Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 8, 2009

Keputusan Seminar: Parti Tidak Penting. Jawatan Pimpinan Lagi Penting

Keputusan seminar menunjukkan tiada apa2 perubahan yang akan berlaku kepada PAS. Malahan, apa yang berlaku adalah serupa dengan apa yang telah berlaku kepada PAS Terengganu sebelum 2004 dan 2008. Yakni, setelah diberikan hasil2 kajian dan cara2 mengatasi kelemahan, PAS Terengganu menolak kajian2 ini sepenuhnya mengakibatkan PAS gagal menawan semula Terengganu 2004 dan 2008.

Dilaporkan oleh Malaysiakini:
“Ditanya tentang kajian pensyarah Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah yang menyimpulkan bahawa 50 peratus masalah parti itu berpunca daripada kepemimpinan, Abdul Hadi berkata:

"Dia punya kajian tidak terperinci. Kita ambil maklum dan kita akan tingkatlan lagi (kemampuan parti). Itu saja," http://www.malaysiakini.com/news/116917

Benar benar seperti yang pernah berlaku di Terengganu sebelum 2004 dan 2008. Terutamanya sebelum 2008 di mana beberapa kajian bebas menunjukkan betapa PAS Terengganu memerlukan perubahan kepimpinan untuk PAS menawan semula Terengganu.

Namun apa yang telah berlaku, kajian2 tersebut ditolak mentah2 dan ada sebuah “kajian” baru yang kononnya menunjukkan kepimpinan Terengganu yang ada pada masa itu masih releven. Bila PRU 2008, terbukti kajian bebas yang ditolak kepimpinan PAS Terengganu adalah benar walaupun pada masa PRU2008, UMNO berpecah teruk.

Saya sendiri difitnah dan dimehnah oleh puak2 PAS Terengganu ni semata-mata kerana saya menyampaikan maklumat tepat berkenaan dgn hasil kajian yang dibuat sebelum 2008. Saya dipanggil cuba menjatuhkan kepimpinan PAS Terengganu dengan membawa kajian2 yang mengarah ke situ. Tapi, keputusan 2008 membuktikan hasil kajian yang saya bawa itu benar. Namun, fitnah ini terus dibawa oleh puak2 Terengganu ni. MEreka ni bangga dengan tarbiyyah mereka, tapi tarbiyyah mereka mengizinkan mereka terus menerus menyebar fitnah.

Sekarang di Pusat kita lihat perkara yang sama berlaku. Kajian2 bebas dan berototiri ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan PAS Pusat. Ertinya kepimpinan PAS sekarang ini tidak mementingkan kepentingan PAS dan Islam. Yang penting bagi mereka adalah jawatan dan pengaruh mereka ke atas parti dikekalkan. Sama seperti yang berlaku sebelum PRU2008 di Terengganu.

Ertinya, pengaruh geng Terengganu mahukan kekalahan PAS Terengganu itu dieskpot ke seluruh negara. Ertinya, tak cukup PAS Terengganu kalah, mereka mahu lihat PAS seluruh Malaysia kalah juga.

Parti tidak penting. Yang penting jawatan mereka terjamin dan pengaruh mereka atas parti terpelihara. Itulah dia agenda “GEng Terengganu”.

Yang sedihnya, ada seorang kepimpinan Terengganu, sanggup menyuruh Tok Guru Nik Aziz berhenti dari Mursyidul Am dan PJ Kelantan. Sapa dia berbanding Tok Guru. Orang2 PAS di kawasan dia pun tak boleh terima dia, jauh lagi rakyat Terengganu keseluruhannya. Orang macam ini boleh meminta Tok Guru Nik Aziz letak jawatan? Sedarlah diri kamu tu dulu. Kamu tu takda apa2 dalam parti. Jawatan pun dilantik. Tok Guru ni MB 19 tahun.

Bersiap-Sedialah PAS untuk Menempuh 2004 Sekali Lagi


Peserta seminar tidak mementingkan parti. MEreka tampak lebih mementingkan menjaga kepimpinan mereka dari parti sendiri.
Dan janganlah mana2 ahli PAS mengharapkan bantuan serta pertolongan Allah SWT kerana mana mungkin Allah SWT membantu PAS dalam keadaan PAS jelas menolak petanda2 serta petunjuk2 yang Allah SWT telah beri sekarang.

Alasan memperkuatkan parti juga adalah alasan-alasan bodoh yang digunakan bagi menjaga kedudukan masing-masing.

Sedangkan apakah yang mahu diperkuatkan kalau sebab utama kelemahan parti tidak mahu diperbetulkan? BAgaimana Allah SWT hendak memberi pertolongan.

