Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, November 5, 2009

Mahaguru58 Mengikut Tariqat Sesat?

Pertamanya, terima kasih atas pendedahan yang dibuat oleh saudara Nizam Mahmud. Saya merasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana tugas setiap Muslimin dan Muslimat mendedahkan segala amalan bidaah dan sesat yang berlaku dalam masyarakat kita.

Juga, blog Mahaguru58 ini juga adalah blog yang ramai mengunjunginya. Blog beliau juga dipenuhi dengan doa2 dan kata-kata hikmah yang dipetik dari Al Quran dan Hadeeth Nabi SAW. Ertinya, bagi yang tidak mengetahui, mereka akan mudah mempercayai kononnya Mahaguru58 ini adalah pejuang Islam dan memperjuangkan keagungan Islam.
Namun, apabila akidah seseorang itu rosak, tidak kira berapa besar serban yang dipakai atau berapa putih jubah yang menyelimuti tubuh, orang itu tetap sesat dan tidak boleh diikuti.

Mengikut pendedahan Nizam Mahmud, Mahaguru58 ini mengikuti sebuah tarikat bernama “Tariqat Naqsyabdi Al Aliyyah . Ini diakui oleh Mahaguru58 sendiri dalam artikel yang beliau sendiri tulis. (http://mahaguru58.blogspot.com/2006/07/tariqat-naqsyabandiah-sufi-mureeds.html).

Pada waktu yang sama, Nizam Mahmud memberi sebuah “link” berkaitan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaaan di atas tariqat sufi ini di sini:( http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06556.html)

Mengikut link yang diberikan oleh Nizam Mahmud:

“Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam

a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera
bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan
dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah
dengan ajaran Islam yang sebenar"


Kalau Benar Mahaguru58 Masih Mengikut Tariqat Ini, Minta Beliau Bertaubat

Saya tahu, pergerakan tariqat ini cukup kuat dan ahli mereka semakin ramai. Tapi, itu bukan alasan untuk meneruskan penglibatan di dalam Tariqat yang sudah didapati sesat ini.

Saya menyeru, sekiranya MAhaguru58 masih lagi menjadi ahli Tariqat ini secara aktif untuk bertaubat dan meninggalkan tariqat ini sama sekali.

Ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan adalah mereka yang pro kepada Tariqat juga. Jadi, mereka bukan Salafi yang menolak semua tariqat. Ertinya keputusan Majlis Fatwa ini adalah kerana Tariqat Sheikh Nazi mini telah sampai ke tahap yang sangat teruk dan menjejas akidah.

Kalau Mahaguru58 hanya mengikut majlis zikir mereka dan tidak mengikut fahaman serta akidah pengikut tariqat ini, maka saya bersyukur dan menarik balik nasihat saya bagi beliau untuk bertaubat. Saya cuma meminta Mahaguru58 untuk jangan lagi mengikut amalan serta aktiviti Tariqat Naqsyabandi Al Aliyaah ini.

Apa yang saya buat ini ada dua sebab utama:
a. Menjaga akidah umat Islam seluruh dunia supaya jangan tersangkut dengan tariqat yang menjejas akidah
b. Menasihati mereka2 yang sudah terlibat supaya bertaubat nasuha.
Wallahualam bissawab.

Tulang Besi

Ps Terima kasih pada Saudara Nizam Mahmud yang telah membuat kajian.

13 comments:

Anonymous said...

e-fatwa link

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=158

"YM Raja Ashman Sultan Azlan Shah, is the Khalifah of the Tariqat Naqsyabandi Malaysia and I have had the pleasure of making my acquaintance of the prince during the Thursday night Majlis Dhikrs that I have attended in Penang before."

tu bukan anak sultan perak ker?

Tulang Besi said...

I think so

Anonymous said...

.. tidak kira berapa besar serban yang dipakai atau berapa putih jubah yang menyelimuti tubuh, orang itu tetap sesat dan tidak boleh diikuti.


Very well said. There are lots of them roaming around with skewed interpretation of Islam.

HangNadim® said...

Masya Allah!!! Patut ler orang tua ni sampai begitu sanggup mendoakan agar Tuan Guru Nik Aziz mati cepat. Rupa2nya keturunan mamak yang mengaku dirinya Mahaguru ni pengamal tariqat sesat!! Patut laaa dia bersungguh2 menyokong parti haram jadah UMNOBN ... pengikut ajaran sesat menyokong parti sesat. Laknat Allah ke atas mereka-mereka ini!!!

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam;Tajuk :Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-haqqani

Ini lebih mudah utk dilihat.Kita doakan Zainul Abideen sudah meninggalkan tariqat ini. Begitu juga rakyat Malaysia yg lain.Jgnlah kerana tariqat ini, "tariqat" org kaya, kita langsung tak melihat kiri kanan apa yg betul, apa yg salah.

wallahu a'lam.

Nizam Mahmud said...

Saudar TB, sahabat kiri dan lain-lain.

Pendedahan saya adalah untuk menunjukkan apakah kredibiliti murahguru58 untuk menuduh Tok Guru Nik Aziz sebagai 'jendalu' yang menghalang perpaduan Ummah.

