. Fakta sebenar dalam quran kena ditafsirkan dgn ilmu alat. Kalau hang cukup ilmu alat, hang takkan merewang mcm ni.

2. Walaupun kita akui kehebatan kepimpinan TGNA, perjuangan memerlukan kombinasi semua peringkat. Walau Hasan Ali dll ada kelemahan, kelebihan mereka ttp lebih lagi. Serahkan pada kepimpinan menangani masalah perbezaan fikrah/strategi. Kaedah hang ni akan melingkupkan satu lagi perjuangan Islam dalam sejarah dunia.

3. Dlm sejarah Islam, yg diceritakan pada kita jelas menunjukkan sahabat2 kanan yang menegur pemimpin.

4. Ulasan cyber trooper UMNO dlm ni mudah dikenal. Fakta melelong, cuba meninggalkan racun dlm fikiran ahli perjuangan Islam. Tanpa disedari (mungkin mereka sedar) cyber trooper adalah seperti JALANG jalanan yang mengambil sedikit upah menggadai maruah diri.

Tinta Hitam said...

Punca percakaran ini adalah apabila ada diantara pemimpin PAS yang tidak mengikut keputusan yang telah ditetapkan didalam muktamar.

Dalam muktamar kata PAS akan tetap bersama PR.Kenyataan Presiden kata isu kerajaan perpaduan dah tutup tetapi masih masih ada lagi pihak pimpinan PAS yan gmembincangkannya dibelakang tabir dan ada jug apihak pimpinan PAS yang bertindak tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat.

Jika ada pihak pimpinan PAS merasakan masa depan mereka adalah bersama UMNO,sila istiharkan perkara ini.Takda masalah punya.

Mereka juga boleh bawak PAS masuk UMNO,tetapi mereka perlu ingat.Majoriti ahli dan penyokong PAS tidak akan join.

DS Anwar Ibrahim had done it 29 years ago.Instead ABIM gettting it become weaker and lost significant support from youngsters including me.

PAS NAK JOIN SAMA UMNO.GO AHEAD,LET SEE WHAT HAPPEN TO PAS..IT SEEM ARROGANCE HAD STARTED TO CREEP INTO SOME PAS LEADERS HEADS.

Grand Marquis said...

Mengapa orang kata TB timbulkan fitnah dalam PAS? Sebab kerjanya mentafsirkan apa yang tidak jelas dan melaga-lagakan orang.

Lihat saja tajuknya, "Kenapa Tuan Ibrahim Menghentam Tok Guru Nik Aziz Dalam Seminar Tempohari?"

Tuan Ibrahim tak cakap siapa pun, tapi TB tafsir TGNA. Apa akibatnya? Dia nak lihat Tuan Ibrahim bertelagah dengan Nik Aziz? Atau pengikut Nik Aziz bermusuh dengan Tuan Ibrahim.

Sudah banyak kali orang cakap. Bukat setakat orang UMNO yang tension dengan hang. Orang pas sendiri pun tension sebab kerja awak memang timbulkan fitnah dan perpecahan dalam parti.

Awak suruh orang betulkan awak kalau awak salah, tapi berapa banyak teguran orang kat awak, tapi pernahkah awak mengambil nasihat mereka?

Anonymous said...

Aku heran yang korang layan tulang besi ni.... dia tu orang Umno tulen yang ditugaskan emmecahbelahkan sesama Pas.... dia tu Umno!... aku kenal dia....

Gi layan dia.... memanglah lagi galak dia.... dia tu Umno yang diupah untuk reka pelbagai isu... untuk ragu2 kan sesama ahli Pas....

Anonymous said...

TB,
Tuan Ibrahim Tuan Man dah pergi makan angin dengan Presiden,semasa Pilihanraya Bagan Pinang.Siang-siang lagi Presiden dah "kautim: dengan dia.

Hj Zul PJU said...

Anak Hj Talib niiii dah melampau sgt biadapnya.....perosak Jemaah. Duduk Kat UK sampai dah tukar jadi UMNO....kesian kat bapak kau

yes said...

Assalamualaikum,
Hassan Ali ni bekas pegawai BTN ( Biro Tata Negara ) macam Tan Sri Nordin Kardi. Jadi dia pandai berhujah, pandai melobi. Ahli ahli mestilah menggambil kira tentang perkara ini. Apa yang di katakanya haruslah di selidik dulu. Jangan telan bulat bulat. Jika betul barulah diterima. Suatu perkara yang saya lihat dia ni jenis yang tidak mahu mengaku kesalahan. Misalnya pada malam 3 hb di FRIM. salah seorang ahli mengatakan bahawa beliau tidak puas hati kerana pehak Hassan Ali/ pegawainya telah berjanji untuk menghadiri suatu majlis. Tetapi munkir janji. Apa Hassan Ali kata? Saya ada banyak urusan tak kan saya dapat menghairi semua majlis yang kecil kecil. Bongkaknya jawapan. Pada hal sebelum PRU dulu dalam satu pertemuan dengan muslimat, beliau menyatakan kesanggupan untuk tidur di rumah orang UMNO untuk memberi penjelasan.
Dalam majlis ini juga ada ketua menyatakan kesetiaan bahagianya kepada Hassan Ali. Pada hal tidak ada pun perkara ini di bincang dengan ahli2. Malam itu cuma dikatakan sebagai sessi penerangan
pada ahli. Tiba tiba ada pula kesah sokong menyokong. Hadirin rasa tertipu.

Anonymous said...

