Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 20, 2009

Lagi Maklumat Pasal Suwardi Yaakob- Hubungan Dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa

Nota: Ini adalah maklumat tambahan berkaitan dengan Suwardi Yaakob dari seorang yang amat kenal dan amat tahu kegiatan serta siapa Suwardi Yaakob ini. Bagus juga saya dedahkan siapa Suwardi Yaakob. Yang menjadi kerisauan kita adalah Suwardi Yaakob ini adalah rakan rapat dengan Ustaz Nasarudin Mat Isa seperti yang diakui oleh Ustaz Nasaruddin sendiri. Sehingga ke tahap waktu Ustaz Nasa di hospital, Suwardi menjadi "nurse". Dengar lah sendiri


Penambahan Maklumat Berkaitan Dengan Suwardi Yaakob



“Order under Section 103D LPA 1976 (as Amended)

Suwardi bin Yaacob - 14 February 2008 (Struck Off)

http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html”


Rupanya Suwardi ini telah di “struck-off” dari Bar Council. Sesiapa yang berada dalam aliran perundangan akan tahu bahawa apabila di “struck off” bererti ia melibatkan kes pecah amanah yang serious. Peguam yang mendapat layanan sebegini dari Bar Council telah mendapat satu penghinaan yang sangat besar seorang peguam yang boleh dapat. Biasanya Bar Council akan memberi tindakan sebegini apabila berlaku kes pecah amana yang sangat besar.

Kalau kita hentam Rohaizad calon BN Permagtang Pasir sebagai pecah amanah dan di buang dari Bar, ingatlah org kanan Hasan Ali, Ustaz Nasa, danorg kepercayaan utk temani Us Nasa termasuklah selama Ustaz Nasa pi Manek Urai, dan bersama Hasan Ali di Permatang Pasir adalah seorg pemecah amanah yg jauh lebih besar daripada Rohaizad. Rujuk kepada page ke-3 surat tersebut...

Suwardi ni dah benefited banyak ketika kerajaan UMNO Selangor dulu. Memang banyak dah.... Projek dgn MAIS yg dinyatakan itu hanyalah yg kecil yg melibatkan UMNO Selangor, dan dia pun nak kelentong UMNO Selangor juga. Salah seoran pembeli rumah dan tertipu tu pun ada dalam gambar di rumah pertemuan blogger UMNO tu... Tapi kalaulah pembeli tu tahu tentang Suwardi dah lama kena sepak rasanya...

Org kuat UMNO yg dok buat business dgn UMNO sekarang dah menjadi org kanan Hasan Ali, dan Ustaz Nasa, dan menasihatinya dalam hal2 projek. Jumpa Suwardi semuanya org tahu dia akan cakap hal projek semata.

Lebih jauh dari itu, blh dibayangkan dia layak meletakkan dirinya sebaris dengan bilik2 pimpinan2 utama PAS pusat ketiaka muktamar PAS ke 55 di Shah Alam lepas.

Bayangkan selama 4 haribulan sehingga 7 haribulan Jun, dia boleh dibenarkan ambil satu bilik khas utk diri dia Suwardi, bersama bilik2 pimpinan lain, Us Hadi, Haron Din, Roslan SMS???, Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali. Mustafa Ali....

Bayangkan apa dan siapa dia yg tak pun terlibat langsung dlm tanzim PAS, bukan AJK muktamar tapi dapat seorg satu bilik, satu roslan, satu suwardi.... Dan bilik yg diambil bilik sangat mahal...

Cuba bayangkan, semua pimpinan2 lain termasuk Hasan Ali tempat tunggangan dia duduk bilik Executive Deluxe sahaja, Nik Aziz pun duduk bilik Executive, tapi si Suwardi bklh duduk bilik kedua paling mahal, Premier Suite;

http://shahalam.concordehotelsresorts.com/rooms_premier_suite.php

Dan dalam seramai2 pimpinan itu hanya dia dan satu lagi atas nama Ustaz Hadi... Di Hotel tu pun ada dua sahaja bilik mahal tu...

Pelik, org dah kena “struck off” dari BAR pun blh hidup senang lenang dan ke sana sini dengan Hasan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Malahan dalam ucapan tertutup blogger UMNO tu pun Ustaz Nasa dok ceritakan tentang Suwardi. Suwardi sendiripun berbangga dok cerita merata ceruk dia keluar main golf dgn UMNO itu, dan UMNO ini, dan dok keluar golfing dgn Datuk Bandar MBSA (terlalu kuat UMNO), dan banyak nak sabotaj Pakatan Rakyat. Semua org sebut sesiapa yg nak business dgn MBSA kena pandani main golf dgn Datuk Bandar...

Org bernama Suwardi ni adalah master mind. Saya akan bongkarkan dlm masa terdekat "master plan" dia untuk bersama UMNO, PAS bekerjasama dgn UMNO.... (sapa kata org tuduk Ustaz Nasa dan Hasan Ali nak masuk UMNO!!!) org kata bekerjasama dgn UMNO.

Depa mana berani masuk UMNO, dah depa bai'ah taklik so manalah depa berani. Cuba tak taklik dan tak bai'ah, saya tak gerenti depa ni tak masuk UMNO. Disebabkan tak boleh masuk UMNO tulah depa dok teringin bekerjasama dgn UMNO....

Cuba bayangkan selama 10 hari org bertungkus lumus di Bagan Pinang, Ustas Nasaruddin berseronok2 dengan semua “Top Guns” UMNo pi Tanzania dan beberapa tempat lain2, atas nama wakili PAS utk “PGM parliamentarian”. Dia tak rasa penting Bagan Pinang.

