Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 18, 2009

Mengapa Saya Berdiam Diri Sewaktu Kontroversi PMBK, Kickdefella, Arifahmi dan Kepimpinan Kelantan?

Dahulu waktu saya pernah aktif membantu pejabat Ustaz Nasaruddin Mat Isa (yakni pejabat SU Agung), saya diberitahu oleh salah seorang pembantu Ustaz Nasa bahawa keunikan Kelantan adalah mereka mampu menyelesaikan apa-apa masaalah yang berlaku dalam PAS Negeri tersebut. PAda kebiasaannya masaalah dalam PAS Kelantan tidak pernah di “escalate” ke PAS Pusat.

Inilah sebenarnya kelebihan Tok Guru Nik Aziz. Beliau adalah pemimpin yang benar2 asli. Beliau bukan sahaja ulama, tetapi juga “statesmen” dan seorang pemimpin yang ulung. Apa masalaah dalam PAS Kelantan, apabila sampai ke beliau, inshaalah selesai. Ini track record Tok Guru dan ini adalah rahsia kenapa Tok Guru dapat memimpin PAS Kelantan dan mengekalkan kerusi MB selama 19 tahun.

Sepanjang serangan Kickdefella terhadap Arifahmi, sepanjang media memainkan isu tajaan haji kepada Tok Guru, sepanjang blogger-blogger UMNO berpesta menyerang Tok Guru yang mereka benci (seperti Akramsyah Sanusi yang menulis bunyi orang pandai tetapi boleh kena chong dengan Hasan Ali) saya mengambil keputusan untuk menutup mulut saya.

Saya berbuat demikian kerana saya tahu rahsia PAS Kelate dan saya tahu kehebatan Tok Guru Nik Aziz serta “track record” beliau. Saya tahu Tok Guru tidak akan membuat keputusan yang merugikan PAS dan merugikan Islam.

Kita kena sedar. Tok Guru bukan Nabi dan bukan Rasul. Ertinya Tok Guru bukan maksum dan bukan suci dari kesilapan. Beliau mungkin boleh tersilap dalam perkiraan atau terlupa. Namun, Tok Guru bukan juga seorang yang egois atau mudah diperkotak-katikan.

Sikap beliau yang sentiasa memperjuangkan kebenaran menjadikan beliau dihormati dan disegani. Malahan kalau sesiapa belajar di ITM dulu, adik beliau, Ustaz Nik Radzi juga AMAT dihormati di ITM Shah Alam. Begitu hebat nya manusia bernama Nik Aziz ni.
Walaupun Tok Guru boleh berbuat kesilapan, namun beliau tidak segan dan silu untuk membetulkan kesilapan beliau. Saya teringat ucapan John F. Kennedy satu masa dahulu yang berkata:

“ An error does not have to be a mistake unless you choose not to correct it”

Ia bererti Tok Guru Nik Aziz ni seorang pemimpin bertahap Presiden Amerika Syarikat kerana beliau bersikap seperti “statemen” yang bertaraf antarabangsa.
Alhamdulillah, setelah mendengar “input” serta penerangan dari berbagai pihak, maka Tok Guru telah pun mengarahkan menantu beliau meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.

Tok Guru seorang yang bersih dan tidak korup. Beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana amalan korupsi serta salah guna kuasa dalam apa bentuk sekalipun. Ini menandakan bahawa masaalah ini akan bakal selesai.

Sekarang ni kita berharap Presiden PAS mengikut jejak langkah serta contoh tauladan yang telah ditunjukkan oleh Mursyidul Am dengan memecat 3 nama yang telah dinamakan oleh Tok Guru Nik Aziz sebelum ini.

Tulang Besi

30 comments:

Anonymous said...

berlainan dalam hal timb,pas dan SU agung.beliau tidak melibatkan rasuah berlainan dengan menantu TGNA.

Anonymous said...

harapan la tb ko nak tgk haji hadi cam nik aziz, sampai kek iamat pun takkan do, tgk lagak tau dah camno gayo eh...

Tulang Besi said...

iyo botol tu. eden pun sampai bilo tak konfiden dongan haji hadi nih. takut bonar deh kek geng tongganu tuh sampai bilo macam tu pun den tak tau.

Anonymous said...

Copet bonar ko lupo jang.

