Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 11, 2009

KENYATAAN MEDIA KETUA dewan PEMUDA PAS SHAH ALAM BERHUBUNG PERLETAKAN JAWATAN

Disiarkan kenyataan media Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam. Ini adalah contoh penafian yang cukup baik seterusnya menghalang persepsi yang buruk terhadap PAS. Ertinya, Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam tahu bagaimana menjaga persepsi rakyat terhadap parti.

10 November 2009 / 22 ZulQaedah 1430H

1. Saya merujuk kepada dua laporan media semalam;

1.1. TheStar: Youth Chief Ahmad Sayuti Quits Posts In PAS

1.2. AgendaDaily: Ketua Pemuda PAS Shah Alam Letak Jawatan

2. Pertamanya ingin saya tegaskan pihak Barisan Nasional sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua tindakan demi merosakkan kestabilan Pakatan Rakyat (PR), khususnya di Selangor. Perkara ini amat dirasai dengan kesungguhan UMNO khususnya menimbulkan pelbagai masalah terutamanya di Parlimen Shah Alam yang menjadi ibu negeri Selangor.

3. UMNO cuba menggangu-gugat pentadbiran parti dan kerajaan dengan pelbagai usaha bermula dengan isu hiburan, pengekatan penjualan arak yang diluluskan secara bersama oleh barisan Ahli Majlis MBSA, isu perarakan kepala lembu, isu penghinaan dan ancaman terhadap wakil rakyat, permit khutbah dan lain-lain.

4. Selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam (DPPSA), saya memandang semua perkara yang dilakukan ini adalah untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, seterusnya menunjukkam sikap sebenar mereka yang masih berada dalam penafian (state of denial) terhadap kebencian rakyat yang bertambah terhadap Barisan Nisoanal pada masa ini.

5. Laporan media yang saya rujuk hari ini menunjukkan satu lagi memanipulasi berita yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang jelas cuba memberikan gambaran palsu terhadap apa yang berlaku, antaranya;

5.1. Perlepasan semua jawatan saya di peringkat Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Selangor adalah disebabkan tekanan yang diterima berhubung rakaman ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat.

Saya ingin tegaskan kenyataan tersebut adalah fitnah dan berniat buruk. Ingin saya nyatakan hingga kini tiada apa pertanyaan atau sebarang tekanan diterima berhubung rakaman. Saya yakin Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat masih dalam siasatan berkenaan rakaman tersebut, dan akan menghubungi saya jika memerlukan maklumat lanjut berkenaan rakaman yang dimaksudkan, dan saya akan memberi kerjasama papa jawatankuasa itu.

5.2. Kekesalan terhadap tindakan melakukan rakaman dan penggunaan media untuk melaporkannya.

Ingin saya nyatakan rakaman dan serahan bahan tersebut kepada pimpinan PAS dibuat dengan penuh tanggungjawab dan beramanah untuk melihat PAS lebih berjaya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, tanpa sesekali timbul isu kesal. Saya tegaskan tidak langsung wujudnya elemen penyebaran maklumat tersebut kepada mana-mana media, melainkan ianya hanyalah untuk perhatian pimpinan tertinggi PAS Pusat sahaja.

6. Sebagai Ketua DPPSA, saya menyokong penuh keputusan Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 28 Oktober 2009 lalu untuk menyerahkan isu berkaitan PAS Selangor dan tindakan Pesuruhjayanya kepada keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat. Saya berharap siasatan dilakukan dengan segera dan terperinci terhadap semua bahan bukti yang telah dikemukakan oleh mana-mana pihak kepada Jawatankuasa Tatatertib, dan tindakan tegas hendaklah dikenakan kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam menimbulkan polemik tersebut.

7. Saya ingin menegaskan perletakan jawatan saya di peringkat negeri dan pusat sebagai (1)Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, (2)Ketua Lajnah Politik Pemuda PAS Selangor, (3)Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, (4)Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor dan (5)Setiauasaha Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat langsung tiada kena mengena dengan apa jua krisis dalaman parti yang sedang ditangani sekarang.

8. Seperti ketegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan, keperluan utama perletakan jawatan saya hanyalah kerana tawaran pengajian di luar negara yang diterima oleh isteri saya dan saya turut mengambil keputusan untuk turut mendapatkan tawaran pengajian di negara yang sama selama menemani beliau.

9. Jawatan saya sebagai Ketua Pemuda DPPSA pula akan dipangku oleh Timbalan saya selama ketiadaan saya di dalam negara.

10. Saya berharap kenyataan ini akan memberikan gambaran sebenar terhadap DPPSA dan PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) yang menggesa setiap Ahli Parti mendukung penuh keputusan Muktamar PAS baru-baru ini untuk berusaha memperkukuhkan parti dan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat dan menghindarkan segala bentuk polemik yang boleh merosakkan pencapaian tersebut.

11. Saya juga menggesa agar pihak media bersikap amanah dan beretika di dalam melaporkan apa jua berita, tanpa terperangkap di dalam permainan politik Barisan Nasional.

Sekian. Terima Kasih.

MEMPERSADA PERJUANGAN

Yang Menjalankan Amanah,

Ahmad Sayuti Bin Bashiron

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

10 November 2009 / 22 ZulQaedah 1430H

s.k.

3 comments:

zakwan said...

Thanx, Ahmad Sayuti 4 the clarification on the matter
Wish u all the best in ur future endeavours
Thanx, TB 4 posting this

PAS = Parti Agama Sesat said...

Hi TULANG BESI,

Maaf & inzinkan saya tulis dalam Bahasa Inggerris, ok??? Thanks!!!

PAS is a political party made up of EXTREME MUSLIMS. These people are certainly NOT the moderate Muslims we often see in big cities & urban areas. These Extreme Muslims in PAS are HARDCORE TALIBANS.

However, these so-called TALIBANS are NOT bad people. Infact, there are NOT even 0.00001% evil minded. The problem with them is that they have POOR SKILLS in differentiating things. They lack the ability & intelligence to differentiate between POLITICS & RELIGION and this is the reason why PAS seems to be like a PARTI SESAT (not knowing which direction to go)

Just like the 911 incident in NEW YORK. Those Talibans from the Al-Qaeda network DIDN'T intend to crash down the World Trade Center. Neither did those Talibans wanted to KILL any innocent people.

As said, it's the POOR SKILLS of these Extreme Muslims who have difficulties differentiating things of which caused the entire episode.
Those Al-Qaeda fools crashed into the World Trade Center thinking it was the AIRPORT RUNWAY instead.

They didn't have the intention to cause problems but it's their POOR JUDGEMENT to differentiate things which caused their weakness.

Anonymous said...

bila buat pc tu maknanya rasa bersalah la...

ahmad sayuti ni memang muka munafiq..dah la gagap.

kalau dah nama pun pertemuan tertutup...maknanya bukan utk org lain atau bukan untk umum la bodo...yg kalut dok rakam tu kenapa??? kita pun kalau cakap dgn kawan2 atau mana2 mesy tertutup mesti keluar cerita mcm2...biasala...yg salah ialah yg merakam secara haram.

obvious mamat gagap ni ada niat jahat kat hasan ali.

kenapa tak cerita yang dia dah teruk kena "belasah" dgn Pemuda PAS Negeri. sebab tu letak jawatan!

tak payah nak temberang la..org dah tahu..

perangai dah terikut mcm kalid samad dan tulang besi....cakap BOHONG!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.