Bila sampai je di Bagan Pinang, haprah tak tahu apa2.... blh buat pun pada hari mengundi naik SUV pusing2 tempat mengundi. Itu jer kerja Timbalan Presiden..

Maklumat Tambahan Suwardi Dibuang Dari Bar Council

http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/press_release_clarification_regarding_rohaizat_othman.html

http://www.mysinchew.com/node/28344

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/35440-bar-says-bn-candidate-disbarred-for-failing-to-return-clients-money-


http://www.malaysiakini.com/news/110977


Dari: Ahli PAS Selangor

10 comments:

Tayadih Maysia said...

Salam,

fuh...! Suwardi...tak mahu komen ke?

Anonymous said...

-wlaupun suwardi dah ade kes ngan bar council,ade kes pecah amanah, tp kite kna ingat bile die berkawan ngan ulama,secare otomatiknye kite kena wala' n brsangka baik trhadap beliau..

-nasha mat isa tau hal nie, tp nasha seorang yg brpandangan jauh..same mcm hasan ali,roslan sms dan lain2 pimpinan selangor yg meleleh air liyur bile dpt brkerjasama erat dgn umno,mereka tau wlau ape yg mereka lakukan,sume nye demi BANGSA MELAYU n Islam..Islam jtuh ke tmpat ke 2..

-bile bekerjasama ngan dap n pkr,satu habuk pun xde,sume kedekut,sume tak membntu org melayu,tp bile berkendak ngan UMNO,org melayu jd mewah,ghanimah mncurah2,tak prnah2 org pas dpt projek sblm nie,skang org pas byk yg dpt projek,byk yg dah tkar keta baru,malah jgn hairan kalu ade yg bercita2 nk tkar bini baru!!..sume nie menguntungkn org melayu dan secara tak lngsung islam juga akan naik..

-so kpd ahli2 pas yg komited dgn parti,yg duk pacak bndera smpai brgaduh ngan pemuda umno berebutkn port bendera, yg duk mkn nasi bungkus utk kwal lalulintas, yg duk mederma stiap kli ceramah,korang sume harus brbangga,pimpinan kamu skang sudah maju n kaya dr dulu..sumenye atas pandangan jauh oleh pimpinan2 kamu...

p/s:kepada pemimpin trsebut satu je wa nk sebut..FAKAPPP!!!!

-zargus-
-

Tinta Hitam said...

The revealation ni very interesting...Anyway I dont want to comment much.I prefer to wait and observe first.I other word I tokk it with a pinch of salt.Need more infos to be convince

Anonymous said...

Tulang Besi, ko yang cakap "masuk UMNO"... dan sekarang ni je ubah jadi "berkerjasama dengan UMNO"

Anonymous said...

Macam gua cakap dalam hal2 tertentu KENA bekerjasama dengan UMNO. Kenapa la bodoh sangat org2 yang anti-UG nie. Dr Maza boleh terima kerjasama dengan UMNO, Prof Abu Hassan pun sokong UG, mereka bukan PAS mereka bukan UMNO tetapi mereka timbang tara positif dan negatifnya bila UG kepada rakyat khasnya kepada orang Islam. Jangan mimpilah nak gubal dasar dalam parlimen terhadap dasar2 Islamik kalau tak cukup 2/3 parlimen...so kalau tak bekerjasama dengan UMNO macamanan nak dapatkan 2/3 undi untuk tubuh undang2 Islam?? Itukan perlu kerjasama dengan UMNO?? Jawab hujah nie TB...Kenapa HARAM bekerjasaman dengan UMNO?? Bagi dalil hadis / Al-Quran pun takpa...sebab saya yakin DR MAZA sendiri dah timbang tara bila bagi pendapat tentang kerjasama dengan UMNO nie..

masalama said...

Suwardi ni kawan aku masa minum teh tarik depan masjid Arau dulu. Masa tu dia belajar law di UIA.Aku tau la, dia kawan aku. Bapak dia selalu mengajar mengaji di masjid ni.

Anonymous said...

Berkatalah Pengundi Bachok...

Dah tahu pun orang Kelantan tak bagi YB Nasa turun ke Manek Urai itu bermakna orang Kelantan tak mahu kat demo dah tu. So apa tunggunya, letaklah jawatan YB Bachok tu. Yang awak jadi YB kat Bachok tu pun kerana " Ehsan " perhubungan Kelantan sahaja. Kalau harap kawasan demo sendiri ambo rasa tak terasa demo jadi YB.

Anonymous said...

Aik..awat hang duk sibuk ngn suwardi ni..tu yg Kickdefella mengamuk hentam NA, hemtam kelantan,hentam menantu jatuhkan imej PAS. Kickdefella merupakan budak asuhan Husam musa tu ko tak dedahkan ke sifat buruk dia..mmg ko dajal mata satu la..

Anonymous said...

Menantu MB Kelantan memegang jawatan pegawai kewangan negeri.MB Kelantan menerima rasuah untuk mengerjakan haji.Inilah rupa PAS sebenarnya yang jijik.
PKR melantik si peliwat tegar sebagai penasihat ekonomi. DAP melantik konco2 politiknya(Jeff ooi dsb) sebagai pegawai kanan kerajaan negeri.Adakah Najib melantik menantunya sebagai Menteri Kewangan,atau penasihat ekonomi atau menerima rasuah untuk mengerjakan haji?
Siapa sebenarnya yang mengamalkan rasuah dan kronisme?Lu pikirlah sendiri.

Anonymous said...

Anon 6.12pm,

Orang panjat tiang,anta panjat bendul.Kalau nak jadi balaci pun biarlah betul.Komenlah ikut tajuk.Inilah masaalahnya pencacai-pencacai Geng UG/UMNO ni,nak menembak pun tak tentu sasar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.