Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 30, 2009

Mengapa Tarbiyyah Tulang Besi Berlainan Dengan Tarbiyyah Ahli2 PAS Sekarang?

Masa tu saya baru darjah enam. Arwah bapa saya bawa saya ke usrah PAS dalam KAwasan Tampin (sekarang Kawasan Rembau) dalam cawangan Astana Raja. Arwah bapa saya adalah antara yang terlibat menubuhkan cawangan PAS Astana Raja. DUN Astana Raja PAS tak pernah hilang wang pertaruhan antara sebabnya adalah kerana Cawangan Astana Raja.
Dalam usrah yang pertama itu, kitab yang dibaca dan dihurai adalah kitab Mastika Hadeeth dalam bab “Syirik”. Bayangkan seorang budak berumar 12 tahun tapi topik pertama yang saya ditarbiyyah dengan adalah “syirik”.

Saya kekal istiqamah sebagai ahli PAS kerana PAS lah yang telah memperkenalkan kepada saya apa itu SYirik dan perkara tersebut seperti terpahat di kepala otak saya sampai ke hari ini.

Pemuda-pemuda PAS sekarang ini mana ada belajar sangat pasal Syirik? Mana ada khatam pasal Akidah? Kalau saya bariskan pemuda2 PAS, dalam sepuluh satu pun susah nak cari yang tahu apa maksud syirik? Apa maksud Tauhid Uluhiyyah, Rubbubiyyah, Asma was Sifat?

Pemuda-pemuda PAS sekarang ini diindoktrinisasi untuk “Wala’” dan “Taat” kepada kepimpinan. Sedangkan sewaktu saya mula-mula ikut tarbiyyah dulu, perkara yang dipahat di kepala kami adalah akidah islamiyyah dan mengapa peri pentingnya kita menolak syirik dan kufur.

Jadi, orang-orang seperti saya yang mengikut tarbiyyah PAS dari mula-mula diperkenalkan dahulu merasa sangat janggal bila kami lihat generasi baru PAS ini lebih fasih dalam bab wala’ tapi bila ditanya apa itu Tauhid Rubbubiyyah, Uluhiyyah, Asma wa Sifat, semuanya terngaga tak boleh jawab.
Adakah PAS juga telah menjadi UMNO? Melatih ahli-ahli mereka untuk taat kepada manusia lebih dari Allah SWT?

Kitab Mastika Hadeeth dan Peristiwa Memali

Waktu itu kejadian Memali baru berlaku. Maka imej yang cuba dilakarkan oleh UMNO ke atas PAS adalah imej sebuah pertubuhan membawa ajaran sesat.
Maka atas kebijaksanaan kepimpinan PAS, kitab akidah yang digunakan untuk usrah adalah kitab “Mukaddimah Mastika Hadeeth” terbitan Jabatan Perdana Menteri tulisan bekas Mufti Kelantan. Sahibus Samahah Allahyarham Dato' Haji Muhammad Noor.

Tiada isu untuk mengaji kitab ini kerana kata2 pengantar bagi kitab ini diberikan oleh Allahyarham Tun Razak bin Tun Husin. Mana mungkin kandungan kitab ini sesat kalau bekas PM sendiri memberi kata-kata pengantar?

Hasilnya, dapatlah saya mempelajari apa itu akidah islamiyyah dan bagaimana mengenali Allah SWT serta mengenali diri saya sendiri.

Ramai Pemuda2 PAS ni tidak sedar bahawa persoalan imamah dan akidah adalah persoalan yang dibincangkan dalam satu kitab. Persoalan “wala’” ini berkait rapat dengan akidah islamiyyah kerana ketaatan yang tulin hanyalah kepada Allah SWT dan Rasul SAW. Ketaatan kepada makhluk itu bersyarat dan tidak mutlak.

Tapi dalam PAS sekarang, topik2 sperti syirik dan “uluhiyyah” ini sudah jadi topik sampingan. Topik “wala” dan “tsiqah” menjadi topik utama sehingga ahli2 sudah terkeliru perbezaan di antara ketaatan kepada pimpinan dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul SAW.

Bagi mereka yang mau menuduh saya bukan ahli PAS dan bukan dari tarbiyyah jemaah PAS, saya nasihatkan saudara carilah alasan lain. Kalau nak fitnah saya pun, carilah modal lain.

Saya ni PAS generasi kedua. Arwah bapa saya adalah bekas aktivis PAS dan bekas Ketua Pemuda Negeri Sembilan. Saya lahir dan besar dalam PAS bukan dalam jemaah lain. Saya PAS dari sekolah, ITM, universiti, bekerja dan sampai sekarang. PAS terus dan tiada jemaah lain.