Kan eh baru bonar TGNA kato dio urang dah tuo mano buleh jadi alat urang lain, tup tup kono main anak monantu sendiri.

Bondo eh lobih bosar - tak tojangkau dek otak ko jang.

jalak said...

sudah laa ko Tulang...
jgn laa buat alasan TGNA laa, Ust Nik Razi laa. ( aku pun selalu jumpa Ust Nik Razi kalau dia dtg masjid subang airport )...

sebetulnya 'bokbong' tu kawan baik ko...yg ko pertahankan mase ko lawan MSO ( sedangkan MSO tak layan pun budak hingusan mcm ko tuh )...

bos 'bokbong' pulak, bos engkau laa jugak...

takkan ko nak kondem dia pulak kan...

tapi TGHH?...oo yer terlupa, jgn wala' membabi buta

Anonymous said...

TB said, "Apa masalaah dalam PAS Kelantan, apabila sampai ke beliau, inshaalah selesai."

ya ka? Or swept under carpet sejadah.

I think a lot will be revealed soon.

If some parties did not exposed about the free trip, I'm sure Nik Aziz already on the plane, dumb enough not to realize the sponsorship ada unsur rasuah! Is that it should be TB?

Anonymous said...

Eden tak mau ngomen pasal masalah di Kelate ni...sobabnya takut perbuatan Husam terdodah kek orang ramai.

Anonymous said...

TB

Presiden PAS nak ambil tindakan keatas 3 org yang dinamakan oleh TGNA? jangan haraplah. Dia pun satu geng dengan depa-depa tu.

yang aku risau ialah dengan gelagat hassan ali di selangor. Kalau lah jadi PRK Kota Seputeh, silap-silap hassan ali akan beraksi lagi untuk menyusahkan pakatan dalam PRK tu nanti. Tu belum kira geng UG akan mengulangi permainan kat bagan pinang baru-baru ni.

bat8

Anonymous said...

"sepanjang blogger-blogger UMNO berpesta menyerang Tok Guru... "

>>>>Alahai, tak boleh ke? Blogger PAS sahaja boleh serang pemimpin UMNO?
Tapi nak buat macam mana, PAS dah bagi peluru, kita tolong tembak sajalaa...get used to it bro!

"Ia bererti Tok Guru Nik Aziz ni seorang pemimpin bertahap Presiden Amerika Syarikat kerana beliau bersikap seperti “statemen” yang bertaraf antarabangsa"
>>> Tolonglah TB, it is a very common principle, People on the street also know and practice this, jadi tak payahlah nak naikkan taraf Nik Aziz sampai to that level. Its a joke.Like this, then everybody is like JFK!! And I don't think Nik Aziz can lead the US. Malaysia pun belum tentu!! Setakat Kelantan OK lah. tak mencabar sangat pun. Setakat ceramah sana sini saja.


"Tok Guru seorang yang bersih dan tidak korup. Beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana amalan korupsi "

Kita biar MACC siasat. Kalau betul tak rasuah, ambil saja pakej VVIP RM65,000 tanpa was-was. Tak payah nak menangis. Kalau mampu bayar RM 130,000 (dengan isteri), pergilah dengan duit sendiri. Buat apa nak ambil wang tajaan dari vendor PMBK. Kalau tak mampu pakej VVIP, ambil pakej murah pun takpe. Blogger UMNO pun takde peluru nak tembak, faham?

Anonymous said...

haji hadi kalau takut nak pecat mereka, adalah lebih baik haji hadi pecat diri sendiri..

haji hadi, please la..
tolongla pecat diri sendiri.

haji hadi lebih sesuai jadi
ketua dewan ulama PAS, dia tak sesuai jadi Presiden,

jom kita angkat Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden BARU PAS,
timbalan kita bagi pada Salahudin Ayub, setiausaha agung bagi je pada husam musa...

Anonymous said...

mana mana pas nak perintah malaysia ni..ko org tanamkan semangat assobiyah kenegerian Terengganu,Kelantan,Selangor...Ko kutuk terengganu PAS kalah,,jgn lupa kot2 nnt Selangor kalah apa ko nak ckp?nnt nak salahkan anwar or Khalid or Hsn Ali?kalah menag tuhan yg berikan,jgn eksen la baru sekali dah riak..