TGNA sebagai orang lama yang bergiat dalam PAS, sejak dari tahun 60an lagi (Nota: lagi lama dari Hj Hadi, tak yah cakap la Hasan Ali, Roslan SMS dan lain-lain parasit), pengalaman dan kepakaran TGNA mengemudi PAS sebagai jemaah Islam mengatasi mereka bagaikan langit dan bumi.

Kalau nak diikutkan kata si murahguru58, minta maaf lah, dah lama PAS terlingkup dan tersembam.

Dia boleh menuduh TGNA macam-macam. Dia boleh tuduh PAS Kelantan gagal melaksanakan syariah. Tapi tahukah dia bahawa Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan enakmen syariah 1993 tetapi kemudiannya telah di tentang hebat oleh UMNO?

Malah Tun Mahathir pada masa itu memberi amaran akan mengambil tindakan keras jika Enakmen itu dilaksanakan.

Jadi siapa murahguru58, pengikut ajaran sesat ini untuk mempertikaikan Tok Guru Nik Aziz?

Lihatlah mamat sesat ini, apabila dikecam hebat mula lah buat posting Amal Maruf Nahi Mungkar, seolah-olah dia juara Islam. Ini semua taktik politik semata-mata. Dia begitu bangga dapat rapat dengan Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengawal JAKIM.

Dia boleh kata inilah Ulil Amri yang berkuasa atas dia. Pembodek! Nak sangat jadi barua Zahid Hamidi, jawab la hang bahawa Zahid Hamidi adalah imam hang, tengok malaikat akan kata apa!

Mengenai ulasan komen pertama iaitu "tu bukan anak sultan perak ker?", cuba teka siapakah tuan punya blog ini

http://bukit-chandan.blogspot.com/

Tuan blog ini lah yang pernah mati-matian mempertahankan seorang sultan. Segala pengkritik tindakan di katakan derhaka pada Islam.

Beliau juga menganggap ayahnya sebagai seorang Khalifah. Khalifah apa yang diketahui umum tonggang arak siang dan malam dan di tabalkan mengikut upacara yang amat diragui?

Seperti yang saya katakan dahulu, Khalifah Gamuda memang betul lah. Khalifah orang Islam? Uwekkkkkkk. Muntah saya dengar.

Saya amat bersetuju dengan TB. Sudah tiba masanya PAS mengkaji kaedah 'cuba berbaik' dengan 'khalifah-khalifah' ini.

Dan saya setuju dengan TB bahawa kaedah ini amatlah tidak berbaloi sama sekali. Tidak berbaloi pada PAS dan tidak berbaloi pada Islam sendiri.

Wallahualam

muhammad said...

Teringat pula pengalaman saya terjumpa mahaguru58 ni dlm LRT.

Saya tak kenal siapa dia masa tu. Kami berbuallah sekejap.
Tup2 mengaku dia ada blog. Lepas tu baru kenal sikit siapa dia ni.

Hmm, orang jenis apa yg menyebut accomplishment dan achievement dia tanpa ditanya ya?

muhammad said...

Sahabat (kanan/kiri?)

For once, saya setuju 100% dgn komen anda.

Bukankah elok mcm ni?

Anonymous said...

Mahaguru58!..kenal sangat dia ni..bini di kerja satu kolej ngan aku...bini dia ni bagiuh tapi tak tau lah apa di kelentongnya sampai dapat menikah dgn dia..mamat ni serba serbi sengkek nasib baik dapat bini lecturer!

Anonymous said...

"Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera
bertaubat." aku pun minta pengikut WAHABI yg extremely suka membidaahkan perbuatan yg sunat supaya bertobat sebab bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah..2x5=5x2

Nizam Mahmud said...

Hmm, orang jenis apa yg menyebut accomplishment dan achievement dia tanpa ditanya ya?

Komen: Jenis orang yang sama apabila bergaduh dengan petugas PAS semasa demonstrasi di depan pejabat Bar council berkata "Dia tak kenal aku siapa. Saya mahaguru58. Jangan main-main sama saya".
----------
aku pun minta pengikut WAHABI yg extremely suka membidaahkan perbuatan yg sunat supaya bertobat sebab bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah..2x5=5x2

Komen: Kalau begitu mintalah imam di Masjidul al-Haram dan Masjid Nabawi itu untuk bertaubat. Mereka itu pun Wahabi juga.

Saya tidak bersetuju dengan Wahabi tetapi mereka masihlah Islam dan masih betul akidah mereka. Malah dalam perkara taqlid yang sangat dibenci oleh Wahabi itu, saya bersetuju dengan mereka.

Anonymous said...

Anonymous 2.02Am,

Awak ni memang jenis Melayu paria! Mahaguru tu awak cakap sengkek! Dia memang dah mengaku pun dalam blog tv1 dulu bahawa dia orang kampong, miskin. awak dengki kat dia pasal apa? kan dah elok dia miskin tak makan rasuah, awak tu entah makan gaji buta mengular semasa bertugas sapa nak mengata awak?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Sahabat (kanan/kiri?)

For once, saya setuju 100% dgn komen anda.

Bukankah elok mcm ni?


Saya benda tak betul..tak betullah. UMNO ke PAS ke PKR ke kalau tak betul, tetap tak betul.

Kita cari mkn dengan rezki Allah beri bukan dgn manusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.