Orang-orang yang nak tuduh saya agen UMNO dan agen IRC dsbnya, dia tu sendiri baru berapa hari ada dalam PAS berbanding saya? Kaji dulu sebelum nak tuduh orang.
Akhir kata, saya ingin mendoakan pengarang Kitab Mastika Hadeeth, Allahyarham Sheikh Mohammad Noor semoga Allah SWT merahmati serta mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan roh beliau di kalangan para syuhada dan para nabi-nabi dan rasul-rasul AS. Begitu besar jasa beliau kepada saya sehingga saya dapat mengenali Islam itu dengan baik dan menyelamatkan saya dari kesesatan dan kesyirikan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh bapa saya kerana telah mengheret saya ke usrah2 PAS walaupun masa itu saya baru umur 12 tahun dan masih gian main bola. Kalau saya dibiarkan begitu sahaja, tak tau apa yang berlaku pada saya sekarang ni.

Alfatihah

Tulang Besi

ps Saya pernah berceramah di satu cawangan PAS di Tampin dan ketua Cawangan tersebut memberitahu kepada hadirin bahawa beliau pernah bertamrin dengan arwah bapa saya satu masa dahulu. Lepas tu ketua cawangan bertanya kepada para hadirin, bagaimana dengan anak-anak tuan puan? Adakah mereka juga menjadi aktivis PAS dan pejuang2 Islam?

Saya berasa cukup gembira masa tu kerana contoh yang bapa saya tinggalkan itu, inshaalah akan diikuti oleh ahli2 cawangan tersebut. Ramailah anak-anak muda kampung tersebut akan jadi pejuang Islam.

30 comments:

Anonymous said...

Nampaknya saudara tulang besi bersekolah di sekolah yang didirikan dengan hasil wang judi/loteri BN, masuk ITM dengan wang judi/loteri BN,masuk Universiti pun dengan wang judi BN yang digunakan untuk bina kemudahan tersebut. Pelik la bapa kepada saudara Tulang Besi dan Tulang Besi sendiri, walaupun ditarbiah dengan Masteeka Hadith, masih lagi sudi menghantar anaknya ke tempat yang didirikan dngan hasil judi BN.....

Tulang Besi said...

itu fatwa mana tu? Ada tauliah ke nak buat fatwa kao ni?

M Adam Harris & M Ameer Raiyan said...

Salam...udah lah tu buat buat mengucap, beristifar....tak habis habis nak membelasah orang......buat malu kaum je.....tuan tulang besi....tak perlu nak layan sangat ...nanti lain jadi nya.....professional lah sikit...kalu tuan besi leh berkata,menyidir,apa lah lagi orang lain.....kalau tuan tulang besi ni professional,buat tak tau je....buat kerja tuan....nak jadi pemimpin ni kena banyak bersabar......kalau tak macam mana pengikut nak respek....kang jadi kerepek.........

wec7188 said...

pasal halal haram ni..jika kita mengharam kan sesuatu yg halal..akan jadi haram lah pada kita tidak kepada yg menghalalkanya .tpi hukumnya berdosa besarlh kita mengharam kan yg halal,oleh itu refer alquraan perkara betul2 haram ada di nyatakan..jgn ikut suka meletakan hukum allah dgn akal fikiran kita sendiri.

wec7188 said...

sepatutnya kita kena bersyukur dgn apa yg ada,tetapi wajib cegah kemungkaran yg berlaku tk kira BN ke PAS

Anonymous said...

Dia pakai fatwa perlembagaan Umno tu yang suka pakai istilah judi.. kalau dengar istilah tauhid Rububiah atau tauhid uluhiah imam ghazali dia rimas.. kalau memang bertulang besi dan berurat dawai.. apalah sangat jentera Umno tu..

mountdweller said...

Mana ada sekolah sekarang yang dibina dan digaji guru/pensyarahnya dengan bukan hasil pelbagai cukai yang haram dan halal?

Kalau tidak mahu syubhah langsung. Pergilah belajar dengan kera di hutan dan bertapa dengan harimau di gua!

alhusseyn said...

Salam, nak tergelak dengan fatwa tersebut.Haramsani pun tak pernah buat gitu!Hee! Hee!

Anonymous said...

Tak perlu layan komen Anoy 6.12, Tulang Besi. Kita boleh nilai sendiri

macamoranggila said...