Aku takde nak caci maki kau ler... cuma aku nak tanya kau... kau tak takut ker kalau tafsiran kau tu salah... Kau kata TN Ibrahim TN Man hentam TGNA berdasarkan tafsiran kau sendiri. Klu lah tafsiran kau tak betul agak2 kau berapa byk dosa yang tertanggung atas kau.... dosa kau dgn Tn Ibrahim Tn Man boleh lah kau direct jumpa dia. Tapi dosa kau kerana menyebarluaskan fitnah agak2 kau dpt ker kau nak kejar semua org yg pegang dan sebarkan fitnah kau tu... fikirlah ckit... sedih aku tgk kau ni.

Tulang Besi said...

Anonymous Hj Zul PJU said...

Anak Hj Talib niiii dah melampau sgt biadapnya.....perosak Jemaah. Duduk Kat UK sampai dah tukar jadi UMNO....kesian kat bapak kau

November 10, 2009 9:56 AM
.

Mana ada aku duduk UK? PEgi check balik fakta kau tu.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Aku takde nak caci maki kau ler... cuma aku nak tanya kau... kau tak takut ker kalau tafsiran kau tu salah... Kau kata TN Ibrahim TN Man hentam TGNA berdasarkan tafsiran kau sendiri. Klu lah tafsiran kau tak betul agak2 kau berapa byk dosa yang tertanggung atas kau.... dosa kau dgn Tn Ibrahim Tn Man boleh lah kau direct jumpa dia. Tapi dosa kau kerana menyebarluaskan fitnah agak2 kau dpt ker kau nak kejar semua org yg pegang dan sebarkan fitnah kau tu... fikirlah ckit... sedih aku tgk kau ni.
.

Inshaalah tafsiran saya tak salah. Artikel ini ditulis di atas belakang beberapa informasi berkaitan yang saya tak cerita

Hash NA said...

Aku dulu suka dan banyak menyokong juga pandangan TB, tapi sekarang ni nampak TB ni macam alat BN lah...betul ke TB?...kau ni tak sudah2 nak mengadu domba lah supaya ahli PAS bergaduh sesama sendiri.Cubalah cari jalan perdamaian.Aku tahu kau mesti ada saja nak menjawab kata-kata yang tak bersetuju dengan pandangan kau kan...kalau kau tak setuju dengan cadangan akau untuk cari jalan perdamaian aku rasa memang kau ni tali barut BN.Semoga Allah selamatkan perjuangan Islam dari kaum-kaum munafik.

Anonymous said...

Laaa.... Ape masalahnye? Kan ke TN Ibrahim tu pengurusi badan displin, dah memang tugas dia tegur menegur... Lagipon time tu ramai yg ada, jadi kalau dia cakap kat situ sume bleh dengar, termasuklah TB skali. kan? Lagipun dia tu anak sedara TGNA..so sia tau la apa yg dia cakap tu. Yg kita kat bawah ni diam2 suda... Sy baru jumpa blog ni. Terkejut gak..benda remeh temeh macam ni pon jd kecoh, nak tolong UBN tebang pokok PR yg baru nak tumbuh ke sedare?

Anonymous said...

Hati-hati TB tu memang agen umno, cuba korang perati, mane ada satu blog yang cerita masaalah dalaman parti secara terbuka, blog ni dan blog perisik rakyat je yang cerita apa yang berlaku dalam kain pas..

bersatukitateguh said...

tulisan di atas merupakan tulisan seorang pengadu domba...sila berhati-hati para pembaca sekalian....

Anonymous said...

hmm..rasenye TB ni yg muka talam!! klu pro umno ngaku jela..nk buat2 pro TGNA pulak..
raseny petikan TB mgenai TI di cut sparuh je..
ape yg d mksudkan, bkn semua blogger PAS tp yg cite scr tbuka ttg ssuatu isu. lgpun TI sendiri ade blog..
peringatan itu biase bg org beriman n nakkan islam.. sebaik mane pn,kita ni manusia..kne ingtkan, klu x,lupaa.. byk2 taubat.
mybe ko ni dh fitnah org

Anonymous said...

ini masalah org pas, bila komen TGNA, og itu akan dicap bermasalah. Sedangkan TNGA sendiri memang banyak masalah. Sy sekarang tak suka pas pun kerana cara pemikiran TGNA nampak sangat mirip wahabi. Dulu saya recpect tapi bila tengok anak dan menantu bekerja dalam kerajaan saya dah ragu2 sifat wara'nya. Bila saya dengar siri ceramah ugama dia, memang dia bertentangan dengan ulama'2 dulu. Dan bila disemak, ayah TGNA termasuk golongan kaum muda. Sebab tulah TGNA sanggup bagi cuti dan wang rakyat kerana bola. Padahal TGNA bersembahyang tidak guna lampu takut guan wang rakyat. Nampaknya sifat TGNA tidak konsisten.Orang ramai mudah terikut dgan TGNA kerana ramai yang tidak menuntut ilmu secara benar-benar berguru. Dulu saya ingatkan TGNA memang org yang berilmu tapi bila diselidik, pendidikannya sehingga Universiti Azhar sebelum bergiat aktif dalam politik sekitar akhir 60an. Bila kita semak sanad gurunya tidak hebat sebagaimana ulama' dahulu. Ilmunya adalah melalui pembacaan sebgaimana siri ceramah fekah sunnah oleh said sabiq. Tanyalah pada guru yang benar-benar ahlinya, jangan tanya pada guru umno kerana musuhnya, tanyalah pada ulama' akhirat, jangan terus melenting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.