Umpama rumah kita basah sebab atap bocor. Bila ada orang sudah bagitau pada kita atap rumah kita bocor, kita tolak dan marah orang itu. Kita kata macam2 pada orang tu. Lepas tu kita harap AllahS WT berikan kita rumah yang kering. Adakah Allah SWT akan berikan kita rumah yang kering?

Itulah yang sedang berlaku dalam PAS. Segala petunjuk yang Allah SWT telah berikan pada PAS sebelum PRU depan, semuanya sedang ditolak oleh kepimpinan PAS mentah2. Perangai Terengganu mereka tidak habis2 bererti kekalahan Terengganu akan menjadi trend dalam PAS.

Kalau ahli2 PAS masih sayang pada PAS dan mahukan PAS kekal memerintah dan menang selepas ini, wajiblah PAS mengadakan EGM dan membersihkan kepimpinan yang ada dari anasir2 yang akan menyebabkan kekalahan.

Ambilah petunjuk2 dari Allah SWT yang sedang diberikan oleh Allah SWT sekarang ini

Wallahulam

Tulang Besi

18 comments:

Teluk Bakong said...

Salam TB

Dak rok chetong gang Ganu lening, teruskan usaha tukar kepimpinan PAS

Yong said...

Yong ade terbaca cerita kat Readers Digest tentang seorang paderi yang rumahnya dinaiki air. Dia pun naik ke bumbung dan berdoa memohon bantuan Tuhan. Datang sebuah sampan. Pendayung ajak dia naik sampan, tapi dia menolak, Katanya dia sedang memohon bantuan Tuhan. Air semakin naik ke bumbung. Datang sebuah kapal. Nakhoda ajak dia naik. Dia tolak juga katanya dia sedang berdoa memohon bantuan Tuhan. Air naik lagi dan dia hampir tenggelam. Datang sebuah helikopter, pilot ajak dia naik. Dia tolak lagi. Katanya dia sedang memohon bantuan Tuhan. Akhirnya diapun lemas. Betulke doanya tak kesampaian?

Hamba. said...

Masalah PAS adalah delegasi yg menghadiri seminar. Delegasi yg majoritinya menyokong secara membabi buta kepimpinan (dah jadi UMNO agaknya). Inilah masalah sebenar PAS. Majoriti ahli dan pimpinan bawahan merupakan orang2 yg berasakan mereka "alim", holier than thou, ujub pd diri sendiri serta ibadah yg mereka kerjakan. Menyerang Dr Aziz dgn perasaan marah yg berkobar2 (bertakbir???) dan sekali lagi memperlihatkan diri mereka seolah2 berperangai macam delegasi PA UMNO. Masih ingat bagaiman geng2 UMNO bersikap dan mengampu peimpin UMNO dalam PAU mereka? Begitulah nampaknya sikap2 delegasi PAS. Sekiranya mereka2 ini berasakan yg mereka benar dan pimpinan ( gengUG) benar, rakyat tak kisah! Kami akan pulaukan PAS dan kami akan masukkan PAS bersama dgn UMNO dalam bakul sampah yang sama! JIKA KAMU BERASAKAN YANG KAMU SEMUA (DELEGASI PAS)ADALAH LEBIH MULIA, BERDARJAT TINGGI, LEBIH DIKASIHI OLEH ALLAH ( SEBAB ALIM SERTA KUAT IBADAH DAN "BERJUANG UTK ISLAM") MAKA KAMU MEMANDANG RENDAH DAN MEMPERLEKEHKAN SEMUA RAKYAT ( ISLAM DAN BUKAN ISLAM) MAKA MEMANG SELAYAKNYA PAS DITAKDIRKAN KALAH OLEH ALLAH SELAMA INI. GOLONGAN YG UJUB, BANGGA DIRI DAN TAKBUR SERTA SENTIASA MEMANDANG HINA PD ORANG LAIN TERUTAMA PD KAUM BUKAN ISLAM,MEMPUNYAI IMAN YG ROSAK SERTA TAK LAYAK MENJADI PEMERINTAH ( LEBIH KURANG MACAM UMNO SAHAJA). NAK SANGAT DGN UMNO..GABUNG AJELAH...RAKYAT AKAN PULAUKAN PAS DAN UMNO KELAK!

alkulimi said...

Kenapa pimpinan takut untuk melakukan perubahan?. Alasan pimpinan dilantik secara sah dan majoriti perwakilan!. Pak Lahpun dilantik secara sah dan dapat mandat besar lagi dalam PRU11 tapi kenapa UMNO sanggup singkirkan Pak Lah?. Sebab kepimpinannya lemah dan tak bermaya. Bila Najib jadi presiden UMNO dah mula kelihatan bangkit dari persepsi orangramai walaupun hakikatnya UMNO masih lemah. Susah sangatkah nak buang pemimpin yang bermasalah ini?. Kenapa DSAI berani tukar pimpinan negeri walaupun akan berlaku kekecohan sementara dalam parti?. Sebab dia ada kredibiliti dan autoriti untuk berbuat demikian dan demi memperkuatkan parti pemimpin yang bermasalah dan tidak perform perlu ditukar. Bacalah buku-buku politik sikit wahai pimpinan2 PAS. Saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan kecundang teruk dalam PRU13 nanti, InsyaAllah.