Yg ko keluar fatwa hanya nak larang org Islam dari berjudi di Selangor bukan nak hapus tu ada tauliah ke? lagi pulak fatwa dan uslub kamu tu sesat sebab bercanggah dengan Islam tu je....

jemput kerumah saya:

http://macamoranggila.blogspot.com

tlg publish komen ini

Anonymous said...

Anon 6.12pm,
Tulis jangalah mengarut.Nak tanya sikit anda umur berapa? UMNO/BN dah memerintah sejak tahun 1957 lagi,malah kalau diambil kira zaman Dato Onn mereka dah memerintah sebelum merdeka lagi apabila tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948.Ringkasnya,semua sekolah terkecuali sekolah pondok,didirikan oleh Inggeris/UMNO/BN.
Hanya 20 tahun kebelakang ini baru ada sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi didirikan oleh parti pembangkang khususnya diKelantan dan Trengganu.Rumah JKR 10 yang didiammi oleh TGNA itu pun munkin dibina oleh UMNO/BN.
Sekarang baru berani cakap "sekolah hasil wang judi/loteri".Apa pilihan yang ada pada rakyat 20 tahun yang silanm.Kalau tak ada yang munasabah hendak ditulis,baik tidur saja.

mangchikla said...

fatwa hadhari...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Intima' said...

Ntah apa-apa komen si Anon 6.12

Agaknya dia ni lulusan pondok hasil tulang 4kerat ustaz yang jual keropok Losong. Ataupun pondok hasil sumbangan penderma yang makan gaji dgn duit kerajaan judi arak.
Kalau dia ni lulusan UiTM jugak, memang dasar munapik cakap tak serupa bikin.

Atau mungkin lulus takat PASTI je...

Intima' said...

Ntah apa-apa komen si Anon 6.12

Agaknya dia ni lulusan pondok hasil tulang 4kerat ustaz yang jual keropok Losong. Ataupun pondok hasil sumbangan penderma yang makan gaji dgn duit kerajaan judi arak.
Kalau dia ni lulusan UiTM jugak, memang dasar munapik cakap tak serupa bikin.

Atau mungkin lulus takat PASTI je...

Tulang Besi said...

Setau saya hasil2 judi dalam malaysia ni kebanyakkannya pergi ke UMNO secara direct atau pun tiidak

Sebab tu cukai kepada syarikat judi makin turun.

Cukai pada syarikat arak pun sama.

Dari GDP, hasil judi dan arak tak sampai 2 atau 3 persen sebab majoriti keuntungan pergi ke UMNO ikut pintu belakang.

Hehehehe kenyang la umno mengketedaghah duit judi.

Anonymous said...

Lulusan ITM juga mat tulang besi ini, tak sangka kutuk punya kutuk kerajaan BN, sokong punya sokong DAP pasal nak hapuskan DEB, rupanya dia produk DEB. Dasar tak kenang budi.

Nak jadi pejuang Islam ok, nak jadi anti Umno ok, tapi nak bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang anti Islam dan anti Melayu itu tak betul. Kau tengok DAP wangi dari luar saja, dalam hati mereka, kau tak tahu. Tapi rasa aku kau saja yang tak tahu kot.

Aku rasa allignment otak kau dah tak betul. Aku cadang kau pergi kat mana-mana kedai tayar berdekatan atau join aje program BTN.

Macam mana brother.....kalau kata ok, aku boleh tolong kau masuk program BTN.

tokmod said...

wahema 2~3 persen HARAM tetap HARAM wahai TB mrang prapu hoiiiii.
smalah dgn nile stetik rsak ssu sblanga!!!!

tokmod said...

hamboiiii sronok mu pggil haramsani..
gua pggil mu alhusseyneraka....
ancam..muuuuaaaahhhh.

neo said...

nak bercakap berpandukan fakta dan bukti kalu setakat kita dgr ckp drg suara2 yg dtg tidak sahih lg betul ke tidak berita itu. semua tu ada di nyatakan dlm alquran..kalu tiada bukti tu nama nya fitnah...menfitnah ni dosa dia paham2 la sendiri..kata ilmu agama melelbihi org lain..nampak gaya nya TB ni banyak sgt belajar bab syirik hingga dia terlupa nk belajar hal lain,berkaitan nawaitu,berkaitan munafik...igt lah ciri2 org yg munafik 1.jika bercakap selalu berbohong,2.hasad dengki,3.mungkir janji...cermin dlm diri anda..adakah ada ciri2 sedemikian dlm diri anda..sesungguhnya dosa org yg munafik terlalu besar..