Anonymous said...

ha..ha..sekarang TB dah takut dgn komen2 yg against dia.

bila dia tak tau nak jawab...dia tak siar komen...

ha..ha..ha..

Tulang Besi said...

hui├Čiii kecewanya puak2 umno bila tok guru dah selesaikan masaalah kelantan ni. apa2 pun jgn la terjun lombong akibat frust menonggeng.

Anonymous said...

Anon 7.47pm,

Kesalahan yang mana lebih parah? Rasuah atau Pengkhianat? Biasanya.kesalahan rasuah seorang itu sekadar dipenjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.Tapi pengkhianat boleh dihukum mati sekiranya melibatkan soal negara.

HangNadim® said...

KAH!KAH!KAH! Erph!! Aku ada bau benda laaaaa TB ... nak tarik keluar tak boleh pegang .... haram ... kalau nak dibiarkan .. rimas pulak, tak tahan dia punya bau. Jangan dibiarkan spesis Ngok berkeliaran kat sini TB ... sini bukan tempat spesis ni carik makan. Syoh! Syoh! Buang masa sungguh layan dorang neh.

Anonymous said...

Alahai..ramai sgt kaki kipas NA ni.sampaikan TB kata NA setaraf obama huhuhu..takkan setaraf obama bleh kena tipu oleh menantu??kes ni TB ada jawapannya?

CUCU JEBAT said...

ALLAHUAKBAR,ALHAMDULILLAH,INSYAALLAH MASAALAH SELESAI BERKAT ISTIQAMAH DAN JUJURNYA SEORANG YANG BERNAMA TOK GURU NIK AZIZ,PECACAI DAN PEMBAWA KAD UMNO DALAM PAS AMAT GERAM DAN RISAU KERANA TOK GURU BERANI BERTINDAK WALAU DENGAN KELUARGA SENDIRI,CONTOH YANG TAK MAU DI LIHAT OLEH PAS GANU...TAHNIAH KICKDEFELLA ANDA TELAH MENYELAMATKAN MARUAH PAS..PASAL ROYALTY TOLONG JANGAN BAGI DIN AYOB BERDEBAT DENGAN NAZRI,PLEASE,DONT MAKE YOUR FACE AT THE FOOT, NANTI MALU KITA,HANTAR LAH KHALID SAMAD ATAU HANIPA ATAU MAHFUD ATAU LEBIH UMMPH LAGI DATO HUSAM SENDIRI BIAR PANAS BUNTOT NAZRI...KALAU DIN AYOB PASTI LEMAH GEMALAI JADI NYA...

Anoinimuz said...

strike 1, strike 2...tetibe dapat homerun...hebat TGNA...todudok geng2 fraksi...amek kau...

Tulang Besi said...

Hangnadim,

Puak2 UMNO ni dah kecewa sangat2 sebab isu arifahmi ni adalah isu yang sangat2 diharapkan untuk menjatuhkan Tok Guru serta kumpulan erdogan.

Anonymous said...

arifahmi mmg problem

jgn salahkan hadi, busuk2 dia pun tulang besi tak layak nak jd seluar dalam dia

hadi cuma mangsa org keliling dia. tindakan kena ikut saluran betul macam jk disiplin misalnya. kalau hadi bertindak macam ong tee keat pecat sana sini nanti dia akan jadi kepimpinan diktator

tulang taknak komen psal kelantan sebab isu tu dikaitkan dengan dewa husam. dewa ni yg jadi keagungan si tulang ni.

percayalah kalau masalah yg sama kena kat hasan ali atau hadi awang terjun tak bertangga tulang ni

hipokrit la lu tulang, munafik!

Anonymous said...

sudahlah,jangan dok pelaga dua-dua tok guru lagi,tumpukan usaha untuk menggantikan umnogok dan bn.

Anonymous said...

aku pelik dengan TGNA aziz ni.bila ada blog menghentam pemimpin pas,tokguru ikut sama dan menyuruh meletak jawatan.bila terkena batang hidung sendiri,tak pulak nak dihentamnya.kepada penulis tak payahlah membela orang terlibat dengan rasuah.

Anonymous said...

bhai..aku kesian tengok kau.hang nak popular blog,tak abis fitnah2.bertaubatlah.

Anonymous said...