Azman said...

Nak ketawa pon aku ader dgn kenyataan tulang besi ni.........hahahahahahahahah, kelakar siot, nti benar dia dgn pemimpin dari Pas dari TRG....hahahahahah

Anonymous said...

Hadi Awang memang sorang yg bebal sebab tak faham faham akan keadaan.

Atau dia faham tetapi tidak mahu menerima keadaan.

- Putera Malaysia

ULAMAK PALSU said...

Dulu 2005,2006,2007PAK LAH KATA TAK NAK LETAK JAWATAN,

SEBAB MENANG BESAAAAAR PD 2004

SEBAB PAK LAH HEBAT...

SEBAB MACAI-MACAI UMNO TAK BERANI NAK MELAWAN >>>>>> WALA' >>>>>>>


------

SKRG ULAMAK PALSU PULAK KATA TAK NAK LETAK JAWATAN SEBAB :

BELUM HABIS MASA BER'MAIN'

MASA KEDUA BELUM TAMAT...

( MACAM ORG ADA 2 BINI, DAH REMBAT YG PERTAMA, LOMPAT KATIL REMBAT YG KEDUA PULAK )

HAJI HADI SEJAK DULU SMAPAI SKRG PEMUSNAH PAS ( KALAU TAK KERANA REFORMASI ANWAR, MAMPIUH LAMA DAH PAS NI, TAK RELEVEN)

INSYALAH AKAN DATANG PRU 13 DENGAN KEPIMPINAN AMANAT HADI....

PAS BERKUBUR TERUS...TAK RELEVEN MCM DULU-DULU....insyalah

Anonymous said...

"Namun apa yang telah berlaku, kajian2 tersebut ditolak mentah2 dan ada sebuah “kajian” baru yang kononnya menunjukkan kepimpinan Terengganu yang ada pada masa itu masih releven. Bila PRU 2008, terbukti kajian bebas yang ditolak kepimpinan PAS Terengganu adalah benar"

Ini sebiji macam UMNO. DNA 99% seiras.

PAS = jawatan
jawatan = PAS
memperkasa jawatan = memperkasa PAS
menjaga jawatan = menjaga PAS

Anonymous said...

TULANG BESI
SALAMUALAIKUM. SEMUA ORANG SUDAH MAKLUM BAHAWA PEMIMPIN YANG LEMAH BENGGAP LAGI TOYE TIDAK SESEKALI MENYERAH KERUSI 'BOSS' KECUALI JIKA SEMUA AHLI AHLI MEMILIH EGM DAN PENGUNDIAN SEMULA PIMPINAN TINGGI, ATAUPUN MASA HIDUPNYA DAH GOAL! CONTOH TERDAHULU ADA BANYAK BOLEH DIPELAJARI... PAK LAH SATU CONTOH TERBAIK. TGHADI SAMA AJE DENGAN PAK LAH, TAPI NASIB BAIK TAK JADI PM, KALAU TAK MAHU ADA FULL SPEC 4 BINI.

MAJLIS PUSAT PAS PUN SATU, PILIH MANGKOK TERENGGANU YANG DAH KANTOI JAGA TERENGGANU 4-TAHUN AJE JADI PEMIMPIN BESAR PAS KENAPA???

SEBAIKNYA TGNA DAN DATO HUSAM SALAHUDDIN SERTA ERDOGAN YANG LAIN JADI PEMIMPIN. PEMUDA PAS PUN DIPIMPIN OLEH MAMAT AGAK LEMAH JUGA. SEBAIK LANTIK IPF KAYVEAS DAN MURUGIAH BOLEH DELIVER RESULT SAMA SEPERTI PEMIMPIN PAS SEDIA ADA INI.

MARILAH KITA RENUNG, ADAKAH AHLI PAS BERTUHANKAN ALLAH SWT 100% ATAUPUN 60%, MERCEDES BENZ BUNGALOW BINI2 40%????

zakwan said...

U'r being a little pessimistic
While I agree the leadership problems of the Terengganu higher ups r the reason y PAS didn't retake Terengganu in the 1st place, let's not 4get Haji Hadi's choice of candidates 4 K.Terengganu,Bukit Gantang n Permatang Pasir won their respective by elections

So,I won't count Hadi Awang out just yet
It's the people around him that should be changed
Nasa, Stopa Ali, Harun Taib n the rest of the Terengganu warlords
These guys should at least be demoted 2 a point where they hav no authority in determining the party's policies n political course
Sackinh them may draw the ire of hardcore PAS supporters

Tinta Hitam said...