Tulang Besi said...

ultraman neo,

Kat mana yang aku fitnahnya? Boleh tunjuk tak?

Kalau stkt nak serkap jarang, baik kao diam je.

Grand Marquis said...

Eh bukan ke TB sendiri yang kata Kerajaan tak buat apa-apa untuk Islam?

Habis tu buku Mastika Hadith tu usaha siapa?

Tarbiah TB berlainan? Sejak bila TB cakap pasal akidah? Yang ada dok sebar berita yang tak pasti kebenaran, menghentam orang, mencaci dan menhina orang.

Itu ke yang dikatakan berbeza?

Tulang Besi said...

WOWWWWWWW

Cybertrooper UMNO baru dapat duit.

Duit dah masyuk, mulut jadi lagi bechok, cam Joyah.

Seminggu dua lepas, senyap sunyi takdo oghang.

Lopeh dapek duit, mencaca poiee eh.

Hahahahahaha sumo bangso bolih kono boli.

Hahahahaha

Tulang Besi said...

Buku Mastika Hadeeth tu macam Firaun bela Nabi Musa la.

Diorang ingat buku tu akan menamppakkan diorang macam nak jaga Islam.

Tapi, last last makan diri.

Hahahahahaha

Anak Perelih said...

kepada puak puak UMNO yang mengungkit "jasa UMNO buat semua ni"....

Kalau tak ada rakyat yang bayaq cukai, UMNO BN tak ada duit utk bagi projek kepada kroni dan kita patut lebih membangun dari sekarang kalau tak ada sikap bagi makan kat kroni UMNO/BN dengan kontrak yang melambung tinggi...

Lagi satu... kalau tak ada rakyat, UMNO/BN tak akan jadi kerajaan kalau rakyat tak undi... kita bukan macam Brinei yang amal sistem monarki...

Tulang Besi said...

apa kabar anak perelih,

Sempena hari baik dan bulan baik saya mengucapkan pada anda maaf zahir dan batin

Grand Marquis said...

Kepada Anak Perelih,

Di Afrika ada ramai rakyat. Di Bangaladesh pun ada ramai, malah beratus juta. Jadi kenapa rakyat mereka merempat. Bukankah rakyat mereka yang beratus juta tu boleh bayar cukai dan negara mereka patutnya lebih membangun.

Berfikir dulu sebelum bercakap.

Sosialis Hijau said...

inilah yang di maksudkan Marx "Ugama itu candu kepada masyarakat". Kita perlu paham maksudnya bukan kerana dia anti agama tetapi pemimpin mengunakan agama untuk menruskan penguasaan mereka. bContohnya begini. Bila seorang pemimp[in itu mahu ahli datang ke program yang di adakannnya beliau akan berkata semua ahli wajib hadir tanpa uzur syaraei tapi kalau pemimpin itu tidak mahu hadir ke program orang biliau akan berkata pula. Ana tak boleh hadir kerana program iti tidak syaraei.

Gua setuju dengan lu bila lu katakan pemuda Pas sekarang memang tak reti apa. depa main ikut saja. Contohnya ketua pemuda Pas kawasan tempat gua. Sampai satu haram tak tau apa.

Pas sekarang sedang menuju kehancuran dan Pas bukan lagi parti yang akan memimpin kemenagan Islam tetapi gua yakin dan percaya kemenangan islam akan di pimpin oleh mereka2 yang pada waktu ini masih belum Islam. Sejarah monggol telah mebuktikannya

Anonymous said...

Bodoh sombong ialah: orang2 yang bodoh tak boleh diajar (tak tersa dirinya bodoh), cerdik tak boleh diikut(tersa dirinya terlebih cerdik daripada orang lain).

Cuba bayangkan perkataan yang kita tulis kita ucapkan, dan yang mendengarnya termasuklah anak2 kita.Tak terasa apa2 ke kita? Kalau yang dengar ibu dan bapa kita? Apa kata perkataan begitu diucapkan oleh anak kita dihadapan kita? Entahlah sekarang ini, agaknya tuhan sudah tarik sebahagian daripada rasa malu dalam diri kita. Saya sentiasa berdoa supaya perkataan2 begitu tidak terkeluar daripada mulut ini di hadapan ibu dan bapa yang dihormati dan dikasihi (sebab tu saya cuba tidak amalkan menulis dan berkata begitu.

Anonymous said...

Bezakan kerajaan dengan parti.

Wang yang diurus oleh kerajaan TIDAK SAMA dengan wang parti.

Jangan ingat semua orang boleh diperbodohkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.