TB,
Hang ni tobat lah...mengarut sangat sama kan TGNA = Presiden US.. Hang yang sebenarnya porak peranda keadaan... cukup lah... istighfar banyak2...

Anonymous said...

Sabar Saudara TB. Jangan ikut rentak pencacai UMNO tu. Mereka sudah kecut perut dan sedang panas hati sebab siasah mereka nak pecahbelahkan PAS dan PR tak berjaya. Sebenarnya TGHA memang tak sesuai menjadi seorang ketua besar PAS sebab dia lembik sangat macam Pak Lah. Tak boleh kontrol orang-orang di bawahnya. Ini jelas terlihat selepas Terengganu jatuh balik ke tangan UBN. Dia gagal memeperlihatkan kegagahan Islam dalam mentadbir. Baik dia biar orang lain pimpin PAS. Persoalannya, sanggupkah dia turun tahta? Apa pendapat saudara TB?

Anonymous said...

INI USAHA DARI PIHAK YANG SAMA...
NAK JATUHKAN TGHH TAK DAPAT,JATUHKAN PULA TGNA..

MANUSIA BEREKOSISTEM ANAI-ANAI DALAM PAS JUGA YANG BUAT KEJE NI..

PIKIR DALAM-DALAMMMMMMMMMMMMMMMMM.... HA...KAN,AKU DAH KATA

Anonymous said...

ada satu perkara yang ramai langsung tidak tahu ialah seorang lelaki bernama Abdul Ariffahmi Bin Abd Rahman, ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO ialah orang yang menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk ke Mekah.

http://kanggarua.blogspot.com/

MUS said...

Apabila Arifahmi dikatakan terbabit salah laku dalam PMBK,cukupkah sekadar disuruh letak lawatan? Hanya kerana dia menantu TGNA, maka terlepas dia... Sedangkan di luar sana, ramai yang terbabit dalam jenayah kecil, pun kena dakwa/dibawa ke mahkamah..

Anonymous said...

Salam TB,
Dalam politik nampaknya TGHH lebih hebat dari TGNA. Kerana beliau berjaya mendapat sokongan sebagai presiden dan tak ada yang nak tandingi beliau walaupun orang PAS galak suruh Najib atau Ku Li lawan Pak Lah. TGNA pernah dicadangkan untuk bertanding presiden tapi tak nak (atau takut). Kalau betul nak bersihkan PAS, jadilah presiden dan hapuskanlah orang yang dikatakan perosak. Soalnya ialah orang yang nak dibersihkan itu juga dipilih dalam PAS, senang2 TGNA nak suruh dia berundur, itu kepercayaan ahli/perwakilan jadi mereka ini juga hebat kerana menang dalam pertandingan bukannya kalah seperti orang2 TGNA. EGM ibarat perlawanan semula antara Perancis dan Ireland akibat gol kontroversi. Kalau dah kalah jangan melatah, orang yang pilih orang menang ini tak kata apa2pun dan orang yg sokong TGNA pun tak kata apa2. Oleh itu TB tolong nasihatkan TGNA jangan melatah.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Saudara Dalam PAS. Saya bukan orang yang tahu sangat dengan budaya parti PAS tetapi selalu membaca perjuangan PAS. Kenapa PAS perlu mempertahan suatu pakatan yang tidak membawa kebaikan kepada PAS sendiri. Adakah pemimpin dalam PAS tidak pernah melihat dengan mata hati kalau Pakatan menang, adakah Islam akan diimplementasikan dalam negara Malaysia....jawapan sudah jelas "TIDAK" sebab DAP tidak sekali-kali menyokongnya. Bagaimana PKR ..juga tidak kerana Anwar pasti nak jaga hati ahlinya yang banyak menang dari kalangan cina dan india. Kenapa perlu memegang bara api jika kita pasti akan melecurkan tangan. Nasihat saya kepada pemimpin PAS yang bijaksana dan warak..buatlah sembahyang Istiqarah agar dapat memilih mana parti yang dapat sedikit sebanyak nak tegakkan Islam walaupun belum sempurna. Saya yakin jika berada dalam BN pasti pendekata islam dapat diserapkan perlahan-lahan dalam pentadbiran dan kuasa majoriti orang melayu(islam) akan bertambah...AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.