Ya.Saya sendiri melihat kelamahan yan gsama pd pimpinan PAS skg.Saya menghormati TG Hadi.Walaubagaimanapun cara kepimpinan beliau didapati tidak lagi boleh berpencak mengikut rentak yang ada skg ini..Beliau dan org orgnya terlalu rigid dan kuran gmengambil kira realiti semasa.

Anonymous said...

//Haji Hadi's choice of candidates 4 K.Terengganu,Bukit Gantang n Permatang Pasir won their respective by elections//

But he still couldnt recapture the state in 2008!!!Let's face an honest fact for once ya.PAS top leadership is BEHAVING EXACTLY LIKE UMNO!!They wont tolerate any crticism,like to berbuih buih only,and like UMNO too,cant face realities..simply shouting PAS is for Pakatan wont save their position anymore lah..the polls say it aLL..GENERASI MUDA TAK SUKA PUAK DUNGU BAHLOL YG BERKOPIAH JANGGUT YG PANDAI BERFATWA TAPI BILA TENGGOK ORG UMNO,OTOMATAIK AIR LIUR MELELEH KELUAR..

Anonymous said...

This is how Ottoman Empayar runtuh..the al unta al walas simply ignored the rakyat,the countrie's social ills,were living in past glories,ignored all the problems..last kali kena sepak terajang keluarr!!baru tau,baru padan muka!!Ignorant wala thinks by having serban,janggut,pakai lunggi,they r Allah's "chosen ones"..oo..tak boleh lawan mereka o..mereka ni dah hafai quran dan hadeeth(tapi erti langsung tak tau or siki siki tau..most of the time kelentong)..the yesterday's poll results,the defeat in bagan pinang, the failure to recapture terengganu,the lack of will to act decisively and to take drastic measures to ged rid of moles/ double agents shows PAS top leadership is either nyanyuk or all the time ngantuk...

Abdullah said...

Kalau masih merasakan EGM perlu, maka suruhlah AJK Pas Pusat menulis kepada Presiden untuk memohon diadakan EGM tersebut. Kata majoritinya telah bersetuju untuk EGM diadakan dalam mesyuarat khas yang lepas. Kalau betul ini, apa yang ditunggu?

Jika tiada EGM, jangan disalahkan Presiden atau "Geng Terengganu". Yang salahnya AJK yang lain kerana tidak mengambil tindakan.

Anonymous said...

Revolt against the top leaders now,b4 it's too late.there is no other way.Malaysia has plunged into the abyss..all sorts of falsehood dah memuncak..souless leaders,passive leaders who can only talk should be ditendang kelauar..this is not the time for toleransi bcos,everyday,the country and the rakyat r getting hurt..economic problems,social problesm r choking the citizens..and the rakyat,especially the youth are restless,and anxious for a better tomorrow..they need to be given a new hope,a new dawn..leaders who r blind shold be dikorbankan now!

kesatuan pejuang malaysia said...

aku nampak masalah PAS ni ialah nak jadi yg tersendiri dan menyendiri.xleh campur mana2.Pakatan xleh, UMNO lg xbleh..abis nk perintah Malaysia gane klu xbcampur..ke nk duduk nge MCA ngn MIC?klu nk duduk ngn boya2 tu,kna masuk UMNO dlu.

Anonymous said...

salam, tuan..

saya sangat terkejut dengan perkembangan PAS skrang ini..seolah-olah kita sudah terlalu bongkak..dulu kita hanya menjadikan UMNO sebagai musuh, tapi sekarang ini, AHLI AKEDEMIK pun kita nak lawan..

saya rasa sedih bilamana sebuah parti islam cuba bermusuh dengan kawan2 lama kita dulu hanya kerana melihat ada tahi dibadan kita..

terutamanya KPP pas..tantawi..

achoksabah..

oneof ajkpusat said...

Ada sedikit pembetulan:
Anon 10.04am,
Yang pilih Mustafa Ali jadi S/U Agong adakah Presiden Hadi Awang,begitu juga yang lantik Bakar Chik jadi Pengarah Perang Saraf PAS Pusat serta Ketua Penerangan.
Untuk makluman,hampir 70% ahli AJK PAS Pusat "meluat" tengok muka 2 orang dari Trengganu ni.Tapi apakan daya,Presiden dah berkenan.Bagitu juga dengan perlantikan beberapa orang Pesuruhjaya Negeri,hampir semua dipilih oleh Presiden satelah berbincang dengan Mustafa Ali.Itulah hakikatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.